Upload
charles-luther-king
View
1.038
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
KPS
Citation preview
Tugasan B
Jalankan eksperimen dan jawab semua tugasan dari aktiviti 5,6,8,10 dan 11.
Aktiviti 5
Eksperimen : Jam Matahari
Pernyataan Masalah : Sebelum jam direka, manusia menggunakan bayang-bayang untuk
mentafsir masa
Tujuan eksperimen : Untuk menyiasat panjang dan kedudukan bayang-bayang
Bahan dan peralatan : Pensil, kertas putih, plastisin
Hipotesis : Panjang bayang-bayang adalah paling pendek pada pukul 12
tengah hari.
Inferens : Panjang bayang-bayang pada jam 12 tengah hari adalah paling
pendek kerana matahari betul-betul tegak di atas kepala.
Pembolehubah:
Dimanipulasi : Masa
Bergerak balas : Panjang bayang-bayang
Dimalarkan : Jenis pensel
Kaedah / Langkah :
1. Panjang pensel diukur dan pensil didirikan menggunakan plastisin dibahagian tengah
kertas putih
2. Tandakan pada kertas putih, panjang bayang-bayang pada setiap jam sehingga
anda mendapat 6-8 bacaan
3. Rekodkan data dalam bentuk jadual dan sediakan graf yang menunjukkan
perhubungan diantara masa dan panjang bayang-bayang
4. Rekod panjang pensil dan jalankan eksperimen ini di kawasan lapang dari waktu
pagi sehingga petang (6-8 jam)
Dari graf , jawab soalan berikut.
1. Tentukan masa bila bayang-bayang tidak kelihatan
2. Tentukan dari graf bilakah bayang-bayang lebih panjang dari panjang pensil
Keputusan :
Panjang pensel ialah 17.5 cm
1.
Jadual 1 Panjang bayang-bayang dari jam 8 pagi hingga 3 petang
Graf 1 Panjang bayang-bayang melawan masa dibina berdasarkan data yang diperolehi.
8 pagi 9 pagi 10 pagi 11 pagi 12 tengah hari
1 petang 2 petang 3 petang 4 petang0
5
10
15
20
25
Panjang arah bayang-bayang
Panjang arah bayang-bayangMasa ( j )
Panj
ang
baya
ng-b
ayan
g ( c
m )
Masa ( j ) Panjang bayang-bayang ( cm )
8 pagi 20 cm
9 pagi 15 cm
10 pagi 10cm
11 pagi 5 cm
12 tengah hari 1 cm
1 petang 5 cm
2 petang 10 cm
3 petang 15 cm
4 petang 20 cm
Perbincangan
1. Pada waktu bilakah bayang-bayang tidak kelihatan ?
Pada jam 12 tengah hari sewaktu matahari berada tegak di atas kepala.
2. Pada waktu bilakah bayang-bayang menjadi lebih panjang daripada pensel?
Bayang-bayang menjadi lebih panjang daripada pensel pada pukul 8 pagi dan 4
petang,iaitu 20 cm.
Kesimpulan
Panjang dan kedudukan bayang-bayang dipengaruhi oleh masa dan kedudukan
matahari.
10 pagi 11 pagi
12 tengahari
Aktiviti 6
MEMBUAT INFERENS
Baca pemerhatian dibawah. Selepas itu buat inferens untuk menerangkan setiap pemerhatian.
Terdapat lebih dari satu penerangan yang logik ke atas sesuatu pemerhatian. Inferens yang
anda buat mungkin betul dan mungkin salah dan ia perlu diuji.
Pemerhatian 1: Anda perhatikan langit semakin gelap.
