Upload
cik-ungu
View
3.687
Download
339
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
1/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya akhirnya dapat
menyiapkan tugasan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
iaitu Dr. Khaliza binti Saidin kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan
kepada saya untuk menyiapkan laporan sepanjang tempoh ROS berlangsung.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Sardon (SMKTS) iaitu Tuan Haji Sulaiman bin Rosdi, guru
pembimbing mata pelajaran Prinsip Perakaunan iaitu Puan Siti Nazar Hanum binti Abdul Manas
dan seluruh warga kerja sekolah yang telah memberikan kerjasama yang baik serta membantu
saya untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
Di kesempatan ini, saya turut berterima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong
dan menghulurkan bantuan untuk saya menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa kepada rakan-
rakan seperjuangan yang telah membantu saya sepanjang menyiapkan laporan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung semasa saya mendapatkan maklumat dan menyiapkan
laporan. Semoga hasil laporan ini dapat dijadikan rujukan dan digunakan semasa berkecimpung
dalam dunia pendidikan yang sebenar.
Sekian, terima kasih.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
2/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
PRAKATA
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) merupakan program pra latihan mengajar yang perlu
dilaksanakan oleh setiap pelajar jurusan pendidikan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
sebagai pendedahan awal terhadap situasi dan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang guru di
sekolah. Pelajar diharapkan dapat menyesuaikan diri di dalam komuniti sekolah dan memahami
dengan lebih jelas tentang iklim, pengurusan dan budaya sekolah dan bersedia untuk mengikuti
Rancangan Latihan Mengajar (RLM) pada masa akan datang.
Sepanjang empat minggu mengikuti ROS, pelajar dikehendaki menjalankan kajian di
sekolah secara individu dan perlu menyediakan laporan semua aspek yang telah ditetapkan dari
tiga komponen iaitu latar belakang sekolah, pengajaran dan pembelajaran (akademik) serta
pengurusan dan pentadbiran panitia.
Pelaksanaan ROS banyak memberikan manfaat kepada pelajar kerana pengalaman yang
dilalui secara pemerhatian boleh diaplikasikan oleh mereka apabila menyepadukan teori yang
dipelajari di universiti dengan amalan pengurusan bilik darjah di sekolah dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran. Guru bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada di
sekolah mahupun di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, kajian yang dilakukan dari semasa
ke semasa oleh pelajar yang mengikuti ROS dapat dijadikan sebagai panduan untuk
meningkatkan kualiti profesion keguruan pada masa akan datang.
Justeru, saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat saya
menyediakan laporan Rancangan Orientasi Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Sardon. Diharapkan laporan ini sedikit sebanyak dapat membantu sebagai bahan untuk kajian
para guru dan boleh digunakan oleh bakal pendidik di Universiti Utara Malaysia.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
3/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1. KOMPONEN 1: LATAR BELAKANG SEKOLAH
1.1 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Profil sekolah
Kod Sekolah : JEE 0018
Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Harian Biasa
Model dan Taraf Sekolah : Sekolah Menengah Harian Biasa dan
Bantuan Penuh Kerajaan
Sidang : Pagi dan Petang
Lokasi : Luar Bandar
Jenis Pelajar : Lelaki dan Perempuan
No. Tel : 07-4241020
No. Faks : 07-4244398
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon
JKR 940, Jalan SMKTS, 83100 Rengit,
Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
4/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1.2 KEDUDUKAN/LOKASI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon terletak di bahagian timur dan di
tengah-tengah kawasan Pekan Rengit dalam daerah Batu Pahat, Johor. Sekolah ini dikelilingi
dengan bangunan prasarana untuk kemudahan orang awam iaitu klinik kesihatan, pejabat pos,
pejabat tanah, bank dan deretan kedai. Sekolah ini juga berhampiran dengan dua buah sekolah
yang lain iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Rengit dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permata
Jaya. Lokasi sekolah ini strategik kerana menjadi tumpuan para ibu bapa dan pelajar dari
pelbagai kampung dan kawasan perumahan yang berdekatan terutamanya daripada sekitar
kawasan perkampungan. Sekolah ini juga menjadi pilihan bagi para pelajar yang berada di
sekitar kawasan Benut dan juga Senggarang untuk melanjutkan pengajian Tingkatan 6 dalam
aliran sastera.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
5/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
PELAN SEKOLAH SESI PAGI TAHUN 2012
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
6/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
PELAN SEKOLAH SESI PETANG TAHUN 2012
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
7/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1.3 SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon (SMKTS) dibina pada tahun 1964. Ia dibuka
dengan rasminya pada 1 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rengit. Kemudian,
dibina oleh kerajaan negeri Johor atas permintaan orang ramai di bawah pentadbiran Jabatan
Pelajaran Johor. Luas kawasan sekolah ini adalah lebih kurang 4.32 hektar.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mengandungi tujuh buah bangunan iaitu
Blok A yang mengandungi tujuh buah kelas dan pejabat. Bangunan Makmal Sains Teras,
Bangunan Sains Rumah Tangga, Bangunan Seni Perusahaan, dua buah bangunan tempat letak
basikal, dua buah rumah guru bertaraf G dan bangunan kantin serta sebuah koperasi. Keluasan
bangunan yang dibina pada peringkat awal iaitu pada tahun 1963/1964 merangkumi keluasan
2,943 meter persegi. Kos pembinaan bagi blok-blok bangunan dianggarkan kira-kira RM
100,000 mengikut nilai wang pada masa itu. Sekolah ini menggunakan dua bahasa pengantar
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sekolah yang dibina ini bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar sekolah yang
dikenali sebagai Sekolah Lanjutan Kampung dan juga menerima pelajar lepasan darjah 6
sekolah rendah dari kawasan Rengit, Senggarang dan Benut. Pada masa itu, sesi pengajaran
dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang yang mana telah menerima kemasukan
pelajar pertama seramai 480 orang. Tenaga pengajar pada masa itu pula seramai 21 orang
diketuai oleh En. Mohd Noor bin Yunus sebagai pengetua dan dibantu oleh En. Azrai bin Hj.
Ridzuan selaku guru penolong kanan dan Tn. Hj. Paiman bin Husin sebagai penyelia petang iaitu
pada tahun 1965. Pada tahun 1965, bangunan B telah didirikan yang merangkumi lapan buah
bilik darjah, sebuah bengkel elektrik, perpustakaan, tiga buah stor dan dua buah tandas pelajar
dengan keluasan 756 meter persegi dan sebanyak RM 151,200 telah dibelanjakan untuk
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
8/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
pembinaan bangunan ini. Pada tahun 1968, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan Rengit.
Seterusnya pada 22 Julai 1974, sekali lagi nama sekolah ini ditukar dengan nama
barunya iaitu Sekolah Menengah Tan Sri Sardon, Rengit. Nama Tan Sri Sardon dipilih bagi
mengabadikan dan mengenangkan jasa anak jati Sungai Kluang, Rengit yang terkenal sebagai
tokoh politik pentadbiran dan pemerintahan negeri dan juga negara iaitu Tan Sri Sardon bin
Jubir. Pengisytiharan secara rasmi nama barunya dibuat oleh En. Ahmad bin Salleh iaitu
Pengarah Pentadbiran Johor dalam majlis ucapan dan penyampaian hadiah pada tahun tersebut.
