LAPORAN PERMAINAN

  • View
    54

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan permainan tradisional.

Transcript

DAM AJI

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALDAM AJI

LAPORAN PERMAINAN DAM AJI

1.0LAPORAN SEBELUMPada 11 Januari 2015 yang lalu, AJK Induk untuk Karnival Permainan Tradisional telah dilantik. Permainan tradisional pula telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu permainan laman dan permainan anjung. Undian telah dilakukan bagi menentukan ahli jawatankuasa untuk setiap permainan. Untuk acara laman, sebanyak empat permainan telah dipilih iaitu permainan Tarik Upih, Konda Kondi, Galah Panjang, dan Tuju Tin. Untuk permainan anjung pula terdapat hanya tiga permainan yang dipilih iaitu permainan Dam Aji, Ceper, dan Laga Ayam. Setelah dicabut undi, kami berempat telah terpilih untuk permainan Dam Aji.Ahli jawatankuasa permainan dam aji terdiri daripada empat orang iaitu Amira Nazneen (ketua), Anis Suraya, Shaareny, dan Norhaidah. Kami telah membahagikan kerja masing-masing yang perlu dilaksanakan agar aktiviti permainan dam aji yang dimainkan ketika hari kejadian berjalan dengan lancar. Pada mulanya kami telah mencari tentang latar belakang dam aji, bilangan peserta, cara bermain dam aji, syarat permainan dam aji, tempat bermain dan sistem pemarkahan yang akan digunakan. Kami juga turut mencari kaedah lain dalam permainan dam aji. Kebiasaannya orang hanya menggunakan penutup botol tetapi kami ingin membuat sedikit inovasi dalam permainan ini. Maka, kami berempat telah bersepakat untuk menggunakan batu yang telah diwarnakan dengan pelbagai jenis warna menggantikan penutup botol yang kebiasaannya digunakan. Kami telah pergi membeli segala peralatan yang berkaitan dengan permainan dam aji. Antara peralatan yang telah kami beli adalah polisterine, pewarna air, dan kertas manila kad. Kami juga telah mencari batu yang agak sama saiz di kawasan yang berbatu di belakang Dewan Besar. Untuk papan dam aji, kami telah menggunakan polisterine yang ditampal manila kad di atasnya. Seterusnya, manila kad tersebut telah di buat petak-petak kecil sama saiz dan diwarnakan berselang seli dengan warna-warna yang kontra. Hal ini supaya kotak-kotak tersebut dapat dibezakan oleh para peserta permainan. Seterusnya, kami telah mewarnakan batu kecil yang diambil di belakang Dewan Besar. Kami telah membuat lima buah papan dam bagi melancarkan masa permainan ketika karnival dijalankan. Di samping itu, kami juga telah menguji cara bermain permainan dam aji untuk mengetahui sama ada sesuai mahupun tidak permainan dam aji yang menggunakan batu yang telah diwarnakan. Selain itu, kami juga telah membuat pertandingan dam aji dalam kelas dan meminta mereka memberikan cadangan penambahbaikan sekiranya terdapat kekurangan dalam permainan kami. Hazman Azhar telah memberikan cadangan supaya kami menerapkan masa tertentu untuk permainan dam aji. Hal ini kerana terdapat peserta yang tidak mencapai Haji walaupun sudah bermain selama 15 minit. Maka, kami berempat bersepakat untuk meletakkan masa selama 10 minit untuk satu permainan. Kami juga turut memperbanyakkan batu yang berwarna sebagai langkah simpanan. Kami juga turut meminta pandangan daripada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Yusainy berkaitan dengan pembaharuan yang dilakukan oleh kami dalam permainan ini. Beliau sejujurnya memberikan pendapat bahawa sekiranya bermain menggunakan penutup botol lebih mudah dan jimat. Namun, kami menjelaskan semula kepada beliau bahawa kami telah melakukan percubaan permainan dalam kelas dan kesemua rakan kelas menyatakan persetujuan bahawa permainan yang menggunakan batu ini boleh diguna pakai. Dalam masa yang sama, kami juga turut memikirkan cara untuk menghias pameran kami supaya nampak menarik dan selesa untuk bermain. Sehari sebelum hari karnival permainan tradisional, kami berempat telah menghias tempat pameran dengan penuh cantik. Anis Suraya telah memberikan pandangan beliau berkaitan dengan hiasan yang harus diletakkan dalam pameran kami. Tema tradisional telah menghiasi tempat pertandingan kami supaya peserta berasa seperti berada pada zaman lama. Kami juga turut menambahbaik syarat-syarat permainan dan cara bermain supaya peserta berasa seronok dan tidak bosan ketika bermain. Sebelum memulakan pertandingan, kami sekali lagi bermain menggunakan peraturan yang telah diperbaiki supaya ketika keesokan hari pertandingan, kami selaku juri tidak akan keliru dengan syarat dan cara bermain.

2.0LAPORAN SEMASASepatutnya masa permainan Dam Aji adalah bermula pada pukul 11.00 pagi. Namun disebabkan permainan Konda Kondi telah mengambil masa yang banyak, maka permainan Dam Aji terpaksa dimulakan pada pukul 11.30 pagi. Kami selaku pihak penganjur Dam Aji telah meminta maaf kepada pensyarah yang menilai dan telah menerangkan kepada mereka sebab kelewatan permulaan permainan Dam Aji. Alhamdulillah pensyarah memahami masalah tentang masa yang dihadapi kami semua. Maka, pertandingan hanya boleh dimulakan setelah semua peserta mendaftar ke tempat permainan Dam Aji. Apabila semua peserta sudah hadir, maka ketua permainan Dam Aji iaitu Amira Nazneen telah memberikan penerangan tentang cara bermain dan syarat permainan kepada semua peserta. Nazneen juga telah menunjukkan cara bermain kerana terdapat segelintir peserta yang agak keliru dengan syarat yang telah diterangkan sekiranya tidak ditunjukkan cara bermain sekali. Peserta juga telah menunjukkan minat yang mendalam apabila bertanyakan banyak soalan kepada Nazneen. Hal ini supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang mana akan membawa kepada kekalahan dalam pertandingan nanti. Permainan dimulakan apabila semua peserta sudah memahami syarat pertandingan. Seramai lima orang pengadil tambahan telah diambil untuk mengadili permainan Dam Aji ini. Untuk setiap permainan, hanya seorang sahaja pengadil yang akan mengadili setiap pertandingan. Seorang penjaga masa akan memegang jam randik dan mengatakan permainan Mula dan Tamat. Salah seorang pengadil akan menulis di papan Carta Pertandingan supaya peserta yang berjaya bersedia untuk bermain di pusingan yang seterusnya. Sistem pemarkahan telah menggunakan sistem kalah mati, iaitu sekali bermain jika kalah, terus mati. Manakala untuk peserta mengundi siapa yang akan memulakan dulu, kami telah menggunakan sistem Wan to som dan Tekaan Barang.

Untuk pusingan pertama iaitu selama 10 minit sahaja, PPISMP SEM 2 TESL melawan PPISMP SEM 2 PEMULIHAN; PPISMP SEM 3 BIMBINGAN melawan PPISMP SEM 2 PEND KHAS; PPISMP SEM 2 MATEMATIK melawan PPISMP SEM 2 BAHASA ARAB; dan PPISMP SEM 3 SAINS melawan PPISMP SEM 3 SEJARAH. Hasilnya, kelas PPISMP SEM 2 PEMULIHAN menang. Maka, kelas PPISMP SEM 2 PEMULIHAN akan berlawan dengan kelas PPISMP SEM 2 SEJARAH. Kelas yang berjaya ke pusingan kedua adalah kelas PENDIDIKAN KHAS SEM 2, BAHASA ARAB SEM 2, dan SAINS SEM 2.Untuk pusingan kedua pula, PENDIDIKAN KHAS SEM 2 melawan BAHASA ARAB SEM 2 serta SAINS SEM 2 melawan PEMULIHAN SEM 2. Untuk pusingan ketiga, kelas PENDIDIKAN KHAS SEM 2 melawan SEJARAH SEM 2 untuk menentukan tempat ketiga. Untuk pusingan terakhir, BAHASA ARAB SEM 2 melawan PEMULIHAN SEM 2. Keputusannya, tempat ketiga dimenangi oleh PENDIDIKAN KHAS SEM 2. Naib Johan pula dimenangi oleh PEMULIHAN SEM 2 manakala Johan Pertandingan Dam Aji dimenangi dengan jayanya oleh kelas PPISMP SEM 2 BAHASA ARAB. Untuk pusingan terakhir masa permainan telah ditambahkan sedikit iaitu sebanyak 20 minit. Hadiah tidak diberi mengikut pemenang bagi setiap pertandingan tetapi setiap peserta mendapat mata yang berbeza mengikut kedudukan tempat yang mereka peroleh. Johan mendapat 10 mata, naib johan mendapat 8 mata, tempat ketiga mendapat 6, tempat keempat dan ke atas mendapat 5 markah. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas selesai semua pertandingan diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Tuan Haji Salim Bin Awang Ngah dan juga pensyarah Pendidikan Jasmani kelas PISMP SEM 5 SEJARAH iaitu Encik Yusainy Bin Azizan.

3.0LAPORAN SELEPASPermainan Dam Aji tamat pada jam 12.30 tengah hari setelah selesai sahaja majlis penyerahan hadiah kepada para pemenang. Setelah selesai majlis penyerahan hadiah kepada setiap pemenang, kami semua telah berkumpul semula di hadapan pentas Dewan Sri Banai bersama-sama dengan Encik Yusainy bagi sesi refleksi. Dalam sesi ini kami telah membuat refleksi berkaitan dengan segala kelebihan dan kekurangan yang dialami dan memberi cadangan untuk penambahbaikan. Antara kekurangan yang dialami ialah pertama ialah dari aspek masa. Penggunaan masa bagi setiap permainan yang tidak begitu konsisten. Contohnya, permainan dam aji bermula sedikit lewat daripada masa yang telah ditetapkan dan menyebabkan permainan sedikit lewat untuk habis. Selain itu terdapat juga segelintir peserta yang datang untuk mendaftar sedikit lambat menyebabkan permainan tidak dapat dijalankan dengan masa yang sepatutnya dijalankan.Dalam sesi refleksi ini, kesemua ketua dari setiap permainan tradisional telah memberikan refleksi serta pandangan masing-masing terhadap permainan yang kumpulan mereka anjurkan. Untuk kumpulan permainan Dam Aji, ketua kumpulan iaitu Amira Nazneen telah memberitahu bahawa beliau sangat berpuas hati dengan penyertaan yang ditunjukkan oleh semua peserta Dam Aji. Hal ini kerana peserta telah memberikan kerjasama yang sangat bagus. Walaupun terdapat segelintir peserta yang hadir lewat ke tempat pertandingan, namun mereka telah meminta maaf kerana permainan Konda Kondi telah mengambil masa selama dua jam untuk bermain. Selesai sesi memberikan pandangan, kesemua pihak penganjur telah menyusun dan mengemas semula tempat permainan. Segala peralatan yang digunakan telah disusun dan dikembalikan ke tempat yang asal. Pembersihan kawasan tapak permainan yang dilakukan di Dewan Sri Banai sehingga jam 3.00 petang. Manakala sesi mengemas khemah yang terdapat di Padang IPDA telah dilakukan oleh semua pihak penganjur yang terlibat sehingga jam 6.30 petang. Kesemua peralatan yang digunakan disimpan dan peralatan yang dipinjam dikembalikan semula ke tempat