13
7.0 Laporan Akhir Tugasan 1 : Temubual Ketua Panitia Sains Sekolah yang anda lawati. Saya telah mengadakan PBS kali terakhir saya di Sekolah Jenis Kebangsaan © Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Saya telah bertemu bual dengan Ketua Panitia Sains sekolah tersebut, Puan Chang Yue Jie. Beliau telah memberi sumbangan kepada sekolah tersebut selama 10 tahun. Beliau telah berperanan sebagai Ketua Panitia selama 5 tahun. Temu bual antara saya dengna ketua panitia adalah seperti berikut: 1. Berapakah guru Sains yang mengajar Sains di sekolah tersebut? 2. Apakah kaedah yang selalu digunakan untuk mengajar Sains? 3. Bagaimanakan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains? 4. Apakah cara untuk meningkatkan tahap pembelajaran Sains? 5. Apakah masalah yang dihadapi dalam pembelajaran Sains? 6. Bagaimanakah proses perlaksanaan PEKA dijalankan? 7. Bolehkah Puan menunjukkan document yang berkenaan dengan perlaksanaan PEKA? Temu bual yang diadakan dengan Puan Chang dijalankan dengan lancar dan gembira. Beliau merupakan seorang guru yang amat mesra dan bertanggungjawab. Dengan mengadakan temu bual ini, saya telah memahami peranan guru Sains dan perlaksanaan Peka.

Laporan PBS

  • Upload
    jai-hui

  • View
    34

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

A contoh of Laporan PBS

Citation preview

7.0 Laporan AkhirTugasan 1 : Temubual Ketua Panitia Sains Sekolah yang anda lawati.Saya telah mengadakan PBS kali terakhir saya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Saya telah bertemu bual dengan Ketua Panitia Sains sekolah tersebut, Puan Chang Yue Jie. Beliau telah memberi sumbangan kepada sekolah tersebut selama 10 tahun. Beliau telah berperanan sebagai Ketua Panitia selama 5 tahun. Temu bual antara saya dengna ketua panitia adalah seperti berikut:1. Berapakah guru Sains yang mengajar Sains di sekolah tersebut?2. Apakah kaedah yang selalu digunakan untuk mengajar Sains?3. Bagaimanakan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains?4. Apakah cara untuk meningkatkan tahap pembelajaran Sains?5. Apakah masalah yang dihadapi dalam pembelajaran Sains?6. Bagaimanakah proses perlaksanaan PEKA dijalankan?7. Bolehkah Puan menunjukkan document yang berkenaan dengan perlaksanaan PEKA?Temu bual yang diadakan dengan Puan Chang dijalankan dengan lancar dan gembira. Beliau merupakan seorang guru yang amat mesra dan bertanggungjawab. Dengan mengadakan temu bual ini, saya telah memahami peranan guru Sains dan perlaksanaan Peka.

Berikut merupakan jawapan terhadap soalan-soalan yang ditanyakan:1. Berapakah guru Sains yang mengajar Sains di sekolah tersebut?Terdapat sebanyak 15 guru yang mengajar Sains di sekolah ini. Terdapat 7 yang mengajar pada peringkat rendah (tahun 1,2,3) dan 8 yang mengajar pada peringkat tinggi (tahun 4,5,6)

2. Apakah kaedah yang selalu digunakan untuk mengajar Sains?Kebanyakkan guru menggunakan kaedah koperatif. Selalunya guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Terdapat juga guru menggunakan kaedah eksperimen. Eksperimen yang dijalankan selalunya mudah dan tidak membahayakan. Cara demostrasi digunakan untuk menunjuk sesuatu eksperimen yang susah dijalankan dan bahaya. Guru Sains juga menggunakan kaedah didektif apabila menerang sesuatu yang susah untuk difahami.

3. Bagaimanakan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains?Menurut beliau, prestasi murid dalam mata pelajaran Sains semakin meningkatkan. Sebagai contoh, murid tahun 6 yang menduduki trial pada minggu yang lepas, terdapat 30 murid yang mendapat A dalam Sains. Terdapat 80% murid yang telah lulus dalam mata pelajaran Sains. Berbanding dengan ujian pada bulan Jun yang hanya 20 orang yang mendapat A dan 75% murid yang lulus, Pencapaian murid telahpun meningkat.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa murid sekarang lebih menyukai mata pelajaran Sains. Ini kerana terdapat banyak aktiviti yang menarik minat murid yang dapat dijalankan dalam mata pelajaran Sains seperti eksperimen. Selain itu, sekolah telah membina makmal sains untuk kegunaan sains, ini telah membantu guru untuk mempelbagaikan aktiviti yang dapat dijalankan dalam P&P Sains.

