10
Konsentrasi Pengenalan Kemenangan atau kegagalan dalam sesuatu permainan atau pertandingan selalunya dikaitkan dengan kebolehan seseorang pemain untuk memberi konsentrasi atau perhatian yang optimum sepanjang permainan tersebut. Sekiranya pemain tersebut gagal untuk mengekalkan konsentrasinya walaupun untuk satu jangka yang singkat, kebarangkalian untuk mencapai kemenangan adalah amat sukar (Weiberg dan Gould, 1999). Kegagalan untuk mengekalkan konsentrasi untuk beberapa saat didapati berkait rapat dengan pencapaian pemain dalam pertandingan seperti golf yang dimainkan beberapa hari. Hal ini penting untuk mengekalkan konsentrasi dalam sesuatu pertandingan walaupun dalam keadaan penonton yang mengganggu, cuaca yang tidak baik dan pemikiran yang tidak mempunyai kaitan dengan permainan yang sedang dimainkan. Pemenang pingat emas acara renang dalam sukan Olimpik, Michelle Smith telah menerangkan bahawa kemenangan beliau disebabkan kebolehannya untuk mengekalkan konsentrasi sehingga terlupa untuk melihat catatan masa yang menjadi amalan biasa ramai perenang. Manakala kehilangan konsentrasi untuk beberapa saat oleh peninju Michael Moorer telah membuka peluang kepada George Foreman untuk mencapai kemenangan (Jones, 1994). Kedua-dua contoh di atas menunjukkan betapa pentingnya mengekalkan konsentrasi dalam sesuatu pertandingan atau permainan

Kon Sent Rasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SUKAN

Citation preview

Page 1: Kon Sent Rasi

Konsentrasi

Pengenalan

Kemenangan atau kegagalan dalam sesuatu permainan atau pertandingan selalunya dikaitkan

dengan kebolehan seseorang pemain untuk memberi konsentrasi atau perhatian yang optimum

sepanjang permainan tersebut. Sekiranya pemain tersebut gagal untuk mengekalkan

konsentrasinya walaupun untuk satu jangka yang singkat, kebarangkalian untuk mencapai

kemenangan adalah amat sukar (Weiberg dan Gould, 1999). Kegagalan untuk mengekalkan

konsentrasi untuk beberapa saat didapati berkait rapat dengan pencapaian pemain dalam

pertandingan seperti golf yang dimainkan beberapa hari. Hal ini penting untuk mengekalkan

konsentrasi dalam sesuatu pertandingan walaupun dalam keadaan penonton yang mengganggu,

cuaca yang tidak baik dan pemikiran yang tidak mempunyai kaitan dengan permainan yang

sedang dimainkan.

Pemenang pingat emas acara renang dalam sukan Olimpik, Michelle Smith telah

menerangkan bahawa kemenangan beliau disebabkan kebolehannya untuk mengekalkan

konsentrasi sehingga terlupa untuk melihat catatan masa yang menjadi amalan biasa ramai

perenang. Manakala kehilangan konsentrasi untuk beberapa saat oleh peninju Michael Moorer

telah membuka peluang kepada George Foreman untuk mencapai kemenangan (Jones, 1994).

Kedua-dua contoh di atas menunjukkan betapa pentingnya mengekalkan konsentrasi dalam

sesuatu pertandingan atau permainan

Page 2: Kon Sent Rasi

Definisi Konsentrasi

Konsentrasi boleh ditakrifkan sebagai kemampuan memberikan tumpuan (fokus) kepada

petunjuk di persekitaran serta mengekalkan fokus tersebut dalam tempoh yang diperlukan.

Merupakan aspek penting untuk kejayaan atau kegagalan. Menurut Weinberg dan Gould (1999),

konsentrasi ialah keupayaan individu mengekalkan fokus terhadap kiu persekitaran yang relevan.

