4
MENGUKUR KEBIMBANGAN Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6 th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan. Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah. Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan

MENGUKUR KEBIMBANGAN.docx

Embed Size (px)

Citation preview

MENGUKUR KEBIMBANGANMenurut Richard H. Cox (1998, 2007.6thed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi KebimbanganPenerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang terkenal adalahCompetitive State Anxiety Inventory-2(CSAI-2) yang dihasilkan oleh Martens, Vealey danBurton(1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itubermula. ladikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas PrestasiBagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998). Semakin meningkat kebimbangan kognitif seketika maka semakin menurun prestasi atlit terbabit. Sebaliknya semakin meningkat tahap kebimbangan somatik seketika, semakin meningkat prestasi individu sehingga ke satu tahap yang optimum. Peningkatan tahap kebimbangan seketika melebihi tahap optimum ini akan menyebabkan penurunan prestasi atlit terbabit (Cox, 1998). Penggunaan CSAI-2 membantu kita memahami perkaitan di antara multi- dimensi kebimbangan dan prestasi. Kesannya, kita memahami bahawa kebimbangan seketika kognitif sebenarnya mendatangkan kesan yang negatif terhadap prestasi seseorang atlit.