Inferens anda :
1. Jerebu yang tebal
2. Gerhana Matahari berlaku
3. Pembakaran terbuka
Pemerhatian 2: Pengetua memanggil dan ingin berjumpa bseorang pelajar
dari kelas anda
Inferens anda:
1. Murid itu ditawarkan biasiswa
2. Murid itu mendapat keputusan yang cemerlang
3. Kes kecemasan
Pemerhatian 3: Semua pelajar membawa bekalan makanan ke sekolah
Inferens anda:
1. Kantin ditutup
2. Amalan / Kempen berjimat cermat
3. Kempen kitar semula
Pemerhatian 4: Bekas ahli pemusik rock pemain mempunyai masalah
pendengaran serius
Inferens anda:
1. Muzik yang terlalu kuat
2. Gegendang telinga rosak
3. Kerana kes kemalangan
Pemerhatian 5 : Anda meninggalkan panggung wayang dan mendapati
kawasan persekitarannya basah
Inferens anda:
1. Saluran paip di kawasan itu pecah
2. Lori membawa tangki air mengalami kemalangan
3. Banjir kilat
Pemerhatian 6: Bila berjabat tangan dengan pekerja sekolah itu, anda dapat
merasa tapak tangannya kasar dan keras.
Inferens anda:
1. Tidak menggunakan losyen
2. Kerap melakukan kerja kasar
3. Masalah kulit
Pemerhatian 7: Lampu dalam bilik kelas padam.
Inferens anda:
1. Bekalan elektrik terputus
2. Masalah pendawaian wayar
3. Enjin jenerator kehabisan minyak
Pemerhatian 8: Kedengaran bunyi siren sedang melalui kawasan sekolah
Inferens anda:
1. Ada kemalangan berlaku
2. Adengan kejar –mengejar polis dengan penjenayah.
3. Membawa orang kenamaan.
Aktiviti 8
Eksperimen : Whirly Bird ( Helicopter Happening )
Pernyataan Masalah : Adakah masa untuk whirly bird sampai ke lantai bergantung kepada
bilangan klip kertas.
Tujuan Eksperimen : Untuk menyiasat hubungan antara masa untuk whirly bird sampai ke
lantai dengan bilangan klip kertas yang dilekatkan.
Bahan / Peralatan : Gunting, pembaris, klip kertas, jam randik, sampel whirly bird, kertas
A4, surat khabar, kertas sijil
Hipotesis : Semakin bertambah bilangan klip kertas, semakin bertambah masa
untuk whirly bird sampai ke lantai.
Pembolehubah
Dimanipulasi : bilangan klip kertas
Bergerak balas : masa untuk whirly birds sampai ke lantai
Dimalarkan : ketinggian whirly birds dilepaskan
Kaedah / Langkah
1. Gunting bentuk whirly bird daripada kertas A4 yang disediakan dengan berhati-hati.
2. Lipatkan bahagian yang akan digunting itu ke depan dan satu bahagian lagi ke
belakang.
3. Lekatkan klip kertas di bahagian bawah whirly bird.
4. Pegang whirly bird di ketinggian yang ditetapkan dan lepaskan whirly bird itu.
5. Ukur masa whirly bird itu sampai ke lantai dan rekodkan keputusan anda di jadual yang
disediakan.
6. Ulangi langkah 4 dan 5 dua atau tiga kali dan rekodkan pemerhatian anda.
7. Lekatkan 2 klip kertas dan ulangi langkah 4,5 dan 6.
8. Lekatkan 3 klip kertas dan ulangi langkah 4, 5 dan 6.
9. Ulang eksperimen dengan membuat semula whirly bird dengan kertas suratkhabar dan
kertas sijil.
10.Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual yang disediakan.
Keputusan / Pemerhatian
Ketinggian 250 cm
Whirly Bird – Kertas A4
Bilangan Klip
Kertas
Masa terbang ( s )
PurataCubaan
1 2 3
1 1.4 1.4 1.3 1.4
2 1.5 1.5 1.9 1.6
3 1.8 1.8 1.7 1.8
Pembolehubah
a) Dimanipulasi : bilangan klip kertas
b) Bergerakbalas : masa untuk whirly bird sampai kel lantai
c) Ditetapkan : ketinggian , jenis kertas
Whirly Bird – Kertas Suratkhabar
Bilangan Klip
Kertas
Masa terbang ( s )
PurataCubaan
1 2 3
1 2.4 2.5 2.4 2.4
2 2.6 2.6 2.7 2.6
3 2.2 2.2 2.3 2.2
Pembolehubah
a) Dimanipulasi : bilangan klip kertas
b) Bergerakbalas : masa untuk whirly bird sampai ke lantai
c) Ditetapkan : ketinggian , jenis kertas
Whirly Bird – Kertas Sijil
Bilangan Klip
Kertas
Masa terbang ( s )
PurataCubaan
1 2 3
1 1.2 1.3 1.2 1.2
2 1.0 1.1 1.1 1.1
3 1.2 1.3 1.1 1.2
Pembolehubah
a) Dimanipulasi : bilangan klip kertas
b) Bergerakbalas : masa untuk whirly bird sampai ke lantai
c) Ditetapkan : ketinggian , jenis kertas
Kesimpulan
Semakin bertambah bilangan klip kertas, semakin bertambah / laju masa untuk whirly bird
sampai ke lantai.
Aktiviti 10
MEMBINA DAN MENGUJI HIPOTESIS
Tulis hipotesis untuk perkara berikut.
1. Pembolehubah Dimanipulasi: Panjang bilah helikopter
Pembolehubah Bergerakbalas : Kelajuan putaran
Hipotesis : Semakin panjang bilah helikopter, semaki berkurang keljuan putaran
2. Pembolehubah Dimanipulasi: Panjang tali talipon
Pembolehubah Bergerakbalas : Kejelasan suara
Hipotesis : Semakin panjang tali telefon, semakin kurang kejelasan suara.
3. Pembolehubah Dimanipulasi: Latihan pukulan bola lisut
Pembolehubah Bergerakbalas : Purata pukulan
Hipotesis : Semakin kerap latihan pukulan bola lisut, semakin tinggi purata
pukulan.
4. Pembolehubah Dimanipulasi: Suhu larutan
Pembolehubah Bergerakbalas : Masa untuk susu campuran larut
Hipotesis : Semakin tinggi suhu larutan, semakin cepat masa untuk susu
campuran larut.
5. Pembolehubah Dimanipulasi: Kedalaman tasik
Pembolehubah Bergerakbalas : suhu air
Hipotesis : Semakin bertambah kedalaman tasik ,semakin menurun suhu air.
6. Pembolehubah Dimanipulasi: Kepadatan penduduk
Pembolehubah Bergerakbalas : sampah dihasilkan
Hipotesis : Semakin bertambah kepadatan penduduk, semakin banyak sampah
dihasilkan.
Aktiviti 11
Mengeksperimen : Ayunan Bandul
Aktiviti : Ayunan Bandul
Pernyataan masalah : Adakah panjang bandul mempengaruhi bilangan ayunan bandul?
Tujuan eksperimen : Untuk menyiasat hubungan antara panjang tali bandul dengan masa
ayunan bandul dalam 30 saat.
Bahan / Peralatan : Benang, kaki retort dan penyepit, bandul (pelbagai saiz dan bentuk ),
pembaris meter, jam randik, jangka sudut
Hipotesis : Semakin panjang tali bandul, semakin kurang bilangan ayunan bandul
Pembolehubah
Dimanipulasi : panjang tali bandul
Bergerakbalas : bilangan ayunan bandul dalam 30 saat
Dimalarkan : saiz bandul, tempoh masa, jenis tali, bentuk bandul
Langkah / Kaedah
1. Sediakan satu bandul yang diikat dengan benang yang panjangnya 20 cm.
2. Ikatkan benang di kaki retort dan pegang bandul pada sudut 90 0 dan lepaskan bandul
itu.
3. Kirakan berapa ayunan bandul dalam 30 saat dengan menggunakan jam randik.
4. Rekodkan bilangan ayunan bandul di dalam jadual yang disediakan.
5. Ulang langkah 1 hingga langkah 4 dengan menukarkan atau memendekkan tali bandul
kepada 15 dan 10 cm.
