14
1 MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD SAHIH AL-BUKHARI ALAM MELAYU DI MALAYSIA Farhah Zaidar Mohamed Ramli & Siti Mursyidah Mohd Zin Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] Sharifah Hana Abdul Rahman Fakulti Syariah dan Undang-Undang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] ABSTRAK Komuniti pengamal sanad atau al-musnid diketahui umum merupakan satu entiti yang sah kewujudannya dan diiktiraf kegiatannya dalam lapangan ilmu hadis. Hal ini berdasarkan skop dan istilahnya yang dapat dirujuk dalam hampir keseluruhan karya mustalah hadis. Justeru itu, kegiatan seseorang al-musnid masih diberi perhatian dalam arena keilmuwan hadis sekalipun status ini tidak setaraf dengan al-muhaddith dan berada di belakangnya. Makalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad kepada kitab Sahih al-Bukhari dalam lingkungan ilmuwan alam melayu abad 21 khususnya di Malaysia serta relevansi pengamalanya pada masa kini. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Manakala instrumen pengumpulan data adalah menerusi metode temu bual dan analisis kandungan dokumen kutipan lapangan dan perpustakaan. Analisis data dilakukan secara historikal dan deksriptif. Kesimpulan daripada penemuan keseluruhan menunjukkan tokoh berkenaan memiliki autoriti sebagai pengamal sanad kepada kitab Sahih al-Bukhari yang berkelayakan sama ada pada peringkat tahammul iaitu pengajian tokoh bersama guru atau pada peringkat al-'ada' iaitu pengajian tokoh bersama murid. Kedua-dua proses ini direalisasikan berdasarkan kepatuhan terhadap tata cara periwayatan salasilah sanad menerusi adaptasi tiga metode al-tahammul wal al-ada' iaitu al-sama', al-qira'ah dan al-ijazah dalam disiplin ilmu hadis. Aplikasi periwayatan ketiga-tiga metode ini juga dikenali sebagai talaqqi bersanad dan relevansi utama pengamalannya adalah untuk mengekalkan salasilah sanad. Kata kunci: Maulana Hamid bin Hashim, Tokoh, Pengamal Sanad, Sahih al-Bukhari, Malaysia. 1.0 PENGENALAN Sahih al-Bukhari adalah kitab riwayat hadis yang paling berautoriti dalam konteks tertinggi kesahihannya dalam memindahkan hadis Rasulullah (Ibn Hajar al- c Asqalani, 2003:12). Umat Islam secara majoriti mengiktiraf kesahihan hadis-hadis dalam Sahih al-Bukhari dan meletakkannya sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran semenjak zaman hayat penyusunnya (al-Qastallani, 1304:2). Sebahagian ahli hadis merealisasikan kelebihan hadis Sahih al-Bukhari menerusi tindakan mereka tidak lagi merujuki lain-lain kitab hadis sekiranya sesuatu hadis tersebut telah ditemui di dalamnya ( c Ali Jumu c ah, 2006: 5). Sejajar dengan reputasi tersebut, Abu Bakr al-Kafi (2000: 58) merumuskan bahawa tidak terdapat sebuah kitab yang mendapat keprihatinan yang tinggi dalam kalangan umat Islam dan para ulama selepas al-Quran kecuali Sahih al-Bukhari. Keprihatinan tersebut direalisasikan menerusi sumbangan usaha ilmiah yang mendalam dalam berkhidmat terhadap kitab ini. Keprihatinan tersebut juga pada satu tahap adalah menerusi aplikasi periwayatan Sahih al-Bukhari daripada penyusun hingga sampai kepada

MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

  • Upload
    others

  • View
    73

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

1

MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD SAHIH AL-BUKHARI ALAM MELAYU DI MALAYSIA

Farhah Zaidar Mohamed Ramli & Siti Mursyidah Mohd Zin

Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

Sharifah Hana Abdul Rahman Fakulti Syariah dan Undang-Undang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected]

ABSTRAK

Komuniti pengamal sanad atau al-musnid diketahui umum merupakan satu entiti yang sah kewujudannya dan diiktiraf kegiatannya dalam lapangan ilmu hadis. Hal ini berdasarkan skop dan istilahnya yang dapat dirujuk dalam hampir keseluruhan karya mustalah hadis. Justeru itu, kegiatan seseorang al-musnid masih diberi perhatian dalam arena keilmuwan hadis sekalipun status ini tidak setaraf dengan al-muhaddith dan berada di belakangnya. Makalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad kepada kitab Sahih al-Bukhari dalam lingkungan ilmuwan alam melayu abad 21 khususnya di Malaysia serta relevansi pengamalanya pada masa kini. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Manakala instrumen pengumpulan data adalah menerusi metode temu bual dan analisis kandungan dokumen kutipan lapangan dan perpustakaan. Analisis data dilakukan secara historikal dan deksriptif. Kesimpulan daripada penemuan keseluruhan menunjukkan tokoh berkenaan memiliki autoriti sebagai pengamal sanad kepada kitab Sahih al-Bukhari yang berkelayakan sama ada pada peringkat tahammul iaitu pengajian tokoh bersama guru atau pada peringkat al-'ada' iaitu pengajian tokoh bersama murid. Kedua-dua proses ini direalisasikan berdasarkan kepatuhan terhadap tata cara periwayatan salasilah sanad menerusi adaptasi tiga metode al-tahammul wal al-ada' iaitu al-sama', al-qira'ah dan al-ijazah dalam disiplin ilmu hadis. Aplikasi periwayatan ketiga-tiga metode ini juga dikenali sebagai talaqqi bersanad dan relevansi utama pengamalannya adalah untuk mengekalkan salasilah sanad.

Kata kunci: Maulana Hamid bin Hashim, Tokoh, Pengamal Sanad, Sahih al-Bukhari, Malaysia. 1.0 PENGENALAN Sahih al-Bukhari adalah kitab riwayat hadis yang paling berautoriti dalam konteks tertinggi kesahihannya dalam memindahkan hadis Rasulullah (Ibn Hajar al-cAsqalani, 2003:12). Umat Islam secara majoriti mengiktiraf kesahihan hadis-hadis dalam Sahih al-Bukhari dan meletakkannya sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran semenjak zaman hayat penyusunnya (al-Qastallani, 1304:2). Sebahagian ahli hadis merealisasikan kelebihan hadis Sahih al-Bukhari menerusi tindakan mereka tidak lagi merujuki lain-lain kitab hadis sekiranya sesuatu hadis tersebut telah ditemui di dalamnya (cAli Jumucah, 2006: 5). Sejajar dengan reputasi tersebut, Abu Bakr al-Kafi (2000: 58) merumuskan bahawa tidak terdapat sebuah kitab yang mendapat keprihatinan yang tinggi dalam kalangan umat Islam dan para ulama selepas al-Quran kecuali Sahih al-Bukhari. Keprihatinan tersebut direalisasikan menerusi sumbangan usaha ilmiah yang mendalam dalam berkhidmat terhadap kitab ini. Keprihatinan tersebut juga pada satu tahap adalah menerusi aplikasi periwayatan Sahih al-Bukhari daripada penyusun hingga sampai kepada

