26
1.0 PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menjayakan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya, Tuan Hj. Zulkifli Bin Mohamad kerana telah memberi peluang kepadas aya untuk menyiapkan kerja kursus Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103) ini tepat pada waktunya. Tanpa bimbingan daripada beliau saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Beliau telah memberi bimbingan dan panduan sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Seterusnya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberi sokongan padu dan idea yang bernas sepanjangkerja kursus ini dijalankan. Selain daripada itu juga, sumber kewangan yang telah diberikan sedikit sebanyak membantu saya menghasilkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tanpa bantuan daripada ibu bapa saya, kerja kursus ini tidak akanberjaya dilaksanakan sengan sempurna dan lengkap. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam tempoh kerja kursus ini dijalankan. Pelbagai maklumat telah dikongsi bersama untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kelas saya iaitu Unit Sejarah kerana telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

KURIKULUM SEJARAH.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sjh 3103

Citation preview

Page 1: KURIKULUM SEJARAH.docx

1.0 PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat

menjayakan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ribuan

terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya, Tuan Hj. Zulkifli Bin Mohamad kerana telah

memberi peluang kepadas aya untuk menyiapkan kerja kursus Kurikulum Sejarah Sekolah

Rendah (SJH3103) ini tepat pada waktunya. Tanpa bimbingan daripada beliau saya tidak akan

dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Beliau telah memberi bimbingan dan

panduan sepanjang kerja kursus ini dijalankan.

Seterusnya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya

kerana telah memberi sokongan padu dan idea yang bernas sepanjangkerja kursus ini dijalankan.

Selain daripada itu juga, sumber kewangan yang telah diberikan sedikit sebanyak membantu

saya menghasilkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tanpa bantuan daripada ibu bapa saya,

kerja kursus ini tidak akanberjaya dilaksanakan sengan sempurna dan lengkap.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah

banyak membantu saya dalam tempoh kerja kursus ini dijalankan. Pelbagai maklumat telah

dikongsi bersama untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya mengucapkan ribuan

terima kasih kepada ahli kelas saya iaitu Unit Sejarah kerana telah banyak membantu saya untuk

menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah

membantu saya secara langsung atau tidak lansung sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Jasa

kalian tidak akan saya lupakan kerana tanpa bantuan dan bimbingan yang sempurna saya tidak

akan dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna.

Sekian, terima kasih

Page 2: KURIKULUM SEJARAH.docx

2.0 PENDAHULUAN

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap II. Hal ini bertujuan menyemai

kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah pada peringkat awal agar murid memperoleh

dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.

Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan

dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam KSSR, elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas

dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat

membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.

Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang

berjiwa patriotic dengan memberikan pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah

secara matang.

Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid

untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku

serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat

Malaysia.

Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan

pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan ini

disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan zaman

kegemilangannya.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah menjurus kepada

pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan

penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah seperti yang termaktub di dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Naktiviti tersebut mengaplikasikan elemen didik hibur bagi

menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah sekolah rendah yang diperkenalkan oleh kerajaan

melalui KSSR ini merupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai

Page 3: KURIKULUM SEJARAH.docx

suatu usaha disiplin ilmu yang dinamik. Hal ini demikian, bertujuan sebagai satu usaha untuk

melengkapkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai-

nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warga negara Malaysia.

Page 4: KURIKULUM SEJARAH.docx

3.0 CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG BERKESAN

Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional, sosial dan interpersonal yang

unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata pelajaran

sejarah, guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang

kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam

pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya seorang guru sejarah

berkesan mempunyai ciri-ciri berikut :

(1) Dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi

mencorakkan pembelajaran yang bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi

murid-murid. Hal ini demikian dapat memupuk minat para pelajar untuk mempelajari mata

pelajaran Sejarah dengan berkesan dan bermakna.

(2) Dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah

pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan kreatif.

Hal ini amat penting, supaya pembelajaran yang disusun tidak melebihi kebolehan bagi para

pelajar sekolah rendah yang boleh menyebabkan para pelajar hilang minat untuk mempelajari

subjek Sejarah.

(3) Dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata pelajaran

Sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri murid.

Dalam pada itu, situasi pembelajaran yang menarik juga dapat mengelakkan para pelajar

daripada cepat menjadi bosan bagi mempelajari mata pelajaran Sejarah.

(4) Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi,

kemahiran berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati murid.

Hal ini demikian, dapat meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap sesuatu pembelajaran

sejarah yang sekali gus dapat menjadikan pembelajaran sejarah bermakna dan berkesan.

(5) Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan 'role model'

kepada para pelajar. Mengamalkan pembelajaran aktif (active learning), mendorong penglibatan

aktif murid dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan kebolehan dan

potensi mereka.

Page 5: KURIKULUM SEJARAH.docx

(6) Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran, personaliti dan

penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran. Hal ini, amat penting bagi guru

sejarah untuk mengelakkan para pelajar hilang tumpuan semasa pembelajaran sejarah didalam

kelas.

(7) Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah membangkitkan

semangat, memupuk kesedaran, menyuburkan idealisme, dan membina wawasan bersama dalam

pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah. Selain itu, guru sejarah juga perlu

mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan yang berkesan

dalam pengajaran mata pelajaran sejarah.

(8) Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra, penyayang, ceria, tenang,

berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi tinggi, mempunyai wawasan

dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan kemajuan diri murid.

(9) Mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran aras

tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan dorongan

profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, semangat

berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar dalam bidang yang diajar serta sentiasa berusaha

memajukan diri dalam profesion perguruan yang diceburi.

Selain dari ciri-ciri diatas, perkara yang paling penting bagi guru sejarah pada zaman

globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan

perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut

banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru Sejarah mesti

bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini.

Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri

dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan proses pengajarah dan pembelajaran Sejarah

pada masa kini. Guru sejarah juga harus memperlengkapkan diri secara global supaya dapat

menggunakan ICT dalam pengajarabn dan pembelajaran Sejarah supaya dapat menarik minat

para pelajar terhadap subjek Sejarah.

Page 6: KURIKULUM SEJARAH.docx

Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah

yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada

kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah. Perlaksanaan

kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku secara dinamik dan progresif sekiranya

kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan

perkembangan arus pendidikan semasa.

Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan aplikasi inovasi dan

teknologi maklumat, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan, memperkenalkan teknik dan

strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan, pemberian insentif kepada guru,

pembentukan 'teamwork' dalam organisasi sekolah dan sebagainya perlu diambil kira dalam

perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah yang

mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlangdan berkesan pada masa akan datang.

http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/02/ciri-dan-kualiti-guru-dalam-menghadapi.html

Page 7: KURIKULUM SEJARAH.docx

4.0 PERANAN PANATIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Panitia ialah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu. Panitia mata pelajaran Sejarah

hendaklah ditubuhkan di sekolah untuk mempertingkat pengurusan panitia dan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS)

8591/J1d.11(44) bertarikh 13 Mac 1986.

Panatia banyak memainkan peranan mereka bagi mata pelajaran yang mereka mahir. Hal

ini demikian dapat dilihat tugas dan tanggungjawab panatia yang dilantik bagi mata pelajaran

Sejarah. Bidang panatia bagi mata pelajaran sejarah terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab

umum dan bidang tugas. Bagi tanggungjawab umum, panatia Sejarah berperanan untunk

membantu pengetua merancang, mengelola dan melaksanakan program kecemerlangan

khususnya kepada mata pelajaran berkaitan di sekolah rendah. Dalam pada itu, panatia juga

berperanan untuk menggalakkan guru-guru mata pelajaran memperbaiki atau membina

kompetensi sikap, kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan

kurikulum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi bidang tugas panitia pula adalah mengetuai panitia mata pelajaran serta

menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah. Hal ini demikian kerana, panatia

sejarah berperanan untuk merancang pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sejarah

dengan kerjasama semua ahli panatia semua aktiviti yang hendak dilakukan bagi meningkatkan

pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah termasuk pencerapan pengajaran dan pembelajaran

Sejarah di dalam bilik darjah.

