27
Konsep dan Model Kaedah Kooperatif. 2.1 Teori Bab dua ini membincangkan mengenai teori-teori dan ciri-ciri kaedah belajar secara kooperatif atau berkumpulan dalam meningkatkan motivasi murid bermasalah pembelajaran. Selain itu, kajian-kajian lepas yang dikaji oleh penyelidik lain yang berkaitan dengan kaedah belajar secara berkumpulan turut dibincangkan di dalam kajian literatur ini. Beberapa kajian yang berkaitan dengan pembelajaran secara berkumpulan telah dijalankan sebelum ini. Sebagai contoh, dalam hasil kajian ‘Strategi Belajar Berkumpulan Dan Pengaruhnya Terhadap Prestasi Akademik: Kajian Terhadap Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM’ menjelaskan bahawa golongan yang mengamalkan kaedah belajar secara berkumpulan adalah satu fanemona yang baru dan jarang diamalkan dalam kalangan pelajar Malaysia. Walaubagaimanapun, kaedah ini telah menjadi suatu kebiasaan bagai pelajar-pelajar di luar Negara terutamanya di England, Amerika Syarikat dan di negara-negara maju. Hal ini berlaku disebabkan oleh sistem pendidikan di Malaysia lebih memfokuskan kerja-kerja individu. Kajian ini diperkuatkan dengan satu kajian yang bertajuk Kajian Ke Atas Kesan Interaksi ‘Peer Response

Konsep dan Model Kaedah Kooperatif.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Konsep dan Model Kaedah Kooperatif.

