4
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : FAREEZ BIN HAMDAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SEK. KEB. YAACOB LATIF 1 NAMA PROJEK : PROJEK BISKUT RAYA HONEY CORNFLAKES TEMPOH PELAKSANAAN : 23 JULAI 2014 OBJEKTIF: 1. Menyediakan satu platform untuk murid bekeperluan khas mempelajari kemahiran-kemahiran untuk meneruskan kehidupan. 2. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah. 3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. 4. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah. 5. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Mencari bahan dan peralatan untuk membuat biskut raya honey cornflakes di laman sesawang. 2. Menyediakan bahan dan peralatan untuk membuat biskut raya honey cornflakes. 3. Menghias balang untuk meletakkan biskut raya.

Laporan Biskut Raya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIPNAMA PELAJAR: FAREEZ BIN HAMDANPROGRAM: PISMP SEM 8NAMA SEKOLAH: SEK. KEB. YAACOB LATIF 1NAMA PROJEK: PROJEK BISKUT RAYA HONEY CORNFLAKESTEMPOH PELAKSANAAN: 23 JULAI 2014

OBJEKTIF: 1. Menyediakan satu platform untuk murid bekeperluan khas mempelajari kemahiran-kemahiran untuk meneruskan kehidupan.2. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.4. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.5. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Mencari bahan dan peralatan untuk membuat biskut raya honey cornflakes di laman sesawang.2. Menyediakan bahan dan peralatan untuk membuat biskut raya honey cornflakes.3. Menghias balang untuk meletakkan biskut raya.4. Membuat biskut raya honey cornflakes.5. Memberikan murid PPKI biskut raya honey cornflakes.6. Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

REFLEKSI:KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI1. Murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1) telah melibatkan diri dengan aktif dan memberi komitmen yang baik kepada guru pelatih sepanjang menyiapkan projek biskut honey cornflakes ini.2. Kerjasama antara pihak pentadbir dan guru pelatih yang lain sepanjang menjalankan projek ini amat memberangsangkan. 3. Guru-guru pelatih telah memberikan sumbangan kepada tabung PPKI hasil daripada jualan biskut honey cornflakes tersebut. 4. Guru-guru pelatih juga telah memberikan biskut honey cornflakes ini kepada murid-murid PPKI sebagai biskut raya mereka.5. Projek ini juga dapat menerapkan nilai keusahawaan dalam kalangan murid-murid PPKI kerana mereka berjaya menjual kesemua biskut honey cornflakes dengan bantuan guru pelatih.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI1. Salah satu kelemahan dalam melaksanakan projek ini adalah memerlukan modal yang besar. Walaubagaimanapun kami berusaha untuk meneruskan projek ini menggunakan duit kami dahulu. 2. Tempoh masa penglibatan murid-murid untuk melibatkan diri dalam projek ini adalah singkat kerana murid-murid mengikut waktu Kemahiran Hidup dalam jadual mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada waktu bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya tergangu atau terlewat. 3. Selain itu, kekurangan bahan sewaktu pelaksanaan projek ini telah mengganggu kelancaran projek ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:1. Bagi mengatasi kelemahan dari segi modal yang besar, kami perlu berusaha mendapatkan sedikit dana daripada pihak luar bagi menampung kos perbelanjaan projek ini. 2. Tempoh masa penglibatan murid yang singkat dapat dielakkan sekiranya projek ini dijalankan selama dua hari atau tiga hari. 3. Di samping itu, bagi mengelakkan kekurangan bahan sewaktu pelaksanaan projek ini, kami perlu memeriksa keperluan dan keadaan bahan serta peralatan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum menjalankan projek ini.

KESIMPULANKami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk melaksanakan projek ini pada masa hadapan. Hal ini kerana penganjuran projek ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan bahawa jika dibuka pada murid tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah. Melalui projek ini juga, saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga bersama-sama dengan murid-murid PPKI sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dengan sebaik mungkin pada masa hadapan.

Disediakan oleh,

.......................................... (FAREEZ BIN HAMDAN) Guru Pelatih,PISMP Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.