23
KONSEP PENGUKURAN

KONSEP PENGUKURAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengenalan konsep pengukuran, penilaian dan pengujian

Citation preview

KONSEP PENGUKURA

N

suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen

Mengesan hasil pembelajaran jenis kemahiran dan kemajuan

Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. pengukuran hanyalah merupakan penentuan status atau tahap.

Pengukuran tanpa pengujian

Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza daripada pengujian yang hendak mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperoleh, pengukuran pula menjurus pada banyak mana skor atau markat yang diperoleh dengan menggunakan proses tertentu.

Instrumen atau alat pengukuran

UjianSoal selidikKuizSenarai semak

Penilaian

Definisi Penilaian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan Penilaian sebagai perihal atau perbuatan untuk menilai atau penaksiran.

Menurut Stufflebeam et al. (1971) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”.

proses menentukan sempadan,

memperoleh, dan menyediakan maklumat yang berguna untuk menilai alternatif keputusan (langkah menangani).

Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Sumber : Sara Assyahidah,

http://www.slideshare.net/saraassyahidah/definisi-dan-contoh-pentaksiran-pentafsiran-penilaian-pengukuran-dan-pengujian#btnNext

Menurut Nana Sudjana (1989) Penilaian adalah suatu tindakan atau kegiatan untuk melihat sejauh mana tujuan-tujuan instruksional telah dapat dicapai atau dikuasai oleh dalam bentuk hasil-hasil belajar yang diperlihatkannya setelah mereka menempuh pengalaman belajarnya (proses belajar-mengajar).

Sumber :Nana Sudjana. 1989. Penilaian Hasil Proses Belajar Mengajar. Bandung : PT. Remaja Rosdakarya

Menurut Jamila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan.

Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada telah mancapai objektif atau tidak. 

D.Stuflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk  membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Sumber: Tulisan Nabila Bayek, Laman Pendidikan Khas,

http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2013/01/maksud-tujuan-dan-kepentingan-ujian.html

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat secara bersistem tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu.

Menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.

Contoh : Menguji: Murid menduduki ujian bertulis Mengukur: Murid diberi markah 70% dan gred B Menilai: Murid diberitahu bahawa usahanya baik

Kesimpulan

Penilaian = Pengujian + Pengukuran

Jenis-jenis

Penilaian

Pengesanan

Diagnostik

Perkembangan

Pencapaian

Psikologi

Penilaian Diagnostik Penilaian diagnostik ialah satu proses penilaian

terhadap kanak-kanak untuk melabel tahap keupayaan kanak-kanak tersebut. Penilaian ini biasanya dilakukan oleh psikiatris, guru. 

Penilaian ini membantu guru menentukan samaada kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian yang lebih atau tidak.

Penilaian ini juga bertujuan mengumpul maklumat untuk tujuan penempatan kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. 

Penilaian diagnostik juga penting kepada guru-guru untuk merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Penilaian Perkembangan

Penilaian perkembangan ialah menilai tahap perkembangan kanak-kanak selepas melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)

Penilaian ini diadakan untuk menilai keberkesan kefahaman murid dan pengajaran guru.

Penilaian ini juga diadakan untuk mengetahui tahap perkembangan murid-murid.

Penilaian perkembangan kanak-kanak ini diukur dari 5 aspek iaitu penilaian aspek motor, bahasa, mental, sosial dan pengurusan diri.

Penilaian ini biasanya sesuai untuk diadakan sebagai ujian formatif di dalam kelas selepas sesi PnP.

Penilaian Pencapaian

Penilaian pencapaian ialah ujian atau siri ujian yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat  tentang pencapaian murid.

Penilaian ini dijalankan untuk menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian dan ujian bertulis.

Penilaian ini terbahagi kepada  dua iaitu penilaian sumantif dan penilaian formatif.

Penilaian pencapaian ialah proses pentaksiran yang dibuat keatas apa yang telah dicapai atau dikenali sebagai prestasi.

Penilaian Pengesanan

Penilaian pengesanan adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid supaya dapat mengenalpasti masalah atau ketidakupayaan  sebenar yang menyebabkan murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.

Penilaian pengesanan dilakukan bagi mengumpul maklumat bagi proses penyimpanan rekod. 

Penilaian ini adalah sebagai pengesanan murid-murid di peringkat yang lebih awal.

Penilaian Psikologi

Penilaian yang dilakukan ini berkaitan secara langsung dengan tingkahlaku, mental dan emosi kanak-kanak.

Penilaian ini adalah bertujuan untuk membantu penilai mengawal tingkahlaku kanak-kanak.

Selain, turut membantu perkembangan tingkahlaku, emosi dan mental kanak-kanak serta membantu guru membuat langkah-langkah menangani tingkahlaku buruk murid-murid.

Proses Penilaian

Pengukuran

Analisis

Interpretasi

Laporan

Tindakan

Mengadakan cadangan

penambaikkan dalam sistem yang

dinilai sebagai contohnya adalah

kaedah pengajaran

Ubahsuai atau kekal

Tujuan

Penilaian

Sebagai

pengerak/

motivasi

Sebagai alat menca

ri kelemahan

Bagi mendapatkan maklumbala

s

Menilai presta

si/ kemajuan/

pencapaian murid

Membuat

klasifikasi

Bentuk Penilaian

Jadual

Gred