2.1Teori Bab dua ini membincangkan mengenai teori-teori dan ciri-ciri kaedah belajar secara kooperatif atau berkumpulan dalam meningkatkan motivasi murid bermasalah pembelajaran. Selain itu, kajian-kajian lepas yang dikaji oleh penyelidik lain yang berkaitan dengan kaedah belajar secara berkumpulan turut dibincangkan di dalam kajian literatur ini.Beberapa kajian yang berkaitan dengan pembelajaran secara berkumpulan telah dijalankan sebelum ini. Sebagai contoh, dalam hasil kajian Strategi Belajar Berkumpulan Dan Pengaruhnya Terhadap Prestasi Akademik: Kajian Terhadap Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM menjelaskan bahawa golongan yang mengamalkan kaedah belajar secara berkumpulan adalah satu fanemona yang baru dan jarang diamalkan dalam kalangan pelajar Malaysia. Walaubagaimanapun, kaedah ini telah menjadi suatu kebiasaan bagai pelajar-pelajar di luar Negara terutamanya di England, Amerika Syarikat dan di negara-negara maju. Hal ini berlaku disebabkan oleh sistem pendidikan di Malaysia lebih memfokuskan kerja-kerja individu.Kajian ini diperkuatkan dengan satu kajian yang bertajuk Kajian Ke Atas Kesan Interaksi Peer Response Group Terhadap Penulisan Karangan Pelajar TESL. Berdasarkan kajian ini, responden menunjukkan reaksi yang positif terhadap tindak balas program peer response group di dalam penulisan karangan. Mereka menggangap rakan sebaya sebagai satu alternatif yang berkesan di dalam proses penulisan karangan . Oleh itu, kajian ini mendapati peer response group dapat digunakan sebagai satu strategi yang berkesan untuk menambahbaikkan kualiti penulisan karangan. Kajian-kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa pelajar berpendapat belajar secara kumpulan mempunyai perhubungan dengan pencapaian akademik. Selain itu, kajian juga menunjukkan berlakunya hubungan komunikasi dengan pencapaian akademik pelajar.Teori pembelajaran kontekstual menyatakan pembelajaran berlaku apabila pelajar pembelajar) memproses maklumat baru atau pengetahuan yang relevan dalam rangka rujukan diri (Center for Occupational Research and Development, 1999). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran ini menganggap bahawa minda secara semualjadi akan mencari makna dalam konteks yang berkait dengan persekitaran seseorang pada masa itu. Ini dilakukan dengan mencari perhubungan yang berguna dan relevan.Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan terhadap bagaimana tingkah laku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui kaedah peneguhan atau dikenali sebagai reinforcement dan pembelajaran peniruan iaitu observational learning. Selain itu, teori ini juga membincangkan tentang bagaimana otak memproses maklumat melalui kaedah berfikir tentang sesuatu maklumat atau sebaliknya. Secara ringkasnya Bandura cuba menyampaikan bahawa cara pemikiran seseorang individu mempengaruhi tingkah laku dan ianya (tingkah laku) akan mempengaruhi persekitaran. Menurut Bandura, proses mengamati (memerhati) dan meniru tingkah laku dan sikap orang lain merupakan suatu model tindakan dalam proses belajar. Bandura (1977) menyatakan bahawa:"Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most human behaviour is learned observationally through modelling: from observing others one form an idea of her new behaviour are performed, and on later occasion this coded information serves as a guide for action".Teori diatas menjelaskan bahawa tingkah laku laku manusia dalam konteks interaksi dua hala yang berkesinambungan di antara aspek kognitif, tingkah laku dan pengaruh lingkungan. Keadaan persekitaran individu sangat mempengaruhi terhadap pola belajar sosial jenis ini. Sebagai contohnya, seorang individu yang dibesarkan dalam persekitaran jenayah seperti mencuri, dia kemungkinan besar akan terjebak dalam kancah jenayah yang lebih besar seperti mencuri atau merompak. Walabagaimanapun, keadaan ini akan menjadi sebaliknya jika mereka mempunyai pemikiran yang positif dan menganggap bahawa mencuri itu merupakan suatu jenayah dan ianya berdosa.Interaksi yang positif mampu mengubah aktiviti atau tindakan seseorang. Menurut Bandura (1982), penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang kompleks tidak hanya bergantung pada proses perhatian, motor reproduksi dan motivasi, tetapi ianya juga sangat dipengaruhi oleh faktor dalaman individu seperti sense of self efficacy dan self-regulatory system. Sense of self efficiancy merupakan suatu keyakinan dalam diri murid bahawa mereka dapat menguasai sesuatu pengetahuan dan ketrampilan setanding murid arus perdana.Model pembelajaran sosial merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan di antara individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubung atau ber interaksi dengan orang lain serta terlibat dalam proses demokratik dan bekerja secara produktif dalam masyarakat.Selain itu, model sosial ini juga direka adalah bertujuan untuk membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana mereka