Click here to load reader
View
737
Download
8
Embed Size (px)
MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu
108
Kumpulan Utama 3:
JURUTEKNIK DAN PROFESIONAL
BERSEKUTU Juruteknik dan profesional bersekutu biasanya melakukan tugas teknikal dan tugas yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengaplikasian konsep sains atau seni dan kaedah operasi, dan peraturan kerajaan atau perniagaan serta mengajar pada suatu peringkat pendidikan tertentu. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap kemahiran yang ketiga. Kumpulan utama ini mengandungi kumpulan sub-utama yang berikut: 31 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS DAN KEJURUTERAAN 32 PROFESIONAL BERSEKUTU KESIHATAN 33 PROFESIONAL BERSEKUTU PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN 34 PROFESIONAL BERSEKUTU UNDANG-UNDANG, SOSIAL, KEBUDAYAAN, DAN
YANG BERKAITAN 35 JURUTEKNIK MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 31 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS DAN KEJURUTERAAN Profesional bersekutu sains dan kejuruteraan menjalankan tugas teknikal yang berhubung dengan penyelidikan dan pengaplikasian konsep dan kaedah operasi dalam bidang sains fizik serta bidang pengkomputeran dan kejuruteraan, atau mereka mengawal dan mengendalikan kelengkapan teknikal, memandu pesawat, mengemudi kapal, dan menyiasat aspek keselamatan, dalam proses pembuatan atau proses dan produk yang lain. Kumpulan sub-utama ini mengandungi kumpulan kecil yang berikut: 311 JURUTEKNIK SAINS FIZIK DAN KEJURUTERAAN 312 PENYELIA PERLOMBONGAN, PEMBUATAN DAN PEMBINAAN 313 JURUTEKNIK KAWALAN PROSES 314 JURUTEKNIK SAINS HAYAT DAN PROFESIONAL BERSEKUTU YANG BERKAITAN 315 JURUTEKNIK KAPAL, PESAWAT, DAN KERETAPI 316 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS NUKLEAR 311 JURUTEKNIK SAINS FIZIK DAN KEJURUTERAAN Juruteknik sains fizik dan kejuruteraan menjalankan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengaplikasian praktik konsep, prinsip, dan kaedah operasi berhubung dengan sains fizik termasuk bidang seperti kejuruteraan, lukisan teknikal, atau kecekapan ekonomi dalam proses pengeluaran.
MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu
109
3111 JURUTEKNIK SAINS KIMIA DAN FIZIK Juruteknik sains kimia dan fizik, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan ahli fizik, ahli kimia, ahli meteorologi, ahli geologi, dan ahli sains yang berkaitan, menjalankan tugas teknikal yang berhubung dengan penyelidikan dalam bidang kimia, geologi, geofizik, meteorologi, dan astronomi serta pembangunan dan pengaplikasian praktik hasil penyelidikan dalam bidang perindustrian, perubatan, ketenteraan, dan pengaplikasian praktik yang lain. Tugas merangkumi:
mengumpul sampel serta menyediakan bahan dan kelengkapan ujikaji, ujian, dan analisis;
membuat pemerhatian, merekod, mengekod keadaan cuaca dan menghantar laporan cuaca serta menyelenggara kelengkapan mengkaji cuaca;
membantu mereka bentuk dan menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis; membuat pemerhatian, pengiraan/pengukuran, merekodkan dan memplot maklumat
serta mungkin membantu menyediakan laporan dan dokumen teknikal untuk diterbitkan;
menyusun dan menyimpan data yang sesuai; menyediakan anggaran kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan bagi
projek yang ditetapkan; mengaplikasikan pengetahuan teknikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah yang timbul semasa menjalankan tugas; menyelia atau menyelenggara dan membaik pulih kelengkapan penyelidikan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:
31111 Juruteknik, sains fizik 31112 Penolong pegawai kaji cuaca C27 31113 Pembantu kaji cuaca C17 31114 Juruteknik, tanah 31115 Juruteknik, meteorologi 31116 Pembantu makmal, geologi 31117 Konduktor, penyelidikan makmal estet/ladang 31118 Pembantu makmal C17
3112 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN AWAM Juruteknik kejuruteraan awam menjalankan tugas teknikal dalam penyelidikan, reka bentuk, pembinaan, operasi penyelenggaraan, dan pembaikpulihan bangunan dalam kejuruteraan awam serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan rawatan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan, dan lapangan terbang. Tugas merangkumi:
menjalankan atau membantu dalam ujian ke atas tanah dan bahan binaan yang dilakukan di lapangan atau di makmal;
memberi bantuan teknikal berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta kaji ukur atau penyelidikan laporan kaji ukur;