Page 2: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

2

generasi kini secara samac, ijazah atau munawalah. Aplikasi ini diistilahkan dalam makalah ini sebagai talaqqi bersanad (Farhah Zaidar, 2014: 34-35). 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Talaqqi bersanad (TB) merupakan metode tradisi dalam pengambilan ilmu-ilmu Islam (cAbd al-Fattah Abu Ghuddah, 1992: 46). Pengaplikasian TB bertitik tolak daripada nokhtah pendengaran (al-samac) dan penyampaian (al-tabligh) wahyu al-Quran dan hadis bersumber daripada Rasulullah . Pendekatan ini berkembang menjadi metode yang kemudiannya dalam konteks ahli hadis didisiplinkan dalam aturan al-tahammul wa al-‘ada’ (al-Nadwi, 2001: 8) atau dalam kajian ini diadaptasi kepada istilah TB. Manakala al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah merupakan tiga metode TB yang diterima pakai oleh ulama (Muhammad, 2007: 166). Sehingga kini pengulangan praktik ketiga-tiga metode tersebut masih diadaptasikan terutama dalam mempelajari kitab hadis seperti Sahih al-Bukhari walaupun pendekatan mirip al-wijadah terhadap karya tersebut lebih meluas dipraktikkan . Faktor utama kelangsungan TB adalah kerana ia merupakan pendekatan yang berfungsi sebagai mekanisme persambungan riwayat terhadap sumber kedua ilmu syariat iaitu hadis menerusi metode yang diperakui oleh ahli hadis. Selain itu, ia juga berkaitrapat dengan pandangan alam komuniti pengamal terhadap keistimewaan sanad dan keprihatinan dalam mempraktiskan tradisi riwayat bagi mengekalkan kelangsungan salasilah antara generasi (Ibn al-cImadiyyah,2008: 17). Manakala komuniti pelaksananya dikenali sebagai pengamal sanad atau terminologi asal dalam pengajian hadis adalah al-musnid.

Al-Musnid pula didefinisikan secara dasarnya dalam istilah ilmu hadis sebagai seseorang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya sama ada ia mempunyai ilmu atau sekadar meriwayatkannya sahaja (al-Khatib, 1989: 448). Al-Musnid juga turut dikenali sebagai perawi yang menerima dan menyampaikan hadis menerusi salah satu daripada metode-metode al-tahammul (Mawsucah cUlum al-Hadith, 2007: 380, 706). Dalam konteks pandangan ulama mutakhir, Mahmud Sacid Muhammad Mamduh merumuskan al-musnid sebagai seseorang yang melakukan penambahan periwayatan menerusi pengetahuan terhadap al-macajim, al-athbat dan al-faharis serta prihatin dalam menerima al-musalsalat dan memiliki banyak periwayatan daripada para guru. Definisi ini bersesuaian dengan kondisi al-musnid pada masa kini kerana sanad mereka memang semakin bertambah persambungan periwayatannya secara kurun demi kurun sehingga sampai kurun kini (Mahmud Sٍacid Muhammad Mamduh, 2009: 19, 19). Manakala nama-nama para guru yang bersalasilah seperti mana yang terdapat dalam karya al-macajim, al-athbat, al-faharis dan al-musalsalat menjadi sumber pengeluaran sanad bagi seseorang al-musnid yang mengaplikasikan pendekatan TB dalam pengajian kitab-kitab hadis muktabar seperti Sahih al-Bukhari. Dengan itu al-musnid tersebut dapat menyenaraikan salasilah guru beliau secara berantaian menerusi guru kepada guru beliau sehingga seterusnya sampai kepada penyusun kitab-kitab tersebut. Seterusnya kajian mendapati praktikal riwayat dan sanad bukan sahaja tidak terhenti setakat penyusun Sahih al-Bukhari tersebut tetapi berterusan rantaiannya sambung menyambung sehingga ke hari ini menerusi pendekatan berkonsepkan TB. Kenyataan ini dikemukakan oleh cAmir Hasan Sabri (al-Fullani, 1984: 8). Menerusi TB mekanisme periwayatan terhadap sumber ke dua syariat iaitu hadis terus berganjak kepada periwayatan kitab-kitab hadis selari dengan perubahan dan perkembangan zaman. Implikasi utama aplikasi TB ialah mengekalkan tanpa putus salasilah sanad yang nokhtah awalnya bukan sahaja bermula tetapi berakhir kepada sandaran mutlak sumber hadis iaitu Rasulullah . Persambungan salasilah sanad menerusi aplikasi TB dilihat menjadi mercu tanda kehebatan tradisi ilmu dalam kalangan para pewaris baginda iaitu ulama umumnya dan ahli hadis khususnya. Kenyataan ini dirumuskan

Page 3: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

3

berdasarkan pandangan cAbd al-Fattah Abu Ghuddah (1992: 46-48) menerusi al-Isnad min al-Din. Dengan erti kata lain, walaupun jarak umat hari ini dengan baginda telah berlalu lebih 1400 tahun, namun susur galur pertalian sanad dengan baginda masih tidak putus hingga ke hari ini. 3.0 PERMASALAHAN KAJIAN Namun sejauhmanakah pengulangan pembacaan kitab hadis berkonsepkan TB perlu diaplikasikan secara lebih meluas dalam kalangan penuntut ilmu hadis khususnya di Malaysia. Adakah persambungan salasilah sanad menerusi aplikasi TB patut dipinggirkan begitu sahaja berdasarkan fungsinya yang bukan lagi bertujuan untuk mengenal pasti kesahihan sesuatu riwayat sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn Salah (2003: 41). Sedangkan pada masa yang sama persambungan sanad yang masih boleh dikekalkan menerusi aplikasi TB sukar pula dinafikan sebagai satu tanda kehebatan tradisi pengajian hadis. Al-Fullani (1984: 15) contohnya menyifatkan pengekalan kelangsungan salasilah sanad generasi kini hingga sampai kepada Rasulullah meskipun jauhnya jarak zaman merupakan satu perkara yang luar biasa.

Sementara itu, TB juga adalah pendekatan yang diaplikasikan oleh para ulama khususnya ahli hadis. Pelaksanaannya secara meluas sehingga kini, menunjukkan persepakatan amali dalam kalangan mereka terhadap pendekatan ini (al-Azhari, 2008: 15). Malah fenomena TB ini direkodkan secara sistematik oleh ahli hadis dalam karya yang dikenali dengan al-thabat. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa karya seumpama al-thabat terhasil disebabkan manifestasi aplikasi TB oleh sejumlah komuniti ilmuwan Islam terutamanya ahli hadis dalam konteks al-musnid (al-Asl, 1982: 5-6). Keseluruhan kenyataan ini disokong menerusi penemuan sejumlah 1760 orang profil para musnid beserta 3081 karya al-thabat daripada kurun pertama hingga kurun ke 15 Hijrah yang direkodkan dalam ensiklopedia sanad susunan Yusuf cAbd al-Rahman al-Marcashli iaitu Mucjam al-Macajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat (al-Marcashli, 2008: 8).

Yusuf cAbd al-Rahman al-Marcashli merumuskan bahawa komitmen para al-musnid menyusun ribuan jenis karya sanad seperti al-thabat adalah bertujuan secara umumnya sebagai sarana penjagaan sanad-sanad kitab-kitab terdahulu. Usaha ini menatijahkan kelangsungan salasilah sanad antara generasi demi generasi yang merupakan keistimewaan khusus yang hanya terdapat kepada umat Islam berbanding umat lain (al-Marcashli, 2008: 51). Manakala dalam konteks kitab hadis, kemuncak salasilah sanad tersebut akan bertaut kepada sumber hadis iaitu Rasulullah (cAbd al-Fattah Abu Ghuddah, 1992: 99). Berikutan aplikasi TB secara konsisten ini, memungkinkan salasilah sanad hadis sepanjang 15 kurun mampu disusurgalurkan. Berdasarkan keistimewaan ini juga, Abu Shamah al-Maqdisi (m.665H/1267M) menegaskan aplikasi TB sebagai salah satu daripada kegiatan dalam lapangan ilmu hadis yang tidak wajar dipinggirkan (al-Suyuti, 1996: 24-25). Malah al-Azhari (2011:122) mendapati seolah-olah hampir setiap ahli hadis adalah al-musnid sekalipun bukan semua al-musnid adalah ahli hadis. Manakala dalam satu perspektif lain, al-thabat terus releven sehingga kini sebagai medium perantara seakan curriculum vitae yang mana seseorang ahli ilmu dapat menunjukkan hubungan mereka dengan para guru kurun demi kurun sehingga kemuncaknya sampai kepada Rasulullah (Brown, 2009: 49). Oleh sebab itu, Yusuf cAbd al-Rahman al-Marcashli menggesa para penuntut ilmu agar kembali membaca kitab di hadapan para ulama yang memiliki sanad yang bersambung. Ianya bertujuan agar mereka menjadi pembawa ilmu dan menyampaikannya kepada generasi hadapan (Ibn Hajar al-cAsqalani, 1992: 10). Jika tidak, kebanyakan sanad ini lambat laun akan terputus akibat pengabaian terhadap aspek ini. Kajian berpendapat proses persambungan salasilah sanad pada masa hadapan bakal

Page 4: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

4

terhalang jika tiada inisiatif daripada pihak-pihak tertentu dalam meneruskan aplikasi TB sebagaimana yang diusahakan oleh partisipan. 4.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Manakala instrumen pengumpulan data adalah menerusi metode temu bual dan analisis kandungan dokumen kutipan lapangan dan perpustakaan. Analisis data dilakukan secara historikal dan deksriptif. Persampelan kajian dipilih berdasarkan kriteria-kriteria sampel yang bertepatan dengan objektif kajian iaitu jenis persampelan bertujuan. Latar belakang sampel dikenal pasti terlebih dahulu semasa penerokaan awal kajian. Keputusan pemilihan melibatkan partisipan yang dianggap pakar dan mempunyai pengalaman yang spesifik dengan subjek kajian yang telah digariskan. Partisipan dikriteriakan sebagai al-mujiz seperti yang tertera dalam dokumen sijil sanad Sahih al-Bukhari yang dikeluarkan, berpengalaman mempelajari Sahih al-Bukhari sehingga khatam berdasarkan adaptasi metode TB dan berperanan mengaplikasikan semula pengajian Sahih al-Bukhari tersebut menerusi metode yang sama. Justeru kajian berpendapat partisipan mempunyai maklumat yang kaya dan banyak berkaitan dengan permasalahan yang ingin diteroka. Selain itu, kesudian tokoh tersebut memberi persetujuan rasmi sebagai partisipan kajian turut menjadi salah satu faktor pemilihan (Merriam, 1998: 61). 5.0 DAPATAN KAJIAN

Analisis historikal dan deskriptif menunjukkan terdapat lima dapatan kajian yang diperbincangkan sebagaimana berikut.

5.1 PROFIL PARTISIPAN

Maulana Hamid bin Hashim dilahirkan pada 31 Ogos pada tahun 1961.Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Durian Burung, Serdang, Kedah. Pendidikan tertinggi beliau ialah shahadah alamiyyah dalam pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Jamicah Darul Ulum Faisal Abad, Pakistan yang diperolehinya pada tahun 1992. Sijil shahadah ini diiktiraf sebagai ijazah sarjana muda oleh universiti tempatan seperti UIAM. Beliau bertugas sebagai guru agama selama hampir 19 tahun iaitu bermula tahun 1992 hingga kini. Beliau merupakan mudir Miftahul Ulum bermula daripada tahun 1995. Selain itu beliau turut menjawat jawatan sebagain imam besar dan ahli jawatankuasa Masjid Jame’ Bandar Baru Seri Petaling serta jurunikah yang berdaftar dengan JAWI. Beliau juga merupakan seorang penghafal al-Quran. Selaku tenaga pengajar bagi Sahih al-Bukhari jilid satu di Miftahul Ulum, beliau berpengalaman mengkhatamkan al-samac dan al-qira’ah Sahih al-Bukhari hampir sepuluh kali bermula tahun 2003 hingga 2012 (Maulana Hamid, 2012). Miftahul Ulum pula merupakan institusi yang mengeluarkan sijil shahadah dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab bagi para murid yang berjaya menamatkan pengajian tersebut selama lapan tahun. Jurusan pengajian Islam dan bahasa Arab atau juga dikenali dengan kelas ‘alim’ adalah mengikuti manhaj pengajian Deoband iaitu khususnya dalam memperkenalkan pengajian yang dikenali dengan dawrah hadis al-kutub al-sittah dan lain-lain lagi kitab hadis terpilih. Pengajian kitab-kitab hadis dalam dawrah tersebut berteraskan pembelajaran secara bersanad. Dawrah hadis ini layak diikuti oleh murid tahun akhir madrasah iaitu tahun ke tujuh dan ke lapan pengajian. Ianya buat pertama kalinya bermula pada tahun 2002. Sehingga 2010, pihak madrasah telah berjaya mengeluarkan 124 orang graduan dawrah hadis (Maulana Hamid, 2012).

Page 5: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

5

Menurut Maulana Hamid (2012), semua al-kutub al-sittah adalah dipelajari sehingga khatam keseluruhannya kecuali Sunan Ibn Majah dan Sunan al-Nasa’i. Kitab Sahih al-Bukhari yang digunakan oleh madrasah ialah yang diterbitkan oleh Qadimi Kutub Khanah, Karachi, Pakistan. Kitab ini dicetak bersama hawashi oleh al-shaykh al-muhaddith Ahmad cAli Saharanfuri (m.1297H/1879M), Hashiyyah oleh Imam Abu al-Hasan al-Sindi (m.1138H/1725M) dan al-Abwab wa al-Tarajim oleh al-Shah Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H/1762M). 5.2 GURU SAHIH AL-BUKHARI PARTISIPAN Maulana hamid dikenal pasti telah mengaplikasikan al-samac dan al-qira’ah hadis-hadis Sahih al-Bukhari secara al-hall wa al-bahth (ulas dan kaji) dan menerima pengijazahan sanad kitab tersebut daripada gurunya sebelum beliau berkelayakan merealisasikan kaedah yang sama dengan murid. Penemuan berikut menjurus kepada pengesahan kelayakan al-tahammul Maulana Hamid sebagai seseorang yang telah memperolehi sanad Sahih al-Bukhari menerusi TB iaitu aplikasi al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah daripada guru yang berstatus al-musnid atau bersalasilah. Guru al-samac dan al-qira’ah kepada Sahih al-Bukhari Maulana Hamid ialah Muhammad Zarif yang merupakan kelahiran Pakistan dan telah meninggal dunia. Muhammad Zarif merupakan tenaga pengajar bagi kitab Sahih al-Bukhari jilid satu dalam dawrah hadis Darul Ulum Faisal Abad, Pakistan. Berikutan itu, beliau turut digelar sebagai shaykh al-hadith yang merupakan gelaran khas bagi seseorang guru yang mengajar Sahih al-Bukhari di benua India-Pakistan. Maulana Hamid menyifatkan guru beliau sebagai seorang yang mempunyai kesungguhan dengan banyak melakukan catatan-catatan yang mengulas hadis-hadis Sahih al-Bukhari untuk rujukan para murid. Catatan-catatan tersebut terkumpul sebanyak tiga jilid (Maulana Hamid, 2012). Muhammad Zarif merupakan sumber yang merintis penyambungan sanad bagi aplikasi al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari (jilid satu) oleh Maulana Hamid. Ianya sepertimana yang tertera dalam ijazah sanad al-Bukhari yang dikeluarkan oleh Miftahul Ulum kepada murid. Ini adalah kerana Maulana Hamid menyifatkan aplikasi al-samac Muhammad Zarif dengan gurunya sebelum ini yang juga mendengar daripada gurunya sebelum ini serta diikuti guru demi guru sehingga kepada Imam al-Bukhari, telah membawa implikasi persambungan salasilah sanad tersebut. Proses persambungan salasilah sanad yang dikemukakan oleh maulana hamid ini adalah menyerupai fenomena TB yang disuarakan oleh cAbd al-Fattah Abu Ghuddah (1992: 99). Selain itu, Maulana Hamid turut berkesempatan menerima al-ijazah bagi meriwayatkan kitab Sahih al-Bukhari daripada beberapa orang guru iaitu Maulana Abdul Karim Shah, Mufti Taqiyuddin cUthmani, Maulana Abu Salman, Nur Muhammad Idris dan Tuan Guru Haji Salleh Penanti (Maulana Hamid, 2012).

Maulana Hamid (2012) telah mengaplikasikan al-samac dan al-qira’ah Sahih al-Bukhari jilid satu dengan gurunya Muhammad Zarif semasa mengikuti pengajian hadis di Darul Ulum Faisal Abad Pakistan pada tahun 1991 sehingga 1992. Sesi-sesi al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari (jilid satu) ini berlangsung hampir tujuh bulan iaitu bermula pada 22 Mei 1991 sehingga pengajian terakhir pada 23 Disember 1991 dengan didahului dua bulan bagi syarahan terhadap mukadimah kitab tersebut. Manakala majlis rasmi pengkhataman Sahih al-Bukhari pula di adakan pada 5 Februari 1992. Secara umumnya sesi al-samac dan al-qira’ah Sahih al-Bukhari jilid satu berdurasi sejam bagi setiap hari dan kelas tambahan juga dilakukan apabila perlu iaitu selepas solat magrib atau solat isyak atau sebelum solat subuh. Manakala pendetailan informasi berkaitan penjadualan dan pengkhataman aplikasi al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari (jilid satu) oleh Maulana Hamid dengan guru sebagaimana yang

Page 6: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

6

dinyatakan di atas dapat menegaskan kebolehpercayaan bahawa beliau telah bertalaqqi hadis-hadis daripada kitab tersebut secara langsung dengan gurunya. Kebolehpercayaan aplikasi ini dilihat penting bagi menentukan kesahihan persambungan sanad antara Maulana Hamid dengan gurunya yang merupakan sumber salasilah sanad al-Bukhari yang beliau ijazahkan kepada murid Miftahul Ulum. Maulana Hamid menjelaskan kebanyakan hadis-hadis Sahih al-Bukhari tersebut disyarahkan oleh gurunya, Muhammad Zarif. Catatan syarahan tersebut diedarkan serta diterangkan oleh guru kepada para murid. Antara contoh syarahan atau kupasan guru ialah persoalan Sahih al-Bukhari yang tidak didahului dengan mukadimah yang panjang seperti kebiasaan kitab-kitab lain, persoalan hadis-hadis dalam bab al-bud’ al-wahy yang tidak selaras dengan penamaan bab tersebut kecuali satu hadis atau ia disebut dengan tarjamah al-bab, perbezaan fiqah antara mazhab serta dalil-dalilnya dan istinbat hukum. Manakala antara kitab syarah yang dirujuki sebagai sumber kupasan dan syarahan tersebut ialah Fath al-Bari dan cUmdah al-Qari. Menurut Maulana Hamid kesemua catatan syarahan yang disediakan oleh gurunya telah beliau kumpulkan iaitu sebanyak tiga jilid. Selain itu, terdapat juga beberapa bab daripada Sahih al-Bukhari yang dibaca secara al-sard seperti kitab al-anbiya’, kitab al-manaqib dan kitab al-fada’il. Informasi menunjukkan aplikasi al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari oleh Maulana Hamid dengan guru telah menepati kaedah al-hall wa al-bahth sebagaimana yang diutarakan oleh Siddiq Hasan al-Qannawji (1985: 131). Ianya adalah dalam perspektif bacaan hadis dengan kupasan berdasarkan kitab syarah. Kriteria al-hall wa al-bahth juga semakin jelas apabila Maulana Hamid menyatakan bahawa beliau menjalani peperiksaan terhadap hadis-hadis Sahih al-Bukhari tersebut sebanyak dua kali setahun. Kenyataan ini dapat menunjukkan bahawa aplikasi al-samac dan al-qira’ah tersebut adalah bertujuan untuk memahami hadis-hadis tersebut. Menurut Siddiq Hasan al-Qannawji (1985: 132), penekanan kefahaman terhadap hadis-hadis yang dibacakan merupakan kriteria kaedah al-hall wa al-bahth. Kaedah al-hall wa al-bahth ini membawa implikasi persambungan sanad jika kedua-duanya diaplikasikan oleh seseorang murid di hadapan seseorang al-musnid. Persambungan ini diiktiraf kerana ia secara umumnya telah menepati aturan dua metode al-tahammul iaitu al-samac dan al-qira’ah.

Kenyataan ini semakin relevan apabila Maulana Hamid menjelaskan bahawa beliau bersama rakan-rakan diberi giliran oleh guru, Muhammad Zarif bagi membacakan hadis-hadis Sahih al-Bukhari tersebut. Penggiliran tugasan antara al-samac dan al-qira’ah hadis-hadis tersebut berlaku hampir sama rata. Dalam konteks al-ada’, Maulana Hamid dapat menjelaskan proses ini dengan frasa qara’tu calayh apabila beliau sendiri membaca hadis atau quria calayh wa ana asmac apabila rakan membaca hadis sambil beliau mendengar. Guru Maulana Hamid juga adakalanya membacakan hadis-hadis tersebut yang mana proses ini boleh disampaikan kembali dengan frasa samctu atau lebih tepat haddathana atau akhbarana. Frasa-frasa ini pada dasarnya tidak berhak digunapakai oleh seseorang yang tidak berpengalaman mengikuti proses tersebut secara langsung dengan guru dan rakan-rakan sama ada dengan kaedah al-sard atau al-hall wa al-bahth. Menurut Maulana Hamid (2012), pengijazahan sanad Sahih al-Bukhari telah dilafaz oleh gurunya secara rasmi ketika kelas paling awal iaitu sebelum aplikasi al-samac dan al-qira’ah kitab tersebut dimulakan. Menerusi langkah ini, Maulana Hamid dan rakan-rakan mengetahui mereka telah menyambung hubungan dengan salasilah sanad Muhammad Zarif yang terdiri daripada guru demi guru sehingga sampai kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M). Langkah ini pada dasarnya menepati fungsi asal al-ijazah yang merupakan satu kemudahan penyambungan sanad tanpa aplikasi al-samac mahupun al-qira’ah bagi perkara yang diijazahkan sebagaimana yang diutarakan oleh (Nur al-Din cItr, 1992: 215).

Page 7: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

7

Seterusnya pengijazahan sanad juga dilakukan dalam bentuk dokumen iaitu setelah sesi al-samac dan al-qira’ah Sahih al-Bukhari (jilid satu) selesai diaplikasikan sepenuhnya. Dokumen sanad tersebut merupakan helaian kertas yang ringkas yang mencatatkan nama kitab Sahih al-Bukhari dan salasilah sanad Sahih al-Bukhari yang tertera nama Muhammad Zarif serta nama guru beliau sehingga kepada guru Shah Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H/1762M) iaitu al-Shaykh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.1145H/1732M). Dokumen tersebut turut merekodkan frasa-frasa aplikasi al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari (jilid satu) iaitu:

Terjemahan:

“Kami (Maulana Hamid dan rakan-rakan) telah membacakan kitab ini (Sahih al-Bukhari) daripada hadrat shaykh al-hadith Maulana Muhammad Zarif...”

Penjelasan di atas menunjukkan guru Maulana Hamid iaitu Muhammad Zarif telah mengkombinasikan dua langkah pengijazahan sanad al-Bukhari iaitu kaedah lisan pada peringkat awal sebelum permulaan sesi al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari (jilid satu) dan kaedah tulisan iaitu dokumen pada peringkat akhir iaitu selepas penamatan sesi aplikasi tersebut. Menurut al-Ibn Hajar al-cAsqalani (1999: 99) dan al-Sakhawi (2005: 461), pengijazahan secara lisan dan tulisan merupakan kelaziman bagi praktikal metode al-ijazah. Malah kombinasi di antara lisan dan tulisan menurut Ibn al-cImadiyyah turut dikenali dengan ijazah munawalah serta dianggap sebagai yang terbaik. Ini adalah kerana lafaz pengijazahan bukan sahaja diucapkan tetapi turut disokong dengan tulisan serta didokong dengan salinan perkara yang diijazahkan tersebut yang diterima langsung oleh al-mujaz lah daripada al-mujiz (Ibn al-cImadiyyah 2008:41).

Perbincangan proses pengijazahan sanad di atas dapat menyerlahkan kesahihan aplikasi al-samac dan al-qira’ah Sahih al-Bukhari Maulana Hamid dengan gurunya Muhammad Zarif. Namun secara teknikal faktor ketidaklengkapan salasilah sanad Sahih al-Bukhari guru beliau yang hanya dinyatakan sehingga sampai kepada guru Shah Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H/1762M) iaitu al-Shaykh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.1145H/1732M) serta ketiadaan catatan nama Maulana Hamid secara khusus dilihat mencacatkan fungsi dokumen yang sepatutnya merekodkan kedua-dua perkara tersebut. Kedua-dua perkara ini penting supaya selaras dengan salasilah sanad yang dikeluarkan oleh Maulana Hamid kepada murid Miftahul Ulum. Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan pengeluaran salasilah sanad al-Bukhari yang lengkap sebagaimana yang dikeluarkan oleh Maulana Hamid bagi murid Miftahul Ulum juga mempunyai sumber rujukan lain. Walaupun begitu, nama Maulana Hamid selaku murid dawrah hadis Muhammad Zarif dapat disokong oleh sumber lain iaitu sijil shahadah pengajian Islam dan bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Darul Ulum Faisalabad, Pakistan. Ini adalah kerana madrasah ini merupakan lokasi sebenar aplikasi al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari oleh Maulana Hamid dengan gurunya Muhammad Zarif tersebut. Sijil beliau tersebut memadai kerana terdapat tanda tangan Muhammad Zarif selaku guru dawrah hadis di Darul Ulum Faisalabad.

Berikutan itu, Maulana Hamid dilihat berkelayakan untuk mengaplikasikan kembali TB terhadap Sahih al-Bukhari (jilid satu) dengan muridnya bagi tujuan penyambungan sanad kepada gurunya tersebut. Ini adalah kerana beliau telah terbukti berpengalaman melakukan proses TB terhadap Sahih al-Bukhari dengan gurunya tersebut iaitu al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah. Proses ini merupakan satu langkah awal sebelum al-ada’ (penyampaian) dalam tatacara periwayatan bersanad bagi sesuatu ilmu, hadis, atau kitab iaitu selari dengan metode al-tahammul yang telah diaplikasikan terlebih dahulu (al-cAmrani ,

Page 8: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

8

1983: 98). Ianya juga mirip dengan dabit pendengaran daripada guru yang merupakan syarat pengaplikasian semula proses sesuatu riwayat (Ibn al-Salah ,1986: 120).

5.2 MURID SAHIH AL-BUKHARI PARTISIPAN

Kelas-kelas Sahih al-Bukhari (jilid satu) Maulana Hamid untuk murid tahun ketujuh Miftahul Ulum telah dijadualkan sebanyak enam kali pertemuan seminggu yang mengambil masa empat jam setengah minit. Manakala kelas-kelas Sahih al-Bukhari (jilid satu) Maulana Hamid untuk murid tahun kelapan telah dijadualkan sebanyak tujuh kali pertemuan seminggu yang mengambil masa lima jam setengah minit.

Menerusi penjadualan tersebut, aplikasi al-samac dan al-qira’ah terhadap jilid Sahih al-Bukhari tersebut mampu dikhatamkan sekalipun kebanyakan daripada hadis-hadis tersebut turut dikupas dan disyarahkan secara sederhana. Menurut Maulana Hamid, secara keseluruhannya tempoh pengkhataman jilid Sahih al-Bukhari ini telah dijadualkan selama dua tahun atau lebih tepat lagi 20 bulan. Majlis pengkhataman dan pengijazahan sanad kitab ini lazimnya diadakan pada bulan Rejab setiap tahun. Sehingga kini, sebanyak sembilan kali majlis pengkhataman berjaya diadakan bermula tahun 2003.

Menurut Maulana Hamid (2012) pengijazahan sanad Sahih al-Bukhari secara lisan iaitu dengan membaca sanad-sanad beliau sehingga Imam al-Bukhari (m.256H/870M) dilakukan secara mutlak dalam kelas terawal kitab tersebut bersama para murid Miftahul Ulum. Aplikasi pengijazahan sanad Sahih al-Bukhari pada permulaan kelas bertujuan supaya sesi al-samac dan al-qira’ah dapat dilakukan secara bersambungan sanadnya hingga kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M) daripada awal langkah lagi. Lazimnya praktis ini diterjemahkan menerusi lafaz berikut:

Maksudnya:

“Dengan sanad engkau (Maulana Hamid) yang bersambung kepada Imam al-Bukhari, beliau berkata bab bagaimana bermulanya permulaan (turunnya) wahyu…”

Lafaz ini diungkapkan oleh murid pertama yang ditugaskan memulakan metode al-qira’ah terhadap hadis dalam Sahih al-Bukhari bagi setiap kali sesi kelas dimulakan. Kemudian diikuti dengan lafaz qal bih yang diungkapkan secara bergilir-gilir oleh setiap murid yang seterusnya sebelum menyambung sesuatu bacaan hadis.

Menurut Maulana Hamid (2012), dokumen sanad kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari tersebut diserahkan kepada para murid dalam sesi majlis pengkhataman kitab yang diadakan secara tahunan. Dokumen ini dikenali dengan ijazah sanad al-Bukhari yang tertera salasilah lengkap kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari. Salasilah tersebut bermula dengan nama murid, diikuti nama Maulana Hamid serta guru yang bertalian sehingga sampai kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M) yang kemuncaknya bertaut kepada Rasulullah . Dokumen ini turut merekodkan proses aplikasi al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah terhadap Sahih al-Bukhari sebagaimana frasa-frasa berikut.

Page 9: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

9

Maksudnya:

“Beliau (murid) telah membaca dihadapan kami dan kami juga telah membaca di hadapannya dan beliau telah mempelajari daripada kami Sahih al-Bukhari dengan sanad yang bersambung daripada kami hingga kepada Imam al-Bukhari dan daripada beliau pula bersambung hingga kepada kekasih yang terpilih lalu kami mengijazahkan kepadanya agar membaca dan dibaca di hadapannya…”

Kedua-dua langkah pengijazahan iaitu lisan dan tulisan sebagaimana penjelasan di atas adalah menepati dua kaedah yang lazim dipraktiskan dalam metode al-ijazah. Manakala nama murid selaku al-mujaz lah, nama beserta tanda tangan Maulana Hamid selaku al-mujiz, nama kitab Sahih al-Bukhari sebagai al-mujaz bih serta lafaz pengijazahan yang kesemuanya ditentukan serta direkodkan secara spesifik pada ijazah sanad al-Bukhari tersebut. Faktor ini menjadikan kualiti al-ijazah yang diberikan bertaraf ijazah mucayyan li mucayyan. Dengan erti kata, lain al-ijazah ini merupakan ijazah khusus yang hanya diberikan kepada murid yang berjaya menamatkan pengajian kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari tersebut secara al-samac dan al-qira’ah di hadapan Maulana Hamid serta melepasi peperiksaan akhir dawrah hadis.

Ijazah sanad al-Bukhari ini berfungsi sebagai penyaksian terhadap kebolehpercayaan aplikasi TB terhadap kitab tersebut oleh para murid Miftahul Ulum dan serentak menyambung sanad dengan kedua-dua guru tersebut. Aplikasi sebegini adalah selaras dengan pandangan al-Suyuti (2002: 210) tentang fungsi al-ijazah daripada seseorang al-mujiz. Ia merupakan penyaksian seseorang al-mujiz ke atas kelayakan seseorang al-mujaz lah terhadap perkara yang diijazahkan tersebut. 5.4 SALASILAH SAHIH AL-BUKHARI PARTISIPAN Maulana Hamid merupakan perantara sanad Sahih al-Bukhari menerusi guru masing-masing secara al-samac dan al-qira’ah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 24 rijal yang menjadi rangkaian penyambung salasilah sanad di antara partisipan tersebut iaitu bermula daripada guru sehingga kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M). Maulana Hamid merupakan perantara sanad kitab tersebut menerusi gurunya Maulana Zarif yang telah mendengar dan membaca Sahih al-Bukhari di hadapan gurunya cAbd al-Khaliq. Seterusnya cAbd al-Khaliq pula telah membaca dan mendengar Sahih al-Bukhari di hadapan al-Shaykh Anwar Shah al-Kashmiri (m.1352H/1933M) dan beliau telah mengaplikasikan al-samac dan al-qira’ah terhadap Sahih al-Bukhari di hadapan gurunya al-Shaykh Mahmud Hasan al-Deobandi (m.1339H/1921M) dan guru ini pula telah mendengar serta membacanya di hadapan dua orang gurunya iaitu al-Shaykh Muhammad Qasim al-Nanutuwi (m.1297H/1880M) dan al-Shaykh Rashid Ahmad al-Kankuhi (m.1323H/1905M) dan kedua-duanya pula telah mendengar serta membacanya di hadapan al-Shaykh cAbd al-Ghaniyy al-Mujaddidi (m.1296H/1879M) dan beliau telah mendengar serta membacanya di hadapan al-Shaykh Abu Sulayman Muhammad Ishaq al-Dihlawi (m.1271H/1855M) dan beliau telah mendengar serta membacanya di hadapan al-Shaykh al-Shah cAbd al-cAziz al-Dihlawi (m.1239H/1824M) dan beliau telah mendengar serta membacanya di hadapan Shah Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1176H/1762M) dan beliau telah

mengkhabarkan kepada kami ( ) daripada al-Shaykh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurdi al-

Madani (m.1145H/1732M) dan beliau telah mengkhabarkan kepada kami ( ) daripada al-Shaykh

Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.1111H/1699M) dan beliau telah membacanya ( ) di hadapan al-Shaykh

Page 10: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

10

Ahmad bin Muhammad al-Qushashi (m.1071H/1661M) dan beliau telah mengkhabarkan kepada kami

( ) daripadaal-Shaykh Ahmad bin cAli bin cAbd al-Qudus al-Shinnawi (m.1028H/1619M) dan beliau

telah mengkhabarkan kepada kami ( ) daripada al-Syakh Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin

Hamzat al-Ramli (m.1004H/1596M) dan beliau telah menerimanya daripada Shaykh al-Islam Zakariyya

al-Ansari (m.926H/1520M) dan beliau telah membacanya secara keseluruhan ( ) di hadapan

gurunya al-hafiz Ibn Hajar al-cAsqalani (m.852H/1448M) dan beliau telah mendengar keseluruhannya (

) di hadapan gurunya al-Burhan Ibrahim al-Tanukhi (m.800H/1398M) dan beliau telah

mendengar keseluruhannya ( ) di hadapan gurunya Abi al-cAbbas Ahmad bin Abi Talib al-Hajjar

(m.730H/1330M) dan beliau telah mendengar keseluruhannya ( ) di hadapan gurunya al-Siraj

al-Hussayn bin al-Mubarak al-Zabidi (m.631H/1234M) dan beliau telah mendengar keseluruhannya (

) di hadapan gurunya Abu al-Waqt cAbd cAbd al-Awwal bin cIsa al-Sajazi (m.553H/1158M) dan

beliau telah mendengarnya ( ) pula daripada gurunya Abu al-Hasan cAbd al-Rahman bin Muhammad

binal-Muzaffar al-Dawudi (m.467H/1075M) dan beliau telah mendengarnya ( ) pula daripada gurunya

Abu Muhammad cAbd bin Ahmad bin Hamawiyyah (m.381H/991M) dan beliau telah mendengarnya

( ) pula daripada gurunya Abu cAbd Allah Muhammad bin Yusuf al-Firabri (m.320H/932M) dan beliau

telah mendengarnya ( ) pula daripada gurunya al-Imam al-Hafiz Abu cAbd Allah Muhammad bin

Ismacil al-Bukhari (m.256H/870M). Kajian mendapati saluran sanad Sahih al-Bukhari kedua-dua perantara iaitu Maulana Hamid dapat dipertanggungjawabkan persambungannya dan diberi pengiktirafan terhadap kebolehpercayaannya. Ini adalah kerana beberapa peringkat senarai rijal yang terdapat pada salasilah ini umumnya boleh disemak secara terbuka oleh khalayak dalam karya al-thabat seperti al-cAnaqid al-Ghaliyyah min al-Asanid al-cAliyyah yang disusun oleh cAshiq al-Ilahi al-Barni (m.1424H/2004M) dan al-Majmac al-Mu’assis li Mucjam al-Mufahris iaitu karya al-thabat yang dikarang oleh Ibn Hajar al-cAsqalani (m.852H/1448M) dan ensiklopedia sanad Mucjam al-Macajim wa al-Mashakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat oleh cAbd al-Rahman al-Marcashli.

Manakala persambungan sanad secara khusus iaitu aplikasi TB terhadap Sahih al-Bukhari peringkat Maulana Hamid dengan guru merupakan penemuan esklusif kajian ini. Ianya dibuktikan menerusi sumber privasi seperti dokumen salasilah sanad Sahih al-Bukhari Darul Ulum Faisalabad, Pakistan. Justeru kajian telah mengenal pasti Maulana Hamid sebagai perantara yang sah kepada guru masing-masing. Justeru kedua-duanya dapat berfungsi sebagai saluran penyambungan sanad Sahih al-Bukhari yang boleh dimanfaatkan oleh generasi kini. Dengan erti kata lain, generasi kini boleh merealisasikan penyambungan sanad secara aplikasi TB menerusi partisipan.

Page 11: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

11

Jadual 1.1 Salasilah Sanad Sahih al-Bukhari Maulana Hamid

Bil. Rijal Sanad

Sanad Sahih al-Bukhari Bil. Rijal Sanad cAli

Muhammad bin Ismacil al-Bukhari (m.256H) 24 Abu cAbd Allah Muhammad bin Yusuf al-Firabri (m.320H) 20 23 Abu Muhammad cAbd bin Ahmad bin Hamawiyyah (m.381H) 19 22 cAbd al-Rahman bin Muhammad bin al-Muzaffar al-Dawudi (m.467H) 18 21 Abu al-Waqt cAbd cAbd al-Awwal bin cIsa al-Sajazi (m.553H) 17 20 Al-Siraj al-Hussayn bin al-Mubarak al-Zabidi (m.631H) 16 19 Abi al-cAbbas Ahmad bin Abi Talib al-Hajjar (m.730H) 15 18 Al-Burhan Ibrahim al-Tanukhi (m.800H) 14 17 Al-Hafiz Ibn Hajar al-cAsqalani (m.852H) 13 16 Shaykh al-Islam Zakariyya al-Ansari (m.926H) 12 15 Muhammad bin Ahmad bin Hamzat al-Ramli (m.1004H) 11 14 Al-Shaykh Ahmad bin cAli bin cAbd al-Qudus al-Shinnawi (m.1028H)

Abi al-Naja Salim bin Muhammad al-Sanhuri(m.1015H) 10

13 Al-Shaykh Ahmad bin Muhammad al-Qushashi (m.1071H) Al-cAla’ al-Babili (m.1077H)

9

12 Al-Shaykh Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.1111H) cAbd Allah bin Salim al-Basri al-Makki (m.1134H)

8

11 Al-Shaykh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.1145H)

Al-Shihabayn al-Fattah al-Mullawi (m.1181H)

7

10 Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H Thucaylib bin Salim al-Fishani (m.1239H)

6

9 Al-Shaykh al-Shah cAbd al-cAziz al-Dihlawi (m.1239H) Bapanya al-Burhan al-Saqa(m.1298H)

5

8 Al-Shaykh Abu Sulayman Muhammad Ishaq al-Dihlawi (m.1271H) Khatib al-Azhar Muhammad Imam al-Saqa (m.1354H)

4

7 cAbd al-Ghaniyy al-Mujaddidi (m.1296H) cUmar bin Hamdan al-Mahrasi (m.1368H)

3

5&6 Al-Shaykh Muhammad Qasim al-Nanutuwi (m.1297) & al-Shaykh Rashid Ahmad al-Kankuhi (m.1323H)

Muhad Yasin bin cIsa al-Fadani (m.1412H)

2

4 Al-Shaykh Mahmud Hasan al-Deobandi (m.1339H) Mahmud SacMuhammad Mamduh

1

3 Anwar Shah al-Kashmiri (m.1352H) SMF

2 cAbd al-Khaliq Yusuf al-Binnuri (m.1397H)

1 Muhammad Zarif Muhammad Zarwali Khan

Jumlah Maulana Hamid MM

24

Page 12: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

12

5.5 RELEVANSI PERIWAYATAN SANAD KITAB SAHIH AL-BUKHARI Antara relevansi aplikasi TB terhadap hadis-hadis Sahih al-Bukhari adalah pada masa yang sama merupakan mekanisme penyampaian dan penyebaran hadis-hadis yang sahih dalam kalangan penuntut ilmu dan masyarakat awam. Pendekatan membaca dan mendengar hadis Sahih al-Bukhari menggalakkan peserta lebih berinteraksi dengan hadis-hadis sahih. Ini bermakna pendekatan secara tidak langsung mengekang penularan hadis-hadis bukan sahih seperti hadis mawduc dalam kalangan mereka. Rumusan didapati bertambah relevan kerana dalam konteks pengajian hadis, pencapaian Imam al-Bukhari (m.256H/870M) menerusi karyanya Sahih al-Bukhari merupakan manifestasi kemuncak peranan sanad dalam penyampaian hadis Rasulullah . Imam al-Bukhari (m.256H/870M) mereka bentuk konsep penyaringan hadis dengan berpaksikan nama asal yang diberikan beliau terhadap kitab ini iaitu al-Jamic al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasulillah wa Sunanih wa Ayyamih. Beliau memberi komitmen yang tinggi supaya hadis-hadis dalam koleksi Sahihnya mencapai kualiti kesahihan yang 12amper mutlak. Hal ini telah pun terbukti apabila Sahih al-Bukhari mendapat tempat tertinggi sebagai karya yang paling sahih selepas al-Quran sepanjang zaman. Justeru Sahih al-Bukhari wajar mendapat perhatian utama sebagai sumber aplikasi TB sebagaimana yang diaplikasikan oleh partisipan. Kenyataan di atas semakin menunjukkan kelebihan aplikasi TB berperantarakan Sahih al-Bukhari sukar dinafikan. Lebih-lebih lagi ditambah nilainya dengan penyambungan sanad kepada Rasulullah melalui penyusunnya Imam al-Bukhari (m.256H/870M). Dalam konteks al-tahammul, persambungan sanad menerusi mekanisme pengkhataman al-samac dan al-qira’ah terhadap sesebuah kitab hadis seperti Sahih al-Bukhari adalah lebih baik daripada teknik periwayatan al-ijazah yang diperolehi tanpa kombinasi al-samac dan al-qira’ah. Pengulangan praktis al-samac dan al-qira’ah serta pengijazahan Sahih al-Bukhari menerusi mekanisme TB secara langsung telah menghidupkan proses periwayatan hadis yang diterjemahkan dalam bentuk periwayatan kitab hadis. Sahih al-Bukhari misalnya diriwayatkan oleh pengamal sanad atau musnid menerusi metode al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah dengan menyebut dan mengemukakan senarai sanad sehingga sampai kepada penyusun kitab tersebut. Justeru proses ini menuntut penguasaan ilmu praktikal periwayatan semua sanad tersebut. Komuniti seperti al-musnid yang menguasai dan mempraktiskan ilmu sanad dan riwayat pada masa kini perlu diwujudkan atau dikenal pasti kewujudan mereka bagi mencukupkan keperluan umum terhadap bidang ini. Skop dan hala tuju seseorang al-musnid perlu dikuasai dan dipraktiskan sehingga kini termasuk dalam kalangan ilmuwan tempatan. Antaranya kepakaran menyusun dan menyelenggarakan salasilah sanad dalam karya al-thabat atau paling kurang mengeluarkan sijil yang mendokumenkan sanad kitab hadis seperti salasilah Sahih al-Bukhari sepanjang 15 kurun sehingga kepada Rasulullah . Selain itu, kebolehpercayaan terhadap kewujudan salasilah sanad yang bersambungan tersebut memerlukan pengetahuan seseorang al-musnid terhadap persamaan rekod salasilah tersebut dalam karya al-thabat tertentu yang menjadi asas perbandingan pengeluaran nama-nama rijal tersebut. Kecekapan ini bakal menunjukkan salasilah yang disenaraikan oleh seseorang al-musnid adalah bukan rekaan tetapi mempunyai sandaran sumber yang boleh dipertanggungjawabkan untuk dikenal pasti nama-nama yang terdapat dalam salasilah tersebut.

Oleh itu, aplikasi TB menjadi faktor yang menggerakkan kemajuan ilmu pengetahuan terhadap bidang praktikal periwayatan sanad hadis pada masa kini dan mengumpul serta memelihara sumbernya

Page 13: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

13

daripada lenyap tanpa disedari. Justeru aplikasi TB adalah relevan dimajukan sebagai salah satu lagi bidang kajian yang perlu diberi perhatian oleh pengajian hadis tempatan. 6. 0 KESIMPULAN Manakala dalam satu perspektif lain, aplikasi TB juga telah memperlihatkan bagaimana hadis-hadis Rasulullah telah mendapat penghormatan yang begitu tinggi dalam kalangan para pengamalnya. Komuniti ini melakukan satu usaha yang unik iaitu dengan memelihara proses penyampaian hadis-hadis Rasulullah menerusi pewarisan tatacara penerimaannya yang asal sejak zaman berzaman sehingga kini. Kelainan tersendiri ini merupakan simbol kejayaan mereka mengekalkan periwayatan sumber hadis daripada kebarangkalian terjejas akibat daripada peredaran atau perubahan zaman. Selain itu, senarai salasilah para rijal sanad hadis yang bertitik tolak daripada partisipan sehingga sampai kepada Rasulullah sekurang-kurangnya telah menterjemahkan inspirasi yang dapat dihayati menerusi maksud hadis berikut.

Abu al-Darda’ berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, Mereka hanyalah mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak. (Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab Awwal Kitab al-cilm, Bab fi fadl al-cilm. No. Hadis 3641).

RUJUKAN

cAbd al-Fattah Abu Ghuddah. 1992. Al-Isnad min al-din. Beirut: Dar al-Qalam. Abu Bakr al-Kafi. 2000. Manhaj al-imam al-Bukhari fi tashih al-ahadith wa tacliluha. Beirut: Dar Ibn

Hazam. cAli Jumucah. 2006. Al-Imam al-Bukhari wa jamicuh al-sahih. Misr: Dar al-Faruq. al-cAmrani , cAbd Allah. 1983. Thabat Abi Jacfar Ahmad bin cAli al-Balawi al-Wadi Ashi. Beirut: Dar al-

Gharb al-Islamiyy. al-Asl, Muhammad bin Jabir al-Wadi Ashi. 1982. Barnamaj al-Wadi Ashi. t.tp.: t.pt. al-Azhari, Usamat al-Sayyid Mahmud. 2011. Asanid al-misriyyin. t.tp.: Dar al-Faqih. al-Fullani, Imam Salih bin Muhammad. 1984. Qatf al-thamar fi rafc asanid al-musannafat fi al-

funun wa al-athar. Tahqiq: cAmir Hasan Sabri. Jeddah: Dar al-Shuruq. al-Khatib, Muhammad cAjajj. 1989. Usul al-hadith culumuh wa mustalahuh. Beirut: Dar al-Fikr. al-Suyuti, Jalal al-Din bin cAbd al-Rahman bin Abi Bakr. 1996. Tadrib al-rawi fi sharh taqrib al-nawawi.

Tahqiq: Ahmad cUmar Hashim. Jil. 1 & 2. t.tp: Dar al-Kitab al-cArabiyy. Brown, J.A.C. 2009. Hadith Muhammad’s legacy in the medieval and modern world. Oxford: Oneworld

Publications. Ibn al-cImadiyyah, al-hafiz Mansur bin Salim al-Hamdaniyy al-Iskandaraniyy al-Shaficiyy. 2008. Juz’ fi

al-ijazah. Tahqiq: Nizam Muhammad Salih Yacqubi. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah. Ibn al-Solah, Abu cAmr cUthman bin cAbd al-Rahman al-Shaharzuri. 2003. Siyanah Sahih Muslim min al-

ikhlal wa al-ghalat wa himayatuh min al-isqat wa al-saqat. Tahqiq: Farid cAbd al-cAziz al-Jundi. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ibn Hajar al-cAsqalani, Ahmad bin cAli. 1992. Al-Majmac al-mu’assis li al-mucjam al-mufahris. Tahqiq: Yusuf cAbd al-Rahman al-Marcashli. Jil. 1. Beirut: Dar al-Macrifah.

Page 14: MAULANA HAMID BIN HASHIM TOKOH PENGAMAL SANAD …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2013-imam-2017.pdf · Maulana Hamid bin Hashim sebagai salah seorang tokoh pengamal sanad

14

Mahmud ٍ Sacid Muhammad Mamduh. 2009. Al-Ittijahat al-hadithiyyah fi al-qarn al-rabic cashar. Kaherah: Dar al-Basa’ir.

al-Marcashli, Yusuf cAbd al-Rahman. 2002. Mucjam al-macajim wa al-mashyakhat wa al-faharis wa al-baramij wa al-athbat. 4 Jil. Riyad: Maktabat al-Rushd.

Maulana Hamid. 2012. Sahih al-Bukhari dalam pengajian Miftahul Ulum. Temu bual, 15 Februari. Mawsucah culum al-hadith. 2007. Kaherah: Wizarat al-Awqaf al-Majlis al-‘Acla li al-Shu’uni al-Islamiyyah. Merriam, S. B. 1998. Qualitative research and case study applications in education. San Francisco:

Jossey-Bass Inc. Muhammad bin cAbd al-Razzaq Aswad. 2007. Shurut al-rawi wa al-riwayah cinda ashab al-sunan dirasah

tatbiqiyyah. Damshiq: Dar Tibah. Maulana Hamid. 2012. Biodata guru Sahih al-Bukhari. Temu bual, 15 Februari. Maulana Hamid. 2012. Biodata. Temu bual, 15 Februari. Maulana Hamid. 2012. Interpretasi aplikasi TB. Temu bual, 21 Februari. Maulana Hamid. 2012. Interpretasi aplikasi TB. Temu bual, 27 Februari. Maulana Hamid. 2012. Faktor-faktor dorongan aplikasi TB. Temu bual, 27 Februari. Maulana Hamid. 2012. Faktor-faktor dorongan aplikasi TB. Temu bual, 16 Oktober. al-Nadwi, Muhammad Akram. 2001. Bughyat al-mutabic li asanid al-callamah al-sharif Muhammad al-

Rabic. Damshiq: Dar al-Qalam. Nur al-Din cItr. 1992. Manhaj al-naqd fi culum al-hadith. Beirut: Dar al-Fikr. Ibn Hajar al-cAsqalani, Ahmad bin cAli. 1999. Nuzhat al-nazar fi tawdikh nukhbat al-fikar fi mustalah ahl

al-athar. Tahqiq: cAbd al-Samic al-Anis dan cIsam Faris al-Harastani. Jordan: Dar cAmmar. al-Qannawji, Siddiq Hasan. 1985. Al-Hittah fi dhikr al-sihah al-sittah. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. al-Qastallani, Ahmad bin Muhammad. 1304H. Irshad al-sari li sharh Sahih al-Bukhari. Jil. 1. Misr: Dar al-

Fikr. al-Sakhawi, Muhammad bin cAbd al-Rahman. 2005. Fath al-mughith bi syarh al-fiyyah al-hadith.

Tahqiq: cAbd al-Karim bin cAbd Allah bin cAbd al-Rahman al-Khudayr & Muhammad bin cAbd Allah bin Fahayd Alfahayd. Jil. 1, 2 & 3. Riyad: Maktabah Dar al-Minhaj.

Ibn al-Solah, Abu cAmr cUthman bin cAbd al-Rahman al-Shaharzuri. 1986. cUlum al-hadith. Tahqiq: Nur al-Din cItr. Damshiq: Dar al-Fikr.

al-Suyuti, Jalal al-Din bin cAbd al-Rahman bin Abi Bakr. 2000. Al-Itqan fi culum al-Quran. Tahqiq: Muhammad Salim Hashim. Jil.1. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.