Namun begitu, nama ini hanya kekal selama lapan tahun sahaja. Pada tahun 1971, bangunan
Blok C telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar dengan keluasan 495 meter persegi.
Sebuah surau telah dibina pada 1979 dengan keluasan 96 meter persegi yang mana kos
perbelanjaannya sebanyak RM 9,000. Pada tahun 1980, sebuah bangunan lagi telah dibina
mengandungi tiga buah makmal sains tulen dan sebuah bilik perpustakaan yang baru. Pada 6
Februari 1982, Yang Berhormat Dato Musa Hitam yang ketika itu Timbalan Menteri Malaysia
mengisytiharkan nama baru sekolah ini iaitu kepada Sekolah Menengah Tun Sardon dalam
majlis perasmian bangunan baru sekolah ini. Pada tahun yang sama juga, dua buah rumah guru
lagi telah dibina dengan keluasan 576 meter persegi dengan kos perbelanjaannya sebanyak RM
71,000 bagi setiap bangunan. Pada tahun 1984, Blok D iaitu bangunan setingkat mengandungi
empat buah bilik darjah telah dibina di dalam satu projek iaitu Projek Kilat. Pada tahun 1989,
Blok E iaitu sebuah bangunan baru setingkat yang mengandungi empat buah bilik darjah telah
dibina melalui Projek Gotong-Royong dengan keluasan 396 meter persegi. Pada tahun 1991,
sebuah blok bangunan empat tingkat yang mengandungi 10 buah bilik darjah dan tiga buah bilik
makmal yang baru telah dibina bagi menampung pertambahan bilangan pelajar yang semakin
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
9/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
meningkat dengan keluasan 396 meter persegi. Melalui kajian soal selidik yang dijalankan, kos
pembinaan bangunan-bangunan di sekolah ini didapati dan didirikan daripada kerajaan Malaysia
dan melalui derma daripada orang kenamaan serta orang ramai.
Selain itu, ia juga turut menyediakan pelajaran berbentuk Vokasional Seni Perusahaan,
Sains Rumah Tangga dan juga Sains Pertanian. Pada tahun 1967, peperiksaan SRP dan LCE buat
kali pertamanya telah diambil oleh pelajar-pelajar sekolah ini. Ini diikuti pula dengan
peperiksaan SPM dan MCE pada tahun 1969. Pengajian tingkatan 6 telah dimulakan pada tahun
1988 di sekolah ini. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan STPM ini terdiri daripada
pelajar-pelajar berkelulusan SPM yang terpilih daripada sekolah menengah yang berhampiran.
Terkini, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon mempunyai 18 buah blok bangunan
termasuk bangunan koperasi yang baru dibina. Bangunan-bangunan ini telah berusia 47 tahun
dari tahun 1965 hingga tahun 2012. Manakala jumlah guru sekolah ini telah meningkat kira-kira
80 orang dan kakitangan bukan guru pula lebih kurang 15 orang. Pengetua yang sedang
berkhidmat di sekolah ini sekarang ialah Tn. Hj. Sulaiman Bin Rosdi.
Semenjak sekolah ini ditubuhkan banyak kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sama ada
dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Sehingga kini, sekolah ini akan terus
melayarkan bahteranya supaya dapat mencapai kecemerlangan yang tersendiri selaras dengan
misi dan visinya.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
10/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
1.4 FALSAFAH SEKOLAH
i. Mendidik pelajar bagi melahirkan modal insan yang beriman kepada Allah, patuhkepada Raja dan Negara, sentiasa cinta akan ilmu, kreatif dan berupaya menjadi
manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa
dan negara.
ii. Melahirkan pelajar yang mengamalkan ilmu yang diperolehinya untuk faedahmanusia sejagat.
1.5 MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH
Matlamat Sekolah
i. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dengan pencapaian PMR70%, SPM 100% dan STPM 100% melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti dan efektif.
ii. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.Objektif Sekolah
i. Meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam dan dalaman sekolah.- PMR: GPS 2.84 kepada 2.80
- SPM: GPS 5.47 kepada 5.46
- STPM: PNGK 2.64 kepada 2.80
ii. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru melalui kursusPeningkatan Profesionalisme Guru pada tahun 2012.
iii. Melahirkan pelajar yang bersahsiah cemerlang.iv. Meningkatkan kualiti pencapaian dan pengurusan dalam bidang kokurikulum.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
11/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
1.6 PIAGAM PELANGGAN
Dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan SMK Tun Sardon sebagai
sebuah sekolah yang unggul dan cemerlang selaras dengan moto sekolah: Murid
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, maka kami dengan penuh tekad dan iltizam
berjanji akan menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:
i. Mendukung sepenuhnya kehendak Falsafah Pendidikan Negara.ii. Menjamin untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu di samping
membentuk sahsiah yang mulia kepada semua pelajar.
iii.
Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang harmoni, bersih, ceria, menarik serta
selamat sesuai dengan konsep sekolah penyayang.
iv. Sentiasa bersedia menerima dan melayani pelanggan yang terdiri daripadapelajar-pelajar, ibu bapa, penjaga serta masyarakat yang berurusan dengan pihak
sekolah.
v. Berusaha mempertingkatkan sahsiah dan kualiti kepimpinan guru dan kakitangandi semua peringkat.
1.7 MISI DAN VISI SEKOLAH SERTA LAGU SEKOLAH
Misi Sekolah
Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti
Visi Sekolah
Menjadikan SMK Tun Sardon sekolah unggul penjana generasi terbilang
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
12/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
1.8 PRINSIP KERJA WARGA SMK TUN SARDON
1. Ketepatan waktu2. Komited3. Kerja berkumpulan (teamwork)4. Sistematik5. Kreatif, inovatif, proaktif dan inisiatif6. Berdisiplin7. Berketerampilan8. Bermotivasi
SUMBANGSIH USAHA JAYA
Marilah semua putera puteri bangsa
Sambut sumbangsih usaha jaya
Tanpa berleka padu tenaga
Mencapai cita-cita
Membina tekad hidup gagah berani
Membentuk sikap dan peribadi
Budaya bangsa serta agama
Panduan hidup kita
Dari petunjuk insan mulia
Berjanji dan berjasaHidup berbakti sepanjang masa
Membela nusa bangsa
Bersama
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
13/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
1.9 STRUKTUR PENTADBIRAN SEKOLAH
JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
STRUKTUR PENTADBIRAN AM
1. Jawatankuasa Dasar Sekolah2. Jawatankuasa Tatatertib Sekolah3. Jawatankuasa Maklumat Sekolah4. Jawatankuasa Kewangan Sekolah5.
