26
1 / 26 LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 2015 TUJUAN Laporan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua ahli mengenai kegiatan dan aktiviti persatuan yang telah dilaksanakan sepanjang sessi 2014 2015.

LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

  • Upload
    lydan

  • View
    253

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

1 / 26

LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015

TUJUAN

Laporan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada

semua ahli mengenai kegiatan dan aktiviti

persatuan yang telah dilaksanakan sepanjang sessi

2014 – 2015.

Page 2: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

2 / 26

1. Mesyuarat Agong Tahunan

Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 27 telah diadakan di pejabat JICA

Malaysia, Suite 29.03, Aras 29, Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala

Lumpur pada 15 Mac 2014, hari Ahad. Seramai 29 orang ahli telah hadir.

Page 3: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

3 / 26

2. Mesyuarat Bulanan Exco

Mesyuarat EXCO diadakan hampir setiap bulan dan telah dijalankan

sebanyak 7 kali di Bilik Mesyuarat Pejabat JICA Malaysia, Kuala Lumpur,

1 kali di Guess Hotel Resort & Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan, 1 kali

di pejabat DOSH Perak dan 1 kali di Bilik Mesyuarat, Restoran Nasi

Kandar Pelita, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan

adalah seperti berikut:-

No. Mesyuarat Bil. Tarikh

1. Mesyuarat 1-2014/15 22 Mac 2014

2. Mesyuarat 2-2014/15 24 Mei 2014

3. Mesyuarat 3-2014/15 19 Julai 2014

4. Mesyuarat 4-2014/15 27 September 2014

5. Mesyuarat 5-2014/15 18 Oktober 2014

6. Mesyuarat 6-2014/15 15 November 2014

7. Mesyuarat 7-2014/15 20 Disember 2014

8. Mesyuarat 8-2014/15 17 Januari 2015

9. Mesyuarat 9-2014/15 14 Februari 2015

10. Mesyuarat 10-2014/15 01 Mac 2015

Page 4: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

4 / 26

Page 5: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

5 / 26

3. Keahlian Persatuan

Seramai lebih daripada 8,000 warga Malaysia telah menghadiri pelbagai

kursus anjuran JICA di pusat-pusat latihan di Jepun. Dari jumlah

tersebut, 4237 telah berdaftar sebagai ahli myJICA.

Yuran bayaran masuk menjadi ahli myJICA adalah RM 10.00 sementara

yuran tahunan adalah RM 20.00 bagi Ahli Biasa dan Ahli Kehormat, dan

RM 10.00 bagi Ahli Sekutu.

Sejumlah 82 ahli baru telah didaftarkan semasa taklimat pre-departure.

4. Taklimat Pre-Departure

Setiap peserta kursus anjuran JICA ke Jepun dikehendaki menghadiri

taklimat sebelum berlepas ke Jepun. Taklimat “pre-departure” diadakan

di pejabat JICA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Wakil myJICA yang

memberikan taklimat berkaitan myJICA adalah Tn Haji Mustapha Abd.

Kadir dan Tn Hj Harun Hussain.

Semasa taklimat dijalankan, pegawai dari pejabat JICA akan

memaklumkan mengenai persiapan yang mereka perlu buat dan elaun-

elaun yang mereka akan terima semasa berkursus. Wakil myJICA pula

akan memberikan penerangan mengenai myJICA dan mendaftarkan

mereka menjadi ahli. Mereka diberi “News Letter “ terbaru myJICA dan

Page 6: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

6 / 26

risalah mengenai aktiviti-aktiviti myJICA. Majlis taklimat bermula jam

0930 pagi hingga 11.00 pagi.

Daripada 15 Mac 2014 sehingga 03 Mac 2015, terdapat sejumlah 11 sesi

taklimat telah diadakan. Sejumlah 83 orang peserta (82 ahli baru & 1

ahli lama) yang berkhidmat daripada pelbagai sektor dan agensi

Kerajaan telah menghadiri sesi taklimat ini. Berikut adalah pecahan

mengikut tarikh :-

Bil Tarikh Ahli

1. 02 Mei 2014 3 baru

2. 19 Mei 2014 6 baru

3. 27 Mei 2014 7 baru

1 lama

4. 30 Jun 2014 9 baru

5. 15 Ogos 2014 13 baru

6. 15 September 2014 12 baru

7. 25 September 2014 7 baru

8. 18 November 2014 3 baru

9. 18 Disember 2014 5 baru

10. 12 Januari 2015 5 baru

11. 26 Januari 2015 12 baru

JUMLAH 83 (82 baru & 1

lama)

Page 7: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

7 / 26

Peserta-peserta yang menghadiri kursus di Jepun ini diharapkan telah

mendapat pengetahuan yang baru serta menambah pengalaman yang

berguna seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada

penambahbaikan negara atau setidak-tidaknya menyumbang kepada

nilai tambah di tempat kerja dan pada diri masing-masing. Peserta-

peserta ini juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman dan

pengetahuan yang diperolehi sepanjang berkursus dengan ahli-ahli

myJICA yang lain.

5. Portal myJICA.org

Portal myJICA yang baru sedang dibangunkan dan dilancarkan semasa

Majlis Makan Malam myJICA yang diadakan pada 8 Mac 2015 jam 8.00

malam bertempat di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Negara (NIOSH), Bandar Baru Bangi.

6. Buletin

Buletin myJICA telah diterbitkan sebanyak 2 siri dan sejumlah 500

naskah telah dicetak untuk diedarkan kepada pegawai-pegawai yang

akan berlepas ke Jepun bagi mengikuti kursus di bawah tajaan JICA.

Buletin 1 myJICA telah diedarkan. Buletin 2 myJICA diterbitkan dan

diedarkan semasa Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) myJICA pada 8

Mac 2015.

Page 8: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

8 / 26

7. Kejohanan Golf Tahunan myJICA

Buat pertama kalinya myJICA menganjurkan Kejohanan Golf Tahunan

pada 31 Mei 2014. Pertandingan berlangsung di Bangi Golf Resort,

Bandar Baru Bangi. Seramai 20 peserta yang terdiri daripada pelbagai

profesion telah berentap dengan penuh harmoni dan persahabatan.

Kejohanan Golf ini dirasmikan oleh Naib Presiden 2 myJICA, Puan

Jaiyah Shahbudin. Sesi Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutup

disempurnakan oleh Tuan Presiden YBrs Tuan Ir. Haji Shaiful Azhar b.

Mohd Said. Sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan dan

para peserta telah mencadangkan kejohanan Golf ini diadakan setiap

tahun.

Page 9: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

9 / 26

8. Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 17 Julai 2014 bertempat di

Corus Hotel, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh Exco-Exco

myJICA dan Ms Miura Yoshiko, wakil JICA Malaysia.

9. Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada 9 Ogos 2014

di kediaman Presiden. Majlis telah dihadiri oleh Exco-Exco myJICA.

Page 10: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

10 / 26

10. Kelas Bahasa Jepun

Kelas Bahasa Jepun bertujuan untuk meningkatkan interaksi sosial

dikalangan rakyat Malaysia dan rakyat Jepun serta meningkatkan

persefahaman diantara kedua-dua pihak. Kelas berkenaan telah

dijalankan dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong

Bumiputra (BTGA) dan Professional Tourism Academy and

Management. (PROTAM). Kursus berkenaan terbuka kepada ahli

myJICA dan juga kepada sesiapa yang berminat untuk belajar Bahasa

Jepun. Kursus telah dimulakan pada 23 Ogos 2014.

Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus berkenaan. Sebanyak 11

kelas telah dilaksanakan sehingga 1 November 2014. Walau

bagaimanapun kelas berkenaan terpaksa dihentikan pada 8

November 2014 disebabkan guru Bahasa Jepun sebuk dengan

komitmen lain dan tidak dapat meneruskan kelas berkenaan.

Sehingga kini, pihak PROTAM masih mencari guru Bahasa Jepun yang

sesuai untuk meneruskan kelas berkenaan.

Page 11: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

11 / 26

11. Program Ceramah Keselamatan dan Kesihatan untuk Pelajar-

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint

8(1), Presint 8, Putrajaya anjuran myJICA dengan kerjasama

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),

Putrajaya

Tarikh : 29 Oktober 2014 Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1),

Presint 8, Putrajaya

Program ini telah dilaksanakan pada hari rabu, 29 Oktober 2014 bermula dari

jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi. Seramai 850 pelajar-pelajar dan 20

orang guru-guru telah menyertai program ini. Ucapan pembukaan oleh

Penolong Pengetua dan ucapan perasmian program oleh Pengerusi myJICA,

iaitu Tuan Haji Shaiful Azhar Mohd Said.

Program telah dibahagi kepada 2 sesi dimana sesi pertama berupa ceramah

tentang keselamatan dan kebersihan pekerjaan oleh Presiden myJICA yang

juga Pengarah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,

Putrajaya.

Sesi kedua pula adalah demo dan penerangan berkenaan keselamatan

penggunaan tong gas masak oleh Petronas. Ianya juga diikuti dengan soal

jawab berbentuk kuiz bersama Petronas dimana pemenang diberi

hadiah/cenderahati.

Program ditamatkan pada jam 11.30 pagi dimana acara penyampaian

cenderahati oleh pihak sekolah kepada mereka-mereka yang terlibat telah

dijalankan.

Setelah tamat program, pihak sekolah dan myJICA telah mengadakan satu

sesi perbincangan berkenaan cadangan pihak Jabatan Keselamatan dan

Kebersihan Pekerjaan, Putrajaya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai

projek perintis Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Putrajaya.

Page 12: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

12 / 26

12. Sesi Percambahan Fikiran untuk penghasilan Buku 25 Tahun myJICA

Page 13: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

13 / 26

Sesi percambahan fkiran untuk penghasilan Buku 25 tahun myJICA

telah diadakan pada 20 Disember 2014 di The Guest Hotel Resort &

Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sesi ini telah dihadiri oleh Exco-

Exco myJICA.

Penghasilan buku ini merupakan inisiatif myJICA bagi merekodkan

maklumat berkenaan myJICA dan segala aktiviti-aktiviti yang telah

dijalankan oleh myJICA sejak penubuhan myJICA pada tahun 1988

sehingga 2013.

Buku 25 Tahun myJICA ini akan dilancarkan semasa Majlis Makan

Malam myJICA pada 8 Mac 2015.

Page 14: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

14 / 26

13. Majlis Networking bersama Mr. Matsumoto Kojiro, Chief Representative JICA Malaysia

Majlis Networking bersama Mr. Matsumoto Kojiro, Chief

Representative JICA Malaysia telah diadakan pada 24 Januari 2015 di

De Palma Hotel Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bagi menyambut Chief Representative yang baru

bertugas di pejabat JICA Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh barisan

exco myJICA. Turut hadir, Ms Miura Yoshiko, wakil JICA Malaysia.

Page 15: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

15 / 26

14. Malaysian & Japanese Culinary Cultural Food Industry

Networking Session

Program ini telah diadakan pada 28 Januari 2015 bertempat di Hotel

Hilton, Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh pihak Ministry of

Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan dengan kerjasama JICA.

Wakil myJICA yang hadir dalam program ini termasuklah En.Norazizul

b. Abd. Aziz, Naib Presiden 1 dan Pn Jaiyah Shahbudin, Naib Presiden.

Naib Presiden 1 telah menyampaikan ucapan bagi mewakili pihak myJICA & JICA. Sambutan dari peserta yang hadir amatlah menggalakkan. Di akhir program, para peserta telah dijamu dengan makanan Jepun.

Kenyataan akhbar yang disediakan oleh pihak penganjur

Page 16: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

16 / 26

15. Kejohanan Bowling

Kejohanan myJICA Friendly Game Bowling telah diadakan pada 30

Januari 2015 bertempat di ARL Bowl Alamanda Putrajaya. Seramai 47

orang pemain yang mewakili MAMPU, DOSH, JKR Tumpat, Puspanita

ROS, PAMAJA, Pejabat Kedutaan Jepun di Malaysia dan JICA Malaysia

menyertai kejohanan ini. myJICA merakamkan ucapan terima kasih

kepada pihak Minhakim Travel Sdn. Bhd. yang telah menaja banner

dan lane untuk kejohanan ini.