Dalam pada itu, panitia mata pelajaran Sejarah juga berperanan sebagai pemudah cara di

antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain mengenai segala aktiviti berkaitan

dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan mata pelajaran yang berkaitan. Hal

ini demikian perlu dilakukan oleh setiap panitia bagi mata pelajaran Sejarah supaya perkongsian

maklumat dan pendapat dapat berlaku sama ada di dalam ataupun di luar kawasan sekolah

(dengan sekolah yang lain). Seterusnya, panatia mata pelajaran Sejarah juga berperanan untuk

menyelaraskan kerja-kerja akedemik guru-guru mata pelajaran Sejarah bagi kelas-kelas yang

berkenaan. Hal ini demikian, perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Sejarah mempunyai corak kerja yang sistematik dan pada masa yang

Page 8: KURIKULUM SEJARAH.docx

sama memudahkan guru-guru bagi mata pelajaran Sejarah untuk merujuk kembali kerja-kerja

yang telah dilakukan.

Walau bagaimana pun, panitia juga perlu mempunyai hubungan erat dengan semua ahli

anggota panitia yang lain untuk mendapat tahu tentang kemajuan-kemajuan yang dicapai,

masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus diambil bagi memperbaiki

mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya dapat mencapai hasil yang

memuaskan. Hal ini demikian, sekiranya panitia tidak menjalinkan hubungan dengan ahli-ahli ini

akan menyukarkan bagi panitia untuk mengetahui setiap perkara yang berlaku sepanjang tempoh

bekerja dengan baik sama ada pencapaian, masalah dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan

oleh setiap ahli dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, panitia mata pelajaran Sejarah juga perlu memainkan peranan dalam

menentukan penggunaan sukatan mata pelajarah Sejarah sekolah rendah dengan betul dan

sentiasa mengetahui perubahan yang berlaku sepanjang tempoh persekolahan. Penggunaan

sukatan pelajaran yang betul amat penting dan perlu dititik beratkan oleh panitian sejarah supaya

tidak berlaku permasalahan kepada guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, perubahan yang

berlaku perlu diberi perhatian kepada panitia sejarah kerana mata pelajaran Sejarah di sekolah

rendah masih baharu dan dalam tempoh percubaan bagi menjalankan KSSR.

Panitian sejarah juga berperanan mendapatkan naskah mata pelajaran Sejarah yang

terbaru daripada Setiausaha peperiksaan ataupun daripada guru besar. Hai ini demikian amat

penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan baik dan lancar. Pada

masa yang sama guru-guru dapat menyebarkan ilmu Sejarah dengan berkesan kepada para

pelajar sekolah rendah.

Panitia mata pelajaran Sejarah juga bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi

semua darjah bagi tahap dua yang bermula tahun 4 hingga tahun 6 serta memberi perhatian berat

tentang kerja pelajar-pelajar. Perkara tersebut perlu dilakukan oleh panitia bagi memastikan

setiap pelajar mencapai standard yang telah ditetapkan dan pada masa yang sama bagi

mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang perlu ditambah baikkan bagi mata pelajaran

Sejarah sekolah rendah. Dalam pada itu, perkara tersebut juga perlu dilakukan bagi memastikan

Page 9: KURIKULUM SEJARAH.docx

guru-guru mata pelajaran Sejarah mengajar mengikut sukatan mata pelajaran yang telah

ditetapkan.

Seterusnya, panitia juga bertanggungjawab untuk menyelaraskan penyediaan soalan-

soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan dengan berkesan supaya tidak berlaku

kekusutan dalam menjalankan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan pada peringkat

sekolah. Hal ini, bertujuan untuk melihat kemampuan para pelajar sama ada telah mencapai

standar atau pun masih lagi dibawah standard yang telah ditetepkan dalam KSSR. Pada masa

yang sama, panitia juga bertanggungjawab untuk membantu pengetua memeriksa atau

menyemak gerakkerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, panitia juga berperanan mengkaji dan menganalisa keputusan

peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah dan memikirkan strategi-strategi bagi memajukan

pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Disamping itu, panitia juga berperanan untuk

membekalkan buku-buku rujukan kepada guru dan para pelajar bagi mata pelajaran Sejarah. Hal

ini demikian kerana, untuk dijadikan sebagai bahan tambahan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Sebagai panitia juga, mereka juga berperanan untuk menyenaraikan buku-buku mata

pelajaran Sejarah yang perlu dibeli untuk perpustakaan kepada guru pusat sumber. Hal ini dapat

membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk memebeli buku rujukan sebagai bahan

tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, dapat menarik minat

para pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah dengan berkesan.

Selain itu, panitia juga mempunyai hak untuk mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta

bilangan buku kerja atau tambahan yang perlu digunakan oleh para pelajar bagi tiap-tiap darjah

bagi tahap dua. Dalam pada itu, panitian juga berperanan mengkaji buku-buku contoh yang

dibekalkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan buku-buku untuk digunakan sebagai

buku teks. Hal ini demikian, bertujuan sukatan mata pelajar Sejarah yang diajarkan oleh guru-

guru adalah releven dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar sekolah rendah.

Peranan panitia juga adalah untuk mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-

kurangnya sekali dalam sepenggal atau lebih kerap lagi jika perlu (mengikut takwin sekolah).

Hal ini demikian adalah bertujuan untuk mengetahui setiap pencapaian yang telah dicapai dan

Page 10: KURIKULUM SEJARAH.docx

seterusnya bagi menyelesaikan masalahmsalah yang dihadapi sepanjang tempoh persekolah bagi

mata pelajaran Sejarah. Panitian juga bertanggungjawab untuk menjalankan setiap arahan yang

dikeluarkan oleh guru besar dari semasa ke semasa.

Sebagai panitia juga, mereka perlu melengkapkan diri dengan perkembangan yang

terbaru dalam pendidikan mata pelajaran sejarah melalui aktiviti bacaan, menghadiri

kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan.  Dalam perkataan lain, Panitia Mata Pelajaran

Sejarah haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada

semua ahli panitia.

Page 11: KURIKULUM SEJARAH.docx

5.0 PERANAN MATA PELAJARAN SEJARAH BAGI MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG PATRIOTIK

Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada masa lampau. Beliau

menjelaskan bahawa sejarah memberi pemahaman dengan mendalam mengenai pengalaman dan

peristiwa lalu yang berkesinambungan dengan masa kini. Prof. Wang Gangwu (1964)

menyatakan secara jelas kepentingan pendidikan sejarah dengan menyatakan pengajaran

sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda dan bangsa moden di dunia ini.

Selain itu, memetik madah agung, George Santayana, seorang ahli sejarawan dunia, “

seseorang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. Justeru, bertepatan dengan kata-

kata tersebut, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan dalam Kurikukum Standar Sekolah

Rendah. Perkara tersebut merupakan salah satu usaha untuk persiapkan diri para pelajar bagi

menghadapi mata pelajar Sejarah di sekolah menengah dan pada masa yang sama adalah untuk

melahirkan warganegera yang patriotik.

Melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah, guru-guru dapat

menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Semangat cinta akan negara amat

vital dan perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur

buluh biarlah dari rebungnya”. Lantaran itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah

dianggap sebagai satu wadah bagi menyuntik semangat kebangsaan ini. Melalui penggaluran

semula kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pimpinan cakerawati Sultan Muzaffar

dalam sukatan seawal Tahun 4 misalnya, sudah pasti para pelajar akan berasa kagum akan

sejarah negara. Maka jelaslah, patriotisme pasti dapat deterapkan ke dalam sanubari para pelajar

semasa dengan berkesan dan berkekalan.

Dalam pada itu, pembelajaran mata pelajaran Sejarah sekolah rendah juga dapat

meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Sukatan mata Pelajaran Sejarah

yang releven dan bersesuai dengan taraf umur para pelajar bagi sekolah rendah dapat memberi

kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah

sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sifat bertolak ansur antara kaum Melayu, Cina dan

India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan,

barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh

setiap warganegara kerana “sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang

Page 12: KURIKULUM SEJARAH.docx

menderhakai ibunya”. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu

platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika

dahulu. Oleh itu, pada masa yang sama dapat membetuk warganegara yang patriotik melalui

pembelajarn Sejarah di sekolah rendah.