6. Rekodkan keputusan eksperimen di dalam jadual atau graf.
Keputusan
Sudut ayunan : 90 0
Panjang Tali (cm) Masa ayunan ( saat) Bilangan ayunan
20 30 28
15 30 33
10 30 39
Pembolehubah yang dikenalpasti :
1) Pembolehubah dimanipulasi : panjang tali bandul
2) Pembolehubah bergerakbalas : bilangan ayunan bandul dalam 30 saat
3) Pembolehubah dimalarkan : masa ayunan bandul,saiz bandul,tempoh masa, jenis
tali,bentuk bandul.
Graf bilangan ayunan bandul lawan panjang tali bandul
20 15 10 50
5
10
15
20
25
30
35
40
45
Graf bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat
Panjang Tali ( cm )
Bila
ngan
Ayu
nan
( s )
Perbincangan
Daripada eksperimen yang telah dijalankan, bilangan ayunan bandul dipengaruhi oleh
pembolehubah yang dimanipulasi. Dalam eksperimen ini, pembolehubah yang dimanipulasi
ialah panjang tali bandul. Didapati semakin pendek tali bandul, semakin bertambah bilangan
ayunan bandul dalam masa 30 saat.
Selain daripada panjang tali bandul, bilangan ayunan juga boleh berubah dengan
mengubah pembolehubah dimanipulasi, iaitu kita boleh mengubah berat bandul dan sudut
ayunan bandul.
Kesimpulan
Apa yang dapat dilihat dari eksperimen ini, dengan mengubah beberapa pembolehubah
manipulasi, kita akan mendapat kesan yang berbeza. Dalam eksperimen yang telah dijalankan,
didapati semakin pendek tali bandul, semakin bertambah bilangan ayunan bandul dalam masa
30 saat, maka hipotesis dapat diterima.
Tugasan C
Rancang dan laksana eksperimen berdasarkan konsep yang dipilih dari sukatan
pelajaran sains sekolah rendah dan laksanakan aktiviti penyiasatan dalam kelas.
Laporan aktiviti hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut :
Tajuk
Persoalan kajian
Objektif eksperimen / penyiasatan
Bahan / peralatan
Hipotesis
Prosedur
Keputusan dan interpretasi data
Kesimpulan
Tulis laporan dan sertakan gambar sebagai bukti perlaksanaan penyiasatan di peringkat
sekolah
Tajuk : Geseran
Persoalan kajian : Adakah jenis permukaan mempengaruhi daya geseran ?
Objektif eksperimen : Untuk menyiasat daya geseran pada permukaan yang berbeza.
Bahan / Peralatan : kereta mainan, papan landasan, pita pengukur, pembaris ,pasir, tiga blok
batu bata.
Hipotesis : Jika permukaan berbeza, maka daya geseran adalah berbeza.
Prosedur / Langkah :
1. Letakkan papan landasan di atas permukaan simen di dalam bilik darjah anda.
2. Angkatkan hujung papan landasan dan letakkan di atas tiga blok batu-bata.
3. Tandakan garis permulaan di papan landasan itu.
4. Letakkan kereta mainan itu di garis permulaan papan itu dan lepaskan kereta mainan.
5. Tandakan tempat kereta mainan itu berhenti.
6. Ukur jarak kereta mainan itu bergerak dari garis permulaan sehingga ke tanda kereta
mainan itu berhenti dengan menggunakan pita pengukur.
7. Rekodkan jarak kereta mainan itu di dalam jadual yang disediakan.
8. Ulang aktiviti ini dengan meletakkan papan landasan itu di tiga jenis permukaan yang
berikut :
a) Permukaan yang berjubin
b) Permukaan berpasir
c) Permukaan bertar
d) Permukaan bersimen
Keputusan
Jenis permukaan Jarak yang dilalui ( cm )1 2 3 Purata
Bersimen210 209 213 211
Berjubin147 153 159 153
Berpasir95 98 92 95
Bertar 123 130 132 128
Di atas permukaan bersimen Di atas permukaan berpasir
Di atas permukaan berjubin Di atas permukaan bertar
Interpretasi data / Perbincangan
Berdasarkan jadual diatas, didapati jenis permukaan yang berbeza mempengaruhi kadar
geseran di setiap permukaan. Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul, jenis permukaan
yang bersimen menghasilkan daya geseran yang paling lemah, manakala jenis permukaan
berpasir menghasilkan daya geseran yang kuat.
Jarak yang dilalui juga paling pendek pada jenis permukaan yang berpasir iaitu 92 cm
manakala jarak yang paling jauh ialah pada permukaan bersimen iaitu 213 cm. Semasa
eksperimen dijalankan, guru mengarahkan setiap kumpulan mengambil tiga kali percubaan. Ini
adalah untuk mempastikan kejituan dan ketelusan keputusan eksperimen yang dijalankan.
Jarak yang dilalui oleh kereta mainan adalah paling jauh di atas permukaan bersimen
Jarak yang dilalui oleh kereta mainan adalah paling dekat/pendek di atas permukaan
berpasir.
Setelah membuat eksperimen, didapati permukaan yang bersimen dapat menghasilkan
daya geseran yang kurang. Inferens bagi kenyataan ini ialah jarak yang dilalui oleh kereta
mainan adalah yang paling jauh. Maksudnya permukaan bersimen adalah mudah untuk kereta
Permukaan bersimen
Permukaan berpasir
itu mengelonsor ke atas permukaan yang licin dan mempunyai daya geseran yang kurang atau
lemah.
Manakala bagi permukaan berpasir pula, ia dapat menghasilkan daya geseran yang
paling kuat. Inferensnya ialah kerana permukaan berpasir adalah sangat kasar dan dipenuhi
oleh batu-batu halus. Apabila tiba di permukaan berpasir, kereta itu tidak dapat bergerak
dengan laju akibat daripada permukaan pasir dan tidak rata. Ini menghasilkan daya geseran
yang paling kuat di mana daya geseran yang kuat itu telah menghalang pergerakan kereta
mainan itu dari bergerak dengan lebih jauh lagi.
Kesimpulan
Daripada eksperimen yang telah dijalankan, didapati jenis permukaan yang berbeza
mempengaruhi daya geseran pada setiap permukaan. Jenis permukaan yang berbeza
mempunyai daya geseran yang berbeza.
Tugasan D
Refleksi kendiri terhadap tugasan A, B dan C.
Refleksi Tugasan A.
Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan
berkatNya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun sibuk dengan tugas-tugas
harian sebagai seorang guru di sekolah. Menjadi seorang guru dan pelajar dalam masa yang
sama adalah memang sesuatu yang amat mencabar dan banyak menguji minda dan akal
fikiran saya. Tidak lupa juga saya sebagai seorang yang sudah bekeluarga, memang agak sulit
dan sukar bagi saya pada mulanya untuk meneruskan tugasan ini. Tetapi, dengan azam dan
semangat untuk mempertingkatkan ilmu dan potensi diri, saya tetapkan juga usaha untuk
menyiapkan tugasan ini. Apa yang perlu saya lakukan ialah membahagi masa untuk membuat
tugasan dengan kerja sekolah bagi memastikan saya tidak mengabaikan tugas-tugas saya di
sekolah.
Saya juga ingin berterima kasih kepada Pensyarah kami, iaitu Cik Kamariah Hj Jini
kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dan tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan di kelas PPGSN2611, khasnya Cikgu Lias,Cikgu Aliem dan
juga Cikgu Gerald kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Kami telah diberi tugasan ini pada tutorial yang kedua iaitu 28 Julai 2012. Pada
mulanya, apabila saya menerima tugasan ini, saya berasa agak risau kerana bimbang tidak
dapat menyiapkannya dengan sempurna.Ini kerana bukan setakat tugasan ini sahaja yang
saya terima, tetapi banyak lagi tugasan lain dan juga kerja sekolah yang perlu saya lakukan.
Bagi tugasan A, masalah yang saya hadapi pada mulanya ialah kurang yakin dengan penulisan
ilmiah dan cara hendak mendokumentasikan maklumat yang telah dikumpul ke dalam bentuk
peta minda.