Pemenang-pemenang bowling adalah seperti berikut:- Wanita Johan : S.Norlela (MAMPU) Naib Johan : Norizan (MAMPU) Tempatke-3: Khairussaadah (MAMPU)

Lelaki Johan : Faisa (MAMPU) Naib Johan:Mohd. Iqbal (MAMPU) Tempat ke-3 :Syafiq Saadon (MAMPU)

Pemenang-pemenang telah menerima hadiah wang tunai berjumlah

RM 100 (Johan), RM 75 (Naib Johan) dan RM 50 (Tempat Ke-3) untuk

kategori lelaki dan wanita. Cabutan bertuah juga turut diadakan

untuk peserta-peserta yang hadir.

Kejohanan ini telah dirasmikan dengan “balingan pertama” oleh

Mr.Matsumoto Kojiro, Chief Representative JICA Malaysia.

Page 17: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

17 / 26

\

Page 18: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

18 / 26

16. Program Melati Culture Discovery in Japan 2015 anjuran Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor dengan kerjasama myJICA

Tarikh : 29 Januari 2015 hingga 5 Februari 2015.

Tempat : Gifu Prefecture dan Tokyo Metropolitan, Jepun.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya daripada 29 Januari

2015 hingga 5 Februari 2015. Seramai 20 peserta terdiri daripada 15

pelajar-pelajar UiTM dari pelbagai fakulti dan 5 orang pegawai dan

kakitangan pengurusan UiTM. Program ini telah mendapat kerjasama

yang baik daripada rakan sekutu myJICA di Jepun iaitu sebuah

organisasi yang diberi nama GIFU WORLD YOUTH (GWY), Gifu, Japan.

Organisasi ini telah lama menjalinkan persahabatan dengan myJICA

dan program ini adalah ulang tahun yang ke 10 bersama GWY.

Program di bahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa pertama di Ogaki City,

Gifu:

1.Lawatan ke 2 buah Muzium iaitu Gifu City Museum of History dan

Okunohosomichi Basho’s Memorial Museum.

2.’Homestay’ bersama keluarga angkat Jepun.

3.Lawatan ke 2 buah sekolah iaitu Nakagawa Elementary School dan

Sogo-Gakuen Senior High School.

4.Lawatan ke sebuah kolej Universiti iaitu Ogaki Women’s Collage

University.

5.Kunjungan hormat ke Datuk Bandar Ogaki city.

6.Pertunjukan kebudayaan di sekolah dan semasa Jamuan Perpisahan.

7.Jamuan perpisahan/kebudayaan Malaysia.

8.Pengalaman menaiki Keretapi Laju : Shinkansen (Bullet Train ).

Fasa kedua di Tokyo Metropolitan :

1.Lawatan ke bandar-bandar seperti Ueno, Akihabara, Shinjuku d.l.l

2.Lawatan ke Masjid Tokyo di Yoyogi Uehara.

3.Lawatan ke pusat peranginan Disneyland Resort.

4.Pengalaman menggunakan pengangkutan awam di Bandaraya

Metropolitan Tokyo.

Program ini juga telah mendapat liputan akhbar di Gifu.

Kesimpulannya, program ini sedikit sebanyak telah dapat memberi

pengetahuan dan pengajaran yang berguna kepada peserta-peserta.

Page 19: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

19 / 26

Aktiviti Program

Page 20: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

20 / 26

Page 21: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

21 / 26

Keratan Akhbar

Page 22: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

22 / 26

17. Japanese Language and Mini Cultural Day di SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya dan myJICA

Tarikh : 25 Februari 2015.

Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya

Presint 8(1), Putrajaya.

Program Japanese Language and Mini Cultural Day ini telah

dilaksanakan dengan jayanya pada hari rabu, 25 Februari 2015.

Program yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah dirasmikan

oleh Pn Miura Yoshiko dari pejabat JICA, Kuala Lumpur. Tn. Hj. Ir.

Saiful Azhar Mohd Said, Presiden, En. Norazizul Abd. Aziz, Naib

Presiden 1 dan En. Sabaruddin Exco myJICA turut hadir. Seramai 800

pelajar-pelajar dan lebih 12 orang guru telah hadir di dalam program

ini.

Tenaga pengajar adalah daripada My Aikido Dojo, Selangor manakala

bagi Kimono, masakan makanan Jepun dan tarian Bon Odori adalah

terdiri daripada sukarelawan Jepun sendiri.

Program yang dijalankan adalah:

Aikido Demo.

Ini adalah salah satu seni mempertahankan diri Jepun yang telah

lama diamalkan malah salah satu seni mempertahankan diri yang

masyur di seluruh dunia. Demo telah dijalankan oleh ahli-ahli My

Aikido Dojo, Selangor.

Kimono Demo.

Kimono adalah pakaian tradisi Jepun yang sangat popular diseluruh

dunia. Cara pemakaian dan jenis-jenis kimono telah ditunjuk ajar olen

Puan Ineko Machida yang berasal dari Nagano, Jepun. Beberapa

orang pelajar telah menjadi model memakai dan menggayakan

pakaian kimono ini.

Masakan Jepun : Tempura

Page 23: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

23 / 26

Tempura juga adalah makanan Jepun yang popular dikalangan

rakyat Malaysia. Sukarelawan Jepun iaitu Puan Kaoru Miyazaki, Puan

Etuko Hirooka dan Puan Akiyo Imai telah menunjukan kemahiran

mereka memasak tempura. Guru dan beberapa pelajar juga telah

mencuba untuk memasak tempura ini.

Tarian Bon Odori

Tarian Bon Odori yang sering dilakukan di Jepun dan beberapa

negara di dunia telah ditunjukan sempena program kali ini. Ianya

diketuai oleh sukarelawan Jepun iaitu Puan Ineko Machida. Hampir

keseluruhan peserta telah bersama-sama menyertai tarian tersebut.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada

peserta-peserta yang menjadi tenaga pengajar bagi program kali ini.

Page 24: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

24 / 26

Page 25: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

25 / 26

18. Outreach Program

Outreach Program ini telah diadakan pada 1 Mac 2015 di pejabat

DOSH Perak. myJICA merakamkan ucapan terima kasih kepada Ir.

Hj.Dasuki b. Mohd Heak, Pengarah DOSH negeri Perak kerana telah

memberikan kebenaran menggunakan kemudahan bilik dan peralatan

untuk outreach program yang diadakan.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 19 alumni dari myJICA

termasuklah yang mewakili agensi seperti Majlis Perbandaran

Manjung, JKR Cawangan Kejuruteraan Negeri Perak, Institut Latihan

Perindustrian Perak (ILP), DOSH Terengganu, DOSH Sandakan,

DOSH Pulau Pinang, DOSH Putrajaya dan lain-lain. Antara pengisian

program termasuklah ucapan aluan dari Presiden myJICA, taklimat

mengenai myJICA oleh Naib Presiden 1 myJICA dan sesi soal jawab.

Page 26: LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015 TUJUAN Laporan ini

26 / 26

19. Sarawak Chapter

Ahli-ahli myJICA Sarawak Chapter telah mengadakan sesi perjumpaan

khas pada 28 Februari 2015 di Kuching, Sarawak bagi membincangkan

perancangan aktiviti-aktiviti myJICA di Sarawak bagi tahun 2015.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan termasuklah:-

(i) Perjumpaan myJICA Sarawak Chapter bersempena sambutan

Hari Raya Aidil Fitri pada bulan Ogos 2015

(ii) Projek Community Education Awareness di Pulau Bruit, Sarawak

pada bulan September 2015

Aktiviti-aktiviti ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam

Mesyuarat Exco yang akan datang.

20. Sabah Chapter

Buat masa ini, belum ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Sabah

Chapter. Ahli-ahli myJICA dari Sabah Chapter sedang dikenal pasti,

dikumpulkan dan diselaraskan.

Perjumpaan khas di kalangan ahli-ahli myJICA Sabah Chapter akan

diadakan dalam tahun 2015 ini untuk membincangkan aktiviti-aktiviti

yang boleh dilaksanakan.

21. OSH Awareness-Pelancaran Guideline on Safe Use of Power Press Machine-OSH