34
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH. ABSTRAK Pemikiran Sejarah merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pendidikan Sejarah. Melalui kemahiran pemikiran Sejarah, pelajar- pelajar dirangsang untuk lebih berfikir secara kritis dan analitis. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian intelek para pelajar dan menjadikan Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang hidup dan tidak lagi membosankan. Kata Kunci : Pemikiran Sejarah, Pendidikan Sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah PENGENALAN Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998). Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana

Kps Sejarah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KPS SEJARAH

Citation preview

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH.

ABSTRAKPemikiran Sejarah merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pendidikan Sejarah. Melalui kemahiran pemikiran Sejarah, pelajar-pelajar dirangsang untuk lebih berfikir secara kritis dan analitis. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian intelek para pelajar dan menjadikan Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang hidup dan tidak lagi membosankan. Kata Kunci : Pemikiran Sejarah, Pendidikan Sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah

PENGENALANPendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998).

Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all. 1997).

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KURIKULUM KEBANGSAANSebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kepentingan pelajaran sejarah ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Melalui sejarah seperti yang dinyatakan oleh Davies (1994) dapat memupuk integrasi nasional kerana ia mengajar tentang nilai-nilai politik dan kenegaraan. Pendidikan sejarah mampu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar agar melibatkan diri dengan masyarakat yang lebih kompleks. Situasi ini secara tidak langsung dapat menanamkan semangat patriotik dalam kalanga geerasi muda.Kepentingan pendidikan sejarah dalam mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian di samping memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat pelbagai kaum diberi penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah (KPM: 2003). Mata pelajaran ini digubal agar dapatmemupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Ia juga berhasrat untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum (KPM:2003).

MASALAH PENERAPAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPenerapan pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar akan berhadapan dengan masalah sekiranya guru kurang berpengetahuan dan pengajaran hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Wilson (1989) misalnya, mencadangkan pengetahuan yang mendalam tentang Sejarah bukan hanya melibatkan pengetahuan yang lebih banyak, iaitu keupayaan menyebutkan lebih banyak tahun, mengenal lebih banyak nama, dan mengingat semula lebih banyak peristiwa. Sebaliknya, ia melibatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang fenomena sejarah, termasuk pensejarahan atau bagaimana sejarah dihasilkan.

Bagi pihak pelajar pula, penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini akan mengalami kesukaran terutamanya di dalam kelas yang mempunyai pelbagai tahap pelajar. Misalnya adalah sukar untuk menerapkan kemahiran pemikiran sejarah ini terhadap pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kerana sukar bagi pelajar kumpulan ini untuk memahami dan berfikir isu-isu yang kompleks seperti bukti sejarah, bias dan sumber-sumber sejarah (http://teachinghistory.org/issues-and-research/research-brief/22961)

Kemahiran pemikiran sejarah memerlukan pelajar-pelajar serba boleh. Mereka perlu meneroka, menyelidiki, menganalisis dan menginterpretasi sumber. Juga memerlukan mereka untuk membuat perkaitan tentang sebab dan akibat berdasarkan peristiwa sejarah. Ini bermakna pelajar-pelajar itu perlu memiliki pemikiran yang kritis dan kreatif, serta memenuhi kriteria-kriteria pemikiran sejarah. Bersesuaian dengan mata pelajaran ini yang merupakan satu mata pelajaran yang kompleks, abstrak dan empirikal.

Namun tidak semua pelajar dapat mencapai tahap seperti yang diperlukan dalam pemikiran sejarah. Justeru itu akan berlaku masalah sekiranya pelajar yang masih belum mencapai kriteria pemikiran sejarah terpaksa untuk membuat interpretasi sumber-sumber sejarah. Mungkin apa yang ditafsirkan tidak mencapai tahap yang dikehendaki dan keputusan atau tafsiran itu tersasar jauh daripada apa yang diharapkan.

Kemahiran pemikiran sejarah ini sukar dilaksanakan sekiranya kita masih berada dalam sistem pendidikan yang sama seperti hari ini, iaitu sistem pendidikan di negara kita yang terlalu menumpukan kepada peperiksaan semata-mata tanpa menghiraukan aspek-aspek yang lain. Abdul Rahim (1989) menyatakan isi kandungan yang terlalu banyak dan padat, ditambah pula dengan kesuntukan masa kerana perlu menghabiskan sukatan pelajaran sebelum waktu peperiksaan. Keadaan ini menjadikan Sejarah kurang menarik dan tidak dapat mencapai objektif untuk menguasai kemahiran pemikiran sejarah.

Malah menurut Khoo Kay Kim (2000) pembelajaran sejarah yang hanya menekankan aspek hafalan fakta, tarikh serta pergolakan dunia yang berlaku beribu-ribu tahun yang lampau menyebabkan pelajar mempunyai pandangan yang sempit tentang proses dan perkembangan negara dan menanggap pelajaran sejarah sebagai menjemukan dan tidak merangsang untuk berfikir.

