6
KAWALAN SPSK PK 07/3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN MINIT MESYUARAT MAJLIS SUKAN SMKSK BIL 1 /TAHUN 2014 Tarikh : 20 Januari 2014 (Isnin) Masa : 11.30 pagi (guru sesi petang) 1.15 petang (guru sesi pagi) Tempat : Bilik Tayangan Pengerusi : En. Tay Keng Lee, PPN Kehadiran(Bilangan) : 47 orang Nama Yang Hadir : Rujuk SPSK PK 07/2 Nama Yang Tidak Hadir :Pn Nordiana bt Nordin ( Cuti sakit) Pn. Jayapiriya a/p Jayapargasam (cuti bersalin) Pn. Khairulbariyah bt Abd Hamid (Cuti rehat khas) Turut Hadir (Jika ada) : 1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1. Pn Hjh. Hindun, PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Seterusnya beliau telah memaklumkan bahawa terdapat perubahan tugas dalam kokurikulum dan akan dimaklumkan secara rasmi kemudian. Tindakan:Makluman 1.2. Pn Hjh Hindun turut memaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah menyediakan takwim untuk pertandingan sukan dan permainan bagi peringkat daerah dan juga sebuah buku yang berkaitan dengan maklumat sukan. Jadi, guru-guru penasihat bolehlah membuat salinan buku tersebut dan simpan sebagai rujukan. No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan 02 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta [email protected]

Minit Mesyuarat Majlis Sukan 1 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mesyuarat Majlis sukan berkenaan merentas desa dan pertandingan antara rumah sukan.

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Majlis Sukan 1 2014

KAWALAN SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN

MINIT MESYUARAT MAJLIS SUKAN SMKSK BIL 1 /TAHUN 2014

Tarikh : 20 Januari 2014 (Isnin)

Masa : 11.30 pagi (guru sesi petang) 1.15 petang (guru sesi pagi)

Tempat : Bilik Tayangan

Pengerusi : En. Tay Keng Lee, PPN

Kehadiran(Bilangan) : 47 orang

Nama Yang Hadir : Rujuk SPSK PK 07/2 Nama Yang Tidak Hadir :Pn Nordiana bt Nordin ( Cuti sakit)

Pn. Jayapiriya a/p Jayapargasam (cuti bersalin) Pn. Khairulbariyah bt Abd Hamid (Cuti rehat khas)

Turut Hadir (Jika ada) :

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pn Hjh. Hindun, PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Seterusnya beliau telah memaklumkan bahawa terdapat perubahan tugas dalam kokurikulum dan akan dimaklumkan secara rasmi kemudian.

Tindakan:Makluman

1.2. Pn Hjh Hindun turut memaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah menyediakan takwim untuk pertandingan sukan dan permainan bagi peringkat daerah dan juga sebuah buku yang berkaitan dengan maklumat sukan. Jadi, guru-guru penasihat bolehlah membuat salinan buku tersebut dan simpan sebagai rujukan.

Tindakan:Makluman

1.3. Pn Hjh Hindun seterusnya mengingatkan guru-guru penasihat bahawa pada tahun ini terdapat pelajar-pelajar tingkatan 3 yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Maka, bagi aktiviti kokurikulum guru-guru penasihat perlu mengisi borang Lampiran B dan menyediakan fail untuk maklumat tersebut. Pada akhir tahun, fail tersebut perlu diserahkan kepada guru tingkatan untuk di key in.

Tindakan:Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 2: Minit Mesyuarat Majlis Sukan 1 2014

1.4. Selain borang kehadiran pelajar, Pn Hjh Hindun juga memaklumkan rekod kehadiran guru sidang pagi dan petang juga disediakan. Guru-guru yang mempunyai aktiviti kokurikulum perlu mengisi rekod kehadiran dan rekod aktiviti unit Kokurikulum di pejabat.

Tindakan:Makluman

1.5. Guru-guru penasihat juga diingatkan jika terdapat pertandingan di luar sekolah, guru-guru penasihat perlu mengisi borang penglibatan pelajar dan jika mendapat tempat, guru-guru penasihat perlu mengisi borang pencapaian aktiviti dan sekiranya ada sijil, fotostat sijil tersebut untuk dijadikan sebagai bukti.

Tindakan:Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

Tiada

3 PERKARA BERBANGKIT: Tiada

4 LAPORAN UNIT

4.1. Takwim Sukan Sekolah

4.1.1 Takwim sukan sekolah telah disediakan dan guru-guru boleh rujuk edaran yang telah berikan dalam muka surat 2, 3 dan 4. Terdapat sedikit perubahan dalam takwim sukan sekolah di mana Mesyuarat Agung Rumah-rumah Sukan akan diadakan pada 24 Januari 2014 (Jumaat). Namun, masa dan tempat mesyuarat tiada perubahan kecuali sesi petang perjumpaan rumah sukan pada pukul 5.10 petang hingga 6.10 petang.

Tindakan: Makluman

4.2 Mesyuarat Agung Kelab Sukan Permainan dan rumah Sukan

4.2.1 Guru-guru penasihat perlu mengadakan mesyuarat agung dengan semua ahli dan mengadakan pemilihan ahli jawatan kuasa serta merancang aktiviti sepanjang tahun. Penggunaan masa yang dibekalkan perlulah digunakan dengan sepenuhnya atau dengan sebaiknya.

Tindakan: Makluman

4.2.2 Kemudian serahkan 2 salinan dokumen kepada SU Kokurikulum dan Pen. SU Kokurikulum. Guru-guru penasihat boleh rujuk pelan tindakan kokurikulum yang diedarkan semasa mesyuarat pengurusan kokurikulum bagi mengetahui senarai dokumen yang perlu dihantar. Buku laporan kali pertama perlu dihantar kepada PK Kokurikulum pada 13/2/2014.

Tindakan :Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 3: Minit Mesyuarat Majlis Sukan 1 2014

4.3 Perjumpaan Kelab Permainan/ Latihan Rumah Sukan

4.3.1 Kehadiran / laporan kehadiran- Bagi perjumpaan kelab permainan dan latihan rumah sukan, terdapat perubahan

jadual di mana jadual perjumpaan telah disusun semula. Sila rujuk edaran yang telah diberikan dalam muka surat 7.

- Diharap guru-guru penasihat dapat mengikut jadual yang ditetapkan agar pemantauan dapat dijalankan.

- Sekiranya terdapat sukan permainan yang mempunyai perjumpaan 4 kali seminggu , itu dikira sebagai 1 kali perjumpaan. Perjumpaan di luar yang tidak melibatkan semua ahli tidak dikira perjumpaan. Sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan atau aktiviti dijalankan setahun.

- Bagi rumah sukan, latihan yang dijalankan bukan sahaja untuk acara balapan dan padang tetapi boleh juga diadakan latihan sukan permainan.

- Bagi kelab gimrama, latihan akan dijalankan pada hari Jumaat jam 11.30 pagi. Pn Noraini Che Yahya akan membuat pemantauan pada hari tersebut.

- Laporan kehadiran perlulah dihantar kepada SU Sukan sebelum 7hb setiap bulan.

Tindakan : Makluman4.3.2 Keselamatan

- Guru-guru penasihat perlu memastikan keselamatan para pelajar ketika perjumpaan atau latihan diadakan.

Tindakan : Makluman4.3.3 Laporan aktiviti

- Buku laporan perlu diserahkan kepada PK Kokurikulum setiap kali selepas aktiviti dijalankan.

Tindakan : Makluman4.3.4 Pemantauan

- Bagi pemantauan, sukan permainan akan dipantau oleh JK Pemantau Sukan Permainan yang terdiri daripada para pentadbir. Manakala latihan rumah sukan akan dipantau oleh JK Pemantau Rumah Sukan yang terdiri daripada ahli majlis sukan.

- Laporan pemantauan pula perlu dihantar sebelum 7hb setiap bulan\ kepada Pn Tan Jin Yin (Sukan Permainan) dan kepada Pn Siti Norzila Tumin ( Rumah Sukan).

- Sila rujuk edaran yang telah diberikan iaitu Jadual Pemantauan dalam muka surat 9 dan borang pemantauan telah disediakan dalam fail para pemantau.

Tindakan : Makluman4.4 Kejohanan Merentas Desa Kali Ke - 21

4.4.1 Kejohanan Merentas Desa hanya melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar sesi pagi sahaja.Kejohanan ini akan diadakan pada 28/2/2014 (Jumaat).

- Undang-undang kejohanan boleh rujuk dalam edaran yang telah diberikan atau dalam FROG VLE 1Bestarinet.

- Borang pendaftaran telah disediakan untuk Ketua Rumah Sukan yang mana terdapat di dalam fail dan perlu diisi. Rujuk edaran muka surat 13.

- Ketua Rumah Sukan diminta memastikan nombor yang disediakan adalah betul.

Tindakan : Makluman4.5 SK Cergas

4.5.1 Bagi program SK Cergas, hanya melibatkan guru-guru dan para pelajar sesi pagi manakala sesi petang tidak terlibat. Jadual boleh rujuk edaran yang telah diberikan dalam muka surat 14. Penyelaras SK Cergas perlu menghantar laporan 3 hari selepas aktiviti dijalankan dan borang laporan penyelaras telah dimasukkan dalam fail yang disediakan.

Tindakan: Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 4: Minit Mesyuarat Majlis Sukan 1 2014

4.6 Pertandingan Permainan Antara Rumah Sukan

4.6.1 Guru-guru penasihat diminta untuk menyediakan undang-undang atau peraturan pertandingan serta menetapkan tarikh dan tempat pertandingan. Kemudian, cetak untuk diedarkan kepada ketua rumah sukan agar mereka dapat menyediakan peserta untuk pertandingan permainan tersebut. Peraturan tersebut boleh diedarkan kepada ketua guru rumah sukan dalam mesyuarat 2 yang akan datang.

- Ketua guru rumah sukan juga diingatkan agar dapat membahagikan tugas kepada guru rumah sukan yang lain agar pertandingan dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

- Selepas pertandingan permainan dijalankan, laporan pertandingan perlu dibuat dan menggunakan format yang terdapat dalam muka surat 17. Rujuk edaran yang diberikan.Gambar perlu berwarna dan sekurang-kurangnya 4 keping. Perbincangan seterusnya akan dijalankan dalam mesyuarat yang seterusnya.

Tindakan: Makluman

4.7 Markah Kokurikulum Penyertaan Rumah Sukan / Penglibatan Murid di Luar Sekolah

4.7.1 Penilaian markah kokurikulum sangat penting dan markah dikira dari pelajar tersebut tingkatan 1 hinggan tingkatan 5. Oleh itu, guru-guru digalakkan membuat lebih banyak aktiviti supaya pelajar dapat melibatkan diri dan dapat menerima banyak hadiah. Kepda pelajar yang bukan merupakan ahli kelab permainan tersebut, guru-guru penasihat perlu mengisi borang pengesahan penglibatan aktiviti. Manakala bagi pelajar tingkatan 3 perlu mengisi borang lampiran B sebagai bukti penglibatan diri dalam kokurikulum.

4.7.2 Tuan pengetua juga memaklumkan bahawa jika ada pelajar yang terlibat dengan aktiviti luar, guru-guru pengiring perlu mengisi borang pengesahan penglibatan. Dan jika menang dengan mendapat tempat, guru perlu mengisi borang pencapaian aktiviti dan jika mempunyai sijil, sijil itu perlu di fotostat sebagai bukti penglibatan. Seandainya tiada sijil, pihak sekolah boleh berikan sijil penyertaan dan lampirkan pula dengan surat dari pihak berkenaan sebagai pengesahan.

Tindakan: Makluman

4.8 Kejohanan Balapan dan Padang SMKSK Kali Ke-26

4.8.1 Kejohanan Balapan dan Padang SMKSK akan diadakan pada 21 Jun 2014 (Sabtu). Undang-undang kejohanan terdapat dalam edaran yang diberikan dan guru rumah sukan diminta rujuk edaran tersebut. Nombor peserta mestilah betul mengikut seperti yang ada dalam edaran. Aturcara kejohanan belum lagi diedarakan kepada guru-guru dan akan dimuat naik dalam VLE FROG Majlis Sukan.

- Guru-guru rumah sukan diingatkan agar mengisi borang pendaftaran dan kembalikan kepada SU Sukan atau Pen SU Sukan selewat-lewatnya 15 Mei 2014.

Tindakan: Makluman 4.9 Kem 1M1S – Murid Tingkatan 2

4.9.1 Kem 1M1S ini dijangka akan dijalankan pada 5-7 September 2014. Namun agenda bagi kem tersebut masih dalam perbincangan. Bagi menjayakan program ini, kemungkinan semua ahli majlis sukan akan terlibat.

Tindakan: Makluman

5.0 Anggaran perbelanjaan

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 5: Minit Mesyuarat Majlis Sukan 1 2014

5.1.1 Guru-guru diminta menyerahkan anggaran perbelanjaan kepda SU Sukan selewat-lewatnya 24 Januari 2014.

Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengetua menyatakan bahawa guru-guru sesi pagi dan sesi petang perlulah saling bekerjasama dalam menjalankan aktiviti persatuan, kelab dan sukan permainan..

Tindakan: Makluman

5.2 Selain itu, pengetua memaklumkan jika ada guru-guru yang ingin mengadakan pertandingan, pertandingan tersebut boleh diadakan. Jika ada pertandingan di luar sekolah, guru-guru perlu memastikan pelajar-pelajar diberikan minuman dan makanan di mana peruntukan diberikan seorang pelajar RM5. Dan guru perlu sentiasa berada dengan pelajar jika terdapat pertandingan di luar sekolah.

Tindakan: Makluman 5.3 Pn Hjh Hindun, PK Kokurikulum turut memaklumkan borang SEGAK telah diriso dan

bagi sesi petang borang tersebut akan diserahkan kepada Pn Noraini Che Yahya. Manakala Borang Lampiran A boleh diambil daripada Pn Ngu Lien Chin

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………..........................................……… ……………………...............................……….(Siti Norzila Bt Tumin ) ( Hjh Hindun Bt Md Nor ) Penolong Setiausaha Sukan Naib Pengerusi

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]