Laporan Perkhemahan UB

  • View
    144

  • Download
    13

Embed Size (px)

Transcript

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2013IPG Kampus Kent, Tuaran

Tarikh :1 Julai Hingga 4 Julai 2013Tempat:Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malanggang Penasihat KRS:1) Tuan Haji Mohd. Rozaimi Abd Razak (Ketua)2) Tuan Mansor Md Desa3) Tuan Zainuddin Abdul Ghani4) Tuan Ahmad Fauzi Sathih5) Cik Hafiza Saad6) Tuan Jontiri Koloiya7) Tuan James Geoffery W. Molijoh8) Puan Suziela Md Tahir

Ahli KRS:1) Abdul Rauf B. Mohd Janis2) Catherine Ngie Sie Siong3) Cynthia Andrew4) Faizatul Hanim Bt. Matdin5) Hazman B. Yaplin6) Hii Ting Tiang7) Jackie Wong Sing Qie8) Kang Chin Leong9) Kiu Tou Tung10) Mah Ching Moi11) Mohamad Khairuddin B. Ramlee12) Mohammad Hazizi B. Yusop13) Mohd Alif Haiqal B. Tarmizi 14) Nazatul Azila Bt. Md Najib15) Norlina Bt Gapare16) Nur Faseha Bt Said17) Nur Uzairah Bt. Mutirin18) Oh Hui Kai19) Saharia Bt. Rahman20) Shahzrulnizzam B. Jamal21) Sunia Bt Umad22) Suriana Bt. Kadir23) Syamsir B. Moktar24) Umar Qayyum B. Mohd Luai25) Yap Shu Han26) Zahiruddin B. Juatin

1.0 PengenalanPerkhemahan Unit Beruniform IPG Kampus Kent Tuaran merupakan aktiviti yang wajib diadakan pada setiap tahun. Pada tahun ini, perkhemahan Unit Beruniform yang disertai oleh lima unit (Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah) telah menjalankan aktiviti perkhemahan selama empat hari dan tiga malam. Aktiviti perkhemahan yang diadakan adalah bertujuan untuk mempersiapkan ahli-ahli dalam unit beruniform untuk menjadi seorang bakal pemimpin yang berkualiti. Selain itu, bakal guru pelatih akan didedahkan dengan pelaksanaan aktiviti perkhemahan sebagai persiapan di sekolah kelak.2.0 Aktiviti yang dijalankanSeramai 26 orang ahli KRS telah menjalankan aktiviti yang dirancang sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Ahli-ahli KRS telah dibahagikan kepada empat platun iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Setiap platun mempunyai enam hingga tujuh ahli. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah berasaskan kepada proforma dan dijalankan semasa perkhemahan.

2.1 Hari pertama Aktiviti : OrienteeringKetua aktiviti: Mohammad Hazizi B. Yusop Kru : Norlina Bt Gapare:Cynthia Andrew: Kang Chin LeongAktiviti perkhemahan bermula seawal jam 7.00 pagi dengan setiap unit melaporkan kehadiran ahli dan menerima taklimat daripada penganjur. Urusan pengeluaran alatan perkhemahan daripada stor pusat dijalankan sebaik sahaja taklimat dan berakhir pada jam 8.45 pagi. Tepat jam 9.00 pagi, setiap unit bergerak ke tapak perkhemahan. Sebaik sahaja tiba di tapak program, taklimat dan cara untuk mendirikan khemah dilakukan oleh para jurulatih daripada Kem Malanggang. Pada jam 11.00 pagi, unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) melakukan upacara menaikkan bendera sebelum mendirikan khemah serta melaporkan kehadiran ahli kadet.Aktiviti diteruskan dengan mendirikan khemah sehingga jam 12.30 tengah hari dan diteruskan dengan hemat diri. Tepat jam 2.00 petang, aktiviti orienteering dijalankan dan dikendalikan oleh wakil daripada setiap platun Alpha, Bravo, Charlie, dan Delta. Aktiviti orienteering dijalankan di sekitar Kem Malanggang dan setiap platun diarahkan mencari jalan untuk kembali semula ke tapak perkhemahan dengan berpandukan kompas dan penanda yang diberikan kepada setiap platun. Aktiviti orienteering berjalan dengan lancar sehingga jam 4.00 petang di mana setiap platun berjaya sampai ke tapak perkhemahan. Tepat jam 6.00 petang Aktiviti penurunan bendera dilakukan oleh wakil KRS. Gambar gambar perjalanan aktiviti:Mendengar taklimat yang disampaikan oleh penyelaras aktiviti.Pelatih masuk ke dalam kumpulan dan mula menyelesaikan soalan yang diedarkan.

Pelatih berbaris dan keluar mengikut arah bearing yang ditetapkan serta mula menjalankan aktiviti.Antara kawasan yang dilalui untuk sampai ke destinasi.

Barisan penasihat yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini.Destinasi terakhir adalah kembali semula ke tapak permulaan aktiviti serta membuat refleksi mengenai aktiviti yang di jalankan.

Aktiviti: Malam Burung PunggukKetua aktiviti : Shahzrulnizzam B. JamalKru : Syamsir B. Moktar: Hazman B. Yaplin: Faizatul Hanim Bt. Matdin

Pada sebelah malam pula, jam 9.00 malam aktiviti KRS diteruskan lagi dengan aktiviti malam burung pungguk. Semua ahli kadet diberikan taklimat daripada pengendali aktiviti dan dilepaskan dengan mata yang ditutup. Seorang demi seorang ahli kadet dilepaskan dan diarahkan mencari penanda yang diberikan untuk sampai ke tempat ahli kadet akan berkumpul. Setiap ahli kadet dibekalkan dengan sebatang lilin bernyala dan denda diberikan kepada sesiapa yang lilinnya terpadam. Aktiviti malam burung pungguk berakhir pada jam 10.30 malam dan seramai tujuh orang ahli kadet mendapat denda akibat lilin yang dibawa terpadam.

2.2 Hari kedua Aktiviti : Water TubingKetua aktiviti : Kiu Tou TungKru : Yap Shu Han: Hii Ting Tiang: Jackie Wong Sing QiePada hari kedua, aktiviti dimulai dengan Water Tubing yang dikendalikan oleh pegawai pusat pada waktu pagi. Terdapat dua unit yang menyertai aktiviti ini, iaitu KRS dan BSMM. Pada peringkat permulaan ahli-ahli dibahagikan kepada empat kumpulan bersama-sama dengan empat pegawai pusat. Sebelum melakukan Water Tubing, pegawai pusat memberikan sedikit taklimat dan memberi kata kata semangat supaya setiap ahli berasa yakin apabila berada dalam sungai. Maka, semua ahli akan melakukan Water Confident terlebih dahulu. Semua ahli berasa seronok dan menikmati arus sungai. Langkah keselamatan amat dititikberatkan kerana sebelum turun ke dalam sungai beberapa peringatan sudah diberikan dan kami ada menjalankan sedikit pemanasan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak dapat dijangka. Aktiviti ini berjalan dengan lancar.Pelatih mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengelola aktiviti.Pelatih diminta memakai life jacket bagi langkah keselamatan.

Pelatih membuat regangan bagi mengelakkan kecederaan.

Sedikit taklimat keselamatan sebelum turun ke dalam sungai.

Aktiviti Water confident dengan pengawasan pengelola.Mula melakukan water tubing tanpa bantuan.

Gambaran wajah pelatih selepas melakukan water tubing.

sedikit taklimat dan aktiviti penyejukan badan selepas menjalankan aktiviti water tubing.

Aktiviti : Ikhtiar hidupKetua aktiviti: Zahiruddin B. JuatinKru: Nur Faseha Bt Said: Suriana Bt. Kadir: Mohamad Khairuddin B. Ramlee: Abdul Rauf B. Mohd Janis

Setelah itu, aktiviti pada waktu tengah hari adalah ikhtiar hidup yang diadakan dalam sebuah hutan di perkampungan. Sebelum berjalan ke tapak aktiviti, setiap platun KRS telah diagihkan bahan-bahan makanan serta peralatan makanan untuk digunakan semasa aktiviti ikhtiar hidup.Perjalanan yang memakan masa dengan keadaan yang panas tidak mematahkan semangat ahli KRS kerana dikelilingi dengan persekitaran yang hijau dan udara yang nyaman. Dalam perjalanan, ahli KRS sempat lagi menyapa penduduk tempatan yang berdekatan. Setibanya di kawasan aktiviti, terdapat beberapa tugasan untuk ahli KRS dalam aktiviti ikhtiar hidup ini, iaitu, menangkap ayam yang dilepaskan dan masak, memasak tiga jenis hidangan telur dan mempersembahkan hasil masakan serta tapak perkhemahan. Semua platun berusaha untuk memberikan hasil persembahan yang baik.

Proses mengagihkan bahan mentah kepada setiap platun.Taklimat dan bacaan doa sebelum menjalakan aktiviti.

Memulakan perjalanan ke tapak aktiviti yang telah ditetapkan.

Beberapa jambatan gantung yang dilalui untuk sampai ke destinasi.

Sampai ke tapak aktiviti, mendengar sedikit taklimat dan meneruskan aktiviti.

Membuat masakan rimba dan memasang ponco.

Menikmati hasil masakan rimba yang telah disiapkan mengikut ahli kumpulan masing masing.

Wajah wajah pelatih dan pembimbing setelah selesai aktiviti.

Aktiviti: ExploraceKetua aktiviti : Saharia Bt. RahmanKru: Catherine Ngie Sie Siong: Mah Ching Moi: Nur Uzairah Bt. MutirinPada waktu malam pula, aktiviti Explorace telah diadakan. Setiap platun dikehendaki menyelesaikan masalah yang disediakan pada setiap stesen. Masalah yang diutarakan adalah ikatan tali dan balutan. Semua ahli dalam platun telah memberikan kerjasama dan komitmen yang penuh dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Setelah itu, hasil dapatan penyelesaian dibentangkan oleh setiap platun.

Taklimat dan pembahagian kumpulan.

Aktiviti yang dijalankan adalah ikatan anduh.

Demonstrasi ikatan anduh oleh ahli kumpulan masing masing.Memberikan penerangan mengenai fungsi ikatan anduh

2.3 Hari ketigaAktiviti : Gajet, ikatan, jerat dan jenis jenis unggun apiKetua aktiviti : Faizatul Hanim Bt. MatdinKru: Abdul Rauf B. Mohd Jani : Syamsir B. MoktarPada hari ketiga, ahli KRS telah pergi ke hutan sebelah kawasan tapak perkhemahan untuk mempelajari cara membuat jerat, unggun api dan gajet biasa.

Demonstrasi cara cara memasang jerat

Cara cara menghidupkan dan mengenal jenis jenis unggun api.

Antara jenis unggun api yang berjaya dihasilkan.

Jenis jenis unggun api.

Proses mencantumkan bambu bagi menghasilkan gajet.

Proses memotong bambu kepada ukuran yang diinginkan.

Proses mengikat dan mencantumkan bambu yang telah dipotong.

Gajet yang separuh siap dipasang.

Aktiviti : Bantu mulaPengelola aktiviti : Tn Mohd Sobri: Pn.Low Kee Sun

Setelah itu, ahli KRS mempelajari asas bantu mula daripada pensyarah penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia pada sebelah waktu pagi juga. Bantu mula ini amat penting kerana ia merupakan asas untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami kemalangan. Ahli KRS berpeluang mempelajari cara balutan anduh tapak tangan dan kepala.Cara membalut anduh di bahagian kepala dengan kemas.

Antara contoh balutan anduh dari beberapa kumpulan.

Aktiviti : Flying FoxPengelola : Tuan Anwar.Pada waktu petang pula, ahli KRS berpeluan