9
LAPORAN PERLAKSANAAN INTERNSHIP 2015 NAMA PELAJAR : FATIMAH DAYANA BT BAHAROM PROGRAM : BENGKEL “CONDUCTING FOR BEGINNER” (MUZIK) NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

  • Upload
    dyana

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan Perlaksanaan Internship Conducting For Beginner ( Pendidikan Muzik)

Citation preview

Page 1: Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

 

LAPORAN PERLAKSANAAN

INTERNSHIP 2015

NAMA PELAJAR :

FATIMAH DAYANA BT BAHAROM

PROGRAM :

BENGKEL “CONDUCTING FOR BEGINNER” (MUZIK)

NAMA SEKOLAH :

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

TEMPOH PERLAKSANAAN : SEMINGGU

Page 2: Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA GURU : FATIMAH DAYANA BT BAHAROM

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

Nama Projek : Bengkel ‘Conducting For Beginner’ (Muzik)

Tempoh Pelaksanaan : 22 Oktober 2015

Objektif :

i. Meningkatkan pengetahuan dan penghayatan murid-murid terhadap

konsep dan cara yang betul dalam memimpin sesebuah lagu.

ii. Mengukuhkan asas konsep muzik disamping meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

iii. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid untuk menunjukkan

bakat dalam aktiviti yang dirancang.

iv. Menyemai semangat daya saing, berdisiplin dan kemahiran berfikir dalam

kalangan murid.

v. Meningkatkan keyakinan dan motivasi murid dalam memimpin sesebuah

lagu.

vi. Menyediakan bakal pelapis yang boleh memberi tunjuk ajar kepada murid

tahun 1,2 dan 3 untuk memimpin lagu sekolah.

Strategi Pelaksanaan :

Strategi pelaksanaan program merangkumi aktiviti yang dijalankan sebelum

pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan program. Setiap program

pula, perlu dirancang dengan teliti serta berpandukan strategi pelaksanaan yang

sistematik dan bersesuaian dengan aktiviti agar mendapat hasil seperti yang

dirancangkan.

Page 3: Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

Fasa Sebelum Program

Sebelum menjalankan projek ini, perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah

dan guru pembimbing telah diadakan bagi mengetahui projek yang sesuai untuk saya

jalankan di sekolah. Setelah membuat perbincangan dan mendapat kata sepakat, Guru

Besar telah mencadangkan kepada saya untuk membuat bengkel (conducting)

memimpin bagi murid tahun 4 Ibnu Sinar supaya mereka dapat memimpin lagu

Negaraku, Lagu Negeri Terengganu dan Lagu Sekolah semasa perhimpunan rasmi.

Setelah bersetuju untuk melaksanakan bengkel tersebut, saya telah membentangkan

perancangan program kepada Penyelaras Panitia Muzik iaitu Encik Hizaruddin dan

beliau menerima cadangan dengan baik sekali.

Kemudian, satu jawatankuasa kerja telah dibentuk bagi mewujudkan bidang

tugas masing-masing. Seterusnya, kertas cadangan yang telah disiapkan telah

dibentangkan kepada Guru Besar sekolah, Puan Hjh. Myshithah, bagi mendapatkan

persetujuan beliau dan memaklumkan perincian aktiviti, anggaran kos, serta tentatif

program supaya bersesuaian dengan masa dan keadaan. Setelah diluluskan, setiap

ahli jawatankuasa membuat persiapan terakhir seperti membuat jadual program,

persediaan tempat dan peralatan bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat

dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Fasa Semasa Program

Pada fasa ini, semua murid Tahun 4 Ibnu Sina telah dikumpulkan di Bilik

Multimedia untuk diberi taklimat. Mereka diberitahu tentang objektif program dijalankan.

Kemudian, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan saya

untuk mengajar mereka dan mengesan masalah mereka sekiranya mereka tidak

memahami apa yang saya cuba sampaikan. Program ini dilaksanakan selepas rehat

pada sesi persekolahan dan mengambil waktu matapelajaran mereka. Perjalanan

program ini turut dipantau oleh guru pembimbing dari semasa ke semasa. Di dalam

program ini, murid-murid akan didedahkan dengan asas menjadi seorang pemimpin

Page 4: Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

muzik. Teknik dan asas memimpin muzik akan diajar menerusi cara gerak isyarat

tangan dan tindakan perlaksanaan arahan muzik menerusi seni pengawalan untuk

persembahan. Kebolehan pemimpin menggunakan tangan , ekspresi muka, mata dan

gerak tubuh badan yang bersesuain dengan mud lagu turut akan diajar. Fokus dari segi

pemilihan lagu untuk memimpin diberi kepada lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu

sekolah.

Fasa Selepas Program

Setelah selesai program tersebut, laporan penuh berkaitan dengan perjalanan

program disediakan bagi melihat dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program

yang dianjurkan. Saya perlu menyiapkan refleksi kendiri dan memberi sebarang

cadangan penambahbaikkan pada masa akan datang. Saya juga telah merakamkan

dokumentasi bagi program ini sebagai bukti pelaksanaan. Laporan program juga

disediakan dan perlu menampilkan gambar-gambar aktiviti sepanjang program tersebut.

Refleksi :

Kekuatan

Melalui program ini, saya dapat membantu murid-murid di SK Gong Pasir untuk lebih mahir dalam memimpin sesebuah lagi. Apa yang saya lihat kekuatan yang boleh diperolehi melalui program ini murid saya lebih yakin untuk memimpin lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Secara tidak langsung, saya sebagai guru juga merasa yakin terhadap kemampuan saya dalam mengajar dan membimbing pelajar untuk lebih bermotivasi tampil ke hadapan untuk memimpim lagu sekolah. Ia juga sedikit sebanyak telah membantu pihak sekolah dengan adanya pelapis yang boleh membimbing dan mengajar murid tahap satu untuk memimpin lagu.

Selain daripada itu, pada masa yang sama saya juga dapat mengenali dengan lebih mendalam guru-guru, para pentadbir dan pekerja di sekolah ini yang mana sepanjang bengkel ini berlangsung, mereka semua telah memberi sepenuh kerjasama dan komitmen yang amat baik dalam menjayakan projek ini.

Page 5: Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

Ahli jawatankuasa yang dilantik juga telah melaksanakan tugas mereka dngan baik.Tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Daripada tugas persiapan tempat hinggalah ke disiplin mrid dapat dikawal dengan begitu baik sekali

Sekolah saya juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti seperti ini dan juga tidak ada masalah dalam hal kewangan untuk membeli alatan baru. Perkara ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek saya ini. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak telah memudahkan kerja saya dalam persediaan mejalankan projek ini.

Kekuatan projek ini yang seterusnya ialah dengan adanya bengkel seperti ini ia akan melahirkan pelajar yang berani dan yakin pada diri sendiri dengan tindakan mereka.Bukan mudah untuk membina keyakinan diri.Dengan adanya bengkel ‘conducting for beginner’ seperti ini sudah tentu akan memberi ruang kepada pelajar untuk menampilkan diri di hadapan khalayak ramai dan secara tidak langsungnya akan membina keyakinan diri murid tersebut ketika itu dan seterusnya pada masa akan datang.

Kelemahan

Tempoh masa untuk bengkel ‘’Conducting For Beginner” ini sedikit terjejas

dimana bengkel ini sepatutnya bermula pada pukul 10.45 tapi saya telah

mendapat jadual ganti kelas lain oleh pihak sekolah jadi berlaku sedikit

kelewatan dimana bengkel ini bermula dari 11.15- 2.15 petang.

Walaubagaimanapun segalanya masih terkawal dan bengkel ini dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Cadangan Penambahbaikan:

Menyediakan senarai semak bagi memastikan segala persiapan dapat berjalan

dengan lancar serta memaklumkan kepada pihak pentadbir iaitu PK 1 supaya

tidak berlaku pertindihan kelas.

Page 6: Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

Kesimpulan :

Secara keseluruhannya, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan

bantuan dan kerjasama dari warga sekolah. Tidak dinafikan program ini telah

berjalan dengan begitu baik sekali. Program ini juga dapat menjadi satu titik tolak

ke arah memupuk minat dan keyakinan murid dalam memimpin lagu Negaraku,

Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Bukan itu sahaja, usaha ini juga dapat

meningkatkan pengetahuan dan penghayatan murid-murid terhadap konsep dan

cara yang betul dalam memimpin. Di samping itu, ia juga dapat mempertingkat

ketrampilan serta keyakinan dan motivasi mereka dalam memimpin sesebuah

lagu.

Bagi pihak guru pelatih, program ini dapat dijadikan satu pengalaman baru

yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sebenar kelak.

Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep

kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin sesuatu

programn di sekolah nanti.

Disediakan oleh,

..............................................................

(FATIMAH DAYANA BT BAHAROM)

Guru Pelatih PISMP Muzik,

IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Disemak oleh,

..........................................

( PUAN NORMALA BT ALI)

Guru Pembimbing / Mentor

SK Gong Pasir.

Page 7: Laporan Perlaksanaan Conducting for Beginner

LAMPIRAN

Dua orang murid telah dipilih untuk memimpin murid SK Gong Pasir bagi nyanyian lagu semasa Perhimpunan Rasmi setiap Ahad

Murid diepcahkan kepada kumpulan. Guru mengajar setiap ketua kumpulan. Kemudian ketua setiap kumpulan akan mengajar ahlinya yang lain.