30
MANUAL MPK BIL : 09 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : TEMPAHAN DEWAN SERBAGUNA DAN KEMUDAHAN SUKAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

MANUAL MPK BIL : 09 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

TEMPAHAN DEWAN SERBAGUNA DAN

KEMUDAHAN SUKAN

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 9-21

8.0 CARTA ALIR 21

9.0 PENUTUP 22

10.0 LAMPIRAN 23

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka

menjadi tugas kita bersama sebagai warga kerja

MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan

agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu

tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Buku manual ini diterbitkan adalah untuk melaporkan serta

memaklumkan segala proses dan prosedur yang dilaksanakan di

Majlis kepada warga Majlis serta warga Klang. Di dalam manual ini

juga menerangkan semua prosedur mengenai tatacara tempahan

dewan serbaguna dan kemudahan sukan (gelanggang/padang) bagi

meningkatkan imej Majlis Perbandaran Klang. Pentadbiran. Fokus

utama manual ini adalah berkaitan dengan asas cara permohonan

serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis

dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan hati

orang awam yang menjadi pelanggan MPK.

Majlis juga menekankan tahap pencapaian penambahbaikan dalam

mutu perkhidmatan kepada warga Klang dari segi ”value for money”

dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan

secara berterusan.

Marilah kita seluruh warga kerja MPK sama-sama mendokong moto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dan mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Alhamdulliah, dipanjangkan himpunan kesyukuran ke

hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, taufik dan

hidayahNya serta selawat dan salam kepada Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W telah mengizinkan untuk

menerbitkan manual ini sepertimana yang telah

dirancang.

Majlis Perbandaran Klang dalam mengorak langkah pembangunan serta

membudayakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan melalui

beberapa agenda yang telah dirancang oleh pihak pengurusan tertinggi

Majlis.

Buku manual ini diterbitkan adalah dapat membantu warga Klang. Majlis

dalam usaha untuk membuat satu perubahan melalui perkhidmatan yang

diberikan kepada warga Klang bagi mencapai matlamat dan misi Majlis iaitu

„Ke Arah Mewujudkan Bandaraya Terbilang Di Malaysia Menjelang 2015’.

Akhir bicara, semoga Majlis dalam mencapai kecemerlangan yang

diusahakan, kegemilangan yang bakal digenggam dan keterbilangan bangsa

yang akan dikagumi selaras dengan polisi serta dasar kerajaan Persekutuan

dan Negeri bagi memperhebatkan lagi daya produktiviti serta sanggahan

kerja yang diamanahkan untuk pelaksanakan yang tepat, kemas dan

mencapai matlamat Majlis.

Sekian. Terima Kasih. Wassalam.

(Zaireezal bin Ahmad Zainuddin) Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Klang

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

1.3 Menyelaras dan menyeragamkan pengendalian pengurusan tatacara permohonan penggunaan dewan dan padang oleh orang awam dan kakitangan di Majlis Perbandaran Klang.

1.4 Manual ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pentadbiran Majlis demi membina imej yang lebih cemerlang dan dinamik.

2.0 LATAR BELAKANG

Buku manual ini disediakan adalah untuk menentukan

peraturan/syarat-syarat dan tatacara permohonan bagi penyewaan

dewan serbaguna, rekreasi, riadah dan tempat-tempat kemudahan

sukan (padang/gelanggang) mengikut proses dan prosedur yang telah

ditetapkan oleh Majlis bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan imej

Majlis Perbandaran Klang.

Majlis mempunyai 22 buah dewan dan 6 buah padang Majlis di sekitar

kawasan pentadbirannya di mana tempahan pengurusan adalah di

bawah Jabatan Khidmat Pengurusan (bahagian pentadbiran am)

manakala pengurusan penyelenggaraan adalah di bawah Jabatan

Kejuruteraan. Penggunaan dewan ini adalah untuk penyewaan yang

bertujuan bagi majlis perkahwinan, jamuan makan (hari jadi),

pertunjukan pentas, konsert tadika seminar/ bengkel, ceramah /

mesyuarat, pertandingan sukan dan sukaneka. Manakala penggunaan

padang Majlis adalah untuk kemudahan sukan seperti acara sukan

sekolah (awam, swasta),acara pertandingan sukan badminton, tenis,

squash dan sebagainya.

Dengan itu, buku manual ini hendaklah dijadikan sebagai panduan yang memperjelas dan menerangkan tatacara proses permohonan dan prosedur kerja.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 6

3.0 DEFINISI

Tatacara tempahan dewan serbaguna dan kemudahan sukan

(gelanggang/padang) bagi meningkatkan imej Majlis Perbandaran

Klang. Pentadbiran. asas cara permohonan serta syarat-syarat

prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan

dengan cukup sempurna dan memuaskan hati orang awam yang

menjadi pelanggan MPK.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 7

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Pegawai Tadbir (N41)

Jabatan Khidmat Pengurusan

Pen.Pegawai Tadbir ( N 27 ) Jabatan Khidmat Pengurusan

Penghantar Notis (N1)

Pemb.Am Rendah (N 1)

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan

(N52)

Pemb.Tadbir

(N17)

Pemb.Tadbir

(N17)

Pemb.Tadbir

(N17)

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 8

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:

i Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 1994-2002

(Jilid II)

ii Perintah-Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran

iii Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

iv Dasar-dasar Majlis Perbandaran Klang

6.0 SKOP KERJA

Skop kerja tempahan dewan serbaguna dan tempat-tempat

kemudahan sukan (padang/gelanggang) ini mengandungi :-

i. Prosedur permohonan

ii. Bayaran perlu dijelaskan

iii. Pembatalan

iv. Syarat-syarat penggunaan dewan serbaguna dan tempat-tempat

kemudahan sukan (padang/ gelanggang)

v. Penggunaan sistem E-Tempahan

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 9

7.0 PROSES KERJA 7.1. PENYEWAAN DEWAN SERBAGUNA REKREASI DAN RIADAH

MAJLIS PERBANDARAN KLANG SECARA MANUAL

A. PROSEDUR PERMOHONAN

i. Pemohon perlu menghadirkan diri ke Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menyemak tarikh yang dikehendaki samada masih terdapat kekosongan atau ditempah.

ii. Yang Dipertua atau wakilnya berhak menolak mana-mana

permohonan yang bercanggah dengan peraturan dan syarat Majlis.

iii. Permohonan hanya disahkan sekiranya pihak Majlis menerima

bayaran cagaran sewaan dewan 7 hari dari tarikh tempahan yang dibuat di Kaunter Tempahan Dewan dan Riadah Majlis. Sekiranya pemohon gagal untuk menjelaskan bayaran cagaran tersebut dalam tempoh berkenaan, pihak Majlis berhak untuk membatalkan permohonan tempahan tersebut.

iv. Sekiranya permohonan tempahan dewan yang kurang dari 30

hari (sebulan) dari tarikh penggunaan maka pemohon hendaklah menjelaskan bayaran penuh sewaan dewan dan wang cagaran dewan sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis.

7.1.2 BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN

1. Majlis menetapkan bayaran cagaran sewaan dewan adalah 50% daripada jumlah bayaran sewaan dewan yang telah ditetapkan.

2. Majlis menetapkan bayaran sewa dewan adalah mengikut tujuan penggunaan dewan dan masa yang digunakan oleh pemohon mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan dalam tempoh masa 45 hari sebelum tarikh penggunaan (jika ianya jatuh pada hari Ahad hendaklah dijelaskan sebelum jam 10 pagi pada hari Sabtu). Bayaran boleh dibuat secara tunai/cek/wang pos atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 10

7.1.3 PEMBATALAN

1. Sekiranya tempahan dibatalkan oleh pemohon sebelum 14 hari dari tarikh penggunaan, bayaran penggunaan dikembalikan sepenuhnya.

2. Jika tempahan dibatalkan oleh pemohon dalam 14 hari dan tidak kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja.

3. Sekiranya pembatalan oleh pemohon dibuat dalam tempoh kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, cagaran tidak akan dikembalikan.

4. Pihak Majlis Perbandaran Klang BERHAK membatalkan tempahan dengan serta-merta (tempoh 24 jam)

sekiranya terdapat Program / Anjuran Kerajaan Negeri / Majlis dan kepentingan awam yang mengejut. Segala bayaran yang telah dibuat akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang faedah atau gantirugi dengan syarat pengguna mengemukakan resit asal.

5. Pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga berhak membatalkan tempahan sekiranya pemohon tidak membuat bayaran penuh dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7.1.4 SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN DEWAN

1. Pemohon hendaklah mengemukakan resit asal kepada pegawai/kakitangan Majlis semasa hendak menggunakan dewan.

2. Pemohon/pengguna hendaklah bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) semasa dan selepas penggunaan akan ditanggung oleh pengguna dan diminta membayar ganti rugi kepada Majlis sekiranya berlaku kerosakan.

3. Pengguna DILARANG KERAS membawa masuk

sebarang makanan dan minuman haram di sisi Agama Islam atau apa-apa yang boleh merosakkan atau apa-apa yang boleh merosakkan serta mengotorkan dewan Majlis sebagai menghormati budaya dan patang larang masyrakat majmuk.

4. Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/kecederaan/kehilangan barang-barang semasa penggunaan dewan.

5. Pengguna dikehendaki memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan acara dan jenis-jenis permukaan gelanggang yang digunakan.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 11

6. Pengguna DILARANG untuk mempamerkan gambar,

kain rentang atau iklan di dinding di dalam dewan atau di luar dewan. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK).

7. Pengguna hendaklah mengosongkan dewan termasuk orang-orang, perkakasan dan sebagainya tidak melebihi 1 jam selepas tamat masa sewaan, jika gagal membuat sedemikian wang cagaran sewaan tidak akan dikembalikan.

8. Sekiranya didapati bahawa pemohon telah melakukan pelanggaran syarat dan dewan didapati tidak berada seperti di dalam keadaan bersih, wang cagaran juga tidak akan dikembalikan.

9. Sebarang syarat yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MPK.

7.1.5 PERINGATAN

1. Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/kecederaan/kehilangan barang-barang semasa penggunaan dewan.

2. Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) adalah kawasan larangan merokok.

7.1.B PENYEWAAN TEMPAT-TEMPAT KEMUDAHAN SUKAN (PADANG/GELANGGANG) MAJLIS PERBANDARAN KLANG SECARA MANUAL

7.1.1.B PROSEDUR PERMOHONAN

1. Pemohon perlu menghadirkan diri ke Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menyemak tarikh yang dikehendaki samada masih terdapat kekosongan atau ditempah.

2. Yang Dipertua atau wakilnya berhak menolak mana-mana permohonan yang bercanggah dengan peraturan dan syarat Majlis.

3. Permohonan hanya disahkan sekiranya pihak Majlis menerima bayaran cagaran sewaan padang 7 hari dari tarikh tempahan yang dibuat di Kaunter Tempahan Dewan dan Riadah Majlis. Sekiranya pemohon gagal untuk menjelaskan bayaran cagaran tersebut dalam tempoh berkenaan, pihak Majlis berhak untuk membatalkan permohonan tempahan tersebut.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 12

4. Sekiranya permohonan tempahan gelanggang/padang yang kurang dari 30 hari (sebulan) dari tarikh penggunaan maka pemohon hendaklah menjelaskan bayaran penuh sewaan padang dan wang cagaran padang sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis.

5. Pemohon boleh membuat permohonan dengan cara seperti berikut:-

i Sewaan Bulanan Badminton/ Tenis/ Squash

Pemohon hendaklah membuat permohonan

tempahan seperti jadual di bawah:-

7.1.2.B BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN

1. Majlis menetapkan bayaran sewa padang/gelanggang adalah mengikut tujuan penggunaan padang/gelanggang dan masa yang digunakan oleh pemohon mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2. Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan dalam tempoh masa 45 hari sebelum tarikh penggunaan (jika ianya jatuh pada hari Ahad hendaklah dijelaskan sebelum jam 10 pagi pada hari Sabtu). Bayaran boleh dibuat secara tunai/cek/wang pos atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

7.1.3.B PEMBATALAN

1. Sekiranya tempahan dibatalkan oleh pemohon sebelum 14 hari dari tarikh penggunaan, bayaran

penggunaan dikembalikan sepenuhnya. 2. Jika tempahan dibatalkan oleh pemohon dalam 14 hari

dan tidak kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja.

3. Sekiranya pembatalan oleh pemohon dibuat dalam tempoh kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, cagaran tidak akan dikembalikan.

4. Pihak Majlis Perbandaran Klang BERHAK membatalkan tempahan dengan serta-merta (tempoh 24 jam) sekiranya terdapat Program / Anjuran Kerajaan Negeri /

Bil Tarikh Tempahan Sesi Permainan (bulan)

1. Disember minggu ke-2 Januari hingga Mac

2. Mac minggu ke-2 April hingga Jun

3. Jun minggu ke-2 Julai hingga September

4. September minggu ke- 2

Oktober hingga Disember

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 13

Majlis dan kepentingan awam yang mengejut. Segala bayaran yang telah dibuat akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang faedah atau gantirugi dengan syarat pengguna mengemukakan resit asal.

5. Pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga BERHAK membatalkan tempahan sekiranya pemohon tidak membuat bayaran penuh dalam tempoh yang telah

ditetapkan.

7.1.4.B SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN PADANG/ GELANGGANG

1. Pemohon hendaklah mengemukakan resit asal kepada pegawai/kakitangan Majlis semasa hendak menggunakan padang/gelanggang.

2. Pemohon/penggunahendaklah BERTANGGUNGJAWAB

ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar padang/gelanggang Majlis Perbandaran Klang (MPK) semasa dan selepas penggunaan akan ditanggung oleh pengguna dan diminta membayar ganti rugi kepada Majlis sekiranya berlaku kerosakan.

3. Pengguna adalah DILARANG mendirikan khemah di

dalam kawasan padang dan diatas trek.

4. Pemohon/pengguna mestilah BERTANGGUNGJAWAB keatas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di padang/gelanggang Majlis Perbandaran Klang semasa dan selepas penggunaan. Segala kerosakkan keatas harta Majlis semasa penggunaan akan ditanggung oleh pengguna dan diminta membayar gantirugi kepada Majlis sekiranya berlaku kerosakan.

5. Pengguna dikehendaki memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan acara dan jenis-jenis permukaan gelanggang/padang yang digunakan.

6. Pengguna adalah DILARANG mengecat/menconteng trek, papan tanda dan tidak membuang sampah, tanah pasir, bahan-bahan cecair seperti minyak merata-rata.

7. Pengguna adalah DILARANG membawa/meletakkan kenderaan melalui trek atau padang dan menggunakan bekalan elektrik/generator sendiri tanpa kebenaran Majlis.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 14

8. Permohonan daripada pelajar sekolah hendaklah membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah untuk mendapatkan bayaran konsesi pelajar sekolah.

9. Sekiranya didapati bahawa pemohon telah melakukan pelanggaran syarat dan padang/gelanggang didapati tidak berada seperti di dalam keadaan bersih, wang cagaran juga tidak akan dikembalikan.

10. Sebarang syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MPK.

7.1.5. B PERINGATAN

1. Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/kecederaan/kehilangan barang-barangsemasa penggunaan padang/gelanggang.

7.2 PENGGUNAAN SISTEM E-TEMPAHAN SECARA SISTEM

Jabatan Khidmat Pengurusan telah menggunapakai satu Sistem

Tempahan Dewan adalah secara atas talian (online) iaitu

sistem E-tempahan yang bertujuan untuk mengemaskinikan

maklumat/ data dan memasukkan data tempahan yang dibuat

oleh orang awam. Sistem ini menggunakan Spesifikasi Window

Server 2003 , Xampp dan My SQL 2000. Antara faedah yang

dapat diperoleh daripada Sistem E-tempahan adalah:

1. Dapat dicapai oleh semua kakitangan kaunter tempahan dengan mudah.

2. Kerenah birokrasi dapat dikurangkan proses penyampaian (delivery system) lebih cepat.

3. Maklumat diterima dalam tempoh masa sebenar (real time).

4. Bilangan tempahan dewan lebih banyak dapat dicapai.

5. Dapat dicapai di mana sahaja tempat yang ada rangkaian internet.

6. Masa berurusan di kaunter dapat singkatkan.

7. Pergerakan pegawai dapat dikurangkan.

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 15

8. Kos pengurusan dapat dijimatkan.

9. Hasil Majlis dapat ditingkatkan.

10. Laporan bulanan penggunaan dewan dapat diperolehi dengan mudah.

11. Tempahan dewan tidak bertindih.

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 16

TATACARA PELAKSANAAN E-TEMPAHAN

a. Akses program e-TEMPAHAN di Laman Web e-TEMPAHAN.

b. http://172.16.0.35/e-tempahan/index.php

c. Klik butang Aplikasi e-TEMPAHAN

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 17

d) Masukkan Username & Password.

e) Pilih Menu Tempahan Baru

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 18

`````````````` f) Masukkan Maklumat Penempah .

g) Masukkan Butir Tempahan.

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 19

h) Klik Butang Hantar.

i) Klik butang kemaskini.

Page 20: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 20

j) Klik Butang Butir Bil Sewa Dan Cetak Bil.

Page 21: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 21

K) Klik Butang „Cetak Surat Tempahan

8.0 CARTA ALIR

Page 22: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 22

9.0 PENUTUP

Buku manual ini disediakan adalah sebagai rujukan dan

panduan kepada semua owang awam dan kakitangan yang

memperjelas dan memperkukuhkan proses dan prosedur kerja

bagi tempahan dewan dan padang Majlis. Dengan adanya

manual ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dikaunter

tempahan dan pentadbiran Majlis demi membina imej yang lebih

cemerlang dan dinamik.

Page 23: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 23

10.0

LAMPIR

AN Bil. Gambar Tapak Lokasi

1.

Alamat: Dewan Hamzah, Jalan Perbandaran, 41675 Klang Kegunaan: Acara-acara rasmi Majlis dan acara rasmi jabata kerajaan

2.

Alamat: Dewan Ahmad Razali, Jalan Haji Sirat, Batu 4, 42100 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat

Page 24: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 24

3.

Alamat: Dewan Kompleks Sukan, Jalan Raja Lumu, 42000 Pel Klang Kegunaan: Aktiviti sukan, seminar dan mesyuarat

4.

Alamat: Dewan kg. Pendamar, Jalan damar 14, Kg. Pendamar, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat

5.

Alamat: Dewan kg. Idaman, Jalan Idaman 12, Kg. Idaman, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat

Page 25: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 25

6.

Alamat: Dewan Pandamaran Jaya, Jalan Pandamaran jaya 7, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat

7.

Alamat: Dewan Kg Raja Uda, Lorong Melikai 4, kampong Raja Uda, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat

8.

Alamat: Dewan Sri Andalas, Jalan Tun Abdul Razak, 41200 Taman Sri Andalas, Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan seminar, dan sukan

Page 26: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 26

9.

Alamat: Dewan Pelabuhan Klang, Jalan Pekeliling, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

10.

Alamat: Dewan Kg. Kuantan, Jalan Bukit Kuda, 41000 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

11.

Alamat: Dewan Telok Gong, Kg. Hamid Tuah, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan Keluasan: NIL Tahun Dibina: NIL Nama Pengurus: Majlis Perbandaran Klang

Page 27: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 27

12.

Alamat: Dewan Taman Eng Ann, Jln Serindit 10, Tmn Bukit Raja, 41150 klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

13.

Alamat: Dewan Taman Sentosa, Off Jalan Sg. Jati, Taman sentosa, 41200 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

14.

Alamat: Dewan Bandar Sultan Suleiman, Lebuh Sultan Abd Samad, Bandar Sultan Sulaiman, 42000 Pel. Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

Page 28: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 28

15.

Alamat: Dewan Klang jaya, Jalan Selampit 26, Taman Klang Jaya, 41200 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

16.

Alamat: Dewan Sungai Pinang, Jalan Labis 100, Sg. Pinang, 41400 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

17.

Alamat: Dewan Meru, Jalan Bkt Kapar, 42200 Meru Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

Page 29: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 29

18.

Alamat: Dewan Bukit Kerayong, Jalan Kerayong 7, Tmn sri Kerayong, 42200 kapar Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

19.

Alamat: Dewan Teluk Pulai, Jalan Serampang 3, Tmn Sinaran, 41100 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

20.

Alamat: Dewan Berkeley, Lebuh rajawali, Tmn Berkeley, 41000 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

Page 30: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · asas cara permohonan serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 30

21.

Alamat: Dewan Bukit Tinggi 2, Lorong batu Nilam 17D, Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan

22.

Alamat: Dewan Kg. Pendamar Indah 2, Lebuh damar Merah, Taman pendamar Indah 2, 42000 Pelabuhan Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan