17
1 1.0 Pendahuluan Dakwah merupakan satu tanggunggjawab penting yang memerlukan kepada peraturan, disiplin serta perancangan yang sempurna dalam melaksanakan dan menjayakannya. Tanggunggjawab ini tidak boleh diambil mudah kerana ianya memerlukan kepada cara (uslub) dan kaedah (wasilah) pendekatan yang terbaik agar dakwah yang disampaikan itu sampai dan memberi kesan kepada mad’u atau golongan yang menjadi sasaran dakwah. Al-Qur’an sendiri menyeru manusia suaya berfikir dan membuat persiapan untuk menerima amanah sebagai khalifah dan pemimpin di atas muka bumi ini untuk dimakmurkan sebaik-baiknya. Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan Hadis yang menjelaskan tentang kepentingan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Hal ini kerana al-Qur’an sangat menitikberatkan kesejahteraan sejagat baik ketika berada di dunia mahupu di akhirat kelak. Melalui ketentuan inilah dapat kita fahami bahawa hujah-hujah al- Qur’an dalam penyampaian mesejnya yang pelbagai tidak lain tidak bukan adalah untuk memperbetul dan memimpin pemikiran serta gaya hidup umat manusia sesuai dengan fungsinya sebagi sumber metodologi dakwah yang utama. Dalam sejarah dakwah islamiyah, nabi dan rasul merupakan individu khusus yang telah ditugaskan oleh Allah untuk memimpin serta memandu umat manusia supaya berjalan di

Metod Dakwah Nabi Musa a.s

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja ini membentangkan mengenai metod dakwah yang digunakan oleh nabi musa a.s bagi menyampaikan risalah baginda. metod yang paling utama dalam perbincangan ini ialah dari sudut psikologi.

Citation preview

Page 1: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

1

1.0 Pendahuluan

Dakwah merupakan satu tanggunggjawab penting yang memerlukan kepada peraturan,

disiplin serta perancangan yang sempurna dalam melaksanakan dan menjayakannya.

Tanggunggjawab ini tidak boleh diambil mudah kerana ianya memerlukan kepada cara

(uslub) dan kaedah (wasilah) pendekatan yang terbaik agar dakwah yang disampaikan itu

sampai dan memberi kesan kepada mad’u atau golongan yang menjadi sasaran dakwah.

Al-Qur’an sendiri menyeru manusia suaya berfikir dan membuat persiapan untuk

menerima amanah sebagai khalifah dan pemimpin di atas muka bumi ini untuk

dimakmurkan sebaik-baiknya. Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan Hadis yang

menjelaskan tentang kepentingan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Hal ini kerana al-

Qur’an sangat menitikberatkan kesejahteraan sejagat baik ketika berada di dunia mahupu

di akhirat kelak. Melalui ketentuan inilah dapat kita fahami bahawa hujah-hujah al-

Qur’an dalam penyampaian mesejnya yang pelbagai tidak lain tidak bukan adalah untuk

memperbetul dan memimpin pemikiran serta gaya hidup umat manusia sesuai dengan

fungsinya sebagi sumber metodologi dakwah yang utama.

Dalam sejarah dakwah islamiyah, nabi dan rasul merupakan individu khusus yang

telah ditugaskan oleh Allah untuk memimpin serta memandu umat manusia supaya

berjalan di atas landasan syariat yang benar. Jika diteliti, jalan dakwah mereka sebenarnya

penuh dengan keluhuran dan keagungan. Di samping keikhlasan pimpinan mereka yang

penuh dengan keberanian dan kesabaran untuk memimpin serta memandu manusia ke

jalan yang benar dengan pendekatan dakwah yang pelbagai. Antara mereka yang turut

mengharungi kemanisan perjuangan ini ialah Nabi Musa a.s yang juga merupakan

seorang rasul yang ditugaskan untuk mengembalikan kaumnya yang telah jauh terpesong

kepada jalan yang lurus lagi benar.

Oleh yang demikian, Nabi Musa a.s telah melaksanakan usaha dakwah baginda

dengan pelbagai kaedah bagi menyelamatkan kaumnya. Sebagaimana yang telah

dijelaskan dalam al-Qur’an seperti; hikmah dan pengajaran serta perdebatan di samping

bantuan wahyu dan mukjizat yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada baginda.

Page 2: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

2

2.0 Pengenalan Kepada Dakwah

2.1 Dakwah Dari Segi Bahasa

Perkataan dakwah berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu ( - دعوة- يدعو (دعا

yang bereerti seruan, panggilan atau ajakan. Dalam penggunaan Bahasa Arab menurut

Kamus Munjid al-Tullab, perkataan da’wah boleh diguna pakai untuk 17 makna yang

berlainan.

Menurut Kamus Dewan pula, penjelasan tentang perkataan da’wah dapat

dijelaskan sebagaimana berikut:

i. Kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha

untuk mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran

agama (lazimnya dimaksudkan dengan agama islam)

ii. Mengikuti ajaran agama islam dengan lebih sempurna sebagaimana yang dapat

dilihat pada tingkah laku dan pergaulan serta cara berpakaian.

2.2 Dakwah Dari Segi Istilah

Menurut catatan yang terdapat dalam Ensiklopedia Islam, dak’wah mengikut pandangan

agama ialah ajakan yang ditujukan kepada menusia oleh Allah melalui para rasul-Nya

supaya yakin dan percaya kepada agama yang sebenar iaitu agama islam.

Makna da’wah mengikut istilah secara khususnya dapat dibahagikan kepada dua

pengertian yang utama iaitu:

i. Menyampai dan menyebar serta mendorong umat manusia supaya beriman kepad

Allah dan mentaatiNYA dengan mengerjakan segala suruhan serta meninggalkan

segala laranganNYA. (majoriti pakar da’wah)

ii. Suatu ilmu yang mementingkan penyebaran nilai-nilai islam dan

menyampaikannya kepada umat manusia secara menyeluruh.

Page 3: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

3

Dakwah mengikut erti yang kedua ini adalah merujuk kepada suatu ilmu pengetahuan

dalam islam yang diterapkan dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu tauhid. Fiqh,

tasawuf dan lain-lain. (Sulaiman Ibrahim et.al, 2001:12-14)

3.0 Ayat-ayat Al-Qur’an Berkaitan Dakwah Nabi Musa a.s

Berdasarkan nas-nas al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang psikologi

dakwah. Abd Karim Zaidan menjelaskan bahawa sumber metodolgi dakwah itu

datangnya dari al-Quran, al-Hadith, perjalanan tokoh-tokoh terdahulu, ijtihad ahli Fiqh

dan pengalaman atau percubaan.

Dalam membicarakan tentang usaha dakwah Nabi Musa as, al-Quran banyak sekali

membentangkan tentang kisah-kisah dakwah baginda. Antaranya ialah seperti berikut:

�م� ك �خ�ذ� ة� ف�أ ر� �ه� ج� لل ى �ر� �ى� ن ت م ن� ل�ك� ح� " ��م�وس�ى� ل�ن ن � ي ت ت�و�إ ق� ت� ٱ ت� ت� ت� ت�

ون� ( �نظ�ر� � ت �نت ت�لص��ع ق�ة� و�أ ) ٥٥ٱ

Maksudnya: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan

beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata

kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

Dalam ayat ini Allah mengingatkan Bani Israel kepada sifat-sifat dan keingkaran

nenek moyang mereka dahulunya kepada Nabi Musa as iaitu bahawa mereka pernah

berkata kepada Nabi Musa as, “Kami tidak akan beriman kepadamu sampai kami dapat

melihat Allah secara terang-terangan.” Disebabkan sikap dan kelakuan mereka yang

demikian itu, maka Allah SWT menurunkan azab kepada mereka iaitu halilintar yang

menyambar mereka.

Setelah Nabi Musa as diamanahkan oleh Allah SWT untuk berdakwah kepada Firaun,

baginda telah dibekalkan dengan dengan dua mukjizat bagi membuktikan

kerasulannyaketika dilantik menjadi nabi di lembah suci yang dinamakan Tuwa. Perkara

ini telah Allah jelaskan dalam firman-Nya:

Page 4: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

4

�ع�ق4 � ي ا و�ل ب ر� �ى� م� ا و�ل ا ج88� �ه88� ن� �أ �ز" ك ت � ء�اه�ا ت �م�ا ر� ق ع�ص�ا ف�ل

� � أ بتو�أ ت� ت� � ن ت� �� ب ت� ت�

Aم ن ين� ( أ ك� م ن� �خ� إ ن�888 ب و�ال� ت� ى�A أ ��م�وس888� ت�ي ٱ فت� ت� د�ك� ف ي٣١ت� � ي888� ل ت�) ت� ٱ

ك� م ن� �اح88� ن ك� ج� م� إ ل� وA و� ر س�88 اء� م غ� ض88� � ر� ب � ك� ت ب88 ت�ج� ت� ت� ٱ ء� ت� ت� ت� ت� ت� ت�

م�ا K ق� �وا �ان �ه� ك Kه إ ن ن� و�م�إل� ي ع� �ى� ف 4ك� إ ل ب �ان م ن ر� ه��ن � ت�لر� ف�ذ��ن ك� ب ت� � ۦب ت� �ت �ت ف � ت! ٱ

ق ين� ( ) ٣٢ف��س

Maksudnya: Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. (Dia pun mencampaknya), maka

apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas,

seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi.

(Lalu dia diseru): Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut.

Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman. Masukkanlah tanganmu

melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada

cacat dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah

takutmu). Yang demikian adalah dua bukti dari Tuhanmu (untuk engkau

menunjukkannya) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum

yang fasik (derhaka).

Nabi Musa as memberi keterangan yang jelas tentang peranannya sebagai rasul iaitu

menyeru manusia supaya menyembah Tuhan semesta alam dan membebaskan Bani Israil

dari perhambaan kepada Firaun. Baginda juga diutuskan untuk membawa mereka

bersamanya pergi ke Palestin (Tantawiyy Mohammad Sayyid 1968: 20).

Nabi Musa as juga telah menasihati kepada Bani Israil bahawa tuhan yang patut

disembah adalah Allah kerana Dialah yang telah banyak memberi nikmat seperti

diselamatkan oleh Allah dari penderitaan yang dialami bersama Firaun. Mereka juga telah

dimuliakan oleh Allah kepada seluruh umat pada zaman itu. Firman Allah:

�م ين� ( ع��ل � ع�ل�ى �ك ل و� ف�ض�888 ا و�ه�888 ��ه�888 � إ ل غ يك � ه أ لل�888 ر� �غ� ال� أ ت�ق888� ٱ ت� ت� ت ٱ ت�ذ�اب ١٤٠ ع888� وAء� � س�888 �ك وم�ون �س�888 ن� ي ع� �م م4 ء�ال ف ��ك ن �نج� ت�) و�إ أ ٱ ت� ت� �ت ت� ت� ت�

Page 5: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

5

� 4ك ب �ال� م4ن ر� �م ب � و�ف ي ذ��ل ك اء�ك �ون� ن س888� ي � ت � � و�ي اء�ك ن888� � ون� أ 4ل�888 �ق�ت ت�ي ن� بت� ت" ت� ت� ت

)١٤١ن�ع�ظ ي (

Maksudnya: Nabi Musa berkata lagi: Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari

Allah, padahal Dia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan

kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)? Dan (Tuhan

berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, yang

menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan seburuk-buruknya; mereka

membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu

dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar dari Tuhan

kamu.

4.0 Metod Pendekatan Dakwah Nabi Musa a.s

4.1 Pendekatan Psikologi Dakwah Nabi Musa a.s Kepada Fir’aun

Umumnya seperti yang diketahui bahawa Firaun terkenal dengan kesombongan dan

kedegilan dalam kehidupannya bersama Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Oleh yang

demikian, Nabi Musa a.s telah diamanahkan oleh Allah untuk menyeru Firaun

menyembah Tuhan semesta alam dan di waktu yang sama membebaskan Bani Israil dari

diperhambakan olehnya. Firman Allah :

العلمين رب من رسول إنى يفرعون موسى أن ١٠٤وقال على حقيق

بنى معى فأرسل ربكم من ببينة جئتكم قد الحق إال الله على أقول آل

١٠٥إسرءيل

(Surah al-A’raf 7 : 104-105)

Page 6: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

6

Maksudnya : dan Musa berkata : “Wahai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang

utusan dari Tuhan semesta alam.” (104). “Wajib ke atasku tidak mengatakan sesuatu

terhadap Allah, kecuali yang hak. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan

membawa bukti yang nyata daripada Tuhan kamu, maka lepaskanlah Bani Israel (pergi)

bersamaku”(105).

Mufassir telah menyatakan bahawa sebahagian besar Bani Israil itu tinggal di

Mesir, sedangkan ayah mereka iaitu Nabi Yaakub a.s. tinggal di Palestin. Keadaan ini

berlaku kerana anak-anak Nabi Yaakub telah datang ke Mesir untuk berjumpa dengan

Nabi Yusof a.s yang menjadi menteri di Mesir, lalu mereka menetap dan beranak pinak di

Mesir. Kemudian, apabila dinasti Firaun memegang kuasa, kaum Bani Israil telah

dijadikan hamba dan disuruh membuat pekerjaan berat. Nabi Musa a.s. bangkit dan

berjuang untuk membebaskan Bani Israil daripada perhambaan itu dan membawa mereka

pulang ke Palestin iaitu negara asal mereka. Oleh kerana Firaun mendakwa dirinya

sebagai Tuhan, maka Nabi Musa a.s. berterus terang mengatakan bahawa dia adalah rasul

Tuhan sekalian alam dan dengan sendirinya menafikan dakwaan Firaun yang mengaku

dirinya sebagai Tuhan. (Salahuddin Abdullah, 2009, Jilid 2 : 266).

Di sinilah Nabi Musa a.s. menggunakan pendekatan psikologi dakwah dalam

mendekati Firaun. Pendekatan psikologi yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. ialah

pendekatan secara lemah lembut iaitu dengan memohon kepada Allah agar diterangkan

hati dan dipermudahkan urusan dakwah. Nabi Musa a.s. juga turut memohon dari Allah

agar melantik Nabi Harun a.s. saudaranya sebagai pembantunya. Permohonan baginda

diterima oleh Allah. Nabi Musa a.s. terus berdakwah secara lemah lembut kepada Firaun

dengan bantuan saudaranya Nabi Harun sebagaimana yang diarahkan oleh Allah.

Sesungguhnya lemah lembut merupakan cara dakwah yang sangat bijaksana. Ini

kerana lemah lembut itu tidak menimbulkan perasaan berbangga dengan dosa dan tidak

merangsangkan perasaan angkuh dan sombong. Perkataan yang lemah lembut ini dapat

membangkitkan kesedaran hati manusia dan mendorongkannya merasa takut kepada

akibat-akibat kezaliman. Oleh itu, Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun

a.s. untuk berbicara dengan kata-kata lemah lembut semasa berdakwah kepada Firaun

Page 7: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

7

walaupun Allah telah menjelaskan bahawa Firaun adalah orang yang melampaui batas,

bengis dan kejam. Ini kerana, tidaklah lemah lembut ada apa sesuatu melainkan ia

mengelokkannya dan tidaklah kekerasan ada pada sesuatu melainkan ia

memburukkannya. Ini juga merupakan petunjuk Allah kepada para ulama dan pendakwah

bahawa mereka hendaklah bersifat lemah lembut dalam berdakwah dan melaksanakan

kewajipan amar makruf nahi mungkar. Tidak seharusnya bagi seorang pendakwah

bersikap kasar dalam perkataan kerana cara ini akan menjadikan manusia semakin

menjauhi serta tidak mendengar nasihat. (Ash- Sabuny, Muhammad Ali, 2001 : 158-159).

Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. pergi menemui Firaun tanpa merasa putus asa

untuk menunjukkanya ke jalan yang lurus dengan harapan semoga Firaun akan

mengambil pengajaran dan takut kepada Allah. Nabi Musa a.s. turut menjelaskan tentang

peranannya sebagai rasul iaitu menyeru manusia supaya menyembah Tuhan semesta alam

dan membebaskan Bani Israil dari perhambaan kepada Firaun. (Tantawiyy, Muhammad

Sayyid, 1968 : 20).

Firaun yang sombong itu tidak menerima kewujudan Tuhan selain darinya, lalu

bertanya kepada Nabi Musa a.s. tentang Tuhan semesta alam. Pertanyaan ini adalah

bertujuan untuk merendahkan dan melemahkannya bukan kerana benar-benar ingin tahu

untuk membenarkannya. Nabi Musa a.s. kemudiannya menjelaskan tentang sifat-sifat

Allah dengan penuh lemah lembut.

Walaupun Nabi Musa a.s. telah menerangkan tentang sifat-sifat Allah, namun

Firaun dan pengikut-pengikutnya dengan angkuh berkata bahawa mereka tidak pernah

mendengar seruan yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. dari nenek moyang mereka.

Keangkuhan Firaun tidak mengubah pendiriannya untuk tidak beriman kepada Allah

walaupun telah ditunjukkan bukti-bukti kukuh. Malah dia menolaknya sebagai satu

penipuan dengan mendakwa ia adalah penipuan semata-mata.