Selain itu, mata pelajaran Sejarah juga turut menekankan tentang aspek sejarah diri

sendiri. Hal ini demikian bermaksud, para pelajar akan mempelajari susur galur berkaitan dengan

diri mereka sendiri. Melalui pembelajaran tersebut, para pelajar dapat mengenali diri mereka

selain dapat mengetahui asal-usul keturunan mereka. Dalam pada itu, ini dapat membolehkan

para pelajar untuk mengetahui dan menghormati keturunan mereka dan mereka akan berasa perlu

bagi mereka untuk mempertahankan keturunan serta menjaga nama baik keturunan mereka

dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian, dapat melahirkan warganegara yang berjiwa patriotik.

Mata pelajaran Sejarah adalah pemahaman mengenai ideologi kenegaraan. Mata

pelajaran sejarah bukan sekadar menceritakan peristiwa yang terjadi dalam kerangka masa dan

ruang kehidupan tetapi mengandungi persoalan integrasi (perpaduan), normatif (nilai-nilai),

falsafah, pengajaran dan pendidikan. Ini membolehkan setiap warganegara belajar dan faham

mengenai wujud dan letak dirinya dalam masa dan ruang tersebut. Contohnya, Qisasul Anbia

atau Sirah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar menerangkan perjalanan sejarah Rasul-Rasul

dan para Nabi tetapi persoalan iman dan takwa. Melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah,

para pelajar dapat mengetahui susur galur hidup mereka masing-masing sebagai warganegara

Malaysia. Hal ini demikian, akan menimbulkan rasa cinta akan tanah air dan pada masa yang

sama dapat melahirkan warganegara yang patriotik.

Pembelajaran mata pelajaran Sejarah sekolah rendah banyak menekankan tentang sejarah

Kesultanan Melayu, sejarah perjuangan kebangsaan dan sejarah kolonialisme ada hubungan

dengan ketamadunan dan peradaban. Melalui pembelajaran tersebut, para pelajar secara

automatik berasa ingin berjuang bagi mempertahankan kemerdekaan yang telah diperolehi oleh

negara Malaysia yang berdaulat ini. Hal ini demikian akan dapat melahirkan warganegara yang

patriotik pada masa akan datang.

Melalui pembelajaran sejarah sekolah rendah, para pelajar akan diajar tentang rukun

negara yang terdapat di Malaysia. Setiap elemen yang terdapat dalam Rukun Negara terangkan

Page 13: KURIKULUM SEJARAH.docx

secara mendalam oleh guru-guru kepada para pelajar supaya dapat diterapkan kedalam sanubari

mereka. Melalui penekanan kepada Rukun Negara, para pelajar akan dapat lebih memahami dan

saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan agama lebih-lebih

lagi Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

melalui pembelajaran Rukun Negara juga, dapat melahirkan warga negara yang patriotic pada

masa akan datang bagi memastikan kemakmuran dan keamanan di Malaysia berterusan.

Dalam pada itu, melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah sekolah rendah para pelajar

dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau yang telah berlaku di Malaysia. Sarwajagat

mengakui, kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah Melayu silih berganti selama 446

tahun. Oleh itu, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas selayak binatang oleh penjajah

durjana. Justeru, apabila negara sudah merdeka, kita mula menyedari kepentingan sains dan

teknologi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kuasa-kuasa danawa dunia.

Lantas, mengambil iktibar dari peristiwa silam, Malaysia melestarikan teknologinya melalui

Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Atas

prinsip, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, Malaysia terus dikenali di seantero

dunia. Maka, benarlah bahawa iktibar yang diperoleh daripada pembelajaran Sejarah dapat

memajukan negara.

Oleh itu, dasar kerajaan memperkenalkan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah

merupakan satu tindakan bijak dan releven bagi menanamkan semangat cinta akan tanah air

dengan mendalam sehingga ke dalam hati para pelajar. Melalui pembelajaran mata pelajaran

Sejarah juga, dapat melahirkan warganegara yang patriotik tinggi khususnya bagi generasi yang

akan datang bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh negara

Malaysia yang tercinta sejak sekian lama.

Page 14: KURIKULUM SEJARAH.docx

6.0 KESIMPULAN

Kurikulum mata pelajaran Sejarah telah digubal dan diperkenalkan kepada sekolah rendah

banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan. Penggubalan mata pelajaran Sejarah di peringkat

sekolah rendah mampu untuk menerapkan banyak nilai-nilai murni kepada generasi yang akan

datang dengan berkesan. Hal ini demikian, penerapan nilai-nilai murni perlu dan wajar dilakukan

sejak dari kecil lagi kerana pada ketika itu mereka masih mudah untuk menerima setiap ajaran

yang diajarkan.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah bagi sekolah rendah juga merupakan salah satu usaha

awal yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan sejarah Malaysia tidak dilupakan oleh

generasi yang akan datang. Malah,perkara tersebut dapat meningkatkan kefahaman dan minat

para generasi baru untuk mempelajari dan menghayati sejarah yang telah berlaku di negara ini.

Selain itu, mata pelajaran sekolah rendah juga merupakan usaha awal untuk menyediakan para

pelajar untuk menghadapi mata pelajaran Sejarah apabila mereka menaiki ke peringkat

menengah.

Mata pelajaran Sejarah yang diperkenalkan pada sekolah rendah juga bermatlamat untuk

melahirkan generasi yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam

pada itu, mata pelajaran Sejarah sekolah rendah juga dapat memberikan penekanan kepada

penerapan nilai-nilai murni, semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ke

dalam diri para pelajar dengan berkesan. Seterusnya, pengenalan mata pelajaran Sejarah juga

merupakan salah satu transformasi pendidikan yang memberi penekanan kepada kaedah

pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.

Mata pelajaran Sejarah juga mampu untuk melahirkan individu yang mempunyai

semangat patriotik yang tinggi dan sekaligus dapat melahirkan warganegara yang patriotik bagi

memastikan keamanan dan kemakmuran berterus di bumu Malaysia yang tercinta tanpa berlaku

sebarang perkara dan insiden yang tidak diinginkan.

Page 15: KURIKULUM SEJARAH.docx

7.0 RUJUKAN

8.0 REFLEKSI DIR

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaan-Nya saya dapat menyiapkan

tugasan Kerja Kurusus Pendek bagi subjek Sejarah SJH3103, Kurikulum Sejarah Sekolah

Rendah ini di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Tn. Hj. Zulkifli bin Mohamad iaitu pensyarah

saya yang amat disayangi dan dikasihi ramai pelajar terutama sekali bagi Unit PISMP Sejarah.

Saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik sekali atas bimbingan beliau bersama

pensyarah-pensyarah dibawah Jabatan Pengajian Sosial yang lain.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan iaitu dalam masa yang ditetapkan, saya telah

berusaha untuk mencari bahan-bahan dan malumat-maklumat yang berkaitan dan mengikut

kehendak soalan bagi subjek Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah selepas sahaja taklimat KKP

tersebut dilakukan oleh Tn. Hj. zulkifli pada Julai 2013. Pelbagai cara dan kaedah telah saya

lakukan untuk menyiapkan tugasan ini iaitu termasuk mencari maklumat daripada akhbar,

internet, perpustakaan serta sumber-sumber lain. Dalam menyiapkan KKP ini juga, terdapat

banyak kekuatan yang saya dapat ketahui. Antaranya, melalui KKP ini, saya dapat belajar dan

mengetahui perkara-perkara baharu yang berkaitan dengan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

yang baru diperkenalkan pada tahun 2013 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah oleh

kerajaan. Dalam pada itu, saya juga dapat menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai

konsep kurikulum Sejarah, ciri-ciri kurikulum Sejarah dan sukatan mata pelajaran Sejarah bagi

tahun 4 yang bakal saya ajarkan pada masa akan datang.

Selain itu, dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar dan mengakses maklumat

berkaitan dengan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah dari laman web yang belum saya terokai

selama ini. Dalam pada itu, saya juga telah turut melayari porta kementerian Pelajaran yang

NAMA : MOHAMED QAMMARUL ANUARNO. MATRIK : 125135NO. IC : 930617-08-5093UNIT : SEJARAH

Page 16: KURIKULUM SEJARAH.docx

selama ini tidak pernnah saya lawati sepanjang hidup saya bagi menyempurnakan tugasan yang

telah diamanahkan kepada saya. Sebelum ini, saya memang tidak begitu cakna berkaitan dengan

kurikulum Sejarah Sekolah Rendah, namun, setelah ditugaskan melaksanakan tugasan ini

dapatlah saya mengetahui Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah yang baru diperkenalkan oleh

kerajaan kepada pelajar sekolah rendah bagi melahirkan warganegara yang berpatriotik tinggi

pada masa akan datang.

