Upload
hathuy
View
237
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Penyelidikan di makmal.
12
Pembelajaran BerteraskanAkademia Baru
Akademia Baru merupakan satu kerangkabaru yang membawa dimensi dan
penyegaran kepada penghayatan ilmudalam bentuk yang bersepadu, lebih dinamikdan berimpak. Ia membolehkan mahasiswa
mempelajari sesuatu secara lebihmenyeluruh agar dapat mengaplikasikan
ilmu secara lebih bermakna dan berhikmah.
Aktiviti penyelidikan dan pembelajaran mahasiswa.
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Pembelajaran BerteraskanAkademia Baru
Dalam membolehkan UTM mendapat tempat
dan reputasi dalam kalangan calon mahasiswa, warga
akademia, dan pihak industri, usaha membangunkan
konsep dan kerangka ,Akademia Baru, sebagai inisiatif
inovatif dari segi pedagogi dan pengajian di UTM telah
dilaksanakan. Konsep Akademia Baru ini adalah
berkaitan dengan konsep memajukan ilmu dalam bentuk
yang bersepadu, berpaksi manfaat langsung, lebih
dinamik yang tidak terlalu bergantung pada paradigma,akademik, yang konvensional.
Antara kaedah penghayatan ilmu yang digunakan dalam
kerangka Akademia Baru dalam usaha mempelbagaikan
metodologi pengajian untuk menampung kekangan
ruang, mengoptimumkan sumber dengan menyediakan
mod yang sesuai dengan generasi celik IT, menggalakkan
semangat dan minda keusahwanan (entrepreneurial
thinking), kerangka interdisciplinary, dan seterusnya
bercitra global adalah seperti berikut:
Kursus Service Learning (SL) Berkredit
Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat
Komuniti Berkredit (Service Learning) pada Mac 2011
dan menjadi ,champion, dalam kalangan IPTA yang
menjayakan SL Berkredit kepada komuniti, yang antara
lainnya bertujuan seperti berikut:
ª Membantu menyelesaikan masalah sosio-ekonomimasyarakat.
ª Menyalurkan kepakaran/kemahiran mahasiswaUniversiti untuk meningkatkan taraf hidupmasyarakat.
ª Mahasiswa dan masyarakat bekerjasama dalampelbagai bidang ke arah keharmonian dankesejahteraan hidup.
Kursus Service Learning UTM dan Khidmat Komuniti
menampilkan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang mampu meningkatkan kualiti mahasiswa menerusi
penglibatan dalam pelbagai program kemasyarakatan.
Tiga program rintis telah dilaksanakan pada tahun 2011
adalah seperti berikut:
ª Program komuniti Taman Damai Jaya - ,Cinta
Tamanku,, kolaborasi dengan Pihak Berkuasa
Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis
Perbandaran Johor Bahru (MPJB);
ª Program Motivasi dan Pendidikan, kolaborasi dengan
Kg Sejagong, komuniti Seri Medan;
ª Kolaborasi di antara Universitas Gadjah Mada,
Yogyakarta dan Universitas Andalas, Padang.
Suasana Pembelajaran yang Stimulatif, Entrepreneurial dan Berkualiti
14
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Lain-lain program UTM dan Khidmat Komuniti yang
telah dijalankan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:
ª Program ,Sustainable and Greening, Hutan Bandar
dan Taman Tasik Merdeka.
ª Projek Pengantarabangsaan di Kemboja, kolaborasi
bersama ,Action Caring Team, (ACT).
ª Program Memperkasakan Sains & Matematik di Sek.
Men. Keb. Pasir Gudang 1 dan SMK Johor Jaya 2.
ª Program Membudayakan Komuniti dan Peniaga
ICT, Kolej Komuniti Pasir Gudang, kolaborasi
bersama Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi,
Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Pasir
Gudang dan UMNO Pasir Gudang.ª Hari Inovasi Sains Matematik dan Teknologi.
Antara program UTM dan Khidmat Komuniti yangtelah dirancangkan untuk masa akan datangadalah seperti berikut:
ª Kolaborasi bersama Unit Perancang Ekonomi NegeriJohor (UPEN).
ª Projek rintis ,Fibreglass Boat ManufacturingTechnology,, di daerah Kota Tinggi.
ª Program Sains, Matematik dan ICT di daerah Muar;ª Kolaborasi bersama Lembaga Perindustrian
Nanas Malaysia.
ª Projek Lanskap Terminal Bas.
15
Program ,Sustainable and Greening
, Taman Tasik Merdeka, Johor Bahru.
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Senarai Program Summer School tahun 2011.
16-27 Mei13-20 Jun
16-29 Jun
14-27 Julai
4-15 Julai
1-15 Julai
4-22 Julai
4-22 Julai21-29 Julai
Tarikh
Explore Johor, Learn EnglishUrban Design & Conservation-
Malaysia Heritage walk &Town Trail
Scientific Study
Intensive English Course
Sustainable Technologies forAgro-Waste Management(new course)
Rural Community and Culture
Construction Managementand Practice forProfessionals
Explore Johor, Learn EnglishUrban Design & Conservation-
Malaysia Heritage walk &Town Trail
Kursus
Mahasarakham Univ. ThailandMahasarakham University,Thailand (16)UTM (9)
ENU Gumilyov, Kazakhstan
International Academyof Business, Kazakhstan
Prince Songkhla Univ. Thailand (25)UTM (10)
Universitas Diponegoro,Indonesia (9)University of Liverpool (3)UTM (5)Institut Teknologi SepuluhNopember, Indonesia (5)UTM (15)Konyang University, Korea (22)National Civil EngineeringUniversity of Vietnam (27)UTM (8)
20
25
3
12
35
17
20
22
35
Fakulti/PusatKecemerlangan (Coe) Universiti terlibat Jumlah
penyertaan
Jumlah Keseluruhan 189
Program Summer School
Dalam memantapkan pengalaman pembelajaran dan
pengajaran, universiti telah memperkenalkan Program
Summer School di bawah pengurusan UTMSPACE.
Program tiga minggu ini menawarkan beberapa kursus
yang menarik, dengan mengaplikasikan perkara-
perkara berkaitan persekitaran, komuniti tempatan,
warisan dan tradisi. Kursus-kursus ini menggabungkan
teori dan amalan, dengan budaya tempatan dan aktiviti
sosial. Program Summer School ini mewujudkan
perkongsian dua hala di mana peserta bertukar
idea, berkongsi pengalaman, mencari ilmu baru, dan
membuat jaringan.
16
UTMSPACE
Alam Bina
Biosains& BiokejuruteraanUTMSPACE
Kejuruteraan Kimia
Alam Bina
Kejuruteraan Awam
UTMSPACE
Alam Bina
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
17
Inisiatif ini adalah selaras dengan dasar
pengantarabangsaan UTM untuk memberi
pengalaman antarabangsa kepada mahasiswa agar
mereka berfikiran kritis dan global khususnya dalam
berdepan dalam ekonomi dunia hari ini.
Mahasiswa yang berjaya menamatkan program ini
perlu membentangkan pengalamannya dalam
Seminar Global Outreach yang diadakan setiap
tahun untuk dimanafaatkan dan dikongsi bersama
mahasiswa lain.
Lima orang mahasiswa telah dihantar ke Universiti Harvard,
Amerika Syarikat bagi mengikuti program summer school
selama lapan minggu. Program di Universiti Harvard ini
adalah sebagai langkah dalam memberi pendedahan
kepada mahasiswa terhadap persekitaran antarabangsa,
supaya mempunyai lebih keyakinan diri, meluaskan jaringan
antarabangsa dan seterusnya meningkatkan program
pengantarabangsaan UTM.
Mahasiswa yang terpilih telah menjalani saringan melalui
penulisan esei dan temubual. Mahasiswa tersebut
mengambil empat kredit mata pelajaran mengikut bidang
masing-masing.
Program Harvard Summer School
Peserta program Harvard Summer School bersama Datuk Naib Canselor.
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
18
Bagi memberi nilai tambah terhadap keupayaan
graduan UTM, kajian kes yang disediakan oleh Harvard
Business School (HBS) telah diperkenalkan. Program
ini melibatkan semua mahasiswa UTM di semua
peringkat pengajian dan dilaksanakan pada setiap
semester. Kaedah yang diperkenalkan dalam program
ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada
mahasiswa terhadap pelbagai perspektif berkaitan
dengan bidang pengajian masing-masing. Melalui
kajian kes HBS, para mahasiswa akan didedahkan
dengan situasi sebenar dalam industri berkaitan selain
turut terlibat dalam menyelesaikan masalah dalam
syarikat-syarikat besar dan ternama.
Pihak pengurusan UTM telah bekerjasama dengan
HBS Alumni Club of Malaysia untuk mengundang
beberapa orang profesor dari HBS untuk melatih lebih
ramai pensyarah UTM mengendalikan kajian kes HBS.
Kajian Kes Harvard Business School
Penyertaan mahasiswa dalam program Harvard Summer School.
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
19
5 Excellent Track Program (5ETP)
5ETP adalah satu program elit dan unik yang julung-julung
kali diperkenalkan di UTM selaras dengan Pelan Transformasi
Mahasiswa UTM. Program ini direka bentuk khas bertujuan
untuk memperkembangkan bakat, minat, kompetensi dan
daya kreativiti mahasiswa secara holistik sepanjang pengajian
di UTM. Terdapat lima Teras Program Kecemerlangan, iaitu:
• Akademik Nobel
• Sukan
• Kepimpinan
• Keusahawanan
• Tahfiz
Antara lain objektif utama program ini ialah memastikan
supaya mahasiswa berupaya mengaplikasikan ilmu
pengetahuan, kemahiran serta pengalaman dengan
cemerlang semasa dalam pengajian dan berkerjaya,
seterusnya melahirkan saintis muda cemerlang, thinking
atheletes, pemimpin mahasiswa, usahawan muda dan
teknohafiz yang menjadi contoh serta duta UTM di
peringkat global.
Program ini telah dibuka kepada semua mahasiswa tahun
satu peringkat ijazah Sarjana Muda sesi akademik
2011/2012, yang dihadkan kepada 50 orang mahasiswa
terpilih sahaja dengan setiap teras terdiri daripada seramai
10 orang mahasiswa.
Setiap mahasiswa yang terpilih akan mengikuti program
teras kecemerlangan diri yang dirancang secara khusus
dan sistematik sepanjang pengajian mereka. Mereka
berpeluang mengikuti program kecemerlangan
mahasiswa, menjadi duta UTM, dan menerima pelbagai
insentif menarik daripada pihak universiti dan penaja.
Program khas ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak universiti
sepanjang pengajian.
Program Teras Kecemerlangan Mahasiswa UTM.
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Pembelajaran atas Talian (e-Learning)
Bagi memperkasa lanskap pembelajaran, e-Learning telahdiberi nafas baru dengan penglibatan UTM sebagai salahsatu konsortium sumber kursus terbuka (opencoursewares) yang dipelopori oleh universiti ternama,iaitu MIT. Sebanyak lebih 100 kursus terbuka telahdibangunkan pada tahun 2011. Open Coursewares (OCW)merupakan kumpulan bahan pembelajaran digital yangberkualiti tinggi berasaskan kursus yang ditawarkan diUTM. Bahan pembelajaran untuk format kursus yanglengkap meliputi nota syarahan, rancangan pembelajarandan soalan latihan. Bahan pembelajaran yang dimuatnaik di OCW boleh dilayari oleh semua pengguna Internet.
MylinE
MyLinE (Sumber dalam Talian untuk Pembelajaran didalam Bahasa Inggeris) merupakan satu portal sedia adaKementerian Pengajian Tinggi yang diterajui oleh UniversitiTeknologi Malaysia. Ia boleh diakses oleh semua pelajardi 20 universiti awam.
Rajah di bawah menunjukkan pada tahun 2011 sahajapeningkatan pengunjung MyLinE begitu ketara di seluruhinstitusi pengajian tinggi dan trend yang sama juga dapatdiperhatikan di UTM. Jadual di bawah menunjukkanjumlah penggunaan MyLinE oleh pengguna UTM berbandingdengan 19 institusi pengajian tinggi yang lain.
20
IPTA Lain
UTM
Secara keseluruhannya, MyLinE telah terkenal di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan secara tidak
langsung telah memperkenalkan UTM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan ternama di Malaysia.
Penggunaan Myline oleh UTM berbanding dengan 19 institusi pengajian tinggi yang Lain.
Pengunjung MyLinE di seluruh Institusi pengajian tinggi.
12,000,000
10,000,000
8,000,000
6,000,000
4,000,000
2,000,000
0Sem I08/09
316,02872,707
Sem II08/09
Sem I09/10
Sem II09/10
Sem I10/11
Sem II10/11
Sem 111/12
3,506,020
1,883,091
9,600,771 9,078,036
1,068,567
72,707
No. Data
316,028
238,864
1,068,567
872,235
3,505,020
736,673
1,883,091
606,262
9,600,771
805,260
9,078,036
1,160,566
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
21
Pusat Inovasi Mahasiswa
Pusat ini ditubuhkan untuk membantu semua fakulti
untuk menjadikan program akademik, khususnya projek
sarjana muda lebih inovatif, menarik dan berdaya saing.
Pada setiap hujung semester, pertandingan inovasi
diadakan dalam kalangan mahasiswa untuk
membolehkan mereka bersaing dan sekali gus
membentuk laporan tesis dari projek tersebut. Pusat ini
juga dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan
untuk membantu mahasiswa mengembangkan daya
cipta dan daya reka dalam bentuk model dan prototaip.
Pinjaman Mikrokredit Mahasiswa
UTM menyediakan peruntukan RM1 juta menerusi skim
pinjaman mikro kredit kepada mahasiswanya yang
berminat untuk menjadi usahawan. Skim pinjaman
tanpa faedah yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan
melahirkan lebih ramai penuntut UTM yang berjaya
dalam bidang keusahawanan. Di peringkat permulaan,
seramai 300 mahasiswa diberikan bantuan pinjaman
berkenaan sekaligus menjadi perintis kepada usahawan
dalam kalangan penuntut universiti itu pada masa akan
datang. Mahasiswa juga digalakkan menjalankan
perniagaan secara berkumpulan kerana ia lebih baik
dan terjamin selain dapat berkongsi idea sesama
mereka. Pihak universiti tidak hanya memberikan
bantuan pinjaman, malah akan turut memberikan
khidmat nasihat bagi memastikan perniagaan yang
dijalankan oleh para peserta berjaya.
Mahasiswa sedang membuat rujukan.
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Program Baru yang Ditawarkan
Bagi sesi akademik 2011/2012, sebanyak 16 program Diploma dan 56 program Sarjana Muda ditawarkan manakala
11 program baru dan dua pindaan semakan kurikulum telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Senarai program yang ditawarkan bagi sesi akademik 2011/2012.
DiplomaSarjana MudaProgram Baharu Pra SiswazahProgram Baharu Pasca Siswazah
16
56
3
8
Jumlah ProgramPerkara
Senarai pindaan kurikulum yang diluluskanoleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2011.
Semakan Kurikulum Program Sarjana Muda Ukur Bahan
Semakan Kurikulum Program Sarjana Muda Sains Pembinaan
Senarai Program Baru UTM 2011 Fakulti
Senarai program baru yang diluluskan olehKementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2011.
Sarjana Polisi Sains, Teknologi dan Inovasi
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Doktor Falsafah (Pengajian Polisi) Secara Penyelidikan
Sarjana Falsafah (Pengajian Polisi) Secara Penyelidikan
Doktor Falsafah (Sains Kesihatan) Secara Penyelidikan
Sarjana Falsafah (Teknologi Rehabilitasi) Secara Penyelidikan
Sarjana Sains (Kejuruteraan Perisian) Secara Penyelidikan
Sarjana Berganda di antara UTM dengan Universiti Bourgogne, Perancis
Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektroknik
Sarjana Muda Kejuruteraan (Senibina Kapal dan Kejuruteraan Luar Pantai)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan
Senarai Program Baru UTM 2011 Fakulti
UTM Perdana School
IBS
UTM Perdana Shool
UTM Perdana Shool
FKBSK
FKBSK
FSKSM
UTM
MJIIT
FKM
MJIIT
22
FABFAB
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Senarai Fakulti/Sekolah/Pusat/Jabatan Baru
Pada tahun 2011 sebanyak enam fakulti / Sekolah / Pusat / jabatan baru yang telah mendapat kelulusan Kementerian
Pengajian Tinggi sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:
Senarai Fakulti/Sekolah/ Pusat/Jabatan baruyang mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi.
Penjenamaan Semula: Fakulti Geoinformasi & Harta TanahFakulti Kejuruteraan KimiaInstitut Pembangunan BioprodukPusat PendidikanKejuruteraan Jabatan Sains Matematik di Fakulti SainsPusat Inovasi Mahasiswa
Senarai Fakulti /Sekolah/Pusat/Jabatan Baru
Kemudahan Lengkap (State-of-the-art)
Prasarana Digital
UTM dilengkapi dengan kemudahan state-of-the-art
dan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk
pembelajaran. Bagi mengangkasa inovasi, kemudahan
rangkaian pengkomputeran prestasi tinggi (HPC), UTM
disambungkan ke Trans-Eurasia Information Network
3 (TEIN3) di mana kapasiti dan kuasa pengkomputeran
universiti dapat ditingkatkan tanpa melibatkan kos
pembelian aset.
Infrastruktur dan rangkaian komputer UTM telah
ditingkatkan melalui aktiviti berikut:
• Naik taraf jalur lebar pengguna ke internet
kepada 511Mbps di UTM Johor Bahru.
• Penyambungan rangkaian Malaysian Research
Networks (MyREN) dengan rangkaian UTM Johor
Bahru menggunakan BGP.
• Penambahbaikan Rangkaian.
• Pemasangan WifiUTM2 fasa III.
• Projek kemudahan internet wired dan wireless
di kolej kediaman dan unit/jabatan.
UTM juga telah melanggan dua pangkalan data petikan
utama, iaitu Web of Science dan SCOPUS untuk
memperkasakan penerbitan berkualiti dan berimpak
tinggi. Pangkalan data ini mengindeks artikel dari
pelbagai jurnal, seminar/persidangan, dan prosiding
terpilih daripada seluruh dunia.
23
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Peningkatan penerbitan UTM 2007-2011: Web of Science (WOS) dan SCOPUS.
THN/ P'DATA 2007 2008 2009 2010 2011WOS 263 418 559 537 600SCOPUS 372 685 844 1316 1719
Kedua-duanya mengindeks petikan untuk artikel dan
Web of Science menyediakan maklumat jurnal berimpak
melalui Journal Citation Report (JCR). Pautan kepada
pangkalan data ini boleh dilayari di laman web
Perpustakaan UTM:http://portal.psz. Jadual di atas
menunjukkan penerbitan UTM dari tahun 2007 hingga
2011 melalui dua pangkalan data tersebut.
Pedagogi pengajian berteraskan Akademia Baru
berupaya menyediakan ekosistem yang mampu menjana
peluang pekerjaan baru, membuka kesempatan baru,
mengasah inovasi, menyubur kreativiti, dan menyediakanmahasiswa dengan kebolehan serta pengalaman untukmencipta pekerjaan baru, sekaligus belajar bagimenyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.
Hasil akademik selepas menamatkan pengajian di UTM,
tidak hanya memperoleh ijazah dan kepakaran dalam
sesuatu bidang, malah dapat menguasai model
perniagaan, pengumpulan modal, membina jaringan
kerja, budaya kerja, penubuhan syarikat hiliran, hak
cipta, dan keahlian profesional.
24
Majlis Pelancaran Buku Historical Fact and Fiction yang ditulis oleh Tan Sri Prof. Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
25
Hasil kreativiti dan inovasi mahasiswa UTM.