Pandangan Khoo Kay Kim turut disokong oleh Subadrah Nair (2005) ,penumpuan kepada hafalan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pemikiran kritis dan kreatif. Pengajaran Sejarah juga terlalu bersifat tradisional yang hanya berpusatkan kepada guru dan bersifat satu hala mewujudkan keadaan pelajar-pelajar tidak memainkan peranan aktif di dalam kelas. Situasi yang sering berlaku ialah pelajar-pelajar hanya dikehendaki mendengar atau menyalin nota yang dicatatkan oleh guru. Guru pula amat gemar menggunakan kaedah kaedah khutbah atau syarahan dalam pengajarannya .

Corak pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru ini dapat dikaitkan dengan pengajaran guru yang terlalu terikat dengan buku teks. Nota-nota , pengajaran yang diberi diambil dari buku teks semata-mata. Tiada usaha lebih yang dilakukan oleh guru Sejarah semata-mata bergantung kepada buku teks. Pengajaran guru Sejarah juga mendedahkan kelemahan-kelemahan dari segi menentukan pencapaian objektif-objektif yang sesuai. Objektif yang bersifat umum tidak dapat menentukan objektif pengajaran dengan berkesan dan menyebabkan pengajaran guru gagal menyampaikan pengetahuan dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan.

Pengajaran Sejarah juga kurang berlandaskan kemahiran iaitu aktiviti-aktiviti pengajaran tidak mencabar kebolehan kognitif dan afektif pelajar. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggalakkan pelajar mengahafal hujah-hujah tanpa memahami signifikan, kaitan dan implikasi dengan apa yang dipelajari. Keadaan sedemikian tidak menimbulkan minat pelajar-pelajar.

Menurut Abd Rahim (1998) kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat spoon feed, induktif dan khutbah yang hanya mementingkan pelajar menerima apa sahaja yang disogok oleh guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden.

KONSEP PEMIKIRAN SEJARAHMarzano et all. (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir ia lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu.

Peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Beliau menyatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawa berkenaan (Yusof Ibrahim, 1985).

Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka pemikiran sejarah era new history ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar secara kritikal dan analitikal (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan.

Pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. Beliau turut menyatakan pemikiran Sejarah ialah goes against the grain of how we ordinally think..

Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAHAntara kemahiran pemikiran Sejarah yang digariskan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (2002) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk diterapkan oleh guru-guru Sejrah kepada para pelajar ialah:-i.Memahami kronologi.Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa kini.

ii.Meneroka buktiKemahiran ini mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai.

iii.Membuat interpretasiBermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam.

iv.Membuat imaginasiMerupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil.

v.Membuat rasionalisasiMelibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan pelajar untuk membincangkan tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak kemusnahan atau mengapa Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan.Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan (Zahara & Nik Azleena, 2007).

Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti enam elemen spesifik dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah yang perlu diterapkan kepada para pelajar.

i.Kepentingan (Significance)Dalam unsur kepentingan sejarah ini, pelajar-pelajar perlu mempunyai kemahiran membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar disarankan untuk mengkaji sejarah tentang masyarakat, kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada mereka. Misalnya dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik (2004) dan oleh Yeager, Foster dan Greer (2002) mendapati pelajar amat dipengaruhi oleh identiti nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting.

ii.Epistemologi dan bukti (Epistemology and evidence)Ia melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa lampau. Apakah bukti yang kita ada ? Sejauhmana bukti tersebut boleh dipercayai? Bagaimana kita boleh menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza dan bertentangan. Sebagai contoh kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu.

iii.Kesinambungan dan perubahan (Continuity and Change)Unsur ini menekan pemahaman tentang perubahan masa lalu yang merupakan pusat pemikiran Sejarah. Umur merupakan faktor untuk memahami keadaan ini; iaitu seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada masa lalu misalnya perubahan dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda. Namun begitu terdapat juga pengkaji yang menolak pendapat ini. Menurut mereka umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami perubahan masa lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini pengalaman hidup turut menjadi faktor iaitu golongan muda yang mengalami pengalaman perang, pelarian, imigran dan mereka yang kehilangan ibu bapa atau yang berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang perubahan Sejarah berbanding dengan mereka yang hidup dalam suasana yang aman.

iv.Perkembangan dan kemerosotan (Progress and decline)Berdasarkan unsur ini pelajar perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami peringkat perkembangan dan kemerosotan. Dalam peringkat perkembangan hidup seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan mereka mengalami satu keadaan yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran Sejarah mereka seharusnya dapat mengenalpasti atau membezakan kewujudan dua keadaan ini. Ini adalah penting agar mereka dapat memahami proses yang berlaku dalam peristiwa Sejarah.

v.Empati dan penilaian moral (empathy and moral judgement)Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan empati. Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa lalu. Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin tahu tentang peristiwa-peristiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher Portal(1987), menegaskan bahawa empati merupakan satu cara pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah.

vi. Historical AgencyElemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai Sejarah dan memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan kepada rakyat pada masa kini. Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Mempunyai pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang masa lampau , malah ia melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa lampau dan sebagai pelaku pada masa kini.

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH.Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau just tell stories. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu cerita jika diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. Para sejarawan sependapat bahawa fakta tidak boleh bercakap, jadi menjadi tugas sejarawan untuk membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian sekiranya perlu dan membuat kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree et all., 1993).Oleh itu pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah peringkat Sekolah Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang paling sukar untuk diajar di sekolah menengah (Sizer, 1984). Ini dapat dibuktikan dengan kaedah pengajaran guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai (Howard & Mendenhall, 1982).

Walaubagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992), mendapati antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar ialah, guru Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta menggunakan pelbagai teknik dan kaedah seperti debat, main peranan, demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran yang aktif ini berkesan kerana ia menyebabkan pelajar-pelajar berkomunikasi dengan mata pelajaran tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat pelajar.

Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti, membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan guru. Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka.

Bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan, pengajaran Sejarah dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif. Menurutnya lagi Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber sekunder . Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti mengapa dan bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut menggunakan kaedah menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru Sejarah berbeza dengan seorang sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal adalah untuk memberi makna kepada fakta-fakta yang diperolehi. Manakala guru Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar berfikir mengikut pendekatan Sejarah.Selain daripada itu salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber (bukti) sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar untuk melakukan proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar untuk berhjah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008)

Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga perlu mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bagi menyokong hipotesis serta sebab dan akibat.

Pemikiran sejarah sebenarnya, memerlukan persoalan, yang mana jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar atau salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari hipotesis-hipotesis yang sesuai. Pelajar perlu menyusun bukti-bukti untuk menyokong hipotesis mereka. Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt, 1990). Keadaan ini juga memerlukan pelajar dapat membezakan anatara sebab segara dan sebab panjang sesuatu peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan bahawa pemikiran sejarah dapat melatih pelajar berfikir secara kritis.

Penutup

Berdasarkan apa yang diterangkan tentang pemikiran sejarah, jelas menunjukkan kemahiran ini perlu dipraktikkan oleh para guru dan pelajar, terutama semasa sessi pengajaran dan pembelajaran sejarah. Dengan penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna. Sesuai dengan pandangan yang diberikan oleh John Dewey (1966) yang menyatakan pembelajaran merupakan satu proses yang bermakna (meaningful learning) dan ini bermaksud pembelajaran bermakna ialah learning by doing yang dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang sesuatu permasalahan. Kenyataan John Dewey ini bertepatan dengan konsep pemikiran sejarah yang memerlukan pelajar untuk meneroka, membuat inferens, interpretasi, dan sebagainya.

Namun begitu bagi memenuhi objektif pemikiran sejarah, guru sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk menjayakan hasrat ini. Guru seharusnya terlebih dahulu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mendalam sama ada tentang isi kandungan pelajaran sejarah atau kemahiran pemikiran sejarah agar guru dapat menerapkan pemikiran ini dalam kalangan pelajar pula. Menurut Zahara & Nurliah (2009) sekiranya guru mementingkan pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan menjejak alaf baru, mereka akan lebih rasa yakin dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis dan kreatif. Sekiranya konsep pemikiran sejarah ini dapat difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan pelajar ia seterusnya dapat melahirkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia.

ASAS KPS

