Upload
cik-suehana
View
1.416
Download
74
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan
Citation preview
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA ZON
PERINGKAT DAERAH LIMBANG 2013
Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam telah menjadi tuan rumah bagi
pertandingan bola jaring peringkat Zon E. Pertandingan ini telah berlangsung pada 15
Mac 2013 dan disertai oleh 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam,
Sekolah Kebangsaan Bukit Batu dan Sekolah Kebangsaan Nanga Medamit. Dalam
pertandingan tersebut, pasukan dari SK Kuala Medalam (A) telah menjadi juara diikuti
oleh pasukan dari SK Nanga Medamit di tempat kedua, SK Bukit Batu di tempat ketiga
dan SK Kuala Medalam (B) di tempat ke empat. Pemilihan peserta untuk mewakili zon
E telah dibuat melalui perbincangan bersama jurulatih dan empat orang pemain dari SK
Kuala Medalam, 3 orang dari SK Nanga Medamit dan 2 orang dari SK Bukit Batu telah
dipilh. Berikut adalah senarai nama pemain yang mewakili Zon E ke pertandingan
peringkat daerah Limbang:
NO. NAMA NO KAD
PENGENALAN
POSISI SEKOLAH
1 KERESTINA ANAK ANGGA 010828-13-0802 C SKKM
2 NICOLE SPEARS ANAK RENGAN 010607-13-0602 GA SKKM
3 LENNY ANAK MEMUAS 011012-13-0026 GS SKKM
4 ELYINA STEPHINE ZAKARIAH 011121-13-0658 WD SKKM
5 VAROLYNN ANNTUN ANAK BILLE 010605-13-0764 WA SKNM
6 OLYVIER GEORGE 010225-13-0340 GD SKNM
7 GEOVIENA EVA ANAK GARAN 010115-05-0112 GK SKNM
8 JESSNITA LEKA ANAK PETER 020402-13-1192 C (S) SKBB
9 CHRISTINE JOANE ANAK SEMU 010328-13-0474 GS (S) SKBB
Jadual 1 : Senarai Nama Pemain Bola Jaring
Bermula dari 3 April 2013 hingga 10 April 2013, kesemua pemain telah menjalani
latihan pusat di SK Kuala Medalam di bawah bimbingan Cik Nursuhana binti Ismail, Cik
Nursuhaida binti Suhaili dan Cik Tini ak Siga. Latihan dijalankan pada jam 8.00 pagi
hingga 11 pagi dan 4.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari. Antara latihan yang
dijalankan ialah latihan stamina, hantaran dan menerima bola, menjaring bola,
membuat halangan, pergerakan kaki dan strategi-strategi permainan. Latihan yang
dijalankan. Melalui latihan ini, sedikit sebanyak telah menyediakan pemain dari segi
mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan bola jaring pada peringkat daerah.
Pada 10 April 2013 pasukan Zon E telah menyertai pertandingan bola jaring
peringkat daerah yang diadakan di Stadium Tertutup Limbang. Zon-zon yang menyertai
pertandingan ini ialah Zon A, Zon B, Zon C, Zon D dan Zon E. Pertandingan dimulakan
seawal jam 8.30 pagi iaitu antara Zon A dan Zon D. Berikut adalah jadual perlawanan
peringkat liga kumpulan:
MASA PASUKAN PENGADIL
0815-0850 ZON B VS ZON E A,D
0850-0925 ZON A VS ZON D C,E
0925-1000 ZON C VS ZON E B,D
1000-1035 ZON B VS ZON D A,C
1035-1110 ZON A VS ZON C D,E
1110-1145 ZON D VS ZON E B,C
1145-1220 ZON B VS ZON C E,A
1220-1255 ZON E VS ZON A C,B
1255-1330 ZON C VS ZON D A,B
1330-1405 ZON A VS ZON B E,D
Jadual 2 : Jadual Perlawanan Peringkat Liga Kumpulan
Kesemua pemain telah menunjukkan saingan yang begitu sengit dalam
pertandingan ini. Dalam saingan yang pertama, Zon E telah memenangi perlawanan
mengalahkan Zon B dengan mata 15-8. Namun oleh kerana perlawanan yang beturut
selepas itu, pasukan Zon E tidak dapat menyaingi pasukan dari Zon C dan kalah
dengan mata 36-2. Dalam saingan yang seterusnya pasukan Zon E hampir menang
apabila mendahului 7-4 pada pusingan pertama dengan pasukan Zon D namun
akhirnya tewas di mana pasukan Zon D menang tipis dengan mata 14-13. Perlawanan
yang terakhir di antara Zon E menentang Zon A akhirnya memihak kepada Zon A
dengan kemenangan 16-11. Keputusan rasmi diumumkan dan kejuaraan telah
berpihak kepada Zon C, naib johan dari Zon A, tempat ketiga dari Zon D, tempat ke
empat dari Zon E dan tempat ke lima ialah Zon B. Berikut ialah keputusan penuh
perlawanan bola jaring peringkat daerah Limbang.
BIL PASUKAN KEPUTUSAN
1 ZON B VS ZON E 8-15
2 ZON A VS ZON D 18-1
3 ZON C VS ZON E 36-2
4 ZON B VS ZON D 1-20
5 ZON A VS ZON C 3-20
6 ZON D VS ZON E 13-14
7 ZON B VS ZON C 1-34
8 ZON E VS ZON A 11-16
9 ZON C VS ZON D 32-5
10 ZON A VS ZON B 20-4
Jadual 3 : Keputusan Perlawanan Bola Jaring Peringkat Daerah
Sepanjang sesi latihan dan perlawanan terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan yang dapat dilihat.
KEKUATAN
1. Stamina
Dari segi kekuatan, peserta dari Zon E mempunyai tahap stamina yang agak baik di
mana para peserta diberi latihan stamina yang mencukupi sepanjang sesi latihan pusat
dijalankan. Ini dibuktikan apabila para peserta dapat memberi saingan yang kuat
kepada kumpulan-kumpulan lain semasa pertandingan berlangsung.
2. Mempunyai minat terhadap permainan
Selain itu, para pemain juga mempunyai minat yang tinggi dalam permainan bola jaring
di mana mereka telah memberi komitmen yang begitu baik sepanjang sesi latihan pusat
dijalankan dan menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Pihak sekolah yang
terlibat juga memberi sokongan penuh dengan menghantar pemain-pemain yang dipilih
untuk menjalani latihan pusat dan juga turut hadir ke Stadium Tertutup Limbang untuk
memberi sokongan kepada para pemain semasa perlawanan.
KELEMAHAN
1. Pemilihan pemain yang terhad
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya pasukan bola
jaring menjadi lebih mantap pada masa akan datang. Pemilihan pemain sebenarnya
terhad kepada tiga buah sekolah sahaja dan ini menyebabkan pemilihan pemain yang
berpotensi tidak dapat dilakukan secara menyeluruh. Pada masa akan datang, sekolah-
sekolah yang mempunyai murid yang sedikit mungkin boleh hanya menghantar wakil
mereka semasa pertandingan peringkat Zon E dijalankan supaya dapat digabungkan
dengan pasukan yang sedia ada untuk menguji bakat murid-murid tersebut.
2. Tidak menjalani latihan yang cukup
Semasa pertandingan peringkat Zon E dijalankan, kebanyakan pemain dari sekolah
yang terlibat tidak menjalani latihan yang secukupnya di peringkat sekolah. Ini dapat
diperhatikan semasa perlawanan berlangsung di mana para pemain melakukan
kesalahan-kesalahan asas dalam permainan seperti kesalahan gerak kaki terutamanya,
halangan dekat, rempuhan dan kesalahan kawasan permainan. Jadi, apabila pemain-
pemain menjalani latihan pusat, mereka terpaksa diajar semula dengan latihan asas
permainan yang mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Sekolah-sekolah yang
mempunyai murid yang ramai sebenarnya mempunyai potensi yang besar
mengahasilkan pemain-pemain yang berbakat dan diharapkan agar pihak sekolah
mengambil inisiatif yang sepatutnya pada masa akan datang.
3. Kelemahan penyusunan jadual perlawanan
Selain daripada itu, semasa pertandingan peringkat daerah dijalankan beberapa
kelemahan dapat dilihat di mana penyusunan jadual pertandingan yang tidak sesuai.
Masa perlawanan bermula seawal jam 8.30 pagi di mana pasukan Zon E terlibat dalam
perlawanan pertama. Oleh kerana kelewatan pasukan tiba di stadium berpunca
daripada tiada surat rasmi yang mengumumkan masa perlawanan rasmi bermula,
pasukan Zon E telah diubah jadual kepada perlawanan kedua menyebabkan pemain
Zon E menghadapi dua permainan secara berturut-turut. Akibatnya para pemain tidak
dapat memberikan saingan kepada Zon C kerana keletihan pada perlawanan pertama.
Pihak penganjur tidak harus meletakkan pasukan Zon E dalam perlawanan pertama
kerana sedia maklum lokasinya di pedalaman.
4. Kelemahan sistem pengadilan
Selain itu, kelemahan dalam pengadilan juga merupakan faktor kekalahan pasukan Zon
E. Pengadilan yang tidak baik menyebabkan situasi berat sebelah berlaku dan memberi
impak kepada cara permainan. Permainan menjadi teratur dan pemain kelam kabut dan
menyebabkan banyak kekasaran dalam permainan berlaku. Pemain akhirnya menjadi
sangat agresif dan menyebabkan campur tangan pengadil yang lain menampakkan lagi
kelemahan sistem pengadilan tersebut. Pihak penganjur seharusnya memilih pengadil
yang berpengetahuan dalam sistem pengadilan dan tidak boleh menyerahkan kuasa
sepenuhnya kepada wakil zon untuk menjadi pengadil.
Perlawanan ini berakhir pada jam 5.00 petang setelah ucapan perasmian
penutup oleh Pengerusi penganjur pertandingan iaitu En. John Sungkai dan sesi
penyampaian hadiah berlangsung. Pemilihan wakil daerah ke perlawanan bola jaring
menentang pasukan Lawas pada 16 April 2013 diadakan di mana 6 orang pemain dari
Zon C, 2 orang dari Zon A dan seorang dari Zon D telah dipilih.
Disediakan oleh, 16 April 2013
………………………………….(NURSUHANA BINTI ISMAIL)
Jurulatih Bola Jaring Zon E,
SK Kuala Medalam, Limbang.
LAMPIRAN
SEMASA LATIHAN
SEMASA PERTANDINGAN