LAPORAN KURSUS KHIDMAT SOSIAL.docx

  • Upload
    arasu

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

LAPORAN KURSUS KHIDMAT SOSIAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI BUNTONGPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Semester :5/2013Tarikh : 7.9.2013Tempat : Rumah Kebajikan Ihsan Kanak-kanak , Arutperum Jothy,Buntong.Hari : SabtuMasa : 9.30 pagi hingga 1.30 petangSasaran :Kumpulan PPG - BT 1 & 2 Anjuran :Biro PPG & IPG

Kursus Khidmat Sosial anjuran PPG Pengajian BT 1 dan 2 bagi semester lima telah diadakan di Rumah Kebajikan Ihsan Kanak-kanak , Arutperum Jothy, di Buntong. Rumah Kebajikan Ihsan Kanak-Kanak Arutperum Jothy merupakan satu pusat jagaan kanak-kanak yatim .

Kursus Khidmat Sosial ini diadakan pada 7.9.2013 hari Sabtu. Kursus Khidmat Sosial ini disertai dengan 41 orang peserta PPG BT 1 dan 2. Program Kursus Khidmat Sosial dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Semua peserta kursus sudah tiba di Rumah Kebajikan Ihsan Kanak-Kanak Arutperum Jothy pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan peserta peserta Kursus ini di sambut dengan mesra oleh Penyelaras Rumah Kebajikan Ihsan Kanak-Kanak Arutperum Jothy iaitu En. Swamiji Baba. Kami juga dilayan dengan hormat oleh pembantu-pembantu di Rumah tersebut. Seramai 41 orang kanak-kanak yang sedia menanti kehadiran peserta- peserta kursus mengalu-alukan peserta dengan ucapan selamat pagi.

Program Khidmat Sosial dimulakan dengan pendaftaran peserta. Pada pukul 10.00 En.Swamiji Pengusaha Rumah Kebajikan Arutperum Jothy berucap. Setelah beliau berucap secara rasminya kami memulakan aktiviti yang telah dirancangkan.Program Kursus Khidmat Sosial ini dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka ini dimulakan pada pukul 10.30 pagi. Ia dikendalikan oleh peserta peserta BT01 & BT 02. Untuk mengeratkan perrhubungan yang lebih erat , peserta kursus membahagikan semua kanak- kanak kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan pula diadakan dengan pelbagai permainan mengikut stesyen. Kedua-dua kumpulan ini dibantu oleh peserta-peserta ppg. Kanak-kanak disini mula bergiat aktif melibatkan diri dalam aktiviti permainan. Suasana riang dan gembira membuat semua kanak-kanak seronok bermain bersama peserta ppg. Kanak-kanak juga tidak takut untuk memberanikan diri menunjukkan kebolehan sedia ada mereka. Aktiviti sukaneka yang berlangsung sehingga 12.30 tengah hari nyata dapat mengembirakan kanak-kanak.

Pada pukul 1.00 tengah hari, Program khidmat sosial diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Penyelaras Rumah kebajikan, anak-anak yatim, dan Pensyarah IPG Ipoh. Cenderahati yang diberikan merupakan tanda ikhlas daripada peserta-peserta kursus khidmat sosial. Seterusnya, ucapan penutupan diberi oleh pengerusi Khidmat sosial En. Ganesan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penyelaras Rumah Kebajikan Ihsan Kanak-Kanak Arutperum Jothy yang sudi membenarkan peserta ppg melaksanakan program khidmat sosial . Di samping itu juga, peserta peserta dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak di situ.

Sesi fotografi bersama kanak-kanak juga diambil sebagai tanda kenangan . Kursus ini tamat dengan jaya pada pukul 1.30 petang. Makanan tengahari disediakan untuk semua kanak-kanak beserta peserta ppg. Peserta kursus dapat menikmati makanan bersama kanak- kanak.

GAMBAR KURSUS KHIDMAT SOSIAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI BUNTONGPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU