44
1 Cahaya AJAIBNYA bersedekah MINDA SOLEH RAMADHAN KALI INI MUSYKIL AGAMA CAHAYA IMAN MALAYSIA: Negara Islam Berlandaskan Ahli Sunnah Wal-Jamaah CERPEN PULANGLAH AYAH Hukum Menghisap ROKOK ELETRONIK dan VAPE SESUATU TENTANG KITA

majalah cahaya siri 1/2016

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: majalah cahaya siri 1/2016

1Cahaya

AJAIBNYAbersedekah

MINDA SOLEH

RAMADHANKALI INI

MUSYKIL AGAMA

CAHAYA IMAN

MALAYSIA:Negara Islam Berlandaskan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

CERPEN

PULANGLAH AYAH

Hukum MenghisapROKOK ELETRONIKdan VAPE

SESUATU TENTANG KITA

Page 2: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya2

Page 3: majalah cahaya siri 1/2016

3Cahaya

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini juga al-Qur’an diturunkan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu…….”). (Surah al- Baqarah:Ayat 185)

Pahala dapat direbut dengan berlipat kali ganda kerana di bulan ini juga pintu-pintu syurga dibuka sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sheikh Ibnu Utsaimin RA mengatakan ”Pintu-pintu syurga dibuka pada bulan ini karena banyaknya amal salih dikerjakan sekaligus untuk memotivasi umat Islam supaya melakukan kebaikan. Pintu-pintu neraka ditutup karena sedikitnya maksiat yang dilakukan oleh orang yang beriman.Syaitan-syaitan diikat kemudian dibelenggu, tidak dibiarkan terlepas seperti di bulan selain Ramadhan.”

Selain itu,terdapat di bulan Ramadhan ini juga Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh kemuliaan dan keberkatan di mana suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur’an) ini pada Lailatul Qadar (1), dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?(2) Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan (3)....” (Surah al-Qadr: Ayat 1-3). Dan firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur’an itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab) ” . (Surah ad-Dukhaan: Ayat 3)

Ibnu Abbas, Qatadah dan Mujahid mengatakan bahawa “malam yang diberkahi tersebut adalah malam Lailatul Qadar”. Oleh itu umat Islam perlu merebut pahala sebanyak-banyaknya di bulan yang mulia ini dengan mengerjakan amal salih sebagai bekalan di akhirat kelak. Oleh itu amal salih ini perlu diteruskan pada setiap masa dan ketika untuk kita beramal ibadat kepada Allah SWT seperti antaranya:1. Mengerjakan solat sunat tarawih.2. Solat-solat sunat yang lain.3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.4. Memberikan hidangan berbuka puasa.5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT.7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh

menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

PenaungTan Sri Dato’ Haji Othman bin MustaphaKetua PengarahJAKIM

PenasihatDato’ Haji Razali bin ShahabudinTimbalan Ketua Pengarah(Pembangunan Insan)JAKIM

Ketua PengarangHaji Hashim bin Salleh

PengarangWan Nadzirah binti Wan Mohamad

PenyuntingBaharuddin bin MalekNor Hashimah binti EmbongNor Simah binti KhalimSiti Kasmah binti Kassim

Pembantu PengarangMohd Nasuha bin Aman@ Ab Rahman

Rekabentuk & PercetakanAttin Press Sdn. Bhd.

Pengurus EdaranMohd Rashidi bin Mohd Jamil

Pembantu EdaranErniza binti Mat kassimMohd Suhaidil bin Shukri

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jakim.Majalah CAHAYA diterbitkan secara online oleh Jakim bermula tahun 2016. Sidang pengarang berhak melakukan perubahan ke atas karya yang dikirim selagi tidak mengubah isi kandungannya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Jakim. Segala sumbangan yang dikirim tidak akan dikembalikan, sama ada disiarkan ataupun tidak. Sidang pengarang juga tidak bertanggungjawab atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirim melalui pos dan e-mel.

Rebutlah Pahala Di Bulan

Pengarang

amadhan

DARI MEJASidangREDAKSI

R

Page 4: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya4

ISI KANDUNGAN

Ajaibnya Bersedekah

10

Keteguhan Penghayatan Agama dalam Membentuk Personaliti Kepimpinan (Siri 2)

Menyingkap Tabir Bahagia

Ramadhan Kali ini

Ibn al-Haytham

Perpustakaan Mini di Rumah, Hidupkan Budaya Membaca

Hukum Menghisap Rokok Eletronik dan Vape

Konsep Kebersihan Islam

Dia Khairunnisa’

Puisi Buat Seorang Teman

Malaysia: Negara Islam Berlandaskan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Pulanglah Ayah

Keistimewaan Bulan Ramadhan

5 12 22

32

35

38

2

25

28

16

18

19

Standing at the Fore

8

Cahaya4

Page 5: majalah cahaya siri 1/2016

5Cahaya

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa bagi umat Islam. Ianya mempunyai banyak kelebihan

berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah Ia berpuasa bulan itu: dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: Ayat 185).

Dalam ayat al-Qur’an ini, Allah SWT menyebut dua keistimewaan yang terdapat dalam bulan Ramadhan:

1. Diturunkannya al-Qur’an di dalam bulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia

dari kegelapan menuju cahaya. Dengan kitab ini, Allah SWT memperlihatkan kepada mereka kebenaran (al-haq) dari kebatilan. Kitab yang di dalamnya terkandung kemaslahatan (kebaikan) dan kebahagiaan (kemenangan) bagi umat manusia, serta keselamatan di dunia dan di akhirat.

2. Diwajibkannya berpuasa di bulan tersebut kepada umat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana perintah Allah SWT dalam firman-Nya (yang bermaksud):

Oleh: Nurfatehah Khasim

Bulan ini juga dikenali sebagai “Syahrul al-Jihad” iaitu berjihad melawan hawa nafsu sendiri. Ianya bukanlah perkara mudah untuk mengawal dan mengendali hawa nafsu diri sendiri, kerana orang yang kuat imannya sahaja berjaya menanganinya.

Bicara Cahaya

Page 6: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya6

“..... Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu….” (Surah al-Baqarah: 185).

Dalam bulan Ramadhan ini, Allah SWT menurunkan rahmat-Nya dengan pahala yang berganda, hidayah dan keampunan-Nya. Ramadhan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan ini umat Islam dituntut berpuasa dan juga menunaikan solat tarawih. Selain itu, Allah SWT memberi peringatan kepada umat Islam, bahawa pada bulan inilah terdapatnya Lailatul Qadar, memperbanyakkan membaca al-Qur’an, membayar zakat fitrah dan diakhiri dengan sambutan Aidilfitri. Bulan Ramadhan juga disebut sebagai “Syahrul at-Tarbiyah” atau “Bulan Pendidikan”, di mana kita boleh menjaga kesihatan tubuh kita dengan

memberikan kerehatan kepada perut untuk sementara waktu.

Bulan ini juga dikenali sebagai “Syahrul al-Jihad” iaitu berjihad melawan hawa nafsu sendiri. Ianya bukanlah perkara mudah untuk mengawal dan mengendali hawa nafsu diri sendiri, kerana orang yang kuat imannya sahaja berjaya menanganinya. Jihad melawan nafsu bertujuan untuk menyuci dan memurnikan nafsu kita untuk kembali semurni-murninya iaitu dalam keadaan fitrah. Bulan Ramadhan disebut juga sebagai bulan ibadah kerana pada bulan ini disunatkan kepada umat Islam untuk melakukan ibadah sunat seperti solat sunat Dhuha, Rawatib dan Tarawih ataupun Qiyamullail serta Tadarus al-Qur’an.

Selain itu, dalam bulan ini juga berlakunya Perang Badar iaitu peperangan yang terjadi antara orang-orang beriman dengan orang-orang kafir pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2H. Ia juga merupakan perang pertama yang berlaku dalam Islam. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Makkah.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 orang berhadapan dengan tentera musyrikin berjumlah 1,000 orang yang lengkap bersenjata. Tentera Islam telah memenangi peperangan tersebut. Tentera musyrikin telah terkorban seramai 70 orang dan 70 orang juga dijadikan tawanan.

Kemenangan dalam peperangan ini adalah suatu perkara yang luar biasa kerana bilangan tentera Islam yang kurang jumlah

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong

kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar,

sedang kamu berkeadaan lemah

(kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat

perang). Oleh itu, bertakwalah kamu

kepada Allah, supaya kamu bersyukur

(akan kemenangan itu)”.

Cahaya6

Page 7: majalah cahaya siri 1/2016

7Cahaya

berbanding dengan tentera musuh, kurang dari sudut kelengkapan dan berlaku di bulan Ramadhan. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah SWT. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah SWT pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)”. (Surah al-Imran: Ayat 123).

Antara peristiwa lain yang berlaku di bulan Ramadhan ialah penaklukan Kota Mekah iaitu peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berjaya menguasai Makkah dan menghancurkan berhala-berhala di sekitarnya. Peristiwa ini bermula dari Perjanjian Hudaibiyah tahun 628M. Ini adalah perjanjian antara kaum Muslimin dan kaum Quraisy. Perjanjian ini terjadi ketika satu rombongan yang dipimpin

oleh Nabi Muhammad SAW ketika hendak melaksanakan haji. Namun, pihak Quraisy melihatnya sebagai ancaman kepada perjanjian agar tidak dapat mengunjungi Makkah. Akhirnya berlakulah Perjanjian Hudaibiyah. Antara isi Perjanjian Hudaibiyah ialah:

1) Gencatan senjata selama sepuluh tahun.2) Orang Islam dibenarkan memasuki

Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di sana selama tiga hari saja dengan hanya membawa sebilah senjata.

3) Bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan.

4) Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam harus dikembalikan ke Makkah.

5) Orang Islam yang lari ke Makkah tidak dikembalikan ke Madinah.

6) Kedua belah pihak boleh membangun kerjasama dengan kabilah lain tapi tidak boleh membantu dalam hal peperangan.

Akhirnya pada tahun 630M bersamaan 10 Ramadhan 8H, Nabi Muhammad SAW beserta 10,000 orang Muslimin bergerak dari Madinah menuju Makkah, dan berjaya menguasai Makkah secara keseluruhan tanpa pertumpahan darah. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW amat merasa bangga dengan kejayaan ini perlu menghargai perjuangan para sahabat yang terdahulu yang berjuang demi menegakkan agama Islam yang tercinta.

Antara peristiwa lain yang berlaku di bulan

Ramadhan ialah penaklukan Kota

Mekah iaitu peristiwa di mana Nabi

Muhammad SAW dan para sahabat berjaya

menguasai Makkah dan menghancurkan

berhala-berhala di sekitarnya.

7Cahaya

Page 8: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya8

Oleh: Siti Zuraima Bujang

Imagine that you are driving a car. Suddenly, your car lost alignment and you find out there’s a hole on one of the

tyres.Not to forget, you are a woman. What will you do?

As a typical woman, the thought that pops out of your mind is how to get a foreman to fix the fault. Yes, you need another person. A foreman is the right person, but have you ever thought that some things do not necessarily require another person (although he is authorised) or mediator to do the job?

Dear women, let’s put aside the physical strength that you have. Never let men’s strength to become the standard level of strength, whereas think about the combination of our physical existence and inner strength. It is not about feminism. It is not about going against male-chauvinism, it is about how we manage our own existence to become a beneficial yet benevolent human being.

Career Quest

Cahaya8

Page 9: majalah cahaya siri 1/2016

9Cahaya

In case of the mentioned situation, women are not supposed to chain themselves with the schemata about what women are capable of. Gender comparison is inevitable, but to the extent of oneself definition may vary. Inner strength can overcome general expectation of physical ability, that if a woman focuses on how to change the tyre by herself, then she will change it by herself. It is that easy.

