18
1.0 PERGERAKAN ASAS. 1.1 DEFINISI Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang ituakan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankankebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik. 1.2 Konsep Pergerakan Asas. Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu : konsep pergeraka n asas kesdaran ruang kesedaran tubuh badan beban perhubung an

Konsep Pergerakan Asas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep Pergerakan Asas

1.0 PERGERAKAN ASAS.

1.1 DEFINISI

Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang ituakan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut.

Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankankebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk  belajar.

Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.

1.2 Konsep Pergerakan Asas.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :

konsep pergerakan asas

kesdaran ruang

kesedaran tubuh badan

beban

perhubungan

Page 2: Konsep Pergerakan Asas

I.Kesedaran ruang

Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.-

Lokasi = ruang diri dan ruang am. Arah = ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang ) Laluan =lurus , melengkung , zig - zag.- Ekstensi = ( besar -kecil ) , ( jauh - dekat )

Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.

II.Kesedaran Tubuh Badan.

Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :-

Gerak laku asas tubuh. Aktiviti gerak laku anggota - anggota tubuh. Aktiviti serta bentuk - bentuk tubuh badan.

Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskanfungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing danmemikul berta badan.

III.Beban

Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akankekuatan. Antaranya.-

Masa : cepat - lambat. Daya : kuat - ringan.- Aliran : bebas - terikat.

IV.Perhubungan

Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;

Objek : atas - bawah, dekat-jauh, keliling - sisi, bertemu - berpisah. Manusia. Memimpin- ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.

Page 3: Konsep Pergerakan Asas

1.3 JENIS PERGERAKAN ASAS

Di dalam pergerakan asas terdapat 3 pergerakan atau kemahiran iaitu :

2.0 Pergerakan Lokomotor.

2.1 DEFINISI

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

2.2 Konsep Pergerakan Lokomotor

 Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahanitu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor.Pergerakan ini melibatkan aspek arah, haluan dan masa.

Aspek HuraianArah Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri

atau ke kananHaluan Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh

dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lainMasa  Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan,

masa boleh dalamkeadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

Pergerakan asas

Pergerakan lokomotor

Lokomotor beritma sekata

Lokomotor beritma tak

sekata

Pergerakan bukan

lokomotror

Pergerakan manipulasi

alatan

Page 4: Konsep Pergerakan Asas

2.3 JENIS PERGERAKAN LOKOMOTOR

jenis pergerakan lokomotor

beritma sekata

-berjalan-berlari

-melompat-hop

-leap-

beritma tidak sekata-skip

-menggelongsor-galop

Pergerakan lokomotor

Page 5: Konsep Pergerakan Asas

2.4 Contoh-contoh pergerakan lokomotor

BENTUK PERGERAKAN CONTOH GAMBAR

BERJALAN

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 

Jalan berundur dan kemudian ke hadapan Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan  Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan Berjalan naik tangga 

BERLARI

Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 

Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.  Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat  di berikan dan berlari semula  Berlari kehadapan serta berundur kesisi Berlari mengikut arah zig zag Lari beberapa langkah dan kemudian melompat 

Page 6: Konsep Pergerakan Asas

MELOMPAT 

Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani

ialah seperti berikut:

Melompat seperti rusa melompat pagar  Melompat tali atau garisan di atas lantai Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai  Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat  Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat Melompat sambil mengubah arah lompatan 

MELOMPAT KETINGTING 

Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan

jasmani ialah seperti berikut:

Melompat keting ting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empatkiraanMelompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekananMelompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekananmengikut isyaratMelompat ketingting meliputi pelbagai jarak

Page 7: Konsep Pergerakan Asas

MERANGKAK 

Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani

ialah seperti berikut:

Merangkak melalui pelbagai halangan Merangkak melalui bawah sarang labah-labah Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat Merangkak melalui tali 

3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

3.1 Definisi

Pergerakan bukan lokomotor merupakan keupayaan untuk mengerakkan tubuh

badan tanpa beralih tempat. Kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama

tanpa melakukan pergerakan yang memerlukan perubahan tempat. Kanak-kanak

berada pada tempat yang sama dan melakukan beberapa pergerakan. Contohnya

aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan

bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni

tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih

dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.

3.2 Konsep Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan

membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan

seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Pergerakan

dilakukan dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Hal ini kerana dalam

Page 8: Konsep Pergerakan Asas

konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan

lebih kepada pergerakan halus dan ringan sahaja.

3.3 Contoh-contoh Pergerakan Bukan Lokomotor

a)Menghayun

Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu

titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik

semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu,

menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke

kanan ataupun dari depan ke belakang.

b) Menarik Tangan Pasangan

Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu

membiarkan kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan

menambahkan lagi keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara

amnya mereka suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini

kanak-kanak perlu berkerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-

kanak perlu memegang tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan

secara serentak sambil berdiri statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar

cara untuk berkerjasama dan bertolak-ansur dengan pasangan. 

c) Imbangan satu Tapak

Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat

melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala

dengan berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola

dan tangan kiri mencapai kaki kiri kemudian mebuat imbangan satu tapak

sokongan dilakukan.

Page 9: Konsep Pergerakan Asas

d) Memutar Gelung di Tangan

Kanak-kanak pada umur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar

menggerak dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi

mereka ianya membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil

kedua belah tangan bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan

gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak denagn meletakkannya di tangan

mereka. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung

dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas

itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak juga boleh

menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah tangan

mereka sambil kaki berdiri statik.

e) Melambung Bola

Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru

perlu kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu

perkembangan fizikal kanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat

melakukan aktiviti ini dalam dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati

sama ada pada arah belakang, depan,kiri atau kanan dalam keadaan berdiri

statik. Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara bergilir-gilir. Dengan

melakukannya sejak dari awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk

menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola baling, dan sebagainya apabila

mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan

mata dan tangan.

Page 10: Konsep Pergerakan Asas

3.4 GAMBAR PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Page 11: Konsep Pergerakan Asas

4.0 MANIPULASI ALATAN

4.1 DEFINISI

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk

mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid

sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan

mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.

Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola

besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi

melibatkan tiga aspek iaitu :-

Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul,

mengumpan dan merejam

Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut

Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

4.2 Konsep Manipulasi Alatan

Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan

alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan sama ada

pergerakan lokomotor ataupun pergerakan bukan lokomotor. Kemahiran ini banyak

memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakan badan

untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Oleh itu, kemahiran

asas ini dapat meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tangan- mata, kaki

mata dan lain-lain.

Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina di peringkat umur

pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas

yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya

menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.

Page 12: Konsep Pergerakan Asas

4.3 ALATAN YANG DIGUNAKAN

Jenis-jenis Alatan

Pundi kacang

Bola kecil

Bola besar

Gelung

Tali

Batang rotan

Page 13: Konsep Pergerakan Asas

4.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alatan

Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra sekolah dan sekolah

rendah ialah: 

i. Membaling dan melambung

Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula.

Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula. 

Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula.

Meleretkan bola ke sasaran .

Page 14: Konsep Pergerakan Asas

ii. Menyambut

Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula.

Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula.

Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula.

Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan.

Membaling dan menangkap bola secara bergilir dengan pasangan.

Page 15: Konsep Pergerakan Asas

iii. Memukul

Memukul alatan dengan tangan .

Memukul alatan dengan gengaman.

Memukul alatan ke arah pasangan atau sasaran.

Melambung belon ke udara dan kemudian memukul.

Page 16: Konsep Pergerakan Asas

4.4 Contoh Manipulasi Alatan

Melantun bola sambil

berjalan

Memusingkan badan dengan

gelungSkipping

Permainan "Zero Point"

Melambung bola

Melambung pundi

kacang

Page 17: Konsep Pergerakan Asas