dapat memainkan peranan atau berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain iitu, model ini juga dapat membantu individu memperkembangkan perspektif mereka dalam memperjelaskan dan mengembangkan idea-idea dalam kumpulan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan permikiran mereka akan menjadi lebih terbuka terhadap menerima pandangan dan idea-idea orang lain. Model ini juga lebih menekankan kepada aspek penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan.Berdasarkan teori-teori tertentu, strategi pembelajaran kooperatif melalui kaedah belajar secara berkumpulan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, belajar secara berkumpulan dapat mengeratkan hubungan interaksi sesama pelajar di dalam suatu kumpulan semasa proses pembelajaran berlangsung. Hubungan interaksi ini sangat penting dalam memastikan kelancaran proses pembelajaran. Menurut Slavin (1987), pembelajaran kooperatif dengan kumpulan kontingensi dibezakan oleh interaksi yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan semasa proses pembelajaran berlangsung. Di dalam kumpulan kontingensi, ahli kumpulan akan menggunakan hukuman sosial sesama mereka tanpa memerlukan interaksi untuk memastikan ahli kumpulan bertingkah laku seperti yang dikehendaki. Sedangkan pembelajaran kooperatif menekankan interaksi pelajar perlu berlaku bagi meningkatkan pencapaian. Dapatan beberapa kajian menunjukkan terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalam kumpulan dengan pencapaian mereka (King, 1990; Peterson & Swing, 1985; Ross & Raphael, 1990).Bagi mendorong pelajar berinteraksi antara satu sama lain dalam sesebuah kumpulan, terdapat dua teori yang dikemukakan. Teori pertama ialah teori kohesif sosial yang mencadangkan pelajar akan berinteraksi apabila mereka mengenali rakan sekumpulan dan mengambil berat antara satu sama lain. Penekanan yang diberi adalah mewujudkan hubungan yang rapat sesama ahli kumpulan. Maka aktiviti bagi mengeratkan hubungan ahli kumpulan dan penilaian diri dalam kumpulan dititikberatkan. Bagi teori kohesif sosial, tugasan yang mencabar sudah cukup untuk menarik minat pelajar menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Maka ganjaran kumpulan dan tanggungjawab individu tidak dipentingkan.Sebaliknya, teori tingkah laku mencadangkan ganjaran adalah perlu sebagai motivasi untuk pelajar berinteraksi sesama mereka. Bahkan, ganjaran juga perlu untuk mendorong pelajar mengambil berat antara ahli kumpulan. Struktur ganjaran yang berbentuk kooperatif akan mendorong pelajar merasa penting untuk membantu ahli kumpulan dan memberi sokongan sesama mereka bagi mencapai matlamat kumpulan. Tanpa adanya ganjaran, pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan kerana tidak merasakan kepentingan untuk berbuat demikian (Slavin, 1995). Semasa berinteraksi, berlaku perubahan di dalam kognitif pelajar. Teori perkembangan kognitif menyarankan apabila pelajar berbincang berkaitan dengan bahan pembelajaran, mereka berupaya menguasai konsep-konsep yang sukar.Melalui bimbingan rakan sebaya, pencapaian pelajar yang berkebolehan rendah dapat ditingkatkan sehingga berupaya mencapai zon perkembangan proksimal mereka. Menurut (Tudge, 1990), berdasarkan teori Vygotsky, zon tersebut merupakan tahap pencapaian pelajar yang hanya boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau rakan mereka yang lebih berkebolehan. Piaget (Slavin, 1990) berpendapat konsep-konsep sosial yang abstrak hanya dapat difahami melalui perbincangan. Apabila berlaku pertentangan pendapat, timbul ketidakseimbangan di dalam kognitif pelajar. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakan-rakan, pelajar tersebut dapat menguasai sesuatu logik dengan alasan yang lebih kukuh.Manakala teori penerangan kognitif berpendapat pelajar yang memberi penerangan berupaya mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang dengan berlakunya proses pengajaran kepada rakan-rakan (Slavin, 1995). Pelajar yang memberi penerangan melihat diri mereka sebagai guru dan bertujuan untuk membantu rakan memahami pelajaran. Pelajar tersebut cenderung untuk memikirkan cara yang sesuai bagi mengajar rakan mereka. Maka, berlaku proses penstrukturan semula di dalam kognitif pelajar tersebut ketika membuat persediaan untuk memberi penerangan dan ketika sedang memberi penerangan. Pada masa yang sama, pelajar yang menerima pertolongan bertindak sebagai pemproses maklumat dan bukan penerima yang pasif (Webb, 1982).Keempat-empat teori pembelajaran tersebut lebih merupakan pelengkap dalam menerangkan kesan pembelajaran kooperatif ke atas pencapaian. Melalui interaksi sesama pelajar, berlaku peningkatan di dalam proses kognitif pelajar yang membantu proses pembelajaran. Bagi mewujudkan suasana berinteraksi, pelajar perlu saling kenal-mengenali dan perlu ada sesuatu yang mendorong mereka untuk bekerja di dalam kumpulan, sama ada melalui aktiviti mengeratkan hubungan mereka atau pun dengan pemberian insentif.

2.2 Pengertian Model Pembelajaran KooperatifMenurut Davidson dan Warsham (dalam Isjoni, 2011: 28), Pembelajaran kooperatif adalah model pembelajaran yang mengelompokkan siswa untuk tujuan menciptakan pendekatan pembelajaran yang berefektifitas yang mengintegrasikan keterampilan sosial yang bermuatan akademik.Slavin (dalam Isjoni, 2011: 15) menyatakan bahwa pembelajaran kooperatif adalah suatu model pembelajaran dimana siswa belajar dan bekerja sama dalam kelompok-kelompok kecil secara kolaboratif yang anggotanya terdiri dari 4-6 orang dengan struktur kelompok heterogen. Jadi dalam model pembelajaran kooperatif ini, siswa bekerja sama dengan kelompoknya untuk menyelesaikan suatu permasalahan. Dengan begitu siswa akan bertanggung jawab atas belajarnya sendiri dan berusaha menemukan informasi untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diberikan pada mereka.Berdasarkan uraian di atas, dapat disimpulkan bahwa model pembelajaran kooperatif adalah model pembelajaran yang mengutamakan pembentukan kelompok yang bertujuan untuk menciptakan pendekatan pembelajaran yang efektif

Menurut Effandi Zakaraia (1998), pembelajaran kooperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecial yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah kooperatif guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-prlajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjsama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara bekumpulan iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.

Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkahlaku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan saha untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif :a) saling bergantung di antara satu sama lain secar positifb) saling berinteraksi secara bersemuka.c) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendirid) kemahiran koperatif

2.3 Jenis pembelajaran koperatifTerdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran kooperatif.Di antaranya ialah :2.3.1Penyiasatan berkelompok (group investigation)Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran akan mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

2.3.2Student Team achievement Division (STAD)Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain secara tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

2.3.3JigsawSetiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalm topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari

2.2.4 Team-accelerated instruction (TAI)Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

2.2.5Team Games Tournament (TGT)Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik

2.4Tinjauan Kajian berkaitanUntuk melaksanakan sesuatu pengajaran yang efektif, seseorang guru seharusnya menumpukan peranannya sebagai perancang, inisiator dan fasilitator. Peranan yang selebihnya seharusnya dimainkan oleh para pelajar.Pepatah ada mengatakan :Saya dengar dan saya lupa,Saya lihat dan saya ingat,Saya buat dan saya faham.Daripada pepatah tersebut, kita dapat mengetahui pentingnya pembelajaran aktif di dalam kelas di mana kita dapat meningkatkan pemahaman pelajar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada komunikasi 2 hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar yang lain.when teachers as facilitators of learning rather than mere givers of information, students are challenged to think for themselves. When teachers respect students as source of knowledge rather than consumers, students become engaged in the learning process. Roger dan Freiberg (1994).

Saedah Siraj, et.al (1996), individu tidak harus berpuashati jika ia gagal dalam sesuatu bidang atau aktiviti. Jika terdapat pelajar yang menunjukkan kepuasan apabila menempuh kegagalan, mereka dijangka sangat susah untuk dimotivasi. Sebaliknya, pelajar yang menunjukkan keinginan untuk sesuatu,serta menunjukkan ketegangan, mereka pula dijangka untuk memperoleh kejayaan. Jika pelajar sentiasa mendapat kejayaan, sudah tentu aspirasi mereka akan meningkat.Terdapat sejarah yang panjang mengenai penyelidikan melibatkan kaedah koperatif, persaingan dan individu. Sejak kajian pertamanya dalam tahun 1898, ratusan penyelidikan dijalankan dan pelbagai hasil kajian dan tafsiran mengenainya dibuatMenurut Rogers dan Freiberg (1994), para pelajar lebih suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif memenuhi syarat ini. Kaedah koperatif menggalakkan para pelajar mengajar sesama sendiri dan pelajar juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan guru dan rakan-rakan. Pelajar juga membina persahabatan apabila bekerja secara kumpulan. Mereka belajar berkongsi, memberi dan mendapat bantuan dan mendengar pendapat rakan mereka.Mengikut pemerhatian pengkaji, pelajar- pelajar didapati aktif dan suasana tidak membosankan. Hasil temubual, ada pelajar yang menyatakan pembelajaran ini banyak membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik yang sukar difahami. Di samping itu, pelajar menyatakan bahagian yang mereka perlukan pertolongan untuk menambah kefahaman mereka.Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian'' seseorang individu dengan lebih ``bestari''. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang pelajar dapat meluah kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif.Pembelajaran koperatif ini adalah antara kaedah yang digunakan untuk memenuhi kepelbagaian dalam gaya belajar seseorang individu kerana terdapat individu yang lebih suka belajar secara berkumpulan daripada berseorangan.Struktur pembelajaran koperatif yang berkesan dapat memastikan pelajar-pelajar aktif terlibat dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran masing-masing. (Lie, 2004).Menurut Chua Yock Chuan (2001), Motivasi (minat) dan semangat baru yang diperolehi dan dipunyai oleh setiap pelajar akan pudar dan luntur tanpa disusuli suatu program pengisian yang positif dan konkrit. Dengan pengisian seperti pembelajaran berkumpulan (koperatif) dalam kelas dapat merangsang minda mereka.Menurut Che Mansor bin Che Tom (2000), guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir agar generasi akan datang mampu berfikir secara kreatif, inovatif dan mempunyai idea yang tuntas. Para pendidik tidak semestinya terikat dengan satu-satu fakta dalam proses penyampaian isi pelajaran masing-masing. Sebaliknya penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang.Menurut Dunn and Dunn (1987), emosi boleh digunakan untuk mencapai perhatian dan perhatian itu akan membawa kepada pembelajaran lebih baik. Jika pelajar tidak terlibat dan tidak bermotivasi dalam situasi pembelajaran tertentu, mereka berkemungkinan besar tidak akan belajar. Seseorang mesti terlibat dan dan mesti mempunyai emosi tertentu. Sedikit tekanan adalah lebih baik daripada keadaan yang langsung neutral terhadap apa yang sedang diajar.Mohankrishnan dalam kajiannya menyatakan, pembelajaran koperatif merupakan cara yang berkesan yang membolehkan seseorang pelajar menggunakan strategi kognitif yang sesuai untuk memberi motivasi, lebih idea dan pemahaman yang cepat terhadap sesuatu pembelajaran. Pelajar boleh mempelajari sesuatu mata pelajaran menggunakan pengetahuan sedia dan dengan menggunakan pengalaman sedia ada (Joyce & Weil 1972). Sistem pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diolah bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran tersebut berubah dan berpusatkan kepada pelajar (Slavin 1985). Selain itu, pembelajaran koperatif juga membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah.

Menurut Rogers dan Freiberg (1994) lagi, para guru seharusnya ingat bahawa kadangkala pelajar-pelajar juga ingin berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan rakan-rakan dan guru-guru. Apalah salahnya jika para guru menggalakkan pelajar-pelajar mengajar sesama sendiri. Setiap ahli mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan kumpulan mereka. Kejayaan individu menentukan kejayaan kumpulan, begitu juga sebaliknya sekiranya seorang gagal, maka seluruh ahli kumpulan juga gagal. Sekiranya kumpulan itu berjaya bermakna semua ahli kumpulan berbangga dengan kejayaan tersebut.Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.

2.5Tujuan Pembelajaran Koperatif

Melalui pengalaman belajar bersama, pelajar akan mendapat manfaat daripada sikap kerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain yang diterapkan semasa belajar berkumpulan. Antara tujuan menggunakan kaedah belajar berkumpulan dalam menyediakan suatu projek atau tugasan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi antara perseorangan dan kumpulan (Idris, 2000). Ini disebabkan kemahiran komunikasi yang baik akan menjayakan matlamat perbincangan kumpulan di mana matlamat kumpulan merupakan matlamat yang saling bergantungan.

Selain itu belajar berkumpulan juga dapat membentuk sifat kepemimpinan dan kepercayaan iaitu setiap kumpulan memerlukan seorang ketua, pencatat, pembentang dan sebagainya yang mana kesemuanya mempunyai peranan penting dalam menjayakan suatu projek atau tugasan. Di samping itu, mereka juga diberi kepercayaan oleh anggota lain dalam kumpulan untuk menjalankan tugas sebagaimana yang ditetapkan. Belajar berkumpulan juga akan meningkatkan harga diri pelajar.

Menurut Idris (2000), pelajar percaya bahawa mereka adalah individu yang begitu berharga dan penting yang mempunyai keupayaan menghadapi kekecewaan hidup, sentiasa gembira, dan menjadi individu yang produktif. Oleh itu, apabila sesebuah kumpulan telah berjaya menyiapkan suatu projek atau tugasan dengan baik, maka setiap anggota yang berada dalam kumpulan tersebut akan berasa lebih berkeyakinan dan seterusnya meningkatkan harga diri mereka.