Selain itu, LCD juga disediakan di dalam kelas, Guru Sains dapat menggabungkan Sains dengan teknologi ini untuk menarik perhatian murid. Dengan ini, minat murid terhadap Sains telah semakin meningkat dan secara langsung prestasi murid juga telah meningkat. 4. Apakah cara untuk meningkatkan tahap pembelajaran Sains?Walaubagaimanapun, terdapat juga murid yang pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains kurang memuaskan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang perlu diambilkan oleh guru Sains supaya dapat meningkat tahap pembelajaran Sains.

Beliau telah memberitahu bahawa untuk meningkat prestasi murid, aktiviti yang dijalankn mestilah dapat menarik perhatian murid. Aktiviti yang diadakan mestilah menyeronokkan supaya murid tidak berasa bosan terhadap P&P.

Beliau juga mengatakan bahawa untuk meaksanakan aktiviti yang menarik, terlebih dahulu guru haruslah merancangkan P&Pnya dengan sistematik. Perancangan perlu diadakan supaya P&P dapat djalankan dengan lancar dan murid dapat mencapai hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran hari tersebut.

Selain itu, beliau juga memberitahu saya bahawa ABM juga merupakan elemen yang penting. Dengan menggunakan ABM yang menarik, murid dapat memberi perhatian dalam P&P dan dapat memahami ilmu pengetahuan yang perlu disampaikan

BImbingan dan sokongan guru juga diperlukan untuk meningkatkan prestasi murid.Dengan memberi bimbingan dan sokongan, malah minat murid terhadap Sains dapat dipupukkan.

5. Apakah masalah yang dihadapi dalam pembelajaran Sains?Masalah yang dihadapai ialah masa terlalu ketat. Guru perlu bergegas untuk menghabiskan sukatan supaya murid dapat menghadapi peperiksaan. Ini menyebabkan guru tidak dapat menyampaikan ilmu pengetahuan tambahan kepada muridnya.

6. Bagaimanakah proses perlaksanaan PEKA dijalankan?Program PEKA ini dilaksanankan pada tahun 2009. Ia merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. PEKA dilaksanakan sejak tahun 1 sehingga tahun 6. PEKA Sains dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru Sains secara berterusan dalam proses P&P.

Objektif perlaksanaan PEKA ini adalah: Dapat menguasai kemahiran saintifik : Kemahiran proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains. Menguasai ilmu pengetahuan dan memahami teori dan konsep Sains. Memupuk nilai saintifik.Terdapat aktiviti amali yang telah ditentukan yang perlu dilaksanankan di kalangan murid. Semua aktivti ini mengandungi kemahiran saintifik yang ingin dipupuk di kalangan murid.Semua murid akan disediakan dengan satu fail PEKA yang dikemaskinikan dari tahun 1 hingga tahun 6. Murid akan menjalani aktiviti amali yang ditentukan dan menulis laporan PEKA selepas perlaksanaan aktiviti.Dalam perlaksanaan PEKA ini, murid akan menguasai kemahiran saintifik yang seperti berikut:Kemahiran proses Sains Memerhati Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mendefinisikan secara operasi Mengeksperimen

Kemahiran manipulative Sains Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Fail PEKA murid akan disemak setahun sekali pada tahun 1dan 2. Manakala fail PEKA murid tahun 3 hingga 6 akan disemak sekurang-kurangnya 2 kali. Tahap pencapaian PEKA murid dapat dibahagikan kepada 4 kod pencapaian. Kod pencapaian 1 ialah tahap pencapaian yang cemerlang manakala kod pencapaian 4 ialah tahap pencapaian yang lemah. 7. Bolehkah Puan menunjukkan document yang berkenaan dengan perlaksanaan PEKA?Documen yang telah ditunjukkan telah saya fotosatkan dan diletakkan di bahagian lampiran.

Tugasan 2- Pemerhatian pengajaran Sains.Pemerhatian Pengajaran Sains 1Tarikh: 14 Ogos 2012 (Selasa)

Masa: 12.15 tengah hari 1.15 petang

Subjek: Sains Tahun 5

Kelas: 5B

Bilangan murid: 32 orang

Guru: Pn. Tan Chew Bee

Tajuk P&P: Konstelasi

Gambah rajah 1 :Saya dengan Puan Tan

Pada permulaan P&P, guru telah menggunakan kaedah kuliah untuk menerangkan konstelasi. Sebab guru menggunakan kaedah tersebut kerana konstelasi merupakan sesuatu ilmu pengetahuan yang agak susah untuk disampaikan sekiranya murid tidak mempunyai konsep terhadapnya.

Gambah rajah 2: Guru menggunakan power point untuk mengajar konstelasi

Apabila menerangkan konstelasi, Puan Tan telah menggunakan slide power point yang mengandungi gambar konstelasi. Ini telah menarikkan perhatian murid untuk belajar konstelasi.

Selepas penerangan, Puan Tan telah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Puan Tan telah mengadakan aktiviti kumpulan iaitu melukis 4 gambar konstelasi yang berbeza yang telah dipelajari tadi. Dalam aktiviti ini, Puan Tan telah menggunakan kaedah koperatif.

Dalam kemahiran saintifik pula, murid dapat mengamalkan kemahiran berkomunikasi. Murid akan berkomunikasi dan bekerjasama untul menyiapkan tugasan ini. Dengan mengadakan aktiviti kumpulan, murid dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan juga dapat mengekalkan ilmu pengetahuan tentang konstelasi ini.

Pemerhatian Pengajaran Sains 2Tarikh: 15 Ogos 2012 (Rabu)

Masa: 8.15 pagi 8.45 pagi

Subjek: Sains Tahun 3

Kelas: 3M

Bilangan murid: 30 orang

Guru: Pn. Or Shien Ling

Tajuk P&P: Tanah

Gambar rajah 3: Saya dengan Puan Or

Dalam waktu P&P ini, Puan Or telah mengadakan aktiviti eksperimen. Puan Or telah menggunakan kaedah koperatif dan kaedah inkuiri untuk mengadakan eksperimen ini.

Eksperimen ini dijalankan supaya murid dapat mengenalpasti bagaimana air mengalir pada tanah yang berbeza iaitu tanah liat, pasir dan tanah kebun.

Eksperimen ini telah diadakan di makmal Sains. Pada permulaan, Puan Or telah membahagikan muridnya kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai satu ketua dan ketua diminta untuk mengambil bahan yang diperlukan untuk mengadak eksperimen ini yang telah disediakan oleh Puan Or.

Puan Or telah membimbing muridnya untuk menjalani eksperimen ini dengan langkah demi langkah. Pada langkah yang pertama, murid diminta untuk meletakkan tanah yang berbeza ke dalam filter funnel yang berlainan.

Gambah rajah 4 : Murid sedang menjalani eksperimen

Selepas itu, murid akan menuangkan air ke dalam filter funnel dan membuat pemerhatian terhadap tanah. Murid diminta menulis pemerhatian mereka.

Pada akhir P&P, Puan Or telah menggunakan kaedah inkuiri. Puan Or tidak meyampaikan kesimpulan eksperimen ini tetapi murid yang meneroka sendiri.

Melalui eksperimen yang diadakan ini, murid dapat mengamalkan kemahiran komunikasi. Ini kerana murid telah dibahagikan kepada kumpulan untuk mengadakan eksperimen ini. Murid saling berkomunikasi dan berkoperatif untuk menjalani eksperimen ini.

Kemahiran memerhati telah diamalkan dalam aktiviti ini. Murid menggunakan deria penglihatan untuk memerhati bagaimana air mengalir di tanah yang berbeza. Mereka juga diminta menulis pemerhatian mereka. Ini dapat meningkatkan kemahiran memerhati murid.

Murid juga dapat meningkatkan kemahiran pemboleh ubah. Dalam aktiviti ini, murid dapat mengawal pemboleh ubah dimanipulasi jenis tanah, pemboleh ubah dimalar isipadu tanah, dan pemboleh ubah gerak balas gerak balas air mengalir di tanah.

Murid juga telah mengamalkan kemahiran mengeksperimen. Murid telah menjalankan eksperimen Tanah ini. Murid berpeluang unutk menguji hipotesis, mengumpul data, mentafsirkan data dan mendapatkan kesimpulan terhadap eksperimen yang dijalankan.

Pada kemahiran manipulatif pula, murid dapat menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Mereka dapat menggunakan filter funner untuk meletakkan tanah, dan dapat menuangkan air dengan menggunakan bikar.

Mereka juga dapat menyimpan peralatan dengan betul dan selamat. Selepas menyiapkan eksperimen, murid meletakkan tanah-tanah tersebut di taman sekolah, mereka juga membersihkan filter funnel dan bikar dengan cara yang betul sebelum menyimpan peralatan yang digunakan di dalam almari.