Mengangkat Seni Catan Naif

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Mengangkat Seni Catan Naif

    1/6

    Mengangkat seni catan naifOleh ABD. AZIZ [email protected]

    NAIF menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermaksud terlalulurus atau betul bendul. Ia menggambarkan tentang kejujuran yang dikaitkan denganpemikiran serta perbuatan seseorang.Sayangnya, apabila naif dikaitkan dengan seni catan,ia kurang mendapat perhatian ramai kerana sifat karya seni itu yang diterjemahkan sebagaikebudak-budakan, tidak serius dan terlalu mudah gaya pengkaryaannya.

    Bahkan, seni catan gaya naif juga dianggap sebagai tidak mencabar dengan alasan ia bolehdilakukan, direkacipta oleh sesiapa sahaja, sedangkan hakikatnya seni itu turut mempunyairamuan-ramuan formalistik yang harus dipelajari oleh para pengkaryanya.

    Menyedari hakikat itu, pelukis terkenal, Yusof Gajah telah menganjurkan pameranberkumpulan seni catan naif,Malaysian Naive Art Showcase 08 di Pasar Seni, KualaLumpur bermula 8 Mei sehingga 25 Mei ini bagi memperkembangkan lagi seni catantersebut yang dikatakan tersisih daripada penggemarnya.

    Menurut Yusof yang dikenali sebagai Bapa Pelukis Naif Malaysia, seni catan naif cukuppenting kerana pelbagai gaya, idea, pemikiran dan latar budaya setempat bolehdiketengahkan menerusi sesuatu karya yang kononnya dikatakan naif itu.

    "Kita kena ada lukisan yang berwajah Malaysia. Seni catan naif banyak menyumbang kearah itu. Ini kerana, seni catan naif mempunyai arah pemikiran dan temanya yangtersendiri terutamanya tentang alam dan budaya persekitaran pengkaryanya.

    "Ciri-ciri kejujuran mudah terserlah kerana para pengkarya seni catan naif memaparkanapa yang mereka rasakan. Apatah lagi, kebanyakan pengkarya seni catan naif biasanya

    bukan daripada kalangan pelukis yang profesional.

    "Misalnya, mereka mungkin boleh jadi daripada kalangan kerani tetapi mempunyai minatyang mendalam dan tajam idea dalam bidang lukisan," katanya ketika ditemui padapameranMalaysian Naive Art Showcase 08 yang telah dirasmikan oleh duta Norway dinegara ini, Arild Braastad baru-baru ini.

    Pameran berkumpulan pelukis seni catan naif itu merupakan kali ketiga dianjurkan dimana kali pertama telah diadakan pada 1998 dengan mempa- merkan karya empat pelukis

    iaitu Yusof Gajah, Zila Zain, Shima dan Azmi S.H.

    Sementara, pameran berkumpulan pelukis seni catan naif kedua dengan temaberjudulAppear Innocentpula telah diadakan pada 2001 dengan disertai oleh pelukisseperti Yusof Gajah, Mat Dollah dan Adeputra.

  • 7/29/2019 Mengangkat Seni Catan Naif

    2/6

    Bagaimanapun, kali ini seramai 37 pelukis seni catan naif telah menyertaiMalaysian NaiveArt Showcase 08 dengan mempamerkan lebih 100 buah lukisan yang dijual dengan hargaantara RM550 hingga RM150,000.

    Gaya penceritaanKepelbagaian citra naif dapat dilihat daripada kemeriahan pesta warna-warni yang kelihatan bagaikan tidak berkesudahan dengan menampilkan pelbagai imejlandskap seperti banjaran gunung, bukit-bukau, hutan-rimba, ladang pertanian, sungai,tasik dan laut.

    Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya naif, misalnyasuasana kehidupan di bandar dan luar bandar yang boleh mengimbas kenangan sertapengalaman para pengamat sesebuah karya tersebut.

    Karya-karya catan naif juga mudah untuk diidentifikasikan kerana gambaran yangdiutarakan biasanya mewakili sebahagian daripada pengalaman yang pernah atau seringdilalui oleh anggota-anggota masyarakat.

    Persembahan visual gaya penceritaan seperti ini lazimnya mampu untuk mencetuskankenangan-kenangan silam dalam bentuk nostalgia emotif yang memudahkan kefahamanserta apresiasi terhadap sesuatu karya gaya naif.

    Turut dipaparkan menerusi pameran ini ialah unsur-unsur pribumi Melayu nusantara yangketara menerusi identiti rumah tradisional serta bangunan dan kedai yang dibina sebelummeletusnya Perang Dunia Kedua.

    Selain itu, turut ditonjolkan ialah mesej tentang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitartermasuklah peri pentingnya pemuliharaan sungai sebagai antara nadi kehidupan seperti

    yang dicatan menerusi karya berjudulSungai Warisan Kita hasil sentuhan pelukis NurAzmi Mokhtar, 28.

    "Boleh dikatakan semua lukisan saya ada elemen sungai yang menggambarkan betapapentingnya peranan sungai dalam kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Justeru, sungai harus dipelihara daripada pencemaran bagi meneruskan kesinambungankehidupan.

    "Dengan adanya keutuhan sungai sebagai sumber yang penting ia secara tidak langsungdapat menyatukan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam suatu wadahperkongsian kehidupan yang harmoni," ujarnya.

    Selain unsur alam dan persekitaran, seni catan naif turut menjadi medium

    mengekspresikan perasaan dan pengalaman seseorang pengkarya ketika mengimbau zamanlampaunya.

    Pendekatan itu contohnya, telah digunapakai oleh Asmadi Abdul Wahab, 32 atau Adimenerusi lukisannya berjudulI Love My Catyang menceritakan tentang kucing sebagai

    binatang kesayangannya semasa kecil.

  • 7/29/2019 Mengangkat Seni Catan Naif

    3/6

    "Semasa zaman kanak-kanak, saya seorang yang pendiam dan pemalu. Saya lebih banyakberkawan dengan kucing yang menjadi haiwan peliharaan saya. Elemen itulah yang sayaekspresikan menerusi lukisan ini," katanya.

    Malah, seni catan naif juga mengetengahkan objek yang ada kaitannya dengan gayakehidupan seharian masyarakat setempat biarpun ia tidak dilalui sendiri olehpengkaryanya.

    Zulkhairi Kamaruddin misalnya, memaparkan objek sampan yang kabur daripada segipemandangan dan olahan gaya lukisannya tetapi ia cukup jelas identiti penting dalamkehidupan nelayan-nelayan kecil.

    "Saya tidak pernah menjadi nelayan, tetapi catan tentang perahu dalam karyaberjudulNelayan itu jelas memperlihatkan gambaran saya tentang kehidupan nelayan. Iadigambarkan secara subjektif mengikut pemahaman masing-masing," jelasnya.

    ArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgY Utusan Melayu (M) Bhd

    Menghampiri penghujung dekad pertama alaf 2000 ini, kerja-kerja seni catan lebih

    daripada dua puluh orang pelukis gaya naive Malaysiadiperagakan dalam satu

    pemeran besar. Pameran dengan tema Malaysia Naive Art Showcase 2008adalah

    suatu pameran penting yang memperlihatkan perkembangan muktahir seni catan

    tanah air di alaf 2000.

    Pameran berkumpulan seni catan naive pertama di Malaysia telah diadakan pada

    tahun 1998 yang hanya diwakili oleh empat pelukisgaya naive Zila Zain, Shima,

    Azmi S.H dan Yusof Gajah. Pameran naive kedua telah berlangsung pada tahun

    2001 di mana Yusof Gajah bergandingan dengan Mat Dollah dan Adeputra dengan

    temaAppear Innocent. Kedua-dua pameran naive telah diusahakan oleh Yusof

    Gajah. Selepas pameran ini berakhir pelukis-pelukis naive yang terlibat dalam

    kedua-dua pameran ini membawa haluan masing-masing menghidupkan citra naive

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgYhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgYhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgYhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgYhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgYhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgY
  • 7/29/2019 Mengangkat Seni Catan Naif

    4/6

    secara bersendirian. Namun atas usaha Yusof Gajah pelukis unggul Malaysia atau

    lebih dikenali sebagai Bapa Pelukis Naive Malaysia, beliau sekali lagi telah

    mengikhtiarkan kesinambungan pameran penting ini.

    Tujuan utama pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008ini pertamanya adalah

    untuk meletakkan seni catan gaya naive dilandasan yang sewajarnya sebagai suatu

    pergerakan seni yang penting dalam perkembangan seni catan tanah air. Selama ini

    seni catan gayanaive di Malaysia bukan sebahagian daripada arus perdana seni

    catan kontemporari tanah air. Seni catan gaya naive tidak mendapat tempat malah

    tidak diiktiraf dengan sewajarnya. Keadaan ini berlaku antaranya disebabkan oleh

    sifat karya seni catan gaya naive yang dipersepsikan sebagai gaya seni catan yang

    kebudak-budakan dengan penampilan citra yang tidak serius lagi terlalu mudah

    sifatnya. Ringkasnya karya-karya gaya naive sebegini dilihat sebagai gaya karya

    seni catan yang tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, dicipta, direka

    oleh sesiapa sahaja. Tetapi realitinya membuktikan seni catan gaya naive tidak

    mudah dilakukan. Ia turut mempunyai ramuan-ramuan formalistik seni catan yang

    harus dipelajari, dilatih sebelum dapat dikuasai. Menghasilkan karya gaya naive

    memerlukan ketrampilan, kemahiran yang bukan sedikit. Ini hakikat yang perlu

    diterima.

    Pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008ini memperagakan kepelbagaian

    karya-karya citra naive. Kepelbagaian citra naive dapat dilihat dari

    pengolahan subject-matterdalam kemeriahan pesta warna-warni yang kelihatan

    bagai tidak berkesudahan. Citra lanskap gayanave ditampilkan antaranya dengan

    banjaran gunung, bukit bukau beralun yang dipenuhi dengan hutan rimba, ladang

    pertanian serta aliran sungai, takungan air di kolam, tasik dan pemandangan tepi

    laut. Mergastua yang berkeliaran di udara, darat dan air menambahkan lagi

  • 7/29/2019 Mengangkat Seni Catan Naif

    5/6

    keasyikan citra gaya nave ala romantism. Khalayak di bawa ke alam fantasi yang

    dipenuhi dengan spektrum warna-warna segar, ceria yang kelihatan begitu dekat

    tetapi realitinya tidak begitu.

    Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya nave dapat

    dilihat dalam pameran ini. Kemeriahan, kesibukan suasana kehidupan di luar

    bandar dan bandar dengan pelbagai aktiviti turut dirasai malah dapat

    diidentifikasikan dengan mudah kerana citra nave yang dipaparkan mewakili

    sebahagian daripada pengalaman yang pernah kita semua lalui pada masa kini dan

    masa lalu. Persembahan visual gaya penceritaan secara ini mencetuskan

    kenangan-kenangan silam dalam bentuk nostalgia emotif yang memudahkan

    kefahaman serta apresiasi terhadap karya-karya gaya naive.

    Menerusi Malaysia Naive Art Showcase 2008ini terkesan dengan jelas unsur-unsur

    pribumi Melayu Nusantara yang secara ketara sekali dapat mencipta

    identiti gaya naive Malaysia. Citra rumah-rumah lama Melayu tradisional,

    pengolahan caragaya kehidupan masyarakat pribumi seperti kelompok etnik Bajau

    di Sabah. Bangunan-bangunan rumah kedai yang dibina sebelum meletusnya

    Perang Dunia Kedua yang kini menjadi sebahagian daripada warisan sejarah seni

    bina tanah air di olah secara nave menjadikan citra karya nampak nyata dan bukan

    kesan daripada ekspresi imaginasi melulu tanpa rujukan.

    Unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara gaya naive ini adalah citra yang wajar sekali

    diteruskan, dimantapkan malah diperkasakan bagi memperlihatkan kelainan,

    keunikan serta dapat menjadi identiti citra gaya naive Malaysia. Orientasi

    pengolahan, persembahan subject-mattercitra gaya naive yang begitu terperinci

    sifatnya adalah suatu kelebihan yang membolehkan unsur-unsur pribumi Melayu

    Nusantara dicipta, diolah secara kreatif. Banyak lagi unsur-unsur pribumi Melayu

    Nusantara yang masih menunggu untuk diterokai secara visual bagi meneruskan

  • 7/29/2019 Mengangkat Seni Catan Naif

    6/6

    kelangsungan seni catan gaya nave Malaysia yang lebih kreatif dan segar. Ini

    adalah cabaran yang menyediakan ruang bagi pelukis gaya nave Malaysia.