Never in Islam, a woman is stopped to do heavy job just because she is not a man. Truly, each gender does have their own role in society, but ability is not something that is mainly mentioned when it comes to gender. Rabiatul Adawiyah for instance, took the role as a boat rower replacing her beloved father who was passed away. In another world, Siti Zulaikha learnt martial arts and survival skills in search of her husband who was captured by their enemy. Even Ibn Sina a famous Muslims psychologists generalised his findings about the power of human thought - on the other hand, disregard gender

ability about the findings. And perhaps we must heard about a wise lady name Fatimah al-Fihri who was known as the founder of the first university ever exist in the world. Also, there is an inevitable fact about a kingdom ruled by a woman named Queen Elizabeth of Tudor and until now Queen Elizabeth, The Ruler of United Kingdom. Mind and physical strength are proven to be not simply comparable in the name of gender existence.

Women stand at the fore is not a dream. It is up women and the community’s mind setting on how they should treat every each of their member. We don’t have to fancy a famous life and being celebrated by people around us in becoming a strong and highly motivated woman. what ever we do, we do it for Allah and ensure it is shariah compliance, women and men can cooperate and appreciate each other to build a better organised and reserved society.

Never in Islam, a woman is stopped to do heavy job just because she is not a man. Truly, each gender does have their own role in society, but ability is not something that is mainly mentioned when it comes to gender.

9Cahaya

Page 10: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya10

Oleh: Mohd Hariri Haji Mohamad Daud

“Mak ada buah, juadah berbuka puasa, Ahmad tolong hantarkan pada jiran sebelah rumah dan jangan lupa pinggan ambil balik”. Itu antara dialog penuh nostalgia suasana menyambut Ramadhan di kampung yang kita tidak akan dilupakan. Amalan zaman berzaman iaitu bersedekah adalah ibadah yang sangat mulia serta mendapat ganjaran pahala disisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rasulullah SAW telah ditanya: Wahai Rasulullah, apakah sedekah yang afdhal? Baginda menjawab : bersedekah di bulan Ramadhan”. (Hadith riwayat at-Tirmidzi).

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah SWT di hari akhirat kelak.

Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja di bulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan kesan yang baik kepada peribadi dan masyarakat. Seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu. Sedekah boleh membersihkan harta, menyuburkan jiwa dan memberi kebahagiaan dalam kehidupan. Bukankah kita percaya, sekiranya kita memudahkan urusan orang lain maka Allah SWT akan memudahkan urusan

Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja di bulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan kesan yang baik kepada peribadi dan masyarakat

Sesuatu Tentang Kita

Cahaya10

Page 11: majalah cahaya siri 1/2016

11Cahaya

kerja kita. Itu ajaibnya sedekah.

Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak orang lain berbuka puasa. Bahkan umat Islam digalakkan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa sama ada kepada fakir miskin, anak yatim atau kepada jiran tetangga. Allah SWT sangat kasih kepada orang yang sering bersedekah kerana amalan bersedekah akan menjadi jariah yang akan terus mengalir walaupun orang yang bersedekah telah meninggal dunia. Rasulullah SAW bersabda daripada Zaid bin Khalid yang bermaksud : “Barangsiapa memberi makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala sama dengan orang yang berpuasa dan tidak kurang sedikitpun”. (Hadith riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi).

Sedekah adalah suatu sunnah dan amalan para sahabat yang sangat mulia. Dalam Islam konsep memberi ada beberapa tahap seperti zakat, sedekah, derma, wakaf, infaq, hibah dan hadiah. Zakat adalah amalan wajib ditunaikan oleh umat Islam yang berkemampuan manakala sedekah adalah amalan sunat yang dituntut. Ia merupakan pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merupakan amalan yang mulia serta mendatangkan kebaikan dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besarnya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya”. (Surah al-Baqarah: Ayat 261).

Tuntutan bersedekah ini tidak ada ertinya tanpa niat yang ikhlas kerana Allah SWT demi untuk kebajikan pihak yang memerlukan dan tidak mengharapkan pujian atau balasan, bahkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menjunjung ketaatan kepada-Nya serta memupuk kasih sayang kepada manusia dan masyarakat seluruhnya. Ibnu Abil Ja’ad berkata: “Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu keburukan dan keutamaan antara sedekah secara terang-terangan dengan yang disembunyikan itu ialah bahawa yang kedua lebih utama dari yang pertama dengan tujuh puluh kali ganda”. Menurut Imam Sufian Ath-Thauri: “Sesiapa yang mendermakan sesuatu atau daripada sesuatu yang diharamkan, ia diumpamakan seperti seseorang yang membersihkan pakaian dengan air najis atau kencing. Tentulah pakaian itu tidak akan bersih, kecuali dengan air yang suci, begitulah juga dosa itu tidak dapat dihapuskan kecuali dengan yang halal”.

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana”. (Hadith Riwayat Imam at-Tabrani)

11Cahaya

Page 12: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya12

Kajian-Kajian Penghayatan Agama Di Kalangan Pelajar-Pelajar Universiti.

Kajian-kajian empirik ada dijalankan bagi meninjau penghayatan agama pelajar-pelajar institut pengajian tinggi melalui aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan. Pada umumnya, penyelidik-penyelidik di luar negara telah mendapati bahawa aktiviti-aktiviti keagamaan di institut pengajian tinggi semakin berkurangan (Astin, 1993; Bowen, 1997). Misalnya Astin (1993) mendapati pelajar-pelajar Kristian di universiti-universiti di Amerika Syarikat semakin kurang hadir ke gereja, menunaikan kewajipan sembahyang dan membaca doa sebelum makan. Bowen (1997) pula mendapati pelajar ‘..less favorable toward church, less convinced of their reality of God, less favorable toward Sabbath observance, and less fundamental/conservative in their belief. Malah penyelidik-penyelidik seperti Hadaway & Roof (1988) mengatakan bahawa kehidupan di kampus sebenarnya merupakan faktor penyumbang kepada semakin berkurangnya kecenderungan pelajar-pelajar menghayati agama. Pandangan ini disokong oleh Pascarella & Terenzini (1991) yang juga mendapati semakin menurunnya kepercayaan beragama di kalangan pelajar-pelajar di Barat. Menurut Hadaway & Roof (1988) fenomena sedemikian berlaku mungkin disebabkan oleh universiti mempunyai sistem nilai dan kepercayaan yang bertentangan dengan kebanyakan nilai dan kepercayaan agama pelajar-pelajar.

Mereka yang kurang pegangan kepada agama akan mula meragui kebenaran agama dan mempersoalkan banyak perkara yang sebelum ini diterima.

Kajian oleh Aziz (1998) di kalangan pelajar-pelajar di salah sebuah IPTA tempatan mendapati trend yang agak berbeza. Peratus pelajar yang masih datang ke masjid, kuil dan rumah-rumah ibadat yang lain masih berada di kedudukan yang memberangsangkan. Dari segi kesedaran pentingnya agama dalam kehidupan pula, 90% keseluruhan pelajar berpendapat bahawa untuk menjadi manusia yang baik, seseorang individu perlu memahami ajaran agama dan mempraktikkannya. Dari segi pecahan bangsa, 99% pelajar Melayu, 77% pelajar Cina dan 89% pelajar India bersetuju bahawa agama penting dalam membentuk manusia yang baik tingkah lakunya. Kesedaran ini nampaknya positif kerana menyedari kepentingan agama dalam kehidupan adalah satu langkah awal bagi membantu individu untuk menghayati agama masing-masing.

Pendekatan Yang Sewajarnya Diambil

Dari pengupasan di atas, kita dapat membuat kesimpulan sementara bahawa soal penghayatan agama di kalangan pemimpin pelajar seharusnya dipandang serius. Kita tidak mahu pengurangan amalan agama di kalangan pelajar-pelajar di universiti-universiti luar negara merebak ke dalam

Oleh: Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor

Motivasi Diri

Cahaya12

Page 13: majalah cahaya siri 1/2016

13Cahaya

kampus-kampus universiti tempatan yang lain. Justeru itu, perlu ada pendekatan yang bijaksana bagi menanamkan semangat cintakan agama serta pengamalannya sebagai satu cara hidup yang sempurna. Pendekatan yang perlu dijalankan di kalangan pemimpin-pemimpin pelajar termasuk menjadikan agama sebagai antecedent yang positif, mengelakkan kekeliruan dalam agama, agama sebagai satu kekuatan serta mengelakkan eksterimism dalam agama.

Agama Dilihat Sebagai Antecedent Positif

Pertama sekali, pemimpin pelajar seharusnya mempunyai andaian bahawa sikap, pemikiran dan tingkah laku individu sememangnya dipengaruhi oleh penghayatan agama. Keduanya, agama bukanlah racun sebagaimana andaian Karl Marx tentang sumbangan positif agama. Agama juga tidak boleh dipandang rendah. Kita perlu mengelak stereotyping dalam beragama dan merasa fobia dengan amalan agama. Pihak-pihak berwajib universiti seharusnya tidak bersikap bias

dalam layanannya kepada pelajar-pelajar yang cenderung kepada agama. Menurut Watanabe (2000), bias ini merugikan kerana “a long-standing academic bias against religion has blinded many scholars to its powerful role in shaping both private lives and the public culture.” Agama adalah antecedent yang terbaik bagi menentukan kebetulan tindakan, sikap serta pemikiran individu. Kajian di Barat mendapati bahawa agama dilihat sebagai antecedent yang positif dalam pembangunan pelajar. Salah satu sebab ialah agama tidak ditafsir mengikut kacamata politik. Seharusnya juga penghayatan agama di negara ini tidak dipandang dari sudut politik kerana ini akan menyebabkan sumbangan dan peranan agama yang positif itu terhijab. Byrant (2003) mengatakan kerangka yang kita gunakan dalam melihat agama dalam kepimpinan seharusnya betul dan bukan terserot atau menggunakan kerangka politik. Agama seharusnya dilihat sebagai ‘in-thing’ dengan meletakkan peranan agama di atas paradigma positivistik dan secara objektif (Marsden, 1994).

Mengelakkan Kekeliruan Simbol Beragama Dengan Ektremisme Dalam Agama

Pendekatan yang seterusnya ialah memberi ruang kepada simbol-simbol norma penghayatan agama dan menganggap penggunaan simbol-simbol yang biasa sebagai petanda asas keislaman individu. Misalnya, memakai songkok atau kupiah tidak seharusnya dianggap sebagai satu petanda yang pasti mengenai kecenderungan pelajar

perlu ada pendekatan yang bijaksana bagi menanamkan

semangat cintakan agama serta

pengamalannya sebagai satu

cara hidup yang sempurna.

13Cahaya

Page 14: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya14

dengan satu-satu parti politik. Pemakaiannya seharusnya dilihat sebagai salah satu bentuk pilihan (optional) keimanan yang lahiriah yang tidak semestinya bersifat politikal. Ini bukan bermakna pemimpin pelajar mesti bersongkok atau berkupiah kerana tidak ada hukum wajib ke atas penggunaannya. Penampilan dari sudut akhlak dan personaliti pun sudah memadai bagi menzahirkan keperibadian beragama. Penampilan dari segi sifat toleransi serta menghormati perbezaan kepercayaan merupakan syiar agama yang dianjurkan. Bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir (1996) pernah mengatakan “The lack of understanding and sometimes outright antagonism of non-Muslims towards Islam is not entirely their fault.” The best form of dakwah is to demonstrate through practice the goodness of Islam, the tolerance, the sympathy for the less fortunate members of the ummah and also those of not our faith, the peace and stability and consequently the prosperity of well administered Muslim nations.

Penampilan keperibadian beragama pelajar lelaki berbeza dengan pelajar perempuan. Misalnya soal pemakaian tudung di kalangan pelajar perempuan. Pemakaiannya dikaitkan dengan kewajipan menutup aurat dan justeru itu, ia tidaklah perlu dikaitkan dengan kecenderungan politik pelajar itu sendiri. Jika orang Islam sendiri yang terkeliru dengan penghayatan agama dengan lambang-lambang kepolitikan, maka bagaimanakah pelajar-pelajar bukan Islam sendiri boleh memahami Islam dari sudut luarannya. Kesilapan mungkin berpunca dari kita sendiri yang memandang rendah representasi-representasi Islam yang norma dan tidak melampau.

Seperkara lagi ialah penghayatan agama individu tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman atau threat. Kebimbangan sedemikian mungkin satu pseudo-kesilapan yang dilakukan kerana terpengaruh dengan propaganda media asing mengenai kaitan Islam dengan kekerasan. Propaganda Barat mengatakan bahawa semakin kuat Islam seseorang, semakin besar kebarangkalian individu itu untuk melakukan keganasan. Ini

satu kesilapan yang besar dan sewajarnya dinafikan.

Agama Sebagai Satu Kekuatan

Agama sebenarnya satu kekuatan. Agama sebagai internal motivator yang berkekalan. Agama melahirkan pemimpin yang adil dalam pertimbangan, benar dalam tuturkata, berani dalam menangani isu yang rumit dan kontroversial, bertanggungjawab dan

The lack of understanding and sometimes outright antagonism of non-Muslims towards

Islam is not entirely their fault.” The best

form of dakwah is to demonstrate

through practice the goodness of Islam, the tolerance, the

sympathy for the less fortunate members of the ummah and also those of not our faith, the peace and stability

and consequently the prosperity of well administered Muslim

nations.Cahaya14

Page 15: majalah cahaya siri 1/2016

15Cahaya

berhemah. Lee (2002) mengatakan “religion is a powerful force for many in shaping individual values, providing an overall sense of purpose, forming connections with others, and building a sense of community”. Berger (1973) pula menyatakan bahawa “On the individual level, religion provides the overarching framework for one’s worldview and moral opinions, offering insight into human drives, hopes and reasoning,as well as perceptions of the self in relation to others and the physical world’ Maton & Wells (1995) menambah bahawa ‘religion offers resources and pathways for relational support.’ Penghayatan agama juga telah didapati mendorong semangat kesukarelaan di kalangan pelajar-pelajar (Donahue & Benson, 1995), menanam semangat keperihatinan terhadap masyarakat (Matton & Wells, 1995) dan mewujudkan keadilan sosial (Lebowitz, 1999). Dalam APA News Release (2000), satu laporan metanalysis ke atas 42 kajian melibatkan 125,826 orang mendapati wujudnya hubungan penghayatan agama dengan perlanjutan hayat individu. Diener (1984) pula mendapati bahawa penghayatan agama (‘religiousness’) dan tradionalism berkorelasi secara positif dengan kesejahteraan diri (well-being).

Kajian-kajian di atas sekurang-kurangnya memberi gambaran kepada kita bahawa agama sebagai satu cara hidup dan kepercayaan, lazimnya, mempunyai impak positif kepada aspek-aspek kehidupan. Dalam kata lain, khususnya bagi agama Islam, agama sebenarnya memberi kekuatan kepada membina kecemerlangan kepimpinan pelajar.

Kesimpulan

Kepimpinan ialah amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Justeru itu, soal penghayatan agama tidak sewajarnya diketepikan semata-mata agama itu dilihat sebagai ‘tool’ kepada perjuangan satu-satu parti politik. Agama sebagai panduan kehidupan yang merentasi sempadan negeri, budaya dan tempat. Kepimpinan

yang berkesan adalah bertunjangkan kepada tingkah laku pro-social beracuankan agama yang dipegang. Ingatlah mutiara kata oleh Naib Canselor UKM bahawa ‘sebagai pemimpin mahasiswa, mereka bertanggungjawab untuk menjadi ‘role-model’ atau contoh terbaik di kalangan mahasiswa lain.’ Pernyataan ini memberi gambaran bahawa contoh terbaik boleh dihasilkan dari penghayatan agama individu berkenaan khususnya bagi pelajar yang bergelar pemimpin.

15Cahaya

Page 16: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya16

Setiap insan menginginkan kebahagiaan hidup di dunia. Malah bagi insan yang memiliki ketaqwaan yang tinggi juga mendambakan kebahagiaan akan berkekalan hingga akhirat kelak. Di dunia ini, ada insan yang merasa bahagia kerana memiliki harta dan wang ringgit yang melimpah ruah. Ada insan lain yang mengecapi bahagia apabila segala hajat yang dipohon termakbul. Ada insan yang berbahagia memiliki rumahtangga yang besar lagi bahagia. Malah ada pelbagai sebab yang menyebabkan rasa bahagia hadir dihati. Namun, pernahkah kita terfikir, adakah itu semua nilai ukuran kebahagiaan yang hakiki? Adakah bahagia itu berterusan dibawa ke alam abadi?

Apakah ukuran nilai k e b a h a g i a a n

m e n u r u t k a c a m a t a

Islam? A l l a h S W T melalui ajaran Rasul-N y a

menggariskan panduan dan jiwa bagi setiap insan untuk mendakap bahagia hakiki. Islam tidak memandang ukuran nilai kebahagiaan berdasarkan aspek material atau kebendaan semata-mata. Malah, ianya jauh lebih besar dari itu, yang mana ianya hanya dilihat dan dirasai oleh jiwa dan hati yang memiliki iman dan taqwa yang sangat tinggi. Ukuran kebahagiaan itu terletak pada ketenangan dan kebahagiaan hati serta kelapangan jiwa. Bukannya pada kuantiti kebendaan atau material.

Hakikat bahagia ialah apabila seseorang insan itu mengenal dirinya sebagai hamba Allah SWT. Dia menyedari tujuan Allah SWT menjadikannya di dunia. Maka dia akan merasa jiwa kehambaan dalam menelusuri perjalanan hidup ketika di dunia. Tanpa rasa keluh-kesah. Tanpa rasa kecewa. Tanpa rasa putus asa terutama di kala hidup dihimpit sengsara atau ditimpa sesuatu musibah. Dia menghadapi hidup dengan senyuman terukir dibibir biarpun pelbagai badai yang melanda.

Insan sebegini merasakan segala perkara baik mahupun perkara yang buruk mendatangi selain kehidupannya dianggap

Oleh: Fahimah Haji Ali Hassan

Cahaya Tazkirah

Page 17: majalah cahaya siri 1/2016

17Cahaya

suatu anugerah dan suatu kebaikan buat dirinya sebagai hamba Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Aku sangat kagum akan keadaan orang yang beriman itu. Semua urusan (yang berlaku dalam hidupnya) baik belaka baginya yang mana keadaan itu hanya ada pada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat dan kebaikan, maka dia akan bersyukur, dan ia adalah suatu yang baik buatnya. Jika dia ditimpa musibah atau bencana, maka dia akan bersabar. Dan itu adalah suatu yang baik baginya”. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hakikatnya, kebahagiaan yang sebenarnya hanya dapat dicapai oleh orang yang beriman kepada Allah SWT sahaja. Petikan kata dari Sheikh Rahimuddin bin Nawawi al-Bantani ada menyatakan bahawasanya kebahagiaan, cinta dan kasih sayang hanya terdapat di hati rohani yang bersih dan merdeka dari belenggu selain Allah SWT serta murni dari pelbagai tujuan selain Allah SWT. Ini kerana, kebahagiaan, cinta dan kasih sayang hanyalah sebuah identifikasi dari cinta dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya. Maka, kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan yang terbit dari roh yang murni ini.

Matlamat Hidup Hakiki

Kunci kebahagiaan insan ialah mengenal erti kehidupan yang sebenar. Dia tahu dengan sejelasnya matlamat sebuah kehidupan. Hidup manusia di alam fana dan kehidupan di alam jin Allah SWT tidak menjadikannya tanpa ada matlamat atau sia-sia sahaja, tetapi telah ditetapkan Allah SWT semenjak Adam dijadikan oleh Allah

SWT. Insan yang beriman mengetahui bahawa matlamat sebuah kehidupan di alam fana ini ialah hanya untuk beribadat kepada Allah SWT. Diutuskan para Rasul kepada manusia sejak dari kejadian Adam AS adalah untuk mentauhidkan Allah SWT. Menyedari matlamat hidup hakiki ini iaitu untuk menyembah Tuhan Yang Esa, maka rugilah mereka yang masih leka dan alpa dengan kemewahan dan kemegahan dunia yang sebenarnya tidak memberi sebarang faedah dan manfaat kepada kehidupan di akhirat kelak. Malah isi dunia ini diumpamakan seperti bangkai. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam Asy-Syafi’i RA yang berbunyi: “Dunia hanyalah bangkai yang dikawal oleh binatang-binatang buas. Sesiapa yang mengambilnya walau sejemput sekalipun, maka ia akan ditentang oleh binatang-binatang buas itu dan sesiapa yang menjauhinya, maka ia selamat dari angkara kemarahan binatang-binatang buas itu.”

Sehubungan itu, malang dan rugilah manusia yang tahu tetapi tidak melaksanakan apa yang diketahuinya. Malah masih berterusan melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. Golongan sebegini pastinya akan menyesal pada hari dihitung segala amalan mereka di dunia dan berharap agar dapat dihidupkan semula untuk diberi peluang kedua dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Perlunya kita beringat bahawa hidup kita di dunia ini bukanlah berjalan atas matlamat dan cara pilihan kita sendiri kerana jika itu yang kita pilih maka sudah pasti kita tersasar dari mencari makna kebahagiaan sebenar menurut kacamata Islam. Untuk menyelamatkan kita dari tersesat dan sentiasa berjalan di atas landasan syariat, Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita dalam khutbah wida’ agar berpegang dengan dua perkara iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. Al-Qur’an dan as-Sunnah yang Rasulullah SAW tinggalkan untuk kita sebagai umatnya yang akan menyelamatkan kita selamanya dari kesesatan dan membawa kita menikmati erti kebahagiaan yang hakiki bukan sahaja di dunia. Malah berkekalan di akhirat kelak.

“Dunia hanyalah bangkai yang dikawal oleh binatang-

binatang buas. Sesiapa yang mengambilnya walau

sejemput sekalipun, maka ia akan ditentang oleh binatang-binatang buas itu dan sesiapa

yang menjauhinya, maka ia selamat dari angkara kemarahan

binatang-binatang buas itu.”

17Cahaya

Page 18: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya18 Cahaya18

Page 19: majalah cahaya siri 1/2016

19Cahaya

Di era millennium pada masa kini, manusia sudah tidak asing lagi dengan salah satu objek bernama kamera. Kamera sudah menjadi alat yang ‘patut’ dimiliki oleh setiap orang. Namun, tahukah anda bahawa kamera adalah salah satu karya dari ilmuwan Muslim yang berasal dari Iraq bernama Ibn al-Haytham.

Perkataan ‘kamera’ sebenarnya berasal dari bahasa Arab iaitu qamara. Istilah itu dikenali atas usaha yang dilakukan oleh Ibn al-Haytham. Manakala perkataan ‘obscura’ pula daripada bahasa latin yang bermaksud gelap. Kamera obscura pertama adalah sebuah bilik dengan lubang kecil di satu sisi. Cahaya dari luar yang melalui lubang seterusnya memantulkan imej terbalik pada permukaan dinding yang bertentangan. Kamera yang dicipta oleh Ibn al-Haytham berfungsi untuk membuat gambar objek jauh di dalam ruangan gelap. Kamera ini berkembang pesat dari masa ke semasa sebagaimana dapat kita lihat pada perkembangan zaman ini, pelbagai jenis kamera diciptakan yang bermula dari poket, semi-profesional, sehingga yang professional. Daripada kamera ‘analog’ yang memerlukan filem untuk mencetak gambar sehingga kamera digital yang berkembang maju ketika ini.

Pada dasarnya semua kamera yang ada mempunyai prinsip yang sama sebagaimana yang digunakan oleh Ibn al-Haytham. Prinsip-prinsip dasar daripada pembuatan kamera ternyata telah ditemukan dan dicetuskan oleh seorang pakar sarjana Muslim sejak sekitar 1,000 tahun yang lalu. Pada akhir abad ke-10 Masihi, Ibn al-Haytham berhasil membuat kamera obscura pertama kali di dunia. Nama sebenar beliau adalah Abu Ali Muhammad al-Hassan Ibn al-Haytham. Beliau juga dikenali dengan panggilan Ibn al-Haytham, Ibnu Haitham dan al-Hazen.

Kecintaan beliau kepada ilmu pengetahuan telah membawanya berhijrah ke Mesir. Ketika berada di Mesir, Ibn al-Haytham mendapat peluang untuk melakukan beberapa pekerjaan penelitian berkaitan aliran Sungai Nil dan menyalin pelbagai jenis buku mengenai falak dan matematik. Kemudian,

Oleh : Rusydiah Rusly

Tokoh Silam

19Cahaya

Page 20: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya20

beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar (Kairo-Mesir). Semasa belajar di Universiti al-Azhar, beliau belajar sehingga dapat menguasai pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, falak, pengubatan, falsafah, geometri dan ilmu optik yang membawanya kepada penciptaan kamera.

Beliau telah mengkaji dan mempelajari bidang ilmu optik, sehingga dapat melahirkan teori berkaitan ilmu tersebut. Beliau juga merupakan orang pertama yang menulis dan menemukan pelbagai data penting mengenai cahaya serta berjaya menulis sekurang-kurangnya 200 judul buku. Buku karangannya yang terkenal adalah bertajuk Kitab al-Manazir (Buku Optik). Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. Bagi membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, Ibn al-Haytham telah menyusun al-Bayt al-Muzlim atau lebih dikenal dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Beliau juga banyak melakukan penyelidikan mengenai cahaya dan telah memberikan suatu inspirasi kepada para ahli sains barat seperti Bacon, Kepler dan Boger dalam hal menciptakan sebuah teleskop dan mikroskop. Beliau juga, dikenali sebagai Polymath, iaitu daripada istilah yang diberikan kepada mereka yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Dalam kalangan cerdik pandai di Barat beliau dikenali juga dengan nama al-Hazen. Lahir di Kota Basrah, Iraq pada tahun 354 H bersamaan 965 Masihi. Ibn al-Haytham terkenal memiliki otak yang cerdas semasa zaman kanak-kanak lagi. Beliau mendapat pendidikan pertama di tanah kelahirannya sendiri. Setelah dewasa, beliau bertugas sebagai pegawai pemerintah di Basrah. Setelah beberapa lama bekerja dengan pihak pemerintah di sana, beliau menyambung untuk menimba ilmu ke Ahwaz dan Baghdad.

Ibn al-Haytham merupakan ilmuwan yang sangat suka melakukan penelitian dan memiliki laboratorium sederhana yang dilengkapi dengan peralatan di Kota Basra, Iraq. Beliau melakukan penelitian-penelitian untuk menetapkan sudut pandang dan sudut pantul, pembekokan cahaya dalam air dan kaca, serta pelbagai posisi bayangan di atas cermin-cermin datar, cembung, cekung dan bulatan berbentuk bola. Malahan, daripada semua penelitian tersebut, Ibn al-Haytham sudah meletakkan dasar-dasar pembuatan lensa kamera.

Cahaya20

Page 21: majalah cahaya siri 1/2016

21Cahaya

Ibn al-Haytham juga melakukan penelitian penting dalam kamera obscura bersama dengan Kamaluddin al-Farisi. Mereka telah berjaya meneliti dan merakam fenomena-fenomena kamera obscura. Penemuan tersebut dijumpai ketika keduanya mempelajari perihal gerhana matahari. Kajian ilmu optik merupakan kamera obscura yang digunakan oleh manusia masa kini. Teori yang dipecahkan Ibn al-Haytham itu telah mampu mengilhamkan penemuan filem yang kemudian disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.

Beliau juga berpendapat bahawa sinar cahaya itu bergerak mulai dari objek dan berjalan menuju ke mata. Benda akan dapat terlihat kerana boleh memantulkan sinar ke dalam mata. Retina mata adalah tempat penglihatan dan bukan yang mengeluarkan cahaya. Teori ini telah berjaya mematahkan teori penglihatan yang dicipta oleh dua orang ilmuwan Yunani iaitu Euclides dan Ptolemaeus sebelum itu. Mereka berpendapat bahawa benda terlihat kerana memancarkan cahaya.

Ibn al-Haytham dikenali sebagai seorang yang teliti dan berhati-hati. Pelbagai teori tentang ilmu optik telah dicipta olehnya. Beliau juga, mencipta teori-teori tentang fenomena fisik seperti bayangan, gerhana dan pelangi. Beliau juga mencetuskan teori lensa pembesar di mana, teori ini telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kaca pembesar pertama di dunia.

Ibn al-Haytham dihargai sebagai ilmuwan optik terkenal sepanjang abad, selari dengan Ptolemeus dan Witelo yang menjadi perintis ilmu optik dunia. Idea pemikirannya berkaitan dengan ilmu optik telah mencapai taraf kemajuan yang membanggakan terutamanya di abad millenium, di mana perkara ini tidak dapat dipisahkan dari keperluan hidup manusia masa kini. Ibn al-Haytham meninggal di Kairo, Mesir, pada tahun 1039.

Beliau telah mengkaji dan mempelajari bidang ilmu optik, sehingga dapat melahirkan teori berkaitan ilmu tersebut. Beliau juga merupakan orang pertama yang menulis dan menemukan pelbagai data penting mengenai cahaya serta berjaya menulis sekurang-kurangnya 200 judul buku. Buku karangannya yang terkenal adalah bertajuk Kitab al-Manazir (Buku Optik). Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura

21Cahaya

Page 22: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya22

Imam Hassan al-Banna pernah menyebut cara paling baik untuk mendidik remaja ialah dengan mewujudkan perpustakaan di rumah.

Tinta Murabbi

PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH HIDUPKAN BUDAYA MEMBACAOleh: Mohd Hariri Haji Mohamad Daud

Seronok saya mendengar perkongsian dari guru saya Puan Nor Azah Momin, Timbalan Pustakawan, Universiti Sains Islam Malaysia yang gigih menggerakkan usaha galakkan membaca dikalangan masyarakat dan beliau telah mewujudkan konsep perpustakaan mini kejiranan atau disebut sebagai Little Free Library dirumahnya. Little Free Library mula popular di negara Australia dan bertujuan untuk menghidupkan budaya membaca serta memanfaatkan aktiviti anak-anak dengan aktiviti membaca terutamanya sewaktu cuti sekolah.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka tidak terbiar sewaktu cuti sekolah seperti menghantar anak-anak ke kem-kem motivasi, perkhemahan, kelas tambahan, bercuti ke luar negara dan pelbagai aktiviti lagi. Namun, makalah ini tidak berkongsi secara khusus tentang Little Free Library tetapi mengambil semangat daripada idea ini iaitu galakkan membaca. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;(2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (3) yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (5). (Surah al-Alaq: Ayat 1-5).

Dr Aidh Abdullah al-Qarni menyebut, ”Iqra’ membawa maksud perjalanan suci dan berubah wajah bumi, kembara tarikh dan tanda-tanda dunia. Itu adalah saat bahagia dalam kehidupan umat Islam, masa yang memisahkan antara kegelapan dan cahaya, kekufuran dan iman, kejahilan dan ilmu.

Cahaya22

Page 23: majalah cahaya siri 1/2016

23Cahaya

PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH HIDUPKAN BUDAYA MEMBACAOleh: Mohd Hariri Haji Mohamad Daud

Ayat surah al-alaq dimulakan dengan ”bacalah” yang terbit daripada ayat kata kerja perintah. Ia membawa maksud, arahan dan perintah kepada umat Islam sentiasa membaca. Membaca adalah kunci ilmu dan permulaan memperoleh pengetahuan. Allah memberi manusia ilmu dengan bersyarat iaitu melalui pembacaan.

Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan di dalam bukunya Kuasa Iqra’, faedah-faedah membaca kepada manusia iaitu:

1. Mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Imam asy-Syafi’i menyebut, ”sekiranya kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu. Sekiranya kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sekiranya kamu ingin kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”.

2. Membaca adalah jalan menuju Allah SWT. Imam al-Ghazali menyebut, ”perjalanan seorang hamba menuju Allah adalah tahap ilmu, kemudian baru menyusul tahap taubat”.

3. Membaca dapat membentuk jiwa menjadi hamba Allah SWT yang baik dan bertaqwa.

4. Membaca dapat menyematkan manusia daripada penipuan, kezaliman dan kemungkaran.

23Cahaya

Page 24: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya24

5. Ilmu adalah jalan manusia mendapat hidayah dan iman kepada Allah SWT serta mendapat kecerdasan akal, emosi dan rohani.

Lihatlah bagaimana tokoh-tokoh Islam kuat membaca untuk memperoleh ilmu dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Sebagai contoh, Imam al-

Muzani membaca kitab Imam As-Syafi’i bertajuk al-Risalah sebanyak 500 kali dan setiap kali beliau membaca, beliau akan mendapat ilmu baru. Imam Nawawi pula menghabiskan masanya mengkaji 12 matapelajaran setiap hari.

Imam Hassan al-Banna pernah menyebut cara paling baik untuk mendidik remaja ialah dengan mewujudkan perpustakaan di rumah. Perpustakaan tidak perlu besar, cukup sekadar perpustakaan mini yang memuatkan buku-buku agama, motivasi, cerita-cerita tauladan dan buku akademik. Keluarga yang membaca adalah keluarga yang berilmu.

Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Di samping itu, alangkah baiknya jika setiap rumah mempunyai peruntukkan perbelanjaan keluarga dengan membeli buku-buku ilmiah. Alangkah indahnya rumah menjadi rumah ilmu dan tentu sekali para malaikat akan menaungi semua ahli keluarga kerana keberkatan ilmu.

Walaupun Islam menggalakkan kita membaca namun terdapat garis panduan tentang bahan bacaan agar tidak terpesong akidah dan akhlak umat Islam. Antara bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan ialah:

1. Bahan bacaan yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.

2. Buku-buku ajaran sesat

3. Bahan bacaan yang menggalakkan maksiat

4. Buku-buku cinta yang mengkhayalkan dan mengasyikkan melampau

5. Buku yang ada unsur khurafat dan kuasa sakti.

Al-Jahizh berkata, ”buku adalah sebaik-baik kawan penghibur ketika kesepian dan sebaik-baik kawan sewaktu menyendiri”.

Cahaya24

Page 25: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya Iman

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berteraskan dasar Ahli Sunnah wal-Jamaah. Akidah, syariah dan akhlak ummah sentiasa dipelihara agar selaras dengan prinsip-

prinsip yang terkandung dalam dasar tersebut. Dasar ini jelas termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi persekutuan. Manakala tafsiran Islam dalam perlembagaan telah diperincikan lagi menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 8 yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 perkara 4.2. (2) mengenai aliran Syiah antara lain juga telah menetapkan keputusan seperti berikut :

a. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

b. Menyokong dan menerima cadangan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah memutuskan bahawa:

i. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

ii. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atau undang-undang Islam seperti berikut:

Hukum syarak atau undang-undang Islam ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akidah.

Oleh: Fatimah Saad

25Cahaya

Page 26: majalah cahaya siri 1/2016

iii. Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ASWJ adalah dilarangiv. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran ASWJ sahaja.v. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan ASWJ adalah diharamkan.

Oleh itu masyarakat Islam perlu memahami apakah maksud ASWJ tersebut? ASWJ bererti pengikut atau pendukung Sunnah

Rasulullah SAW. Perkataan jamaah pula merujuk kepada jamaah Rasul bersama sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan orang Islam yang mewarisi Islam menurut cara dan pendekatan mereka itu. Hakikat ini bertepatan denga hadith Nabi SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah kulafa’ ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Kamu gigitlah dengan geraham (kamu berpeganglah dengan bersungguh-sungguh)”. (Hadith Riwayat Abu Daud).

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabinya”. (Hadith Riwayat Imam Malik). Dapatlah disimpulkan bahawa ASWJ bermakna jamaah umat Islam yang majoritinya beriltizam kepada al-Qur’an dan as- Sunnah mengikut pemahaman yang diajarkan Nabi SAW, pemahaman ini dipegang dan dihayati oleh sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan orang Islam yang mewarisi mereka itu sehingga ke hari ini.

Kewujudan ASWJ adalah sebagai kelangsungan dan kesinambungan wujudnya para pendukung dan penjunjung Islam yang telah dirintis sejak zaman Rasulullah SAW. Ia diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Mereka berjuang bagi menjamin keindahan Islam sentiasa terpelihara di atas landasan kebenaran.

Pendapat Para Ulama Tentang Definisi Ahli Sunnah wal-Jamaah

Para ulama memberikan banyak takrifan berkenaan istilah ahli AWSJ antaranya seperti berikut:

i. Mereka yang berpegang dengan Sunnah Nabi SAW, para sahabatnya dan yang mengikut mereka serta berjalan mengikut perjalanan mereka serta berjalan mengikut sunnah dan menjauhi daripada bid’ah. Mereka kekal untuk memenangkan dan dimenangkan sehingga hari kiamat. Maka ikutan mereka mendapat petunjuk sedangkan menyalahi mereka merupakan kesesatan.

ii. Mereka ialah yang mengikut cara Rasulullah SAW, para sahabatnya dan sekali-kali tidak melakukan bid’ah dalam urusan agama di samping tidak menyalahi cara Rasulullah SAW.

Aku tinggalkan kepada kamu dua

perkara, kamu tidak akan sesat selama-

lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu

Kitab Allah dan Sunnah Nabinya

Cahaya26

Page 27: majalah cahaya siri 1/2016

iii. Mereka yang berpegang dengan Sunnah seperti pegangan para sahabat sebelum munculnya perkara bid’ah seperti yang dilakukan oleh golongan Muktazilah, Syiah Rafidah dan lain-lainya. Pemimpin utama mereka 2 orang iaitu:

a) Imam Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi yang bermazhab Hanafi. Mempunyai kitab dan karya seperti Kitab Tauhid, Maqolat dan Kitab Takwilat al-Quran. Meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah.b) Abu Hasan Ali Bin Ismail al-Asya’ari bermazhab Syafi’i yang lahir pada tahun 262 Hijrah. Pada awalnya mengikut Mazhab Juba’ie dalam fahaman Muktazilah selama hampir 40 tahun. Kemudian meninggalkan serta membangkang fahaman Muktazilah berdasarkan hujah sunnah. Beliau adalah pemimpin utama fahaman ASWJ. Meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah.iv. Apabila disebut nama ASWJ secara umum, maka maksudnya adalah Asya’irah (para pengikut faham Abu al-Hasan al-Asy’ari) dan Maturidiyah (para pengikut faham Abu Mansur al-Maturidi)v. Dan Ahlul-Haqq (orang-orang yang berjalan di atas kebenaran) adalah gambaran tentang Ahli Sunnah Asya’irah dan Maturidiyah atau maksudnya mereka adalah orang-orang yang berada di atas Sunnah Rasulullah SAW, maka orang-orang yang hidup sebelum munculnya dua orang syaikh tersebut, iaitu Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidivi. Bahawa kumpulan-kumpulan Ahli Sunnah ada tiga iaitu Asya’irah, Hanabilah dan Maturidiyah. Golongan Hanabilah diiringkan dengan golongan Asya’irah dalam kitab-kitab ilmu kalam dan diiringkan golongan Asya’irah dengan golongan Hanabilah dalam kitab-kitab Hanabilah.vii. ASWJ itu tiga kumpulan, al-Athariyyah, imam mereka ialah Ahmad bin Hanbal, al-Asy’ariyah, imam mereka Abu al-Hasan al-Asy’ari dan al-Maturidiyah, imam mereka Abu Mansur al-Maturidi.

Keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM

Selepas mengadakan perbincangan dalam Bengkel Definisi Ahli Sunnah wal-Jamaah, Panel Kajian Akidah Jakim bertarikh 28 Disember 2010, panel telah memutuskan bahawa definisi Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: “Golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak”.

Penjelasan Definisi:

a) Mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf (Asya’irah dan Maturidiyyah).b) Mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar. Ini mengeluarkan kaum Khawarij, Syiah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Muktazillah, Anti-Hadith, Islam liberal, pluralism agama dan seumpamanya.c) Mereka golongan yang mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak taksub sehingga mengkafirkan atau menyesatkan sesama Islam.

27Cahaya

Page 28: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya28

Cerpen

Kisah negeri Acheh pasca tsunami terus didendang. Ceritera tentang bangkitnya kembali pribumi yang dulunya pernah

dipulas dan dihempas gelombang tsunami yang mengganas. Bagaikan sudah qiamat, namun dibangkitkan kembali. Penduduk Acheh bangkit dari peristiwa ngeri yang pernah meranapkan kota mereka. Rumah-rumah yang dahulu hancur dihanyutkan ombak tsunami, kini ditegakkan semula. Kali ini, dibina lebih kukuh dan lebih selamat. Benteng-benteng batu konkrit juga dibina supaya menjadi perisai yang ampuh menahan serangan ombak jika Acheh dibadai Tsunami lagi. Kini, kota Acheh, menjadi tumpuan dunia. Memoir-memoir dibina bagi kemudahan para pelancong bagi menyoroti sejarah tsunami. Bandar Acheh, sekarang dikenali dunia. Barangkali, itulah hikmahnya tragedi ‘gelombang hitam’ yang berlaku satu dekad yang lalu. Bagi Aliya, peristiwa itu menjadi tarikh penting untuk diingati. Ada satu pepatah yang sering memujuk hati Aliya agar melupakan sejarah hitam itu “ yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti”. “Tidak, tidak ada suatu yang

tidak dapat digantikan semula dalam hidup aku lagi!.... Ayah”. Aliya bermonolog sendiri. Laporan ‘Acheh: Sedekad selepas Tsunami’ yang sedang bersiaran di layar televisyen dibiarkan sahaja menembusi cerowong telinganya. Tidak dipedulikan. Kami pernah bertanyakan tentang kehilangan ayah kepada ibu. Jawapan ibu “Ayah?.Ayah kamu sudah tiada, meninggal dunia kena tsunami!”. Tegas ibu. Ia seperti tiang pasak yang ditanam dalam pemikiran kami. Aliya selalu berteriak dalam hati “ibu bohong!” setiap kali ibu menerangkan perihal kehilangan ayah. Aliya pasti tidak mempercayai cerita ibu.

Beberapa malam, Aliya kerap mendengar ibunya membaca yasin dan tahlil dalam nada berbisik-bisik di kamar tidur. Potret ayah juga diletakkan di kepala katil. Aliya tahu bahawa ibu sepertinya juga, rindu pada ayah. Aliya tahu, Ibu selalu mendoakan kesejahteraan roh ayah di sana. Ombak tsunami memang kejam. pembunuh, tiada belas kasihan. mangsa-mangsa tercampak ke merata tempat. Jasad mulia manusia dihanyutkan dalam longgokan

Oleh: Khafizan Mohd Bahar

Page 29: majalah cahaya siri 1/2016

29Cahaya

kayu,batu-batu dan lumpur hitam yang berbau hanyir. Mayat seperti sisa-sisa sampah, tidak berguna. “Bagaimana dengan ayah, adakah kematiannya seperti itu juga?” . Aliya tertanya-tanya tentang cerita bagaimana cara kematian ayah yang katanya dibaham ombak tsunami. Ibu hanya mendiamkan diri apabila ditanya tentang kematian ayah. Walaupun sudah sedekad kehilangan ayah, tiada sebarang berita pun sampai kepada mereka sekeluarga sehingga ke hari ini. Itulah yang membuatkan Aliya terlalu kecewa.

Hati seorang anak manakah yang dapat menahan rindu terhadap seorang ayah yang hilang tanpa kesan, berkubur tiada bernisan. Tidak pernah melihat raut wajah ayah. Tidak pernah berkesempatan merasai kasih suci seorang ayah. Sanubari Aliya mula rencam. Tanpa sengaja, air mata mula bertakung dalam kelopak mata. Aliya mula menahan titis air mata dengan ruas jari kelingkingnya yang mulus, namun air matanya tetap bercucuran juga. Rasa sebak mula mencengkam perasaannya. Menemui ayahnya semula adalah suatu impian yang semakin mustahil. Mustahil, kerana keadaan kesihatan Aliya yang semakin hari semakin tenat.

Aliya menyarungkan baju kurung sekolah dengan cermat. Dia juga memperbetulkan birai tudungnya di hadapan cermin agar nampak kemas.. Dia bingkas menukar ekspresi wajah, dari muka yang berkeronyok dan kusam diperhiaskan semula dengan senyuman. Pada Aliya, pemikiran yang positif, wajah ceria dan bertenaga akan menyerlahkan aura yang positif pada diri seseorang. Dia mahu memulakan harinya dengan minda yang segar dan fikiran yang positif. Dia mensyukuri semua rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya. Wang saku RM2 yang dalam gengamannya sejak tadi dimasukkan ke dalam poket baju kurung yang kelihatan agak besar dari saiz badannya. “Belanja cermat-cermat duit tu ya dik” nasihat ibu sewaktu Aliya melangkah keluar dari muka pintu. “alah ibu ni, nak jimat macam mana, RM2 sahaja ibu beri”. Jawab Aliya sambil tertawa kecil.

Aliya seorang budak perempuan berusia sebelas tahun. Kesukaran hidup yang ditempuhi selepas kehilangan bapanya menjadikan dia seorang kanak-kanak yang berfikiran matang. Pulang

dari sekolah, Aliya bergegas menuju ke rumah untuk membantu ibunya menjual buah potong dan air minuman di hadapan halaman rumah. Itu sahaja mata pencarian ibu Aliya yang kini sarat mengandung sembilan bulan hasil perkahwinan ke dua. Belas, melihat keadaan ibu, sedang sarat mengandung ibunya terpaksa pula mencari nafkah. “Sakit hati Aliya, wang saku tidak pernah dikirim semenjak ibu hamil. Tidak pernah datang menjenguk ibu untuk bertanyakan tentang kesihatan ibu dan kandungan”. Runggut Aliya seperti melepaskan geram. Ibu hanya mendiamkan diri sahaja. Aliya tahu ibu tidak selesa dengan bebelan seperti itu. Ibu lebih suka kami berdiam diri sahaja dari masuk campur urusan orang tua.

“Aduh, sakit pakcik, sakit!....jangan pakcik, jangan!” rambut Aliya direntap dengan keras. Badannya terheret ke hadapan beberapa langkah, lalu kepalanya dihantuk ke dinding dengan kuat. Darah merah mengalir tanpa henti dari kepala Aliya hingga membasahi rambut hitamnya yang lebat. Fikiran aliya menerawang seketika. Tangannya meraba-raba parut luka yang masih berbekas di atas kepala. Memori buruk yang diimbas semula itu membuakkan lagi rasa sakit hati ke atas ayah tirinya. “kalau abang tahu ibu beri duit pada abah lagi,tentu dia marah ibu”. Tegas Aliya seperti mengugut ibunya. “Kamu jangan menuduh Aliya, Abang Syafiq kamu, tahu apa? Sekolah pun sampai darjah enam sahaja”. Herdik ibu kepada Aliya yang dari tadi nampak tidak mahu mengalah. Kali ini Aliya hanya

Hati seorang anak manakah yang dapat menahan rindu terhadap

seorang ayah yang hilang tanpa kesan, berkubur tiada bernisan.

Page 30: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya30

diam membisu.. Masih belum reda kemarahan ibu ke atas abang Syafik kerana membuat keputusan berhenti sekolah. Syafiq,terpaksa berhenti sekolah demi untuk membantu ibunya mencari nafkah. Selepas berhenti sekolah ,dia banyak membantu menyediakan barang jualan dan menyiapkan gerai jualan setiap hari. Selesai sahaja menjual di gerai di hadapan rumah, Syafik bersiap untuk berlatih kompang dengan kumpulannya pada sebelah petang. Kumpulannya banyak mendapat jemputan untuk bermain kompang di majlis-majlis keramaian dan kenduri. Dapat juga duit poket bagi Syafiq untuk menampung perbelanjaan peribadinya. Aliya menyinsingkan baju kurung yang dipakai sehingga ke paras pangkal lengan untuk mengambil wuduk. Dia ingin segera menghadap Ar Rahman Ar Rahim.. kerana dia tahu bahawa di dalam sembahyanglah doa mudah dimakbulkan. Aliya tidak mahu melepaskan peluang untuk rukuk dan sujud di hadapan sang pencipta .

Sakit berdenyut-denyut di bahagian lengannya tidak pernah berkurang. Malah, semakin teruk. Setiap kali habis kesan ubat tahan sakit pasti Aliya akan merasa sakit yang amat sangat pada lengannya. Seperti ada benda tajam yang menyucuk daging dan tulangnya. Aliya penghidap kanser tahap tiga. Dia perlu mendapatkan rawatan secara kerap di klinik dan hospital. Perbelanjaan ubat-ubatan dan pemakanan Aliya agak membebankan ibunya. Benjolan di lengan kiri Aliya tumbuh semula walaupun pembedahan membuang benjolan daging telah pun dibuat beberapa bulan lepas. Namun, sel kanser masih lagi aktif menyerang pertahanan badan Aliya. Kali ini, lebih berbahaya kerana ia telah menjangkiti tulang dan beberapa sel organ penting lain. Aliya perlu kuat melawan penyakit itu. Dia juga perlu tabah melalui kehidupannya yang serba sederhana tanpa seorang bapa yang menjadi pelindung, dan tempat bermanja. “Pulanglah ayah” keluh hatinya yang sedang resah bertarung dengan penyakit yang paling ditakuti di zaman ini.

Doktor pakar yang merawat Aliya ada mengatakan jika penyakit kansernya masuk ke tahap empat, ia tidak dapat dirawat lagi. Aliya mungkin tidak lama dapat hidup. Walaupun sukar untuk menerima kenyataan itu, Aliya harus pasrah dan redha jika ia berlaku,. Aliya seorang yang tidak patah semangat. Tidak pernah

ada sedikitpun kebimbangan pada riak wajah Aliya, seolah-olah dia sudah redha atas segala ketentuan ilahi yang ditakdirkan ke atas dirinya. “Allahu Akbar” Aliya mengungkap lafaz takbiratul ihram ke telinganya sendiri, tunduk dan tawadukk berdiri sebagai hamba dalam waktu zuhur yang hampir berlabuh.

Mentari mula menzahirkan dirinya di ufuk langit. Cahaya yang terang benderang terbelah di celah-celah tingkap kayu dan menerobos masuk ke dalam bilik aliya lantas memanah tepat ke hamparan wajah suci Aliya. Cahaya itu Mengejutkan Aliya dari tidur. Ibunya sudah lama bekemas dan mempersiapkan diri untuk pergi ke Kuala Lumpur. “ Bangun angah, nanti lewat sampai ke kuala lumpur, kita nak bertolak awal”. Hari ini Aliya perlu membuat rawatan kimoterapi dan rawatan susulan. Tubuh aliya semakin hari semakin lemah. Rawatan kimoterapi masih tetap perlu dijalankan bagi membunuh semua sel kanser yang membarah di dalam tubuhnya. “Ibu, kalaulah ini adalah rawatan terakhir Aliya, bagaimana?”. Tanya Aliya. Seakan-akan dia tidak lagi mahu meneruskan hidup. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang baru sahaja seminggu melahirkan anak. “tak mengapalah Aliya, kita cuba sedaya upaya insyaAllah penyakit Aliya boleh sembuh”. Ujar ibu memberi kata-kata semangat pada Aliya. Ibu Aliya menghidupkan enjin kereta mitshubishi lama

“Kami perlu lakukan

pembedahan bagi membuang tulangnya, jika tidak ia akan

merebak dan jadi lebih bahaya”.

Page 31: majalah cahaya siri 1/2016

31Cahaya

yang masih lagi bernyawa. Timbul perasaan bimbang, kereta itu akan mengalami kerosakan jika dipandu dalam perjalanan yang jauh. Namun ibu Aliya tetap tidak hiraukan apa-apa. Dia tetap mahu membawa Aliya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Kami perlu lakukan pembedahan bagi membuang tulangnya, jika tidak ia akan merebak dan jadi lebih bahaya”. Kata-kata doktor pakar yang memeriksa Aliya memeranjatkan ibunya seraya air mata mencurah membasahi pipi. Mungkin apa yang difikirkan ibu Aliya adalah kos rawatan yang terpaksa ditanggung. Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Aliya hanya mampu menggengam tangan ibunya, diam tidak terkata apa-apa. “Kos pembedahan dan rawatan dianggarkan tiga puluh lima ribu”. Terang doktor dengan tenang dan bersahaja. Ibu Aliya hanya mengganguk sahaja sebagai tanda dia faham situasi yang cuba diterangkan doktor. Sementara itu Aliya terpaksa bermalam di wad untuk beberapa hari. “Aliya, bangun ya, hari ini kami akan lakukan pembedahan, nanti Aliya akan sembuh semula”. Suara doktor sayup kedengaran di cuping telinga Aliya yang sedang mamai. Serta merta terukir senyuman di wajah Aliya yang memang mengharapkan akan ada sinar harapan. “terima kasih doktor”. Kata Aliya dengan mesra. Aliya dimasukkan ke wad bedah dengan segera. Dia terus sahaja tidak sedarkan diri apabila kesan bius sudah melemahkan seluruh badannya.

Ibu Aliya dan Shafik menanti dengan penuh bimbang di luar wad pembedahan. Pembedahan berjalan hampir tiga jam. “Hanya padaMu tempatku bergantung ya Rabb, kamulah yang maha penyembuh” hati ibu Aliya berbisik dan bermunajat tidak henti-henti. Hampir lima jam. pembedahan pun selesai. Aliya di bawa semula ke dalam wad. Sedikit, demi sedikit mata Aliya terbuka, namun pandangannya masih lagi kabur. Seketika itu, pandangan kabur Aliya terpaku sejenak pada susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di sisinya persis seperti susuk tubuh ayah. “ayah? Atau adakah aku sedang bermimpi?”. Hati Aliya berbisik kecil. Pandangan Aliya lama kelamaan menjadi jelas dan tajam. Kesan ubat bius mungkin hampir hilang. Aliya memandang tepat ke arah wajah yang berdiri disebelah kirinya. Ia wajah yang dia kenali. Aliya Terus memalingkan muka sebaik sahaja dia

mengecam wajah lelaki itu. “Aliya, maafkanlah dia. Tak baik kita berdendam”. Ibu Aliya memujuk lembut namun Aliya masih berdegil. Wajahnya keras membatu memaling dari kelibat ayah tirinya. “Aliya,dia yang membantu ibu mencari duit untuk membiayai pembedahan Aliya ini, maafkanlah dia Aliya”. Sedikit demi sedikit Aliya menoleh wajahnya ke arah ayah tirinya yang sedang berdiri di tepi dinding. Kelihatan juga ada beberapa orang wakil dari sebuah syarikat yang telah membiayai sebahagian besar pembedahan Aliya. Oleh sebab badan Aliya yang masih lemah, dia hanya mampu melemparkan senyuman kepada pelawat-pelawat yang berdiri dihadapannya. Senyumnya sebagai pengganti ucapan terima kasih. Kemudian mata redup Aliya merenung wajah suci ibu yang sedang berlinangan air mata. Tangannya mencapai jari jemari ibunya yang berkah. Seakan-akan dia mahu berkata sesuatu “Ibu…Aliya tidak lagi mahu mengharapkan kepulangan ayah, kerana Aliya kini tahu ibulah segala-galanya bagi Aliya dan Aliya tidak mahu kehilangan ibu”. Getus hati kecilnya.

Page 32: majalah cahaya siri 1/2016

Musykil Agama

Sebahagian remaja masa kini terlibat dengan aktiviti menghisap rokok elektronik dan vape. Justeru apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vape di kalangan remaja ini?

JAWAPAN

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 3/2015 yang bersidang pada 21 Disember 2015 di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan telah membincangkan Hukum Rokok Elektronik dan Vape. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Setelah mendengar taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pembentangan kertas

kajian hukum mengenai “Rokok Elektronik dan Vape”, Muzakarah mendapati bahawa: i) Rokok elektronik mengandungi Nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan bahan perisa

dan pewarna. Manakala vape pula mengandungi Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan pewarna.

ii) Bahan-bahan yang terkandung rokok elektronik dan vape tersebut boleh memudaratkan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti ketagihan, menggalakkan pembekuan darah, kematian mengejut, iritasi pada mata, tekak dan kulit serta mampu membunuh sel paru- paru. Kandungan lain yang terdapat di dalam rokok elektronik dan vape juga boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan.

iii) Prinsip passive smoker seperti pada rokok konvensional juga terpakai pada rokok elektronik dan vape di mana orang yang berada di sekeliling juga mendapat kesan hembusan wap yang keluar daripada rokok elektronik dan vape. Oleh itu, ia tidak hanya memberi mudarat kepada penghisap rokok elektronik dan vape tersebut bahkan juga orang di sekeliling mereka.

Oleh: Fatimah Saad

Cahaya32

Page 33: majalah cahaya siri 1/2016

iv) Berdasarkan dapatan kajian-kajian dari sudut perubatan dan saintifik yang dibentangkan tersebut, rokok elektronik dan vape masih tidak terbukti sebagai alternatif rawatan ketagihan berhenti merokok atau nikotin oleh perokok-perokok, malahan ia menyebabkan lebih ramai akan terjebak dalam permasalahan ini, termasuk remaja dan kanak-kanak.

2. Dari perspektif syarak, hukum pengharaman memakan atau meminum atau mengambil bahan-bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama daripada keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali dalam kitab-kitab mereka. Mereka menyatakan bahawa bahan-bahan yang memudaratkan tubuh badan haram dimakan, diminum atau diambil sekalipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan seumpamanya.

3. Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ini ialah

perbuatan tersebut memudaratkan tubuh. Syariat Islam melarang perbuatan dan tindakan yang membawa kepada kebinasaan dan memudaratkan diri, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “….Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…..”.(Surah al-Baqarah: Ayat 195).

Hadith Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith Riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) 4. Antara kriteria kemudharatan yang diambilkira oleh Islam dalam pengharaman sesuatu makanan

atau minuman atau bahan ialah:

(i) Kemudaratan bahan tersebut terbukti dengan jelas atau nyata;(ii) Pengambilan bahan tersebut secara kebiasaannya (ghalib) boleh membawa kemudaratan;(iii) Kemudaratan merangkumi kemudaratan yang berlaku secara segera atau secara perlahan;(iv) Kemudaratan merangkumi sesuatu yang boleh membawa kematian, kehilangan/kerosakkan

anggota, membawa penyakit berbahaya atau kemudaratan pada akal;(v) Bahan yang memudaratkan tersebut tidak mempunyai sebarang manfaat yang muktabar.

5. Penghujahan berasaskan kepada Qiyas juga membuktikan bahawa rokok elektronik dan vape

tidak berbeza hukumnya dengan rokok konvensional kerana kedua-duanya mempunyai ʿillah yang sama iaitu memudaratkan tubuh.

33Cahaya

Page 34: majalah cahaya siri 1/2016

6. Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah bentuk pembaziran yang diharamkan oleh agama kerana ia adalah perbelanjaan dalam perkara yang sia-sia, tidak berfaedah, dan malahan memudaratkan tubuh. Ia juga membebankan ekonomi negara bagi membiayai kos rawatan penyakit berkaitan.

7. Penggunaan rokok elektronik dan vape juga

terdedah kepada penyalahgunaan yang boleh membawa kepada kegiatan pengedaran ganja dan dadah yang berbahaya. Justeru, adalah wajar perkara-perkara yang sangat terdedah kepada kemudaratan yang besar ditutup melalui penetapan hukum haram, berasaskan kepada kaedah sadd al-dharīʿah

iaitu “menutup pintu kerosakkan” 8. Berasaskan kepada maslahah umum, pihak pemerintah mempunyai kuasa untuk melarang

penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan kepada masyarakat bagi menjaga kepentingan umum (maslahah ammah) mereka berdasarkan kaedah fiqh:

“Tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah bergantung kepada maslahah”

9. Islam adalah agama yang lengkap yang sentiasa menjaga kehidupan manusia sejagat berdasarkan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Penggunaan rokok elektronik dan vape ini sekiranya tidak dibendung, boleh meruntuhkan lima prinsip syarak ini.

10. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan serta perbincangan dan pandangan yang

diberikan oleh ahli-ahli, Muzakarah memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape.

Cahaya34

Page 35: majalah cahaya siri 1/2016

35Cahaya

Nilai Murni

伊斯兰的清洁槪念 马丽哈佳马丽燕编写

清洁是一种清秀、純洁又净化的品行表现了人们的能干和效力, 也培养令人心快乐的环

境。伊斯兰所强调的清洁关连到人们的心灵、性格与行为以及环境个方面,又蕴含着具体物

质上与精神上的清洁。

实行了爱好清洁干净的习惯,

它不只激励一个人推行真理和作出好事以及带来有好处的事情,它也启发人们在身心上、在

工作岗位上,在家庭里与在社会上的平安又和谐的气氛。

人的身心清洁:伊斯兰的宗教要求大家保持身心与衣装的清洁。 我们的身体和四肢必须保

持清洁(保持有大小净或没有污秽阻止我们履行敬主的功课)。我们除了进行割礼之外,

也要修剪和保持手指甲、腋毛和私毛的清洁。

古兰经第74章盖被的章第4和5节最崇高安拉的启示的译意: “你要洗净你的衣服,你也

要远离一切恶怀的。”

人们的精神之净化:心灵上的净洁使人们在心灵、身体和具体受到美化,而达到了真善美的

境界。若人们要以优秀受赞美的品德消除卑鄙受憎恶的行为,就必需尽力遵从伊斯兰的规定

使心灵、身体和具体都清洁。

古兰经第2章黄牛章第222节最崇高安拉的启示的译意: “安拉的确喜爱忏悔的人

们,也喜爱常常为自己净洁的人们。”

结论:人们生活里各方面的净化,也表示了保持身心和精神的清洁之习惯是成功人生的纲要

之一,因为保持清洁的好习惯能够消除人们沉没在生活的失败和颓废的任何逆境中。由此可

见,当每一个人能够保持清洁,为整个人生履行了真善美的清秀、純洁又净化,那么他将会

顺利地走向今世与后世的成功之道

Oleh: Hafizah Mohd Yusuf

Page 36: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya36

Bersih ialah ketrampilan sifat yang menyenangkan dan suci serta menghasilkan suasana yang menggembirakan hati. Islam menegaskan bersih ini melibatkan keadaan hati, kelakuan, amalan dan juga persekitaran yang merangkumi kebersihan zahir dan batin.

Kesan daripada amalan suka menjaga kebersihan, selain mendorong seseorang ini melakukan kebenaran dan kebaikan serta perkara yang mendatangkan faedah, amalan ini turut membantu usaha mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian ke dalam diri individu, di tempat kerja, dalam keluarga dan masyarakat.

Oleh: Hafizah Mohd Yusuf

Nilai Murni

Cahaya36

Page 37: majalah cahaya siri 1/2016

37Cahaya

Kebersihan Diri: Islam menuntut umatnya menjaga kebersihan diri dan pakaian. Badan dan anggota kita mesti berkeadaan bersih daripada najis dan hadath sebelum menunaikan suatu ibadat. Selain berkhatan, kuku hendaklah dipotong, bulu-bulu yang ada pada ketiak dan anggota sulit hendaklah sentiasa dipotong dan dirapikan supaya bebas daripada kekotoran. Sebagaimanan Maksud firman Allah SWT “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. ”. (surah al-Mudaththir: Ayat 4- 5: )

Kebersihan Jiwa: Kebersihan rohaniah menghiasi dan menyempurnakan kebersihan diri, anggota badan dan fizikal. Sifat-sifat mahmudah (akhlak yang terpuji) yang menjauhi sifat-sifat mazmumah (akhlak yang terkeji) mesti dilakukan menerusi mujadalah, yakni usaha yang gigih membersihkan diri yang ditentukan oleh Islam. Maksud firman Allah SWT: ““Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Surah al-Baqarah : Ayat 222)

Kesimpulannya: Kebersihan dalam pelbagai aspek dalam kehidupan juga menunjukkan bahawa amalan baik menjaga kebersihan diri dan jiwa seseorang menjadi teras kepada kejayaan dalam hidup seseorang kerana dapat menjauhi penyakit yang membawa kepada kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Maka apabila amalan kebersihan yang sempurna dipelihara dan dipraktiskan dalam kehidupan sesorang, dia sudah tentu akan memperolehi laluan mudah bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

37Cahaya

Page 38: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya38

DIAM yang panjang dan lama. Juga sunyi yang menusuk dan tajam menikam. Dia mengelipkan

mata berkali-kali. Dia pandang kiri dan kanan. Dia tengok atas dan bawah. Di kiri dan kanannya hanya ruang kosong. Atasnya juga kosong. Di bawahnya lantai, mungkin lantai yang juga kosong.

Dia bingung dan keliru. Juga berselubung gementar dan risau sekali gus. Di manakah dia sekarang? Adakah dia sudah diculik makhluk asing lalu dibawa ke ruang sunyi, diam dan terlalu aneh ini? Bagaimana dia hendak selamatkan diri? Tapi… takkanlah dia dilarikan makhluk asing? Mana ada makhluk asing? Tapi… bukankah ustaz pernah berkata, apa-apa sahaja makhluk tetap milik Allah, semuanya ciptaan Allah, tidak kiralah sama ada asing, pelik atau aneh.

Atau…Mungkinkah?

Dia terasa mahu menjerit tiba-tiba. Mahu melaung, meraung kuat-kuat. Tetapi suaranya tidak keluar. Suaranya tersekat di kerongkong. Adakah dia sudah mati? Jika dia sudah mati, di mana dia sekarang? Adakah tubuhnya sudah disumbatkan ke liang lahad? Tetapi yang tersarung di tubuhnya masih pakaian biasanya, bukannnya kain putih yang orang panggil kain kafan itu. Sekelilingnya sunyi, tidak terdengar suara orang membaca al-Quran langsung. Kalau dia mati, takkan tiada sesiapa yang sudi membacakan ayat-ayat suci untuknya?

Mati?Dia rasa tubuhnya gementar. Dia

menggigil. Dia baru 15 tahun, sebenarnya belum

pun genap 15 tahun, tetapi mengapa dia sudah berdepan dengan detik sukar seperti ini? Tiga bulan lagi baru umurnya cukup 15 tahun, tetapi mengapa dia

Novel Bersiri

Siri 25 Oleh Salina Ibrahim

Cahaya38

Page 39: majalah cahaya siri 1/2016

39Cahaya

tidak berpeluang menikmati umur 15 tahunnya? Perjalanan hidup dia sepatutnya masih panjang.

Dia sepatutnya masih berpeluang ke sekolah, belajar perkara yang dia suka, buat apa-apa yang dia minat, bertemu kawan-kawan, bersusah payah mengharungi peperiksaan, kemudian berjaya dalam peperiksaan, masuk universiti, beroleh kerjaya yang bagus, mendirikan rumah tangga dan membina keluarga sendiri. Dia sepatutnya dapat peluang mencapai cita-citanya, sama ada mahu bergelar peguam seperti yang selalu mama galakkan, atau jadi jurutera seperti papa, atau jadi seorang pensyarah universiti seperti Abah Khairi. Dia sepatutnya dapat peluang membalas jasa mama, papa dan Abah Khairi. Dia juga patut dapat peluang menjadi contoh teladan yang lebih baik kepada Fathi, satu-satunya adik yang dia ada sekarang. Dia sepatutnya berpeluang dapat semua itu.

Tetapi mengapa semua itu direnggut daripada dia sebelum sampai masa?

Mengapa dia dibawa pergi begitu awal? Memang dia selalu dengar orang yang hidup berkata mengenai seseorang yang sudah meninggal dunia, jika orang itu baik dan tidak patut mati

awal, bahawa Allah sayangkan orang itu, sebab itu Allah ambil dia begitu awal. Adakah Allah sayangkan dia, maka dia diambil pergi terlalu awal? Bukan dia tidak bangga kerana Allah sayang akan dia tetapi dia juga terlalu sayangkan keluarganya yang ditinggalkan. Dia belum puas bersama-sama mereka. Dia juga masih mahu bersama-sama kawan-kawannya.

Mengapa tiada sesiapa yang menangisi pemergiannya sekarang? Mengapa dia terlontar sendirian dan seorang seperti ini? Tidakkah mereka sedih dengan pemergiannya? Atau adakah mereka ria kerana sekarang dia tiada untuk menyusahkan mereka. Bermakna sudah kurang satu beban pada mama, papa, Abah Khairi dan Fathi apabila dia tiada kini.

Dadanya terasa sebak. Dia terasa seperti mahu menangis tetapi tiada air mata yang keluar. Dia mahu leraikan segala yang terbuku di hatinya. Dia mahu memecahkan kesedihan yang berketul-ketul di jiwa. Dia ingin lepaskan rasa terkilan yang menekan-nekan benaknya. Tetapi semuanya bagaikan tidak dapat dileraikan, tidak dapat dipecahkan dan tidak berjaya dilepaskan. Semuanya bergumpal di sini, masih ada di sini, di hatinya ini, sehingga dia terasa seperti dicekik dan sesak nafas sendiri.

Kenapa mesti dia dibiarkan sendirian seperti ini? Pasti sebab dia terlalu banyak dosa dengan mereka, maka itulah mereka tidak mempedulikan dia sekarang. Selama ini dia banyak merungut, dia cuai, dia suka mengelat dan macam-macam lagi. Dia selalu merungut mengapa papa asyik mementingkan kerja berbanding dia, mengapa papa selama bertahun-tahun tinggalkan dia kerana pergi bekerja di luar negara, mengapa papa tinggalkan mama juga, dan macam-macam lagi. Memang rungutan itu tidak pernah diluahkan secara terus-terang tetapi itulah yang selalu bergema di hati dan

Dia bingung dan keliru. Juga

berselubung gementar dan risau sekali gus.

Di manakah dia sekarang? Adakah dia sudah diculik makhluk asing lalu dibawa ke

ruang sunyi, diam dan terlalu aneh ini?

39Cahaya

Page 40: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya40

mindanya, selalu berputar-putar dalam kepalanya.

Dia selalu memberontak dalam diri, mengapa mama lebih mesra dengan orang lain berbanding dirinya sebagai anak mama, mengapa mama sangat mengutamakan kerjanya yang tidak pernah habis-habis, mengapa mama lebih mementingkan suami baharunya, Abah Khairi dan lebih memanjakan anak baharunya, Fathi, dan mengapa mama selalu ambil mudah bahawa dia Khairunnisa’ sudah cukup besar untuk memahami perasaan mama. Oh, dia baru 15 tahun, bukan tugas dia untuk cuba mendalami hati mama, okay! Mama yang sepatutnya memahami dia, menyelami perasaannya dan berfikir

mengikut caranya. Dia tidak pernah mengalami usia seperti mama tetapi mama pernah melalui usia 15 tahun sepertinya, oleh itu mama sepatutnya lebih memahami dia.

Dan Abah Khairi, tidak sepatutnya hadir mengambil kesempatan selepas papa dan mama bercerai. Demikianlah dia selalu berfikir dan kadangkala mendendami Abah Khairi dalam diam. Memang Abah Khairi baik dengannya, tetapi adakah Abah Khairi ikhlas menerimanya, terutamanya selepas kehadiran anak kandungnya sendiri iaitu Fathi? Abah Khairi selalu menunjuk-nunjuk kononnya dia amat sayangkan Khairunnisa’ tetapi entah-entah Abah Khairi hanya berpura-pura supaya dirinya disukai ramai, untuk menunjukkan bahawa dia lelaki budiman yang prihatin akan anak tiri. Abah Khairi selalu pernah menegurnya kerana kesalahan kecil yang dia lakukan, menyebabkan dia tersinggung amat kerana Abah Khairi bukan bapanya, jadi Abah Khairi tidak layak untuk menegurnya. Malangnya mama hanya mendiamkan diri, tidak mempertahankan dia sedikit pun, malah tidak memujuknya dan hanya membiarkan dia sendiri makan hati. Semua ini memang tidak adil!

Itu belum masuk cerita dia di sekolah. Banyak yang dia lalui. Bagaimana dia dalam diam cuba bermain cinta dengan budak lelaki dari sekolah sebelah, rahsianya bocor dan kemudian ditangkap cikgu disiplin. Bencinya dia pada Cikgu Surihana yang menghukumnya dengan memasukkan dia dalam kumpulan muralis sekolah. Meluatnya dia pada Rehanna yang memerangkapnya dengan cara yang keji hanya semata-mata kerana mahu mereka menjadi sahabat baik semula.

Dan sekarang puaslah hati mereka kerana dia sudah tiada. Kerana dia tidak akan menyusahkan mereka lagi!

Ya, ketika ini apabila mengenangkan semula segala fikiran jahat yang pernah bercambah dalam

Dadanya terasa sebak. Dia terasa

seperti mahu menangis tetapi tiada air mata

yang keluar. Dia mahu leraikan segala yang

terbuku di hatinya. Dia mahu memecahkan

kesedihan yang berketul-ketul di jiwa.

Dia ingin lepaskan rasa terkilan yang menekan-

nekan benaknya. Tetapi semuanya

bagaikan tidak dapat dileraikan, tidak dapat dipecahkan dan tidak

berjaya dilepaskan.

Cahaya40

Page 41: majalah cahaya siri 1/2016

41Cahaya

mindanya suatu ketika dahulu, rasanya kian tertekan. Bukankah semua itu suatu dosa? Mengapa dia jahat sangat? Mengapa dia biarkan segala minda itu subur dalam jiwanya? Mengapa dia biarkan hatinya hitam kerana menyimpan semua dendam, prasangka dan segala yang buruk-buruk itu dalam hatinya?

Dan sekarang, dia mungkin sudah tidak berpeluang untuk membersihkan hati, untuk memutihkan nurani dan menyucikan jiwanya. Betapa dia sudah terlewat!

Dia terasa mahu meraung apabila kata-kata “terlewat” itu melintasi benaknya. Terlewat? Sungguh gerun. Memang dia sudah terlambat, kerana sekarang semua penyesalan itu tiada guna lagi. Dia tidak mungkin dapat membetulkan segala yang sudah berlalu kerana dia sudah mati. Dia tidak akan dapat meminta maaf kepada semua orang yang dia sakiti kerana nyawanya sudah berakhir. Tidak akan ada peluang lagi. Tak ada!!

Mama, maafkan Nisa! Papa, maafkan Nisa! Abah Khairi, maafkan Nisa! Adik Fathi, maafkan kakak! Cikgu dan kawan-kawan,

maafkan semua kesalahan saya! Dia sepatutnya berlemah-lembut

selama ini. Patut berlapang dada. Patut bertenang. Apa kata mama dahulu? Ya, dia patut jadi seperti air. Air yang lembut mudah meresap ke dalam apa-apa juga bentuk, bermakna mudah mempengaruhi dan kemungkinan dapat mengubah bentuk. Tetapi dia terlupa satu perkara, bahawa air juga mudah terpengaruh, malah boleh jadi berubah warna dan sifat kalau membiarkan dirinya dipengaruhi terlalu banyak.

Tetapi dia membiarkan dirinya dipengaruhi terlalu banyak, dipengaruhi oleh nafsu, kemarahan, perasaan sehingga semua itu menguasainya dan mengubah dirinya menjadi manusia jahat!

Dia memejamkan mata kerana terasa diri begitu letih. Dan ketika mencelikkan mata semula, dia terpandang seekor burung hijau melayah dari jauh. Dari mana burung itu? Dia perhatikan sungguh-sungguh. Melihat burung itu semakin hampir dan hampir. Burung itu terbang semakin rendah dan rendah. Burung itu semakin dekat dan dekat. Dia merenung lama, berfikir-fikir, tetapi tidak tahu apa-apa yang dia fikir. Dan begitu tiba-tiba, burung itu sudah berada begitu dekatnya, tidak sempat dia mengelak, kaki burung itu terus mencengkam bahunya.

Dan dia terus dibawa terbang tinggi!

Dia berkeriau cemas tetapi suaranya masih terkulum di rengkung. Dia menggelupur tetapi semakin kuat dia meronta, semakin kuat cengkaman kaki burung pada bahunya. Dan semakin tinggi dia dibawa pergi.

Bertenang, bertenang! Dia pujuk diri. Bertenang, bertenang!

Dan selepas beberapa saat, dia dapat bertenang. Dia pandang ke bawah. Memikirkan entah ke mana dia bakal dibawa. Terasa sudah tinggi dan semakin jauh dia terbang. Entah sampai ke mana-mana, dia tidak tahu. Tidak berani memikirkan langsung.

Dan sekarang, dia mungkin sudah tidak

berpeluang untuk membersihkan hati, untuk memutihkan

nurani dan menyucikan jiwanya. Betapa dia

sudah terlewat!

41Cahaya

Page 42: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya42

Tetapi ada sesuatu yang asyik di bawah sana. Pemandangan yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Padang hijau yang rata dan menawan. Di pinggir padang, ada beberapa batang pohon yang kelihatan subur lagi rimbun. Pohon yang sedang berbuah. Oh, itu pohon rambutan, nampak buahnya yang berwarna dan kuning berada pada satu pokok! Ada pohon langsat, buah tempatan kegemarannya. Ada pohon anggur yang memanjat pergola, dengan buah berwarna hijau dan hitam kemerahan tergantung pada dahannya. Wow, ini memang sesuatu!

Di pinggir padang, kelihatan sungai yang panjang, bengkok-bengkok bagaikan ular dipalu. Malah apabila burung hijau merendahkan sayap tatkala melewati sungai yang seperti ular dipalu itu, dia dapat melihat aliran air yang tenang, permukaan sungai begitu jernih bak kristal sehingga nampak batu-batan bulat di dasarnya, kelihatan ikan kecil besar, ketam, udang dan semua makhluk air berenang bersama-sama seperti satu jemaah yang bersatu.

Ini sesuatu yang luar biasa. Suatu pemandangan yang mengasyikkan. Tetapi mengapa dia hanya terbang merentasi padang dan sungai itu sahaja? Mengapa dia tidak diturunkan ke sana, supaya dapat dia memetik buah-buahan yang nampak segar enak, supaya dapat dia menikmati air sungai yang tenang tanpa tercemar itu atau

berlari-lari di padang nan luas lapang itu? Burung hijau, tolonglah, tolonglah turunkan dia di sini!

Tetapi burung hijau terus melayah pergi bagaikan tidak peduli getusan nalurinya. Burung hijau mengepakkan sayap melintasi ruang seakan-akan padang pasir nan gersang pula sehingga terasa wap panas dari pasir bangkit menampar wajahnya. Terbang lagi sehingga dia nampak kawasan yang padat dengan rumah-rumah dan bangunan-bangunan tinggi, sampai terhidu seakan-akan bau-bauan masakan yang enak. Oh, ke mana sahaja burung hijau mahu bawa dia?

Dan begitu tercetus soalan itu di mindanya, tiba-tiba dia terasa cengkaman kaki burung pada tubuhnya bagaikan dilepaskan mengejut. Dan mendadak dia langsung ditarik graviti, terlalu pantas, tidak sempat dia berfikir apa-apa, tubuhnya sudah berdebuk!

Oh, sakitnya! Sakitnya! Sakitnya! Baru inilah dia terasa sakit. Dan telinganya tangkas menangkap suara tingkah-meningkah sekitarnya. Pelbagai suara sehingga terasa bingit dan menekan gegendang telinga. Tidak lagi sunyi diam seperti tadi. Tidak lagi pegun yang dalam seperti tadi.

“Khairunnisa’...!” Itu nama dia! Dia Khairunnisa’.

Ada orang memanggil namanya selepas sekian lama dia dihurung sunyi yang panjang dan dalam tadi.

“Khairunnisa’, buka mata sayang, bangun sayang...!”

Kelopak matanya terasa bergerak-gerak. Ada cahaya yang sedang mengacah-acah ke matanya. Cahaya yang silau lagi mengacau. Dia cuba memejamkan mata, mahu mengelak silau cahaya asing itu tetapi ada sesuatu yang bagaikan masuk ke mindanya. Masuk ke otaknya. Seperti ada yang memberitahunya sesuatu.

Dia belum mati? Dia masih hidup! Ya, masih hidup!Bersambung…

“Khairunnisa’...!” Itu nama dia! Dia

Khairunnisa’. Ada orang memanggil namanya selepas sekian lama

dia dihurung sunyi yang panjang dan dalam tadi.

Cahaya42

Page 43: majalah cahaya siri 1/2016

43Cahaya 43Cahaya

Nama:

Nama Samaran (Jika Ada):

Poskod Negeri:

No. K/P: No. Tel:

Tahap Pendidikan:

No. Akaun:

Bank:

Cawangan:

Tarikh:

Borang Sumbangan

Adakah Anda Seorang Penulis?

Majalah Cahaya mengalu-alukan sumbangan

daripada pembaca. Ganjaran berpatutan.

Sila yang mana berkenaan.

Mungkin dari sini anda akan menjadi penulis terkenal.

• Atau ingin cuba menulis.• Atau berhasrat memberi sumbangan dalam Majalah Cahaya.• Anda boleh menulis dari sekarang• Hantar sumbangan anda segera!!• Bayaran akan dibuat setelah artikel anda terpilih dan disiarkan.

Perhatian : Borang ini boleh difotostat.

Alamatkan sumbangan anda kepada:

Pengarang Majalah CahayaBahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.

FOKUS NILAI MURNI

SEMASA CERPEN

RENCANA SIRAH

KERJAYA SAJAK

TOKOH

CAHAYA IT NYATAKAN............MOTIVASI DIRI

LAIN-LAIN

Page 44: majalah cahaya siri 1/2016

Cahaya44

Kitab Jami‘ at-Tirmizi karangan Imam at-Tirmizi merupakan kitab hadith yang menempati kedudukan keempat berbanding al-Kutub as-Sittah yang lain iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Jami‘ at-Tirmizi, Sunan an-Nasa’i dan Sunan Ibn Majah. Antara keistimewaan kitab ini ialah kandungan hadith-hadithnya yang meliputi pelbagai topik dan bidang bukan sahaja terhad kepada hadith-hadith hukum sahaja. Ia turut memuatkan maklumat perselisihan ulama’ mengenai amalan ibadat berdasarkan hadith sama ada daripada sahabat, tabi’in, atba’ at-tabi’in dan ulama’ mujahidin, pandangan ulama’ terhadap perawi ari sudut al-Jarh wa at-Ta’dil dan yang paling penting sekali ialah darjat hadith oleh Imam at-Tirmizi pada sebahagian besar hadithnya. Melalui kitab ini juga, pembaca didedahkan dengan pendapat Imam asy-Syafi’i mengenai sesuatu amalan ibadat berdasarkan hadith yang dibincangkan. Justeru, ia boleh dijadikan sumber rujukan bagi mengenal pasti pendapat-pendapat Imam asy-Syafi’i dalam sesuatu ibadat.

INFO BUKUISBN: 978-983-042-563-4Cetakan Pertama : 2015

Bil. Halaman : 510 Harga : RM83.00

Unit Edaran dan Promosi, Bahagian Penerbitan Jakim,Aras 1, Blok D9, kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 W.P Putrajaya.Tel: 03-8886 4574 Emel: [email protected]

Kedai Buku Jakim Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Lot 4, masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,

No. 25, Jalan Tuanku Abdul Rahman,Presint 3, 62100 W.P Putrajaya.

Tel: 03-8890 3669 Emel: [email protected]

HUBUNGI KAMI DAN DAPATKAN NASKAH DI: