21
KONSEP-KONSEP MUZIK DEFINISI MUZIK: KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH ( KPLI-SR) KURSUS DALAM CUTI (KDC) PENDIDIKAN KHAS AMBILAN NOVEMBER 2010 PENDIDIKAN MUZIK KONSEP-KONSEP MUZIK NAMA PENYARAH: WAN HASZELILI BT WAN HASSAN NAMA : SITI AMIZA BT MD RESADI KUMPULAN : KPLI GSTT AMBILAN NOV 2010 OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS NO MATRIK : IPGKB: A37B - 1011 - 0691 NO IC : 851219- 07 - 5580

KONSEP muzik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KONSEP muzik

KONSEP-KONSEP MUZIK

DEFINISI MUZIK:

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH ( KPLI-SR)

KURSUS DALAM CUTI (KDC) PENDIDIKAN KHASAMBILAN NOVEMBER 2010

PENDIDIKAN MUZIK

KONSEP-KONSEP MUZIKNAMA PENYARAH: WAN HASZELILI BT WAN HASSAN

NAMA : SITI AMIZA BT MD RESADIKUMPULAN : KPLI GSTT AMBILAN NOV 2010OPSYEN : PENDIDIKAN KHASNO MATRIK : IPGKB: A37B - 1011 - 0691NO IC : 851219- 07 - 5580

Page 2: KONSEP muzik

ISI KANDUNGAN

BIL ITEM MUKA

SURAT

1 Pengenalan kepada Konsep Muzik 2

2 Konsep 1 : Irama

1.1 Detik

1.2 Meter

1.3 Tekanan

1.4 Tempo

1.5 Nilai not dan tanda rehat

3

3 Konsep 2: Melodi

2.1 Pic

2.2 Skel

2.3 Frasa

7

4 Konsep 3: Harmoni

3.1 Lagu Pusingan

3.2 Lagu berkembar

10

5 Konsep 4: Warna Ton 11

6 Konsep 5: Tekstur 12

7 Konsep 6: Bentuk

6.1 Bentuk Binari AB

6.2 Bentuk Tenari ABA

13

8 Konsep 7:Ekspresi

7.1 Mud

7.2 Dinamik

14

1

Page 3: KONSEP muzik

Konsep Muzik

Irama Melodi Harmoni

Warna ton

Tekstur

Bentuk

Ekspresi

KONSEP- KONSEP MUZIK

PENGENALAN

Muzik adalah diakui sebagai satu seni yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau

instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yang

dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang

mencerminkan ketinggian dan ketamadunan sesuatu budaya bangsa tertentu

Seni muzik merupakan satu seni hasil daripada luahan manusia yang

menggambarkan identiti dan kemajuan sesuatu bangsa. Malaysia turut mempunyai seni

muzik mereka yang tersendiri dan unik memandangkan negara Malaysia yang terdiri dari

pelbagai bangsa, etnik, kaum, agama dan kepercayaan.

KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti

tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik

yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi,

harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

2

Page 4: KONSEP muzik

Konsep 1: IRAMA

Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan

not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek

bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama

yang berbeza.

Irama merangkumi detik, meter, tekanan, tempo dan nilai not dan tanda rehat.

1.1 DETIK:

Detik bermaksud bit konsisten atau denyutan. Denyutan yang berulang dan

berterusan merupakan elemen yang fundamental yang penting dalam

muzik .Dalam muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh

ditepuk sepanjang muzik tersebut. Jangka masa satu etik ke detik yang lain diukur

dengan nilai not muzik.

Meter

Tekanan Tempo

Nilai not & tanda

Detik

IRAMA

3

Page 5: KONSEP muzik

1.2 METER

Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulakan dalam kumpulan

2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya

jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam

skor lagu dalam bentuk tanda masa. Jadual berikut menunjukan contoh kiraan

meter dalam muzik.

2 3 4 2 3 4 3 3

4 4 4 2 2 2 8 8

o Nilai angka di atas mewakili bilangan detik dalam satu bar atau unit

manakala nilai angka di bawah mewakili jenis detik/not yang digunakan

samada not krocet (4), minim (2), Kuaver (8) dan sebagainya

Meter boleh dikelaskan kepada meter lazim dan meter tidak lazim.

i) Meter Lazim

Meter 2 , 3 , dan 4 dikenali sebagai meter lazim. Dalam

4 4 4

meter lazim duaan 2 , setiap bar mengandungi dua

4

detik krocet (♪).Setiap detik krocet bersamaan dengan 2 nilai kuaver

(♪ = ♪ ♪ )

4

Page 6: KONSEP muzik

Contoh 1 - nilai : 2

4

Huraian: 2 mewakili detik dalam setiap bar,

4 mewakili jenis not yang digunakan ( krocet)

ii) Meter tak lazim

Meter 6 merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai nilai

8

yang sama dengan nilai masa 3 kuaver (♪). Dalam suatu bar terdapat dua

detik yang ditulis sebagai “♪. ♪.” dimana setiap krocet bertitik ♪..

mewakili 3 kuaver (♪♪♪)

Contoh 2 - nilai 6

8

Huraian: 6 mewakili detik dalam setiap bar,

8 mewakili jenis not yang digunakan (kuaver)

1.3 TEKANAN

Tekanan bermaksud detik yang dirasai lebih kuat dan diberikan penegasan.

Semasa menyanyi sesuatu corak irama seringkali dapat didengar detik yang

dirasakan lebih kuat atau diberikan penegasan daripada detik-detik yang lain.

Penegasan atau menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi

tekanan.Terdapat detik yang dibunyikan kuat dan ada yang dibunyikan kurang.

5

Page 7: KONSEP muzik

Detik yang kuat dikenali sebangai tekanan dan disimbolkan sebagai tanda “ >”

atau “ ^ ”

Contoh tekanan:

1.4 TEMPO

Tempo biasanya merujuk kepada kelajuan detik sesuatu lagu atau corak irama

muzik. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza samada cepat, sederhana atau

lambat.

Antara jenis-jenis tempo ialah:

ALLEGRO (Rancak, Cepat)

AN DAN TE (Sederhana Cepat)

ALLA MARCIA (March, Patriotik)

DAL CAPO (D.C) Irama diulang

Tempo juga boleh dinyatakan dalam unit digit iaitu

♪ = 114 atau ♪ = 60

1.5 NILAI NOT DAN TANDA REHAT

Panjang atau pendek sesuatu bunyi dilambangkan dalam bentuk not. Nilai sesuatu

not dapat dipnjangkan dengan meletakan satu titik di tepi not tersebut. Titik

tersebut mewakili separuh daripada not asal. Contohnya minim bertitik. Berikut

adalah bentuk-bentuk not yang terdapat di dalam seni muzik.:-

6

Page 8: KONSEP muzik

Bentuk-bentuk not dan tanda rehat

Konsep 2: MELODI

Melodi bermaksud susunan seni kata berirama yang disusun mengikut turutan pic

yang sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri

daripada bunyi panjang atau pendek yang membenuk irama melodi yang

berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not berubah. Ia biasanya merujuk

kepada irama sesuatu lagu.

Contoh melodi : lagu Lenggang Kangkung

Antara elemen yang terdapat dalam melodi ialah pic, skel dan frasa.

2.1 PIC

MELODIMELODI

PICPIC FRASAFRASA SKELSKEL

7

Page 9: KONSEP muzik

Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi samada bunyi tinggi atau bunyi

rendah. Setiap aras pic mempunyai bunyi yang berbeza. Pic aras tinggi berbunyi

nyaring manakala pic aras rendah berbunyi besar.

Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu

kumpulan atau rangkaian pic. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk

sebuah melodi lagu. Pic boleh disusun secara berurutan. Pic-pic yang berkaitan

antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu

Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar.

o Pergerakan bertangga

o Pergerakan melompat

o Pergerakan mendatar

2.2 SKEL

8

Page 10: KONSEP muzik

Skel bermaksud pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jea

tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonalti.