Kemahiran melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah memerlukan pelajar menilai atau membandingkan fakta atau maklumat yang diterima dan bukannya hanya menerima sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Ini bukanlah bermaksud pelajar perlu mempertikaikan semua perkara yang disampaikan oleh guru tetapi memadai jika pelajar berkenaan mampu memberi sedikit pandangan atau pendapat terhadap sesuatu isu sejarah. Misalnya guru boleh meminta pelajar memberi pandangan terhadap sejarah perjuangan golongan kiri atau radikal ketika menuntut kemerdekaan. Adakah golongan ini perlu diiktiraf dalam perjuangan kemerdekaan ataupun sebaliknya. Sekiranya pelajar hanya bertindak secara pasif dan tidak mahu menggunakan mindanya untuk sama-sama berfikir, maka dibimbangi mereka tidak akan terasah mindanya dan hanya mengikut sahaja apa-apa yang dinyatakan oleh orang lain terutamanya fakta sejarah orientalis Barat. Konsep Kemahiran Pemikiran Pemikiran berasaskan cara berfikir. Berfikir merupakan suatu proses kompleks yang berlaku dalam diri seseorang. Kemahiran pemikiran atau cara berfikir melibatkan operasi mental tertentu terhadap pengetahuan dan pengalaman dalam minda seseorang. Operasi minda ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu operasi kognitif dan operasi metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna. Operasi kognitif meliputi kemahiran yang tersendiri dan ringkas seperti kemahiran pemprosesan iaitu menganalisis, mensintesis, penaakulan, pemikiran kritis dan kreatif . Selain itu operasi kognitif juga melibatkan strategi seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan proses kemahiran pemikiran individu berkenaan. Operasi metakognitif pula meliputi operasi yang mengarah, mengawal kemahiran dan proses kognitif. Manakala metakognisi biasanya dikenali sebagai berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking). Metakognisi melibatkan operasi untuk memandu usaha seseorang mencari makna, khususnya operasi merancang, mengarah dan menilai pemikiran. (Poh :2000) Dalam Modul Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) turut menyatakan pemikiran merupakan operasi mental yang melibatkan operasi kognitif dan metakognitif. Aktiviti kognitif digunakan untuk mencari makna, sementara operasi metakognitif digunakan untuk memahami bagaimana proses pemikiran itu dilaksanakan. Kemahiran berfikir pula ditakrifkan sebagai kebolehan untuk menggunakan minda untuk mencari makna serta memahami sesuatu konsep, membuat pertimbangan dan keputusan, menyelesaikan masalah serta membentuk idea baru. Kemahiran berfikir terbahagi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Sementara kebolehan berfikir secara kreatif adalah kebolehan berfikir untuk mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Sementara kesedaran metakognitif pula didefinisikan sebagai kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang individu dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Justeru, konsep kemahiran pemikiran bolehlah disimpulkan sebagai satu pendekatan yang mengembelingkan cara berfikir dan memberi pandangan kritis serta membuat keputusan yang bijak terhadap sesuatu tindakan yang hendak diambil. Kemahiran pelestarian pemikiran amat penting dalam konteks sejarah kerana kemahiran ini berupaya menjana minda dan cara berfikir yang positif pada seseorang individu. Menurut Sidney (1997:32) individu yang terdedah pada proses pemikiran secara kritis ini berupaya mengambil tindakan atau keputusan yang tepat berdasarkan situasi dan keadaan. Mereka juga dilihat lebih fleksibel atau sekurang-kurangnya tidak lagi menjadi pasif dalam menghadapi pelbagai situasi yang lebih mencabar. Pelajar pandai menyesuaikan diri dengan situasi yang dihadapinya dan seterusnya berjaya menghadapi masalah-masalah yang timbul dengan bijaksana. Menurut Koestler (1991: 76) orang yang berfikiran kritis jarang menjadi mangsa penganiayaan atau tipu helah orang lain dengan mudah. Selain itu mereka juga mempunyai daya saing dan motivasi yang tinggi untuk mencari kepuasan dan berusaha bersungguh-sungguh mengejar kejayaan serta tidak mudah menyerah kalah. Dalam konteks sejarah, pelajar yang terdedah kepada kemahiran pelestarikan pemikiran kritis akan dapat menganalis fakta dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi yang dihadapinya dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul. Sekiranya menjadi pemimpin negara, mereka akan menilai sejarah lampau agar tidak tertipu untuk kali keduanya. Kebiasaannya individu yang memiliki minda yang kritis akan berfikir dua kali atau menilai sesuatu keputusan sebelum menyatakan pendirian muktamad mereka. Dalam masa yang sama mereka cuba mengenal pasti kerumitan dan kekurangan yang dihadapi dalam mencapai keputusan yang tepat tadi.

Model Kemahiran Berfikir Bayer (1988) Bayer (1988) menjelaskan kemahiran berfikir terdiri daripada tiga komponen utama iaitu operasi mental, pengetahuan dan kecenderungan (sikap). Aktiviti pemikiran melibatkan yang timbul dengan bijaksana. Menurut Koestler (1991: 76) orang yang berfikiran kritis jarang menjadi mangsa penganiayaan atau tipu helah orang lain dengan mudah. Selain itu mereka juga mempunyai daya saing dan motivasi yang tinggi untuk mencari kepuasan dan berusaha bersungguh-sungguh mengejar kejayaan serta tidak mudah menyerah kalah. Dalam konteks sejarah, pelajar yang terdedah kepada kemahiran pelestarikan pemikiran ketiga-tiga komponen ini dan saling menyumbang antara satu dengan yang lain. Operasi mental adalah aktiviti minda yang terdiri daripada kognisi dan metakognisi. Kognisi ialah operasi mental yang digunakan bagi mencari makna, sementara metakognisi ialah operasi yang digunakan untuk memahami bagaimana proses pemikiran itu dilaksanakan. Operasi mental juga berkait rapat dengan pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara. Jika seseorang mempunyai prinsip yang dibentuk berdasarkan pengalaman yang baik, maka lebih baiklah operasi am pemikirannya. Pengalaman dan kepercayaan tentang sesuatu perkara juga akan membentuk prinsip cara berfikir seseorang terhadap perkara tersebut. Pemikiran bukan sahaja melibatkan operasi mental dan pengetahuan tetapi juga melibatkan kesanggupan, keinginan dan kesungguhan untuk berfikir hingga tercapai matlamat berfikir. kritis akan dapat menganalis fakta dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi yang dihadapinya dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul. Sekiranya menjadi pemimpin negara, mereka akan menilai sejarah lampau agar tidak tertipu untuk kali keduanya. Kebiasaannya individu yang memiliki minda yang kritis akan berfikir dua kali atau menilai sesuatu keputusan sebelum menyatakan pendirian muktamad mereka. Dalam masa yang sama mereka cuba mengenal pasti kerumitan dan kekurangan yang dihadapi dalam mencapai keputusan yang tepat tadi. Strategi dan Teknik Kemahiran Pelestarian Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah. Strategi yang sistematik amat diperlukan untuk menggalakkan proses kemahiran pemikiran pendidikan sejarah. Pendidik yang menggunakan pendekatan yang bersepadu dalam kemahiran berfikir akan dapat memastikan para pelajar dapat menguasai isi kandungan pelajaran dan pada masa yang sama menjalankan proses berfikir secara teratur dengan menggunakan isi kandungan pelajaran berkenaan. Contohnya ketika pelajar mempelajari sejarah keagungan dan kejatuhan sejarah Melaka, guru bukan sahaja perlu memastikan pelajar mengetahui kisah-kisah yang terjadi tetapi juga perlu memberi ruang kepada pelajar berfikir mengapakah perkara-perkara sedemikian terjadi. Misalnya kejayaan sesuatu kerajaan terletak kepada nilai-nilai yang dibawa oleh pemimpin seperti memegang nilai agama, adil, amanah, bertanggungjawab dan cekap sepertimana yang diamalkan oleh kerajaan Melaka pada zaman Sultan Mansur Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Manakala kejatuhan sesuatu kerajaan banyak berkaitan dengan kelemahan pemimpin seperti zalim, berpoya-poya, pecah amanah dan tidak menunaikan tanggungjawab agama sepertimana sikap dan layanan Sultan Mahmud Syah terhadap rakyatnya. Guru boleh melestarikan kemahiran pemikiran pelajar dengan menerangkan bahawa kejayaan dan kegagalan sesuatu kerajaan amat bergantung pada integriti pemimpin. Justeru melalui cara pemikiran sebegitu, diharap pelajar yang akan menjadi pemimpin masa depan akan memikirkan natijah daripada sejarah yang berlaku supaya dapat membangunkan negara dengan nilai-nilai yang murni sekiranya mereka menjadi pemimpin negara pada masa depan. STRATEGI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERFIKIR IAITU : 1. Kemahiran berfikir diperkenalkan 2. Kemahiran berfikir dipraktikkan dengan bimbingan guru. 3. Kemahiran berfikir dipraktikkan tanpa bimbingan guru. 4. Kemahiran berfikir diaplikasikan pada situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru. 5. Kemahiran berfikir digunakan bersama-sama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir. Pada peringkat yang pertama iaitu bagi memperkenalkan kemahiran berfikir, guru memperkenalkannya dengan memberikan maksud dan frasa lain bagi kemahiran berfikir yang dipilih dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang. Contohnya ketika mempelajari topik Malaya Union dan Persekutuan Tanah Melayu, guru perlu memberitahu apakah kemahiran berfikir yang hendak disampaikan seperti kemahiran membanding dan membezakan fakta. Pada peringkat ini juga guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan kemahiran berfikir dengan merujuk kepada perincian kemahiran strategik berfikir. Pada peringkat kemahiran berfikir dipraktikkan dengan bimbingan guru, guru memainkan peranan berbincang dengan murid cara melaksanakan kemahiran berfikir yang dipilih. Dalam langkah ketiga pula, guru tidak memainkan peranan secara langsung. Pelajar akan melaksanakan tugasan dengan menggunakan kemahiran berfikir yang ditetapkan untuk menyelesaikan kerja rumah, soalan latihan dan sebagainya. Guru boleh memberi tugasan kepada pelajar apakah persamaan dan perbezaan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Pelajar akan menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks. Pelajar diminta untuk memberi pandangan tentang kedua-dua sistem ini baik dari segi kebaikan dan keburukan. Apakah manfaat dan kesan kepada sistem perundangan negara sehingga hari ini. Guru juga boleh meminta andaian pelajar apakah bentuk sistem negara ini jika British tidak datang ke negara ini selepas kekalahan tentera Jepun. Pada peringkat ini guru sudah Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013) boleh menilai penguasan kemahiran berfikir pelajar. Bagi pelajar yang belum menguasainya, guru perlu memberikan bimbingan. Pada peringkat keempat, pelajar akan mengaplikasikan kemahiran berfikir yang dikuasai dengan bimbingan guru. Guru berbincang dengan murid tentang proses berfikir yang berkaitan dan cara kemahiran tersebut diaplikasikan dengan situasi baru. Langkah yang terakhir adalah pelajar mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai untuk melaksanakan tugasan mereka. Tugasan yang diberikan mestilah melibatkan kemahiran berfikir seperti menyediakan projek dan aktiviti menyelesaikan masalah. Pada peringkat ini pelajar dianggap mencapai matlamat penguasaan mengikut model Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

