23
NEGERI PERAK BENDERA PERAK Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. JATA PERAK IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 1

Lambang Negeri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian temptan

Citation preview

Page 1: Lambang Negeri

NEGERI PERAK

BENDERA PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning

dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning

melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul

Ridzuan.

JATA PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit

yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.

Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi

menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 1

Page 2: Lambang Negeri

NEGERI JOHOR

BENDERA JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.

Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.

Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri dan Rakyat

Jelata.

JATA JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan

Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan

Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua

ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang

buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang

berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua

jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ialah " Kepada Allah

Berserah".

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 2

Page 3: Lambang Negeri

NEGERI KEDAH

BENDERA KEDAH

Bendera negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai

kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh

jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna

tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan,

sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.

Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi

maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga

dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

JATA KEDAH

Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian

utama negeri – beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai

melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 3

Page 4: Lambang Negeri

NEGERI KELANTAN

BENDERA KELANTAN

Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud

kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan

kesucian Raja Negeri Kelantan.

JATA KELANTAN

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan

orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam. Dua

laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk

mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua

negeri ini di masa Che' Wan Kembang, Permaisuri Kelantan yang terlalu kasih pada

kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar

binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"

NEGERI MELAKA

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 4

Page 5: Lambang Negeri

BENDERA MELAKA

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat

pada Jalur Gemilang dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam

Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda

agama Islam, agama negeri dan juga negara.

JATA MELAKA

Putih, kuning dan biru yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.

Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

NEGERI SEMBILAN

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 5

Page 6: Lambang Negeri

BENDERA NEGERI SEMBILAN

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi

yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna

hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-

bahagian negeri ini.

JATA NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam

Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan

hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-

datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam

Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di

tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang

di-Pertuan Besar.

NEGERI PAHANG

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 6

Page 7: Lambang Negeri

BENDERA PAHANG

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika

dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih

adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna

bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan

pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai

keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta

kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan

berdaulat.

JATA PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

NEGERI PERLIS

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 7

Page 8: Lambang Negeri

BENDERA PERLIS

Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera

menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di

Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna

kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang

terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat

jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".

Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera

negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.

JATA PERLIS

Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil

utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan

negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana

kekayaan hasil padinya.

NEGERI PULAU PINANG

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 8

Page 9: Lambang Negeri

BENDERA PULAU PINANG

Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih

pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning

melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat

namanya.

JATA PULAU PINANG

Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

NEGERI SELANGOR

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 9

Page 10: Lambang Negeri

BENDERA SELANGOR

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu

bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan

tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang

agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam

ditunjukkan dengan warna putih.

JATA SELANGOR

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-

tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris

Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi

"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang

dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

NEGERI TERENGGANU

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 10

Page 11: Lambang Negeri

BENDERA TERENGGANU

Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia

melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi

perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama

Islam, agama negeri.

JATA TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan

Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.

Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama

rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali

menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

NEGERI SABAH

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 11

Page 12: Lambang Negeri

BENDERA SABAH

Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna

biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua

meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur

yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah

berwarna merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian

dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah

menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan

semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian

yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula

melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 12

Page 13: Lambang Negeri

JATA SABAH

Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini

melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan

rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri

Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima

bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan

kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna

biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua

melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.

Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan

Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu

Sabah Maju Jaya.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 13

Page 14: Lambang Negeri

NEGERI SARAWAK

BENDERA SARAWAK

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat

dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan

kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri

contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan,

perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam

melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan

sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di

mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi

rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 14

Page 15: Lambang Negeri

JATA SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan

aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi

politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan

keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 15

Page 16: Lambang Negeri

Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih

dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah

bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang

melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah

menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna

Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan

negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi

Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam

mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan

berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman

makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang

berasaskan sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong

dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang

keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-

tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan

kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian,

kesucian dan perpaduan.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 16

Page 17: Lambang Negeri

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna

utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan

rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna

Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan

melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara

yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era

globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 17

Page 18: Lambang Negeri

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna

biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat

dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga

Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan

13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah

pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama

Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di

Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat

Kerajaan dan pentadbiran.

Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam

menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang

dinamik dan berprogresif.

Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya

dalam taman bercahaya

IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 18