Upload
irfan-aiman
View
46
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Tahun : 2
Bidang : Membentuk dan Membuat Rekaan
Aktiviti : Membuat Corak Terancang – Topeng Bunga
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Bunga Matahari
Masa : 9.05 pagi – 10.05pagi
Jenis-Jenis Media : Contoh-contoh jenis bunga
Bahan Bantu Mengajar :
EMK : Kreativiti, mencintai alam semula jadi
Standard Kandungan:
Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual dan media yang ada pada topeng
muka
Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan topeng muka.
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan topeng
muka
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan
budaya
Standard Pembelajaran
3.1 Persepsi Estetik – murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual
yang ada pada topeng muka.
3.1.1 Unsur Seni
3.1.1.1 Bentuk dan Rupa – Organik
3.1.1.2 Warna – Primer, Sekunder Dan Gabungan Kedua-Dua Warna
3.1.1.3 Jalinan – Tampak
3.1.2 Prinsip Rekaan
3.1.2.1 Imbangan – Simetri
3.1.2.2 Penegasan - Bentuk Muka
3.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan topeng muka.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya
3.2.1.1 Alat – Gunting
3.2.1.2 Bahan – Warna air, gelang getah atau benang, kertas lukisan
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya
3.3 Ekspresi Kreatif – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan karya
3.4 Apresiasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan
memberikan penekanan pada bahasa seni visual.
3.4.1 Menggayakan topeng muka yang dihasilkan sendiri
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti
Persepsi estetik
1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis topeng
dengan penggunaan komputer dan LCD.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang topeng.
3. Guru memaparkan beberapa jenis bunga yang biasa
terdapat di persekitaran sekolah.
4. Guru meminta murid untuk mengenal pasti jenis
bunga yang dipaparkan.
5. Guru bertanya kepada murid:
Soalan: “Apakah jenis bunga yang terdapat pada slaid?”
Jawapan:
i. Bunga Raya
ii. Bunga Kertas/Bunga Bougainvillea
iii. Bunga Matahari
iv. Bunga Mawar
Aplikasi seni
1. Guru memberi penerangan berkaitan aktiviti yang
akan dijalankan.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang media
yang sesuai untuk membuat topeng muka.
Media yang digunakan:
Bunga Raya
Bunga Kertas/Bunga Bougainvillea
Bunga Matahari
Bunga Mawar
Media
i. Kertas lukisan
ii. Warna air
3. Guru menunjukkan topeng muka yang telah siap.
4. Guru membuat tunjuk ajar membuat topeng muka.
Ekspresi seni
1. Murid melakukan aktiviti membuat topeng muka
dengan bimbingan guru.
2. Guru menunjuk cara membuat topeng
3. Murid membuat topeng muka dengan bantuan guru.
Langkah 1
- Murid melakarkan gambar bunga yang bermuka di
atas kertas lukisan
Langkah 2
- Murid mewarnakan gambar bunga yang bermuka.
Contoh Topeng
LANGKAH-LANGKAH
Melakar
Mewarnai
Langkah 3 – Murid diminta untuk:
i. Guntingkan topeng muka mengikut bentuk.
ii. Guntingkan lubang ‘mata’ topeng muka.
iii. Menebuk lubang pada sisi topeng muka.
iv. Ikat gelung getah pada lubang kecil dan kemudian
ikat tali untuk dipakai.
Apresiasi Seni Visual
Murid menggayakan topeng muka yang dihasilkan
Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan
secara lisan.
Menggunting
Topeng yang telah siap