19
© 2020 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM VERSI 2.0 (SISPPA 2.0) MANUAL BAGI CALON DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MANUAL BAGI CALON · 2021. 1. 26. · Dokumen ini mengandungi panduan lengkap berserta skrin antaramuka sebenar Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Versi 2.0 (SISPPAV2) bagi memberi

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • © 2020 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

    VERSI 2.0 (SISPPA 2.0)

    MANUAL BAGI CALON

    DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    2

    Dokumen manual ini disediakan khas bagi kakitangan Kementerian Pendidikan

    Malaysia khususnya Pengguna (Calon) sebagai panduan dalam menggunakan

    Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang sudah dinaik taraf kepada versi 2.0.

    Dokumen ini mengandungi panduan lengkap berserta skrin antaramuka sebenar

    Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Versi 2.0 (SISPPAV2) bagi memberi penjelasan yang lebih mudah difahami dan diaplikasi oleh pengguna. Dokumen ini

    juga merupakan rujukan awal bagi calon untuk mengenalpasti kaedah penggunaan

    SISPPAV2 yang betul dan berkesan.

    Semoga manual pengguna ini dapat membantu calon untuk membuat permohonan

    peperiksaan secara atas talian dengan lebih efektif.

    PENDAHULUAN

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    3

    PERKARA MUKA SURAT BAB 1 : PENGENALAN

    1.1 : Tujuan 4 1.2 : Kategori Pengguna 4

    BAB 2 : Penggunaan Aplikasi – Pentadbir Sistem Negeri

    2.1 : Log Masuk Sistem 5 2.2 : Modul Profil 9

    2.3 : Modul Permohonan 10

    2.4 : Modul Semakan 15 2.5: Log Keluar Sistem 17 2.6: Muat Turun 17 2.7: Hubungi Kami 18

    BAB 3 : Perkhidmatan dan Sokongan 3.1 : Senarai Pegawai untuk Dihubungi 19

    KANDUNGAN

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    4

    1.1 Tujuan Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam telah dinaik taraf kepada versi 2.0 berdasarkan keputusan Mesyuarat JKKP Bilangan 1 Tahun 2017. Sistem ini mula dibangunkan pada tahun 2017 oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) untuk memudahkan pengurusan peperiksaan perkhidmatan awam yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Calon – calon yang menggunaan SISPPAV2 adalah terdiri daripada kakitangan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan pengautomasian dan penambahbaikan keseluruhan proses pengurusan peperiksaan ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan dan juga membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan kerja seharian.

    1.2 Kategori Pengguna

    Terdapat tiga (3) kategori Utama pengguna SISPPAV2 seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

    BIL. KATEGORI TAHAP CAPAIAN 1 Pentadbir Utama

    Sistem Memiliki tahap capaian sepenuhnya bagi mengubahsuai sistem, mencapai dan mengemaskini data. Pentadbir juga bertanggungjawab menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi oleh pengguna sistem.

    2 Pentadbir Sistem Negeri

    i. Membuat pengesahan pusat peperiksaan bagi calon

    ii. Mencetak slip kehadiran dan label meja iii. Menambah dewan peperiksaan iv. Mengemaskini maklumat dewan peperiksaan v. Menetapkan jenis peperiksaan di dewn vi. Menjana laporan

    3 Calon i. Membuat permohonan peperiksaan ii. Mengemaskini maklumat peribadi iii. Membuat permohonan pertukaran peperiksaan iv. Membuat semakan keputusan peperiksaan

    BAB 1 : PENGENALAN

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    5

    2.1 Log Masuk Sistem

    i. Buka pelayar web (web browser) Google Chrome/Mozilla Firefox.

    ii. Taip url: https://sisppa.moe.gov.my/ iii. Klik pada pautan Log Masuk pada menu bar yang terdapat di bahagian atas muka hadapan sistem.

    Gambar 1.1

    iv. Jika calon merupakan calon sedia ada, calon boleh log masuk ke dalam sistem dengan mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama digunakan pada sistem versi 1. E-mel anda tidak perlu dimasukkan.

    BAB 2 : PENGGUNAAN APLIKASI

    https://sisppa.moe.gov.my/

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    6

    Gambar 1.2

    v. Jika calon merupakan pengguna dan calon baharu sistem, anda perlu

    memohon kepada Pentadbir Utama Sistem (BPSM) untuk mendaftarkan anda sebagai calon terlebih dahulu.

    Gambar 1.3

    vi. Setelah Pentadbir Utama Sistem mendaftarkan anda sebagai calon. Selepas

    itu, calon boleh akses kepada sistem dengan klik pada pautan Daftar. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak.

    Gambar 1.4

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    7

    vii. Kemaskini maklumat peribadi. Semua maklumat bertanda * adalah WAJIB diisi. Tetapkan kata laluan dan setelah selesai, klik Daftar.

    Gambar 1.5

    viii. Muat naik Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Surat Lantikan. Klik butang

    Choose Files dan pilih dokumen yang perlu dimuat naik. Setelah kedua-dua dokumen selesai dipilih, klik butang Upload. Anda juga boleh melangkau proses ini dan mengemaskini di ruangan kemaskini peribadi. Klik Langkau jika setuju.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    8

    Gambar 1.6

    ix. Notifikasi File berjaya dimuat naik. Sila log masuk akan dipaparkan. Mohon

    log masuk ke sistem.

    Gambar 1.7

    x. Klik pada pautan Log Masuk di muka hadapan sistem. Masukkan nombor kad

    pengenalan, kata laluan dan emel. Masukkan nombor captcha bagi tujuan verifikasi. Kemudian, klik butang Log Masuk.

    Gambar 1.8

    xi. Klik pautan yang diberikan melalui e-mel yang telah didaftarkan bagi

    melengkapkan proses verifikasi e-mel.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    9

    Gambar 1.9

    xii. Notifikasi verifikasi e-mel berjaya akan dipaparkan setelah pautan tersebut di-

    klik.

    Gambar 1.10

    2.2 Modul Profil

    i. Paparan menunjukkan dashboard bagi calon yang memaparkan maklumat

    peribadi calon, Lantikan dan Perkhidmatan Awam, Senarai Permohonan Peperiksaan, Status Pendaftaran Peperiksaan dan Status Permohonan Peperiksaan Sesi Terkini calon.

    Gambar 1.11

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    10

    ii. Paparan Status Pendaftaran sistem adalah penting bagi calon. Pastikan semua

    maklumat SELESAI agar calon boleh membuat permohonan peperiksaan.

    Gambar 1.12

    iii. Setelah status pendaftaran SELESAI bagi semua perkara, pautan

    Permohonan Peperiksaan dan Semakan Keputusan akan diaktifkan.

    Gambar 1.13

    2.3 Modul Permohonan

    2.3.1 Permohonan Peperiksaan

    i. PENTING! : Perkara berikut perlu diambil tindakan oleh Pentadbir Utama Sistem dan Pentadbir Sistem Negeri terlebih dahulu sebelum calon membuat permohonan peperiksaan.

    • Pentadbir Utama Sistem perlu mendaftar takwim bagi setiap

    peperiksaan pada Modul Peperiksaan > Takwim • Pentadbir Sistem Negeri juga perlu mendaftarkan peperiksaan di

    dewan masing masing pada Modul Peperiksaan > Dewan Peperiksaan.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    11

    ii. Untuk membuat permohonan, klik pada pautan Permohonan Peperiksaan di hujung kanan page.

    Gambar 2.1

    iii. Paparan akan menunjukkan senarai peperiksaan bagi calon tersebut. Sila

    klik pada kotak bersebelahan jenis bahagian untuk membuat pilihan dan klik butang Seterusnya.

    Gambar 2.2

    iv. Pilih pusat peperiksaan yang dipaparkan pada ruangan dalam negeri.

    Tandakan untuk membuat pilihan dan klik butang Mohon

    Gambar 2.3

    v. Jika calon memilih pusat peperiksaan di negeri terdekat, pilih tab Negeri

    Terdekat dan tandakan pada pilihan dewan. Kemudian, Klik Mohon.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    12

    Gambar 2.4

    vi. Paparan menunjukkan status permohonan peperiksaan bagi calon di mana ianya dapat memudahkan calon untuk memantau status semasa permohonan peperiksaan.

    Gambar 2.5

    vii. Jika calon memilih pusat peperiksaan di negeri terdekat, sila klik pada tab

    Negeri Terdekat dan pilih dewan daripada senarai yang dipaparkan.

    Gambar 2.6

    2.3.2 Permohonan Tukar Pusat

    i. Jika calon ingin membuat permohonan tukar pusat atas alasan berkursus,

    jarak dan bercuti, calon boleh berbuat demikian dengan memilih Permohonan Tukar Pusat.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    13

    ii. Sila klik pada pautan Permohonan Tukar Pusat.

    iii. Pilih negeri dan alasan. Muat naik dokumen pengesahan pertukaran.

    Gambar 2.7

    iv. Setelah itu, klik butang Mohon.

    v. Notifikasi Permohonan berjaya disimpan akan dipaparkan.

    Gambar 2.8

    vi. Klik pada logo KPM untuk kembali ke paparan dashboard pengguna.

    vii. Calon boleh mencetak tiket peperiksaan pada pautan di dashboard calon. Sila rujuk Status Permohonan Peperiksaan Sesi Terkini. Klik CETAK untuk mencetak tiket tersebut.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    14

    Gambar 2.9

    viii. Calon boleh mencetak tiket peperiksaan pada pautan di dashboard calon.

    Sila rujuk Status Permohonan Peperiksaan Sesi Terkini. Klik CETAK untuk mencetak tiket tersebut.

    Gambar 2.10

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    15

    Gambar 2.11

    2.4 Modul Semakan

    i. Jika calon ingin membuat semakan keputusan peperiksaan, sila klik pautan

    Semakan Keputusan sepertimana dalam Gambar 2.7.

    Gambar 2.12

    ii. Paparan akan memaparkan Belum Ada Keputusan jika keputusan

    peperiksaan masih belum dikemaskini oleh Pentadbir Sistem.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    16

    Gambar 2.13

    iii. Paparan akan memaparkan butang CETAK jika keputusan peperiksaan

    telah dikemaskini oleh Pentadbir Sistem.

    Gambar 2.14

    Gambar 2.15

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    17

    iv. Calon juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan terdahulu.

    Klik pada tab KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TERDAHULU untuk membuat semakan lanjut.

    Gambar 2.16

    2.5 Log Keluar Sistem

    i. Klik pada pautan untuk log keluar sistem.

    Gambar 2.17

    ii. Notifikasi Log Keluar berjaya akan dipaparkan.

    Gambar 2.18

    2.6 Muat Turun

    i. Calon boleh memuat turun sebarang dokumen yang dimuat naik oleh

    pentadbir sistem di ruangan ini.

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    18

    ii. Mohon klik pada nama fail untuk memuat turun dokumen tersebut.

    Gambar 2.19

    2.7 Hubungi Kami

    i. Calon boleh merujuk nama pegawai di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan pegawai serta Kumpulan Unit Penilaian Kompetensi di Jabatan Pendidikan Negeri untuk dihubungi di ruangan ini.

    Gambar 2.20

  • MANUAL PENGGUNA SISPPA 2.0

    19

    3.1 Senarai Pegawai untuk Dihubungi

    Perkhidmatan dan sokongan bagi sistem ini adalah berterusan. Pengguna boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab sekiranya menghadapi masalah ketika menggunakan SisPPA Versi 2.0. Buat masa ini, pihak yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

    No. Nama Jawatan No. Telefon E-mel 1 Puan Ivin

    Mercy A/P Jayabalan

    Ketua Penolong Setiausaha

    03-83179010

    [email protected]

    2 Encik Zulhilmi Sham bin Mohd Noor

    Penolong Setiausaha

    03-83179024

    [email protected]

    3 Suhaily binti Mohd Sahari

    Penolong Setiausaha

    [email protected]

    Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) MEJA PERKHIDMATAN ICT KPM

    03-88843717 [email protected]

    https://helpdesk.moe.gov.my https://isd.moe.gov.my/ (mulai 1 Januari 2021)

    BAB 3 : PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN

    mailto:[email protected]://helpdesk.moe.gov.my/https://isd.moe.gov.my/