Mengapa Bahasa Melayu Dijadikan Bahasa Rasmi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ss

Citation preview

EDU 3063 : BUDAYA DALAM PEMBELAJARANSoalan : Mengapa bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Negara?Bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi Negara kerana, menurut Asmah Hj Omar (2002 : 54), mengatakan bahawa faktor terpenting pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah faktor endoglosia dan juga faktor pengalaman dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa tinggi sebelum tempat bahasa ini diambil alih oleh bahasa Inggeris dengan kedatangan penjajahan Inggeris. Faktor endologlasia bermaksud keadaan keperibumian yang mencirikan dasar bahasa sesuatu negara. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan. Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7).Selain itu, pemilihan bahasa rasmi ini juga dapat dilihat dari segi bilangan penutur. Sepertimana yang kita tahu, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Jadi tidak hairanlah mengapa bahasa Melayu ini dijadikan bahasa rasmi Negara. Jika teliti dengan mendalam , boleh dikatakan bahawa bahasa melayu dipilih kerana untuk menyatupadukan antara kaum. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu melalui bahasa .Pelbagai masyarakat akan menggunakan bahasa Melayu untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain . Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu . Secara tidak langsung , masyarakat bukan Melayu menerima bahasa Melayu menganggapnya penting sebagai alat perpaduan bangsa.Selain itu, bahasa melayu ini juga telah lama diamalkan pada masyarakat dahulu. Hal ini kerana kita dapat lihat dari segi bahasa Melayu ini telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.