184
MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENGAJIAN JARAK JAUH (BMM3109) MORFOLOGI BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2012 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Modul BMM3109

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul BMM3109

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

MOD PENGAJIAN JARAK JAUH

(BMM3109)

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,

BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: Modul BMM3109

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru iKata-Alu-aluan Rektor v Panduan Pelajar viPengenalan viiiAgihan Tajuk (Interaksi dan Modul) ixTajuk Pembelajaran xi

INTERAKSI 1

Tajuk 1 : Imbuhan dalam Bahasa Melayu

Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Sinopsis Konsep MorfologiHasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1.0 Kandungan Isi

1.1 Definisi Imbuhan

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan

1.2.1 Imbuhan-Imbuhan Asli Bahasa Melayu

1.2.1.1 Awalan

1.2.1.2 Akhiran

1.2.1.3 Apitan

1.2.1.4 Sisipan

1.2.1.5 Morfem Kosong

1.2.1.6 Fleksi

1.2.2 Imbuhan Pinjaman Bahasa Melayu

1.2.2.1 Sanskrit

1.2.2.2 Arab Parsi

1.2.2.3 Yunani – Latin - Inggeris

1.1.3 Morfem kosong dan Bentuk Fleksi

1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.3.1 Pengimbuhan

1.3.2 Pemajmukan

1.3.2.1 Pengimbuhan Kata Majmuk

1.3.2.2 Penggandaan Kata Majmuk

1.3.3 Penggandaan

1.3.3.1 Pengandaan Penuh

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

KANDUNGANMUKA SURAT

Page 3: Modul BMM3109

1.3.3.2 Penggandaan Separa

1.3.3.3 Penggandaan Berentak

1.4 Akronim

1.4.1 Ditulis Dengan Huruf Besar Seluruhnya1.4.2 Ditulis Dengan Huruf Kecil1.4.3 Ditulis Bermula Dengan Huruf Besar

Tajuk 2 Perkataan dan Bentuk Perkataan Bahasa Melayu Sinopsis 20 Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk 2.0 Kandungan Isi 21

2.1 Perkataan dan Bentuk Perkataan Bahasa Melayu2.1.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal

2.1.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan 22

2.1.3 Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk 24

2.1.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda 25

2.2 Bentuk Perkataan Bahasa Melayu

2.2.1 Golongan Kata Tunggal

2.2.2 Golongan Kata Terbitan 26

Tajuk 3 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Sinopsis 30 Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk 3.0 Kandungan Isi 31

3.1 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu

3.1.1 Kata Tunggal 33

3.1.2 Kata Terbitan 38

Tajuk 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Sinopsis 46 Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 4: Modul BMM3109

4.0 Kandungan Isi 47

4.1 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu4.1.1 Kata Majmuk4.1.2 Kata Ganda 50

Tajuk 5 Golongan Kata Bahasa Melayu

Sinopsis 55 Hasil Pembelajaran 56 Kerangka Tajuk-Tajuk 5.0 Kandungan Isi

5.1 Golongan Kata Bahasa Melayu 57

5.1.1 Kata Nama 59

5.1.2 Kata Kerja

Tajuk 6 Golongan Kata Bahasa Melayu

Sinopsis 65 Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk 67 6.0 Kandungan Isi

6.1 Golongan Kata Bahasa Melayu

6.1.1 Kata Adjektif 69

6.1.2 Kata Tugas 73

Bibliorgrafi

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 5: Modul BMM3109

INTERAKSI

1TAJUK 1 Imbuhan dalam Bahasa Melayu Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa MelayuTAJUK 2 Perkataan dan Bentuk Perkataan Bahasa Melayu

Bentuk Perkataan Bahasa MelayuTAJUK 3 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep Morfologi

Imbuhan dalam Bahasa Melayu

Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Konsep Morfologi

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk

perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan

susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang

bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau

hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan

kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi

dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa

Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam

bahasa Melayu.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 1

Imbuhan dalam Bahasa Melayu Awalan dan Akhiran Sisipan dan Apitan Morfem kosong dan Bentuk Fleksi

Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Akronim

Page 6: Modul BMM3109

Perubahan

Perubahan Golongan

Perubahan Contoh

Contoh :

Contoh :

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk

perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk

tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan

bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam

kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-

unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang

terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.

Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang

lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

MORFOLOGI

Page 7: Modul BMM3109

IMBUHAN

Konsep Imbuhan

Jenis-Jenis Imbuhan

Konsep Pembentukan Kata

menjelaskan konsep Imbuhan.

menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.

menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Kerangka Tajuk

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep

Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata

dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan

Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?

Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh

terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima

sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses

memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata.

Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada

bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup

dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan,

morfem kosong dan bentuk fleksi.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 8: Modul BMM3109

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan

pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu

awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan

dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu

kata kerja, dan kata adjektif.

Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu

bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem

morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan

perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri

dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan

perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara

mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan

demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang

besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan

yang dipinjam daripada bahasa asing.

1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu

Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan

pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Awalan

Akhiran

Kata Nam

Kata Nama

Page 9: Modul BMM3109

Rajah 1.3 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.2.1.1 Awalan

Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam

pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-,

ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

1.2.1.2 Akhiran

Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata

dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan + kan dan -i dalam akhir + i.

1.2.1.3 Apitan

Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan

hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-...-an dalam ke+cantik+an

dan di-.....-i dalam di+ikut+i.

1.2.1.4 Sisipan

Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu

er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam

s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Bentuk-

Kata Nam

Sisipan

Apitan

Morfem

Fleks

Kata Nam

Tidak Wujud

Tidak

Page 10: Modul BMM3109

1.2.1.5 Morfem Kosong

Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.1.5 Fleksi

Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu

Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan

mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :

1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit

Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke

dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan

telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun,

terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan

akhiran.

Awalan Akhiran

maha maharaja man seniman

tata tatabahasa man budiman

pra prakata wan angkawan

swa swadaya wan jelitawan

tuna tunabusana wati olahragawati

eka ekabahasa wati seniwati

dwi dwitahunan nita karyanita

tri tribulan nita biduanita

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 11: Modul BMM3109

panca pancaindera

1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi

Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam

ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam,

bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini

memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu,

terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat

dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan Akhiran

bi- biadap -wi duniawi

bilazim -i abadi

binormal -iah lahiriah

-in hadirin

munafikin

-at hadirat

munafikat

-ah qariah

solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris

Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal

daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak

berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan

seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan Akhiran

pro- probarat -isme sosialisme

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 12: Modul BMM3109

anti- antikerajaan -isme nasionalisme

poli- poliklinik -ik prolifik

auto- autograf -ik saintifik

sub- subbidang -si sensasi

supra- supranasional -si revolusi

hetero- heterograf -al praktikal

heksa- heksagon -al klinikal

hidro- hidrolisis -is potensi

homo- homogen -is praktis

hiper- hiperbola

kilo- kilometer

makro- makrolinguistik

infra- intrajabatan

inter- intervokal

Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Dewan

1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 13: Modul BMM3109

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata

majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan,

tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah

pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Dewan

1.3.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata

dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,

akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata

dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan

kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan

Pem- bawa pembawa

Memper- kuat memperkuat

-isme nasional nasionalisme

-i dekat dekati

Peng-.....-an isytihar pengisytiharan

Men-.....-i ikut mengikuti

Ke-...-an sihat kesihatan

Ber-....-an lari berlarian

-er- gigi gerigi

-em- gilang gemilang

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Proses Pembe

Pengi Pemaj Pengg Akron

Page 14: Modul BMM3109

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku

pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa )

dan ke- + mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan

kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi

kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya,

dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima

apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan. Berikut ialah beberapa contoh lain :

Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan

libat terlibat keterlibatan

lanjur terlanjur keterlanjuran

balik terbalik menterbalikkan

sambung sinambung kesinambungan

1.3.2 Proses Pemajmukan

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih

dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas

masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk

kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar

ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau

* kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara

pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

a) Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap

terpisah.

Contohnya :

urus niaga - berurus niaga

cari gali - mencari gali

reka bentuk - direka bentuk

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 15: Modul BMM3109

daya serap - daya serapan

b) Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum.

Contohnya :

lipat ganda - melipatgandakan

surat khabar - persuratkhabaran

urus niaga - diurusniagakan

ibu bapa - keibubapaan

1.3.2.2 Penggandaan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata

majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya :

rumah sakit - rumah-rumah sakit

guru besar - guru-guru besar

Raja Muda - Raja-raja Muda

Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah

mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya :

setiausaha - setiausaha-setiausaha

jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa

tanggungjawab - tanggungjawab-anggungjawab

1.3.3 Proses Penggandaan

Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada

secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan

kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;

1. Penggandaan penuh,

2. Penggandaan separa, dan

3. Penggandaan berentak.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 16: Modul BMM3109

1.3.3.1 Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar.

Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :

Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.

Contohnya :

sekolah sekolah-sekolah

makan makan-makan

besar besar-besar

baju baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Contohnya :

1.3.3.2 Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar

sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata

pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata

dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan,

menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang

berikut :

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

pelari pelari-pelari

perbualan perbualan-perbualan

kekasih kekasih-kekasih

kejadian kejadian-kejadian

Page 17: Modul BMM3109

jari jejari jejari

siku sisiku sesiku

sungut susungut sesungut

pohon popohon pepohon

laki lalaki lelaki

berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata

dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata

kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar

atau di bahagian hadapan kata dasar.

Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan

tersenyum tersenyum-senyum

bercakap bercakap-cakap

setinggi setinggi-tinggi

membantu bantu-membantu

mencuit cuit-mencuit

menari tari-menari

mengejar kejar-mengejar

1.3.3.3 Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut

rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak,

seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 18: Modul BMM3109

Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan

berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1. Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

2. Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

3. Penggandaan Berentak Bebas

a) Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas

Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang

mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,

Contohnya :

sayur - sayur-mayur

ramah - ramah-tamah

cerai - cerai-berai

b) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-

bunyi konsonan tertentu.

Contohnya :

kayu - kayu-kayan

tanah - tanah-tanih

simpang - simpang-siur

Perhatian:

Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis * ipar duai.

1.4 Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah

kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan

menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata

daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya :

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 19: Modul BMM3109

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Kugiran - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim

Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara

pembentukkannya.

1.4.1 Ditulis Dengan Huruf Besar Seluruhnya

Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

UMNO - United Malay National Organisation

1.4.2 Ditulis Dengan Huruf Kecil Seluruhnya

Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata

ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya :

tabika - taman bimbingan kanak-kanak

purata - pukul rata

kugiran - kumpulan gitar rancak

1.4.3 Ditulis Bermula Dengan Huruf Besar

Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku

katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf

besar.

Contohnya :

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Intan - Institut Tadbir Awam Negara

Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 20: Modul BMM3109

proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan

kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

LATIHAN

1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk

mengetahui tiga pendapat tokoh tentang definisi morfologi

bahasa Melayu.

2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang

Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu mengikut

klasifikasi tokoh tersebut.

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 21: Modul BMM3109

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata dan bentuk terbitan, kata dan

bentuk majmuk dan kata dan bentuk ganda. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk

mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat :

(i) konsep kata tunggal dan bentuk kata tunggal

(ii) konsep kata tunggal dan bentuk kata terbitan

(iii) konsep kata majmuk dan bentuk kata majmuk

(iv) konsep kata ganda dan bentuk kata ganda

(v) konsep golongan kata tunggal

(vi) konsep golongan kata terbitan

Kerangka Konsep

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 2

Perkataan dan Bentuk Perkataan Bahasa Melayu Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda

Bentuk Perkataan Bahasa Melayu Golongan Kata Tunggal Golongan Kata Terbitan

Page 22: Modul BMM3109

BENTUK KATA

Konsep Kata Tunggal Dan Kata Terbitan

KonsepKata Majmuk Dan Kata Ganda

KonsepGolongan Kata Tunggal Dan Terbitan

Rajah 2.1 : Kerangka Tajuk

2.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata

tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan,

mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan

bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti

golongan kata terbitan.

2.1 Perkataan

Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan

mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi

bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan dan dalam ayat

bahasa Melayu.

Contoh :

Pelajar ini bakal menjadi mahasiswa,

pelajar + + itu + + bakal + + menjadi + + mahasiswa +.

Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita,

dan tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan ataupun

pertuturan. Daripada contoh yang diberikan di atas, kita dapati bahawa perkataan

mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai yang berikut : kata

tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

2.2 Kata Tunggal

Tatabahasa Dewan (2004) : Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada

hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 23: Modul BMM3109

dasar yang lain. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua

jenis. Jenis pertama, kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri

sendiri sebagai satu ayat. )

Contoh :

Kipas payung gelas

Manakala jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri

tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan

tugas nahunya.

Contoh :

di mana? untuk siapa? ke Johorii)

Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah perkataan

yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan

membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan dapat tendiri danipada

suku kata atau huruf-huruf tertentu, seperti contoh yang berikut:

Mara — Majlis Amanah Rakyat

pawagam — panggung wayang gantbar

NATO — North Atlantic Treaty Organization

motel — motor hotel

2.3 Kata Terbitan

Tatabahasa Dewan (2004) : Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi

kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran

atau apitan.

Contoh :

Awalan mendukung - men + dukung

dipukul - di + pukul

akhiran makanan - makan + an

biarkan - biar + kan

Apitan mengakui - meng + aku + i

pertunjukan - per + tunjuk + an

Sisipan gemuruh - g + em + uruh

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 24: Modul BMM3109

Seruling - s + er + uling

2.4 Kata Majmuk

Tatabahasa Dewan (2004) : Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan

merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu).

Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Kata majmuk

bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah.

Contoh :

air mata sudut tepat

meja makan kata kunci

kerani kanan hati batu

bendahari kehormat muka tembok

2.5 Kata Ganda

Tatabahasa Dewan (2004) : Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan

dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut

diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan

atau tanpa imbuhan.

Contoh :

Kanak-kanak lelaki bertubi-tubi

membohong-bohongi memperkecil-kecil

LATIHAN :

Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya.

BACAAN TAMBAHAN

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 25: Modul BMM3109

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Sinopsis

Tajuk ini akan membincangkan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu yang

merangkumi kata tunggal dan kata terbitan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat memahami proses pembentukan :

(i) Kata Tunggal

(ii) Kata Terbitan

Kerangka Konsep

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 3

Imbuhan dalam Bahasa Melayu Awalan dan Akhiran Sisipan dan Apitan Morfem kosong dan Bentuk Fleksi

Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Akronim

Page 26: Modul BMM3109

Proses Pembentukan Kata

Kata Tunggal Kata Terbitan

Rajah 3.1 : Kerangka Tajuk Proses Pembentukan Kata

3.1 Pendahuluan

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada

bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping

itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan, dan

penggandaan.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam

jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang

sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau

penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar,

iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu

mendahului (awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan sekian banyak

perkataan melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat

dalam sesuatu bahasa itu. Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam

bahasa Melayu mi berbeza daripada kaedah pembentukan perkataan dalam bahasa-

bahasa yang bersifat fleksi, yang membentuk atau mewujudkan perkataan-

perkataannya melalui kejadian perubahan fonem (bunyi bahasa) dalam kata dasar itu

sendiri dengan berdasarkan golongan kata atau kasusnya.

Selain proses pembentukan kata yang disebutkan di atas, perkataan dapat juga

diterbitkan daripada penggandaan kata dasar, sama ada penggandaan secara

menyeluruh atau hanya sebahagian kata dasar tersebut. Penggandaan secara

menyeluruh bererti kesemua kata dasar itu diulang tanpa sebarang perubahan.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 27: Modul BMM3109

Satu lagi jenis perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah bentuk yang

diterbitkan melalui penggabungan dua kata dasar atau lebih. Proses penyingkatan kata

yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim. Setiap proses mi akan dihuraikan

dengan Iebih lanjut dalam bahagian-bahagian yang berikut.

3.1 Bentuk Perkataan

Bentuk kata boleh terdiri danipada satu morfem atau susunan beberapa morfem.

Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk yang berikut:

bentuk kata tunggal

bentuk kata terbitan

bentuk kata majmuk

bentuk kata ganda

3.1.1 Bentuk Kata Tunggal

Tatabahasa Dewan (2004) : Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami

proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata

tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku

kata. Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga

Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim.

Jika dilihat dan segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi satu suku

kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V)

sahaja, satu vokal disertai satu konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa

konsonan. Konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau

serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus

(KK).

Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal? Akronim

sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang

terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi

huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan

sebagai kata yang wajar.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 28: Modul BMM3109

Satu Suku Kata KV VK KVK KKVK

KVKK KKKV KKKVK

V + KVV + VK

V + KVK VK+KV

Dua Suku Kata VK+KVK KV+V

KV+KVK KV+KV+VK

KVK+KVK

Kata Tunggal Tiga Suku Kata KV+V+KV KV+V+KVK

V+KV+V KV+KV+V

KVK+KV+V KV+KV+VK

KVK+KV+VK dan lain-lain

Empat Suku Kata KV+KV+VK+KV

dan Lebih KV+KVK+KV+KV

KVK+KV+KV+KV

KVK+KV+V+KV

dan lain-lain

Akronim Mara Bernama

Kugiran Tabika

ABIM Gapena

Rajah 3.2 : Jenis-Jenis Struktur Kata Tunggal

3.1.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 29: Modul BMM3109

Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira

500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan

bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa

Melayu adalah seperti berikut :

1. KV Contohnya : yu, ru, ya

2. VK Contohnya : am

3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap

4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek

5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,

6. KKKV Contohnya : skru, skaf,

7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw

3.1.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata

Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :

1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri

2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air

3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat

4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta

5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan

6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria

7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih

8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko

9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris

10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda

11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting

# Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri

daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku

kata.

3.1.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 30: Modul BMM3109

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil,

tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan

tiga suku kata merupakan kata pinjaman.

1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola

2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang

3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea

4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua

5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar

6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan

7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat

8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi

9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat

10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama

11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna

12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, misteri, soldadu

13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun

14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah

15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat

16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan

17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda

18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna

19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok

3.1.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.

Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :

1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda

2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana

3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara

4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa

5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema

6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur

7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter

8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana

9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 31: Modul BMM3109

10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti

11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan

12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela

3.1.2 Bentuk Kata Terbitan

Tatabahasa Dewan (2004) : Bentuk Kata Terbitan ialah bentuk perkataan yang

dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan

pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata

terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk

morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar sahaja

merupakan morfem terikat yang disebut akar.

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat,

iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan

kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis,iaitu:

(i) Awalan - yang hadir sebelum kata dasar

(ii) akhiran - yang hadir sesudah kata dasar

(iii) apitan - yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian

imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar

(iv) sisipan - yang hadin di celahan kata dasan.

3.1.2.1 Kata Terbitan Berawalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja tenbitan dan kata

adjektif terbitan.

3.1.2.1.1 Awalan Kata Nama

pe- pelani, perakus, penyapu

pem- pembawa, pembuat, pembuka

pen- pendatang, pendua, penderma

peng- penggali, penggubal, pengguna

penge- pengebom, pengetin, pengelap

pel- pelajan

per- perasap, perbara, pertapa

pe- pesara, pesakit, petani

ke- ketua, kelipat, kelepek

juru- juruukur, juruwang, juruterbang

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 32: Modul BMM3109

maha- mahasiswa, mahaguru, maharaja

tata- atabuku, tatabahasa, tatacara

pra- prasejarah, prakata, prasangka

sub- subkelas, subsistem, substandard

supra- suprakelas, supranasional, suprasegmental

eka- ekabahasa, ekawarna, ekasampmg

dwi- dwibahasa, dwifungsi, dwilambang

3.1.2.1.2 Awalan Kata Kerja

me- melawan, menyikat, merasa

mem- membawa, membilang, memfitnah

men- mendaki, mendakwa, mentadbir

meng- menggali, menggiling, mengikut, mengajar

menge- mengecat, mengekod, mengetut

memper- memperisteri, memperhamba, memperluas

ber- berjalan, berganti, berserta

be- beraja, berasa, berupa

bel- be/ajar, be/unjur

ter- terjebak, terbentuk, telierlus

di- diatur, ditimbang, disusun

diper- diperisteri, dipercepat, diperoleh

3.1.2.1.3 Awalan Kata Adjektif

ter- terbesar, terputih, terjernih

te- teruncing, terendah, teningan

Se- secantik, secerah, setebal

3.1.2.2 Kata Terbitan Berakhiran

Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan

dan kata kerja terbitan sahaja.

3.1.2.2.1 Akhiran Kata Nama

- an pakaian, jahitan, mainan

- wan sasterawan, angkasawan, usahawan

- man budiman, seniman

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 33: Modul BMM3109

- wati seniwati

-isme nasionalisme, sosialisme, komunisme

- in hadirin, muslimin

- at hadirat, muslimat

- ah ustazah, sultanah

3.1.2.2.2 Akhiran Kata Kerja

- kan buatkan, gunakan, besarkan, tinggikan

- i turuti, duduki, berkati, dekati

3.1.2.3 Kata Terbitan Berapitan

Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata keija terbitan dan kata adjektif

terbitan.

3.1.2.3.1 Apitan Kata Nama

pe-...-an pelaksanaan, perasaan, penyiaran

pem-...-an pembuatan, pembinaan, pemfitnahan

pen-.. .-an pentaknifan, pendapatan, pencarian

peng-. ..-an penggunaan, pengguguran,

pengkhayalan,pengairan

penge-.. .-an pengehadan, pengesahan, pengesyoran

pe-.. .-an pesisiran, peperangan, pekarangan

per-.. .-an persalinan, perkuburan, permainan,pergigian

pel-...-an pelajaran

ke-. ..-an kelainan, kelebihan, kedukaan

3.1.2.3.2 Apitan Kata Kerja

me-.. .-kan memainkan, melukakan, menakutkan

men-.. .-kan mendermakan, mentaknifkan, menzarahkan

mem-.. .-kan membaharukan, membaikkan, memvetokan

meng-...-kan menggunakan, menggandakan,menghairankan

menge-...-kan mengepinkan, mengecamkan

ber-.. .-kan beralaskan, berlaukkan, berbajukan

ber-...-an berlanjutan, bermaafan, berjauhan

di-...-kan dibiarkan, digunakan, dibaringkan

me-...-i melalui, memasuki, menyedani

men-.. i mencunigai, mendendami, menziarahi

mem-...i membaharui, membohongi, mempercayai

meng-.. .-i menganggotai, menggauli, mengairi

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 34: Modul BMM3109

di-...-i didekati, dimulai, diadili

diper-. ..-kan diperdengarkan, diperlihatkan,diperbahaskan

memper-.. .-kan memperdengarkan, memperlihatkan

memper-.. .-i memperingati)

ke-...-an kehujanan, kehausan, kepanasan

3.1.2.3.3 Apitan Kata Adjektif

ke-. ..-an keinggenisan, kearaban, kecinaan

3.1.2.4 Kata Terbitan Bersisipan

Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan dengan

maksud kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata

sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam

perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baharu dicipta.

Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama dan kata adjektif

3.1.2.4.1 Sisipan Kata Nama

- el- kelengkeng, telunjuk, ke/abut

- en- keruping, seruling, serabut

3.1.2.4.2 Sisipan Kata Adjektif

- el- ke/ebak, selerak, ge/embung

- en- serabut, gerigi

- em- gemilang, semerbak, gemerlap

- in- sinambung

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 35: Modul BMM3109

INTERAKSI2

TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata BahasaMelayuTAJUK 5 Golongan Kata BahasaMelayuTAJUK 6 Golongan Kata Bahasa Melayu

SINOPSISTajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang

terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan

kepada definisi, jenis dan perinciannya.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, para pelajar dapat :

(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa

Melayu.

(ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa

Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 4Proses Pembentukan Kata BahasaMelayu

Kata Majmuk Kata Ganda

Page 36: Modul BMM3109

Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4

4.1 Bentuk Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebth dan

bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan

bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan

unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti mi besar jumlahnya.

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapât dipisahkan kepada tiga kelompok seperti

yang berikut:

4.1.1 Kata Majmuk Yang Terdiri Daripada Rangkaian Kata Bebas,

contohnya:

gambar rajah biru haut air hujan

jalan raya nasi minyak terima kasih

luar biasa merah muda alat tulis

bandar raya tengah hari jam tangan

meja tulis bom tangan kapal terbang

kuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,

Contohnya:

Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda

Setiausaha Politik Penolong Pendaftar Ketua Menteri

Naib Canselor Profesor Madya

TimbalanKetua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 37: Modul BMM3109

4.1.2 Kata Majmuk Yang Berbentuk Istilah Khusus

Contohnya:

model linear telefon dail terus lesung sendi

kanta tangan segi tiga cari gali

reka bentuk lut sinar garis pusat

hak milik mata pelajaran pita suara

darah panas kertas kerja batu kapur

atur cara kemas kini urus setia

4.1.3 Kata Majmuk Yang Mendukung Maksud Kiasan, Iaitu Simpulan Bahasa

Contohnya:

kaki ayam buah hati duit kopi

makan angin pilih kasih anak emas

buhan madu manis mulut tumbuk rusuk

berat tangan

4.1.4 Bentuk Yang Telah Mantap

Ada sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap

mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut tennyata

mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu

perkataan. Bentuk-bentuk kata tensebut adalah:

antarabangsa benitahu bumiputera

jawatankuasa kakitangan kerjasama

olahraga matahari setiausaha

sukarela suruhanjaya tandatangan

tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

Selain bentuk kata majmuk yang dibmncangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan

yang tergolong daham golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum,

contohnya:

(i) kata nama : peribadi peribahasa hulubalang

dinihari perikemanusiaan

(ii) kata adjektif: sukacita dukacita

(iii) kata sendi nama: kepada daripada

(iv) kata hubung: apabila manakala padahal

darihal barangkali kadangkala

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 38: Modul BMM3109

apakala walhal

(v) kata tanya: bagaimana

4.2 Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Contohnya:

alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata

jirim-jirim organik menteri-Menteri Besar gambar-gambar rajah

kapal-kapal terbang garis-ganispusat model-model linear

Naib-Naib Canselon Ketua-Ketua Menteri

Penolong-Penolong Pendaftaran

Satu kecualian ialah penggandaan yang telah mantap; penggandaannya unsur.

Contohnya:

pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara

tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa

setiausaha-setiausaha

4.3 Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.

Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

4.3.1 Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau

akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya:

campur aduk — bercampur aduk

litar selari — berlitar selari

ambil alih — mengambil ahih

temu bual — ditemu bual

daya serap — daya serapan

4.3.2 Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya

menjadi bencantum.

Contohnya:

campur aduk — mencampuradukkan

daya scrap — kedayaserapan

ganis pusat — mengganispusatkan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 39: Modul BMM3109

satu padu — menyatupadukan

urus niaga — diurusniagakan

4.4 Bentuk Kata Ganda

Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan

kata dasar. Dalam proses demikian kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh

atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu

bendasarkan rentak bunyi tententu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis

penggandaan, iaitu:

4.4.1 Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar

sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Penggandaan penuh

yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata

dasar.

Contohnya:

pulau-pulau mandi-mandi

buku-buku suku-suku

cantik-cantik minum-minum

tinggi-tinggi mata-mata

sungguh-sungguh kura-kura

tiba-tiba labah-labah

Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu

termasuk imbuhan sekali.

Contohnya:

pemimpin-pemimpin persatuan-persatuan

pelatih-pelatih kehendak-kehendak

4.4.2 Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa

boheh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa yang

berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata

pertamanya, dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam

bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.

Contohnya:

laki — lalaki — lelaki

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 40: Modul BMM3109

jari — jajari — jejari

siku – sisiku — sesiku

rambut — rarambut — rerambut

langit — lalangit — lelangit

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya

menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali.

Penggandaan separa demikian berlaku terhadap golongan kata kerja dan kata adjektif.

Bentuk-bentuk gandaan itu boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di

bahagian hadapan kata dasar untuk jenis kata kerja.

Contoh penggandaan separa yang sedemikian di bahagian belakang kata dasar adalah

seperti yang benikut:

berlari-lari terdiri-diri

mencari-cari sepandai-pandai

berturut-turut

Contoh penggandaan separa yang sedemikian di bahagian hadapan kata dasar adalah

seperti yang berikut:

kasih-mengasihi tolong-menolong

cinta-mencintai bantu-membantu

kejar-mengejar

4.4.3 Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak

bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar

digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan

pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak boleh dibahagikan

kepada tiga jenis, iaitu:

(i) penggandaan berentak penguhangan vokal

(ii) penggandaan benentak pengulangan konsonan

(iii) penggandaan berentak bebas

4.4.3.1 Penggandaan berentak pengulangan vokal

ialah penggandaan yang mempunyai ciri-cmri pensamaan pada bunyibunyi vokal

tertentu, iaitu terdapat cini-ciri keharmonian vokal.

Contohnya:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 41: Modul BMM3109

sayur-mayur cerai-berai

kuih-muih tungkus-lumus selok-

belok hingar-bingar

lauk-pauk hina-dina

gotong-royong hiruk-pikuk

4.4.3.2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

ialah penggandaan yang mempunyai cini-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan

tertentu.

Contohnya:

gunung-ganang simpang-siur

bukit-bukau mandi-manda

mundar-mandir bolak-balik

kayu-kayan batu-batan

4.4.3.3 Penggandaan berentak bebas

ialah penggandaan yang tidak mengandungi cini-cini persamaan pada bunyi

vokal atau konsonan.

Contohnya:

anak-pinak saudara-mara

lintang-pukang titik-bengik

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 42: Modul BMM3109

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;

Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep golongan kata bahasa Melayu secara umum;

2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa

Melayu;

4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja bahasa Melayu;

KERANGKA TAJUK-TAJUK

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 5

Golongan Kata BahasaMelayu Kata Nama Kata Kerja

Page 43: Modul BMM3109

Rajah 5.1: Kerangka Tajuk

5.0 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu

Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu

berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula

membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing  (Ali Mahmood et.al. 2010)

seperti berikut:

a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

Rajah 5.2 : Golongan Kata Menurut Marsden (1812)

b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 44: Modul BMM3109

Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)

d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 45: Modul BMM3109

Rajah 5.5: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.1 Golongan Kata Nama

Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah

perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini

menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama boleh pula dipecahkan

kepada sub-golongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya, iaitu seperti yang

berikut:

kata nama khas

kata nama kata nama am

kata ganti nama

Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang mendukung oleh setiap

perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna demikian

seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas,

kata nama am, dan kata ganti nama.

5.1.1 Kata Nama Khas

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 46: Modul BMM3109

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang

khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagm kepada

dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama

khashidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata

nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan

melalui rajah yang berikut:

Rajah 5.6: Golongan Kata Nama Khas Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.1.1.1 Kata Nama Khas Hidup

(a) Manusia

Nina Ahmad Tun Abdul Razak Rubi Hamid

P. Ramlee Hani Jamil Raja Azlan

Shah

(b) Bukan Manusia

Tumpuk Si Belang Sang Lamri

Lassie Comel

(C) Kata Nama Khas Tak Hidup

Kuala Lumpur Pasir Mas

Ahli Mangku Negara Gunung Kinabalu Proton Saga

5.1.2 Kata Nama Am

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 47: Modul BMM3109

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atauperkara-perkara yang

umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikankepada dua jenis, iaitu kata nama am

abstrak dan katanama am konkrit.

Rajah 5.7: Golongan Kata Nama Am Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.1.2.1 Kata Nama Am Abstrak

Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawakonsep mujarad atau

bukan kebendaan.

Contohnya:

Kedamaian demokrasi kemerdekaan

Perhimpunan penyalahgunaan

5.1.2.2 Kate Nama Am Konkrit

Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawakonsep kebendaan.

Contohnya:

mimpi roh idaman

kehendak serapan tangan

rumah kambing sungai

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 48: Modul BMM3109

lautan pekerja pelabuhan

kekasih jambatan kereta

5.1.3 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitukata ganti nama tunjuk

dan kata ganti nama din. Kata gantinama din boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti

nama dintanya dan kata ganti nama din orang. Kata ganti nama din orang

terdini daripada kata ganti nama din orang pertama, kata gantinama din orang kedua,

dan kata ganti nama din orang ketiga.Berikut mi diperincikan penggolongan kecil kata

ganti nama:

Rajah 5.8 : Golongan Kata Ganti Nama Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.1.4 Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsimenunjuk pada sesuatu

perkara atau benda. Terdapat hanya duakata ganti nama tunjuk, iaitu ituuntuk menunjuk

pada yangjauh, dan iniuntuk menunjuk pada yang dekat.

5.1.5 Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama din ialah kata nama yang menjadi penggantisesuatu benda, perkara,

atau manusia. Kata ganti nama dinterbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

(a) kata ganti nama din tanya

(b) kata ganti nama din orang

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 49: Modul BMM3109

Kata ganti nama din tanya ialah jenis kata nama yang berfungsimenanyakan ha! benda,

perkara atau manusia. Terdapattiga bentuk kata ganti nama din tanya, iaitu siapa yang

merujukorang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan manayangmerujuk benda

dan orang.

Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujukmanusia dan terdiri

daripada tiga kategori, iaitu orangpertama, orang kedua, dan orang ketiga. Contoh-

contohnya adalahseperti yang berikut:

kata ganti nama diri orang pertama - saya, aku, beta, patik,kami, dan kita

kata ganti nama din orang kedua - saudara, kamu, awak,engkau, dan anda

kata ganti nama diri orang ketiga - ia, dia, beliau, mereka,dan -nya.

5.3 Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti

dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua

kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula

boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik

Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:

Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yangdapat menjadi unsur

inti dalam binaan frasa kerja. Golongan katakerja dapat dibahagikan kepada dua

kumpulan, iaitu kata kerjatransitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula

dapatdibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerjatransitif pasif.

Penggolongan ini dapat digambarkan melalui rajah yang berikut:

Rajah 5.9 :Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

5.3.1 Kata Kerja Tak Transitif

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 50: Modul BMM3109

Kata kenja tak tnansitif ialah kata kerja yang tidak memerlukanpenyambut atau objek

sesudahnya. Namun terdapat sejumlahkata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh

pelengkap,sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja

taktransitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu katakerja tak tnansitif

berpelengkap dan kata kerja tak tnansitif takberpelengkap. Contoh-contoh kata kenja tak

transitif:

5.3.1.1. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

bangun berjalan tumbang

tersenyum pulang terpegun

menangis menguning menjerit

melancong berkibaran meninggi

5.3.1.2 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Beransur tinggal menjadi

Berbuat ada berbantalkan

5.3.1.3 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menenima penyambutsesudahnya, yang disebut

objek. Kata kerja transmtif juga dapatdibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif

aktif dan katakerja transitmf pasif.Kata kenja transitif aktif ialah kata kerja yang

menerimaawalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Kata kerjatransitif pasif

pula malah kata kerja hasil danipada proses transformasiatau perubahan ayat aktif

menjadi ayat pasif.

Contohnya:

1. Ali membeli buku. (aktif)

2. Buku dibeli oleh Alm. (pasif)

Contoh-contoh lain adalah seperti yang benikut:

Kata Kerja Transitif Aktif Kata Kerja Transitif Pasif

makan

mengambil

menendang

melihat

memasukkan

dimakan, kumakan, kaumakan

diambil, kuambil, kauambil

ditendang, kutendang, kautendang

dilihat, saya lihat, kamu lihat

dimasukkan, kumasukkan, kaumasukkan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 51: Modul BMM3109

mengabaikan

menghasilkan

memendekkan

memperisteri

memperhangat

diabaikan, saya abaikan, kauabaikan

dihasilkan, kuhasilkan, kauhasilkan

dipendekkan, saya pendekkan, kamu pendekkan

diperisteri, kauperisteri

diperhangat, saya perhangat

SINOPSISTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;

Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;

Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa

Melayu;

2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa

Melayu;

3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 6

Golongan Kata BahasaMelayu

Kata Adjektif

Kata Tugas

Page 52: Modul BMM3109

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 6.1 : Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif dan kata Tugas

6.1 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam

binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang

ketara. Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya

sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataan-penkataannya, iaitu:

Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada

sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan;

(ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata

adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif

perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera

6.1.1 Kata Adjektif / Sifatan / Keadaan :

Baik jahat cerdik

Pandai gopoh lemah

kasar, berani takut

lembut nakal buas

sihat segar sakit

layu tegap tegas

sibuk tenang

6.1.2 Kata Adjektif Warna

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 53: Modul BMM3109

Putih kuning merah

Biru hijau ungu

Perang kelabu

6.1.3 Kata Adjektif Ukuran

Panjang pendek kecil

Nipis tebal tinggi

Cetek dalam tohor

6.1.4 Kate Adjektif bentuk

Bulat bundar leper

Bujur lonjong

6.1.5 Kata Adjektif Pancaindera

(a) rasa : sedap manis lazat

masam kelat pahit

tawar

(b) pandang : cantik molek hodoh

ayu buruk

(c) dengar : merdu mersik nyaring

bising

(d) bau : hanum wangi busuk

hapak

(e) sentuh : halus licin keras

Kasar lembut lembik

6.1.6 Kate Adjektif Waktu

segera spontan lewat

lambat awal

6.1.7 Kate Adjektif Cara

Cepat laju denas

Lambat perlahan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 54: Modul BMM3109

6.1.8 Kata Adjektif Perasaan

Rindu geram asyik

Benahi ghairah benci

Sayang cinta

6.1.9 Kate Adjektif Jarak

Jauh dekat hampin

nyaris

6.2 Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagaijenis atau

heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongankecil yang

berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifatyang sama, iaitu tidak boleh menjadi

unsur inti bagi frasa-frasaendosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas mi masuk kedalam

binaan ayat sama ada melalui perhubungan denganperkataan daripada

golongan kata kerja, kata nama dan kataadjektif, ataupun melalui penhubungan

secara langsung dengan

binaan frasa atau klausa tertentu. Misalnya, kata bilangan masukke dalam frasa

nama melalui perhubungan dengan kata nama,seperti dalam contoh yang

berikut:

Frasa Nama

Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Nama

ramai

dua

beberapa

tiap-tiap

kebanyakan

-

orang

ekor

-

-

penonton

askar

kucing

calon

penduduk

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 55: Modul BMM3109

Kata penguat pula masuk ke dalam frasa adjektif melaluiperhubungan dengan

kata adjektif.

Contohnya:

Kata penguat Kata adjektif

sungguh

amat

paling

kurang

indah

bahagia

tinggi

baik

Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasauntuk mendukung

sesuatu tugas sintaksis tententu, iaitu samaada sebagai penghubung, penerang,

penguat, pendepan, pembantu,penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun

tugas-tugasyang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, makakata

tugas boleh dikenal pasti sebagai yang benikut:

(i) kata hubung : dan, atau, tetapi

(ii) kata seru : wah, amboi, aduh

(iii) kata tanya : bagaimana, bila, benapa, mengapa

(iv) kata perintah : sila, tolong, hanap

(v) kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan

(vi) kata bantu : akan, sudah, pennah

(vii) kata penguat : sangat, amat, paling

(viii) kata penegas : juga, lah, tah, pun

(ix) kata nafi : tidak, bukan

(x) kata pemeri : ialah, adalah

(xi) katasendinama : di, dan, dalam

(xii) katapembenar : ya, benan, betul

(xiii) katabilangan : dua, segala, benibu-nibu,masing-masing

(xiv) kataarah : atas, bawah, dalam

(xv)katapembenda : -nya

(xvi) katapenekan : -nya

93

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 56: Modul BMM3109

AKTIVITI

1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata

adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii)

kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata

adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata

adjektif pancaindera.

2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang

berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata

praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 57: Modul BMM3109

Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Tegas beliau, “krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”

Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengng-kat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta.

Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf

LATIHAN

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 58: Modul BMM3109

Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif

yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.

Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.   "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandanganny menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.   Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. "Hilwah... kau marah?"  Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan." "Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

  BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006).

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala

Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala

Lumpur:Open University Malaysia.

Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala

Lumpur:Open University Malaysia

Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 59: Modul BMM3109

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 60: Modul BMM3109

INTERAKSI

3TAJUK 7 Kata Nama Bahasa MelayuTAJUK 8 Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu TAJUK 9 Penggolongan Kata Kerja Bahasa Melayu

7.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Kata Nama Bahasa Melayu, iaitu

Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama

7.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Mengklasifikasi golongan Kata Nama kepada Kata Nama Khas, Kata Nama Am, dan Kata Ganti Nama.

7.3 Kata Nama dan Penggolongannya

Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda, atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas,(ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti nama.

7.4 Kata Nama Khas

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 7

KATA NAMA BAHASA MELAYU

Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama

Page 61: Modul BMM3109

a. Kata Nama Khas  

Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata

yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,

benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat,

dan seumpamanya.  Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf

besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu

nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup

dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rujuk Rajah 7.1 berikut:

Rajah 7.1 Kata Nama Khas

7.4.1 Kata Nama Khas Hidup Manusia

Kata nama khas hidup manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada manusia sama ada didahului oleh nama panggilan atau gelaran atau tidak, contohnya:

AzmanProf. ArisPuteri Hamidah

Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas. Misalnya:

si mati si berhutang,sang perkasa.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 62: Modul BMM3109

7.4.2 Kata nama khas hidup bukan manusia

Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya. Kata nama khas hidup bukan manusia juga boleh menerima kata panggilan atau gelaran. Misalnya:

Jibrail Hevea Brasilia Belang Sang Lamri

7.4.2 Kata nama khas tidak hidup

Kata nama khas tidak hidup terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang, dan seumpamanya.

Contohnya: Proton Saga, Hospital Kuala Lumpur, Malaysia, Melayu, Ahli Mangku Negara,…

7.5 Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau

konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada

kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu

(i) hidup atau tidak hidup,

(ii) manusia atau bukan manusia,

(iii) Institusi atau bukan institusi,

(iv) konkrit atau abstrak, dan

(v) berbilang atau tak berbilang

Rujuk Rajah 7.2 berikut:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:Tandakan (/) pada ayat yang betul penggunaan kata nama khas dan

tandakan (x) pada penggunaan yang salah. Betulkan kesalahan itu.

1. Abang saya memiliki kereta produa myvi.

2. Majalah Didik majalah kesukaan kanak-kanak.

3. Mereka pernah mengunjungi Muzium Negara.

4. kuala kangsar Bandar di-raja negeri Perak darul ridzuan.

5. Ayah membelikan saya pen Parker.

Page 63: Modul BMM3109

Rajah 7.2 : Kata Nama Am

7.6 Kata Ganti Nama

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang 

menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan

kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.

7.6.1 Kata nama diri

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu (i) kata ganti nama diri

orang dan (ii) kata ganti nama diri tanya.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat

berikut:1. Majalah itu tebal kulitnya.2. Pekedai sedang melayan

pelanggan.3. Nenek menggulai daging rusa.

4. Encik Ahmad menulis surat.5. Jalan di kampong kami sedang

dibaiki.

Page 64: Modul BMM3109

Kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu (i) kata ganti nama diri

orang pertama, (ii) kata ganti nama diri kedua, dan (iii) kata ganti nama diri ketiga.

Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama din tanya, iaitu:

(i) apa — yang menujuk benda atau perkana(ii) siapa — yang menujuk orang(iii) mana — yang menujuk benda atau orang

Kata ganti nama din tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk mémbawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya:

(i) apa — apa-apa(ii) mana —mana-mana(iii) siapa —siapa-siapa (sesiapa)

7.6.2 Kata nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu, untuk menunjuk pada yang jauh.

Ringkasnya, penggolongan kata ganti nama dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Kata Ganti Nama

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan

1. Apakah perbezaan antara apa dengan

apa-apa, siapa dengan siapa-siapa, dan

mana dengan mana-mana?

2. Mengapakah kata tanya bila sering

digunakan untuk menggantikan kata

Page 65: Modul BMM3109

Rumusan

Aspek Penggolongan Kata: Kata Nama

Kata Nama Am (Konkrit) baju, seluar, kucing, masjid

Kata Nama Am (Abstrak) mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak

Kata Nama Khas

(Hidup - Manusia)

Tun Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak,

Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar

Kata Nama Khas

(Hidup - Bukan Manusia)

Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda

Diana (orkid)

Kata Nama Khas

(Tak Hidup)

Proton Perdana V6, Proton Waja,

Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

Dewan Al-Marbawi, Anjung Hikmah, Anjung Mimos,

Wilayah Iskandar, Gerbang Selatan

Kata Ganti Nama (Diri Pertama)aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya

Kata Ganti Nama

(Diri Kedua)

anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba

Kata Ganti Nama

(Diri Ketiga)

baginda, beliau, dia, ia, mereka

Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini, itu

Kata Ganti Nama (Tanya) apa, siapa, mana, berapa

Kata Ganti Nama (Tempat) sana, sini, situ

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan

1. Apakah perbezaan antara apa dengan

apa-apa, siapa dengan siapa-siapa, dan

mana dengan mana-mana?

2. Mengapakah kata tanya bila sering

digunakan untuk menggantikan kata

Page 66: Modul BMM3109

8.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu, iaitu

Kata NamaTunggal Kata Nama Terbitan Kata Ganti Majmuk Kata Nama Ganda

8.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan Kata Nama bahasa Melayu.

8.3 Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu

Perkataan-perkataan yang tengolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Bendasarkan itu kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:

(i) kata nama tunggal(ii) kata nama terbitan(iii) kata nama majmuk(iv) kata nama ganda

8.3.1 Bentuk Kata Nama Tunggal

Kata nama berbentuk tunggal boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu

(i) perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Contohnya:

ikandauntudungwanitaAllahyanham

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 8

PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU

Kata Nama Tunggal Kata Nama Terbitan Kata Nama Majmuk Kata Nama Ganda

Page 67: Modul BMM3109

demokrasiposkod

ii. Kata yang berbentuk akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui pencantuman bahagian-bahagian danipada serangkaian perkataan. Kata nama tunggal berbentuk akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti berikut:

(i) kata aknonim cantuman huruf awal perkataan-perkataan. Misalnya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

(ii) kata aknonim cantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan. Misalnya Mara (Majlis Amanah Rakyat)

(iii) kata aknonim cantuman suku kata awal perkataan-perkataan. Misalnya, pawagam (Panggung Wayang Gambar)

(iv) kata aknonim cantuman bahagian awal perkataan pentama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutmnya. Misalnya jentolak (JenteraTolak)

8.3.2 Bentuk Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Tendapat empat jenis imbuhan kata nama yang boleh benganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Keempat-empat jenis imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.

Awalan kata nama

Awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu ialah:(i) peN-(ii) pe-(iii) peR-(iv) ke-(v) juru

Akhiran kata nama

Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu -an yang boleh bengabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.

(a) Aspek makna akhiran -anTerdapat sekurang-kurangnya sembilan makna yang didukungoleh akhiran an apabila bergabung dengan kata-kata dasar tertentu:

(I) maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

kritik + -an (kritikan: hasil mengkritik)tulis + -an (tulisan: hasil menulis)

(II) maksud kawasan atau bidang yang luas. Contohnya

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 68: Modul BMM3109

laut + -an (lautan: laut yang luas)lapang + -an (lapangan: kawasan lapang yang luas)luar + -an (luaran: kawasan luar yang luas)

(III) makna banyak. Contohnya:

parut + -an (parutan: banyak parut)

(IV) makna alat. Contohnya:

kisar + -an (kisaran: alat untuk mengisar)

(V) makna orang atau haiwan yang menjadi penderita kerja. Contohnya:tawan + -an (tawanan: orang yang ditawan)

(VI) makna perkara atau benda yang menderita kerja. Contohnya:

hampar + -an (hamparan: benda yang dihampar)

(VII) makna sesuatu yang mempunyai sifat yang tenkandung dalam kata dasar. Contohnya:

manis + -an (manisan: mempunyai sifat manis)

(VIII) makna tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar. Contohnya:

kurung + -an — kurungan (tempat untuk mengurung)

(IX) membawa makna ukuran atau kiraan berdasarkan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

hari + -an — harian (kiraan bendasarkan hari)kata bilangan + -an:satu + -an — satuan (kiraan bendasarkan angka)juta + -an — jutaan

Apitan kata nama

Apitan-apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu ialah:(i) peN-.. -an(ii) pe-...-an(iii) peR-...-an(iv) ke-...-an

(i) Apitan peN-…-an

Bentuk Apitan peN-…-an

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 69: Modul BMM3109

Apitan peN-...-an terdiri daripada empat bentuk, iaitu pe-…-an, pem…an, pen-…-an, dan peng-…-an. Perbezaan bentuk-bentuk apitan itu berdasarkan dua faktor:

• faktor fonologi, iaitu jenis huruf pentama pada kata dasar yang akan bencantum dengan bentuk apitan itu.

• faktor penkembangan dan perancangan bahasa, yang menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman penatunan fonologi bahasa Melayu

(I) peN-... -an menjadi pe--an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ng, ny, r, I, y, dan w.

Contohnya:

mandi — pemandiannyala — penyalaan

Jenis ini juga berlaku pada kata dasar yang bermula dengan hurf-huruf p, t, k, dan s. Huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daenah antikulasinya dengan bunyi pertama dalam kata dasar , iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s.

Contohnya:

pulau — pemulauantipu — penipuan

(II) paN-...-an menjadi pain-.. -an apabila bengabung dengan kata dasar yang bermula dengan hunuf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf b, f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b.

Contohnya:

baca — pembacaanbajak — pembajakan

(III) peN-...-an menjadi pen-...-an apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf d, c, j, sy dan z, dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s.

Contohnya:

dapat - pendapatandamping - pendampingan

(IV) paN-.. .-an menjadi peng-... -an jika bengabung dengan kata dasar yang benmula dengan huruf-hunuf g, kh, dan h (bunyi-bunyi konsonan) dan a, e, i, a, dan u (bunyi-bunyi vokal). Peng-..an dapat juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf k.

Contohnya:

gali — penggalianganda — penggandaan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 70: Modul BMM3109

kategori — pengkategorian

peng--an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mernpunyai satu suku kata sahaja.

Contohnya:

syor — pengesyoranborn — pengebornan

(V) peN-... -an bervariasi dengan pel-.. -an apabila bengabung dengan perkataan ajar untuk membentuk kata palajaran. Bentuk ini bermaksud perkara yang diajarkan dan dibezakan daripada pengajaran.

ajar — pelajaran (sesuatu yang diajarkan)

Aspak makna apitan peN-…-an

Lazimnya apitan peN-... -an menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar.

Contohnya:

Bekal — pembekalan (proses membekalkan)Tukar — penukaran (proses menukar)Indah — pengindahan (proses mengindahkan)ke tepi — pengetepian (proses mengetepikan)tolak imbang — penolakimbangan (proses menolak imbang)bakul sampah — pembakulsampahan (proses membakulsampahkan)

Apitan peN-…-an juga membawa maksud melakukan sesuatu.

Contohnya:

gantung — penggantungan (tempat menggantungkan sesuatu)

(ii) Apitan pe-…-an

Bentuk Apitan pe-…-an

Apitan pe-.. -an mempunyai satu bentuk pewujudan, iaitu pe-...-an apabila bergabung dengan kata-kata dasar. Jumlah kata terbitan dengan apitan pe-.. -an dalam bahasa Melayu agak terhad.

Contohnya:

sisir — pesisirankarang — pekarangan

Aspak makna apitan pe-…-an

(I) Apitan pe-...-an menandakan makna tempat sesuatu kerja dilakukan, atau tempat atau kawasan yang khusus.

Contohnya:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 71: Modul BMM3109

tempat — petempatan (kawasan penduduk ditempatkan)karang — pekarangan (tempat khusus mengarang bunga atau batu karang di luar rumah)sisir — pesisiran (bahagian laut tempat perahu menyusur pantai)dalam — pedalaman (kawasan atau tempat tertentu yang kedudukannya jauh dan pantai)

(II) Apitan pe-… -an juga membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar.

Contohnya:

perang — peperanganperiksa — peperiksaan

(iii) Apitan peR-…an

Bentuk apitan peR-...-an

Apitan peR-…-an mempunyai satu bentuk pewujudan, iaitu per-…-an apabila bengabung dengan semua kata dasar kecuali kata dasar yang bergabung itu berawalkan hunuf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan.

Contohnya:

industri — perindustrianratus — peratusan

Aspek makna apitan peR-…-an

Apitan peR-... -an menandakan makna tempat.

Contohnya:

kampung — perkampunganbara — perbaraankubur — perkuburanhenti — perhentianlindung — perlindungan

Apitan peR-..-an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak. Kata-kata yang terbentuk hasil gabungan peR-...-an dengan golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas rnenandakan makna khusus, iaitu hal yang berkait dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya.

Contohnya:

aku — perakuandagang — perdagangankukuh — perkukuhan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 72: Modul BMM3109

ratus — peratusanantara — perantaraan

(iv) Apitan ke-…an

Bantuk apitan ke-…an

Apitan ka-. -an boleh hergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.

Contohnya:

datang — kedatanganberangkat — keberangkatantidak adil — ketidakadilanseirnbang — keseirnbanganurus setia — keurussetiaan

Aspak makna apitan ke-… -an

(I) Apitan ke-…-an bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata nama yang bensifat abstrak yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar.

Contohnya:

daulat — kedaulatanberangkat — keberangkatandingin — kedinginantidak hadir — ketidakhadirantidak adil — ketidakadilan

Apitan ke-...-an boleh juga membentuk kata narna yang membawa makna ternpat.

Contohnya:

menteri — kementeriandiam — kediaman

Sisipan Kata Nama

Ada tiga bentuk sisipan kata nama iaitu, -al-, -an-, dan -am- tetapi pembentukan kata nama melalui sisipan tidak lagi produktif.

Contohnya:

(i) Sisipan –el- : tapak - telapak(ii) Sisipan – er- : gigi - gerigi(iii) Sisipan –em- : kuncup - kemuncup

8.3.3 Bentuk Kata Nama Majmuk

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 73: Modul BMM3109

Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua atau lebih kata dasar.

Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit yang membawa

makna tertentu.

(i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, misalnya guru be-

sar

(ii) Kata majmuk yang digunakan sebagai gelaran, misalnya Setiausaha

Sulit.

(iii) Kata majmuk yang merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, misal-

nya titik buta.

(iv) Kata majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa,

misalnya anak emas.

Ada kata nama majmuk yang dieja bercantum dan dianggap sebagai bentuk yang telah

mantap. Misalnya antarabangsa.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 74: Modul BMM3109

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Perbezaan kata majmuk daripada frasa

Kata majmuk terbina daripada dua kata, maka kata majmuk sering

dikerlirukan dengan frasa. Kata majmuk ialah binaan

morfologi. Frasa ialah binaan sintaksis.

Tiga ciri yang membezakan keduanya ialah:

oKata majmuk mempunyai makna khusus sebagai satu perkataan. Jawatankuasa ialah ‘kumpulan

orang yang ditugaskan membincangkan sesuatu

perkara’ bukannya ‘jawatan yang mempunyai kuasa’

Guru besar ialah ‘guru ketua pentadbir sekolah’ bukannya

‘guru bersaiz besar’ Keretapi (kenderaan berkuasa

wap bukannya kereta berapi-api)

oKata majmuk mempunyai satu kesatuan sebagai satu kata, iaitu

tidak dapat dipisahkan oleh bentuk lain tanpa mengubah

makna.

Latihan:

Dengan merujuk kepada TBD Edisi Baharu 4.2.3 (m/s 73 – 74) , TBD 12.3.1

(m/s 342 - dan seterusnya) dan TBD 12.2.2 (m/s 389), anda akan menjumpai

beberapa perkataan yang dikelaskan sebagai kata majmuk juga telah

dinyatakan sebagai frasa (frasa nama / frasa adjektif). Berbincanglah dengan rakan dan pensyarah anda tentang

golongan kata majmuk dan frasa itu. Berdasarkan panduan membezakan kata

majmuk dengan frasa, nyatakan

Page 75: Modul BMM3109

8.3.3 Bentuk Kata Nama Ganda

Kata nama boleh mengalami proses penggandaan yang membawa makna tertentu. Ada tiga bentuk kata nama ganda, iaitu (i) penggandaan penuh, (ii) penggandaan separa, dan (iii) penggandaan berentak.

(i) Penggandaan penuh

Penggandaan penuh melibatkan penggandaan seluruh kata dasar.

Misalnya:

Ayat ayat-ayat

Sayur sayur-sayuran

Pelabuhan pelabuhan-pelabuhan

Guru besar guru-guru besar

Tanggungjawab tanggungjawab-tanggungjawab

(ii) Penggandaan separa

Penggandaan separa melibatkan sukukata pertama dalam kata dasar.

Semua bunyi vokal pada suku kata pertama perkataan berubah menjadi

vokal tengah ‘e pepet’. Contohnya:

Langit la-langit lelangit

(iii) Penggandaan berentak

Kata nama dasar digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata

dasar itu.

Contohnya:

Sayur sayur-mayur

Kayu kayu-kayan

Anak anak-pinak

Aspek makna penggandaan

1. Kata nama ganda akan membawa maksud jamak, iaitu menandakan jumlah

yang banyak, misalnya meja-meja (meja yang banyak).

2. Kata nama ganda sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan, mis-

alnya lelangit (seakan-akan langit).

3. Kata nama ganda yang membawa maksud kepelbagaian jenis, misalnya

sayur-mayur (pelbagai jenis sayur).

4. Kata nama ganda sebagai penanda tidak tentu, contohnya apa-apa, bila-bila,

dan mana-mana.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Pembentukan kata nama dilihat dari

segi pembentukan dan unsur-unsur

Perbezaan kata majmuk daripada frasa

Kata majmuk terbina daripada dua kata, maka kata majmuk sering

dikerlirukan dengan frasa. Kata majmuk ialah binaan

morfologi. Frasa ialah binaan sintaksis.

Tiga ciri yang membezakan keduanya ialah:

oKata majmuk mempunyai makna khusus sebagai satu perkataan. Jawatankuasa ialah ‘kumpulan

orang yang ditugaskan membincangkan sesuatu

perkara’ bukannya ‘jawatan yang mempunyai kuasa’

Guru besar ialah ‘guru ketua pentadbir sekolah’ bukannya

‘guru bersaiz besar’ Keretapi (kenderaan berkuasa

wap bukannya kereta berapi-api)

oKata majmuk mempunyai satu kesatuan sebagai satu kata, iaitu

tidak dapat dipisahkan oleh bentuk lain tanpa mengubah

makna.

Latihan:

Dengan merujuk kepada TBD Edisi Baharu 4.2.3 (m/s 73 – 74) , TBD 12.3.1

(m/s 342 - dan seterusnya) dan TBD 12.2.2 (m/s 389), anda akan menjumpai

beberapa perkataan yang dikelaskan sebagai kata majmuk juga telah

dinyatakan sebagai frasa (frasa nama / frasa adjektif). Berbincanglah dengan rakan dan pensyarah anda tentang

golongan kata majmuk dan frasa itu. Berdasarkan panduan membezakan kata

majmuk dengan frasa, nyatakan

Page 76: Modul BMM3109

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Pembentukan kata nama dilihat dari

segi pembentukan dan unsur-unsur

Page 77: Modul BMM3109

9.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami penggolongan Kata Kerja Bahasa Melayu, iaitu Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif

9.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. membezakan kata kerja tak transitif dengan kata kerja transitif.

9.3 Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Pembentukan kata nama dilihat dari

segi pembentukan dan unsur-unsur

TAJUK 9

PENGGOLONGAN KATA KERJA BAHASA MELAYU

Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif

Page 78: Modul BMM3109

Jenis Kata Kerja

Terdapat dua jenis kata kerja:a) Kata kerja transitifb) Kata kerja tak transitif

9.4 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:

1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).3. Air sungai itu mengalir (deras).4. Pesawat itu mendarat (di landasan).

9.4.1 Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat. seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkapKata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.2. Dia suka menyanyi.3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.2. Budak itu menyanyi pada malam hari.3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Pembentukan kata nama dilihat dari

segi pembentukan dan unsur-unsur

Page 79: Modul BMM3109

9.4.1 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:

Kata kerja tak transitif berpelengkapa) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.2. Saya ada wang.3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.

a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:1. Buah-buahan itu menjadi busuk.2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.3. Peserta itu tidur lena.

a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.2. Burung itu hinggap di dahan pokok.3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 80: Modul BMM3109

9.5 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek1. Ammar2. Ibu3. Penjaja4. Bapa

membacamenanakmenjualmembasuh

buku (setiap pagi)nasiikankereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 81: Modul BMM3109

9.6 Perbandingan antara kata kerja tak transitif dengan kata kerja transitif

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 82: Modul BMM3109

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Kaji jenis kata kerja dan nyatakan

perbezaan penggunaannya mengikut

konteks ayat.

Aspek dan Contoh Kata Kerja

1. Kata Kerja Transitif (Aktif): membeli,

menggunakan, mendiami, mengabaikan,

mempererat, menyiram

2. Kata Kerja Transitif (Pasif): dibeli,

digunakan, didiami, diabaikan, dipererat

Page 83: Modul BMM3109

INTERAKSI

4

TAJUK 10Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu

TAJUK 11Jenis-Jenis Kata Adjektif Bahasa Melayu

TAJUK 12 Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu

10.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan andamemahami pembentukan Kata Kerja Bahasa

Melayu, iaitu

Kata KerjaTunggal

Kata KerjaTerbitan

Kata Kerja Majmuk

Kata Kerja Ganda

10.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

2. Menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan Kata Kerja bahasa

Melayu, iaitu kata tunggal, pengimbuhan Kata Kerja, penggandaan Kata

Kerja, dan pemajmukan Kata Kerja.

10.3 Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 10

Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu

Kata kerja tunggal

Kata kerja terbitan

Kata kerja majmuk

Kata kerja ganda

Page 84: Modul BMM3109

Perkataan-perkataan yang tengolong dalam golongan kata kerja boleh dikaji dari segi

pembentukannya. Bendasarkan proses pembentukan kata kerja, kata kerja boleh

dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:

(i) katakerja tunggal

(ii) katakerja terbitan

(iii) katakerja majmuk

(iv) katakerja ganda

10.3.1 Bentuk Kata Kerja Tunggal

Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang kebanyakannya

bersifat tak transitif. Antara contohnya ialah:

ada

balik

pulang

keluar

datang

lahir

gagal

Kata makan dan minum pula merupakan contoh kata kerja tunggal yang bersifat transitif.

Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah seperti yang berikut:

Murid-murid itu balik ke rumah.

Pelawat sekolah saya belum datang lagi.

Burung terbang dipipiskan lada.

Kumpulan askar itu pun mara.

Dia lahir di Segamat, Johor.

Kata kerja tunggal ada yang berbentuk akronim, iaitu berdikari yang diwujudkan

daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 85: Modul BMM3109

10.3.2 Bentuk Kata KerjaTerbitan

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu

proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-

perkataan terbitan. Proses pembentukan kata kerja terbitan bahasa Melayu melibatkan

keempat-empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.

7. (i) Awalan Kata Kerja

Awalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah:

(i) meN-

(ii) beR-

(iii) teR-

(iv) di-

(v) mempeR-

(vi) dipeR-

(i) Awalan meN-

(a) Bentuk awalan meN

Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif,sama ada transitif

atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bengantung pada

huruf pertama kata dasar yang bencantum dengannya, iaitu awalan me-, mem-,

men-, meng-, menge-. Kata dasar yang dirangkaikan dengan awalan meN itu

pula akan mengalami proses sengauan. Bunyi sengau itu pula serasi dengan

fonem awal kata dasar. Apabila fonem awal kata dasar itu ialah konsonan

bersuara, maka fonem itu tidak gugur. Sebaliknya, fonem itu akan mengalami

perubahan apabila fonem awal kata dasar itu ialah konsonan tidak bersuara.

Awalan kata kerja me-

Awalan kata kerja me- bergabung dengan kata dasar bermula huruf m, n, ny,

ng, r, l, w

makan - memakan

nilai - menilai

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 86: Modul BMM3109

nyala - menyala

nganga - menganga

rajuk - merajuk

luas - meluas

wangi - mewangi

Awalan kata kerja yang bergabung dengan kata dasar bermula huruf k, p, sdant

akan mengalami proses sengauan, iaitu huruf awal kata dasarnya perlu

digugurkan dan diganti dengan bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya

(homorganik), iaitu m bagi p, nbagi t, ng bagi k, dan nybagi s.

potong - memotong (m)

tulis - menulis (n)

kirim - mengirim (ng)

sunting- menyunting (ny)

Awalan kata kerja mem-

Awalan kata kerja mem- diimbuh kepada kata dasar bermula huruf f, b, v dan

gugus konsonan b dan p

baca - membaca

fitnah - memfitnah

boikot - memboikot

veto - memveto

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Walau bagaimanapun, proses sengauan tidak terjadi pada

fonem /c/ (tidak bersuara), iaitu tidak mengalami

perubahan apabila bergabung dengan meN. Contoh:cinta – mencintai, cuci –

mencuci, cantas – mencantas,

Page 87: Modul BMM3109

plaster - memplaster

brek - membrek

Awalan kata kerja men-

Awalan kata kerja men- dimbuh kepada kata dasar bermula huruf d, c, j, z

dengar -mendengar

curi - mencuri

jangka - menjangka

zarah - menzarah

Awalan kata kerja men- juga digabung dengan kata pinjaman yang bermula

huruf t dan s, gugus konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s, dan

konsonan gabungan (digraf) sy.

tadbir - mentadbir

sintesis - mensintesis

skru - menskru

transkripsi - mentranskripsi

syampu - mensyampu

Awalan kata kerja meng-

Awalan kata kerja meng- diimbuh kepada kata dasar bermula huruf g, gh, kh,

h, a, e, i, o, u

ganas - mengganas

ghaib - mengghaib

khusus- mengkhusus

harum - mengharum

adu - mengadu

elak - mengelak

ingat - mengingat

olah - mengolah

uji - menguji

Awalan kata kerja meng- digabungkan dengan kata pinjaman mula huruf k

kritik - mengkritik

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 88: Modul BMM3109

Awalan kata kerja menge-

Awalan kata kerja menge- diimbuhkan dengan kata dasar yang berekasuku

kata

lap - mengelap

bom - mengebom

(b) Golongan kata yang boleh menerima awalan meN

AwalanmeN- boleh digabungkan dengan kata dasar yang tendiri daripada

berbagai-bagai golongan kata, iaitu kata nama, kata adjektif, dan kata kerja.

Contohnya:

meN + Kata Nama: mengapak, melaut, mengepin, melangit, melutut…

meN + Kata Adektif: menipis, mengecil, mewangi, menghijau…

meN + Kata Kerja Transitif: menggunakan, membuka, memburu, menendang…

meN + Kata Kerja Tak Transitif:melecur, menangis, mengancam, meninggal…

(ii) Awalan beR-

(a) Bentuk awalan beR-

Awalan kata kerja beR- mempunyai tiga varian, iaitu ber-, be- dan bel-

Apabila kata dasar yang dirangkaikan itu bermula dengan fonem /r/, maka

wujudlah bentuk be- , iaitu berlaku peleburan satu r.

Contoh:

beratu, berakit, beracun, beragam, berasa, berantai, berentak,

berumah, berongga, berentetan…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Tendapat satu bentuk kekecualian, iaitu kata dasarkaji yang huruf pertamanya tidak berubah menjadi

Page 89: Modul BMM3109

Walau bagaimanapun, kekecualian terjadi pada beberapa kata seperti bekerja.

Fonem /r/ boleh menjadi fonem /l/ akibat proses disimilasi, iaitu pada kata

belajar.

Variasi bentuk beR menjadi be atau bel disebabkan oleh lingkungannya. Bentuk

variasi ini dinamakan alomorf.

Awalan beR dirangkaikan dengan kata dasar tanpa perubahan bentuk.

ber + kereta = berkereta

ber + jalan = berjalan

ber + sawah = bersawah

ber + kasih = berkasih

ber + istirahat = beristirahat

(b) Golongan kata yang boleh menerima awalan beR-

AwalanbeR-boleh digabungkan dengan kata dasaryang terdiri daripada kata

nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Contohnya:

Kata Nama (KN): bertudung, berbasikal, berhabuk, berbulu,

berbahasa, bersekolah…

Kata Kerja (KK): bertukar, berubah/berobah, berlakon,

bertutup, bersapu…

Kata Adjektif (KA): berbahagia, berlapar, berbahaya, berbaik,

berjahat, berjauh…

Kata Tugas (KT): beroleh, beserta, bersahaja, bersungguh,

beribu, berlalu…

(c) Jenis awalan beR

Awalan kata kerja beR- bergabung dengan semua kata dasar untuk mem-

bentuk kata kerja tak transitif, sama ada berpelengkap ataupun tanpa pe-

lengkap.

KKTT tanpa Pelengkap:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 90: Modul BMM3109

berlari, bernyanyi, bergurau, bergasak, telah bersatu, berdiri, berfikir,

bersolek, bersabun, berumah…

KKTT Berpelengkap:

berbuatbaik, berdendang sayang, berganding bahu, berdatang sembah,

beransur sihat, berbalas tembak, bertambah anggun…

(iii) Awalan teR-

(a) Bentuk awalan teR-

Padadasarnya terdapat satu bentuk awalan teR-, iaitu ter- yangdigabungkan

dengan semua kata dasar.

Contohnya:

terbawah, terbatuk, tercatat, terduduk, terfasak,tergabung, termanis, terlama,

terkejam, termabuk, terancam, terolah, terikut, terbesar, terhambur, terubat,

terbabit, terkubur, tertendang, tersayang, tergantung…

Namun begitu, bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r dan mendapat

awalan ter-, satu daripada r itu akan gugur hasil daripada proses peleburan

bunyi.

Contohnya:

terampas, teragut, terendam, terakus, teramah, terangkai, teranum,

terayap, teranggi, terangkum, terasa, teranap, teramping, teramai, terasuk,

terancak, terancang, terugi, terangsang, terimbun, teraba…

Seperti juga awalan ber-, apabila awalan ter- bergabungdengan kata yang

konsonan awalnya diikuti oleh -er- seperti katasergam, maka r dalam awalan

ter- tidak gugur. Namun begitutendapat kecenderungan sesetengah penutur

menggugurkan rdalam pengucapan lisan dan dianggap sebagai variasi dialek.

Contohnya:

sergam — tersergam

(b) Golongan kata yang boleh menerima awalan teR-

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 91: Modul BMM3109

Awalankata kerja teR-boleh digabungkan dengan kata dasaryang terdiri

daripada kata nama, dan kata kerja.

Contohnya:

Kata Kerja Transitif:

terminum, terberi, tertendang, tergoreng, tertutup, terpijak, tersusun…

Kata Kerja Tak Transitif:

terkejut, terdaki, terbangun, tercukur, terlebur, terjaga, ternganga…

Kata Nama:

terantai, terpenjara, terpaku, terkata, terbentuk, ternama…

(c) Jenis awalan teR

Awalan kata kerja teR- boleh membentuk kata kerja aktif transitif , aktif tak

transitif dan kata kerja pasif.

Contohnya,

Kata Kerja TransitifAktif:

tertendang bola, terangkat batu, terjual kasut, terpotong tangan,

tertembak kawan, terambil hadiah, tersarung kain…

Kata Kerja Pasif:

tertendang oleh, terangkat oleh, terjual oleh, terpotong oleh,

tertembak oleh, terambil oleh, tersarung oleh…

Kata Kerja Tak Transitif

tergelak apabila, terjatuh ke, tertunduk ke, tersenyum apabila,

terlucut apabila, terlupa akan, tertinggal di…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Terdapat sebahagian kata yang berawalan teR dimasukkan dalamkategori kata tugas, seperti kata terlalu, tertentu, terjadi, ternyata,

terlampau…

Terdapat sebahagian kata yang

Page 92: Modul BMM3109

(iv) Awalandi-

Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk

kata kerja ayat pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku

orang ketiga.

Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif mempunyai hanya satu bentuk,

iaitu di-, contohnya:

sapu - disapu

tulis - ditulis

Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja

dan kata nama.

Contohnya:

kata kerja: ditulis; dipanjat; diolah

kata nama: dihukum; dijerat; dipanah

Kebanyakan kata nama yang menerima awalan di-, menerima juga akhiran -

kandan -i untuk menjadikannya kata kerja transitif.

(iii) Awalan mempeR-

(a) Bentuk awalan mempeR-

Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud dalam hanya

satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Me!ayu bentuk ini biasa juga dirujuk

sebagai hanya awalan per-, seperti perbudak, perhamba, perdewa, perkuli, per-

setan. Namun demikian dalam ayat aktif per- tidak boleh wujud tanpa awalan

meN-. Awalan per-juga dapat digabungkan dengan Awalan mem- dengan keten-

tuan bahawa fonem /p/ tidak digugurkan, seperti mempertinggi, memperpanjang,

mempererat, memperkuda, memperlancar, memperhebat.

Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif.

Contohnya:

Aktif Pasif

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Terdapat sebahagian kata yang berawalan teR dimasukkan dalamkategori kata tugas, seperti kata terlalu, tertentu, terjadi, ternyata,

terlampau…

Terdapat sebahagian kata yang

Page 93: Modul BMM3109

memper + alat memperalat diperalat

memper + isteri memperisteri diperisteri

memper + tinggi mempertinggi dipertinggi

memper + cepat mempercepat dipercepat

memper + oleh memperoleh diperoleh

(b) Golongan kata yang boleh menerima awalan mempeR-

Awalan mempeR-dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada Kata

Nama, Kata Adjektif dan Kata Tugas.

Kata Nama (KN): memperalat, memperisteri,memperkacang…

Kata Adjektif (KA): memperbesar, memperlebar, mempercepat…

Kata Tugas (KT): memperoleh, mempelbagai,mempertidak…

(ii) Akhiran kata kerja

Akhiran yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah:

(i) Akhiran-kan

(ii) Akhiran -i

(i) Akhiran -kan

(a) Bentuk Akhiran–kan

Akhiran kan- mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu –kan. Imbuhan akhiran kan

dapat digunakan dengan semua golongan kata utama bahasa Melayu, iaitu

Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif, dan Kata Tugas.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Semua kata berawalan mempeR-akan membentuk Kata Kerja Transitif Aktif.

Semua kata berawalan dipeR- akan membentuk Kata Kerja Transitif Pasif

diri ketiga.

Page 94: Modul BMM3109

Kata Nama + kan: ceritakan, institusikan, failkan, hadiahkan,sekolahkan,

pasarkan, bukukan…

Kata Kerja + kan: lukiskan, jualkan, gorengkan, bincangkan,berikan,

gugurkan, mendapkan, mandikan…

Kata Adjektif + kan: merahkan, rendahkan, cerdikkan, dalamkan, hijaukan,

panaskan…

Kata Tugas + kan: tidakkan, sertakan, sudahkan, benarkan,satukan,

jangankan, dahulukan…

Akhiran Kata Kerja -kan akan wujud dalam dua jenis ayat, iaitu dalam

Ayat Pasif Kata Ganti Nama Orang Pertama dan Orang Kedua

Buku itu awak hantarkan.

Kaugantungkanbaju itu.

Peristiwa semalam akankukenangkan,

Ayat Suruhan/Larangan

Masukkan ikan itu.

Pejamkanmatamu.

Jangan matikanenjin kereta ini.

(ii) Akhiran -i

(a) Bentuk Akhiran –i

Seperti akhiran -kan, akhiran -i juga mempunyai hanya satu bentuk, iaitu -i.

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja,dan kataadjektif, dan

beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -i untuk

membentuk kata kerja, contohmya:

Kata Nama + i: garami, hujani, kotai, kebuni, akhiri, jalani,contohi, namai,

airi, belakangi…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Bentuk -kan yang hadir dengan kata adjektif bersifat emotif sebenarnya

bentuk singkatan kata akan: sayangkan (sayang akan), mengharapkan

(mengharap akan), kasihkan (kasih akan), cintakan (cinta akan), takutkan

(takut akan).

Page 95: Modul BMM3109

Kata Kerja + i: fahami, menangi, mungkiri, bantui, naiki,turuni, renungi,

tangisi, duduki, kahwini, sirami…

Kata Adjektif + i: adili, curigai, halusi, kasihi, cintai, kotori,dalami, dekati,

jauhi…

Kata Tugas + i: sertai, sudahi, atasi, bawahi, dapati…

Akhiran Kata Kerja -i jugadapat wujud dalam dua jenis ayat, iaitu dalam

Ayat Pasif Kata Ganti Nama Orang Pertama dan Orang Kedua

Kejadian ituawak selidiki.

Akan saya contohi sikap rajinnya.

Pondok itu kamiduduki sejak setahun yang lalu.

Ayat Suruhan/Larangan

Sayangi ikan itu.

Teladanilah sikap yang baik itu.

Jangan ceburi kegiatan tidak sihat.

(iii) Apitan Kata Kerja

Apitan juga disebut sebagai imbuhan terbahagi dan hadir secara serentak pada awal

dan akhir perkataan.Apitan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu

ialah:

(i) meN-…-kan

(ii) beR-…-kan

(iii) berR-…-an

(iv) di-…-kan

(v) meN-…-i

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Satu perkara yang menimbulkan kesulitan kepada pengguna-pengguna bahasa Melayu ialah perbezaan antara

akhiran -kandengan akhiran -i.

Dari segi fungsi, kedua-duanya membentuk kata kerja transitif, dan oleh itu memerlukan objek.Namun dari segi

makna terdapat persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya, situasi

objeknya juga berbeza.

Bincangkan berkenaan perkara di atas.

Page 96: Modul BMM3109

(vi) di-…-i

(vii) memper-…-kan

(viii) memper-…-i

(ix) diper-…-kan

(x) diper-…-i

(xi) ke-..-an

(i) Apitan meN-…-kan

(a) Bentuk apitan meN-…-kan

Bentuk apitan meN-…-kan mempunyai lima kelainan seperti awalan meN-

me-…-kan: melukiskan, merawatkan, mewartakan, mematikan

merendahkan…

mem-…-kan: membelikan, membenarkan, membimbangkan,

membawakan, membuangkan…

men-…-kan: mencucikan, mentadbirkan, mendorongkan,

menterbalikkan, menjadikan, menjanjikan…

meng-…-kan: menggantungkan, menggantikan, menggugurkan,

menghasilkan, menggusarkan…

menge-…-kan: mengeramkan, mengehadkan,

mengepinkan,mengeposkan, mengelapkan…

(b) Golongan kata yang boleh menerima apitanmeN-…-kan

Kata Nama, Kata Adjektif, Kata Kerja dan Kata Tugas boleh menerima apitan

meN-…-kanbagi membentuk Kata Kerja Transitif. Contohnya:

Kata Nama: mewartakan, menyekolahkan,

mengepinkan,mencalonkan…

Kata Adjektif: meninggikan, mencantikkan, mewangikan, memerahkan…

Kata Kerja: mengajarkan, menunjukkan, memakaikan, menolakkan,

memasukkan, menidurkan, menjatuhkan,

menyampaikan…

Kata Tugas: membanyakkan, mendahulukan, menyatukan,

membiasakan, menidakkan…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 97: Modul BMM3109

(c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk apabila menerima apitan meN-…-kan

Ayat-ayat transitif aktif dengan kata kerja berapitan meN-...-kanterdiri

daripada dua jenis, iaitu:

(i) yang menerima satu objek, dan

(ii) yang menerima dua objek.

(ii) ApitanbeR…-kan

Apitan beR-…-kan mempunyai satu bentuk, iaitu ber-…-kan yang boleh

bergabung denga dua golongan kata, iaitu Kata Nama dan Kata Kerja. Apabila

bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu huruf r akan

digugurkan melalui proses peleburan bunyi.

Kata Nama: bersuamikan, beratukan, bertuhankan,

beralaskan,berbumbungkan, berpagarkan, beribukan,

berjudulkan,berkajangkan…

Kata Kerja: berdatangkan, bermandikan, bertutupkan, berbancuhkan,

berbantukan, berhiburkan, berharapkan, bermuntahkan,

bertanyakan…

Fungsi apitan ber-..-kan adalah untuk menerbitkan kata kerja tak transitif

berpelengkap.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Satu Objek – Subjek + Kata Kerja

+ Objek - :

mendalamkan parit,

menganugerahkan ijazah,

menghadiahkan bunga…

Dua Objek – Subjek + Kata Kerja

+ Objek1 + Objek2 -:

memberi ibu wang,mencarikan Ali

isteri, menghadiahi buah hatinya

bunga…

Objek 1 sahaja yang boleh

dipasifkan, sedangkan objek 2 tidak

boleh dipasifkan. Jika Objek 2 mahu

dipasifkan juga, maka objek 2 itu perlu

dijadikan objek 1.

Keadaan ini akan mewujudkan

Page 98: Modul BMM3109

Pelengkap:

beratukan maharani, bertuhankan iblis, bermandikanpeluh,

berbantukan komputer, berbumbungkan langit, beralaskan tikar,

bertanyakan khabar, berbancuhkankopi, berdatangkan sembah,

berkajangkan mengkuang layu…

(iii) ApitanbeR-…-an

Apitan beR-…-an juga mempunyai satu bentuk, iaitu ber-…-an. Apitan ini

berfungsi untuk menerbitkan kata kerja tak transitif, dan boleh dicantumkan

dengan kata dasar yang terdiri daripada kata kerja, kata nama dan kata adjektif.

Jika kata dasar yang dicantumkan itu bermula dengan huruf r, maka satu r akan

digugurkan melalui proses peleburan bunyi.

Kata Kerja: bertiupan, bertolakan, berpijakan, berciciran, berdatangan,

berhinggapan, berjatuhan, bergelimpangan,beterbangan,

berkejar-kejaran…

Kata Nama: bertalian, bermaafan, berduan, berlubangan…

Kata Adjektif: berpanjangan, berkasihan, bertepatan, berkilauan, berkenalan,

bercintaan…

(iv) Apitandi-…-kan

Apitan di…kan ialah bentuk pasif daripada bentuk aktif meN…kan

Bentuk Aktif meN…kan:

membesarkan, mengizinkan, menuliskan, meneguhkan, menemukan,

memproseskan, menyanyikan, melagukan, memulihkan,

memaksimumkan, menggambarkan, memikirkan, meramalkan,

memasukkan, melahirkan,mengambilkan, memerlukan…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Satu Objek – Subjek + Kata Kerja

+ Objek - :

mendalamkan parit,

menganugerahkan ijazah,

menghadiahkan bunga…

Dua Objek – Subjek + Kata Kerja

+ Objek1 + Objek2 -:

memberi ibu wang,mencarikan Ali

isteri, menghadiahi buah hatinya

bunga…

Objek 1 sahaja yang boleh

dipasifkan, sedangkan objek 2 tidak

boleh dipasifkan. Jika Objek 2 mahu

dipasifkan juga, maka objek 2 itu perlu

dijadikan objek 1.

Keadaan ini akan mewujudkan

Akhiran -kan ialah kependekan KSakan yang dapat mewakili KS yang

lain seperti dengan, pada, dan tentang.

Oleh itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan beR-…-

kan, dan dianggap sebagai tidak gramatis:

*berdasarkan pada,*bertanyakan tentang,*bersenjatakan dengan,

*berpandukan pada

Page 99: Modul BMM3109

Bentuk Pasif di…kan:

dibesarkan, diizinkan, dituliskan, diteguhkan, ditemukan, diproseskan,

dinyanyikan, dilagukan, dipulihkan, dimaksimumkan, digambarkan,

difikirkan, diramalkan, dimasukkan, dilahirkan, diambilkan, diperlukan…

(v) Apitan meN-…-i

(a) Bentuk apitan meN-…-i

Apitan meN-…-i mempunyai kelainan-kelainan yangsama dengan apitan

meN-…-kan.

me…i: melepasi, melupai, merenangi, merenungi, menyakiti,

meneladani…

mem…i: mempunyai, membebani, membasahi, membaharui,

membantui, membakari…

men…i: menjuarai, mencintai, menduduki, mendapati,

mencumbui, mendasari…

meng…i: mengakhiri, menggerami, menghalangi, menghakimi,

menghubungi, menghantui…

(b) Golongan kata yang boleh menerima apitanmeN-…-i

Keempat-empat golongan kata boleh menerima apitan meN-…-I bagi

membentuk Kata Kerja Transitif.

Kata Nama: mendepani, membintangi, menghadiahi, menggarami,

membatui, mengongkosi…

Kata Adjektif: mencintai, memerahi, mengecewai, memanjai, memenuhi,

menghormati…

Kata Kerja: menghinggapi, melalui, mencampuri, menjatuhi,

mencernai, memaklumi, memudiki, mengalami…

Kata Tugas: memadai, menyertai, menidaki, menyungguhi…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 100: Modul BMM3109

(c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk apabila menerima apitan meN-…-i ialah Kata

Kerja Transitif Aktif. Awalan meN- pada kata berapitan meN-…-i berfungsi

sebagai penanda aktif.

Ayat-ayat transitif aktif dengan kata kerja berapitan meN-...-iterdiri daripada

dua jenis, iaitu:

(i) yang menerima satu objek, dan

(ii)yang menerima dua objek.

Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN-...-kan dan

meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang bolehmengikutinya, iaitu

apitan meN-... -kan lazimnya menerima objekyang tidak bernyawa dan apitan

meN-... -i menerima objek yangbernyawa.

Contohnya:

Yaakob memberi Aminah sekuntum bunga.

Yaacob memberikansekuntum bunga kepada Aminah.

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan

meN...-i, penggunaannya saling berganti tanpamembezakan makna.

Contohnya:

Parti itu mengaburi mata rakyat dengan pelbagai dakyah.

Parti itu mengaburkan mata rakyat dengan pelbagai dakyah.

Mereka cubamelupaiperistiwa itu.

Mereka cubamelupakanperistiwa itu.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Subjek + Kata Kerja + Objek:Dia tidak mengakui kesalahannya.

Siapakah yang menghadiahibasikal ini?Lumpur mengotori bajunya.

Subjek + Kata Kerja + Objek 1 + Objek 2:

Dia memberi ibu wang.Tuhan mencucuri kami rahmat

Objek 1 sahaja yang boleh dipasifkan. Jika objek 2 ingin dipasifkan, maka objek 2 itu mestilah dijadikan objek 1 terlebih

dahulu:Dia memberi ibu wang. Ibu diberi

wang olehnya.Dia memberikan wang kepada ibu.

Wang diberikannya kepada ibu.

Perkataan memberi dalam ayat

“Yaacob memberi Amniah sekuntum

bunga” sebenarnya terdiri

daripadakata dasar beri yang

menerima apitan meN--i tetapi telah

digugurkan i.

Page 101: Modul BMM3109

(vi) Apitandi-…-i

Apitan di-…-i ialah bentuk pasif daripada bentuk aktif meN-…-i. Hanya bentuk

pasif diri ketiga yang menerima apitan di-…-i

Aktif:

melalui, menemui, memanjai, membatasi, memarahi, mengatasi,

memperingati, mencintai, menemani…

Pasif Diri Ketiga:

dilalui (oleh)nya, ditemui (oleh) Ali, dimanjai (oleh) ibu,

dibatasi(oleh) hakim, dimarahi (oleh) guru, diatasi (oleh) orang itu,

diingati (oleh) kekasihnya, dicintai (oleh) maharani,

ditemani (oleh) buah hatinya…

(vii) ApitanmempeR-…-kan

Apitan mempeR-…-kan hanya mempunyai satu bentuk, iaitu memper-…-kan.

Apitan ini boleh dicantumkan dengan Kata Nama dan Kata Kerja untuk

menerbitkan Kata Kerja Transitif yang mesti diikuti oleh objek atau pelengkap.

Kata Nama:

memperduakan, mempersetankan, memperkudakan, memperagakan,

Kata Kerja:

mempergunakan, memperbedakan, memperjuangkan, mempertaruhkan,

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan Kata Sendiakan,

atas, di, … Contoh:

mengakui = mengaku akan/tentang

mempercayai = percaya kepada

Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang

berapitan meN…-i, dan dianggap sebagai tidak gramatis.

*mempercayai pada, *menguasai akan, *mencurangi

akan, *menghadiri di/dalam, *meragui terhadap,…

Page 102: Modul BMM3109

Apitan memper-…-kan memerlukan objek:

Memperagakan pakaian, memperkatakan sesuatu, …

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 103: Modul BMM3109

(viii) ApitanmempeR-…-i

Apitan mempeR-…-i hanya mempunyai satu bentuk, iaitu memper-…-i. Apitan

ini tidak produktif dan wujud hasil daripada perkembangan bahasa dalam

memperkatakan makna khusus. Kata dasar ingat, kawan, isteri, dan suami

sahaja yang menerima apitan memper-…-i.

memperingati

memperkawani

memperisteri

mempersuami

Apitan memper-…-i yang biasa digunakan pada memperolehi,

memperbaiki, memperdalami, memperhalusi, memperakui, mempersetujui

dianggap lewah dan tidak wajar digunakan.

(ix) Apitanke-…-an

Apitan ke-…-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu ke-…-an dan boleh

dicantumkan dengan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif dan berfungsi

untuk menerbitkan Kata Kerja Pasif. Sesuai dengan fungsinya, apitan ke-…-an

membawa maksud subjek ayat mengalami perbuatn yang terkandung dalam

kata dasar.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Apitan memper-…-kan tidak menerima Kata Adjektif dan dianggap tidak

gramatis jika dicantumkan, tetapi Kata Adjektif boleh menerima awalan

memper-.

luas *memeperluaskan (memperluas)

besar *memperbesarkan(memperbesar)

Terdapat beberapa perkataan berapitan mempeR-…-kan dan

berawalan mempeR- yang sama kata dasar tetapi berbeza makna:

mempersuami = menjadikan seseorang suami

mempersuamikan = menjadikan seseorang itu bersuami

memperhamba = menjadikan seseorang hamba

memperhambakan = menjadikan seseorang mempunyai hambamemperanak = menjadikan

seseorang anakmemperanakkan= menjadikan

seseorang beranak

Page 104: Modul BMM3109

Kata dasarnya Kata Kerja:

keguguran, kecurian, kehabisan, kehilangan, kejatuhan, kemasukan,

kelupaan, ketiduran, kematian, kedatangan…

Kata dasarnya Kata Nama:

kebanjiran, keairan, kehujanan, keracunan, kesiangan, ketulangan…

Kata dasarnya Kata Adjektif:

kedinginan, keberatan, kelaparan, keletihan, kemalangan, kepanasan,

kesejukan, kesempitan, kesusahan, ketakutan…

(x) ApitandipeR-…-kan

Apitan dipeR-…-kan hanya mempunyai satu bentuk, iaitu diper-…-kan dan

dapat digabungkan dengan Kata Nama dan Kata Kerja.

Kata Nama:

dipertuankan (oleh), diperjodohkan (oleh), dipersuamikan (oleh),

diperdagangkan (oleh),

Kata Kerja: diperturunkan (oleh), diperhitungkan (oleh)…

Apitan diper-…-kan membentuk kata kerja pasif. Awalan di pada apitan diper-

…-kan menjadi penanda pasif diri ketiga.Bentuk apitan diper-…-kan terhasil

daripada perubahan bentuk transitif aktif memper-…-kan kepada bentuk transi-

tif pasif diper…kan.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Apitan memper-…-kan tidak menerima Kata Adjektif dan dianggap tidak

gramatis jika dicantumkan, tetapi Kata Adjektif boleh menerima awalan

memper-.

luas *memeperluaskan (memperluas)

besar *memperbesarkan(memperbesar)

Terdapat beberapa perkataan berapitan mempeR-…-kan dan

berawalan mempeR- yang sama kata dasar tetapi berbeza makna:

mempersuami = menjadikan seseorang suami

mempersuamikan = menjadikan seseorang itu bersuami

memperhamba = menjadikan seseorang hamba

memperhambakan = menjadikan seseorang mempunyai hambamemperanak = menjadikan

seseorang anakmemperanakkan= menjadikan

seseorang beranak

► Awalan diper- + kata adjektif untuk menunjukkan lebih atau

dijadikan bertambah: diperkuat, diperkemas, diperhalus, diperbesar,

diperpanjang…

► Apitan diper-…-kan + kata nama atau diper-…-kan + kata kerja

membawa maksud dijadikan sesuatu

Page 105: Modul BMM3109

(xi) ApitandipeR-…-i

Apitan dipeR-…-i hanya mempunyai satu bentuk, iaitu diper-…-i dan dapat

digabungkan dengan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif. Apitan diper-…-

i membentuk kata kerja pasif denganawalan di-.. pada apitan diper…i menjadi

penanda pasif diri ketiga.

diperingati, diperkawani,dipersuami, diperisteri

Bentuk apitan diper-…-i terhasil daripada perubahan bentuk transitif aktif mem-

per-…-i kepada bentuk transitif pasif diper-…-i. Apitan ini juga tidak produktif

(iv) Sisipan Kata Kerja

Tiada sisipan yang membentuk Kata Kerja. Walau bagaimanapun, Kata Nama dan Kata

Adjektif yang bersisipan boleh membentuk Kata Kerja melalui proses pengimbuhan.

10.3.3 Bentuk Kata Kerja Majmuk

Pemajmukan ialah proses menggabungkan beberapa kata bagi membentuk

kata majmuk. Gabungan kata ini bertindak sebagai satu unit kata dalam

binaan ayat yang membawa maksud tersendiri. Di antara dua kata yang

bergabung itu, tidak boleh ada penyisipan unsur lain. Kata Kerja majmuk

dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang dianggap telah mantap

beritahu, tolak ansur, kenal pasti…

Kata Kerja majmuk dalam bahasa Melayu tidak banyak berbanding Kata

Nama majmuk. Kebanyakan Kata Kerja majmuk terbentuk daripada Kata

Nama majmuk melalui proses pengimbuhan. Bentuk yang menerima awalan

tetap dieja terpisah tetapi apabila diberi apitan, Kata Kerja majmuk akan dieja

bercantum.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

► Awalan diper- + kata adjektif untuk menunjukkan lebih atau

dijadikan bertambah: diperkuat, diperkemas, diperhalus, diperbesar,

diperpanjang…

► Apitan diper-…-kan + kata nama atau diper-…-kan + kata kerja

membawa maksud dijadikan sesuatu

Page 106: Modul BMM3109

Kata Kerja + Awalan/Apitan:

memberitahu, mengemaskinikan, berlatarbelakangkan, mereka bentuk,

diuji kaji, berterima kasih, bertolak ansur, mengenal pasti, berurus

niaga…

10.3.3 Bentuk Kata Kerja Ganda

Pembentukan Kata Kerja ganda boleh berlaku pada Kata Kerja tungal dan

Kata Kerja terbitan. Proses ini melibatkan ketiga-tiga jenis penggandaan, iaitu

penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.

Penggandaan Penuh:

ada-ada, baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur, …

Penggandaan Separa:

(i) gandaan kata dasar belakang

berjalan-jalan, berada-ada, terkebil-kebil,meminta-minta…

(ii) gandaan kata dasar hadapan

bantu-membantu, kalah-mengalah,kasih-mengasihi, …

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Dalam binaan ayat bahasa Melayu yang mempunyai urutan kata Subjek + Kata Kerja + Objek, bentuk Kata Kerja Transitif akan menerima Kata

Nama sebagai objek. Manakala, Kata Kerja Tak Transitif boleh berpelengkap ataupun tanpa

pelengkap.

Jika kata majmuk tunjuk ajardan terima kasihtergolong sebagai kata

kerja (TBD, 2002), bincangkan golongan kata kata majmuk tersebut

di dalam ayat berikut:

Ali memberi (KK) adiknyatunjuk ajar.

Ali memberikan (KK)tunjuk ajar kepada adiknya.

Adik mengucapkan (KK) terima

Page 107: Modul BMM3109

Penggandaan Berentak:

bolak-balik, cerai-berai, kumat-kamit, lalu-lalang, mandi-manda…

Terdapat kata kerja, apabila digandakan berubah kelas katanya:

jemput (KK), jemput-jemput (KN),

layang (KK), layang-layang (KN)

Rumusan

► Kata kerja ialah kata yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja,

dan dapat mewakili seluruh frasa kerja.

► Ciri kata kerja dapat diperincikan melalui bentuk morfologi, perilaku sintaksis dan

perilaku semantik.

► Kata kerja bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transi-

tif dan kata kerja tak transitif.

► Kata kerja boleh dibentuk berasaskan kriteria kata kerja tunggal dan kata kerja

turunan/jadian, iaitu kata kerja yang mengalami proses penerbitan, pemajmukan

dan penggandaan.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Berdasarkan satu petikan akhbar:

Cuba anda kenal pasti bentuk kata

kerja yang terdapat dalam petikan

tersebut.  Bina ayat yang lain dengan

menggunakan kata kerja.2. Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif dengan kata kerja pasif?

3. Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:

aktif:_____________________________

__________________________.

Dalam binaan ayat bahasa Melayu yang mempunyai urutan kata Subjek + Kata Kerja + Objek, bentuk Kata Kerja Transitif akan menerima Kata

Nama sebagai objek. Manakala, Kata Kerja Tak Transitif boleh berpelengkap ataupun tanpa

pelengkap.

Jika kata majmuk tunjuk ajardan terima kasihtergolong sebagai kata

kerja (TBD, 2002), bincangkan golongan kata kata majmuk tersebut

di dalam ayat berikut:

Ali memberi (KK) adiknyatunjuk ajar.

Ali memberikan (KK)tunjuk ajar kepada adiknya.

Adik mengucapkan (KK) terima

Page 108: Modul BMM3109

11.0 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami jenis-jenis Kata Adjektif Bahasa Melayu, iaitu Kata Adjektif Sifat Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Jarak Kata Adjektif Perasaan Kata Adjektif Pancaindera

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:

ii. membezakankata kerja tak transitif dengan kata kerja transitif.

11.1 Kata Adjektif dan Jenisnya

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaaan sesuatu

dandisebut juga sebagai Kata Sifat. Za’ba mengatakannya sebagai sifat nama.

Kata Adjektif menjadi unsur inti kepada Frasa Adjektif dan boleh menjadi

penerang Kata Nama.

Pembahagian jenis Kata Adjektif:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 11

Jenis-Jenis Kata Adjektif Bahasa Melayu

Sifatan, Warna, Ukuran

Bentuk, Waktu, Jarak, Cara

Perasaan, dan Pancaindera

Page 109: Modul BMM3109

11.2 Kata Adjektif Bentuk

Kata ini ialah kata yang menunjukkan sesuatu bentuk pada sesuatu

bendayang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.

Contoh:

bulat, buncit, leper, kempis, lonjong, tirus, bengkok,…

Contoh penggunaan :

i. Mukanya bujur sirih.

ii. Garis lurus menemukan dua titik.

iii. Mesyuarat meja bulat sedang berlangsung

iv. Ada dua vokal bundar.

11.3 Kata Adjektif Cara

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Dalam pembahagian Kata Adjektif oleh ketiga-tiga tokoh di atas terdapat

persamaan dan perbezaan antara mereka.Bincangkan persamaan dan

perbezaan tersebut.

Page 110: Modul BMM3109

Kata ini ialah perkataan yang menjadi penerang kepada Kata Nama yang

menjelaskan tentang keadaan kelakuan atau ragam.

Contohnya:

cepat, lincah, deras, gopoh, laju, jelas, lambat, sering, selalu,…

Contoh penggunaan:

i. Tindak balas cepat orang tua itu berjaya menggagalkan cubaan

rompakan.

ii. Aliran derasair sungai itu agak berbahaya.

iii. Orang lambat selalu rugi.

iv. Pemain lincah itu berasal dari utara.

11.4 Kata Adjektif Jarak

Kata ini ialahperkataan yang menjadi penerang kepada Kata Nama yang

menjelaskan maksud jarak atau melibatkan ruang di antara dua benda

atau keadaan.

Contohnya:

dekat, hampir, jauh, nyaris

Contoh penggunaan:

i. Rumahnya tidak jauh dari pasar raya.

ii. Kilang itu dekat dengan lebuhraya.

iii. Dia berdiri hampir dengan kedai itu.

iv. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui maut.

11.5 Kata Adjektif Pancaindera

Kata ini ialahperkataan yang menjadi penerang kepada Kata Nama yang

menghuraikan konsep pandang,dengar, rasa, bau, sentuh dan gabungan

deria.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 111: Modul BMM3109

Rasa:

Sedap, manis, lazat, masam, kelat, pahit, masin, tawar, lemak, payau

Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai.

Pisang muda kelat rasanya.

Pandang:

Cantik, molek, hodoh, lawa, buruk, tampan, comel, segak

Perompak-perompak itu keluar dari rumah buruk itu.

Bayi comel itu memenangi hadiah pertama.

Dengar:

Bising, merdu, nyaring, lunak, mersik, serak, garau

Bunyi bising itu datang dari biliknya.

Penyanyi itu mempunyai suara merdu.

Bau:

Harum, wangi, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir, hancing

Pemuda itu suka memakai minyak wangi.

Minyak tengik itu jangan digunakan.

Sentuh:

Halus, licin, kasar, keras, kesat, lembap, lembut

Kain halus itu hasil tenunan tangan.

Papa itu kasar kerana tidak diketam.

Gabungan:

Bersih (sentuh + pandang + bau), selesa (sentuh + pandang),

tenteram (dengar + pandang)

Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih.

Kehidupannya kinitenterarn.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 112: Modul BMM3109

11.6 Kata Adjektif Perasaan

Kata ini ialahperkataan yang menjadi penerang kepada Kata Nama yang

tentang perasaan. Kata Adjektif Perasaan perlu diikuti Kata Sendi Nama

di dalam ayat.

Contoh:

rindu, segan, gembira, kasih, ragu,sedih, …

Contoh penggunaan:

i. Dia amat rindu akan emaknya.

ii. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.

iii. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu.

iv. Pemuda itu kasih sangatakanisterinya.

11.7 Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan

Kata ini ialahperkataan yang menjadi penerang kepada Kata Nama yang

tentang sifat atau keadaan.

Contoh:

baik, cerdik, jahat, lemah, sihat, kasar, takut…

Contoh penggunaan:

i. Orang baik selalu dipuji.

ii. Mereka berniat jahat terhadap projek kita.

iii. Adik saya amat cerdik.

iv. Permainan pasukan Thailand amat kasar.

11.8 Kata Adjektif Ukuran

Perkataan yang membawa maksud ukuran yang berfungsi sebagai unsur

keterangan.

Contoh:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 113: Modul BMM3109

panjang, pendek, tinggi, rendah, kerdil, nipis, …

Contoh penggunaan:

i. Pemuda itukerdil.

ii. Pokok renek itu kekurangan baja.

iii. Jalan di kampung itu sangat sempit.

iv. Kertas tisu itu amatnipis.

11.9 Kata Adjektif Warna

Perkataan yang membawa maksud warna yang berfungsi sebagai unsur

keterangan.

Contoh:

merah,hitam, putih, hijau, …

Contoh penggunaan:

i. Bendera negara ada tujuh jalurmerah.

ii. Tubuhnya diselimuti kain putih.

iii. Jubah hitam itu kepunyaan datuk.

iv. Dedaun hijau tiada lagi pada pokok itu.

11.10 Kata Adjektif Waktu

Perkataan yang membawa maksud waktu atau masa yang berfungsi

sebagai unsur keterangan.

Contoh:

awal, lewat, silam, segera, kini, …

Contoh penggunaan:

i. Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat.

ii. Kanak-kanak suka makanan segera.

iii. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.

iv. Ketibaanya terlalu awal.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 114: Modul BMM3109

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

Kenal pasti kata adjektif dalam petikan di bawah dan kemudian senaraikan kata adjektif tersebut mengikut jenisnya.

Gunung yang tinggi itu kudaki dengan

Petunjuk Kata Adjektifa. Kata adjektif boleh disertai dengan

kata penguat seperti hebat, amat, paling cantik, laju betul, agak yakin, sangat tajam, gemuk amat, halus

sekali dan lain-lain.b. Kata adjektif sering kali disertai

d. Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi tidak.  Contoh

penggunaannya adalah seperti berikut: tidak putih, tidak lancar, tidak canggih,

dan lain-lain.e. Kata adjektif dapat diulang dengan

awalan se dan akhiran nya.  Contoh penggunaannya adalah seperti berikut: sedalam-dalamnya, setinggi-tingginya,

semaju-majunya, dan lain-lain. 

(Ideal, UPM)

Page 115: Modul BMM3109

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 116: Modul BMM3109

12.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan andamemahami pembentukan Kata Adjektif

Bahasa Melayu, iaitu

Kata Adjektif Tunggal

Kata AdjektifTerbitan

Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

12.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan Kata Adjektif ba-

hasa Melayu.

12.3 Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu

Perkataan-perkataan yang tengolong dalam golongan Kata Adjektifboleh dikaji dari segi

pembentukannya. Bendasarkan proses pembentukan Kata Adjektif, Kata Adjektif juga

boleh dibahagikan kepada tiga bentuk utama, iaitu:

(i) Kata Adjektif tunggal

(ii) Kata Adjektif terbitan

(iii) Kata Adjektifdalam bentuk perbandingan

12.4 Bentuk Kata Adjektif tunggal

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 12

Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu

Kata Adjektif Tunggal

Kata Adjektif Terbitan

Kata Adjektif Dalam Bentuk Perbandingan

Page 117: Modul BMM3109

Kata Adjektif tunggal terbentuk daripada satu morfem bebas, iaitu tanpa menerima apa-

apa imbuhan ataupun mengalami proses-proses lain. Kata Adjektif tunggal digunakan

dalam ayat sebagai penerang Kata Nama dan boleh menerima sama ada kata bantu

atau kata penguat.

12.5 Bentuk Kata Adjektif terbitan

12.5.1 Pengimbuhan Kata Adjektif

Kata Adjektifboleh menerima imbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan

pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan. Terdapat tiga jenis

imbuhan yang boleh bergabung dengan kata dasar Kata Adjektif, iaitu awalan, apitan

dan sisipan.

7. Awalan Kata Adjektif

Menurut Nik Safiah et.al (1986) hanya dua awalan yang dapat membentuk Kata Adjektif

bahasa Melayu, iaitu awalan ter-… dan awalan se-...:

Abdullah Hassan (1986) menyatakan enam Kata Adjektif, iaitu beR-…, ke-…, meN-…

dan di-…

(i) Awalan ter-…

Awalan ter-… boleh dicantumkan dengan Kata Adjektif untuk

menerbitkan Kata Adjektif terbitan.Awalan ter-… membawa maksud

paling (kualiti dan darjah) dan keadaan perbandingan.

Contoh

ter + masyhur = termasyhur

Pahlawan termasyhur itu telah meninggal dunia.

ter + panjang = terpanjang

Sungai Perak ialah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 118: Modul BMM3109

(ii) Awalan se-…

Awalan se-… boleh dicantumkan dengan Kata Adjektif untuk

menerbitkan Kata Adjektif terbitan. Awalan ter-… membawa maksud

keadaan yang sama.

Contoh

se + cantik = secantik

Gubahan bunga itu tidak secantik gubahan semalam.

se + besar = sebesar

Kek itu sebesar bunga reflesia.

(iii) Awalan pinjaman

Terdapat satu awalan pinjaman, iaitu awalan bi-… (pinjaman daripada

bahasa Arab) yang berfungsi untuk menerbitkan Kata Adjektif.Aawalan

bi-…membawa maksud tidak.

Contoh

bi + adab = biadab (tiada adab)

Apitan Kata Adjektif

Menurut Nik Safiah et.al (1986) apitan yang membentuk Kata Adjektif ialah ke-…-

an.Apitan ke-…-anboleh dicantumkan dengan Kata Nama dan Kata Adjektif untuk

membentuk Kata Adjektif terbitan yang membawa maksud menunjukkan sesuatu

keadaan atau sifat Kata Nama.

Contoh:

Cina kecinaan

Barat kebaratan

Kuning kekuningan

Besar kebesaran

Akhiran Pinjaman Kata Adjektif

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 119: Modul BMM3109

Terdapat dua jenis akhiran pinjaman, iaitu -wi, dan -iah. Kedua-duanya merupakan

pinjaman daripada bahasa Arab. Akhiran -wi adalah akhiran untuk kata dasar yang

berakhir dengan vokal, akhiran -iah untuk kata dasar yang berakhir dengan konsonan.

Contoh:

-wi dunia duniawi

-iah alam alamiah

Sisipan Kata Adjektif

Kata Adjektif terbitan boleh dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis Kata

Adjektif, Kata Nama atau Kata Kerja dengan sisipan -em-, -el-, -er-, dan -in-.

Contoh:

gemuruh semerbak selerak gelembong

kerelip gerodak sinambung

12.5.2 Penggandaan Kata Adjektif

Penggandaan Kata Adjektif boleh berlaku secara keselurhan atau penuh, separa dan

berentak dan akan menghasilkan tiga bentuk Kata Adjektif ganda, iaitu Kata Adjektif

gandaan penuh, Kata Adjektif gandaan separa dan Kata Adjektif gandaan berentak.

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh melibatkan proses penggandaan Kata Adjektif tunggal untuk

memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Kata Adjektif gandaan penuh

boleh menerima apitan ke-…-an sebagai Kata Adjektif yang mendukung makna yang

terkandung dalam kata dasarnya.

Contoh:

kuning-kuning bodoh-bodoh malu-malu

kekuning-kuningan kebodoh-bodohan kemalu-maluan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Apabila Kata Adjektif ganda digunakan dalam ayat, maka subjek

tidak boleh digandakan atau dijamakkan:

*Bunga-bunga (semua bunga) di

Page 120: Modul BMM3109

Penggandaan Separa

Penggandaan separa melibatkan proses mengulangkan sebahgian kata dasar dengan

akhiran -an dan membawa maksud penekanan pada kata dasar. Jumlahnya terhad.

Contoh:

besar-besarankecil-kecilan takut-takutan

Penggandaan Berentak

Kata Adjektif berentak dihasilkan dengan menggandaan kata dasar berdasarkan rentak

bunyi dengan penekanan maksudnya pada kata dasar. Ada tiga bentuk Kata Adjektif

berentak, iaitu:

(1) Kata Adjektif ganda berentak pengulangan vokal

Contoh:

ramah-tamah hiruk-pikuk karut-marut

(2) Kata Adjektif ganda berentak pengulagan konsonan

Contoh:

kucar-kacir huru-hara gopo-gapah

(3) Kata Adjektif ganda berentak pengulangan bebas.

Contoh:

bengkang-bengkok lemah-longlai kusut-masai

12.5.3 Pemajmukan Kata Adjektif

Proses pemajmukan Kata Adjektif dengan Kata Nama akan membentuk Kata Adjektif

majmuk dengan makna tertentu yang boleh membawa maksud yang menunjukkan sifat

dan membawa maksud kiasan. Kata Adjektif majmuk dieja secara terpisah.

Contoh Kata Adjektif majmuk yang menunjukkan sifat:

merah jambu muda remaja bujur sirih

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Apabila Kata Adjektif ganda digunakan dalam ayat, maka subjek

tidak boleh digandakan atau dijamakkan:

*Bunga-bunga (semua bunga) di

Page 121: Modul BMM3109

Contoh Kata Adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan

besar kepala panjang akal rabun ayam

12.6 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

Kata Adjektif boleh digunakan untuk menunjukkan tingkat perbandingan. Terdapat tiga

peringkat atau darjah perbandingan, iaitu:

(i) Tingkat atau darjah biasa

(ii) Tingkat bandingan

(iii) Tingkat penghabisan atau tertinggi

12.6.1 Kata Adjektif darjah biasa

Kata Adjektif darjah biasa menunjukkan tingkat yang biasa atau bandingan umum.

Contoh:

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Perbezaan antara Kata Adjektif Majmuk dengan Frasa Adjektif

Kata Adjektif majmuk ialah gabungan kata yang membawa makna ter-tentu dan tidak boleh disisipkan sebarang unsur lain di antaranya.

o Kuning langsat Tidak boleh menjadi kuning yang langsat. Tidak boleh menjadi kuning dan langsat. Tidak boleh menjadi kuning atau langsat.

o Panjang akal Tidak boleh menjadi panjang yang akal Tidak boleh menjadi panjang dan akal Tidak boleh menjadi panjang seperti akal

Frasa Adjektif juga gabungan kata (dua atau lebih) tetapi boleh menerima sisipan di antaranya.

o Pahit manis Boleh menjadi pahit dan manis Boleh menjadi pahit atau manis

o Tua muda Boleh menjadi tua dan muda

Page 122: Modul BMM3109

pandai, mahal, sederhana, terang, …

Contoh penggunaan dalam ayat:

Adnan seorang pelajar yang pandai.

Barang mahal tidak semestinya berkualiti.

Hidup keluarga itu sederhana.

12.6.2 Kata Adjektif darjah bandingan

Terdapat dua cara darjah bandingan, iaitu bandingan setara (bandingan yang sama)

dan bandingan tak setara (bandingan yang berbeza).

Kata Adjektif bandingan setara melibatkan Kata Adjektif berawalan se- atau awalan se-

diganti dengan perkataan sama…dengan.

Contoh:

secantik, seluas, sepahit, …

Lukisan Ali secantik lukisan pelukis professional.

(Lukisan Ali sama cantik dengan lukisan pelukis professional).

Tanah pampasan itu tidaklahseluas tanahnya yang asal.

(Tanah pampasan itu tidaklah sama luas dengan tanahnya yang asal).

Air akar kayu rebusannya sepahit peria.

(Air akar kayu rebusannya sama pahit dengan peria).

Kata Adjektif bandingan tak setara menggunakan kata penguat lebih atau kurang untuk

menunjukkan perbandingan.

Contoh:

lebih tinggi, lebih nyaman, kurang selesa,…

Bangunan KOMTAR lebih tinggi daripada bangunan Wisma Persekutuan.

Udara di Bukit Jana lebih nyaman daripada di Ipoh.

Ali kurang selesa tinggal di Johor Bahru berbanding di Kuantan.

12.6.3 Kata Adjektif darjah penghabisan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 123: Modul BMM3109

Darjah penghabisan menunjukkan tingkat yang paling tinggi. Kata Adjektif darjah

penghabisan boleh diterbitkan melalui enam cara.

i. ter- + Kata Adjektif

terbaik, terhandal, termiskin,…

ii. ter- + amat/sangat + Kata Adjektif

teramat indah, tersangat halus, tersangat sikit,…

iii. paling + Kata Adjektif

paling baik, paling seronok, paling besar,…

iv. Kata Adjektif + sekali

rendah sekali, cantik sekali, panjang sekali, …

v. Amat/sungguh/sangat + Kata Adjektif + sekali

Amat rendah sekali, sungguh cantik sekali, sangat panjang

sekali,…

vi. Se- + Kata Adjektif + gandaan + Kata Nama

setinggi-tinggi gunung, sekecil-kecil cili padi, sejahat-jahat

manusia,…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 124: Modul BMM3109

INTERAKSI

5

TAJUK 13 Kata Tugas Bahasa Melayu (i)

TAJUK 14 Kata Tugas Bahasa Melayu (ii)

TAJUK 15 Pembentukan Perkataan Baharu Bahasa Melayu

13.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan anda mengetahui dan mendalami kata tugas

Bahasa Melayu, iaitu

Kelompok dasar kata tugas

Kata Praklausa

13.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

2. Memahami empat kelompok dasar KataTugas dalam bahasa Melayu.

3. Mengelaskan perkataaan mengikut kelompok dasar Kata Tugas.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 13

KATA TUGAS BAHASA MELAYU

Kelompok Dasar Kata Tugas

Kata Praklausa

Page 125: Modul BMM3109

13.3 Kelompok dasar Kata Tugas

Kata Tugas ialah perkataan yang wujud dalam ayat, klausa atau frasa yang

memainkan peranan sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung,

pembenar, perintah, penerang, penentu arah, pembantu, pemeri, penguat,

penegas atau pun tugas-tugas lain.

Nik Safiah et.al (1986) membahagikan Kata Tugas kepada empat kelompok, iaitu

kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.

Abdullah (1986) pula membahagikan Kata Tugas kepada sembilan kelompok,

iaitu kata afirmatif, kata tegasan, kata nafian, kata tanya, kata seru, kata hubung,

kata depan, kata belakang dan kata klitik. Manakala Asmah (1968),

mengelompokkan Kata Tugas kepada dua kelompok utama, iaitu kata penuh dan

kata partikel. Dalam pengelompokan Kata Tugas ini, pembahagian menurut Nik

Safiah et.al. akan dijelaskan.

13.3.1 Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata yang berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau

lebih menjadikannya ayat berlapis (majmuk). Hanya satu jenis kata penyambung ayat,

iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada kata hubung gabungan dan kata

hubung pancangan.

(i) Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan dua

klausa atau lebih yang setara sifatnya untuk membentuk ayat majmuk gabungan.

Contoh:

dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian,…

Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.

Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.

Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.

(ii) Kata hubung pancangan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 126: Modul BMM3109

Kata hubung gabungan ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa-

klausa yang tidak setara sifatnya atau klausa pancangan kepada klausa induk.

Ada tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu

(i) Kata hubung pancangan komplemen, iaitu perkataan yang

menghubungkan satu klausa menjadi pelengkap kepada satu klausa

induk. Yang biasa digunakan ialah bahawa dan untuk.

Contoh:

Sungguh mustahil untuk banduan itu meloloskan diri.

Guru itu menyatakan bahawa muridnya itu pandai.

Dia mengesahkan yang dia akan hadir.

(ii) Kata hubung pancangan keterangan, iaitu perkataan yang

menghubungkan klausa keterangan kepada satu klausa induk.

Contoh:

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata,

kendatipun, hingga, jikalau, semasa, …

Contoh:

Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.

Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan.

Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.

(iii) Kata hubung pancangan komplemen, iaitu perkataan yang menghubungkan

klausa induk dengan satu klausa yang lain. Bentuk kata hubung ini ialah yang.

Contoh:

Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan.

Mereka beramai-ramai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer

13.3.1 Kata Praklausa

Kata praklausa ialah perkataan yang hadir di hadapan klausa yang berfungsi untuk

menyatakan makna seruan, pertanyaan, penerang ataupun untuk mengiyakan sesuatu.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 127: Modul BMM3109

Jenis-jenis kata yang termasuk dalam golongan ini ialah kata pangkal ayat, kata

pembenar, kata perintah, kata seru dan kata Tanya.

(i) Kata pangkal ayat

Kata pangkal ayat hadir di hadapan ayat dan berfungsi untuk memulakan ayat

atau perenggan, iaitu menjadi kesinambungan ayatd dalam wacana. Kata ini bi-

asanya digunakan dalam bahasa Melayu lama.

Contoh:

Adapun, alkisah, arakian, hatta, maka, kalakian, sebermula, syahdan, sekali

peristiwa.

Hatta istana itu pun siaplah.

Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.

(ii) Kata pembenar

Kata pembenar ialah perkataan yang berfungsi untuk mengiyakan, menge-

sahkan atau menyokong sesuatu pernyataan.

Contoh:

ya, benar, betul, sungguh.

Ya, dia akan berpindah.

Benar, dialah doktor itu.

Betul, merekalah yang menjaga orang tua itu.

Sungguh, saya terima tawaran itu.

(iii) Kata perintah

Kata perintah ialah perkataan yang berfungsi untuk menyatakan perintah,

larangan silaan, permintaan dan harapan.

Contoh:

harap, jangan, jemput,minta, sila, tolong,usah.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 128: Modul BMM3109

Harap anda bersabar.

Jangan bising.

Jemput makan.

Minta tuan-tuan masuk ke dewan.

Sila duduk.

Tolong ambil buku itu.

Usah usik budak itu.

(iv) Kata seru

Kata seru digunakan dalam ayat seruan yang berfungsi untuk melahirkan

perasaan.

Contoh:

aduh, aduhai, amboi, cis, celaka, eh, wahai, oh, syabas, wah

Aduh, penatnya!

Aduhai, malangnya hari ini!

Amboi,rajinnya budak ini!

Cis, terimalah tikamanku!

Celaka, habis kebun pisang dirosakkannya!

Eh, bergaya sungguh murid-murid itu!

Wahai anak-anakku, hormatilah sesame insan!

Oh, Tuhanku, ampunilah aku!

Syabas, awak menang!

Wah, cantiknya pengantin itu!

(v) Kata tanya

Kata tanya ialah perkataan yang berfungsi untuk mengemukakan pertanyaan

dan hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Kata tanya boleh

hadir di hadapan atau di akhir ayat. Jika kehadiranya di hadapan ayat, maka

kata tanya perlu diikuti partikel -kah.

Contoh:

mengapa, berapa, bila, bagaimana.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 129: Modul BMM3109

Mengapakah dia tidak hadir ke jamuan itu?

Beraapakah harga baju ini?

Harga baju ini berapa?

Bilakah kapal itu akan mula belayar?

Kapal itu akan mula belayar bila?

Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

Keputusan peperiksaannya berapa?

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 130: Modul BMM3109

14.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan anda mengetahui dan mendalami kata tugas

Bahasa Melayu, iaitu

Kata Prafrasa

Kata Pascakata

14.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Memahami kepelbagaian jenis kata prafrasa dalam bahasa Melayu.

2. Mengenali dan memahami kata pascakata dalam bahasa Melayu.

14.3 Kata Prafrasa

Kata prafrasa ialah perkataan yang hadir di depan frasa sama ada frasa nama,

frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata prafrasa berfungsi untuk menyatakan

maksud menunjukkan arah, membantu, membilang, menafikan, memerikan,

menegaskan, menguatkan atau menjadi sendi.

Kata prafrasa boleh dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu

o Kata arah

o Kata bantu

o Kata bilangan

o Kata nafi

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

TAJUK 14

KATA TUGAS BAHASA MELAYU

Kata Prafrasa

Kata Pascakata

Page 131: Modul BMM3109

o Kata pemeri

o Kata penegas

o Kata penguat

o Kata sendi nama

(i) Kata arah

Kata arah ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan arah atau jurusan.

Kata arah hadir sebelum frasa nama dan lazimnya selepas kata sendi nama.

Contoh:atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut,

segi, selatan, samping, tirnur, barat, hadapan, utara, …

Di atas meja ada buku.

Mereka menaiki keretapi untuk ke utara Semenanjung.

(ii) Kata bantu

Kata bantu ialah perkataan yang berfungsi membantu frasa kerja, frasa adjektif

dan frasa sendi nama bagi menimbulkan makna dari segi aspek waktu atau

ragam. Ada dua jenis kata bantu, iaitu

i. Kata bantu aspek

Perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan perbezaan masa

sama ada masa lampau, masa kini dan masa akan dating.

Contoh:

telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum

Pegawai itu telah berpindah.

Murid-murid itu baru tiba.

Mereka pernah ke utara Malaysia.Mereka sedang menyiapkan tugasan.

Adik masih membersihkan meja.

Semua kenderaan akan diperiksa esok.

Pembesaran tasik belum dapat dimulakan.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 132: Modul BMM3109

ii. Kata bantu ragam

Perkataan yang berfungsi menyatakan ragam perasaan yang ada

kaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

Contoh:

boleh, dapat, harus, hendak, mahu, mesti.

Adik hendak menyertai perkhemahan.

Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri.

Bilik itu harus dibersihkan.

Kereta itu mesti ditunda ke bengkel.

Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka.

Datuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.

(iii) Kata bilangan

Kata bilangan ialah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa

nama, iaitu berfungsi untuk menunjukkan jumlah atau bilangan sama ada yang

boleh ditentukan atau tidak.

Ada lima pembahagian kata bilangan.

i. Kata bilangan tentu

Perkataan yang menunjukkan jumlah atau bilangan yang boleh

ditentukan, iaitu bilangan kardinal.

Contoh:

satu, dua, sepuluh, tiga ribu, lima juta,…

ii. Kata bilangan tak tentu

Perkataan yang menunjukkan jumlah atau bilangan tetapi tidak

secara tepat.

Contoh:

beberapa, ramai, banyak, seluruh, para, kebanyakan,…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 133: Modul BMM3109

iii. Kata bilangan himpunan

Perkataan yang menunjukkan jumlah dalam bentuk himpunan.

Contoh:

berabad-abad, bertiga-tiga, berkotak-kotak,…

iv. Kata bilangan pisahan

Perkataan yang menunjukkan jumlah atau bilangan tetapi

menunjukkan maksud terpisah.

Contoh:

tiap-tiap, setiap, masing-masing,…

v. Kata bilangan pecahan

Perkataan yang menunjukkan jumlah atau bilangan yang tidak

penuh atau tidak semua.

Contoh:

separuh, setengah, dua pertiga,…

(iv) Kata nafi

Kata nafi ialah perkataan yang berfungsi untuk menafikan atau menidakkan

sesuatu sama ada dalam frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau pun frasa

sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Oleh sebab perkataan kata bilangan sudah menandakan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak

perlu diulang.

*segala persiapan-persiapan telah dibuat.

*Semua pegawai-pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

*Projek itu melibatkan para guru-

guru sekolah rendah.

Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis

penerang kepada kata nama yang

Page 134: Modul BMM3109

…bukan dari Melaka

…bukan milik saya.

Kata nafi tidak menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

…tidak datang.

…tidak besar

(v) Kata pemeri

Kata pemeri ialah perkataan yang berfungsi untuk memerikan hal atau menjadi

perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. Ada dua kata

pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah digunakan untuk memerihalkan persamaan atau ekuatif. Kata

ini hadir di hadapan frasa nama.

Dia ialah anak Encik Abu.

Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya.

Kata pemeri adalah digunakan untuk menyatakan penghuraian atau kualitatif.

Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Kenyataan itu adalah benar.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Oleh sebab perkataan kata bilangan sudah menandakan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak

perlu diulang.

*segala persiapan-persiapan telah dibuat.

*Semua pegawai-pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

*Projek itu melibatkan para guru-

guru sekolah rendah.

Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis

penerang kepada kata nama yang

Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa

adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud

pertentangan maklumat.

Dia bukan hendak membeli barang tetapi hendak berjalan-jalan

sahaja.

Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.

Ucapannya bukan menghina kita tetapi sekadar mengingatkan.

Salmah bukan sahaja bijak, tetapi cantik juga.

Page 135: Modul BMM3109

Sumbangan besar beliau adalah dari segi penggunaan bahasa Melayu di

mahkamah.

(vi) Kata penegas

Kata penegas ialah perkataan yang befungsi untuk menegaskan sesuatu atau

memberi penekanan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat dan juga

untuk melembutkan parintah dan pertanyaan. Kata penegas juga disebut

partikal.

Penegas frasa predikat: -kah, -tah, -lah.

Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami

proses pendepanan.

Siapakah majikan kamu itu?

Apatah daya kita.

Orang itulah bapanya

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadin bersama-sama kata nafi.

*Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab.

(Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab.)

*Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.

(Arahan itu bukan untuk semua pegawai.)

Kekecualian:

Page 136: Modul BMM3109

Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya,

memang

Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.

Kami juga ingin ke bandar.

Kami ingin juga ke pekan.

Hujan hanya turun pada musim dingin.

Hujan turun hanya pada musim dingin.

(vii) Kata penguat

Kata penguat ialah perkataan yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang

terdapat dalam kata adjektif. Kata ini boleh hadir sebelum (penguat hadapan)

atau selepas (penguat belakang) kata adjektif. Ada tiga kata penguat, iaitu kata

penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.

Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.

Kucing itu terlalu kurus.

Persembahan pemantun tersebut paling menarik.

Cadangannya agak bernas.

Penguat belakang: sekali, benar, nian

Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif

Lukisan di dinding itu cantik sekali.

Lambat benar bas itu tiba.

Indah nian istana bunian.

Penguat bebas: amat, sangat, sungguh

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan

atau di belakang kata adjektif.

Tulisan budak itu amat kemas.

Tulisan budak itu kemas amat.

Cuaca sangat panas.

Cuaca panas sangat.

Kicauan burung itu sungguh merdu.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 137: Modul BMM3109

Kicauan burung itu merdu sungguh.

(viii) Kata sendi nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama atau sendi

nama.

Contoh:

di bagi laksana antara ke demi sejak untuk dari tentang terhadap dengan daripada seperti akan dalam kepada bagai oleh sampai pada umpama hingga

Terdapat beberapa kata sendi nama yang tergolong juga dalam golongan kata

yang lain.

Contoh:

akan (kata bantu)

antara (kata arah)

dalam (kata arah, kata adjektif)

sampai (kata kerja)

Kami akan pergi ke Kuala Lumpur. (kata bantu)

Dia amat kasih akan isterinya (kata sendi nama)

Rumah Siti terletak di antara kedai dengan surau. (kata arah).

Perbalahan antara dua parti itu telah selesai. (kata sendi nama).

Majlis itu diadakan di dalam dewan. (kata arah).

Sungai itu sungguh dalam. (kata adjektif)

Dalam hal ini, saya yakin dengan keputusannya. (kata sendi

nama)

Mereka telah lama sampai. (kata kerja).

Mereka belajar sampai ke pagi. (kata sendi nama).

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

Bincang bersama-sama rakan anda berkaitan aspek fungsi dan

penggunaan kata sendi nama dalam bahasa Melayu. Buatlah catatan

ringkas mengenainya.

Page 138: Modul BMM3109

14.4 Kata Pascakata

Dalam bahasa Melayu hanya ada satu kata pascakata, iaitu -nya yang bergabung

selepas perkataan. Kata ini berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan -nya memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

Lapisan ozon sesungguhnya semakin nipis.

Nampaknya dia akan hadir.

Kata pembenda -nya menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata

nama sebagai kata nama

Lajunya ialah 120km/jam.

Dia berhujah dengan lantangnya.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

Bincang bersama-sama rakan anda berkaitan aspek fungsi dan

penggunaan kata sendi nama dalam bahasa Melayu. Buatlah catatan

ringkas mengenainya.

Page 139: Modul BMM3109

Rumusan

Aspek Penggolongan Kata: Kata Tugas

Kata hubung dan, atau, tetapi, lalu, bahawa, agar, semoga

Kata seru wah, amboi, aduh, cis, eh, oh

Kata tanya apa, bagaimana, siapa, bila, berapa

Kata perintah sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap

Kata pangkal ayat Maka, Alkisah, Hatta, Syahadan

Kata bantu akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum

Kata penguat amat, sangat, nian, terlalu, benar

Kata penegas juga, lah, kah, tah, pun

Kata nafi tidak, bukan

Kata pemeri ialah, adalah

Kata sendi nama di, dari, dalam, ke, pada, antara

Kata pembenar ya, benar, betul

Kata bilangan beberapa, banyak, ramai, dua, tiga, kelima

Kata arah atas, bawah, situ, dalam, sisi, samping, sana, sini

Kata pembenda -nya

Kata penekan -nya

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 140: Modul BMM3109

Latihan

Tandakan (√) pada ayat yang betul.

1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma

yang akan datang.

2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.

3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara.

4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah

berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.

5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.

6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.

7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh

rakyat.

8. Kenyataan itu ialah benar.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

 

Baca petikan di bawah dan tentukan jenis kata tugas yang terdapat di

dalamnya.”Ada apa Abang Kamal?” tanya Amar.  Amar merenung muka Abang Kamal,

menunggu jawapan.  Muka Abang Kamal merah padam.  Amar tenang.”Kau ni, baru bekerja di sini dah nak

tunjuk lagak.  Apa yang engkau beritahu Encik Mansor tentang aku?  Apa?” 

bentak abang Kalam.  Jailani menggulung lengan baju.  Kain apron ditanggalkannya, begitu juga dengan

penutup habuk.  Dada Nadia bergemuruh.

”Tunjuk lagak macam mana Abang Kamal,” tenang jawab Amar.  Dia

kemudiannya berpeluk tubuh.”Kau jangan pura-pura tak tahu. 

Berlagak.  Mentang-mentang berkawan dengan anak Encik Mansor, dah nak tunjuk hero.  Apa yang kau cakapkan pada Wahab, Hamidon, dan Yahaya?  Apa?  Cakap!” bentak Abang Kamal

lagi.  Amar menyeluk kocek.

Page 141: Modul BMM3109

9. Dunia ini ialah fana.

10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama seminggu.

12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada

minggu hadapan.

13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi dengan

kadar yang segera.

14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani proses

pengauditan selama seminggu.

15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.

16. Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan pihak kita

berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing.

17. Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu.

18. Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui umum.

19. Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan yang sebaliknya

perlu kita bezakan.

20. Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.

21. Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.

22. Lif itu terhenti antara tingkat dua dengan tingkat tiga.

23. Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih teratur

pejabatnya.

24. Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah.

25. Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan Mohamad.

26. Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B.

27. Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan

pangsapuri B.

28. Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan pihak

pembangkang.

29. Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong

pembangkang, banyak perbezaannya.

30. Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara wilayah-

wilayah ini.

31. Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh Jiwaku

Pergi.

32. Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal Psikologi

dan Jurnal Kemanusiaan.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

 

Baca petikan di bawah dan tentukan jenis kata tugas yang terdapat di

dalamnya.”Ada apa Abang Kamal?” tanya Amar.  Amar merenung muka Abang Kamal,

menunggu jawapan.  Muka Abang Kamal merah padam.  Amar tenang.”Kau ni, baru bekerja di sini dah nak

tunjuk lagak.  Apa yang engkau beritahu Encik Mansor tentang aku?  Apa?” 

bentak abang Kalam.  Jailani menggulung lengan baju.  Kain apron ditanggalkannya, begitu juga dengan

penutup habuk.  Dada Nadia bergemuruh.

”Tunjuk lagak macam mana Abang Kamal,” tenang jawab Amar.  Dia

kemudiannya berpeluk tubuh.”Kau jangan pura-pura tak tahu. 

Berlagak.  Mentang-mentang berkawan dengan anak Encik Mansor, dah nak tunjuk hero.  Apa yang kau cakapkan pada Wahab, Hamidon, dan Yahaya?  Apa?  Cakap!” bentak Abang Kamal

lagi.  Amar menyeluk kocek.

Page 142: Modul BMM3109

33. Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama seorang

tokoh korporat.

34. Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti

kebenarannya.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan

1. Jelaskan kelainan bentuk kata

perintah dalam komunikasi harian.

2. Nyatakan sumber yang mengandungi

banyak contoh kata pangkal ayat.

3. Apakah beza antara ialah dengan

adalah?

4. Apakah beza antara bukan dengan

tidak?

5. Nyatakan dua contoh penggunaan

kata penekan.

6. Jelaskan konsep-konsep yang berikut:

a) kata penyambung ayat

b) kata praklausa

c) kata prafrasa dan pascafrasa

d) kata pascakata

Page 143: Modul BMM3109

15.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami

pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu. Tajuk ini dibahagikan

kepada empat subtajuk, iaitu:

Bunyi bahasa Melayu

Pembentukan kata

Pembaharuan dalam bentuk kata

Sistem ejaan perkataan baharu.

15.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat mengenal pasti:

iii. Bunyi asli bahasa Melayu dan bunyi bahasa pinjaman dalam bahasa

Melayu.

iv. Imbuhan asing yang digunakan dalam pembentukan kata bahasa

Melayu.

v. Pembaharuan dalam pembentukan kata.

vi. Sistem ejaan perkataan baharu.

15.3 Pengenalan

Bahasa berkembang selaras dengan perkembangan manusia. Perkataan-perkataan

baharu akan timbul apabila konsep, benda, proses, keadaan atau perkara-perkara

baharu muncul dalam budaya masyarakat. Perkataan baharu dibentuk melalui proses

perancangan bahasa dan hasil ciptaan penggunaan popular sehari-hari. Pembentukan

kata baharu akan melibatkan bidang fonologi, mofologi, dan leksikon.

15.4 Bunyi bahasa Melayu

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan

1. Jelaskan kelainan bentuk kata

perintah dalam komunikasi harian.

2. Nyatakan sumber yang mengandungi

banyak contoh kata pangkal ayat.

3. Apakah beza antara ialah dengan

adalah?

4. Apakah beza antara bukan dengan

tidak?

5. Nyatakan dua contoh penggunaan

kata penekan.

6. Jelaskan konsep-konsep yang berikut:

a) kata penyambung ayat

b) kata praklausa

c) kata prafrasa dan pascafrasa

d) kata pascakata

TAJUK 15

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU

Bunyi Bahasa Melayu, Pembentukan Kata

Pembaharuan dalam Bentuk Kata

Sistem Ejaan Perkataan Baharu

Page 144: Modul BMM3109

Bahasa Melayu mempunyai dua jenis bunyi bahasa, iaitu bunyi asli dan bunyi pinja-

man (bunyi asing). Terdapat 24 bunyi asli, iaitu 18 bunyi konsonan dan enam bunyi

vokal. Sementara bunyi pinjaman ialah lapan bunyi konsonan. (Sila rujuk kepada

modul Fonologi Bahasa Melayu).

Dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu bunyi ᵉ (e taling) dan bunyi ᵊ (e pepet)

diwakili oleh huruf yang sama (e). Vokal e, dan o hanya hadir pada awal dan ten-

gah perkataan tetapi e taling dan o hadir pada akhir perkataan suku kata terbuka

dalam kata pinjaman (sate, tauge, logo). Manakala vokal i, a dan u hadir pada awal,

tengah dan akhir perkataan.

Bunyi geluncuran ai dan au hadir di tengah dan akhir perkataan tetapi bunyi oi

hanya hadir pada akhir perkataan sahaja.

Hanya sembilan huruf konsonan, iaitu h, l, m, n, ng, p, r, s, t, dapat hadir pada

awal, tengah dan akhir perkataan. Konsonan b, c, d, g dan j hanya hadir pada

akhir perkataan kata pinjaman (abad, kolej, beg, koc). Huruf ny, w dan y tidak hadir

pada akhir perkataan.

Bunyi bahasa pinjaman dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu ialah bunyi

geseran, iaitu f, v, th, dh, z, sy, kh, dan gh. Biasanya digunakan dalam bentuk

perkataan yang dieja mengikut ejaan lama (thabit, dharab, sharat, hadhir, haidh,

mithal, …) tetapi kini telah ditukar mengikut ejaan rumi baharu. Walau bagaimana-

pun perkataan yang berkaitan dengan agama, bunyi asal dikekalkan ejaanya.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 145: Modul BMM3109

15.5 Pembentukan kata

Bahasa Melayu bersifat dinamik dan sentiasa berkembang melalui pembentukan

kata dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing. Sebahagian im-

buhan asing bertindak sebagai imbuhan dan ada juga yang bertindak sebagai seba-

hagian daripada satu unit perkataan. Ada tiga kumpulan imbuhan asing, iaitu:

i. Imbuhan Sanskrit

ii. Imbuhan Arab-Parsi

iii. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris

Imbuhan Sanskrit

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu

Awalan maha-

Melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama, membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan tera-gung.

maha + rani maharani

maha + guru mahaguru

maha + siswa mahasiswa

maha + raja maharaja

maha + meru mahameru

maha + kata adjektif dieja berasingan

maha + mulia maha mulia

maha + besar maha besar

maha + agung maha agung

Awalan tata-

Melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama, membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan tera-gung.

tata + tertib tatatertib

tata + susila tatasusila

tata + cara tatacara

tata + nama tatanama

tata + hukum tatahukum

tata + negara tatanegara

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 146: Modul BMM3109

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu

Awalan pra-

Menerbitkan kata nama untuk mem-bawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.

pra + kata prakata

pra + syarat prasyarat

pra + sejarah prasejarah

pra + siswazah prasiswazah

pra + sangka prasangka

pra + wacana prawacana

pra + sarana prasarana

Awalan swa-

Menerbitkan kata nama yang mem-berikan makna sendiri.

swa + daya swadaya

swa + asta swaasta

swa + sambada swasambada

swa + tantra swatantra

swa + tenaga swatenaga

swa + layan swalayan

Awalan eka-, dwi-, tri-, panca-

Menerbitkan kata nama untuk mem-bawa pengertian bilangan iaitu eka “satu”’ dwi “dua”, tri “tiga”, dan panca “lima”.

eka + bahasa ekabahasa

eka + matra ekamatra

eka + nada ekanada

dwi + fungsi dwifungsi

dwi + bahasa dwibahasa

tri + bulan tribulan

tri + windu triwindu

panca + indera pancaindera

panca + sila pancasila

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu

Akhiran –wan, -man

Menerbitkan kata nama untuk mem-bawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, peker-

seni + man seniman

budi + man budiman

cendekia + wan cendekiawan

harta + wan hartawan

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 147: Modul BMM3109

jaan atau tugas, atau pemilik sesu-atu sifat atau

karya + wan karyawan

sukarela + wan sukarelawan

budaya + wan budayawan

Akhiran –wati, -nita

Menimbulkan kat-egori jantina, iaitu –man dan –wan bagi lelaki, dan –wati dan –nita bagi wanita

seni + wati seniwati

angkasa + wati angkasawan

biduan + nita biduanita

karyawan + nita karyawanita

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

Berikan dua perkataan lain yang mempunyai imbuhan Sanskrit selain

yang disenaraikan di atas. Berbincanglah akan maknanya. Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang

disenaraikan.

Page 148: Modul BMM3109

Imbuhan Arab-Parsi

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu

Awalan bi- Bererti tidak

bi + lazim bilazim

bi + adab biadab

Akhiran -wi, -i Membentuk kata adjektif, iaitu

mencirikan sifat yang terkan-dung dalam kata dasar.

sejarah + wi sejarahwi

dunia + wi duniawi

abad + i abadi

manusia + wi manusiawi

Akhiran -iah Membentuk kata adjektif yang

membawa makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar

alam + iah alamiah

lahir + iah lahiriah

ilmu + iah ilmiah

batin + iah batiniah

Akhiran -in, -at, -ah Menunjukkan nama lelaki dan

perempuan.

hadir + in hadirin

munafik + in munafikin

hadir + at hadirat

munafik + at munafikat

salih + ah salihan

qari + ah qariah

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 149: Modul BMM3109

Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris

Imbuhan Kata Baharu

Awalan

pro-

Menunjukkan tanda bersetuju, memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak

probarat, promajikan, prokerajaan, propembangkang, prokomunis,…

anti-

Menunjukkan tanda melawan, membantah, menentang, atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak.

antijirim, antipenjajah, antisosial, antikemajuan, antikerajaan, antibiotik,…

poli-

Memberi pengertian banyakpolicakera, polisemi, polifasa,poliklinik, poliarca, polynomial,..

auto-

Memberi pengertian secara bersendirian.

autocarta, autograph, automatik, automorf, autonomi, autoglutinasi, …

sub-

Memberi pengertian sebahagian dari-pada keseluruhan.

subbidang, subkategori, subtopik,..

supra-

Memberi pengertian melebihi, mengatasi, atau merentasi.

supranasionalm suprasegemen,suprakelas, supragolongan, suprakategori, suprasistem

pro-

Menunjukkan tanda bersetuju, memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak

probarat, promajikan, prokerajaan, propembangkang, prokomunis,…

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 150: Modul BMM3109

Imbuhan Kata Baharu

Awalan

hetero-heterograft, heterosiklik, heteroion,heterogamete, heterosel, heterografi, …

heksa-heksahedron, heksapod, heksatetrahedron, heksagon, heksabes, …

hidro-hidrograf, hidrometri, hidrologi, hydrofoil, hidrolisis,hidrodinamik, …

homo-homopolimer, homogenesis, homodont, homogen, homogamy, homotopi, …

hiper-hyperboloid, hipersonik, hipergeometri, hyperopia,hiperparasit, hiperbola, …

infra-infraorbit, infragenus, infrastruktur, infrasonik,inframerah, infraspesis, …

inter- interdental, intervokal, intercom, interneuron, intermaksila, intersegment, …

intra- intrablok, intravena, intrasel, intramolekul, intrajabatan, intrakelenjar, …

iso- isobar, isogloss, isobutanol, isomorph, isogamet,isohyet, …

kilo- kilogram, kilometer, kilokalori, kilowatt, kilovolt,…

makro- makromolekul, makronukleus, makrolinguistik, makroiklim, makrogamon, makrofibril, …

mikro- mikrokitar, mikrosel, mikrohablur, mikrokimia, mikrobiologi, mikroekonomi, …

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 151: Modul BMM3109

Imbuhan Kata Baharu

Awalan

meta-matebrankia, metabahasa, metacarpus, metasejarah, metamatematik, metapusat, …

mili-millimeter, milligram, miliampere, milliliter, milibar, milicurie, …

tele-televisyen, telegraf, telefon, telephoto, telegram, telekomunikasi,…

multi-multisel, multimod, multibutiran, multinukleus, multiaras, multikolinear, …

neo-neomagma, neomisin, neogen, neotip, neolitik,neonatal, …

neuro-neurohormon, neuroendokrin, neurorembesan, neurootot, neuroderia, neurokranium, …

orto-ortogenus, ortonormal, ortorombus, ortoklas, ortografi, ortokubah, …

oksi-oksifera, oksiketon, oksiklorida, oksiasid, oksitosin, oksitropik, …

paleo-paleogen, paleozoik, paleobiologi. Paleotanih, paleolitik, paleogeografi, …

para-parapadat, paraboloid, paratiriod, paragenesis, paratip, paralinguistik, …

peri-pericarp, periklas, pericardium, peridot, perimedula, perinatal,…

petro-petrokimia, petrologi, petrogenesis, petrofabrik, petrografi, petrosektomi, …

Imbuhan Kata Baharu

Awalan

feno- 

fenobarniton, fenotiazina, fenosalinan, fenokrist, fenotip, fenomena, …

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 152: Modul BMM3109

 

foto-fotoreseptor, fotosintesis, fotometri, fotokimia, fotoelektrik, fotogalvanometer,…

fito-fitokrom, fitogeografi, fitohormon, fitobenton, fitoiklim, fitotoksin, …

pleo-pleokroisma, pleoeksia, pleomorf, pleomorfi, pleoarus, pleokromatisme, …

super-superlarut, superstruktur, superfostat, superset, supertepuan, supersonik, …

Akhiran

-ismesosialisme, nasionalisme, kolonialisme, realisme,kapitalisme, idealism,…

-ikfonemik, linguistik, fonetik, siklik, lojistik, saintifik, …

-siklasifikasi, polarisasi, revolusi, nasalisasi, sensasi, potensi, …

-alklinikal, kritikal, praktikal, siklikal, leksikal,eksperimental, …

-isekonomis, magis, praktis, kritis, sistematis,simbiosis, …

15.6 Pembaharuan dalam bentuk kata

Kata baharu dalam bahasa Melayu terbina melalui dua cara, iaitu:

(i) penciptaan secara penggunaan popular dalam media massa dan

penulisan kreatif

(ii) perancangan bahasa

Penggunaan popular

Perkataan secara penggunaan popular dihasilkan oleh pihak media ataupun

melalui penulisan kreatif. Perkataan baru dihasilkan secara ciptaan sendiri, ter-

jemahan atau secra ambilan keseluruhannya. Bentuk-bentuk ini kemudiannya

menjadi popular dan digunakan umum.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 153: Modul BMM3109

Perancangan bahasa

Pembentukan perkataan melalui perancangan bahasa merupakan peranan De-

wan Bahasa dan Pustaka. Perkataan yang dihasilkan adalah berbentuk istilah

yang merujuk kepada bidang ilmu dan kerjaya tertentu. Ada tujuh langkah proses

pembentukan istilah.

(i) penggunaan perkataan yang lazimnya digunakan dan

dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilah.

(ii) penggunaan perkataan yang kurang lazim digunakan.

(iii) penggunaan perkataan bahasa serumpum ataupun dialek Melayu

yang lazim digunakan.

(iv) penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu

yang sudah tidak lazim digunakan.

(v) perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris.

(vi) Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa-bahasa lain.

(vii) Jika terdapat beberapa kemungkinan, perkataan dihasilkan

melalui pemilihan yang terbak antara langkah i – vi.

Perkataan yang dibentuk melalui tujuh langkah tersebut adalah berdasarkan

ungkapan yang paling singkat, maknanya tidak menyimpang, tidak berkonotasi

buruk dan sedap didengar.

Terdapat dua proses pembentukan istilah, iaitu:

(i) proses pinjam terjemah

Istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau serumpun

dengan memberikan makna baharu untuk membawa konsep

tertentu yang sebelumnya tiada dalam bahasa Melayu. Lima cara

proses pinjam terjemah:

terjemahan langsung

ellipenut – engkabang soluble – larut

dose – sukatan humidility –

kelembapan

penggabungan dua kata umum

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 154: Modul BMM3109

missile – peluru berpandu honeymoon – bulan

madu

penciptaan kata bahaaru yang tidak ada dalam bahasa

Melayu bagi mendukungkonsep baharu

subsidence – antaman allot – umpuk

peluasan makna

salur(irrigation) – salir (drainage)

hakis (erosion) – kikis (corrosion)

mencipta kata baharu dengan gandaan separa

radius – jejari lattice – kekisi capillary – rerambut

(ii) proses pinjaman

Perkataan dibentuk dengan cara mengambil istilah daripada

bahasa asalnya tetapi penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi

dan ejaan (geography – geografi, kinetic – kinetik,…) dan

pengambilan tanpa perubahan ejaan (magnet – magnet, import –

import, …). Istilah pinjaman hendaklah disebut mengikut

kelaziman sebutan bahasa Melayu baku.

15.7 Sistem ejaan perkataan baharu

Pengejaan istilah pinjaman perlu seboleh-bolehnya mengekalkan bentuk ejaan kata

asing, terutama perkataan yang baharu sahaja diserap. Perkataan yang sudah

lama dikekalkan ejaannya mengikut kelaziman.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Berdasarkan pengalaman anda, cuba senaraikan perkataan yang

muncul melalui penggunaan popular.

2. Kemukakan lima contoh perkataan yang dibentuk melalui ketujuh-tujuh langkah pembentukan istilah dalam

perancangan bahasa.

Page 155: Modul BMM3109

Kata asing yang belum sepenuhnya terserap.

Kata asing yang belum sepenuhnya terserap dieja seperti kata asal kerana

ketiadaan padanan atau atas dasar keantarabangsaan penggunaannya.

landrover ad hoc diesel qari

Kata asing yang sepenuhnya terserap.

Penulisan kata serapan dibuat mengikut pengekalan atau perubahan abjad.

1. Abjad a tetap a (race – ras)

2. Abjad ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae (aerial – aerial)

3. Abjad ae jika bervariasi dengan e menjadi e (aesthetics – estetik)

4. Abjad ai tetap ai (caisson – kaison)

5. Abjad ai (Belanda) menjadi e (komplementair – komplementer)

6. Abjad ao tetap ao (paolo – paolo)

7. Abjad au tetap au (automatic – automatik)

8. Abjad c d ihadapan a, u, o dan huruf konsonan menjadi k (carbon

– karbon)

9. Abjad c di hadapan e, i, oe, dan y menjadi s (cent – sen)

10. Abjad cc di hadapan o, u, dan huruf konsonan menjadi k (accrue –

akru)

11. Abjad cc di hadapan e dan i menjadi ks (accent – aksen)

12. Abjad ch, cch (yang diucapkan k) di hadapan e, o,dan konsonan

menjadi k ( charisma – karisma)

13. Abjad ch (yang diucap sebagai s) menjadi s (chiffon – sifon)

14. Abjad c (sanskrit) menjadi s (cabda – sabda)

15. Abjad e tetap e (system – sistem)

16. Abjad ea tetap ea (gear – gear)

17. Abjad ea (yang diucapkan i) menjadi i (grease – gris)

18. Abjad ee menjadi i (jeep – jip)

19. Abjad ei tetap ei (atheist – ateis)

20. Abjad eo tetap eo (stereo – stereo)

21. Abjad eu tetap eu (neutral – neutral)

22. Abjad f tetap f (factor – faktor)

23. Abjad g tetap g (tragedy – tragedi)

24. Abjad i tetap i (textile – tekstil)

25. Abjad ia tetap ia (dialect – dialek)

26. abjad ie tetap ie (tieceron — tieseron)

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

1. Berdasarkan pengalaman anda, cuba senaraikan perkataan yang

muncul melalui penggunaan popular.

2. Kemukakan lima contoh perkataan yang dibentuk melalui ketujuh-tujuh langkah pembentukan istilah dalam

perancangan bahasa.

Page 156: Modul BMM3109

27. abjad ei di akhir kata menjadi i (calorie — kalori)

28. abjad ie di akhir kata ekasuku menjadi ai (pie — pai)

29. io tetap io (cardioid — kardioid)

30. abjad iu tetap iu (premium — premium)

31. abjad kh (Arab) tetap kh (khabar — khabar)

32. abjad ng tetap ng (congress — kongres)

33. abjad o tetap o (sector — sector)

34. abjad oa menjadi o (cardboard –kadbod)

35. abjad oe (Yunani) menjadi e (oestrogen – estrogen)

36. abjad oi tetap oi (alkaloid – alkaloid)

37. abjad oo menjadi u (monsoon – monsun)

38. abjad oo (vokal ganda) tetap oo (zoo – zoo)

39. abjad ou yang dilafazkan [u] atau [e] menjadi u (serious – serius)

40. abjad ou yang dilafazkan [au] menjadi au (accountant – akauntan)

41. abjad ph menjadi f (phoneme – fonem)

42. abjad q menjadi k (aquarium — akuarium)

43. abjad rh menjadi r (rhetoric — retonik)

44. abjad sc di hadapan a, o, u, dan konsonan menjadi sk (score –

skor)

45. abjad sc di hadapan e, i, menjadi s (science – sains)

46. abjad sch menjadi sk (scheme – skim/skema)

47. abjad th menjadi t (theater – teater)

48. abjad u tetap u (unit – unit)

49. abjad ua tetap ua (aquarium — akuanium)

50. abjad ue tetap ue (duet – duet)

51. abjad ue di akhir kata menjadi u (glue — glu)

52. abjad ue pada akhir kata ekasuku menjadi iu (cue — kiu)

53. abjad ue pada akhir kata (selepas q atau g) digugurkan (cheque –

cek)

54. abjad ui tetap ui (annuity – anuiti)

55. abjad uo tetap uo (quota — kuota)

56. abjad uu menjadi u (vacuum — vakum)

57. abjad v tetap v (novel — novel)

58. abjad x pada awal kata tetap x (xenon — xenon)

59. abjad x pada kedudukan lain dalam kata menjadi ks (extra —

ekstra)

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 157: Modul BMM3109

60. abjad y yang tidak hadir pada awal kata menjadi i (polytheism —

politeisme)

61. abjad z tetap z (ozone — ozon)

62. konsonan ganda jadi konsonan tunggal, kecuali apabila

mengelirukan (assimilation — asimilasi, contoh kecualian ialah

media massa

63. huruf e yang biasanya dilafazkan pepet dalam suku kata akhir

dikekalkan (cylinder — silinder)

Rumusan

1. Modul ini menghuraikan pelabagai aspek morfologi bahasa Melayu.

2. Morfologi ini memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu,

iaitu merangkumi perihal golongan kata dan proses pembentukan kata,

perubahan-perubahan bentuk kata dan struktur binaan kata tunggal serta proses

pembentukan perkataan baharu.

3. Terdapat beberapa peraturan apabila membentuk kata terbitan. Kata terbitan

bukan sahaja terbentuk melalui proses pengimbuhan semata-mata malah ada

juga kata terbitan yang perlu melalui dua proses, iaitu pengimbuhan dan diikuti

dengan proses peleburan bunyi.

4. Penulisan kata majmuk, bentuk-bentuk kata ganda dan proses menerbitkan kata

akronim juga mempunyai peraturan tertentu.

5. Perkataan baharu muncul melalui dua proses, iaitu penggunaan popular dan

melalui proses perancangan bahasa.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Latihan:

Kemukakan tiga perkataan lain bagi

setiap bentuk kata serapan yang dibuat

mengikut pengekalan atau perubahan

abjad.

Page 158: Modul BMM3109

Latihan pengukuhan

Latihan ini merangkumi Interaksi 1 hingga Interaksi 5 yang disusun secara rawak. Cuba

laksanakan latihan ini. Anda boleh berbincang bersama-sama rakan anda dan juga

pensyarah.

1. Terdapat kekeliruan dalam menentukan sama ada kata akar, kata dasar, kata

tunggal dan kata terbitan merujuk kepada maksud yang sama atau mempunyai

bentuk yang sama.

Bincangkan pernyataan di atas dari segi:

a. Maksud kata akar, kata dasar, kata tunggal, dan kata terbitan.

b. Perbezaan kata akar dengan kata terbitan.

c. Jenis-jenis kata terbitan.

2. Terdapat beberapa kaedah pembentukan kata bahasa Melayu.

a. Jelaskan maksud proses pembentukan kata.

b. Huraikan proses pembentukan kata melalui peminjaman kata dan

penciptaan.

3. Akronim tergolong sebagai kata tunggal yangditerbitkan hasil daripada

penggabungan dan penyingkatan beberapa perkataan.

a. Jelaskan proses pembentukan akronim.

b. Huraikan jenis-jenis akronim.

4. Apakah proses pengimbuhan?

5. Dalam proses penerbitan kata dalam bahasa Melayu, pengimbuhan pada

sesebuah kata dasar boleh berlaku paling banyaknya dalam tiga lapis. Misalnya

perkataan berkeseorangan terbit melalui tiga lapis pengimbuhan.

Lapisan 1 = se + orang

Lapisan 2 = ke + seorangan + an

Lapisan 3 = ber + keseorangan

Berikan:

a. Satu perkataan yang terbit melalui satu lapis pengimbuhan.

b. Satu perkataan yang terbit melalui dua lapis pengimbuhan dan tunjukkan

proses lapisan tersebut.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Page 159: Modul BMM3109

c. Satu perkataan yang terbit melalui tiga lapis pengimbuhan dan tunjukkan

proses lapisan tersebut.

6. Jelaskan contoh perubahan bunyi sengau yang berlaku apabila imbuhan pe-

diimbuhkan kepada kata dasar satu suku kata seperti bom, lap dan tut.

7. Bagaimanakah proses penggandaan berlaku? Jelaskan dengan contoh.

8. Apakah yang digandakan dalam penggandaan rentak? Beri tiga contoh.

9. Bagaimanakah kata majmuk digandakan. Jelaskan dengan contoh.

10. Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa dan dapat

dibahagikan kepada beberapa jenis.

a. Bincangkan jenis-jenis kata prafrasa.

b. Jelaskan perbezaan kata pemeri ialah dan adalah.

11. Antara imbuhan awalan dalam bahasa Melayu termasuklah imbuhan awalan

me- dan imbuhan awalan ter-. Kedua-dua imbuhan ini dapat membentuk kata

kerja.

Bincangkan bentuk-bentuk kata kerja yang dapat dibentuk menggunakan kedua-

dua imbuhan ini dengan memberikan dua contoh ayat bagi setiap

pembentukannya.

BACAAN TAMBAHAN

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Peringatan:

1. Hampir keseluruhan modul ini

(Interaksi 1 hinggalah Interaksi 5)

dirujuk kepada Tatabahasa Dewan.

2. Sebarang kemusykilan perlu

dirujuk kepada Tatabahasa Dewan

sebagai rujukan utama.

Page 160: Modul BMM3109

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Alias Mohammad Yatim et.al. (1992). Mengenali Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Wintell

(M) Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar (1968). Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu (Malaysia) dan Bahasa

Indonesia: Satu Perbandingan Pola di dalam Arbak Othman (1983). Permulaan

Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Siri Pendidikan Guru. Shah

Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

document.docx SulitDicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Peringatan:

1. Hampir keseluruhan modul ini

(Interaksi 1 hinggalah Interaksi 5)

dirujuk kepada Tatabahasa Dewan.

2. Sebarang kemusykilan perlu

dirujuk kepada Tatabahasa Dewan

sebagai rujukan utama.