Walaupun begitu tinggi sifat sombong Firaun terhadap dakwah yang disampaikan

oleh Nabi Musa a.s., akan tetapi baginda tidak berputus asa dan terus berdakwah kepada

Firaun dengan pendekatan yang lain iaitu dengan menunjukkan mukjizat iaitu

pendekatan psikologi yang pelik dan luar biasa yang telah Allah anugerahkan kepada

Page 8: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

8

Nabi Musa a.s. Antara mukjizat Nabi Musa a.s. ialah tongkat bertukar menjadi ular dan

tangan bercahaya. Firaun melihat sendiri kedua-dua mukjizat tersebut yang ditunjukkan

oleh Nabi Musa a.s. Dia menyakini apa yang ditunjukkan tetapi masih lagi berdegil dan

enggan beriman dan menuduh Nabi Musa a.s, seorang tukang sihir yang cuba menghalau

mereka keluar dari negeri Mesir. Tuduhan Firaun bahawa Nabi Musa a.s. adalah ahli sihir

sebenarnya menunjukkan kebimbangannya dan kesungguhan Firaun untuk menghalang

pengikut-pengikutnya supaya tidak terpengaruh dan mengikut apa yang dibawa oleh Nabi

Musa a.s. (Said Ayyud 1992 : 214).

Begitulah pendekatan psikologi dakwah yang Nabi Musa a.s. terhadap Firaun

secara lemah lembut dan juga dengan menunjukkan mukjizat. Walaupun begitu, Firaun

tetap juga tidak beriman kepada Allah Taala bahkan dengan sikap degilnya mendakwa

dialah tuhan yang menguasai kerajaan Mesir. Kemudian Allah tenggelamkan Firaun dan

pengikut-pengikutnya.

4.2 Pendekatan Psikologi Dakwah Nabi Musa a.s Kepada Bani Israil.

Nabi Musa a.s. menyeru kaumnya Bani Israil supaya menerima agama yang dibawanya,

meninggalkan amalan dan adat sesat yang diwarisi serta mensyukuri nikmat kelebihan

yang Allah berikan kepada mereka.

Hasil daripada usaha tersebut ramai yang telah menjadi pengikutnya. Mengikut

sesetengah ahli sejarah, pengikut-pengikutnya yang keluar bersama-samanya sebagai

tentera adalah seramai lebih 600 ribu orang. Kaum Bani Israil merupakan golongan yang

banyak karenah. Nabi Musa a.s. memerintahkan mereka supaya memasuki Baitul Maqdis

setelah mereka berjaya melepaskan diri dari ancaman Firaun tetapi mereka enggan

mematuhinya menyebabkan Nabi Musa a.s. menghadapi banyak masalah. (Ab. Aziz

Mohd Zin, 1997 : 59).

Ketika kaum Nabi Musa a.s. dibelunggu dengan perasaan sedih kerana diseksa oleh

Firaun, Nabi Musa a.s. telah menggunakan pendekatan psikologi iaitu dengan memujuk

mereka melalui kata-kata yang menghiburkan dan menenangkan.

Page 9: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

9

Dalam ayat ini menceritakan anak lelaki kaum Nabi Musa a.s. dibunuh dan hanya

membiarkan anak perempuan hidup. Jika dahulu ianya berlaku sebelum kelahiran Nabi

Musa a.s. tetapi kali ini ianya berlaku setelah kebanyakan kaum Bani Israil beriman

kepada Nabi Musa a.s.. Maka untuk menghalang mereka daripada beriman kepada Allah

dan Nabi Musa, Firaun telah memerintahkan agar dikenakan penyeksaan itu kepada kaum

Bani Israil yang beriman. Bani Israil berasa teramat sedih dengan apa yang dilakukan

oleh Firaun dan pembesar-pembesarnya. Lalu Nabi Musa a.s. menenangkan hati mereka

dan menghiburkan mereka dengan kata-katanya : “Mohonlah pertolongan kepada Allah

s.w.t. semata-mata. Mohonlah pertolongan dan sokongan darinya agar diangkat ancaman

buruk itu dari kamu. Bersabarlah dan janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah s.w.t.

Maha Penolong di atas segala kesusahan. Kesabaran ini adalah senjata seorang mukmin

dan kunci kepada kemenangan dan ketahuilah sesungguhnya bumi ini milik Allah s.w.t. ,

yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.” (al-Zuhaili 1991, jilid 9 : 50).

Walaupun Nabi Musa diutuskan kepada mereka, Firaun tetap menyakiti mereka

sepertimana yang dilakukan sebelum ini. Lalu Nabi Musa a.s. memujuk dan

menenangkan mereka dengan katanya bahawa baginda berharap agar Allah s.w.t.

menghancurkan musuh mereka yang menguasai dan menyakiti mereka dengan zalimnya.