Jawatankuasa Pengurusan Aset & Stor
6. Jawatankuasa Staf Sokongan7. Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
Pengetua
Tn. Hj. Sulaiman bin Rosdi
PK Pentadbiran
Pn. Mahani bintiMuhid
GKMP Bahasa
Pn. Hasmah binti Kasbin
GKMP Kajian Kemasyarakatan
Pn. Suhaila binti Sohot
GKMP Sains & Matematik
Pn. Muhaya binti Selamat
GKMP Teknik & Vokasional
En. Azhar bin Ab. Aziz
PK Hal EhwalMurid (HEM)
En. Jafri bin Tasri
PKKokurikulum
Tn. Hj. Jaafarbin Sami
PK Petang
En. Suhartoobin Kamaruddin
PK Tingkatan 6
Pn. Aida bintiSuyot
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
14/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
8. Jawatankuasa Kualiti Pengurusan & Kepimpinan Pengurusan Sekolah(PPKPS)
9. Jawatankuasa Perancangan Strategik Sekolaha) Pengurusan Kurikulum
i. Jawatankuasa Majlis Kurikulumii. Jawatankuasa MBMMBI
iii. Jawatankuasa Kajian Tindakaniv. Jawatankuasa Jadual Waktu & Guru Gantiv.
Jawatankuasa Penilaian & Pentaksiran
vi. Jawatankuasa Kelas Hikmah & Ibnu Sinavii. Jawatankuasa Tuisyen PIBG
viii. Jawatankuasa PINCHix. Jawatankuasa Headcount Sekolahx. Jawatankuasa Audit Dalaman
xi. Jawatankuasa Interactive Evaluation System (IES)xii. Jawatankuasa NILAM
xiii. Jawatankuasa Pencerapan P&P dan Penyeliaan Buku RampaianMurid
xiv. Jawatankuasa Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)b) Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)
i. Jawatankuasa Induk HEMii. Jawatankuasa Lembaga Disiplin
iii. Jawatankuasa Lembaga Pengawas
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
15/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
iv. Jawatankuasa Bimbingan & Kaunselingv. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar/Derma Luar
vi. Jawatankuasa Kesihatan, Pencegahan Denggi & Rawatan Pelajarvii. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
viii. Jawatankuasa Biasiswaix. Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM)
x. Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi (Sekolah)xi.
Jawatankuasa Sistem Makmulat Murid (SMM)
xii. Jawatankuasa Skim Simpananxiii. Jawatankuasa Penyelaras Dokumen Sijil Berhenti, Surat Akuan &
Sijil Penghargaan
xiv. Jawatankuasa Program HELLA & HELWAxv. Jawatankuasa Pengurusan Kad 001 & Buku Laporan Adab Pelajar
xvi. Jawatankuasa Pengurusan Buku Daftar & Jadual KedatanganPelajar
xvii. Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihatxviii. Jawatankuasa Kantin
xix. Jawatankuasa Antidadahxx. Jawatankuasa Makdis/Penghayatan Islam
xxi. Jawatankuasa Sekolah Selamatxxii. Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan
xxiii. Jawatankuasa Pembangunan Pelajar
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
16/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
xxiv. Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid Untuk Pencapaian(RIMUP)
xxv. Jawatankuasa Kelab Jenayahxxvi. Jawatankuasa Lawatan Sambil Belajar
c) Pengurusan Kokurikulumi. Jawatankuasa Majlis Kokurikulum
ii. Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Akademikiii. Jawatankuasa Pengurusan Kelabiv.
Jawatankuasa Pengurusan Badan Beruniform
v. Jawatankuasa Kelab Sukan & Permainand) Pengurusan Kewangane) Pengurusan Pejabatf) Pengurusan Kemudahan Fizikalg) Pengurusan Sumber Manusiah) Pengurusan Hubungan Luar
10. Jawatankuasa Penyelenggaraan, Keceriaan & Penyeliaan FizikalBangunan Sekolah
11. Jawatankuasa Pengurusan Pekerja Swasta12. Jawatankuasa Kebitaraan, Pengantarabangsaaan & Inovasi13. Jawatankuasa Induk TMK (Teknologi Maklumat & Komunikasi)14. Jawatankuasa Data EMIS15. Jawatankuasa Induk PUAS16. Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
17/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
17. Jawatankuasa Program Kecemerlangan Sekolah18. Jawatankuasa Majlis Rasmi, Protokol & Adat Istiadat Sekolah19. Jawatankuasa PIBG20. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi21. Jawatankuasa Dokumentasi Sekolah22. Jawatankuasa KGK23. Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah24. Jawatankuasa Pembangunan25.
Jawatankuasa Gerakan Payung
26. Jawatankuasa Seranta & Siaraya27. Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)28. Jawatankuasa Induk Dewan29. Jawatankuasa Kitar Semula30. Jawatankuasa Pendidikan Alam Sekitar31. Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber32. Ahli Jawatankuasa Majalah
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
18/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
1
2. KOMPONEN 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (AKADEMIK)
2.1 Matlamat
Program ROS dilaksanakan bagi mencapai matlamat tertentu yang membolehkan
guru pelatih melihat dan merasai sendiri kehidupan sebagai seorang guru. Sepanjang
program ROS, guru pelatih dikehendaki menyediakan laporan dari pelbagai aspek
berdasarkan kepada tiga komponen yang telah ditetapkan iaitu latar belakang
sekolah, pemantauan pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta pengurusan dan
pentadbiran panitia. Guru pelatih juga berpeluang untuk menimba pengalaman yang
sangat berguna sebagai persediaan untuk menceburi alam perguruan pada masa akan
datang.
2.2 Sukatan Pelajaran (Prinsip Perakaunan)
SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
PRINSIP PERAKAUNAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
2011
Bab 1: Pengenalan kepada Perakaunan
1.1 Pendedahan kepada Penyata Kewangan
1.2 Sejarah Perakaunan
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
19/45
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
20/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
5.1 Fungsi dan Jenis Lejar
5.2 Akaun Kawalan
Bab 6: Imbangan Duga
6.1 Fungsi Imbangan Duga
6.2 Hubungan antara Imbangan Duga dengan Penyata Kewangan
Bab 7: Penyata KewanganMilikan Tunggal
7.1 Pelarasan Akaun
7.2 Penutupan Akaun
7.3 Penyata Pendapatan
7.4 Kunci Kira-Kira
Bab 8: Perakaunan untuk Tunai
8.1 Kawalan Tunai
8.2 Penyata Penyesuaian Bank
8.3 Belanjawan Tunai dan Varian
Bab 9: Perakaunan untuk Penggajian
9.1 Dokumen Penggajian
9.2 Kawalan dalam Penggajian
9.3 Pengiraan Gaji
9.4 Kesan Penggajian ke atas Pendapatan
Bab 10: Perkongsian
10.1 Penubuhan Perkongsian
10.2 Ekuiti Pemilik dalam Perkongsian
10.3 Akaun Penamat
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
21/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
10.4 Kunci Kira-Kira
10.5 Pembubaran Perkongsian
Bab 11: Syarikat Berhad
11.1 Penubuhan Syarikat Berhad
11.2 Bentuk Modal
11.3 Ekuiti Pemilik dalam Kunci Kira-Kira Syarikat
Bab 12: Kelab dan Persatuan
12.1 Penubuhan Kelab dan Persatuan
12.2 Perbandingan Perakaunan Kelab dan Persatuan dengan Perakaunan
Entiti Perniagaan
12.3 Yuran
12.4 Penyata Penerimaan dan Pembayaran
12.5 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
12.6 Kunci Kira-Kira
Bab 13: Rekod Tak Lengkap
13.1 Punca Rekod Tak Lengkap
13.2 Kesan Rekod Tak Lengkap terhadap Penyata Pendapatan dan Kunci
Kira-Kira
13.3 Penentuan Pendapatan
13.4 Penentuan Aset dan Liabiliti dalam Kunci Kira-Kira
Bab 14: Pengenalan kepada Perakaunan Pengurusan
14.1 Konsep Kos
14.2 Kos Pengeluaran
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
22/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
14.3 Akaun Pengeluaran
14.4 Analisis Kos Volum Untung
Bab 15: Maklumat untuk Membuat Keputusan
15.1 Maklumat Pengurusan
15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah
15.3 Mentafsirkan Nisbah
2.3 Rancangan Pelajaran (Prinsip Perakaunan)
Rancangan Pengajaran merupakan satu rangka kerja bertulis yang terdiri daripada
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas atau makmal
berdasarkan kepada satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran terdiri
daripada dua kategori iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian.
2.3.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (seperti di Lampiran A)
Rancangan Pengajaran Tahunan ialah satu perancangan tahunan yang mengandungi
secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rancangan ini mempunyai beberapa ciri-ciri utama iaitu berdasarkan sukatan pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran, merangkumi sepanjang tahun, diolah mengikut kesesuaian kelas
dan tahap pencapaian murid dan disusun mengikut takwim sekolah.
Terdapat beberapa perkara yang terdapat dalam lajur Rancangan Pengajaran Tahunan
iaitu kelompok (masa pelaksanaan: tiga hingga empat minggu), tema dan tajuk, hasil
pembelajaran khusus (HPK), sistem bahasa dan pengisian kurikulum serta catatan
(peperiksaan/ujian bulanan, cuti sekolah, program/aktiviti sekolah, laman web, bahan bantu
mengajar, lembaran pengurusan grafik, hari sukan, cuti sekolah dan sebagainya.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
23/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
2.3.2 Rancangan Pengajaran Harian (seperti di Lampiran B)
Rancangan Pengajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pengajaran Tahunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak
mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Rancangan Pengajaran Harian mengandungi tarikh, hari, masa, tingkatan, mata pelajaran,
tajuk, objektif atau hasil pembelajaran, aras, nilai murni, kandungan, aktiviti P&P, pengetahuan
sedia ada, kemahiran KBKK, dan refleksi.
2.4 Laporan Pemantauan
2.4.1 Penyediaan Buku Rancangan Pengajaran
Buku Rancangan Pengajaran ataupun lebih dikenali sebagai Buku Rekod Pengajaran
hendaklah disediakan lebih awal sebelum guru memulakan aktiviti P&P. Guru perlu
menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian sepanjang sesi
persekolahan. Buku ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk mengikut kreativiti guru tersebut
dan hendaklah kemas serta diuruskan dengan sempurna. Segala maklumat hendaklah direkodkan
dengan lengkap dan hendaklah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini perlu dihantar pada setiap hari Jumaat
untuk disemak oleh pengetua sekolah.
2.4.2 Penyampaian dan Pengelolaan
Saya telah melakukan pencerapan ke atas guru pembimbing saya iaitu Puan Siti Nazar
Hanum binti Abdul Manas yang mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Saya berpeluang melihat sendiri kelas yang diajar oleh beliau iaitu Tingkatan 4/1, 4/3, 5/1 dan
5/3. Kelas-kelas ini digabungkan mengikut tingkatan kerana bilangan pelajar yang mengambil
mata pelajaran ini tidak ramai. Bagaimanapun, bagi kelas-kelas Tingkatan 5, sesi pengajaran
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
24/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
tidak terlalu ditekankan kerana pelajar lebih banyak membuat latih tubi dan mengulang kaji
sebagai persediaan untuk mereka menghadapi peperiksaan SPM.
Semasa saya mencerap beliau, beliau memulakan kelas selepas para pelajar yang
beragama Islam membaca selesai membaca doa. Sebelum sesi pengajaran bermula, beliau
mengemukakan soalan kepada pelajar sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai sesi
pengajaran yang lepas. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, ini merupakan set induksi
kerana beliau telah mengimbas kembali tajuk yang telah diajar pada sebelum ini. Beliau juga
dapat mengelolakan kelas dengan bijak dan telah menarik minat para pelajar untuk belajar mata
pelajaran Prinsip Perakaunan. Hal ini disebabkan oleh cara penyampaian beliau yang jelas dan
terperinci mengenai topik yang berkaitan pada waktu itu. Beliau akan memastikan keberkesanan
aktiviti P&P dapat dikekalkan dan sentiasa membimbing para pelajarnya. Bagi mencapai
objektif pembelajaran, beliau dapat menguruskannya dengan bersistematik semasa sesi P&P
berlangsung.
Selain itu, beliau juga mencipta sendiri formula yang mudah dan banyak menggunakan
kaedah chalk and talk serta memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang dan
menyelesaikan sendiri latih tubi yang diberikan pada akhir sesi pengajaran. Beliau sentiasa
bersedia untuk menjawab segala pertanyaan para pelajar dan biasanya jawapan yang terperinci
akan diberikan sehingga pelajar jelas dengan topik yang diajar. Beliau turut menggunakan
kaedah yang berbeza sepanjang sesi pengajaran seperti kaedah bercerita, perbincangan, dan
sebagainya. Kepelbagaian pada kaedah pengajaran dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti
P&P. Sepanjang pemerhatian saya, beliau banyak menggunakan kaedah soal-jawab dengan para
pelajar dan ini telah mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Teknik menyoal
yang digunakan oleh beliau boleh difahami oleh pelajar, amat berkesan dan mengasah minda.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
25/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
Beliau sangat peka dengan tindak balas yang ditunjukkan oleh para pelajarnya dan berusaha
untuk memastikan pelajar boleh menerima ilmu yang disampaikan oleh beliau.
Sebelum menamatkan kelas, beliau akan mengimbas kembali topik yang diajar pada
waktu itu dan membekalkan latih tubi kepada pelajar sebagai homework. Beliau juga
menggunakan penutup kognitif dan penutup sosial. Beliau turut memberikan motivasi kepada
pelajar supaya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah. Dari
aspek pengurusan kelas, beliau sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih, ceria dan dapat
mewujudkan suasana yang kondusif. Beliau turut menekankan peraturan yang perlu dipatuhi
oleh para pelajar semasa beliau sedang mengajar seperti tidak berbual-bual, tidak dibenarkan
makan semasa di dalam kelas dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat mendidik pelajar
supaya berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan.
Secara keseluruhannya, saya memuji cara penyampaian dan pengelolaan aktiviti
P&P beliau kerana beliau sentiasa menitikberatkan kecemerlangan pelajar dan sentiasa komited
dengan segala aktiviti pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas supaya pelajar tidak hilang
fokus dan mengekalkan minat terhadap mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
2.4.3 Keperibadian Guru
Sepanjang mengenali Puan Siti Nazar Hanum bin Abdul Manas, beliau merupakan
seorang yang mudah didampingi oleh para pelajarnya. Hubungan yang mesra antara guru dengan
pelajar dapat dilihat apabila para pelajar menghormati beliau dan boleh diibaratkan seperti rakan
sebaya. Kemesraan dan keramahan yang dipamerkan oleh beliau telah menyebabkan para
pelajarnya berasa selesa untuk mendampinginya dan beliau juga sentiasa menggalakkan pelajar
berjumpa dengannya sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan dengan mata pelajaran.
Beliau seorang yang sabar dalam melayan kerenah pelajar. Hal ini dapat dibuktikan apabila
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
26/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
beliau tidak jemu menerangkan secara berulang kali kepada pelajar yang kurang faham dengan
topik yang diajar. Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh beliau supaya pelajar berkenaan
tidak ketinggalan dan faham dengan apa yang telah diajar. Selain itu, beliau merupakan
seorang guru yang suka melawak dan unsur humor ini dapat dilihat semasa beliau mengajar. Ini
menjadikan pelajar tidak bosan untuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh beliau.
Sifat keibuan beliau menyerlah apabila beliau sering bertanyakan pelajar yang tidak hadir ke
kelas dan juga mengambil berat tentang kebajikan para pelajarnya.
Puan Siti Nazar Hanum juga merupakan seorang guru yang bersungguh-sungguh dan
komited dengan kerjayanya. Ini terbukti apabila beliau sentiasa peka dengan jadual waktu kelas
dan sampai tepat pada masanya. Beliau turut membuat persiapan awal sebelum mengajar. Segala
aktiviti P&P dijalankan secara terancang dan pelajar akan dibekalkan dengan latihan pengukuhan
sebelum tamat sesi pengajaran. Selain itu, beliau juga seorang yang kreatif terutamanya dari segi
pendekatan pengajaran. Beliau sering mengaitkan tentang apa yang diajar dengan kehidupan
seharian dan lazimnya contoh yang diberikan mudah untuk difahami oleh para pelajar.
Sifat keprihatinan beliau dapat ditunjukkan apabila beliau dapat mengesan pelajar yang
lambat faham dengan topik yang diajar. Oleh itu, beliau sanggup mengorbankan masa dengan
mengadakan kelas intensif terhadap kumpulan pelajar yang masih lemah penguasaannya dalam
topik tersebut. Walau bagaimanapun, layanan yang diberikan kepada pelajar adalah sama rata
dan tiada istilah pilih kasih terhadap para pelajarnya.
Secara keseluruhannya, beliau memiliki ciri-ciri peribadi yang menjadi pilihan tertinggi
pelajar iaitu simpati dan baik hati, suka menolong, sabar, tingkah laku dan pakaian, emosi yang
stabil dan kawalan diri yang baik. Namun demikian, ciri-ciri yang lain juga masih penting seperti
adil, suka melawak, jujur, menunjukkan kesungguhan dan kreatif. Ini merujuk kepada dapatan
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
27/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
kajian yang telah dilakukan oleh Abdull Sukor Shaari (1998) terhadap keterampilan pengajaran
pensyarah maktab perguruan dan turut dimiliki oleh guru pembimbing saya iaitu Puan Siti Nazar
Hanum.
2.4.4 Refleksi
Sepanjang melakukan pencerapan ke atas guru pembimbing saya, saya mendapati Puan
Siti Nazar Hanum merupakan seorang guru yang mahir dalam menguruskan pelajar dan juga
kelasnya. Lazimnya beliau dapat mengawal kelas dan pelajar dengan baik. Aktiviti P&P yang
dijalankan oleh beliau juga tersusun dan terancang seperti mana yang telah direkodkan di dalam
rancangan pengajaran harian. Justeru, seorang guru hendaklah memiliki pelbagai kemahiran dan
mencakupi seluruh aspek kehidupan. Guru perlu bersifat fleksibel dan serba boleh supaya
mereka dapat menguruskan kelas, pelajar, aktiviti P&P yang akan dijalankan dan juga
persekitaran mereka. Mengikut Mortimore (1995), ciri-ciri guru yang berkesan ialah mempunyai
kemahiran menguruskan bilik darjah, mempunyai ilmu keberkesanan bilik darjah dan boleh
merancang pengajaran dengan berkesan. Jelasnya, seorang guru perlu menguasai kemahiran
dalam menguruskan bilik darjah dan tingkah laku pelajar kerana kedua-duanya sangat penting
supaya mereka dapat mengawal kelas dan menjalankan aktiviti P&P secara berkesan. Dalam era
globalisasi dan liberalisasi ini, guru berdepan dengan pelbagai cabaran di sekolah. Guru bakal
berdepan dengan cabaran mendidik pelajarsuper learners, late bloomershinggalah kepada
membentuk sikap pelajar yang positif. Ini dapat dibuktikan apabila pelajar pendidikan di seluruh
universiti tempatan khususnya di Universiti Utara Malaysia (UUM) diwajibkan untuk mengikuti
aktiviti kokurikulum sama ada dalam bidang sains sukan ataupun kelab dan persatuan. Selain itu,
mereka juga telah didedahkan dengan kemahiran yang perlu ada sebagai seorang guru dengan
mengambil kursus-kursus wajib mahupun elektif pendidikan yang telah ditawarkan oleh pusat
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
28/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
pengajian pendidikan seperti psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, sains pengajaran dan
pembelajaran, psikologi sosial dalam pendidikan, pengurusan bilik darjah dan lain-lain lagi.
Mereka juga dilatih untuk mengajar di dalam kelas micro teachingdan diberikan bimbingan dan
nasihat daripada para pensyarah supaya dapat memperbaiki kaedah mengajar sebelum menjalani
praktikal di sekolah kelak. Mereka turut digalakkan untuk menganjurkan program-program
pendidikan supaya lebih bersedia untuk menghadapi realiti sebenar alam persekolahan dan alam
perguruan.
Selain itu, saya mendapati beliau juga seorang guru yang sentiasa dekat dengan para
pelajarnya. Beliau memiliki sifat keibuan, peramah, mesra, memahami, mengambil berat,
simpati, sabar, adil, berketerampilan, bersungguh-sungguh dan menepati masa. Justeru, seorang
guru yang baik perlu memiliki ciri-ciri kualiti peribadi guru yang unggul dan ciri-ciri profesional.
Kualiti peribadi bermaksud bertenaga, berkeyakinan diri, berkebolehan bekerja dengan orang
ramai dan mempunyai unsur humor. Kualiti-kualiti ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu komunikasi lisan, interaksi manusia dan juga kepimpinan (Shectman & Godfried, 1993;
Gugton, 1987; Dunkin & Barnes, 1986). Ciri-ciri komunikasi lisan ialah boleh berfikir secara
jelas dan tersusun, fasih bertutur, menguasai kosa kata dan boleh menyatakan sesuatu dengan
jelas. Guru perlu bijak menyesuaikan diri tidak kira dalam apa jua keadaan supaya pelajar
merasa selesa untuk mendampingi mereka. Keperibadian dan keterampilan guru akan dilihat dan
dinilai oleh pelajar. Oleh sebab itu, guru bertindak sebagai role modeldan secara tidak langsung
berkait rapat dengan tingkah laku pelajar mereka.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
29/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
2
3. KOMPONEN 3: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PANITIA
3.1 Struktur Organisasi Panitia
STRUKTUR ORGANISASI PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN 2012
3.2 Peranan/Falsafah/Misi/Visi/Matlamat/Objektif Panitia
Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaanahli-ahli panitia.
Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
tingkatan dan juga di antara tingkatan di mana ada kaitan.
PENGETUA
Tuan Haji Sulaiman binRosdi
GURU PENOLONG KANANPENTADBIRAN
Puan Mahani binti Muhid
GURU KANAN MATAPELAJARAN TEKNIK &
VOKASIONALEncik Azhar bin Ab. Aziz
KETUA PANITIA
Puan Siti Nazar Hanum
binti Abdul Manas
PENOLONG KETUAPANITIA
Cik Nurulain binti MdArif
Semua guru yang mengajar
mata pelajaran PrinsipPerakaunan
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
30/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yangdisediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank
soalan.
Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiappeperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pelajaran
dan pembelajaran.
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekalisepenggal dan mengadakan perjumpaan secara `ad-hoc jika perlu.
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atautidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu
yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar
serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut.
Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arahmemajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minitmesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
3.3 Peranan/Tugas Ketua Guru Panitia
3.3.1 Struktur dan Organisasi
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semuaguru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seseorang guru kanan yangdilantik sebagai ketua panitia oleh pengetua.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
31/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan
pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada pengetua atau penolong
kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau maklumat.
3.3.2 Peranan
Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau sentiasa dikemaskini untukkegunaan ahli-ahli panitia.
Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahunpersekolahan. Rancangan mengajar ini selaraskan diantara guru dalam sesuatu
tingkatan dan juga di antara dimana ada kaitan
Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakanoleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan pelajar.
Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksan (berasaskan sekolah) yangdisediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan jika perlu menubuhkan bank soalan sekolah.
Saling bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran denganpanitia-panitia di sekolah-sekolah yang lain.
Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah danmenjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran.
3.3.3 Tanggunggjawab
Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran danpembelajaran.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
32/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatifdan boleh mendorong serta meningkatkan kecenderungan murid terhadap pelajaran.
Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah danawam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi/ sasaran (target) yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
3.3.4 Jawatankuasa Bidang
Bidang teknik dan vokasional- Penyelaras panitia mata pelajaran teknik dan vokasional- Pencerapan mata pelajaran teknik dan vokasional- Belanjawan dan stok- Tabung kebajikan dan kesihatan pelajar- Keceriaan bilik khas PEP, LKJ, bengkel dan Bilik ERT
3.4 Peranan/Tugas Guru-Guru Panitia
1. Menjadi ahli panitia mata pelajaran.2. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Pekeliling Iktisas Bil
3/1999.
3. Memberi gerak kerja hands on kepada murid.4. Menyediakan soalan dan skema pemarkahan untuk ujian, peperiksaan dan amali.5. Menyemak nota, latihan dan kertas jawapan ujian dan peperiksaan.6.
Peka dengan perkembangan sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran.
7. Sentiasa berinisiatif dan menguatkan kemajuan pelajar dalam bidang teknologipengkomputeran.
8. Mendidik pelajar ke arah insan yang berteknologi.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
33/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
9. Menghadiri kursus dan seminar anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.
10. Bekerjasama dengan panitia dalam merancang, menyusun dan melaksanakanprogram panitia sekolah, PPD,JPN dan KPM.
11. Tugas-tugas lain yang berkaitan.3.5 Mesyuarat Panitia
Sebelum mengadakan mesyuarat panitia, surat makluman akan diedarkan seminggu
lebih awal. Mesyuarat panitia bagi Prinsip Perakaunan yang pertama telah diadakan pada awal
bulan Januari. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
Teknik dan Vokasional, ketua panitia dan semua guru yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan.
Antara isu-isu yang telah dibangkitkan ialah proses mengemaskini pengurusan panitia dan
aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan bagi sepanjang tahun. Selain itu, perbincangan lebih
lanjut diadakan untuk menangani masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Agenda mesyuarat akan ditentukan oleh sekolah dan ketua panitia. Seminggu selepas mesyuarat,
ketua panitia akan menghantar maklum balas minit mesyuarat ke pejabat untuk disimpan di
dalam Fail Induk.
3.6 Perancangan Strategik Panitia
Perancangan strategik merupakan satu perancangan jangka pendek atau panjang secara
cekap, teliti, berfokus, dengan mengambil kira budaya sesebuah organisasi. Rancangan yang
strategik haruslah mengandungi tajuk-tajuk dan sub-topik. Selain itu, rasional, matlamat, objektif
am, program panitia yang akan dijalankan. Setiap panitia mempunyai perancangan strategik bagi
meningkatkan prestasi kualiti organisasi dan membantu pengurusan supaya lebih tersusun dan
sistematik. Matlamat strategik bagi panitia Prinsip Perakaunan adalah untuk meningkatkan
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
34/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
peratus kelulusan Prinsip Perakaunan di dalam peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM).
Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan pada setiap tahun oleh panitia. Antara
program-program tersebut ialah kem motivasi, kelas tambahan terancang, solat hajat perdana,
program restu gemilang, soalan gerak gempur daerah, perkongsian ilmu (soalan daripada negeri-
negeri lain), pecutan akhir (soalan ramalan), kuiz Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas, dan
program bengkel teknik menjawab soalan SPM.
3.7 Penyeliaan/Pencerapan
Pencerapan merupakan satu proses penting dalam kerja-kerja penyeliaan sekolah. Melalui
pencerapan, pencapaian guru dapat diukur dan merupakan salah satu faktor penting dalam
penilaian pencapaian dan perkembangan guru terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Proses pencerapan dilakukan oleh seorang guru ditugaskan sebagai penyelia untuk memerhatikan
suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan oleh guru mata pelajaran
Prinsip Perakaunan iaitu Puan Siti Nazar Hanum binti Abdul Manas.
Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) adalah bertanggungjawab untuk melakukan
pencerapan dan menyelia guru Prinsip Perakaunan tersebut. Berdasarkan kepada temu bual yang
telah dijalankan bersama GKMP Teknik dan Vokasional, Encik Azhar bin Ab. Aziz, beliau
menyatakan proses pencerapan di SMK Tun Sardon pada dasarnya terbahagi kepada dua proses
iaitu pencerapan terhadap guru (proses pengajaran/pembelajaran di dalam kelas) dan pencerapan
terhadap buku latihan pelajar.
Encik Azhar akan melakukan pemantauan terhadap hasil kerja pelajar melalui semakan
buku latihan. Pemeriksaan tertumpu kepada latihan yang diberikan oleh guru, prosedur
menanda hasil kerja pelajar, ulasan membina, pembetulan tugasan yang salah oleh pelajar
mengikut keperluan mata pelajaran. Sekiranya terdapat masalah, perbincangan akan dibuat
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
35/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
dengan guru kelas atau guru yang mengajar bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan tersebut.
Setiap guru perlu memilih lima buah buku latihan pelajar secara rawak dan perlu diserahkan
kepada beliau untuk pencerapan berdasarkan jadual pencerapan yang telah disahkan oleh
Pengetua sekolah.
3.8 Peperiksaan/Ujian
Peperiksaan yang dijalankan di sekolah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon
tentang keseluruhan isi kandungan sukatan pelajaran yang meliputi kebolehan-kebolehan
memahami, mentafsir maklumat, mengaplikasi dan membuat penilaian tentang perakaunan.
