14

Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua...Di rantau Asia, adalah menjadi norma masyarakat untuk anak-anak menunjukkan ketaatan dengan menjaga ibu bapa yang sudah tua (Tengku Aizan, 2015)

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 1

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Pendahuluan

    Jabatan Perangkaan Malaysia dalam siaran akhbarnya pada tahun 2019,

    menyatakan menjelang 2030, peratusan rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke

    atas dijangka akan meningkat kepada 15 peratus. Mengikut portal myhealth.gov.my,

    sesebuah negara akan digelar negara tua apabila rakyat yang berumur 60 tahun dan

    ke atas berjumlah 15 peratus daripada keseluruhan penduduk. Berdasarkan statistik

    dan definisi tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa Malaysia bakal bergelar negara

    tua dalam tempoh tidak kurang daripada 10 tahun lagi.

    Definisi negara tua juga boleh ditakrifkan kepada sesebuah negara apabila 7 peratus

    daripada rakyatnya adalah berumur 65 tahun dan ke atas. Jika mengikut definisi ini,

    Malaysia sebenarnya sudah bergelar negara tua pada tahun 2020 kerana anggaran

    yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2016) dalam Population

    Projection (Revised), Malaysia, 2010-2040 menjangkakan jumlah warga Malaysia

    yang berumur 65 tahun dan ke atas adalah 7.2 peratus pada tahun 2020.

    Umur penengah (median age) sesebuah negara juga boleh menentukan sama ada

    negara tersebut berstatus negara tua ataupun tidak. Setakat ini, sesebuah negara

    juga digelar negara tua apabila umur penengah penduduk negara tersebut adalah

    30 tahun (myhealth.gov.my).

    Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan

    Perangkaan Malaysia (2019), peratusan

    penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun

    dan ke atas sudah mencapai 10 peratus pada

    tahun 2018 dan jangkaan 10.3 peratus pada

    tahun 2019 (rujuk Rajah 1). Peratusan

    penduduk yang berumur 65 tahun ke atas

    juga meningkat pada tahun 2019, iaitu

    dianggarkan 6.7 peratus berbanding 6.5

    peratus pada tahun 2018. Begitu juga dengan

    statistik umur penengah di Malaysia, meningkat kepada 28.9 tahun pada tahun 2019

    berbanding 28.6 tahun pada tahun 2018 (rujuk Rajah 2).

    Rajah 2 : Peratusan penduduk mengikut kumpulan umur dan

    umur penengah (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019)

    Rajah 1 : Penduduk berumur 60 tahun

    dan lebih (Jabatan Perangkaan Malaysia,

    2019)

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 2

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Kesemua data tersebut adalah indikator yang jelas bahawa kita sememangnya

    menuju ke arah status negara tua menjelang 2030. Menurut Nik Norliati (2018),

    peningkatan jumlah warga emas sebenarnya turut disumbangkan oleh faktor-faktor

    positif sosioekonomi seperti peningkatan taraf pendidikan, pekerjaan, tahap

    penjagaan kesihatan, penurunan kadar kematian dan peningkatan jangka hayat

    individu.

    Memandangkan proses penuaan adalah suatu realiti dan merupakan fenomena

    semulajadi, wajarlah untuk kita mendepani isu ini bagi menghadapi cabaran yang

    bakal ditempuhi.

    Cabaran Malaysia Menghadapi Negara Tua

    Melihatkan peratusan warga emas yang makin meningkat saban tahun di Malaysia,

    apakah aspek dan cabaran yang perlu dihadapi negara? A Study of Social Support

    for the Elderly in a Rural Area (2008) menyatakan bahawa isu negara tua bukan

    hanya tertumpu kepada meningkatnya jumlah warga emas, tetapi turut membawa

    implikasi kepada pelbagai isu fizikal dan non-fizikal. Malah, Population Ageing in

    Malaysia: A Mosaic of Issues, Challenges & Prospects (2015) telah membincangkan

    lima (5) isu yang mendepani warga emas di Malaysia iaitu kesihatan, ekonomi,

    sosial, psiko-spritual dan juga persekitaran.

    Pertama : Kesihatan

    Mengikut World Health Organization (WHO), definisi kesihatan ditakrifkan sebagai

    “Health is a state of complete physical, mental and social well-being and not merely

    the absence of disease or infirmity”.

    Definisi ini yang tidak pernah dipinda sejak dari tahun 1948 membawa erti kesihatan

    bukan hanya bermaksud seseorang itu tidak mempunyai sebarang penyakit. Malah,

    kesihatan yang baik mencakupi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.

    Di Malaysia, kita sangat bertuah kerana semua rakyat boleh mendapat akses untuk

    rawatan kesihatan sama ada di institusi kerajaan mahupun swasta. Kerajaan

    menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mengenakan caj RM1 untuk

    rawatan pesakit luar dan RM5 untuk berjumpa pakar. Manakala, tiada caj yang

    dikenakan untuk warga emas. Sistem kesihatan yang baik di Malaysia dilihat adalah

    salah satu faktor menyumbang kepada peningkatan jangka hayat individu.

    Walaubagaimanapun, dengan pertambahan usia juga membawa kepada risiko

    penyakit-penyakit kronik, gangguan psikologi, dan penurunan kognitif (Tengku

    Aizan, 2015).

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 3

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Pada masa artikel ini ditulis, seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19.

    Harian Metro pada keluaran bertarikh 16 April 2020 menyiarkan kenyataan Ketua

    Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang berkata, “Apabila

    statistik bilangan kes COVID-19 dipadankan dengan populasi bagi setiap kumpulan

    umur, jelas dapat dilihat bahawa kadar insiden COVID-19 bagi 100,000 populasi di

    Malaysia adalah paling tinggi bagi kumpulan umur 55 hingga 59 tahun dan juga 60

    hingga 64 tahun.”

    Menurut Datuk Dr. Noor Hisham juga, berdasarkan statistik terbaharu, 62.6 peratus

    kematian yang direkodkan untuk wabak COVID-19 adalah daripada kes umur 60

    tahun dan ke atas. Ini menunjukkan kepada kita bahawa sememangnya golongan

    warga emas paling mudah terkesan dengan jangkitan penyakit COVID-19 sekiranya

    mereka mempunyai penyakit kronik.

    Ini turut disokong oleh penemuan The Office for National Statistics (ONS) yang

    menyatakan 9 daripada 10 kematian di England dan Wales akibat COVID-19 adalah

    daripada pesakit yang sedia ada mempunyai penyakit kronik. Lebih merisaukan lagi,

    pesakit COVID-19 yang mempunyai sejarah penyakit jantung mempunyai risiko yang

    tinggi untuk berakhir dengan kematian (The Telegraph, 2020).

    Justeru, penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan sejak

    usia muda lagi bagi mengurangkan risiko penyakit seperti darah tinggi, kencing

    manis, serangan jantung, dementia dan sebagainya.

    Kedua : Ekonomi

    Di Malaysia, apabila mencecah usia 60 tahun, ramai daripada golongan warga emas

    ini perlu bersara dan daripada segi pendapatan pula, hanya bergantung pada

    pencen semata ataupun caruman KWSP yang tidak seberapa. Sebenarnya, taraf

    ekonomi seseorang warga emas itu boleh dilihat kepada latar belakang

    sosioekonomi serta peluang ekonomi yang dikecapi sewaktu muda (Tengku Aizan,

    2015).

    Keadaan kewangan pada masa tua bergantung kepada bagaimana mereka

    menguruskan kewangan dan simpanan. Walaubagaimanapun, dengan peningkatan

    jangka hayat individu, serta kos sara hidup yang tinggi, menjadikan simpanan yang

    dikumpul tidak mencukupi untuk menampung kehidupan.

    Dalam Belanjawan Malaysia 2020 yang telah dibentangkan oleh bekas Menteri

    Kewangan, YB Lim Guan Eng, sebanyak RM575 juta disediakan kerajaan bagi

    menyalurkan bantuan sosioekonomi kepada 137 ribu warga emas yang

    berpendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan (Harian Metro, 2019).

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 4

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Kerajaan juga mungkin boleh mengkaji keperluan untuk memanjangkan umur

    persaraan memandangkan situasi sekarang yang mana jangka hayat individu

    semakin meningkat manakala kadar kelahiran di Malaysia pula semakin menurun.

    Data saiz penduduk tahun 2010 hingga tahun 2019 yang dikeluarkan Pejabat

    Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan penduduk sentiasa

    menurun. Pada tahun 2019, kadar pertumbuhan penduduk Malaysia menurun

    kepada 0.6 peratus berbanding 1.1 peratus pada tahun 2018 (rujuk Rajah 3).

    BILANGAN ('000) KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK

    TAHUNAN (PERATUS)

    TAHUN Jumlah Warganegara Bukan

    Warganegara Jumlah Warganegara

    Bukan Warganegara

    2010 28,588.60 26,264.10 2,324.50 1.8 1.6 4

    2011 29,062.00 26,616.90 2,445.10 1.6 1.3 5.1

    2012 29,510.00 26,961.70 2,548.30 1.5 1.3 4.1

    2013 30,213.70 27,325.60 2,888.00 2.4 1.3 12.5

    2014 30,708.50 27,696.20 3,012.30 1.6 1.3 4.2

    2015 31,186.10 28,060.00 3,126.10 1.5 1.3 3

    2016 31,633.50 28,403.50 3,230.00 1.4 1.2 3

    2017 32,022.60 28,735.10 3,287.50 1.2 1.2 1.8

    2018 32,382.30 29,059.60 3,322.70 1.1 1.1 1.1

    2019e 32,581.40 29,376.90 3,204.50 0.6 1.1 -3.6

    Rajah 3 : Saiz penduduk dan kadar pertumbuhan penduduk tahunan, Malaysia, 2010-2019 (Jabatan

    Perangkaan Malaysia, 2019)

    Isu negara tua sebenarnya menunjukkan ketempangan demografi umur penduduk

    yang mana pertumbuhan penduduk telah merencat. Golongan tua semakin

    meningkat dan golongan muda tidak berkembang.

    Malaysia mungkin boleh belajar dari Jepun dalam menangani cabaran negara tua.

    Menurut perangkaan rasmi kerajaan Jepun, seorang daripada lima orang penduduk

    Jepun adalah berusia 70 tahun dan ke atas (Ahmad Shukri & Norliza, 2018). Statistik

    ini membawa makna bahawa bilangan warga emas di Jepun telah mencapai lebih

    20 peratus. Justeru, Kerajaan Jepun terpaksa menangani isu kos sekuriti sosial yang

    bertambah serta masalah kekurangan tenaga buruh yang menjejaskan produktiviti

    negara.

    Ketidakseimbangan demografi ini memberi kesan langsung kepada jumlah

    penduduk yang boleh bekerja. Ini bermakna pembayar cukai di Jepun semakin

    berkurang manakala, kos untuk penjagaan kesihatan orang tua semakin meningkat.

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 5

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Oleh itu, realiti penuaan di Jepun ini boleh dijadikan panduan serta pengajaran buat

    Malaysia.

    Ketiga : Sosial

    Di rantau Asia, adalah menjadi norma masyarakat untuk anak-anak menunjukkan

    ketaatan dengan menjaga ibu bapa yang sudah tua (Tengku Aizan, 2015). Namun

    begitu, menjaga ibu bapa yang sudah tua atau uzur memerlukan kepada ilmu dan

    juga kesabaran yang tinggi. Apabila melewati usia lanjut, warga tua jiwanya

    cenderung menjadi lebih sensitif. Ditambah pula dengan kualiti kesihatan yang

    makin merosot, pergerakan yang semakin sukar serta terbatasnya keupayaan fizikal.

    Menurut Khadijah Alavi (2012), tidak ada sebarang pendedahan kepada masyarakat

    Malaysia tentang kesedaran atau pendidikan untuk menjaga orang tua yang uzur

    atau menghidap penyakit kronik di rumah, hospital atau institusi penjagaan warga

    emas. Sedangkan jika melihat kepada nilai budaya negara kita, aspek ini adalah

    sangat penting memandangkan golongan tua adalah golongan yang perlu diberi

    perhatian sebaik mungkin, agar mereka kekal hidup sejahtera dalam kehidupan hari

    ini.

    Sebenarnya, masih terdapat golongan tua yang hidupnya terabai. Mereka tidak

    dipedulikan oleh keluarga dan masyarakat. Ada yang hidup sebagai gelandangan di

    jalanan, tinggal bersendirian dalam kemiskinan ataupun terlantar di hospital tanpa

    keluarga yang menjaga (myhealth.gov.my, 2017).

    Perlu kita akui, golongan tua atau warga emas ini, telah melalui pelbagai ranjau dan

    pengalaman hidup. Bagi anak-anak pula, ibu bapa yang tua inilah pada suatu masa

    dahulu yang telah mencurahkan kasih sayang, berkorban masa, tenaga, wang

    ringgit malah apa sahaja untuk membesarkan anak-anak. Jadi wajarlah ketika

    mereka telah tua, anak-anak membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa.

    Dalam Islam sendiri adalah satu kewajipan untuk anak-anak menjaga dan berbuat

    baik kepada kedua ibu bapa. Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang

    menerangkan tentang adab-adab serta tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa,

    terutamanya apabila ibu bapa sudah menjengah usia tua. Contohnya, firman Allah

    SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 23:

    “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah

    melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik

    kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya

    sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka

    janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)

    sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 6

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang

    bersopan santun).”

    Jelaslah di sini tanggungjawab menguruskan warga emas bermula daripada

    keluarga. Masyarakat juga seharusnya turut memainkan peranan masing-masing

    dan tidak hanya mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan sahaja dalam

    menangani isu-isu sosial berkaitan warga emas. Hidup berkomuniti memerlukan

    masyarakat yang saling bantu-membantu, ambil peduli dan bekerjasama untuk

    memastikan kelestarian kehidupan yang sejahtera.

    Langkah kerajaan yang sedang mengkaji untuk mewujudkan enakmen bagi

    mengenakan hukuman kepada anak-anak yang melakukan pengabaian kepada ibu

    bapa yang telah tua adalah sangat dialukan. Undang-undang berkaitan pengabaian

    ibu bapa ini bukanlah perkara baharu, malahan negara jiran kita, Singapura telah

    melaksanakan undang-undang berkaitan pengabaian ibu bapa ini melalui Parental

    Maintenance Act 1995 (Berita Harian, 2019).

    Keempat : Psiko-Spiritual

    Secara umumnya, tidak banyak kajian empirik yang dijalankan bagi mengkaji kaitan

    antara psikologi dan rohani warga emas (Tengku Aizan, 2015). Namun, aspek psiko-

    spiritual ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana terdapat banyak isu yang

    berkait rapat dengan psikologi warga emas seperti kemurungan, kesunyian, masalah

    kesihatan mental dan sebagainya.

    Sebagai contoh isu bunuh diri di kalangan warga emas. Topik ini dianggap taboo

    dalam masyarakat dan kurang dibincangkan. Malah menurut Prof. Dr. Philip George,

    Konsultan Psikiatri dari International Medical University (IMU), kadar bunuh diri di

    kalangan warga emas sebenarnya tinggi. Namun, data yang ada kurang tepat

    disebabkan di dalam sijil kematian faktor lain yang ditulis dan bukannya bunuh diri

    (The Star, 2019).

    Isu kesihatan mental di kalangan warga emas bukan hanya memberi cabaran

    kepada pesakit, malahan isu ini menjadi cabaran yang cukup besar untuk keluarga

    yang menjaga warga emas tersebut. Jadi, adalah sangat penting untuk isu ini turut

    ditangani memandangkan status Malaysia yang bakal bergelar negara tua

    menjelang 2030. Apa yang pasti, kita mahu penuaan warga emas di Malaysia

    adalah penuaan yang sihat (healthy ageing).

    Penuaan yang sihat dilihat mampu dicapai Malaysia memandangkan kehidupan

    warga emas di Malaysia adalah sangat baik berbanding negara membangun yang

    lain. Selain itu, Malaysia adalah antara destinasi pilihan selepas bersara dan juga

    reputasi negara yang merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem

    kesihatan terbaik di dunia.

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 7

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Kelima : Persekitaran

    Dunia pada hari ini menyaksikan persekitaran yang sentiasa berubah. Teknologi

    semakin maju dan moden. Warga emas pula adalah antara golongan yang paling

    terkesan dengan sebarang perubahan persekitaran. Perkara ini berlaku disebabkan

    apabila meningkatnya usia, tahap kesihatan seseorang individu itu semakin merosot,

    kadar kecerdasan pula semakin berkurangan serta lambat memberi tindak balas

    (careta.my, 2019).

    Sebagai contoh, kita sering mendengar perihal kemalangan yang membabitkan

    warga emas sebagai pemandu. Sinar Harian pada edisi 6 April 2020 melaporkan

    insiden seorang warga emas merempuh sebuah balai polis akibat tertekan pedal

    minyak. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, perlu diberi

    perhatian bahawa warga emas mempunyai risiko yang tinggi untuk tercedara

    ataupun meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya (Tengku

    Aizan, 2015).

    Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) yang berpangkalan di Amerika

    Syarikat, pelbagai langkah boleh dilaksanakan bagi membantu para pemandu warga

    emas memandu dengan lebih selamat, contohnya dengan menaik taraf papan tanda

    jalan supaya mudah dilihat melalui tulisan yang lebih besar, warna dan sebagainya

    kerana ramai pemandu warga emas ini mempunyai masalah berkaitan dengan

    penglihatan seperti kataraks, glaukoma ataupun penyakit-penyakit lain.

    Kerajaan juga mungkin boleh mengkaji keperluan untuk mengadakan ujian

    memandu kepada warga emas dan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan warga

    emas itu layak memandu. Praktis ini telah dilaksanakan di negara seperti Singapura,

    United Kingdom dan Australia (mstar.com.my, 2015).

    Selain itu, perkembangan teknologi dilihat boleh membantu warga tua untuk

    mengadaptasi dengan persekitaran masa kini. Namun, ramai warga tua yang agak

    ketinggalan dari sudut teknologi. Oleh itu, usaha perlu dilaksanakan agar teknologi

    yang ada dibina lebih mesra warga tua. Ini kerana dengan bantuan teknologi

    diharapkan warga tua boleh berdikari untuk hidup dalam masyarakat (Tengku Aizan,

    2015).

    Kesediaan Negara Hadapi Status Negara Tua

    Malaysia dilihat bersedia secara prinsip untuk menangani cabaran negara tua

    melalui pewujudan dasar dan inisiatif seperti Dasar Warga Emas Negara dan Pelan

    Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas. Terbaharu, Kerajaan Persekutuan

    telah mengenal pasti sembilan (9) bidang fokus strategik dalam menghadapi status

    negara tua menjelang 2030. Sebanyak sembilan belas (19) inisiatif telah digariskan

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 8

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    berdasarkan hasil kajian Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (ILMIA) pada

    tahun 2018. Antara fokus strategik yang telah dikenal pasti adalah menggalakkan

    minat dan kemampuan bekerja, meningkatkan keboleh pasaran serta menggalakkan

    nilai kesukarelawanan warga emas (Bernama, 2019). Adalah diharapkan dengan

    inisiatif ini, warga emas di Malaysia menjadi lebih produktif dan berdaya saing.

    Peranan kerajaan dilihat amat penting dalam mendepani isu-isu berkaitan warga tua

    memandangkan sistem sokongan kekeluargaan yang sedia ada sekarang dilihat

    tidak mampu untuk mendepani isu-isu berkaitan warga emas seperti kesunyian,

    dementia, sokongan sosial dan status kesihatan mental & fizikal (Ahmad Shukri &

    Norliza, 2018). Langkah kerajaan yang mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas

    (PAWE) bagi memberi ruang warga emas melakukan aktiviti komuniti adalah sangat

    baik dan perlu diperluaskan lagi.

    Penuaan Menurut Perspektif Islam

    Allah SWT tidak menjadikan suatu kejadian itu sia-sia. Setiap proses dalam

    kehidupan manusia ada tujuan dan matlamatnya. Oleh itu, dalam Islam proses

    penuaan tidak dilihat sebagai bebanan ataupun masalah. Sebaliknya, proses

    penuaan ini perlu diuruskan dengan baik supaya matlamat sebenarnya tercapai iaitu

    menunjukkan keagungan Allah SWT dalam penciptaan makhlukNya.

    Islam mengajar umatnya untuk bersikap positif dan bersiap siaga dalam menghadapi

    sesuatu fasa kehidupan. Anjuran tersebut bukan hanya terhad kepada individu

    Muslim, malahan turut menjurus kepada masyarakat Muslim kerana secara

    kolektifnya, setiap Muslim memikul beban amanah antara satu sama lain

    (Muhammad Haniff, 2019).

    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 18:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan

    mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah

    tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-

    amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan):

    Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi

    PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

    Daripada ayat tersebut, dapat kita fahami bahawa agama Islam menekankan betapa

    pentingnya untuk membuat persiapan bagi kehidupan masa hadapan, bukan hanya

    untuk dunia sahaja, tetapi turut mencakupi kehidupan akhirat. Ini juga selari dengan

    sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 9

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa

    sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit

    (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa

    muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa

    mati.”

    (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

    Proses penuaan adalah sebahagian daripada proses kehidupan dan kita hendaklah

    membuat perancangan dalam menghadapi usia tua agar sebarang risiko sewaktu

    usia tersebut dapat dielakkan atau diminimakan (Muhammad Haniff, 2019). Oleh itu,

    setiap Muslim disarankan untuk bersikap positif dalam menangani cabaran penuaan

    kerana penuaan adalah sesuatu yang tabii dan turut disebut dalam Al-Quran.

    Contohnya, dalam surah Ar-Ruum ayat 54, Al-Hajj ayat 5 dan Al-Nahl ayat 70 yang

    mana Allah SWT menceritakan perihal kemerosotan kekuatan dan tenaga apabila

    manusia mencapai umur penuaan.

    Sebenarnya, usia yang panjang adalah bonus untuk melipat gandakan amalan

    sebelum bertemu Allah SWT. Oleh itu, apabila seorang Muslim itu menjangkaui usia

    tua, keuzuran ataupun penyakit tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri

    daripada tanggungjawab untuk melaksanakan ibadat. Sebaliknya, apa yang

    dibenarkan ialah rukhsah (keringanan) dalam menunaikan ibadat seperti solat duduk

    atau baring, membayar fidyah jika tidak mampu berpuasa, mengupah wakil untuk

    melakukan haji jika tubuh sudah tiada upaya dan bukannya terus berhenti beribadah

    kepada Allah SWT (Muhammad Haniff, 2019).

    Islam turut menggariskan hak yang perlu ditunaikan kepada warga tua. Antaranya

    ialah hak untuk dihormati, hak untuk dibela nasib dan dijaga kebajikannya. Secara

    ringkasnya, setiap individu Muslim bertanggungjawab menguruskan hidupnya tanpa

    membebankan orang lain. Namun, apabila individu tersebut tidak mampu,

    kebajikannya perlu dipelihara oleh keluarga, masyarakat dan negara.

    Penutup

    Menuju status negara tua menjelang 2030, amat wajar untuk pihak berkuasa

    memberi fokus kepada pembangunan intelek dan pembangunan fizikal untuk

    kemudahan warga emas di Malaysia. Elemen yang berkaitan dengan emosi warga

    emas juga wajar diberikan perhatian. Golongan warga emas ini memerlukan kasih

    sayang dan perhatian, terutamanya bagi golongan warga emas yang tiada waris

    atau saudara mara yang datang membantu.

    Justeru, adalah satu keperluan untuk kita membangunkan profil demografi warga

    emas bagi memudahkan sistem pengurusan dan pembangunan untuk kelestarian

    komuniti seterusnya membawa kepada kesejahteraan masyarakat Malaysia.

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 10

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    SENARAI RUJUKAN

    Ahmad Shukri Abdul Hamid & Norliza Mokhtar (2018) Malaysia Menuju Negara Tua: Apakah Yang

    Boleh Dipelajari Daripada Pengalaman Negara Jepun?. Didapatkan dari

    http://ocs.uthm.edu.my/uthmocr/index.php/hsp/article/view/307

    Amir Abd Hamid & Raja Noraina Raja Rahim. (2020, April 16). Dua kumpulan umur paling ramai

    dijangkiti COVID-19[METROTV]. Didapatkan dari

    https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/567416/dua-kumpulan-umur-paling-ramai-

    dijangkiti-COVID-19-metrotv

    Amran Hassan, Noriah Mohamed & Zubaidah Rasol (2013). Perasaan ‘Loneliness’@ kesunyian dan

    strategi daya tindak dalam kalangan warga emas yang menghuni di Rumah Seri Kenangan,

    Cheras, Selangor. Didapatkan dari

    https://www.researchgate.net/publication/328369055_Perasaan_'Loneliness'Kesunyian_dan

    _Strategi_Daya_Tindak_Dalam_Kalangan_Penghuni_Warga_Emas_di_Rumah_Seri_Kenangan

    _Cheras

    Belanjawan 2020: RM575 juta bantu 137,000 warga emas. (2019, Oktober 11). Didapatkan dari

    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/505991/belanjawan-2020-rm575-juta-bantu-

    137000-warga-emas

    Bodkin, H. (2020, April 17). Who is considered high risk for coronavirus. Didapatkan dari

    https://www.telegraph.co.uk/news/2020/04/17/high-risk-coronavirus/

    Cheah, A. (2019, Oktober 10). Suicidal tendencies on the rise in Malaysia, says Health DG.

    Didapatkan dari https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/10/suicidal-tendencies-on-

    the-rise-in-malaysia-says-health-dg

    Demographic Statistics Fourth Quarter 2019, Malaysia. (2020, Februari 11) Didapatkan dari

    https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UDc0eVJ4

    WEJiYmw0Rmt5cjYvWHFkdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

    Implikasi penuaan penduduk. (2016, Januari 27). Didapatkan dari

    http://www.myhealth.gov.my/implikasi-penuaan-penduduk/

    Irsyad Al-Hadith Siri Ke-356: Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa. (2020, April 21). Didapatkan

    dari https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3212-irsyad-al-hadith-siri-ke-356-

    tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapa

    Jal Zabdi Mohd Yusoff (2009).Jenayah dalam keluarga: penderaan dan pengabaian warga tua di

    Malaysia. Didapatkan dari http://repo.uum.edu.my/1144/1/Jal_Zabdi_Mohd_Yusoff.pdf

    Khadijah Alavi. (2012). Dilema Penjagaan Ibu Bapa Tua. Penerbit UKM, Bangi Selangor.

    Khadijah Alavi & Maizatul Haizan Mahbob (2017). Komunikasi Berkesan Dengan Warga Emas: Dari

    Perspektif Intervensi Kerja Sosial. Didapatkan dari

    http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/18576/7478

    Khairul Azhar Idris. (2015, April 6). Menghadapi Proses Penuaan menurut Maqasid al-Syariah.

    Didapatkan dari http://www.ikim.gov.my/index.php/2015/04/06/menghadapi-proses-

    penuaan-menurut-maqasid-al-syariah/

    Mior Kamarul Shahid. (2016, Mac 03) Kita mesti bersedia masuk alam negara tua. Berita Harian, p. p.

    30.

    Muhammad Haniff Hassan. (2019, Mei 21). Pemikiran Asas Berkaitan Islam dan Penuaan.

    Didapatkan dari http://haniff.sg/wp-content/uploads/2019/05/artikel-islam-dan-

    penuaan.pdf

    Nik Norliati Md Nor (2018). Trend Penuaan Penduduk: Satu Sorotan Karya. Journal of social

    Sciences and Humanities. Vol. 13, No.2.

    Noriah Mohamed (2008). Social Policy in Malaysia: A Study of Social Support for the Elderly in a

    Rural Area. Institut Sosial Malaysia.

    http://ocs.uthm.edu.my/uthmocr/index.php/hsp/article/view/307https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/567416/dua-kumpulan-umur-paling-ramai-dijangkiti-covid-19-metrotvhttps://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/567416/dua-kumpulan-umur-paling-ramai-dijangkiti-covid-19-metrotvhttps://www.researchgate.net/publication/328369055_Perasaan_'Loneliness'Kesunyian_dan_Strategi_Daya_Tindak_Dalam_Kalangan_Penghuni_Warga_Emas_di_Rumah_Seri_Kenangan_Cherashttps://www.researchgate.net/publication/328369055_Perasaan_'Loneliness'Kesunyian_dan_Strategi_Daya_Tindak_Dalam_Kalangan_Penghuni_Warga_Emas_di_Rumah_Seri_Kenangan_Cherashttps://www.researchgate.net/publication/328369055_Perasaan_'Loneliness'Kesunyian_dan_Strategi_Daya_Tindak_Dalam_Kalangan_Penghuni_Warga_Emas_di_Rumah_Seri_Kenangan_Cherashttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/505991/belanjawan-2020-rm575-juta-bantu-137000-warga-emashttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/505991/belanjawan-2020-rm575-juta-bantu-137000-warga-emashttps://www.telegraph.co.uk/news/2020/04/17/high-risk-coronavirus/https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/10/suicidal-tendencies-on-the-rise-in-malaysia-says-health-dghttps://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/10/suicidal-tendencies-on-the-rise-in-malaysia-says-health-dghttps://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UDc0eVJ4WEJiYmw0Rmt5cjYvWHFkdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UDc0eVJ4WEJiYmw0Rmt5cjYvWHFkdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09http://www.myhealth.gov.my/implikasi-penuaan-penduduk/https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3212-irsyad-al-hadith-siri-ke-356-tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapahttps://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3212-irsyad-al-hadith-siri-ke-356-tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapahttp://repo.uum.edu.my/1144/1/Jal_Zabdi_Mohd_Yusoff.pdfhttp://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/18576/7478http://www.ikim.gov.my/index.php/2015/04/06/menghadapi-proses-penuaan-menurut-maqasid-al-syariah/http://www.ikim.gov.my/index.php/2015/04/06/menghadapi-proses-penuaan-menurut-maqasid-al-syariah/http://haniff.sg/wp-content/uploads/2019/05/artikel-islam-dan-penuaan.pdfhttp://haniff.sg/wp-content/uploads/2019/05/artikel-islam-dan-penuaan.pdf

  • Malaysia 2030 : Cabaran Negara Tua | 11

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Norizan Musa & Suriati Ghazali. (2018). Financial Support for Pilgrimage and its Impact to the Well-

    Being of the Elderly in Kelantan. GEOGRAFI, 6(2), 21-28.

    Older driver (2020). Didapatkan dari https://www.iihs.org/topics/older-drivers

    Pandangan Berbeza Mengenai Cadangan Perkenal Ujian Memandu Warga Emas (2015, Februari

    20). Didapatkan dari https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/02/20/ujian-memandu-

    semula-warga-emas

    Population Projection (Revised), Malaysia, 2010-2040. (2016, November 04). Didapatkan dari

    https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=118&bul_id=Y3kwU2tS

    NVFDOWp1YmtZYnhUeVBEdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

    Prediction Malaysia Population 2030 by Department of Economic and Social Affairs, United Nation.

    Didapatkan dari https://population.un.org/wpp/DataQuery/

    Rohaniza Idris. (2019, Februari 07). Kerajaan kaji wujudkan undang-undang pengabaian ibu bapa.

    Didapatkan dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/528289/kerajaan-kaji-

    wujudkan-undang-undang-pengabaian-ibu-bapa

    Sivanandam, H. (2019, Julai 25). Tackling loneliness among the elderly. Didapatkan dari

    https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/25/tackling-loneliness-among-the-elderly

    Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid (2015). Population Ageing in Malaysia: A Mosaic of Issues,

    Challenges & Prospects. Didapatkan dari

    http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41616/2/POPULATION.pdf

    United Nations World Population Prospects 2019. Didapatkan dari https://population.un.org/wpp/

    Wajarkah warga emas dibenarkan memandu? (2019, Oktober 09). Didapatkan dari

    https://careta.my/article/wajarkah-warga-emas-dibenarkan-memandu

    Wan Ibrahim Wan Ahmad, Ma’rof Redzuan, Zahid Emby & Abdul Halin Hamid (2009). Kesejahteraan

    subjektif warga tua di Malaysia: Kes warga tua desa Kelantan. Didapatkan dari

    http://repo.uum.edu.my/581/1/Wan_Ibrahim_Wan_Ahmad.pdf

    Warga emas terabai (2017, Februari 23). Didapatkan dari http://www.myhealth.gov.my/warga-emas-

    terabai/

    https://www.iihs.org/topics/older-drivershttps://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/02/20/ujian-memandu-semula-warga-emashttps://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/02/20/ujian-memandu-semula-warga-emashttps://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=118&bul_id=Y3kwU2tSNVFDOWp1YmtZYnhUeVBEdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=118&bul_id=Y3kwU2tSNVFDOWp1YmtZYnhUeVBEdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09https://population.un.org/wpp/DataQuery/https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/528289/kerajaan-kaji-wujudkan-undang-undang-pengabaian-ibu-bapahttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/528289/kerajaan-kaji-wujudkan-undang-undang-pengabaian-ibu-bapahttps://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/25/tackling-loneliness-among-the-elderlyhttp://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41616/2/POPULATION.pdfhttps://population.un.org/wpp/https://careta.my/article/wajarkah-warga-emas-dibenarkan-memanduhttp://repo.uum.edu.my/581/1/Wan_Ibrahim_Wan_Ahmad.pdfhttp://www.myhealth.gov.my/warga-emas-terabai/http://www.myhealth.gov.my/warga-emas-terabai/