6
LEMBARAN KERJA PENGAYAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS Pencari Kayu Api Pada suatu masa dahulu, ada seorang pencari kayu api yang baik hati bernama Mergen. Dia suka menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Pada suatu hari, Mergen pergi ke hutan. Tiba-tiba, dia terdengar suara meminta tolong. ”Wahai Mergen, tolonglah lepaskan aku!” rayu rusa. Mergen pun segera melepaskan rusa tersebut. ”Kalau engkau memerlukan bantuan aku, panggilah nama aku,” kata rusa. Kemudian, Mergen meneruskan perjalanannya. Dia ternampak semut yang terapung-apung di atas air. Mergen terus menolong semut yang terapung-apung di atas air. Mergen terus menolong semut itu. Kata semut. ”Terima kasih, Mergen. Kalau kamu memerlukan pertolongan, panggillah aku.” Semasa menyusuri sungai pula, Mergen ternampak seorang perawan yang cantik. Dia terpikat lalu melamarnya. Perawan itu bersetuju, tetapi Mergen harus menunaikan permintannya. ”Saya mahu kamu menghauskan tapak kasut besi ini. Saya berikan tempoh sehingga malam ini,” kata perawan itu. Mergen berfikir sejenak lalu memanggil nama rusa. ”Tolonglah saya menghauskan tapak kasut ini.” Rusa pun menyarungkan kasut itu lalu berlari ke dalam hutan. Menjelang malam, rusa memulangkan kasut yang telah haus tapaknya kepada Mergen.

Lembaran Kerja Pengayaan Kemahiran Membaca

Embed Size (px)

DESCRIPTION

..

Citation preview

LEMBARAN KERJA PENGAYAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS

Pencari Kayu ApiPada suatu masa dahulu, ada seorang pencari kayu api yang baik hati bernama Mergen. Dia suka menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Pada suatu hari, Mergen pergi ke hutan. Tiba-tiba, dia terdengar suara meminta tolong.Wahai Mergen, tolonglah lepaskan aku!rayu rusa. Mergen pun segera melepaskan rusa tersebut. Kalau engkau memerlukan bantuan aku, panggilah nama aku,kata rusa. Kemudian, Mergen meneruskan perjalanannya. Dia ternampak semut yang terapung-apung di atas air. Mergen terus menolong semut yang terapung-apung di atas air. Mergen terus menolong semut itu. Kata semut. Terima kasih, Mergen. Kalau kamu memerlukan pertolongan, panggillah aku. Semasa menyusuri sungai pula, Mergen ternampak seorang perawan yang cantik. Dia terpikat lalu melamarnya. Perawan itu bersetuju, tetapi Mergen harus menunaikan permintannya. Saya mahu kamu menghauskan tapak kasut besi ini. Saya berikan tempoh sehingga malam ini,kata perawan itu.Mergen berfikir sejenak lalu memanggil nama rusa.Tolonglah saya menghauskan tapak kasut ini.Rusa pun menyarungkan kasut itu lalu berlari ke dalam hutan. Menjelang malam, rusa memulangkan kasut yang telah haus tapaknya kepada Mergen. Mergen berjaya menunaikan permintaan pertama perawan itu. Kemudian, Mergendiminta pula mengutip beras yang ditabur di sepanjang jalan. Mergen memanggil semut untuk membantunya. Wahai semut kawanku, tolonglah kutip beras di sepanjang jalan ini.Beberapa saat kemudian, beribu-ribu ekor semut berkumpul lalu mengutip semua beras itu. Menjelang malam itu juga, beras berjaya dikumpulkan oleh semut itu. Akhirnya, perawan itu bersetuju mengahwini Mergen. Mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.A. Jawab soalan pemahaman yang berikut berdasarkan cerita Pencari Kayu Api.

1. Siapakah Mergen ?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Apakah sifat-sifat yang ada pada pencari kayu api itu?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Apakah syarat perawan itu jika Mergen ingin mengahwininya ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.Berjayakah Mergen memenuhi syarat-syarat perawan itu? Bagaimanakah Mergen menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh perawan itu ?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerita Pencari Kayu Api?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

B. Bina ayat berdasarkan perkatan yang berikut.

1. perawan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. pemuda

3. kasut

4. beras

5. air

LEMBARAN KERJA PENGAYAAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Aktiviti Telefon RosakBilangan Pemain : Tidak terhadKawasan : Kawasan lapangAlatan Permainan : Petikan pendek

Peraturan permainan:1. Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut.2. Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat.3. Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yangketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga.4. Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepadapemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir.5. Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kitabanding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan tadi.Contoh petikan : Mak cik Halimah menyuruh anaknya, Halimaton ke kedai Pak Halim seberang jalan sebelahpokok ketapang membeli kicap, beras, bawang, dan gula halus naik basikal tua milik Nek Mah