memastikan pematuhan spesifikasi reka bentuk, perundangan dan peraturan yang berkaitan, dan memastikan standard bagi bahan dan kerja yang diperlukan;
MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu
110
mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan pembinaan dan kejuruteraan awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul;
membantu menyediakan anggaran kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek, menurut spesifikasi yang ditetapkan;
mengelolakan penyelenggaraan dan pembaikpulihan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:
31121 Juruteknik, kejuruteraan/awam 31122 Pembantu teknik seni bina J29 31123 Pembantu teknik awam J29 31124 Juruteknik awam J17 31125 Juruteknik seni bina J17
3113 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN ELEKTRIK Juruteknik kejuruteraan elektrik menjalankan tugas teknikal di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada reka bentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikpulihan sistem dan kelengkapan elektrik. Tugas merangkumi:
membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan sistem, kelengkapan, dan kemudahan elektrik serta menguji prototaip;
membantu menyediakan reka bentuk dan susun atur pemasangan dan litar elektrik; menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan
bagi pembuatan dan pemasangan; membantu penyeliaan teknikal bagi pembuatan, pemasangan, penggunaan,
penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem dan kelengkapan elektrik; mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan teori dan amalan
kejuruteraan elektrik bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas;
menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:
31131 Juruteknik, kejuruteraan/elektrik 31132 Pembantu kejuruteraan, elektrik (sistem voltan tinggi) 31133 Juruteknik, kejuruteraan/elektrik (transmisi kuasa elektrik) 31134 Penganggar, kejuruteraan/elektrik 31135 Pembantu teknik elektrik J29 31136 Juruteknik elektrik J17
3114 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN ELEKTRONIK Juruteknik kejuruteraan elektronik, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektronik, menjalankan tugas teknikal berhubung dengan penyelidikan kejuruteraan elektronik serta reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan kelengkapan elektronik dan sistem elektromekanik.
MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu
111
Tugas merangkumi:
membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan kelengkapan elektronik;
membantu menyediakan reka bentuk dan susun atur litar elektronik; menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan
bagi pembuatan dan pemasangan kelengkapan elektronik; membantu penyeliaan teknikalal pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan serta
pembaikpulihan sistem kelengkapan elektronik untuk memastikan prestasi mematuhi spesifikasi dan peraturan yang memuaskan;
mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan elektronik dan telekomunikasi untuk mengarah, mengesan, dan membetulkan kecacatan atau kerosakan;
menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:
31141 Juruteknik, kejuruteraan/elektronik 31142 Penganggar, kejuruteraan/elektronik 31143 Pembantu teknik elektronik J29 31144 Juruteknik elektronik J17
3115 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN MEKANIKAL Juruteknik kejuruteraan mekanikal menjalankan tugas teknikal, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan juruteknik mekanik yang menyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik. Tugas merangkumi:
membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemasangan pemanasan, pengalihudaraan, dan penyejukan serta loji dan kelengkapan lain yang berfungsi secara mekanik;
mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin; menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan
bagi pembuatan dan pemasangan; membantu kerja penyeliaan teknikal bagi pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan,
dan pembaikpulihan loji dan enjin mekanik; mengaplikasikan pengetahuan teknikal berkenaan dengan jentera serta prinsip dan
amalan kejuruteraan mekanik supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;
membantu kerja pembangunan serta pemantauan pelaksanaan standard dan prosedur keselamatan bagi kerja kaji ukur marin berhubung dengan badan, kelengkapan dan kargo kapal;
menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:
31151 Juruteknik, kejuruteraan/mekanikal 31152 Pembantu teknik mekanikal J29 31153 Jurutekn