TEKNIK PENGAJARAN YANG KOMPREHENSIF Keberkesanan meningkatkan dan mengembangkan kemahiran berfikir dalam subjek sejarah banyak bergantung kepada teknik pengajaran yang digunakan oleh pendidik. TEKNIK METAKOGNITIFAntaranya ialah menggunakan teknik metakognitif. Teknik ini merujuk kepada cara meningkatkan kesedaran mengenai proses kemahiran pemikiran dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran itu wujud, seseorang itu dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajarinya. Para penyelidik dan pendidik sependapat bahawa untuk meningkatkan keupayaan pelajar, mereka perlu menguasai kemahiran menggunakan strategi metakognitif dalam pembelajaran. Pembelajaran melalui strategi metakognitif dapat meningkatkan kesedaran murid tentang proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Operasi metakognitif juga dapat meningkatkan pencapaian akademik murid serta menjadikan pelajar sebagai pemikir yang berkesan dan berkemahiran. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh pendidik sejarah perlulah kreatif dengan menjalinkan fakta sejarah dengan kemahiran berfikir. Guru boleh mengajar kemahiran metakognisi secara infuse iaitu dengan menyerapkan metakognitif dalam kaedah pengajaran dari isi kandungan pelajaran sejarah yang disampaikan. Antara proses pengajarannya ialah dengan guru memberikan pengajaran Seminar Pendidikan Sejarah dan dan membuka ruang kepada pelajar memberi pandangan. Sebelum memulakan pengajaran, guru boleh memberi tugasan terlebih dahulu kepada para pelajar untuk memperoleh maklumat daripada sumber lain berkaitan topik sejarah berkenaan. Pelajar boleh diarah untuk mendapatkan sumber daripada buku-buku tambahan, tayangan video yang pernah ditonton atau melalui sumber-sumber lisan sejarah lampau daripada datuk nenek pelajar. Misalnya sejarah penjajahan Jepun yang banyak dipaparkan dalam televisyen, youtube atau cerita-cerita lisan daripada generasi terdahulu tentang tentera Jepun. Di dalam kelas, guru boleh meminta pelajar berkongsi pengalaman mereka hasil dapatan sumber-sumber lain tersebut. Strategi pengajaran dan pembelajaran seperti ini diharapkan dapat membentuk kemahiran pelestarian pemikiran pelajar dalam menghayati peristiwa sejarah kerana pelajar menjadi lebih kreatif dengan mencari maklumat tambahan. Mereka akan dapat mengumpul dan mengkategori sumber sejarah, mengenalpasti antara fakta dan pendapat, mengenalpasti tafsiran sejarah yang berat sebelah, mengenalpasti sebab dan akibat daripada rentetan sejarah dan seterusnya mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku. Mengikut Beyer (1987) kemahiran berfikir boleh diajar secara terpisah atau secara ekslusif sebagai satu mata pelajaran. Pendekatan ini berkaitan dengan keperluan untuk pelajaran atau meningkatkan pengetahuan tentang kemahiran berfikir tanpa mengambil kira perkara lain seperti kandungan mata pelajaran. Kelebihan pendekatan ini adalah guru dan pelajar akan lebih terfokus secara ekslusif terhadap cara untuk meningkatkan darjah kepakaran dan kemungkinan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam rutin harian mereka. Dalam pengajaran kemahiran berfikir, Beyer (1987) menekankan dua kunci utama iaitu pertama guru perlu memahami konsep dan kemahiran berfikir dengan jelas dan keduanya mengaplikasikan dalam aktiviti di dalam atau di luar kelas. Guru juga disarankan menstrukturkan pengajaran kemahiran berfikir dengan mengenalpasti pembolehubah dalam kemahiran berfikir. Antara pembolehubah yang utama adalah berkaitan dengan prosedur, peraturan dan kriteria dalam kemahiran berfikir. Misalnya proses yang melibatkan menganalisis, menilai, membuat ramalan, membuat gambaran dan membuat andaian. Guru boleh mereka bentuk pengajaran dan membimbing pelajar untuk mengaitkan kemahiran berfikir dengan sejarah. Misalnya dalam topik penjajahan British dan Jepun, guru boleh mengaitkannya dengan membawa pelajar berfikir bagaimana persamaan dan perbezaan antara dua imperialis ini. Guru juga boleh menunjukkan kesan peninggalan British ataupun Jepun dengan membawa pelajar melawat kawasan tempatan yang mempunyai kesan peninggalan sejarah atau guru boleh meminta pelajar menangkap gambar kesan-kesan peninggalan tersebut. Guru juga boleh meminta pelajar membuat andaian apakah nasib rakyat Tanah Melayu ketika itu jika Jepun terus memerintah negara ini sekiranya peristiwa pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima tidak terjadi. Apakah implikasinya pula terhadap negara bangsa kita baik dari sudut politik, ekonomi dan juga sosial? Bagaimanapula nasib orang Cina di bawah pemerintahan Jepun dan adakah Burhanuddin Al-Helmy atau Ibrahim Yaakub akan menjadi Perdana Menteri pertama atau slogan Asia untuk Asia hanyalah retorik sahaja.PENYERAPANManakala strategi penyerapan kemahiran berfikir secara penyerapan atau immersion pula memberi penekanan kepada penyerapan kemahiran berfikir secara tersirat. Pemikiran disepadukan dalam mata pelajaran melalui aktiviti yang dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini tumpuan pembelajaran dapat diberikan kepada perkembangan pelajaran, pengetahuan serta pemahaman terhadap subjek Sejarah berkenaan. Tegasnya, pendekatan secara tersirat tetap menekankan kepentingan pemikiran dalam pencapaian matlamat pembelajaran sejarah walaupun kemahiran berfikir diajar secara tersirat.TEKNIK METAKOGNISIGuru boleh mengembangkan teknik metakognisi dengan memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi dan mengkategorikan pendapat mereka. Misalnya jika pelajar menyokong pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) adakah dapat dipastikan tindakan itu membawa kebaikan atau sebaliknya. Contoh dengan membantu pengerakan komunis adakah akan membantu menghalau penjajah British ataupun Jepun. Manakala apakah kesan buruknya pula jika Komunis berkuasa di Tanah Melayu hingga berjaya menubuhkan negara Komunis. Justeru, dengan memberi peluang kepada pelajar berfikir dan berani memberi idea kepada mereka akan membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah.

TEKNIK PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIRGuru juga boleh menggunakan teknik penyebatian kemahiran berfikir. Teknik ini adalah dengan mengintegrasikan atau menyebatikan aspek kemahiran berfikir yang dipilih dengan isi kandungan sesuatu subjek dan seterusnya membolehkan kemahiran berfikir berkenaan digunakan di luar kelas. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, aspek kemahiran berfikir yang dikenalpasti dalam silibus perlu diserapkan. Mengikut pendekatan ini, teknik melaksanakan penyebatian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan memberitahu pelajar mengenai objektif pelajaran dan penjelasan konsep dan aktiviti yang akan dilakukan oleh pelajar. Contohnya guru yang sedang mengajar sejarah kedatangan British akan menerangkan sejarah kedatangan mereka. Disamping itu guru boleh memberi tugasan kepada pelajar untuk mencari dan memikirkan kesan-kesan peninggalan yang ada di daerah masing-masing seperti bangunanbangunan tinggalan sejak zaman British seperti hospital, stesen kereta api yang dibina sejak zaman British, sekolah-sekolah yang didirikan oleh mubaligh seperti Methodist, St George, St Michael dan Penang Free School. TEKNIK PENGGUNAAN SUMBERSelain itu teknik penggunaan sumber juga boleh menajamkan kemahiran pelestarian pemikiran pelajar dalam pendidikan sejarah. Pelajar digalakkan menggunakan sumbersumber sejarah samaada sumber utama ataupun sumber sekunder. Namun sumber lisan yang kadangkala dikategorikan sebagai sumber utama atau sumber sekunder juga bergantung pada ketulenan dan kewibawaannya (Mohd Yusuf Ibrahim:1986). Dengan bimbingan guru, pelajar diterangkan tentang kekejaman tentera Jepun. Pelajar juga boleh diasah kemahiran berfikir mereka untuk bertanya atau menemubual datuk atau nenek yang pernah berada pada zaman Jepun. Pelajar juga digalakkan untuk menemubual orang-orang tua untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada buku ataupun internet. Dengan cara ini pelajar akan membuat penafsiran dan aktiviti ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berfikir dan menganalisis. Kebiasaannya di dalam buku teks pelajar didedahkan dengan sumber-sumber yang statik tetapi melalui internet pelajar boleh melihat youtube-youtube yang menarik tentang sejarah yang dirakamkan seperti peristiwa pengisytiharan kemerdekaan di Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.Di samping itu guru juga boleh menerapkan teknik perbincangan untuk menajamkan lagi daya pemikiran pelajar. Melalui aktiviti perbincangan, pelajar dapat membuat perbandingan berhujah dan menilai fakta-fakta sejarah yang dikemukakan. Namun aktiviti Seminar Pendidikan perbincangan yang berkesan bergantung pada kemahiran guru merancang dan menggalakkan murid berbincang dan terlibat secara aktif. Guru boleh membuat perbincangan dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Guru boleh meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas. TEKNIK MENYOAL Selain itu teknik menyoal adalah sangat penting untuk meningkatkan kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah. Soalan-soalan yang ditanya perlulah merangsang dan mencabar minda pelajar. Selain itu soalan yang dikemukakan haruslah memupuk pemikiran pelajar dan bukan soalan yang mengingat kembali maklumat yang sudah diajar. Soalan yang bersifat ekstraporasi iaitu soalan yang menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan boleh dikemukakan kepada pelajar. Soalan seperti sekiranya Jepun kekal memerintah di Tanah Melayu apakah corak pentadbiran Malaysia kini. Guru juga boleh bertanya soalan yang bercorak inferensi iaitu kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta tertentu. Misalnya adakah penjajahan yang berlaku ke atas Tanah Melayu disebabkan kehebatan British menjajah ataupun disebabkan oleh kelemahan pemerintah dan sikap orang Melayu yang berpecah belah merebut kuasa pada masa itu. Selain itu guru juga boleh bertanya soalan penilaian kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran pemikiran mereka seperti bertanya tentang sejauhmanakah dasar pecah dan perintah British berjaya merenggangkan hubungan antara kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu. Adakah hanya disebabkan hilang hak mengutip cukai menyebabkan pembesar-pembesar Melayu seperti Maharaja Lela dan Dato Sagor menentang penjajahan British. Adakah faktor lain seperti faktor agama turut menjadi pendorong kebangkitan perjuangan mereka.TAYANGAN VIDEOGuru mungkin juga boleh menunjukkan tayangan video tentang sejarah tertentu dan boleh menyoal kepada pelajar sebelum semasa dan selepas proses pembelajaran berlaku. Misalnya sebelum guru menayangkan video ancaman komunis, guru boleh bertanya kepada pelajar tentang pendapat pelajar tentang pergerakan komunis di Tanah Melayu. Guru boleh mengarahkan pelajar mengenalpasti sebab-sebab berlakunya pergerakan komunis wujud di Tanah Melayu. Semasa tayangan video berkenaan guru boleh bertanya pelajar tentang kesan baik dan buruk daripada pergerakan komunis berkenaan. Selepas tayangan video berkenaan, guru boleh bertanya kepada pelajar sekali lagi tentang pemikiran mereka berkaitan dengan pergerakan berkenaan. Pada ketika ini mungkin ada para pelajar yang memberi pandangan yang berbeza tentang pegerakan komunis. Justeru, peranan guru perlu membimbing pelajar dengan memberi maklumat berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku di sebalik pergerakan komunis berkenaan. TEKNIK INKUARIGuru juga bolehmembentuk kemahiran pelestarian pemikiran pelajar dengan memberi tugasan kepada pelajar seperti menerapkan teknik inkuiri seperti mencari tokohtokoh atau tempat-tempat sejarah di tempat pelajar tinggal. Pelajar boleh mengkaji mengapa tempat tinggalnya diberi nama tertentu seperti nama kampung, nama jalan ataupun mengkaji sejarah tempatan masing-masing. Bagi peringkat pendidikan yang lebih tinggi, pelajar boleh diberi tugasan mencari waris keturunan yang masih tinggal untuk ditemubual bagi mendapat maklumat tambahan. Melalui aktiviti seperti ini pelajar mampu berfikir mengenai sesuatu data yang diperoleh seterusnya membuat tafsiran mengenai sejarah berkenaan. Melalui aktiviti seperti ini para pelajar akan dapat melestarikan pemikiran mereka dengan menggabungkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Ini memandangkan pelajar berkenaan perlu mempelajari bagaimana mengumpul dan menganalisis maklumat dan sentiasa berfikir bagaimanakah untuk mempersembahkan data yang diperoleh. TEKNIK PENYAMPAIAN Teknik penyampaian juga amat penting dalam melestarikan pemikiran pelajar dalam pendidikan sejarah. Kuliah yang disampaikan kepada pelajar perlu membantu mereka berfikir secara kritis berpandukan fakta-fakta sejarah yang disampaikan. Bagi Seminar Pendidikan Sejarah dan menyampaikan kandungan pelajaran berkenaan guru perlulah menimbangkan perkaraperkara berikut : 1. Menerangkan konsep kemahiran berfikir yang hendak disampaikan. Misalnya guru boleh menerangkan strategi kemahiran berfikir memeriksa andaian seperti apakah andaian pelajar terhadap perkembangan negara Singapura dan Brunei sekiranya mereka turut bergabung dalam gagasan Malaysia dan bagaimana pula kedudukan dan kemajuan Sabah dan Sarawak kini jika tidak terlibat dalam pembentukan berkenaan. 2. Menyusun maklumat mengikut kronologi. Sejarah adalah berasaskan fakta. Fakta mestilah mengikut kronologi. Kegagalan pelajar memahami urutan peristiwa sejarah mengikut kronologi menyebabkan proses pembelajaran sejarah tidak sempurna. Justeru, guru boleh menyenaraikan kronologi mengkut cara yang kreatif seperti menggunakan peta minda untuk memudahkan pelajar memahami kronologi berkenaan. 3. Menggunakan contoh yang sesuai berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar. Guru boleh menerangkan sejarah pendidikan negara dengan mengaitkan sistem pendidikan yang sedang diikuti oleh pelajar berasaskan Penyata Rahman Talib dan Razak. Guru juga boleh mengaitkan bagaimana boleh wujud sistem pendidikan pelbagai aliran dan kesannya kepada hubungan kaum di Malaysia. Pelajar pula diminta untuk berfikir tentang persamaan dan perbezaan antara Penyata Razak dan Rahman Talib. 4. Menggunakan alat bantu pengajaran yang sesuai dan dapat merangsang kemahiran pemikiran pelajar. Teknik pengajaran menggunakan teknik peta minda, tayangan Youtube, Powerpoint ataupun Prezi memungkinkan mendapat gambaran yang lebih berkesan tentang sejarah dan dapat melestarikan pemikiran mereka untuk memahami sejarah dengan lebih bermakna lagi. 5. Mengaitkan kandungan silibus dengan isu-isu semasa. Misalnya semasa mengajar sejarah Sabah, guru boleh mengaitkan dengan isu kesultanan Sulu dalam peristiwa di Lahat Datu. Bagaimana asal wujud kerajaan berkenaan, pajakan kepada Alfred Dent, Suruhanjaya Cobbold hinggalah kepada persetujuan rakyat Sabah untuk bersama dengan gagasan Malaysia. Dengan mengaitkan fakta sejarah dengan isu semasa pelajar akan lebih mudah faham dan berminat untuk menghayati nilai sejarah yang ditinggalkan oleh generasi lampau. RUMUSAN Kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan Sejarah amat penting dalam P&P. Penyerapan KBKK secara terancang dalam pendidikan sejarah mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mampu menjiwai susur jalur perjalanan sejarah negara untuk dijadikan pedoman kehidupan masa depan. Justeru, guru amat berperanan untuk meningkatkan kemahiran pelestarian pemikiran pelajar dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah disarakan untuk memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran sejarah itu berkesan dan tercapai.

BIBLIOGRAFI Beyer, B.K .1984. Improving Thinking Skills -Defining The Problem. Phi Delta Kappan 65(7).Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Modul Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Koestler Arthur .1991. Using your Mind Effectively. New York.: Mc Graw-Hill Marzano R.J.1992. A Different Kind of Classroom Teaching with Dimension of Learning.Pitt, St. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Missimer, A .1990. Good Arguments : An Introduction to Critical Thingking. New Jersey: Prentice Hall England Cliffs. Mohd Johdi Salleh.2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah : Perspektif Pelajar-Pelajar. Kertas Kerja Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan: Universiti Islam Antarabangsa.Mohd Yusuf Ibrahim.1986. Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Newmann.1990. Higher Order Thinking in Teaching Social Studies : A rationale for Assessment of Classroom Thoughtfulness. Journal of curriculum studies, 22, 41-56. Poh Swee Hiang .2000. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.