Belajar secara berkumpulan juga bertujuan memberi peluang kepada pelajarpelajar mengalami proses pembelajaran mengikut kemampuan dan kecenderungan diri sendiri serta bekerja mengikut kebolehan dan kepantasan masing-masing. Dengan ini pelajar akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka apabila mereka belajar secara berkumpulan. Setiap anggota di dalam kumpulan digalakkan nasihat menasihati antara satu sama lain pada perkara kebaikan. Seorang pelajar yang biasanya malas belajar atau membuat tugasan apabila pelajar tersebut diarahkan melakukan tugasan dalam satu kumpulan, maka dengan sendirinya dia akan merasakan dirinya mempunyai tanggungjawab yang bukan sahaja terhadap dirinya sendiri tetapi juga tanggungjawab terhadap anggota lain dalam kumpulannya

Oleh itu, secara kesimpulannya tujuan pembelajaran di dalam kumpulan ini adalah untuk membentuk dan menanamkan kemahiran komunikasi dan juga kepakaran sebagai seorang yang professional dan intelek dalam diri setiap pelajar. Selain itu ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar menjelaskan dan menghalusi pemahaman melalui soal jawab kumpulan dan penyelesaian masalah, meningkatkan keupayaan berfikir dan kemampuan bahasa melalui perbincangan kumpulan, perancangan, dan penyelasaian masalah dan membina kemahiran sosial yang penting seperti kemahiran mendengar dan menghormati pendapat dan pandangan individu lain.

2.6Keberkesanan Pembelajaran Secara KoperatifTelah banyak kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidikan untuk melihat keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Daripada analisis yang dibuat oleh Ismail (2001) pembelajaran secara koperatif dapat memperluaskan skop penilaian kreativiti pelajar. Dalam kemahiran belajar secara interpersonal, penilaian hanya dibuat oleh satu pihak sahaja. Manakala penilaian dalam pembelajaran secara koperatif dilakukan bersama semua pihak iaitu guru atau pembimbing serta ahli pasukan yang lain. Setiap ahli pasukan saling bertindak balas dan secara tidak langsung semua ahli dalam pasukan dapat menyumbangkan idea

2.7Elemen eleman asas dalam pembelajaran kooperatifMelalui pembelajaran koperatif, pelajar berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai bahan-bahan pengajaran, bantu-membantu dan menggalakkan antara satu sama lain berinteraksi untuk mencapai matlamat kumpulan. Kaufman dan Felder (2000) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif merupakan satu paradigm pengajaran di mana kumpulan pelajar bekerja dalam tugasan (laporan eksperimen atau reka bentuk projek) yang telah distruktur berdasarkan pada lima kriteria iaitu kebergantungan secara positif, akauntabiliti individu, interaksi bersemuka, penggunaan kemahiran kolaboratif yang sesuai dan selalu membuat penilaian diri bagi fungsi setiap ahli kumpulan.Johnson, (1989) mengenalpasti terdapat lima elemen asas yang perlu diberi penekanan agar pembelajaran koperatif ini berjaya dilaksanakan. Melalui pendekatan pembelajaran koperatif ini, pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran yang meliputi lima elemen asas iaitu pergantungan yang positif, kebertanggungjawaban individu, interaksi secara bersemuka, keperluan kemahiran perhubungan individu dan kemahiran muafakat kumpulan kecil dan pemprosesan kumpulan.

2.7.1 Pergantungan yang positifMenurut Johnson, Johnson dan Holubec (1990), saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama.Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan. Ini bermakna semua ahli mesti berjaya mencapai matlamat sebelum sesuatu kumpulan itu dianggap sudah berjaya.

2.7.2 Kebertanggungjawaban individuKebertanggungjawaban individu bermaksud setiap ahli kumpulan perlu melibatkan diri secara aktif untuk membantu kumpulan mencapai matlamat. Di mana setiap ahli kumpulan perlu berpegang kepada prinsip bertanggungjawab secara individu dalam memberi apa jua sumbangan dan menguasai semua perkara yang di pelajari. Setiap ahli kumpulan perlu melakukan pembelajaran secara individu kerana pencapaian kumpulan turut bergantung kepada pencapaian individu ahli kumpulan yang lain.Kumpulan koperatif adalah bertujuan untuk menjadikan setiap ahli individu menjadi lebih berkebolehan (Husin & Abdul Aziz, 2003). Ini bermakna setelah menyelesaikan sesuatu tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap ahli kumpulan mesti berupaya melakukan dan menyiapkan tugasan yang sama bersendirian.

