4
SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN Sempena Bulan Keceriaan Asrama 2010, Blok Melati I telah diamanahkan untuk menganjurkan Malam Kebudayaan pada 21 April 2010. Oleh itu, satu perjumpaan blok telah diadakan pada 31 Mac 2010 bagi melantik ahli jawatankuasa program tersebut. Dalam perjumpaan tersebut, kami sebulat suara melantik Khoo Swee Ling dari kelas PISMP Prasekolah sebagai pengerusi program Malam Kebudayaan pada kali ini. Kam Yit Lan dari PISMP Kajian Sosial pula bertindak sebagai naib pengerusi dan Nurul Athirah Izzati binti Awang, PISMP Sains sebagai Setiausaha. Dalam perjumpaan ini juga, beberapa ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik seperti ajk persembahan, sambutan dan sebagainya. Pada hari yang sama juga telah diadakan mesyuarat melibatkan ahli jawatankuasa program Malam Kebudayaan ini di bilik A222 iatu bilik pengerusi program berkenaan dengan tugas masing-masing. Ahli jawatankuasa yang dilantik juga diminta berjumpa dengan pensyarah jika berkenaan. Seterusnya, ahli jawatankuasa program ini diminta melaporkan perkembangan berkaitan dengan tugas masing-masing pada mesyuarat seterusnya yang diadakan pada 2 April 2010. Ini bertujuan bagi memastikan kelancaran program tersebut. Perjumpaan terakhir diadakan pada 17 April 2010. Dalam perjumpaan tersebut, setiap ahli jawatankuasa dikehendaki melaporkan perkembangan terbaru merangkumi bidang tugas masing-masing.

Laporan Malam Kebudayaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

SEBELUM PROGRAM DIJALANKANSempena Bulan Keceriaan Asrama 2010, Blok Melati I telah diamanahkan untuk menganjurkan Malam Kebudayaan pada 21 April 2010. Oleh itu, satu perjumpaan blok telah diadakan pada 31 Mac 2010 bagi melantik ahli jawatankuasa program tersebut. Dalam perjumpaan tersebut, kami sebulat suara melantik Khoo Swee Ling dari kelas PISMP Prasekolah sebagai pengerusi program Malam Kebudayaan pada kali ini. Kam Yit Lan dari PISMP Kajian Sosial pula bertindak sebagai naib pengerusi dan Nurul Athirah Izzati binti Awang, PISMP Sains sebagai Setiausaha. Dalam perjumpaan ini juga, beberapa ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik seperti ajk persembahan, sambutan dan sebagainya. Pada hari yang sama juga telah diadakan mesyuarat melibatkan ahli jawatankuasa program Malam Kebudayaan ini di bilik A222 iatu bilik pengerusi program berkenaan dengan tugas masing-masing. Ahli jawatankuasa yang dilantik juga diminta berjumpa dengan pensyarah jika berkenaan. Seterusnya, ahli jawatankuasa program ini diminta melaporkan perkembangan berkaitan dengan tugas masing-masing pada mesyuarat seterusnya yang diadakan pada 2 April 2010. Ini bertujuan bagi memastikan kelancaran program tersebut. Perjumpaan terakhir diadakan pada 17 April 2010. Dalam perjumpaan tersebut, setiap ahli jawatankuasa dikehendaki melaporkan perkembangan terbaru merangkumi bidang tugas masing-masing.

SEMASA PROGRAM DIJALANKAN

Pada tarikh yang ditetapkan iaitu 21 April 2010 bertemakan Cintai Alam Sekitar (Bumi Hijau) bertempat di Dewan Indera Kayangan, Malam Kebudayaan Bulan Keceriaan Kolej Kediaman Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis berjaya diadakan dengan jayanya bermula jam 9.00 malam hingga 12.30 malam. Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu Siti Salihah dan Kam Yit Lan seterusnya dihiburkan dengan persembahan tarian. Wakil dari Blok Melati I memulakan pertandingan diikuti dengan Blok Sena I dan diakhiri dengan Blok Melati III. Terdapat juga persembahan selingan yang lain seperti persembahan nyanyian daripada Abol dan kumpulannya serta Ka Kai Fong dengan rakan duetnya. Pada malam itu juga, terdapat juga 40 hadiah disediakan bagi pemenang cabutan bertuah. 10 hadiah daripadanya adalah sumbangan kafe Uncle Tam. Terdapat lima orang hakim yang terdiri daripada kalangan pensyarah mengadili dengan saksama persembahan peserta pada malam itu. Enam kriteria diambil berat pada pertandingan ini iaitu persembahan, kreativiti, kekemasan, keseragaman, penggunaan alatan serta menepati tema. Setelah borang pemarkahan dikumpul, Blok Sena I mendahului pungutan mata dengan 85% diikuti dengan Blok Melati II sebanyak 73% dan tempat ketiga dimenangi oleh Blok Sena II dengan 72%.. Antara persembahan blok pada malam itu ialah sketsa, pentomen dan tarian.Secara keseluruhannya semua peserta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan diadakan. Selain itu, kehadiran penonton juga amat menggalakkan. Ramai penghuni asrama hadir memberi sokongan kepada blok masing-masing. Tidak ketinggalan juga pensyarah yang hadir memberi galakan. Malam Kebudayaan ini tamat pada pukul 12.30 malam.

SELEPAS PROGRAM DIJALANKAN

Selesai majlis, semua ahli jawatankuasa bersama-sama mengemaskan dewan. Walaupun penat dan letih, namun pengalaman yang diperoleh sangat berharga. Ikatan silaturahim yang utuh antara blok meninggalkan kenangan yang berharga kepada kami semua. Kesimpulannya, Malam Kebudayaan Asrama dapat mencapai matlamatnya dan Blok Melati I merasa amat bertuah di atas sokongan yang menggalakkan dari semua penghuni asrama pada malam itu.