Selain itu, peperiksaan bertujuan menguji kemahiran calon-calon yang merangkumi pemahaman
terhadap konsep- konsep, prinsip-prinsip, kaedah-kaedah dalam amalan perakaunan dan
pengendalian akaun-akaun yang tekal dan jitu.
Merujuk kepada perancangan akademik tahunan yang telah disediakan, pelbagai ujian
bulanan akan dilaksanakan sepanjang tahun pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat dua
peperiksaan besar di peringkat sekolah yang akan dijalankan iaitu peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun. Peperiksaan pertengahan tahun akan dilaksanakan pada bulan Mei manakala
peperiksaan akhir tahun akan dijalankan pada bulan November.
Kesemua soalan untuk peperiksaan di peringkat sekolah bagi mata pelajaran Prinsip
Perakaunan akan disediakan sama ada oleh guru-guru Prinsip Perkaunan sekolah masing-masing
ataupun oleh penggubal-penggubal soalan negeri. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah turut
merancang untuk mengadakan peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut sekurang-kurangnya dua
kali setahun.
Kertas peperiksaan Prinsip Perakaunan pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kertas
satu (bahagian objektif), kertas dua (bahagian subjektif) dan kertas tiga (kerja kursus). Bagi
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
36/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
kertas satu, terdapat 40 soalan dengan pemberatan markah sebanyak 40 markah. Kertas dua pula
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Terdapat empat soalan di
bahagian A di mana pelajar wajib menjawab kesemuanya dan dua soalan di bahagian B di mana
pelajar dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Markah keseluruhan bagi kertas dua ialah 80
markah. Penentuan gred pencapaian keseluruhan bagi kertas tiga ditentukan melalui gred elemen
yang akan menentukan julat dalam bentuk unit numerik.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
37/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
3.9 Peruntukan Kewangan Panitia
Setiap sekolah bantuan penuh kerajaan menerima peruntukan kewangan daripada pihak
KPM. Peruntukan itu akan diagihkan kepada setiap panitia. Bagi panitia Prinsip Perakaunan,
perbelanjaan yang dibenarkan pada tahun 2012 adalah sebanyak RM255.00 dengan bilangan
pelajar seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SARDON
JKR 940, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR
ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)
Tahun 2012
MATA PELAJARAN : PRINSIP PERAKAUNAN
ANGGARAN PERUNTUKAN : RM 255.00
BIL PERKARA
ANGGARAN
PERBELANJAAN
(RM)CATATAN
1. BUKU LATIHAN
TINGKATAN 4 & 5 ( SKILL
PRACTICE)
225.00 30 UNIT
JUMLAH225.00
Jumlah anggaran perbelanjaan ialah : Ringgit Malaysia Dua ratus dua puluh lima sahaja.
Disediakan oleh,
...........................
(Siti Nazar Hanum binti Abdul Manas)
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
38/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
3.10 Peralatan dan Kemudahan Panitia
Setiap panitia mempunyai peralatan dan kemudahan yang disediakan untuk digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Bagi panitia Prinsip Perakaunan, para pelajar diberikan
pinjaman buku teks Prinsip Perakaunan bagi tingkatan 4 dan 5 melalui Skim Pinjaman BukuTeks
(SPBT). Selain itu, panitia Prinsip Perakaunan sentiasa mendapatkan bahan rujukan baru dan
terkini bagi kemudahan rujukan para guru dan pelajar.
Selain itu, panitia dan guru serta semua pelajar Prinsip Perakaunan diberikan kebebasan
untuk menggunakan semua kemudahan infrastruktur sekolah yang merangkumi pusat sumber
sekolah, perpustakaan , dewan dan sebagainya tetapi masih di bawah pengawasan pihak sekolah.
Bagi panitia Prinsip Perakaunan, terdapat juga software IT Base yang disimpan oleh ketua
panitia.
SENARAI BUKU TEKS DAN RUJUKAN
MATAPELAJARAN : PRINSIP PERAKAUNAN
MATAPELAJARAN : PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN : 4 & 5RUJUKAN : Buku Rujukan Terbitan Sasbadi
(NEXUS PRINSIPPERAKAUNAN)
Nama pengarang: Zan Asri Tasir dan Tan Siew Lian
MATAPELAJARAN : PRINSIP AKAUN
TINGKATAN : 4
RUJUKAN : Buku Teks Prinsip Akaun , Penerbitan Pelangi Sdn. BhdPrinsip Akaun
MATAPELAJARAN : PRINSIP PERAKAUNANTINGKATAN : 5RUJUKAN : Buku Teks Prinsip Akaun
: Fokus e-masteri Spm Perdagangan terbitan Pelangi
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
39/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
3
3.11 Sistem Fail Panitia
Sistem fail panitia perlu mengikut prosedur kualiti yang telah ditetapkan di bawah PK01 -
Pengurusan Panitia di dalam SPSK. Berikut merupakan senarai kandungan yang perlu ada di
dalam fail panitia mata pelajaran.
SEKOLAH..............................................................................................................................
SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN
PANITIA : .................................................................................................
No.
FailNama fail Kandungan Fail Catatan
1 Fail Induk a. Surat-surat perhubungan luar /dalaman
b. Carta Organisasi kurikulum danpanitia
c. Jawatankuasa panitiad. Pekeliling-pekeliling ikhtisas
berkaitan panitia.
Fail putih
2 Sukatan Pelajaran a. Sukatan Pelajaranb. Huraian Sukatan Pelajaranc. Rancangan Pelajaran Tahunand.
Senarai Bahan Bantu Mengajar danKedudukannya
e. Senarai buku teks dan rujukan.
Fail Kulit
Keras
3 Mesyuarat Panitia a. Surat Panggilan Mesyuaratb. Minit Mesyuaratc. Kedatangan mesyuarat
Fail putih
4 Program Kecemerlangan a. Perancangan Strategikb. Laporan-laporan programc. Program perkembangan stafd. Kajian Tindakan
Fail Kulit
Keras
5 Peperiksaan a. Jadual peperiksaanb.
Jadual penyedia soalanc. Analisis Peperiksaan Sekolah danPeperiksaan Awam
d. Analisis Headcounte. Post Mortem / Audit Akademik
Fail putih
6 Penyeliaan/ pencerapan a. Jadual Penyeliaanb. Borang penyeliaan Fail putih
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
40/45
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
41/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
4
3.12 Stok dan Inventori Panitia
Stok dan inventori panitia meliputi himpunan soalan-soalan peperiksaan yang telah
dijalankan oleh panitia.
3.12.1 Buku Stok Panitia
Buku stok panitia merupakan buku yang mengandungi catatan barang/bekalan yang
diterima. Bagi pengeluaran stok mestilah direkodkan di dalam daftar stok dan ditandatangani
oleh penerima. Pembantu tadbir hendaklah merekodkan setiap daftar stok pejabat untuk
kegunaan panitia Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas dalam buku stok seperti buku rujukan,
kertas, buku latihan dan sebagainya. Dalam buku stok perlu dicatatkan nama sekolah, nombor
pesanan serta kuantiti yang diterima atau keluaran. Contoh Buku Stok :
DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT
____________________
____________________
____________________ UNIT PENGUKURAN:
Pesanan
Diterima
daripada /
dikeluarkan
kepadaTarikh Kuantiti
yang
diterima
Keluaran Baki Nama Tandatangan
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
42/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
4
3.12.2 Borang Pesanan dan Prosedur Pembelian
Borang pesanan digunakan untuk memesan peralatan dan keperluan panitia. Ia
mempunyai empat salinan iaitu salinan pertama hendaklah dikembalikan bersama dengan invois
pembeli. Manakala salinan kedua hendaklah disimpan oleh pembekal ataupun kontraktor.
Pesanan akan dibatalkan sekiranya barang-barang tidak diterima sebelum tarikh tersebut. Salinan
seterusnya mestilah dikirimkan kepada penerima barang-barang, diisikan dan dipulangkan
bersama-sama dengan pesanan awal pemesan. Borang terakhir pula ditinggalkan di dalam buku
pesanan.
Seterusnya, proses Arahan Perbendaharaan (AP) iaitu surat yang dikeluarkan oleh
kementerian dan jabatan yang berkaitan tentang prosedur kewangan dan perakaunan termasuk
prosedur berkaitan bagi memungut, menyimpan dan membayar wang awam persekutuan dan
negeri bagi membeli, menyimpan dan melupus harta awam kecuali tanah dalam persekutuan
negeri.
3.13 Prestasi Panitia
Setiap guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan akan mengumpul markah para pelajar dan
akan disatukan bagi menghasilkan Analisa Ujian/Peperiksaan Pertengahan serta Akhir Tahun.
Analisa akan dibuat terhadap pencapaian dari segi keputusan peperiksaan di peringkat sekolah
dan terhadap mata pelajaran. Secara keseluruhannya, panitia ICTL SMK Chalok (Model Khas)
telah menunjukkan peratus peningkatan yang kecil sejak dari tahun 2004 sehingga 2012 tetapi
mencapai peratus yang tinggi.
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
43/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
4
4. KOMPONEN 4: PENGALAMAN SEPANJANG ROS
Sepanjang proses pemerhatian ROS dan pencerapan terhadap guru pembimbing, saya
mendapati bahawa seorang guru perlu mempunyai pengetahuan pedagogi yang mendalam dalam
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran pedagogi sangat
penting dan merangkumi aspek pengetahuan dalam menentukan matlamat, objektif dan hasil
pembelajaran, gaya pengajaran guru dan pembelajaran pelajar, strategi, pendekatan, kaedah,
teknik pengajaran dan sebagainya. Guru perlu jelas dengan konsep sebenar pedagogi dengan
mengambil kira segala faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran kelas dan pelajar supaya
aktiviti P&P dapat dijalankan secara berkesan. Berdasarkan pemerhatian saya, guru yang
berpengalaman mengajar lebih menguasai kemahiran pedagogi berbanding dengan guru-guru
yang baru diserap dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana terdapat dua orang guru pelatih yang
turut bersama menjalankan latihan mengajar selain saya yang sedang menjalankan ROS. Saya
turut berpeluang mencerap mereka dan mendapati para pelajar di dalam kelas tersebut tidak
dapat dikawal dengan baik. Justeru, saya mengharapkan pusat pengajian pendidikan di seluruh
universiti tempatan khususnya, lebih banyak menawarkan kursus-kursus pendidikan yang
menekankan ilmu pedagogi supaya dapat melahirkan bakal guru yang lebih kompeten dan
berkualiti. Selain itu, saya sebagai seorang pelajar pendidikan menyeru kepada semua bakal guru
agar menguasai sepenuhnya pengetahuan pedagogi sebelum menjejakkan kaki ke alam
perguruan.
Seterusnya, seorang guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah terutamanya dari
segi menguruskan tingkah laku para pelajarnya. Kemahiran dalam menguruskan bilik darjah
merangkumi kemahiran menyusun dan mengurus kelas, aktiviti pembelajaran, tingkah laku
pelajar, diri guru itu sendiri serta membina peraturan, rutin dan prosedur pengajaran. Namun
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
44/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH SMK TUN SARDON (SMKTS)
4
demikian, guru perlu menguruskan bilik darjah secara fleksibel dan bersesuaian dengan para
pelajarnya. Hal ini disebabkan oleh pelbagai tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh pelajar
pada masa sekarang sehinggakan sesetengah sikap pelajar ini telah mendatangkan masalah
kepada guru. Oleh itu, seorang guru perlu bersedia dari segi fizikal dan terutamanya dari segi
mental, bersikap profesional dan berfikir secara matang dalam menguruskan tingkah laku pelajar
berkenaan. Sebagai contoh, guru yang hendak menguruskan tingkah laku pelajar yang pasif di
dalam kelas. Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang menceriakan dan menggalakkan
para pelajarnya saling berinteraksi antara satu sama lain. Tindakan ini sekurang-kurangnya dapat
menangani masalah pelajar yang pasif dan menggalakkan pelajar supaya lebih melibatkan diri
dalam aktiviti P&P. Justeru, pusat pengajian pendidikan dan pihak sekolah diharapkan dapat
berganding bahu dan memberi peluang kepada bakal guru untuk melaksanakan lebih banyak
program khas bersama pelajar sekolah.
Perumpamaan guru ibarat lilin dan guru sebagai role model sememangnya memerlukan
komitmen yang tinggi daripada guru itu sendiri. Beban tugas yang semakin banyak
menyebabkan mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan kadang kala wang ringgit untuk
memenuhi aspirasi pendidikan negara. Guru juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
dan bersifat lebih terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan penambahbaikan di dalam
dasar pendidikan negara. Sepanjang menjalankan ROS, saya telah diperkenalkan dengan dasar
pendidikan baru iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk pelajar Tingkatan 1, serta
beberapa sistem pemantauan untuk sekolah seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS),
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG). Saya
juga turut berpeluang merasai pengalaman bagaimana memasukkan data (key-in) seperti
keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar Tingkatan 2, 3 dan 4 untuk SAPS. Selain itu,
7/27/2019 Laporan ROS Lengkap
45/45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
saya telah didedahkan dengan beberapa prosedur kualiti di dalam SPSK yang pada masa itu
dilakukan oleh audit dalaman sekolah dan merekodkan segala aktiviti ko-kurikulum dan kursus
yang telah diikuti oleh guru sekolah tersebut serta program nilam dalam kalangan guru. Tidak
dapat dinafikan tugas guru semakin banyak dan guru perlu mempunyai kemahiran dalam bidang
teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) ataupun lebih dikenali sebagai information,
communication and technology (ICT). Pengalaman seperti ini amatlah berharga bagi saya dan
semestinya dapat mendekatkan saya dengan realiti sebenar yang dialami oleh guru pada masa
kini. Tidak mustahil pada masa akan datang, bakal guru seperti saya akan menghadapi juga
keadaan ini dan kemungkinan besar lebih hebat dan mencabar kredibiliti sebagai seorang guru.
Jelasnya, pelajar pendidikan harus didedahkan dengan kemahiran TMK di samping melibatkan
diri secara aktif dalam bidang ko-kurikulum di peringkat universiti dan giat mengamalkan
budaya membaca supaya dapat meningkatkan pengetahuan am dari pelbagai aspek kehidupan
serta lebih peka dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan.