2
Perkembangan emosi dan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan- tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti dengan melakukan aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi serta menyebut perkataan-perkatan baharu kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi dan bahasa kanak-kanak ialah melalui aktiviti menyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, dan kebolehan berfikir, (Hurwitz 1975). Tidak dapat dinafikan, pelbagai cara Kanak-kanak belajar bahasa. Antaranya yang menarik iaitu dengan nyanyian yang pernah didengarinya. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mencipta cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka secara tidak langsung. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti: “Malam yang sepi pi… pi Pak Mat jual topi pi…pi Topinya koyak yak…yak Pak Mat jual tempoyak yak…yak Tempoyaknya basi si…si Pak Mat jual nasi si… si” Oleh itu nyayian lagu kanak-kanak banyak memberi manfaat kepada kanak- kanak dari segi kognitif penghafazan dan memahami kosa kata. Kajian mendapati , murid lebih cepat menguasai kosa kata dengan menggunakan teknik nyanyian. Ini disokong oleh Campbell dan Scott-kassner (1995) yang mengatakan hubungan bahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak menambah perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan baharu dipelajari mereka. Apabila mereka mempelajari lagu baharu.hujah ini juga turut disokong oleh pendapat krogh (1995) yang menyatakan aktiviti mengulang-ulang menyanyi

lagu kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

forum

Citation preview

Page 1: lagu kanak-kanak

Perkembangan emosi dan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti dengan melakukan aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi serta menyebut perkataan-perkatan baharu kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi dan bahasa kanak-kanak ialah melalui aktiviti menyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, dan kebolehan berfikir, (Hurwitz 1975).

Tidak dapat dinafikan, pelbagai cara Kanak-kanak belajar bahasa. Antaranya yang menarik iaitu

dengan nyanyian yang pernah didengarinya. Contohnya, permainan lagu berantai

membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan

perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mencipta

cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat

meningkatkan perkembangan bahasa mereka secara tidak langsung. Contoh permainan lagu

berantai ialah seperti:

“Malam yang sepi pi… pi

Pak Mat jual topi pi…pi

Topinya koyak yak…yak

Pak Mat jual tempoyak yak…yak

Tempoyaknya basi si…si

Pak Mat jual nasi si… si”

Oleh itu nyayian lagu kanak-kanak banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dari segi

kognitif penghafazan dan memahami kosa kata. Kajian mendapati , murid lebih cepat

menguasai kosa kata dengan menggunakan teknik nyanyian. Ini disokong oleh Campbell dan

Scott-kassner (1995) yang mengatakan hubungan bahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat

dinafikan kerana kanak-kanak menambah perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap

perkataan baharu dipelajari mereka. Apabila mereka mempelajari lagu baharu.hujah ini juga

turut disokong oleh pendapat krogh (1995) yang menyatakan aktiviti mengulang-ulang

menyanyi rangkaian lagu yang betul dari segi hukum tatabahasa juga akan membantu kanak-

kanak menggunakan tatabahasa yang betul pada masa akan datang. Justeru itu, teknik guru

menyanyi bersama-sama muridnya adalah satu teknik yang baik dan amat berkesan dalam

kemahiran murid berbahasa disamping belajar sambil berhibur. Kanak-kanak sudah tentu akan

berasa riang dan amat seronok.

Page 2: lagu kanak-kanak