5
Tanggal November merupakan hari yang menggamit memori setiap ahli keluarga “Wow”. Pada semester 4 ini, bagi matapelajaran BMM 3043 E iaitu Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, pensyarah kami iaitu Encik Muhaimi Bin Suhaili telah merangka satu aktiviti luar bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi aura kefahaman kami tentang isi pelajaran pada semester ini yang berunsurkan penerokaan iaitu “Kembara Bahasa”. Oleh itu, detik ini bermula dengan perbincangan bersama ahli keluarga “Wow”. Berdasarkan perbincangan tersebut, terdapat tugasan- tugasan bagi setiap kumpulan yang perlu kami jayakan semasa kembara tersebut. Selain itu, kami memutuskan beberapa tempat sekitar Kuching sebagai stesen untuk menjalankan “Kembara Bahasa” ini. Lantaran itu, kumpulan kami yang diberi nama “Futuristik” mendapat tugasan di bawah tajuk Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kami berasa sangat bertuah kerana tempat yang ditetapkan untuk kami ialah di sebuah kompleks membeli-belah yang terkenal di sekitar Kuching iaitu “Plaza Merdeka” dan kami merupakan stesen terakhir yang perlu dijejaki. Bagi merangka tugasan tersebut, kami mengadakan beberapa perjumpaan bersama ahli keluarga “Futuristik”. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Akhirnya, detik yang dinanti iaitu “Kembara Bahasa” pun tiba. Bandaraya Kuching menjadi

Laporan Futuristik (Stesen 6)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Program BMM

Citation preview

Tanggal November merupakan hari yang menggamit memori setiap ahli keluarga Wow. Pada semester 4 ini, bagi matapelajaran BMM 3043 E iaitu Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, pensyarah kami iaitu Encik Muhaimi Bin Suhaili telah merangka satu aktiviti luar bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi aura kefahaman kami tentang isi pelajaran pada semester ini yang berunsurkan penerokaan iaitu Kembara Bahasa.

Oleh itu, detik ini bermula dengan perbincangan bersama ahli keluarga Wow. Berdasarkan perbincangan tersebut, terdapat tugasan-tugasan bagi setiap kumpulan yang perlu kami jayakan semasa kembara tersebut. Selain itu, kami memutuskan beberapa tempat sekitar Kuching sebagai stesen untuk menjalankan Kembara Bahasa ini. Lantaran itu, kumpulan kami yang diberi nama Futuristik mendapat tugasan di bawah tajuk Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kami berasa sangat bertuah kerana tempat yang ditetapkan untuk kami ialah di sebuah kompleks membeli-belah yang terkenal di sekitar Kuching iaitu Plaza Merdeka dan kami merupakan stesen terakhir yang perlu dijejaki. Bagi merangka tugasan tersebut, kami mengadakan beberapa perjumpaan bersama ahli keluarga Futuristik.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Akhirnya, detik yang dinanti iaitu Kembara Bahasa pun tiba. Bandaraya Kuching menjadi saksi penerokaan kami. Penerokaan bermula dengan menjejaki beberapa stesen yang terhidang dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Memandangkan kumpulan kami menjalankan aktiviti di stesen yang terakhir, kami terpaksa menjalankan aktiviti setelah malam menjengah. Selain itu, kami juga terpaksa mengubah tempat untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang iaitu dari Plaza Merdeka ke Waterfront Kuching. Ini dilakukan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Namun, rasa bersyukur tetap dirasai ahli keluarga Futuristik kerana aktiviti kami iaitu di bawah tajuk Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Secara umumnya, aktiviti yang kami laksanakan melibatkan kemahiran imlak, ejaan dan mengarang.

Aktiviti kami bermula dengan penyerahan satu sampul kepada setiap kumpulan yang mengandungi tugasan yang perlu diselesaikan. Tugasan pertama, setiap kumpulan perlu meneka benda berdasarkan gambar yang diberikan. Setiap kumpulan diberi gambar yang berbeza-beza. Contohnya seperti Rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : Teka gambarPada malam itu, setiap kumpulan berjaya meneka gambar yang diberikan. Tugasan pertama ini sebenarnya berlaku perubahan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada mulanya, tugasan pertama ini melibatkan setiap kumpulan pergi ke pasar raya Giant yang terdapat di dalam Plaza Merdeka untuk membeli barang yang sama seperti dalam gambar yang diberikan dengan berbekalkan wang RM 3.00 yang disediakan oleh kumpulan kami. Namun, kita hanya merancang Tuhan juga yang menentukan, aktiviti ini terpaksa dibatalkan. Walaupun terpaksa mengubah aktiviti ini, namun ahli keluarga Futuristik tetap meneruskan perjuangan. Dalam tugasan ini setiap kumpulan berjaya meneka gambar yang disediakan dengan tepat.

Tugasan kedua pula ialah melibatkan kemahiran imlak dan ejaan, iaitu semua ahli kumpulan menyebut secara beramai-ramai gambar yang telah mereka teka. Dengan jawapan yang diberikan, salah seorang daripada kumpulan kami menyebut kembali perkataan tersebut dan meminta setiap kumpulan menulis nama makanan atau minuman tersebut dengan tepat (Rajah 2). Dalam tugasan ini juga setiap kumpulan berjaya melaksanakannya dengan baik.

Rajah 2 : Imlak (menulis nama makanan)

Seterusnya, tugasan ketiga memfokuskan kemahiran mengarang. Dalam tugasan ini setiap kumpulan diminta untuk membina ayat mudah berdasarkan nama makanan atau minuman yang mereka perolehi. Terdapat pelbagai ayat yang kami temui. Setiap kumpulan menunjukkan kreativiti mereka dalam membina ayat mudah dengan sangat baik. Rajah 3 merujuk kepada contoh ayat mudah yang dicipta oleh kumpulan Eureka.

.

Rajah 3 : Mengarang (menulis ayat mudah)

Setelah selesai tugasan ketiga ini, misi ahli keluarga Futuristik tercapai dan seterusnya misi penerokaan ahli keluarga Wow juga berakhir di stesen yang terakhir ini. Konklusinya, aktiviti yang kami laksanakan dapat mencapai objektif sebenar penerokaan ini kerana mampu meningkatkan pelbagai kemahiran kepada murid di sekolah kelak. Jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga Wow atas kerjasama sepanjang aktiviti di stesen ahli keluarga Futuristik yang berteraskan kepada laungan tersirat Futuristik, Futuristik, Bombastik..!NadiahMY