Daripada ayat-ayat inilah dapat dilihat bagaimana Nabi Musa a.s. memberikan motivasi

dan semangat kepada mereka memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. dan bersabar.

Baginda memperlihatkan kepada mereka bahawa bumi ini adalah milik Allah s.w.t..

Baginda menyakinkan kepada mereka akan keruntuhan pemerintahan Firaun dan mereka

menjadi pemimpin di tempat yang akan dimiliki dan menyakinkan kepada mereka

bahawa kekalnya pemerintahan itu. (al-‘Adawi, 1935 : 191).

Seterusnya pendekatan menghiburkan, menenangkan jiwa dan motivasi Nabi Musa

a.s. menggunakannya ketika kaumnya berasa sedih apabila Firaun dan pembesarnya

masih kafir walaupun Nabi Musa a.s. sudah menang pertarungan dengan ahli sihir. Pada

waktu Nabi Musa a.s. melihat kesedihan dan ketakutan kaumnya terhadap Firaun dan

kekejamannya, baginda memberikan motivasi dan menenangkan kaumnya dengan

katanya : “Jika sekiranya kamu beriman iaitu membenarkan Allah s.w.t. dan ayat-ayatNya

Page 10: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

10

dengan sebenar-benar iman. Maka kepada Allah kamu bertawakal dan berpegang

denganNyalah kamu percaya dan teranglah dengan janjiNya.” (al-Zuhaili, jilid 11 : 248).

Kesimpulannya, di antara pendekatan psikologi yang digunakan oleh Nabi Musa a.s.

ialah pendekatan lemah lembut iaitu memohon kepada Allah agar diterangkan hati Firaun.

Begitu juga pendekatan dengan menunjukkan mukjizat iaitu sesuatu yang pelik dan luar

biasa.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan penerangan yang telah dijelaskan, penulis menyimpulkan bahawa

kepentingan dakwah tidak dapat dinafikan lagi dalam usaha untuk mengubah manusia ke

arah kebaikan. Tugas dakwah bukanlah tanggunggjawab individu, bahkan ianya menjadi

tanggunggjawab bersama yang perlu digalas. Bagi mencapai hasrat murni ini, disiplin dan

peraturan yng benar-benar mantap perlu diterapkan dalam diri setiap pendakwah. Dengan

itu, setiap usaha dakwah yang dilaksanakan akan lebih berkembang dan mencapai

kejayaan yang unggul.

Intipati al-Qur’an dan Sunnah sendiri merupakan satu seruan kepada para

pendakwah agar memahami tuntutannya lantas merealisasikannya dalam kehidupan

seharian. Hal ini dapat dicapai dengan cara menyeru mereka yang berada di sekeliling dan

kawasan sekitar kita. Pelaksanaan tuntutan ini boleh dilakukan dengan bermacam-macam

cara sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Qur’an dan Hadith itu sendiri mengikut kondisi

semasa sesebuah masyarakat yang kita dekati.

Sebagai contoh, Nabi Musa a.s telah menggunakan pendekatan secara psikologi

dalam pelaksanaan dakwah baginda. Jika diperhatikan, metod ini merupakan satu cara

yang unik dalam menyampaikan mesej dakwah kepada mad’u kerana ianya boleh

membawa kita supaya lebih dekat dengan hati mereka. Pendekatan sebegini juga

merupakan pendekatan terbaik bagi zaman baginda sebagai suatu solusi yang efektif bagi

Page 11: Metod Dakwah Nabi Musa a.s

11

menangani keadaan masyarakat yang jelas berbeza dari segi tabiat dan amalan, lebih-

lebih lagi pemikiran mereka.

Oleh yang demikian, penulis menegaskan bahawa metod dakwah yang digunakan

oleh Nabi Musa a.s ini adalah merupakan metodologi dakwah yang paling sesuai untuk

diaplikasikan dalam suasana masyarakat hari ini. Hal ini kerana masyarakat kita pada hari

ini seolah-olah telah kembali kepada zaman jahiliah di mana mereka lebih gemar untuk

bertanya dan berdebat tentang sesuatu yang telah mereka tahu kebenarannya tetapi tidak

pula mengakui dan mengamalkannya. Mereka juga cenderung untuk mempertikaikan

gerakan dakwah yang dilaksanakan oleh umat islam dengan alasan bahawa ini adalah

suatu paksaan dan mencabuli hak mereka. Sesuai dengan keadaan ini, amatlah wajar

untuk kita sebagai pendakwah mendekati mereka secara psikologi bagi menjelaskan

kepada mereka lantas menarik mereka ke jalan yang benar.