Kekuatan yang ada sepanjang saya menyiapkan tugasan ini adalah pengurusan masa yang

begitu baik dan sistematik. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan ini sebelum waktu

yang ditetapkan dengan penuh ketenangan tanpa menghadapi masalah yang begitu ketara.

Seterunya, saya menggunakan carta, rajah dan grafik-grafik dalam menyiapkan analisis berkaitan

dengan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah yang saya kaji selain pengumpulan maklumat dan

dengan cara ini pemahaman kepada pembaca lebih mudah dan jelas. Saya turut menggunakan

pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat seperti Internet, buku rujukan, artikel daripada

akhbar, kolabratif bersama para pensyarah dan sebagainya. Kaedah ini telah menyebabkan saya

dapat memahami tentang Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah dan ciri-ciri kurikulum Sejarah

Sekolah Rendah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini telah banyak

ilmu baru yang saya peroleh terutama berkaitan dengan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah di

malaysia dengan lebih mendalam. Sepanjang menyiapkan tugasan ini telah banyak saya

mengetahui kurikulum yang telah dijalankan di Malaysia sebelum Kurikulum Sejarah Sekolah

Rendah diperkenalkan oleh kerajaan dengan mendalam. Dalam pada itu saya juga berpeluang

untuk berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah yang saya pilih untuk menyiapkan tugasan

tersebut dengan baik.

Sememangnya, selaku manusia biasa kita tidak boleh mengelak daripada melakukan

kesilapan dan kekhilafan. Begitu juga dengan saya, terdapat beberapa kelemahan yang dapat

saya kesan dalam menyiapkan tugasan ini antaranya, ialah kekurangan sumber dan bahan

rujukan. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini, saya tepaksa berkongsi sumber

dengan sahabat-sahabat yang lain kerana bahan rujukan yang begitu terhad. Selain itu, kami juga

telah menggunakan Internet sebagai bahan rujukan lain. Dalam pada itu, bagi mendapatkan

Page 17: KURIKULUM SEJARAH.docx

maklumat juga, saya telah merujuk beberapa buku di perpustakan Ibnu Sina milik IPGKDRI bagi

melengkapkan dan menyiapkan KKP Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah.

Kemudian, perasaan tidak yakin yang terdetik walaupun sedikit, kerana ini adalah

tugasan yang penting bagi saya. Hal ini demikian kerana tugasan ini akan memberikan markah

sebanyak 100%. Jadi, format dan teknik keseluruhan menyiapakan tugasan ini begitu kurang,

namun ianya dapat diatasi dengan mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakan.

Ini merupakan satu proses belajar yang seharusnya saya pelajari untuk masa depan. Dalam pada

itu juga, saya juga telah meminjam beberapa buku daripada pensyarah saya bagi mendapatkan

idea dan maklumat tentang kurikulum Sejarah Sekolah Rendah yang dapat dikaitkan dengan

aspek-aspek yang ingin dibincangkan dalam tugasan tersebut dengan lebih jelas.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah bagi menyiapkan tugasan yang diberikan

kerana kekurangan maklumat. Tambahan lagi, kurikulum Sejarah yang saya kaji ini merupakan

subjek baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan. Oleh itu, maklumat yang dinginkan oleh saya

agak terhad dan terbatas. Namun begitu, masalah ini dapat diselesaikan apabila saya telah

menggunakan draf Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah yang telah dibekankan oleh Tn. Hj.

Zulkifli kepada saya dan rakan-rakan yang lain selain bertukar-tukar pendapat semasa rakan

kelas. Alhamdulillah setiap usaha yang telah dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan

apabila dapat menyiapkan tugasan dengan baik.

Akhir kata, dengan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya, saya mengharapkan

agar saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari agar dapat saya menyiapkan diri saya

dengan kemahiran dan kaedah tertentu dalam proses pembelajaran dan pengajaran dari semasa

ke semasa agar dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dari pelbagai aspek. Khusunya bagi

subjek major saya iaitu Sejarah yang mana begitu berkait rapat dengan Kurikulum Sejarah

Sekolah Rendah.