Ini bermakna seseoranga atlet itu mampu memberi fokus terhadap kiu persekitaran yang relevan,

mengekalkan fokus tersebut di sepanjang permainan dan sentiasa peka terhadap perubahan

situasi permainan atau perlawanan. James (1890), mendapati bahawa konsentrasi ialah kebolehan

untuk mengambil alih minda seseorang dalam keadaan yang tenang dan terang ke atas satu

daripada banyak objek yang datang pada masa yang sama. Memberi tumpuan merupakan intipati

konsentrasi kerana menekankan kepada pengunduran dari sesuatu perkara dengan tujuan untuk

bersemuka secara efektif dengan perkara yang lain. Gotti (1994) pula berpendapat bahawa

konsentrasi diasaskan oleh proses atau kognitif seseorang individu. Sementara itu, Cox (1998)

memberikan definisi konsentrasi sebagai kemampuan individu mengalihkan tumpuan dari satu

sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan jumlah maklumat yang

difokuskan dalam tempoh masa yang tertentu.

Kemahiran yang merangkumi konsentrasi merupakan salah satu ilmu daripada kemahiran

psikologi yang penting dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam sukan yang diceburi.

Kejayaan yang cemerlang dicapai hanya apabila ahli sukan tersebut berada dalam zon optima

tenaga, iaitu tumpuan diberikan sepenuhnya kepada kemahiran yang dilakukan. Konsentrasi

merupakan keupayaan menumpukan konsentrasi pada rangsangan yang dipilih pada suatu jangka

masa yang tertentu. Di dalam proses melibatkan pemilihan konsentrasi yang memberikan

penumpuan kepada apa yang berlaku, darjah keupayaan memberi konsentrasi dan jangka masa

Page 3: Kon Sent Rasi

untuk memberi konsentrasi seseorang atlet apabila maklumat dikesan oleh organ deria daripada

persekitaran.

Kebolehan mereka memilih serta menggunakan konsentrasi iaitu memilih rangsangan

atau kiu yang jelas serta spesifik membolehkan individu memberikan tumpuan pada satu kiu

dalam masa tertentu. Sekiranya darjah keupayaan dalam memilih konsentrasi sangat tinggi maka

ini akan menghasilkan pelaksanaan perlakuan yang sangat tepat dan baik. Organ deria kita

sentiasa menerima rangsangan pada setiap masa daripada persekitaran. Konsentrasi merupakan

satu kemahiran yang boleh dipelajari. Konsentrasi perlu dilatih dengan tetap dan secara teratur

untuk mendapatkan keberkesanannya pada tahap yang tinggi.

Setiap individu mempunyai keupayaan yang berbeza semasa memfokus dan memberikan

konsentrasi kepada sesuatu perkara dalam jangka masa panjang. Jurulatih dan atlet perlu

merancang latihan dengan menggunakan latihan fizikal dan mental dalam program latihannya.

Hubungan Konsentrasi dengan Kejayaan dalam Sukan

Konsentrasi adalah diantara faktor dominan yang menentukan kejayaan seseorang atau

pasukan di dalam sukan atau pertandingan. Kenyataan ini dibuktikan oleh Garfield dan Bennet

(1984), apabila mereka mengkaji komponen-komponen yang terlibat dalam pencapaian tertinggi

dalam sukan serta mendapati terdapat lapan kebolehan fizikal, tiga komponen dikaitkan dengan

tahap konsentrasi yang tinggi, iaitu kebolehan diserap dalam situasi sekarang tanpa

menghiraukan masa lampau atau masa depan, keadaan fikiran yang relaks dengan darjah

konsentrasi yang tinggi dan terkawal dan dalam keadaan kepekaan luar biasa mengenai diri

sendiri dan keadaan luaran. Ada juga pengkaji yang membandingkan antara atlet yang berjaya

Page 4: Kon Sent Rasi

dengan yang tidak berjaya telah mendapati bahawa konsentrasi merupakan faktor yang sangat

penting dalam penentuan jurang perbezaan antara kedua kumpulan ini (Weinberg dan Gould,

1999).

Ada juga di antara pengkaji yang mendapati bahawa pencapaian yang tinggi membentuk

kemahiran konsentrasi yang bersesuaian dengan sukan yang mereka ceburi. Pemerhatian ini telah

membawa Gould, Eklund dan jackson (1992) merumuskan bahawa pencapaian yang optimum

mempunyai satu ciri perwatakan yang dikenali sebagai konsentrasi, penumpuan, kebolehan

untuk memfokus, keadaan penglibatan yang unggul, kepekaan dan penerimaan perlakuan yang

perlu dilakukan.

Faktor yang mempengaruhi Konsentrasi

Terdapat banyak perkara yang mempengaruhi konsentrasi seseorang atlet, namun yang

sering diperkatakan ialah keresahan (Cox, 1998). Berasa cemas apabila tidak dapat beraksi

dengan baik membawa kepada kehilangan konsentrasi dengan mudah. Hal ini dibuktikan dengan

situasi Shaguille O Neal seorang lagenda bola keranjang Amerika Syarikat yang gagal untuk

mendapatkan jaringan disebabkan gangguan konsentrasinya di mana beliau berasa resah dan

cemas dan telah hilang kesabarannya.

Ramai atlet beranggapan bahawa konsentrasi hanya penting dan perlu dalam

pertandingan yang sebenar. Tanggapan ini adalah tidak benar kerana pengekalan konsentrasi

semasa latihan adalah perlu untuk membawa kepada kejayaan yang cemerlang dalam

pertandingan sebenar. Kebolehan untuk berkonsentrasi semasa latihan akan dapat membantu

sesuatu pasukan untuk berjaya dalam pertandingan sebenar

Page 5: Kon Sent Rasi

Sejarah Teori Konsentrasi

Kajian tentang proses menumpukan perhatian dimulakan oleh E. Colin Cherry, seorang

ahli psikologi Inggeris pada sekitar 1950-an (Cherry, 1953; Wann, 1997). Ilmu tentang

konsentrasi dimulai dengan fenomena dalam majlis koktel dimana pada masa itu, Cherry

berminat untuk mengetahui tentang kemampuan seseorang berbual dengan seorang individu

yang lain dalam satu majlis walaupun terdapat ramai orang lain yang berbual dalam masa yang

sama. Beliau tertarik bagaimana individu boleh menumpukan perhatian serta pemikirannya

kepada rakan seperbualannya tanpa rasa terganggu oleh perbualan yang rancak di sekelilingnya.

Untuk memahami fenomena ini, beliau menggunakan teknik bayangan dalam kajian di

makmalnya. Dalam uji kaji ini, subjek mendengar mesej yang berbeza pada setiap telinga dan

mereka dikehendaki menyebut dengan kuat (bayangan) hanya satu daripada mesej tersebut.

Cherry (1953) mendapati subjek mengingati mesej yang disampaikan pada telinga yang telah

ditentukan dengan jelas tetapi tidak mendengar atau memahmi mesej pada sebelah telinga lagi.

Kaedah Mengekalkan Konsentrasi seorang Ahli Sukan.

1. Memberi penumpuan kepada kiu-kiu persekitaran yang relevan.

2. Mengekalkan fokus penumpuan.

3. Kesedaran Situasi.

4. Penggunaan Self Talk

5. Penggunaan simulasi dalam latihan

6. Penggunaan Cue Words

Page 6: Kon Sent Rasi

1. Memberi tumpuan kepada kiu-kiu persekitaran yang relevan.

Penumpuan selektif atau kebolehan untuk memberi fokus kepada kiu-kiu atau

tanda-tanda yang relevan dalam persekitaran dengan mengabaikan kiu-kiu yang tidak

relevan merupakan kaedah yang dapat digunakan untuk mengekalkan konsentrasi

seseorang pemain (Weinberg dan Gould, 1999). Kaedah ini dikenali sebagai tumpuan

selektif kerana seseorang pemain hanya memilih kiu-kiu yang perlu diberi perhatian

daripada semua kiu yang diterimanya dalam persekitaran permainan. Contohnya, apabila

seorang pemain bola keranjang ingin membuat lontaran ke arah gelung, kiu-kiu yang

relevan dengan perlakuannya ialah cara melontar bola, cara bernafas, melihat ke arah

bakul dan memberi fokus ke arah bakul. Manakala kiu-kiu yang tidak relevan ialah

barisan pemain yang sedang menunggu bola muntah dan penyokong pihak lawan yang

lantang.

2. Mengekalkan fokus penumpuan

Kebolehan untuk mengekalkan fokus penumpuan dalam sesuatu permainannatau

pertandingan juga merupakan antara faktor yang membantu sesorang pemain untuk

mengekalkan konsentrasinya. Ramai atlet telah mencapai kejayaan cemerlang dalam

bidang mereka, namun tidak semua antara mereka dapat mengekalkan mutu permainan

yang tinggi sepanjang jangka masa permainan mereka. Chris Evert merupakan salah

seorang pemain tenis wanita yang dapat memberi penumpuan yang sangat baik dalam

permainan itu. Beliau tidak mempedulikan kiu-kiu yang tidak relevan. Konsentrasi telah

menjadikan beliau seorang juara dunia.

Page 7: Kon Sent Rasi

Kajian strategi kognitif yang telah dijalankan ke atas pelari marathon mendapati

bahawa mereka menggunakan kombinasi strategi penumpuan berkaitan seperti memantau

fungsi badan dan perasaan, kadar nadi, ketegangan otot, kadar pernafasan dan strategi

penumpuan yang tidak berkaitan seperti gangguan dalam perlumbaan mereka (Silva dan

Applebaum, 1989). Kajian lanjaut juga mendapati bahawa walaupun kedua-dua strategi

digunakan, rentak larian yang meningkat perlu disertakan dengan strategi kognitif yang

ketara (Schomer, 1986). Kesimpukannya, penumpuan yang fleksibel merupakan unsur

penting di mana atlet mengubah penumpuan mereka antara fokus luaran dengan dalaman

bergantung kepada peringkat larian mereka dan bagaimana mereka pada satu-satu ketika.

3. Kesedaran Situasi (Situation Awareness)

Salah satu aspek yang menarik tetapi kurang difahami dalam penumpuan fokus

ialah kebolehan atlet memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka

(Weinberg dan Gould, 1999). Kebolehan yang dikenali sebagai menyedari situasi ini

membantu atlet mengenalpasti situasi permainan lawan dan permainan itu sendiri serta

membuat keptusan yang bersesuaian, selalunya dalam situasi tertekan dan kesuntukan

masa. Terdapat ramai atlet yang lakuan atau aksi yang betul tepat pada masanya.

Kepekaan mereka dalam gelanggang dan situasi pertandingan selalu meletakkan pada

tahap tinggi daripada pemain-pemain lain. Kajian juga mendapati bahawa pemain yang

mahir dapat menganalisis sesuatu situasi dengan pastas dan menggunakan kiu-kiu

antisipasi dengan kerap jika dibandingkan dengan pemain yang kurang mahir. Kebolehan

untuk mengenalpasti sesuatu situasi dan menjangka apa yang akan berlaku adalah satu

kemahiran memberi penumpuan yang sangat baik.

Page 8: Kon Sent Rasi

4. Penggunaan Self Talk

Sell Talk atau percakapan pada diri sendiri dikenalpasti sebagai antara lakuan

yang dapat mengekalkan konsentrasi seseorang atlet walaupun terdapat kesan negatif

pada atlet. Self Talk yang positif merupakan aset penting dalam meningkatkan serta

mengekalkan konsentrasi seseorang atlet. Dengan menggunakan set kiu lisan yang

spesifik, atlet dapat mengekalkan minda mereka berfokus kepada perlakuan-perlakuan

yang relevan dan selalunya mempunyai komponen motivasi seperti “ saya dapat

melakukannya’ atau komponen arahan seperti ‘lihat bola’. Walaupun sukar untuk

memulakan sesuatu yang susah, terus kekal bermotivasi seperti “Teruskan Usaha Anda”

membantu mengekalkan konsentrasi dan meningkatkan perlakuan dalam keadaan yang

letih (Weinberg dan Gould, 1999).

5. Penggunaan Simulasi Dalam Latihan

Jurulatih menggunakan simulasi dimana bunyi bising penonton dan pegawai

pertandingan disalurkan semasa latihan agar atlet menjadi biasa dengan keadaan

pertandingan yang sebenar. Orlick dan Partington (1988) telah mendapati bahawa

kaedah ini membantu semasa mereka terlibat dengan pasukan olahragaOlimpik Canada.

Atlet dilatih beradaptasi dengan pertandingan yang sebenar sehingga kepada penggunaan

pakaian sebenar yang akan dipakai pada hari pertandingan sebenar.

Page 9: Kon Sent Rasi

6. Penggunaan Cue Words

Penggunaan cue words sama ada jenis arahan atau motivasi bertujuan untuk

merangsang sesuatu tingkah laku yang diperlukan. Ia akan membantu atlet untuk

memberi fokus kepada perlakuan yang harus dilakukan. Cue words mempunyai

kepentingan semasa atlet hendak menukar corak kedudukan seperti menukar cara

hayunan kayu golf dan juga semasa menghadapi situasi kecederaan otot dengan

menggunakan perkataan seperti ‘relaks’ dan ‘perlahan’.

Kesimpulan

Pelbagai unsur psikologi, fisiologi dan persekitaraan memainkan peranan penting dalam

meningkatkan dan mengekalkan konsentrasi atlet. Perasaan atlet seperti berasa takut, cemas,

tidak cukup tidur, tidak cukup latihan merupakan antara pengganggu yang sering dikenal pasti

manakala kiu-kiu yang relevan dalam persekitaran pertandingan telah membantu meningkat

konsentrasi atlet dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Latihan dan teknik yang

bersesuaian harus digunakan dari peringkat awal untuk meningkatkan konsentrasi atlet. Mereka

harus didedahkan dengan pelbagai situasi yang akan memberi cabaran kepada mereka dalam

permainan yang mereka ceburi. Kekalahan yang dialami seharusnya bukanlah kerana tidak dapat

mengekalkan konsentrasi, tetapi kerana kebolehan dan kepakaran lawan. Malah kosentrasi dapat

diatasi sekiranya atlet bersedia dengan secukupnya, terdedah kepada situasi-situasi permainan

yang genting, dapat memberi fokus serta penumpuan yang baik.

Page 10: Kon Sent Rasi

Rujukan

Gouldn, D. Eklund, R.C & Jackson, S.,(1992)c. (1998) US Olympic Wrestling excellenceII. Thought and affect occuring during competition. The Sport Psychologist,6.

Mohd Sofian Omar (2001). Psikologi Sukan: Aplikasi Teori dan Praktikal: Utusan Publication &Distributors S Sdn Bhd.

Orlick,T., & Partington,J., (1988).Mental Links to excellent. The sport Pschologist, 2, hlm.05-3

Schomer,H., (1986). Mental Strategies and the perception of effort of Marathon runners. International Journal of sports psychology, 17. Hlm.41-59

Silva, J.M., & Applebaum, M.I (1989). Association & disasociation patterns of united state Olympic marathon trial contestants. Cognitive Therapy and Research.

Shaharudin Abd Aziz (2001). Mengaplikasi Psikologi Dalam Sukan: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.

Weinberg,R.S & Gould, D. (1999). Foundation of Sport and Exercise Psycology. Edisi Ke2 Champaign IL: Human Kinetics.