13
PERSATUAN RAKYAT 1 Dikemas kini pada 24 Mei 2019 Menjaga Keluarga Saya Tanyalah saya! Bolehkah saya mendapat subsidi bagi penjagaan anak? Bagaimana saya boleh membayar flat HDB saya? Bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan harian?

Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · * kaki – Rakan baik dalam Bahasa Slanga Melayu Ken dan kaki-kakinya * amat dikenali di kawasan kejiranannya kerana senyuman mesra dan sembangnya

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PERSATUAN RAKYAT 1Dikemas kini pada 24 Mei 2019

Menjaga Keluarga Saya

Tanyalah saya!

Bolehkah saya mendapat subsidi bagi penjagaan anak?

Bagaimana saya boleh membayar flat HDB saya?

Bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan harian?

2 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 3

MEMPERBAIKI PERJALANAN HIDUP

Mem

perbaiki Perjalanan Hidup TANYALAH KAKI-KAKI KOPI!

* kaki – Rakan baik dalam Bahasa Slanga Melayu

Ken dan kaki-kakinya * amat dikenali di kawasan kejiranannya kerana senyuman mesra dan sembangnya yang ceria yang dapat membuat semua berasa selesa. Ken selalu berkongsi dengan orang ramai mengenai perkara-perkara terkini, dan jika anda memerlukan bantuan, beliaulah orang yang boleh membantu. Beliau seorang yang boleh diharap dan mengetahui semua perkara termasuk panduan dan kenalan yang boleh membantu anda memulakan setiap peringkat kehidupan anda dengan berbekalkan pengetahuan dan kebijaksanaan. Malah, beliau turut berkongsi mengenai skim-skim pemerintah yang boleh memanfaatkan anda dengan cara yang mudah dan cepat!

Seperti orang lain, Ken juga telah mengalami pelbagai rintangan kehidupan, tetapi melalui pengalamannya, dia tahu bahawa ramai yang boleh membantu, seperti kaki-kaki yang dipercayainya. Anda hanya perlu tahu ke mana untuk dituju dan kepada siapa untuk bertanya. Jadi, jika anda memerlukan bantuan dan sokongan, tanya sahaja Ken dan kaki-kakinya!

Tidak kira di peringkat mana kehidupan anda sekarang – sama ada anda bakal berkahwin, memulakan sebuah keluarga, menjaga ibu bapa yang sudah tua, mencari pekerjaan baru, merancang untuk persaraan – sokongan dan bantuan yang sewajarnya boleh menjadikan perjalanan hidup lebih lancar.

Dalam siri buku kecil ini, anda boleh mendapatkan panduan ringkas dan gambaran yang luas mengenai dasar-dasar pemerintah dan skim-skim yang berkaitan dengan isu-isu kehidupan seperti penjagaan kesihatan, perumahan, pengangkutan dan pendidikan supaya anda lebih maklum untuk memulakan peringkat kehidupan seterusnya, menangani cabaran-cabaran yang tidak dijangka dan dapat peluang-peluang yang sesuai untuk terus maju.

Terdapat tiga buku kecil dalam siri ini:Maju Dalam Kerjaya SayaMenjaga Keluarga SayaMenjaga Warga Emas Kita

Dapatkan naskah anda di Balai Rakyat/Kelab Masyarakat (CC) atau Pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) anda yang terdekat.

MENYOKONG ANDA, DALAM SETIAP LANGKAH

Membina keluarga tanpa banyak kebimbangan Ms7

Dapatkan bantuan untuk perbelanjaan harian anda Ms15

Berikan yang terbaik kepada anak-anak anda Ms8

Membina rumah anda yang pertama tanpa beban kewangan Ms4

• Skim-skim keutamaan untuk flat-flat HDB baru• Geran-geran Perumahan CPF • Geran Permulaan Baru Memiliki Rumah

• Bonus Bayi dan Geran Langkah Pertama• Subsidi-subsidi pra-sekolah dan Edusave• Sokongan subsidi bagi golongan ibu

yang tidak bekerja

Nikmati sokongan tambahan Ms22

• Rebat Cukai Keibubapaan• Pelepasan Anak untuk Ibu yang Bekerja

• Baucar GST - Tunai dan Bayaran Bicentennial• Skim Bantuan Kesihatan

Masyarakat• ComCare

• Pakej Kehamilan MediSave• Sokongan untuk kehamilan berbantu

Kand

unga

n

4 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 5

Skim Perumahan Permulaan Baru • Bantu para pembeli kali kedua yang tinggal di flat sewa, dan mempunyai anak kecil, memiliki

rumah sendiri sekali lagi.

• Ibu bapa berumur antara 35 hingga 55 tahun, dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak bekerakyatan Singapura berusia bawah 18 tahun.

• Flat 2-bilik Flexi yang mempunyai pilihan pajakan selama 45 dan 65 tahun.

• Keluarga boleh menerima geran sehingga $ 35,000 untuk flat yang mempunyai tempoh pajakan selama 60 atau 65 tahun.

• Program Sokongan Permulaan Baru akan dianjurkan pada akhir 2019 untuk membantu keluarga memiliki rumah.

Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG)• Dapatkan sehingga $40,000 jika purata pendapatan kasar bulanan keluarga anda untuk

12 bulan tidak melebihi $5,000.

Geran Perumahan CPF Khas• Dapatkan antara $5,000 hingga $40,000 selain daripada AHG jika gabungan pendapatan

bulanan keluarga anda selama 12 bulan tidak melebihi $8,500. Bagi keluarga pemohon kali pertama yang membeli flat 2 hingga 4 bilik di estet tidak matang.

Geran Perumahan ‘Step-Up’ CPF• Pemberian geran sebanyak $15,000 untuk membantu keluarga pembeli kali kedua yang

tinggal di flat dua bilik bersubsidi di estet belum matang agar dapat membeli flat baru tiga bilik di estet-estet belum matang.

• Mulai Mei 2019, geran itu akan diperluaskan bagi merangkumi penjualan semula flat tiga bilik di kawasan-kawasan belum matang. Geran tersebut juga akan diperluaskan kepada para pembeli kali kedua yang tinggal di flat-flat sewa awam.

Rumahku, Syurgaku

Membina Rumah Anda yang Pertama Tanpa Beban Kewangan

Adakah terdapat bantuan untuk golongan bujang?

Sudah tentu. Anda tidak akandibiarkan keseorangan!

Geran Perumahan CPF untuk Golongan Bujang• Golongan bujang yang berusia sekurang-kurangnya 35 tahun yang membeli flat HDB

jualan semula boleh menerima Geran untuk Golongan Bujang sebanyak $25,000.

• Golongan bujang yang layak boleh menerima Geran Perumahan CPF Tambahan.

RUMAHKU, SYURGAKU

Skim Keutamaan Keluarga Berangkai• Bagi anak-anak yang sudah berkahwin dan ibu bapa mereka yang ingin tinggal dalam kawasan

projek BTO yang sama.

Skim Bantuan untuk Pemohon Kali Kedua (ASSIST)• Bagi pemohon kali kedua (sudah bercerai atau balu dan mempunyai sekurang-kurangnya

seorang anak berkerakyatan Singapura di bawah umur 18 tahun) yang ingin berpindah ke flat yang lebih kecil.

Skim Keutamaan Penyewa• Untuk penyewa-penyewa kali pertama dan kedua di flat-flat sewa yang ingin memiliki

rumah sendiri.

Buat permohonan untuk flat baru melalui salah satu daripada skim-skim keutamaan yang disenarai-kan di bawah bagi mempertingkatkan peluang anda mendapat nombor giliran untuk memilih flat.

Skim-skim Keutamaan bagi Permohonan untuk Flat-flat HDB Baru

Skim Keutamaan Ibu bapa• Bagi pasangan yang telah bernikah buat kali pertama, dan

bakal menimang cahaya mata berkerakyatan Singapura yang pertama semasa waktu permohonan, atau mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak di bawah usia 18 tahun.

Skim Keutamaan Anak Yang Sudah Berumahtangga• Bagi anak-anak yang sudah berkahwin dan tinggal bersama-

sama atau berdekatan (dalam lingkungan 4km) dengan ibu bapa mereka.

Skim Keutamaan Anak Ketiga• Bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada dua orang anak.

Rum

ahku

, Syu

rgak

u

Geran-Geran Perumahan untukMembeli Flat HDB Baru

Menerima geran sehingga $80,000 bagi keluarga yang layak membeli flat HDB yang baru buat pertama kali.

HDB: 6490 1111

www.hdb.gov.sg

6 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 7

Rumahku, Syurgaku Ru

mah

ku, S

yurg

akuGeran Perumahan Berhampiran

• Keluarga menerima geran sebanyak $30,000 jika mereka membeli flat jualan semula untuk tinggal bersama ibu bapa atau anak mereka. Keluarga menerima geran sebanyak $20,000 jika mereka membeli flat dalam lingkungan 4km berdekatan dengan ibu bapa atau anak mereka.

• Golongan bujang akan menikmati geran sebanyak $15,000 jika mereka flat jualan semula untuk tinggal bersama ibu bapa mereka dan $10,000 jika mereka tinggal dalam 4km berdekatan dengan ibu bapa mereka.

Skim Tokokan Geran Perumahan CPF • Bantuan kewangan untuk golongan bujang yang pernah menerima Geran Perumahan CPF

untuk Golongan Bujang, dan mempunyai anak atau pasangan baru yang merupakan Warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.

• Purata pendapatan bulanan keluarga tidak boleh melebihi $12,000.

Geran CPF untuk Keluarga• Bergantung kepada jenis flat, pemohon kali pertama keluarga

warga Singapura yang layak boleh menerima antara $30,000 dengan $50,000 apabila membeli flat jualan semula.

Geran-Geran Perumahan untukMembeli Flat Jualan Semula

Geran perumahan sehingga $120,000 untuk keluarga yang layak membeli flat HDB dijual semula buat kali pertama.

Membina Keluarga Tanpa Banyak Kebimbangan

Pakej Kehamilan MediSave• Ibu bapa boleh mengeluarkan wang MediSave mereka sehingga $900

untuk perbelanjaan perubatan sebelum bersalin. Mereka juga boleh menggunakan sehingga $450 bagi setiap hari pesakit dimasukkan ke hospital, dan had pengeluaran pembedahan tambahan antara $750 dengan $2,150 bergantung pada jenis prosedur bersalin.

Medisave untuk Prosedur Kehamilan Berbantu (ACP)• Prosedur Kehamilan Berbantu (ACP) seperti rawatan Teknologi Reproduktif Berbantu (ART)

boleh membantu pasangan yang mengalami kesukaran mendapatkan anak.

• Pasangan boleh mengeluarkan sehingga $6,000, $5,000 dan $4,000 daripada akaun Medisave mereka bagi anak pertama, kedua dan ketiga dan kitaran yang seterusnya, sehingga $15,000 sepanjang hayat mereka.

Skim Pembiayaan Bersama yang Dipertingkatkan bagi Rawatan Teknologi Reproduktif Berbantu (ART) di Hospital Awam• Termasuk persenyawaan in-vitro yang mungkin dapat membantu pasangan yang

memerlukan bantuan perubatan untuk mendapatkan anak.

• Pasangan yang layak yang mendapatkan rawatan ART di hospital awam boleh menerima sehingga 75% secara pembiayaan bersama (sehingga $7,700) daripada pemerintah, dihadkan kepada 3 kitaran ART segar dan 3 kitaran ART beku.

MERANCANG UNTUK MENDAPAT ANAK

Anggota-anggota Perkhidmatan Negara akan menerima baucar $100 apabila mereka berkahwin atau menimang cahaya mata!

Dengan adanya skim-skim sokongan ini, saya boleh mulakan perjalanan membina keluarga saya dengan fikiran yang lebih tenang.

HDB: 6490 1111

www.hdb.gov.sg

MOH: 6325 9220

www.moh.gov.sg

MINDEF: 1800 367 6767www.mindef.gov.sg

8 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 9

Merancang U

ntuk Mendapat Anak

Mem

besa

r

Perlindungan MediShield Hayat Sejak Lahir• Semua bayi Warga Singapura akan secara automatik diberi perlindungan MediShield Hayat

sejak lahir, termasuk bayi-bayi yang dilahirkan dengan keadaan kongenital dan neonatal, sepanjang hayat.

MEMBESARMemberikan yang Terbaik kepada Anak-anak Anda

Geran MediSave untuk Bayi yang Baru Lahir• Semua bayi Warga Singapura akan menerima geran $4,000 dalam akaun

MediSave mereka secara automatik, untuk membantu membiayai kos perbelanjaan penjagaan kesihatan, vaksinasi kanak-kanak yang disyorkan dan premium MediShield Hayatnya.

MSF (Baby Bonus): 1800 253 7707

www.babybonus.msf.gov.sg

Apakah faedah yang boleh bayi saya dapat?

Skim Bonus Bayi meringankan kos kewanganuntuk membesarkan anak-anak anda. Di sini ada panduan mudah: hanya ada dua bahagian bagi skim ini. Senang Sangat!

Skim Bonus Bayi - Hadiah Tunai• Hadiah wang tunai membantu pasangan membiayai kos awal penjagaan dan membesarkan

anak mereka yang baru lahir. Skim ini boleh digunakan secara fleksibel.

– $8,000 bagi setiap anak pertama dan kedua (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2015).

– $10,000 bagi setiap anak ketiga dan seterusnya (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2015).

Skim Bonus Bayi - Akaun Pembangunan Anak (CDA) • Ini merupakan akaun simpanan istimewa. Simpanan yang dimasukkan ke dalam akaun

tersebut oleh ibu bapa akan dipadankan oleh pemerintah dengan jumlah yang sama, sehingga had yang telah ditentukan.

– Anak warga Singapura yang layak yang dilahirkan dari 24 Mac 2016 akan menerima geran Langkah Pertama CDA sebanyak $3,000.

– Ibu bapa yang terus menyimpan wang melebihi geran Langkah Pertama CDA akan menerima padanan dengan jumlah yang sama antara $3,000 hingga $15,000, bergantung kepada susunan kelahiran anak.

Pelbagai skim telah disediakan untuk membantu kita di setiap peringkat kehidupan anak kita.

SG Enable: 1800 8585 885

www.sgenable.sg

Subsidi untuk Pusat Penjagaan Bayi dan Kanak-Kanak• Subsidi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak Warga Singapura yang berdaftar di

pusat penjagaan kanak-kanak berlesen. Subsidi asas sehingga $600 untuk penjagaan bayi dan sehingga $300 untuk penjagaan kanak-kanak.

• Subsidi tambahan bagi keluarga yang mempunyai ibu yang bekerja, dengan pendapatan kasar bulanan keluarga tidak melebihi $7,500 atau pendapatan per kapita tidak melebihi $1,875.

Peningkatan Subsidi Penjagaan Anak untuk Para Ibu yang Tidak Berkerja• Mulai Mac 2019, golongan ibu yang tidak bekerja tetapi sedang dalam proses mencari

pekerjaan, akan menerima:

– Subsidi asas penjagaan anak sebanyak $300 sebulan selama enam bulan.

– Mereka juga boleh menerima subsidi tambahan sehingga $400 sebulan, selama enam bulan.

• Para ibu yang tidak boleh bekerja kerana menjaga anak-anak di rumah akan menerima:

– $300 subsidi penjagaan anak yang lebih tua sehingga anak yang lebih kecil berusia 24 bulan.

– Subsidi tambahan sehingga $440 sebulan, bergantung kepada pendapatan keluarga.

Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)• Melengkapkan kanak-kanak berusia tidak melebihi 6 tahun yang

mengalami ketidakupayaan tahap sederhana hingga tahap teruk dengan kemahiran moto, berkomunikasi, bersosial dan bantu diri.

Program Sokongan Pembangunan• Program intervensi awal untuk kanak-kanak pra-sekolah yang

mempunyai keperluan pembangunan tahap sederhana. Subsidi pemerintah yang lebih tinggi disediakan untuk keluarga yang memerlukan lebih banyak bantuan.

Program Jagaan Kanak-Kanak Bersepadu • Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan

keperluan khas.

Penjagaan bagi Bayi dan Anak Kecil

MOH: 6325 9220

www.moh.gov.sg

10 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 11

Mem

besar

Subsidi Penjagaan Pelajar ComCare• Bagi pelajar Warga Singapura atau Penduduk Tetap (sekurang-kurangnya seorang ahli

keluarga terdekat di rumah yang sama adalah Warga Singapura) yang berumur 7 hingga 14 tahun, yang berdaftar di sebuah Pusat Penjagaan Pelajar yang berdaftar.

• Subsidi untuk keluarga dengan pendapatan kasar bulanan keluarga yang tidak melebihi $4,000, atau yang mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $1,000 sebulan.

MSF (ComCare): 1800 222 0000

www.msf.gov.sg/comcare

Mem

besa

r

Dermasiswa Merit Edusave• Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima antara $200 dengan $500.

• Bagi pelajar warga Singapura yang menuntut di sekolah dan maktab rendah/institusi berpusat yang dibantu pemerintah.

• Pelajar dalam lingkungan 25% terbaik bagi setiap peringkat dengan pendapatan kasar bulanan tidak melebihi $6,900, atau pendapatan isi rumah per kapita tidak melebihi $1,725 sebulan.

Sekolah anak

Biasiswa Edusave• Bagi pelajar warga Singapura dalam lingkungan 10% terbaik di peringkat mereka

berdasarkan keputusan peperiksaan sekolah keseluruhan bagi tahun tersebut. Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima $350 atau $500.

Sumbangan Edusave• Sediakan sumber dana untuk kegiatan pengayaan di sekolah bagi para pelajar rakyat

Singapura mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang akademik dan bukan akademik. Sumbangan Edusave adalah secara automatik.

• Sebagai sebahagian daripada Bonus Bicentennial, pelajar akan menerima tokokan $150 dalam akaun Edusave mereka.

Skim Bantuan Kewangan• Bagi pelajar Warga Singapura dengan pendapatan kasar bulanan keluarga yang tidak

melebihi $2,750, atau yang mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $690 sebulan.

• Termasuk pengecualian yuran sekolah, yuran sampingan tetap dan yuran peperiksaan, buku teks dan kos seragam sekolah, dan lain-lain.

ECDA: 6735 9213

www.ecda.gov.sg

Skim Bantuan Yuran Tadika• Bantuan yuran untuk memastikan pendidikan tadika kekal mampu untuk kanak-kanak dari

keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan.

• Keluarga dengan pendapatan kasar bulanan keluarga tidak melebihi $6,000 atau pendapatan per kapita tidak melebihi $1,500 akan menerima bantuan yuran sehingga $170 (tidak termasuk GST) setiap bulan.

Lebih Banyak Poliklinik

• Mulai 2023, enam lagi poliklinik baru akan dibina di Sembawang, Eunos, Kallang, Bukit Panjang, Nee Soon Central and Tampines North.

Tahukah anda bahawa lebih banyak poliklinik dibina pada masa akan datang?

Penjagaan bagi Kanak-kanak yang Bersekolah

PeringkatSumbangan

Tahunan bagiSetiap Pelajar

Tokokan BonusBicentennial

Sekali Sahaja

Jumlah yangditerima dalam

2019

Peringkat Rendah $230 $150 $380

Peringkat Menengah $290 $150 $440

Umur pada Tahun 2019Nilai Tahunan Rumah pada 31 Disember 2018

Sehingga $13,000 Lebih daripada $13,000

17 hingga 20 tahun $500 $250

Akaun Pendidikan Pos-Menengah• Sebagai sebahagian daripada Bonus Bicentennial, warga Singapura berumur 17 hingga 20

akan menerima tokokan ke dalam akaun Pendidikan Pos-Menengah sehingga $500. Ini akan membantu keluraga membiayai kos pendidikan tinggi.

12 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 13

Mem

besar

Pas Konsesi Perjalanan• Pas konsesi perjalanan bagi pelajar dari peringkat Rendah sehingga Universiti, dan Anggota

Perkhidmatan Negara

* Termasuk pelajar yang layak yang belajar di Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan Majlis Pendidikan Swasta, atau pelajar yang belajar di rumah yang mengambil peperiksaan peringkat GCE ‘N’, ‘O’ atau ‘A’, atau kelayakan ijazah Sarjana Muda Antarabangsa

Skim

Cut

i

Kami sudah pun berkeluarga. Jadi, alangkah baiknya jika kami boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak kami.

Sebagai seorang pekerja, saya sentiasa ingin tahu mengenai skim-skim cuti keluarga. Anak-anak saya masih kecil dan masa berlalu begitu pantas. Saya ingin melihat mereka membesar – sementara mereka masih comel!

Cuti Bersalin yang Dibayar Pemerintah (GPML)• Para ibu yang bekerja dan baru melahirkan anak warga Singapura, boleh menikmati GPML

selama 16 minggu.

Cuti Bapa yang Dibayar Pemerintah (GPPL)• Para bapa yang bekerja yang mempunyai seorang anak warga Singapura di bawah usia 12

bulan atau merupakan bapa angkat seorang anak di bawah usia 12 bulan, boleh menikmati GPPL selama 2 minggu.

• Mulai 1 Julai 2017, para bapa yang bekerja yang mempunyai seorang anak warga Singapura di bawah usia 12 bulan boleh berkongsi sehingga 4 minggu daripada 16 minggu cuti bersalin isteri mereka, tertakluk kepada persetujuan isteri mereka.

Cuti yang Dikongsi Ibu Bapa (SPL)• Mulai 1 Julai 2017, bapa yang bekerja yang mempunyai seorang anak warga Singapura di

bawah usia 12 bulan boleh berkongsi sehingga 4 minggu daripada 16 minggu cuti bersalin isteri mereka, tertakluk kepada persetujuan isteri mereka.

Skim Cuti bagi Ibu bapa Bekerja

Skim Cuti Dibayar Pemerintah: 1800 253 4757

www.profamilyleave.gov.sg

Dermasiswa MOE bagi Institusi Pendidikan Pos-menengah• Layak untuk semua pelajar warga Singapura dalam lingkungan 25% terbaik bagi setiap

peringkat dengan pendapatan kasar bulanan tidak melebihi $9,000, atau pendapatan keluarga per kapita tidak melebihi $2,250 sebulan.

• Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima antara $350 dengan $2,700.

TransitLink: 1800 2255 663

www.transitlink.com.sg Kanak-kanak di bawah usia 7 tahun boleh menggunakan perkhidmatan bas asas, perkhidmatan bas ekspres dan kereta api secara percuma.

Dermasiswa CDC/CCC • Warga Singapura yang menuntut di ITE, Politeknik dan Universiti yang dibiayai dana awam.

• Bagi para pelajar dengan pendapatan kasar bulanan keluarga tidak melebihi $4,000, atau pendapatan keluarga per kapita tidak melebihi $1,000 sebulan.

• Bergantung kepada institusi, para pelajar akan menerima antara $1,050 hingga $4,000.

Perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan

bas asas

Perjalanan tanpa had

bagi kereta api

Perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan bas

asas dan kereta api

Pelajar sekolah rendah $22.50 $20.00 $41.00

Pelajar sekolah menengah (termasuk JC/ITE)

$27.50 $25.00 $51.00

Pelajar Diploma sepenuh masa*

$27.50 $25.00 $51.00

Pelajar Universiti sepenuh masa*

$52.00 $45.00 $85.00

Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa

$52.00 $45.00 $85.00

Sekolah anak

14 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 15

Skim Cuti

Skim Cuti Dibayar Pemerintah: 1800 253 4757

www.profamilyleave.gov.sg

Hid

up S

enan

g

HIDUP SENANGDapatkan Bantuan untuk Perbelanjaan Harian Anda

Cuti Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah (GPAL)• Mulai 1 Julai 2017, para ibu angkat yang bekerja yang mempunyai anak di bawah usia

12 bulan layak memanfaat GPAL selama 12 minggu untuk menjaga anak angkat mereka.

Faedah Bagi Ibu Bersalin yang Dibayar Pemerintah (GPMB)• Para ibu yang bekerja layak untuk memanfaatkan GPMB jika mereka bekerja selama

sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh lahir anak warga Singapura mereka.

Cuti Penjagaan Anak Berbayar Pemerintah • Ibu bapa yang bekerja yang mempunyai anak bongsu berusia bawah 7 tahun layak

mendapatkan sehingga 6 hari cuti penjagaan anak berbayar dalam tempoh 12 bulan.

Lanjutan Cuti Penjagaan Anak (ECL)• Para ibu atau bapa yang bekerja yang mempunyai anak bongsu warga Singapura berusia

di antara 7 dan 12 tahun, boleh menikmati ECL selama 2 hari.

Cuti Penjagaan Bayi Tidak Berbayar• Para ibu atau bapa yang bekerja yang mempunyai anak berusia di bawah 2 tahun,

boleh menikmati cuti penjagaan bayi tidak berbayar selama 6 hari.

• Tambahan 4 minggu cuti tidak berbayar bagi pegawai perkhidmatan awam, yang perlu dimanfaatkan ketika anak berusia satu tahun ke bawah (program perintis selama 3 tahun).

Baucar GST - U-Save• Memberikan keluarga yang menetap di flat HDB rebat untuk membantu mengimbangi bil

utiliti mereka. Bergantung kepada jenis flat, setiap keluarga akan menerima antara $220 hingga $380 setiap tahun.

• Mulai 2019 hingga 2021, para keluarga akan menerima Baucar GST – U-Save tambahan sebanyak $20 setiap tahun.

SP Group: 6671 7117

Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC)• Rakyat Singapura yang layak akan menerima antara 1.5 hingga 3.5 bulan rebat bergantung

kepada jenis flat HDB yang mereka duduki.

HDB: 1800 866 3078

Pasukan Baucar GST: 1800 222 2888

www.gstvoucher.gov.sg

Baucar GST - Wang Tunai dan Bayaran Bicentennial• Memberi rakyat Singapura yang berpendapatan rendah wang tunai untuk keperluan segera

mereka.

• Rakyat Singapura yang layak juga akan menerima Baucar GST - Wang Tunai (Bayaran Bicentennial) sehingga $300.

Pendapatan yang diperolehi dalam 2017: pendapatan tidak lebih

daripada $ 28,000 (Taksiran pendapatan

bagi YA 2018)

Nilai Tahunan Rumah pada 31 Dis 2018

Sehingga $13,000 $13,000 hingga $21,000

Baucar GST - Wang Tunai (Aug 2019) $300 $150

Baucar GST - Wang Tunai (Bayaran Bicentennial)

(Penghujung 2019)$300 $150

Jumlah $600 $300

16 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 17

Skim Cuti

Hid

up S

enan

g

Rujuk kepada www.moh.gov.sg/chas bagi mendapatkan butiran penuh untuk subsidi-subsidi rawatan pergigian.

Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)

• Warganegara Singapura dari golongan keluarga berpendaptan rendah dan pertengahan, termasuk juga golongan Generasi Perintis, boleh menerima subsidi bagi penjagaan kesihatan dan pergigian di Klinik Swasta (GP) dan klinik pergigian berdekatan rumah mereka.

• Mulai 1 November 2019, CHAS akan dipertingkatkan seperti berikut:

– Dilanjutkan untuk melindungi semua warga Singapura yang menghidap penyakit kronik.

– Para pemegang Kad Biru dan Kad Jingga CHAS akan menikmati peningkatan subsidi tahunan bagi penyakit kronik yang rumit.

– Pemegang Kad Jingga CHAS akan menerima subsidi bagi penyakit biasa.

• Mulai September 2019, warga Singapura boleh lungsuri www.chas.sg untuk membuat permohonan secara online.

CHAS: 1800 275 2427

www.chas.sg

Kriteria CHASKad Hijau CHAS

(Mulai 1 Nov)Kad Jingga CHAS Kad Biru CHAS

Pendapatan bulanan seisi rumah setiap orang (bagi keluarga yang berpendapatan)

Lebih $1,800 $1,101 - $1,800 $1,100 ke bawah

Nilai Tahunan Rumah (bagi seisi rumah yang tidak mempunyai pendapatan) Lebih $21,000 $13,001 - $21,000 $13,000 ke bawah

Subsidi CHAS Mulai 1 Nov Kini Mulai 1 Nov Kini Mulai 1 Nov

Penyakit biasa*(contohnya batuk dan selsema) NA NA

Subsidisehingga$10 bagi

setiap lawatan

Subsidi sehingga$18.50 bagi setiap

lawatan

Penyakitkroniktertentu^

Tidak rumitSubsidi sehingga $28 bagisetiap lawatan, dihadkan

$112 setahun

Subsidi sehingga $50 bagi setiap lawatan, dihadkan $200 setahun

Subsidi sehingga $80 bagi setiap lawatan, dihadkan $320 setahun

Rumit Subsidi sehingga $40 bagi setiap lawatan, dihadkan $160 setahun

Subsidisehingga$75 bagi

setiap lawatan,dihadkan

$300 setahun

Subsidisehingga$80 bagi

setiap lawatan,dihadkan

$320 setahun

Subsidisehingga

$120 bagi setiap lawatan,dihadkan

$480 setahun

Subsidisehingga

$125 bagi setiap lawatan,dihadkan

$500 setahun

Perkhidmatan pergigian tertentu NA

Subsidi $50 hingga $170.50 untuk setiap prosedur

(untuk rawatan korona tetap, gigi palsu yang boleh ditanggalkan dan

saluran akar sah)

Subsidi $11 hingga $256.50 untuk setiap prosedur

(bergantung kepada prosedur)

Pemeriksaan kesihatan yang disarankan di bawah program Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan**

Bayaran tetap $5 dengan surat undangan Pemeriksaan Kesihatan

Demi Kehidupan, bagi ujian kesihatan yang disarankan dan sesi konsultasi pertama selepas

ujian, jika perlu

Bayaran tetap $2 dengan surat undangan Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan, bagi ujian kesihatan yang disarankan dan sesi konsultasi

pertama selepas ujian, jika perlu

* Terhad kepada 24 lawatan bagi penyakit biasa bagi setiap pesakit, setiap tahun, di semua klinik CHAS, mulai 2020.** Dengan surat undangan Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan, bagi ujian kesihatan yang disarankan dan

konsultasi pertama selepas ujian, jika perlu. Ini termasuk pemeriksaan kesihatan bagi kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol dalam darah yang tinggi, barah kolorektum dan barah serviks.

^ “Tidak Rumit” bererti lawatan bagi satu penyakit kronik. “Rumit” bererti lawatan bagi beberapa penyakit kronik atau satu penyakit kronik dengan komplikasi.

18 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 19

Hidup Senang Hid

up S

enan

g

Bantuan Kewangan Segera ComCare• Bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan segera kurang dari 3

bulan.

• Bagi mereka dengan pendapatan bulanan keluarga di bawah $1,900, atau pendapatan keluarga per kapita di bawah $650 sebulan.

MSF (ComCare): 1800 222 0000

www.msf.gov.sg/comcare

Bantuan Jangka Pendek Hingga Sederhana ComCare• Bantuan bagi keluarga yang mencari kerja atau tidak dapat bekerja buat sementara waktu

kerana sakit atau mempunyai tanggungan lain.

• Bagi mereka dengan pendapatan bulanan keluarga di bawah $1,900, atau pendapatan isi rumah per kapita di bawah $650 sebulan.

• Mulai 1 Julai 2019, bantuan wang tunai akan ditingkatkan bagi mereka yang membaharui bantuan bulanan dan juga keadaan pendapatan keluarga tidak berubah, atau jika mereka memerlukan lebih banyak bantuan.

Bantuan Jangka Panjang ComCare• Bantuan jangka panjang bagi mereka yang tidak boleh bekerja akibat penyakit, usia senja

atau kecacatan, mempunyai pendapatan yang rendah atau tidak berpendapatan dan sokongan keluarga yang kurang atau tidak wujud.

• Mulai 1 Julai, kadar bantuan wang tunai bagi keluarga yang menerima bantuan ComCare untuk jangka panjang akan ditingkatkan.

AIC: 1800 650 6060www.silverpages.sg

MOM: 6438 5122www.mom.gov.sg

Konsesi Pengangkutan bagi Dewasa

• Pas Perjalanan Bulanan Dewasa untuk orang dewasa (warga Singapura dan Penduduk Tetap), $120 setiap bulan.

TransitLink: 1800 2255 663

www.transitlink.com.sg

Potongan Levi Pembantu Rumah Asing (FDW) • Para keluarga layak menerima potongan levi sebanyak $60 jika mereka menggajikan

seorang untuk FDW untuk menjaga: – Anak atau cucu yang berusia 16 tahun ke bawah – Warga emas yang bermur 67 ke atas – Ahli keluarga yang kurang berupaya dan perlu bantuan untuk sekurang-kurangnya 1

aktiviti harian (ADL)

Geran Pembantu Rumah Asing• Bayaran tunai sebanyak $120 setiap bulan akan diberikan kepada keluarga yang perlu

menggajikan pembantu rumah asing untuk menjaga ahli keluarga mereka yang memerlukan bantuan tetap bagi tiga atau lebih kegiatan kehidupan harian (ADL).Kini

(setiap bulan)Mulai 1 Jul 2019

(setiap bulan)

Keluarga dengan hanya satu anggota yang menerima bantuan ComCare

untuk jangka panjang$500 $600

Keluarga yang mempunyai dua anggota

$870 $1,000

Keluarga yang mempunyai tiga anggota

$1,130 $1,400

Keluarga yang mempunyai empat anggota

$1,450 $1,750

20 MENJAGA KELUARGA SAYA PERSATUAN RAKYAT 21

Hidup Senang

Khidmat-khidmat Penjagaan di Rumah• Menawarkan sokongan penjagaan alternatif bagi orang dewasa yang kurang upaya dengan

matlamat mengekalkan mereka dalam sekitaran masyarakat selama mungkin.

• Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan termasuk terapi, penjagaan kebersihan peribadi, mengemas rumah dan memberi peringatan untuk mmengambil ubat.

SG Enable: 1800 8585 885

www.sgenable.sg

Perkhidmatan Penjagaan Jangka Sederhana dan Panjang (ILTC)• Mengimbangi bil bagi orang dewasa kurang upaya yang memerlukan penjagaan sosial bagi

tempoh yang lama daripada perkhidmatan yang dibiayai MSF seperti Pusat Aktiviti Harian atau Rumah Orang Kurang Upaya Dewasa.

• Jumlah subsidi bergantung pada pendapatan per kapita bulanan atau nilai tahunan rumah.

MSF: 6355 6388

www.msf.gov.sg

Hid

up S

enan

g

TransitLink: 1800 2255 663

www.transitlink.com.sg

Konsesi pengangkutan awam bagi orang kurang upaya• Orang kurang upaya (yang mengalami ketidakupayaan yang kekal) layak dapatkan diskaun 25%

bagi tambang pengangkutan awam. Tiada tambang tambahan bagi perjalanan melebihi 7.2km.

• Orang kurang upaya (yang mengalami ketidakupayaan yang kekal) juga boleh mempertimbangkan membeli Pas Konsesi Bulanan pada harga $60 sebulan untuk perjalanan bas dan kereta api tanpa had.

Subsidi Pengangkutan VWO bagi Orang Kurang Upaya (OKU)• Orang Kurang Upaya boleh memohon bantuan pengangkutan khusus untuk ke sekolah SPED

atau ke tempat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kurang upaya yang dibiayai MSF.

• Pemohon yang berjaya boleh menerima subsidi sehingga 80% untuk menampung kos pengangkutan khusus.

Skim Subsidi Teksi• Untuk golongan OKU yang bergantung sepenuhnya kepada teksi untuk ke sekolah, pejabat

atau tempat latihan yang berkaitan dengan pekerjaan.

• Bagi golongan OKU dengan pendapatan keluarga per kapita tidak melebihi $2,600 sebulan.

• Bergantung kepada pendapatan keluarga per kapita, anda boleh menerima subsidi sehingga 80%.

SG Enable: 1800 8585 885

www.sgenable.sg

Dana Teknologi Berbantu• Subsidi sehingga 90% dari kos alat-alat teknologi

berbantu yang diperlukan oleh orang kurang upaya, tertakluk pada had sepanjang hayat sebanyak $40,000.

Menyara Orang Dewasa Kurang Upaya

Baguslah saya boleh mendapat semua bantuan yang saya perlukan dengan program-program dan skim-skim baru ini!

Pusat Aktiviti Harian• Pusat yang menyediakan program waktu siang bagi orang dewasa kurang upaya

untuk meningkatkan kebolehan mereka berdikari melalui kemahiran hidup harian dan bermasyarakat.

Program “Drop-In Disability”• Pusat yang menyediakan aktiviti sosial dan riadah bagi orang dewasa kurang upaya selama

beberapa jam seminggu.

• Bertujuan meningkatkan mutu hidup orang dewasa kurang upaya melalui penglibatan dan penyepaduan yang bermakna dalam masyarakat.

ElderFund (Mulai 2020)• Sokongan bagi rakyat Singapura berpendapatan rendah yang mengalami kurang upaya

yang teruk dan tidak menyertai CareShield Hayat.

• Terima wang tunai sehingga $250 sebulan untuk membantu mereka membiayai kos jagaan jangka panjang.

MediSave bagi Jagaan Jangka Panjang (Mulai 2020)• Membolehkan rakyat Singapura yang mengalami kurang upaya teruk mengeluarkan wang

tunai sehingga $200 sebulan daripada akaun MediSave bagi keperluan jagaan jangka panjang mereka.

CareShield Hayat (Mulai 2020)• Akan menyokong keperluaan asas penjagaan jangka panjang bagi rakyat Singapura yang

mengalami kurang upaya yang teruk.

• Pembayaran sepanjang hayat sekurang-kurangnya $600 sebulan mulai 2020 bagi golongan yang kehilangan upaya untuk melakukan sendiri tiga daripada enam kegiatan hidup harian (ADL).

• Subsidi-subsidi pemerintah akan memastikan premium kekal dimampui. Tiada sesiapa yang akan kehilangan perlindungan akibat tidak mampu membayar premium.

• Jika anda dilahirkan pada 1980 atau kemudian, anda akan menyertai CareShield Hayat secara automatik pada 2020 atau apabila anda mencapai usia 30 tahun.

• Jika anda lahir pada 1979 atau lebih awal, anda boleh memilih untuk menyertai CareShield Hayat pada 2021 jika anda bukan orang kurang upaya.

MOH: 1800 222 3399

www.careshieldlife.sg

MOH: 1800 222 3399

22 MENJAGA KELUARGA SAYA

Menikm

ati Sokongan Tambahan M

enik

mat

i Sok

onga

n Ta

mba

han

Rebat Cukai Ibu Bapa• Ibu bapa yang sudah berkahwin, bercerai atau balu boleh menuntut rebat cukai antara

$5,000 hingga $20,000 bergantung kepada susunan kelahiran anak anda.

Pelepasan Cukai Anak Berkelayakan/Anak Cacat (QCR/HCR)• Tuntut pengecualian cukai sebanyak $4,000 bagi setiap anak yang berusia di bawah 16 tahun

atau yang belajar sepenuh masa, dan tidak mempunyai pendapatan tahunan melebihi $4,000. Ibu bapa yang menyara anak cacat boleh menerima pengecualian cukai sebanyak $7,500 bagi setiap anak.

• Pasangan boleh berkongsi QCR/HCR pada jumlah yang dipersetujui.

Pelepasan Cukai Anak untuk Ibu yang Bekerja (WMCR)• Para ibu yang bekerja boleh menuntut pengecualian cukai di antara 15% hingga 25% bagi

pendapatannya untuk setiap anak, bergantung pada susunan kelahiran anak tersebut.

• WMCR berserta QCR/HCR dihadkan kepada $50,000 bagi setiap anak.

• Jumlah pelepasan cukai pendapatan peribadi dihadkan kepada $80,000 mulai Tahun Taksiran 2018.

Pelepasan Cukai Penjaga Datuk/Nenek• Ibu yang bekerja yang mendapatkan bantuan ibu bapa dan datuk/nenek mereka (termasuk

mertua) bagi menjaga anak-anak mereka boleh menuntut pengecualian cukai sehingga $3,000.

Pelepasan Cukai Levi Pembantu Rumah Asing• Ibu yang bekerja yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang bersekolah

boleh menuntut pelepasan cukai bagi levi pembantu rumah asing yang dibayar pada tahun sebelumnya.

IRAS: 1800 356 8300

www.iras.gov.sg

Dengan pelepasan cukai ini, saya boleh bekerja dengan tenang, sambil memastikan keluarga saya terjaga!

Pelepasan Cukai Ibu Bapa/Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Kurang Upaya• Para individu boleh membuat tuntutan sebanyak $5,500 atau $9,000 kerana menyara ibu bapa,

datuk nenek, ibu bapa mertua atau datuk nenek mertua mereka. Para individu boleh membuat tuntutan sebanyak $10,000 atau $14,000 jika tanggungan mereka adalah orang kurang upaya.

Pelepasan Cukai Adik Beradik Yang Kurang Upaya• Jika anda menyara adik beradik atau adik beradik ipar yang kurang upaya, yang tinggal

bersama anda, anda boleh membuat tuntutan pelepasan cukai sebanyak $5,000 bagi setiap daripada mereka.

Pelepasan Cukai Pasangan/Pasangan Yang Kurang Upaya• Anda boleh tuntut pelepasan cukai sebanyak $2,000 jika pasangan anda tidak mempunyai

pendapatan tahunan lebih daripada $4,000 dan $5,500 jika pasangan anda kurang upaya.

Pelepasan Cukai Insurans Hayat• Anda boleh tuntut bayaran premium insurans hayat atas nyawa anda jika sumbangan

tahunan CPF pekerja anda kurang daripada $5,000.

• Anda juga boleh tuntut premium insurans tahunan yang dibeli atas nyawa isteri anda.

Rebat Cukai Peribadi

• Sebagai sebahagian daripada Bonus Bicentennial, semua warga negara akan menerima rebat cukai gaji sebanyak 50%, dihadkan kepada $200 bagi Tahun Penilaian (YA) 2019.

Ya! Pelepasan cukai yang diberikan tahun lalu akan diberikan secara automatik pada tahun ini. Jangan lupauntuk menyemak semula tuntutan anda secara online semasa tempoh memfailkan cukai tahunan (1 Mac hingga 18 Apr) jika terdapat perubahan.

Saya perlu bekerja demi memberikan yang terbaik untuk keluarga saya. Pelepasan cukai membantu mengurangkan perbelanjaan tahunan isi rumah kami.

MENIKMATI SOKONGAN TAMBAHANPelepasan Cukai Pendapatan Peribadi

IRAS: 1800 356 8300

www.iras.gov.sg

PERSATUAN RAKYAT 23

24 MENJAGA KELUARGA SAYA

AIC (Agensi Penjagaan Bersepadu) 1800 650 6060 www.silverpages.sg

CHAS(Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat) 1800 275 2427 www.chas.sg

ECDA(Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak) 6735 9213 www.ecda.gov.sg

GST Voucher Team (Pasukan Baucar GST) 1800 222 2888 www.gstvoucher.gov.sg

HDB(Lembaga Perumahan & Pembangunan)• Rebat Bayaran Khidmat dan Penyenggaran (S&CC)

6490 11111800 866 3078

IRAS(Penguasa Hasil Dalam Negeri Singapura) 1800 356 8300 www.iras.gov.sg

MOH(Kementerian Kesihatan)• CareShield Life

6325 92201800 222 3399

www.moh.gov.sgwww.careshieldlife.sg

MSF(Kementerian PembangunanSosial dan Keluarga)• Bonus Bayi• ComCare• Skim Cuti Dibayar Pemerintah

6355 6388

1800 253 77071800 222 00001800 253 4757

www.msf.gov.sg

www.babybonus.gov.sgwww.msf.gov.sg/comcarewww.profamilyleave.gov.sg

SG Enable 1800 858 5885 www.sgenable.sg

SP Group 6671 7117 www.spgroup.com.sg

TransitLink 1800 225 5663 www.transitlink.com.sg

NOMBOR TALIANYANG BERGUNA

Kongsi buku kecil ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda!

Maklumat telah disusun oleh Divisyen Penglibatan Rakyat & Pemerintah, Persatuan Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi agensi-agensi berkaitan seperti yang disenaraikan di atas.