Upload
others
View
1
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TEKSPERUTUSAN
DATUKDr.AMINBINSENINKETUAPENGARAHPELAJARANMALAYSIA
MAJLISSAMBUTANHARIGURUPERINGKATKEBANGSAAN
TAHUN2018
TEMA:
“GURUPEMACUTRANSFORMASIPENDIDIKAN”
Tarikh:
16MEI2018Masa:
8.30PAGITempat:
PICC
Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuhdanSalam Sejahtera
(Salutasiterkinidisediakanolehurussetia)
MUKADDIMAH
1.AlhamdulillahiRabbil’alamin,marilahkita
melafazkansetinggi-tinggi kesyukuranke
hadratAllah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya,dapatkitabersama-samahadir
ke Majlis Sambutan Perayaan HariGuru
PeringkatKebangsaan Kalike-47 Tahun
2018 pada hari yang berbahagia ini.
Sesungguhnyahariinimerupakanhariyang
amatistimewakhususkepadasemuaguru
diMalaysia.Tanggal16Meimerupakanhari
pengiktirafan negara terhadap jasa dan
bakti guru atas usaha melahirkan
warganegaraMalaysiayangdapatmemberi
sumbanganterhadapkeluarga,masyarakat
dan negara untuk hidup kekal dalam
suasana aman, harmoni dan makmur.
Semogajiwapendidikyangluhursentiasa
suburdalam sanubarisetiapguru.
Parahadirinyangdihormatisekalian,
PENDAHULUAN
2.Kita sedia maklum bahawa HariGuru
ialahhariuntukmenunjukkanpenghargaan
terhadapparaguruatassumbanganbakti
dankhidmatmurnikepadamasyarakatdan
negara.DiMalaysia,Perayaan Sambutan
HariGuru PeringkatKebangsaan bermula
pada tahun 1972.Tarikh 16 Meidipilih
sebagaiHariGurukeranapadatarikhyang
sama dalam tahun 1956,Majlis Undang-
Undang Persekutuan Tanah Melayu telah
menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar
PelajaranNegarakita.
TEMAHARIGURU
3.Tema Hari Guru 2018, iaitu ‘Guru
Pemacu Transformasi Pendidikan’ telah
dilancarkanpada23Mac2018.Temaini
membawapengertianbahawagurusebagai
barisanhadapanyangmemainkanperanan
pentingdalam melaksanakantransformasi
pendidikan negara. Sebagai agen
perubahan, guru mampu membawa
pembangunan pendidikan negara kepada
tahapyanglebihcemerlangdandiseganidi
matadunia.
4.Pemilihan tema HariGuru pada tahun
2018 amat bersesuaian dengan
perkembangan semasa dunia pendidikan
masa kini. Dinegara kita khususnya,
peranan guru merupakan faktor kritikal
menentukankejayaanPelanPembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Transformasi pendidikan secara
menyeluruh dapat dirasai apabila
berlakunyatransformasidalam bilikdarjah.
Parahadirinyangsayahormati,
FORMATSAMBUTANHARIGURU
5.JawatankuasaPengelolaPerayaanHari
GuruPeringkatKebangsaantelahmembuat
pembaharuan dalam mengadakan
SambutanHariGuru2018.Padatahunini,
sambutan hariguru diadakan bermula di
peringkat sekolah, diikuti sambutan di
peringkatnegeridan acara kemuncaknya
iaitu sambutan peringkat kebangsaan
dikelolakanolehKPM.
6.Perubahanformatsambutaniniadalah
kerana KPM merasakan bahawa semua
pihak perlu dilibatkan untuk turutsama
meraidan menghargaisegala jasa dan
pengorbanan guru.Ucapan penghargaan
terima kasih cikgu iniperlu dizahirkan
secara terbuka di semua peringkat
melibatkan pelbagaipihak termasuk ibu
bapa,komunitidan pihak swasta untuk
memastikan guru rasa dihormati dan
dihargai.
7.KementerianPendidikanMalaysiatelah
mengatur pelbagaiprogram dan aktiviti
menarik bagi memastikan Perayaan
Sambutan Hari Guru lebih meriah dan
mencapaiobjektifnya.Antaraprogram yang
dirancang bagi menyemarakkan dan
menghangatkan sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan adalah Anugerah
TokohGuruKebangsaan,AnugerahTokoh
Kepimpinan Pendidikan, Anugerah Guru
Inovatif,AnugerahIkonGuru,AnugerahGuru
Cemerlang,Forum Berkaitan Kemenjadian
Murid,AcaraSukansertaMajlisSolatHajat,
Bacaan Tahlildan Yasin diMasjid Putra,
Putrajaya.
8.Untukmaklumanparahadirin,sambutan
tahun ini melibatkan semua lapisan
masyarakattermasuk pelibatan kumpulan
penggerak ibu bapa,komunitidan pihak
swasta.Pada23Mac2018yanglalu,Majlis
Pelancaran Gerakan Massa Penghargaan
‘TerimaKasihCikgu’PeringkatKebangsaan
telahdisempurnakandiKualaLumpur.
Parahadirinyangdihormatisekalian,
9.Kemenjadian murid dan pendidikan
berkualitiyang menjadimatlamatutama
PPPM 2013-2025 boleh dicapaimelalui
penterjemahan semua dasardan aspirasi
negara. Kebersamaan pemikiran
kepemimpinanKPM danbarisanhadapan
pelaksana iaitu guru perlu selaridalam
menjayakan transformasi pendidikan.
Dalam perkara ini,guru perlu memahami
peranan utama bagi memastikan
kemenjadianmuridsecaraholistik.
10.Proses awalmembentuk kemenjadian
murid yang holistik perlu dilakukan dan
dimantapkandalam fasapendidikanwajib
enam tahundiperingkatrendahdantiga
tahundiperingkatmenengahrendah.Inilah
masa strategik untuk membangunkan
potensimurid yang harus dimanfaatkan
olehguru.
11.KementerianPendidikanMalaysiatelah
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS)bermula tahun 2011 yang
merupakansatuanjakanparadigmadalam
sistem pendidikannegara. PBSmentaksir
bidangakademikdanbukanakademik.
12.Kategori akademik terdiri daripada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan
PentaksiranPusat(PP),manakalakategori
bukan akademik terdiri daripada
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
Pentaksiran AktivitiJasmani,Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK).
13.PBSmerupakanmekanismesekaligus
sebagai alat ukur utama dalam
menterjemahkan dan mengoperasikan
maksud pembentukan kemenjadian murid
yang bersifatholistik iaitu menilaiaspek
kognitif(intelek),afektif(emosidanrohani),
psikomotor(jasmani)dan sosialselaras
denganFalsafahPendidikanKebangsaan.
14.Adalah diharapkan kefahaman dan
pelaksanaan PBS yang sejajar dengan
matlamatnya dapat memastikan
pembangunanmuridsecaraholistikdicapai.
Selain itu, PBS juga dapat memberi
maklumatmengenaiperkembanganmurid
kepadaguru,ibubapadanmuriditusendiri.
15.Hasilpentaksiranbolehmembantuguru
menilaikaedahpengajarandanaktivitiyang
dilaksanakandalam prosespengajarandan
pembelajaran. Inilah antarafokusutama
gerakkerjayangakanmeletakkanperanan
guru sebagai pemacu transformasi
pendidikan.
Parahadirinsekalian,
KEJAYAANGURU
16.Sesungguhnya KPM amatmenghargai
usahadanpengorbanangurudalam bidang
kurikulum dankokurikulum.Komitmenjitu
guru dalam bidang tersebuttelah dapat
memperkembangkan potensi murid dan
mengetengahkanbakatdankebolehandiri
sendiri.
17.Sayainginmerakamkanucapanterima
kasihkepadasemuaguruwalaudimana
merekaberadayangtelahberjayamemberi
sentuhanwalaupunsekecilmanakejayaan
kepadakemenjadianmurid.
18.Sayaamatberbanggadenganprestasi
tinggiyang telah ditunjukkan oleh semua
wargapendidikbagimemastikanMalaysia
menempanamadipersadaantarabangsa.
Semogaprestasicemerlanginidikekalkan
danditambahbaiksecaraberterusan.
19.Kementerian telahpun menyediakan
pelbagaiinisiatifbagimeningkatkankualiti
dan memartabatkan profesionalisme
keguruan di negara kita. KPM telah
menyediakan laluan kerjaya baharu guru
yang memberipeluang dan pilihan untuk
meningkatkan kemajuan masing-masing.
Selain itu, turut diperkenalkan inisiatif
Menjadi Guru Malaysia dalam usaha
memperkemaskan profil guru secara
berpusat ke arah pemantapan dan
peningkatan kerjaya serta pembangunan
profesionalismeberterusan.
Parahadirinyangdihormati,
PENGHARGAANKEPADAKSU
20.Masa berlalu begitu pantas. Pada
tanggal22Mei2018,YBhg.Dato’SriAlias
bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia akan
bersarawajib. YBhgDato’SriAliastelah
memulakan perkhidmatan diKPM sejak
September 2016.Pada masa itu,KPM
berdepandenganpelbagaicabarandalam
usaha memenuhi tanggungjawab
menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepadaseluruhanakbangsakita.
21.Saya amatbersyukurke hadratIlahi
denganizindanperkenan-Nya,YBhg.Dato’
SriAlias telah berjaya memimpin KPM
mendepani cabaran tersebut sehingga
terbuktikitamencapaikecemerlangandemi
kecemerlangansepertiyangkitalihatpada
hariini.
22.Bagi pihak KPM, saya mengambil
kesempatan merakamkanucapansetinggi-
tinggipenghargaandanterimakasihatas
jasa bakti YBhg. Dato’ Sri sepanjang
memimpinkitadiKementerianini.
Parahadirinyangdihormatisekalian,
PENUTUP
23.Ucapan tahniah juga saya rakamkan
kepadaJawatankuasaPengelolaSambutan
HariGuru Peringkat Kebangsaan Tahun
2018 yang berusaha memastikan semua
program yang dirancang berjalan lancar.
Terimakasih kepadapihakmediamassa
yang telah memberikan sokongan dan
komitmensertapublisitidalam menjayakan
program SambutanHariGuru2018.
24.Akhirkata,kepada semua ibu bapa,
komuniti dan sektor swasta, serta
PersatuanIbuBapadanGuru(PIBG),bagi
pihak KPM, saya merakamkan ucapan
ribuan terima kasih atas pelibatan
penganjuranaktivitipendidikandisekolah
untukfaedahanak-anakkita.
25.Teruskanlah memberi sokongan dan
bantuan kepada pihak guru dan sekolah
dalam apajuabentuksamaadadarisudut
pandangan,kemahiranmahupunkewangan
untuk melonjakkan prestasi pendidikan
anak-anak kita. Marilah bersama-sama
memberi perhatian, kasih sayang dan
bertanggungjawabdalam pendidikananak-
anak agar mereka dapat mencorakkan
masadepannegarakita.
Sekian,Wabillahitaufikwalhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.TerimaKasih.
PEJABATKETUAPENGARAHPELAJARANMALAYSIA
KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA
ARAS8,BLOKE8,KOMPLEKSE
PUSATPENTADBIRANKERAJAANPERSEKUTUAN
62604PUTRAJAYA
TEL:03-88846077FAX:03-88894548