2.7.3 Interaksi Secara BersemukaInteraksi secara bersemuka boleh didefinisikan sebagai ahli-ahli di dalam kumpulan koperatif yang menggalakkan dan memudahkan usaha ahli-ahli lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Slavin (1995) menyatakan interaksi di kalangan pelajar menggalakkan pencapaian matlamat pembelajaran dengan jayanya daripada belajar sendiri. Walaupun sebahagian kerja dilakukan secara individu, sebahagian kerja lain perlulah dilakukan secara interaktif di kalangan ahli kumpulan, memberikan maklum balas, mencari rumusan terbaik dan menyampaikan apa yang telah mereka pelajari. Untuk menjadikan interaksi secara bersemuka ini lebih baik, pujian, galakan, sokongan dan saling membantu antara ahli kumpulan adalah diperlukan. Dalam interaksi secara bersemuka, pelajar perlu melakukan tugasan yang diberikan bersamasama dan berusaha mempertingkatkan kajayaan. Setiap ahli kumpulan perlu berkongsisumber dan saling bantu-membantu, menyokong, menggalakkan dan menghargai usaha yang dicapai oleh setiap ahli kumpulan yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Johnson, (1989) mendapati bahawa di antara kesan interaksi bersemuka ialah ia dapat mempengaruhi usaha setiap ahli kumpulan untuk mencapai matlamat bersama, memotivasikan setiap ahli kumpulan untuk mencapai matlamat bersama serta dapat mengurangkan rasa bimbang dan tekanan.

2.7.4 Keperluan Kemahiran Perhubungan Individu dan Kemahiran MuafakatKumpulan Kecil

Bagi memenuhi keperluan kemahiran perhubungan individu dan kemahiran muafakat kumpulan kecil, pelajar digalakkan serta dibantu membentuk dan berlatih mengenai membina kepercayaan, kepimpinan, membuat keputusan, berkomunikasi dan kemahiran pengurusan konflik. Kemahiran sosial ini perlu di ajar dan mendorong mereka untuk mempraktikkannya sama seperti pelajaran akademik (Husin & Abdul Aziz, 2003). Kemahiran- kemahiran ini dapat menggalakkan komunikasi, mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan dan melicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan. Kemahiran sosial yang baik di kalangan ahli kumpulan penting agar setiap ahli kumpulan tidak berasa segan atau takut untuk mengeluarkan idea, pendapat dan juga pandangan mereka walaupun apa yang diutarakan oleh mereka mungkin ditolak oleh ahli kumpulan yang lain.

2.7.5 Pemprosesan KumpulanPemprosesan kumpulan wujud apabila ahli-ahli kumpulan berbincang sejauh mana mereka telah dapat mencapai matlamat mereka dan mengekalkan kerja-kerja saling berhubungan secara efektif. Setiap ahli kumpulan perlu menjelaskan aksi-aksi atau tingkahlaku-tingkahlaku yang berguna serta membuat keputusan tentang tindakan yang akan dilakukan seterusnya atau perlu mengubahnya untuk membantu ahli kumpulan yang lain untuk mencapai matlamat. Ahli kumpulan perlu sentiasa menilai sejauh mana mereka bertindak sebagai sebuah kumpulan sambil mengenalpasti perubahan yang perlu untuk berfungsi lebih efektif pada masa depan. Menurut Johnson (1989), kumpulan pembelajaran koperatif perlu membuat refleksi diri untuk menerangkan dan membincangkan tindakan ahli-ahli kumpulan yang dapat membantu dan tidak membantu mencapai matlamat kumpulan. Semasa pemprosesan kumpulan, ahli-ahli boleh membuat refleksi secara individu tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan mereka pada hari tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit (Gin, 2002).