Dengan pengalaman yang saya ada sebagai seorang guru sains sekarang dan juga
berbekalkan pengalaman pada semester 1 dan 2, serba sedikit dapat membantu dan
memulihkan keyakinan saya dalam membuat tugasan ini.Saya sedar bahawa saya perlu
melakukan sesuatu untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Lantaran daripada itu, saya
telah bertekad dan membuat sasaran untuk membuat semua tugasan dengan baik dan
cemerlang.
Langkah pertama yang saya ambil, ialah membuat pelan tindakan sendiri bagi
memastikan saya dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan dengan teratur dan
sistematik. Seterusnya, langkah yang saya ambil ialah mendapatkan sumber rujukan seperti
buku-buku rujukan Sains sekolah rendah, mencari maklumat di Internet, di perpustakaan dan
juga berbincang sesama rakan sekelas secara “online”.
Sebagai seorang guru sains, saya perlu tahu tentang kemahiran-kemahiran proses
sains, kemahiran manipulatif dan juga kemahiran berfikir. Saya akui bahawa selama ini
pengetahuan saya dalam bidang kemahiran proses sains ini agak rendah dan kurang, tetapi
apabila membuat tugasan A ini, telah membuatkan saya sedar bahawa banyak lagi ilmu-ilmu
tentang semua kemahiran ini yang belum pernah saya ketahui. Jadi, untuk itu saya berasa
sangat bertuah dan berbangga sekali kerana dapat berkongsi ilmu untuk mempelajari dengan
lebih lanjut lagi tentang semua kemahiran sains dan juga kemahiran berfikir sains. Sambil saya
mencari bahan, sambil itu juga saya belajar benda yang baru tentang kemahiran proses sains.
Ternyata banyak cabang-cabang dan kegunaan tentang kemahiran proses sains ini. Selain
daripada itu, saya juga telah berjaya membuat sedikit perubahan tentang cara penyampaian
pembelajaran saya semasa mengajar mata pelajaran sains.
Dengan dibantu oleh bahan rujukan, maklumat dari Internet dan juga hasil kolaborasi
dengan rakan-rakan secara ‘online’, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan dengan
baik dan saya yakin apa yang saya buat adalah yang terbaik dari diri saya sendiri tanpa
menciplak dari mana-mana sumber. Apa yang pasti, setiap kerja yang dilakukan dengan penuh
minat dan ikhlas serta usaha yang gigih,akan pasti menghasilkan kerja yang baik dan bermutu
tinggi. Dengan ini, untuk tindakan saya yang akan datang, saya akan pastikan ianya adalah
lebih baik lagi dari hari ini. Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menyiapkan
tugasan yang akan datang.
Refleksi Tugasan B
Untuk Tugasan B, SCE 3016 kami dikehendaki melakukan aktiviti dan menjawab latihan
yang diberi kepada kami. Kami dikehendaki membuat aktiviti 5, 6, 8, 10 dan 11. Dalam
membuat tugasan B ini,saya dapati apa yang kami buat ialah tentang aktiviti kemahiran proses
sains. Semasa membuat tugasan B ini, saya tidak banyak mengalami masalah kerana ada
sebahagian aktiviti yang pernah saya buat di sekolah seperti Jam Matahari dan Ayunan Bandul.
Bagi aktiviti yang lain, saya dapati penggunaan kemahiran proses sains ini boleh
digunakan dalam kehidupan seharian kita. Saya berpendapat begitu kerana setelah membuat
aktiviti 6 iaitu membuat inferens, di mana kami dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang
pemerhatian dan memberikan inferens bebas. Jadi, dalam kehidupan ini kita penuh dengan
inferens. Kita hidup bermasyarakat sering kali membuat inferens apabila memerhatikan
sesuatu. Jadi, secara tidak langsung kita mempelajari ilmu sains dan sebab itulah sains itu
sangat luas skopnya dan berbentuk globalisasi.
Walaupun kemahiran proses sains ini bukanlah sesuatu yang baru bagi saya, tetapi
dengan mempelajarinya semula pada peringkat ijazah ini, dapat menambahkan pengetahuan
saya lagi dalam bidang ini dan saya sangat menghargai ilmu yang saya pelajari dari semua
pensyarah kerana ilmu yang dipelajari itu memang tinggi nilainya yang mungkin tidak dapat
dirasai oleh rakan –rakan guru lain.