Tangga nada seperti nada skel major dan nada skel minor.

o Skel major menaik

o Skel minor menaik

2.3 FRASA

Frasa bermaksud sekumpulan not yang membentuk satu penyataan muzik yang

signifikan atau satu keratan lagu. Frasa disimbolkan dengan:

Contoh :

9

Page 11: KONSEP muzik

Konsep 3: HARMONI

Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang

dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini membenuk kord yang

digunakan untuk mengiringi melodi.Kord mempunyai tiga not yang dikenali sebagai

triad. Not yang digunakan untuk membentuk triad ialah not asas (not tonik), not

ketiga dan not kelima dari satu skel.

Contoh:

Nyanyian secara harmoni merujuk kepada 2 lagu iaitu:

- Lagu pusingan

- Lagu berkembar

3.1 LAGU PUSINGAN

Maksud:Lagu pusingan merujuk kepada lagu yang dinyanyikan secara

berkumpulan dan bergilir-gilir.

Contoh lagu : Rasa Sayang

- kumpulan pertama menyanyikan lagu pada bar yang pertama “ ra-sa sa-yang

eh”

- Kumpulan kedua mula menyanyi dari mula hingga akhir apabila kumpulan 1

sampai ke bar yang ke 3. “ra-sa sa-yang sa-yang eh”

- Kumpulan ketiga pula mula menyanyi dari mula hingag akhir apabila

kumpulan 1 sampai ke bar yang ke 6 “

Kesemua kumpulan tidak akan berhenti serentak kecuali diarahkan untuk berhenti

pada tempat yang sesuai.

10

Page 12: KONSEP muzik

Sebelum menyanyikan lagu, murid harus mengetahui pic, ritma dan tempo lagu

tersebut.

Contoh lagu yang dinyanyikan secara berpusingan ialah: Muzik is Fun ( Kate

Baxter), A Thousand hairy Savages ( Ken Lee/ Spike Miligan) dan Something

Inside Me ( Kenneth Simpson)

3.2 LAGU BERKEMBAR

Lagu berkembar bermaksud dua lagu yang berbeza tetapi dinyanyikan serentak.

Kedua-dua lagu ini mempunyai kord yang sama dan harmoninya tidak

bercanggah antara satu sama lain.

Contoh lagu berkembar ialah “ Baa Baa Black Sheep” dan Are You Sleping.

Kedua-dua lagu ini dinyanyikan serentak dalam tempoh yang sama.

KONSEP 4: WARNA TON

Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu

alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan.

Contoh :

o Dram bes - bunyi berat

o Kastanet - bunyi ringan

Vocal merujuk kepada suara manusia

Perkusi merujuk kepada alatan muzik yang dimainkan secara diketuk, dipukul

atau dipalu.

Perkusi badan merujuk kepada bunyi yang dihasilkan melalui pergerakan

bahagian badan manusia seperti tepukan, hentakan dan sebagainya. Contoh dapa

dilihat melalui bunyi hentakan kaki, tepukan tangan, petik jari dan sebagainya.

Perkusi vocal merujuk kepada bunyi perkusi tiruan yang dihasilkan melalui mulut

seperti bunyi Cing…Dum… Tak

11

Page 13: KONSEP muzik

KONSEP 5: TEKSTUR

Definisi: tekstur bermaksud jalinan antara lapisan-lapisan suara yang terdapat

dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada

bilangan lapisan suara atau bunyi yang yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

Tekstur terbahagu kepada 4 iaitu Monofoni, Homofoni, Haterofoni dan Polifoni.

o Monofoni bermaksud satu baris melodi atau muzik satu suara yang

dimainkan tanpa sebarang iringan muzik. Contohnya apabila kita

menyanyi sebuah lagu tanpa iringan,kita sebenarnya sedang menyanyi

secara monifoni.

o Hemofoni bermaksud sistem interpretasi yang berharmoni dalam siri

muzik polifoni. Ia mempunyai satu bars melodi yang dinyanyi atau

dimainkan dengan iringan kord. Contohnya apabila seorang penyanyi

menyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan petikan

gitar. Tumpuan utama apabila kita mendengarnya ialah kepada melodinya

yang disokong dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alatan

muzik atau suara nyanyian.

o Heterofoni bermaksud berbilang suara

o Polifoni bermaksud gaya improvisasi dalam muzik polifoni. Ia membawa

maksud dua atau lebih lapis muzik yang dinyanyikan bersama. Setiap

lapisan bunyi mempunyai cirri dan kepentingannya yang tersendiri tetapi

menyokong antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi muzik

tersebut.

12

Page 14: KONSEP muzik

KONSEP 6: BENTUK

Bentuk dalam bahasa muzik merujuk kepada susunan idea atau satu corak melodi

yang mempunyai cirri-ciri yang kjusus. Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh

gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada

motif, frasa

dan seksyen.

Segmen-segmen muzik ini biasanya diulang dan dipelbagaikan untuk

membentuk sesebuah karya muzik.

Sesebuah lagu biasanya mempunyai intro, rangkai dan korus. Bahagian akhir

lagu dinamakan “coda”.Dalam muzik, seksyen ini biasanya ditulis sebagai A B C

dan seterusnya.

Antara bentuk yang terkenal ialah Bentuk AB ( Binari) dan Bentuk Tenari (ABA).

Terdapa juga bentuk-bentuk lain seperti Ronda, Perlude dan Fugue.

6.1 Bentuk AB ( Binari)

o Bentuk binari merujuk kepada muzik yang hanya mempunyai 2 bahagian

yang utama. Setiap bahagian dilebelkan sebagai A dan B. Bentuk binari

biasanya berunsurkan soal jawab dimana bahagian A marujuk kepada

unsur menyoal manakala bahagian B merujuk kepada unsur menjawab.

Terdapat juga bentuk Binari AB yang mempunyai bahagian- kecil di dalamnya.

Contoh lagu yang berbentuk Binari ialah: “ Can Mali Can”

Bahagian A : Dimana dia anak kambing saya,

Anak kambing saya da di tepi sawah,

Dimana dia adik comel saya,

Adik comel saya yang pakai baju merah,

Bahagian B: Can mali can, can mali can,

Can mali can ketipung paying,

Can mali can, can mali can,

Can mali can ketipung payung,

6.2 Bentuk Teneri (ABA)

A B A B A B

a a b b a a’ a” b b’ b” a a’ b b’

13

Page 15: KONSEP muzik

Teneri membawa maksud tiga, ini bermakna lagu-lagu yang berbentuk Teneri

atau ABA mempunyai bentuk yang utama dimana bahagian pertama dilebelkan

sebagai A, bahagian yang kedua dilebelkan sebagai B , manakala yang ketiga

dilebelkan sebagai A kerana bahagian ini adalah ulangan daripada bahagian yang

pertama.

Bahagian B dicipta bagi memberi sedikit kelainan atau variasi dari sedi corak

irama dan melodi lagu tersebut. Bahagian ini dikenali sebagai “bridge”

Antara lagu yang menggunakan bentuk Teneri ABA ini ialah lagu kanak-kanak

“Lagu Jong Jong Inai”

Bahagian A :Jong jong inai mak ipong waja wali,

Bahagian B : Jong jong inai mak ipong waja wali

Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki

Semangkuk jerluk sepinggan dagang

Tak cukup pulut tambah nasi dagang

Bahagian A: Jong jong inai Mak ipong waja wali

KONSEP 7: EKSPRESI

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang

ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Ia merupakan cirri muzikal

yang mempengaruhi sesuatu persembahan vocal atau instrumental. Gabungan

aplikasi ciri muzikal boleh menghasilakan interpretasi tersendiri. Pernyataan

perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila

muzik diperdengarkan.

7 . 1 Mud

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu

dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan

samada riang, bersemangat, sedih dan sebagainya.

7.2 Dinamik

14

Page 16: KONSEP muzik

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik

yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk

tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( > ) dan beransur kuat

( < ).

15