Jadi, saya berasa amat bertuah dan berbangga sekali untuk membuat tugasan ini.
Setiap tugasan yang saya buat, saya anggap sebagai penambahbaikan dan ilmu yang baru
bagi diri saya. Akhir sekali, saya harap dapat melakukan yang terbaik dan mencari lebih banyak
bahan lagi dari pelbagai sumber daripada bergantung kepada sumber internet semata-mata.
Refleksi Tugasan C
Untuk tugasan C pula, kami dikehendaki merancang dan melaksanakan satu
eksperimen berdasarkan konsep yag dipilih dari sukatan pelajaran sains sekolah rendah dan
laksanakan aktiviti penyiasatan dalam kelas. Bagi tugasan C ini, saya telah memilih tajuk
geseran di tahun 6. Sekali lagi, terus terang saya katakan bahawa dalam membuat tugasan C
ini tidaklah menjadi masalah bagi saya kerana sememangnya selalu membuat aktiviti dan
eksperimen pada setiap tajuk sains yang diajar. Hampir semua tajuk dalam tahun 4, 5 dan 6
sudah saya buat sejak saya berpindah ke sekolah ini pada tahun 2008.
Saya mempunyai prinsip dalam mengajar sains, iaitu saya percaya kepada aktiviti
“hands on” yang dilakukan sendiri oleh murid-murid saya. Jadi, dalam membuat tugasan C ini,
saya telah merancang terlebih dahulu dan membuat kajian yang lebih terperinci di pelbagai
sumber sebagai persediaan untuk melaksanakan aktiviti eksperimen itu. Seperti biasa,
halangan dan kekangan yang saya telah hadapi ialah dari segi masa dan bahan serta peralatan
eksperimen. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah meminta bantuan seorang guru senior di
sekolah saya, iaitu cikgu Abdul Majid untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Usaha saya
berjaya dan saya dapat melaksanakan eksperimen geseran dengan baik.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak ilmu yang telah saya pelajari
terutamanya tentang kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir.
Apa yang saya pelajari juga ialah ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting dalam
mengajar ilmu sains. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya menganggap kemahiran manipulatif
itu tidak penting, tetapi andaian saya itu salah setelah saya membuat beberapa tugasan yang
berkaitan dengan kemahiran manipulatif ini.
Ternyata kemahiran manipulatif juga penting semasa melakukan eksperimen kerana ia
berguna kepada keputusan dan hasil eksperimen. Jika kita tidak mengamalkan kemahiran
manipulatif dengan baik, kemungkinan kita akan mendapat keputusan eksperimen yang tidak
tepat, tidak jitu dan tidak telus serta tidak jujur. Saya sedar pengetahuan saya dalam bidang ini
sebelum ini memang agak kurang, tetapi itu bukan menjadi kerisauan saya untuk meneruskan
perjuangan dalam menimba ilmu ini.
Akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana
telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari kursus ini. Dengan membuat tugasan
ini, saya telah mendapat satu pengalaman yang baru yang tidak ternilai kerana dapat
berpeluang mempelajari kemahiran –kemahiran proses sains dan juga kemahiran berfikir
dengan lebih mendalam lagi. Yang nyatanya dengan membuat kesemua tugasan dari A hingga
C telah memberikan saya imu dan kemahiran yang baharu dalam mempelajari ilmu sains
sekolah rendah.
Sumber Rujukan / Bibliografi
Buku
1) Yeong Pak Foo, 1995. BUKU SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS
SEKOLAH RENDAH JILID 2 MEMPELAJARI KEMAHIRAN PROSES SAINS. Kuala
Lumpur : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
2)
Internet
1) http://www.experiment-resources.com/pendulum-experiment.html
2) http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm
3) http://azaiza.blogspot.com/2011/04/kemahiran-proses-sains-kemahiran.html
4) http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_kemahiran proses sains.html
5) http://www.sains aktiviti.com.my\SCE 3106 KPS\Eksperimen Whirly Birds.html