26
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566 PPGBM2611 BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.Aspek morfologi ini dapat diperjelas seperti rajah di bawah;. Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa Rupa unit tatabahasa , sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan , Proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan

ASNGM BMM3109.docx

Embed Size (px)

Citation preview

690810-13-5566 PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 PPGBM2611

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.Aspek morfologi ini dapat diperjelas seperti rajah di bawah;.

Rupa unit tatabahasa , sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaanSusunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna Proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya

Gambar rajah 1 : Aspek Morfologi

2.0 BAHAGIAN A : PENGURUSAN GRAFIK

2.1 Artikel Guru Bahasa Melayu Cabaran dan Penyelesaian

3.0 Analisis Golongan Kata berdasarkan Artikel

PETUNJUK : KATA KERJA KATA NAMA

KATA ADJEJTIF KATA TUGAS

2. 2 GOLONGAN KATA

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yangsama.Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata seperti digambar rajah di bawah dan keempat-empat golongan kata ini dapat dikenalpasti banyak digunakan dalam artikel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berjudul Guru Bahasa Melayu Cabaran dan Penyelesaian

Gambar rajah 2 : Golongan Kata Bahasa Melayu

2.2.1 Kata KerjaKatakerjaberperananuntukmenunjukkansesuatuperbuatanatausesuatu keadaan.Katakerjadapatdibahagikankepadaduakumpulaniaitukatakerja transitif dan kata kerja tak transitif.Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek.Contoh kata kerja yang terdapat dalam artikel seperti dalam grafik di bawah;

bercakapmengajarmemiliki

TANPA PELENGKAPmenepisAKTIF

belajarmemastikan

KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA KERJA TRANSITIF

menghasilkanditerapkan

BERPELENGKAPPASIF

dibina

berdampinganberperanan

diamalkan

Grafik 1: Golongan Kata Kerja

2.2.2 Kata Nama

Pengunaan kata nama paling banyak terdapat dalam artikel .Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi),undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya benda, perkara dan konsep. Kata nama boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya. Ganti nama diri orang pula terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga

James LongstreetAlwasilah A.ChaedarJoyceWeilManusia

SiniTempatKataBahasaKedua : Tiada dalam artikelberbilangRancangankamusInstitusisekolahPertama: kitaBukan InstitusiiMana, siapa,mengapaTidak berbilngGuru, pelajar,Masyarakat,fasitator,Kanak-kanakTiada di dalam artikelTiada di dalam artikelMalaysiaMelayuBritainManusiaOrangTanyaDiriTunjukItu ,IniAbstrakkelasKonkritBukan ManusiaHidupTidak HidupKata Ganti DiriKataNamaAmBukan ManusiaHidupTidak HidupKata Nama Khas4554r

Ketiga : MerekaGrafik 2: Golongan Kata Nama2.2.3 Kata adjektifKata adjektif juga ada digunakan dalam artikel walaupun tidak semua jenis kata adjektif terdapat dalam artikel tersebut. Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan unsur utama dalam frasa adjektif. Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu frasa nama dan mudah dikenali kerana kata adjektif ini boleh disertai dengan akat penguat sebagai katahadapannya. Kata penguat yang boleh digunakan bersama kata adjektif ialahamat, sangat, sungguh, palingataunian. Selain itu, imbuhan awalan ter dan sesesuai digunakan diawal kata adjektif bagi menerangkan maksud yang lebih jelas.Contoh : terbaik, terkaya, seharum, secantik Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteriamakna .Antara Kata adjektif yang terdapat dalam artikel tertera dalam grafik di bawah;

Tiada dalam artikel

Emosional

BijakAktifKukuh

SejauhSeringTiada dalam artikelBesar

Tiada dalam artikelARTIKELLama

Grafik 3 : Golongan Kata Adjektif

2.2.4 Kata TugasPenggunaan kata tugas dikenalpasti banyak digunakan oleh penulis artikel .Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen,iaitutidakbolehmenjadiunsurbagifrasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja,dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadirdalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu. Antara kata tugas dalam artikel dapat dikategorikan kepada jenis-jenis seperti dalam grafik di bawah;

TidakDanSertakerana

Kata NafiKata Hubung

Ialah AdalahTiada dalamartikel

Kata PemeriKata Seru

Kepada Daripada Dengan

Siapa , ManaMengapaKata Sendi NamaKata Tanya

Tiada dalamartikel

Tiada dalam artikelKata PembenarKata Perintah

Kata Penegas Empat Kedua-dua BeberapaJugaperlulah

Kata Bilangan

Dalam Antara DepanKata ArahKata PenguatSangatPaling

Akan .PernahSudah

Kata Pembenda Kata Bantu Keberkesannya

Hakikatnya MisalnyaTiada dalamartikelKata Pangkal Ayat

Kata Penekan

Grafik 4 : Golongan Kata Tugas2.3 Kesimpulan

Dalam rencanaArtikel Guru Bahasa Melayu Cabaran dan Penyelesaian ini dapat dilihat dari segi penggolongan kata, penulis telah menggunakan keempat-empat jenis golongan kata iaitu kata kerja , kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Berdasarkan analisa ,didapati penulis banyak menggunakan kata nama dan kata tugas. Penggunaan kata nam am lebih banyak digunakan berbanding kata nama khas dan kata ganti nama . Selain itu kata tugas juga banyak digunakan dalam artikel ini yang menjadikan ayat-ayat dalam penulisan artikel tersebut lebih gramatis. Manakala penggunaan kata ganda agak kurang memandangkan artikel ini merupakan penulisan berbentuk ilmiah.

3.0 BAHAGIAN B : KARANGAN CEREKA3.1 Hasil Cereka Harga Secebis Pengalaman Akhirnya hari ini aku sudah pun bergelar seorang guru setelah menamatkan pengajian di Institut Bahasa Kuala Lumpur ( IBKL ). Satu gelaran yang aku idam-idamkan sejak usiaku mula menginjak ke angka lima belas tahun. Belum tergambar lagi keadaan sekolah pertama yang akan ku jejaki. Rupa-rupanya aku ditempatkan di sebuah sekolah di kawasan pedalaman . Namun, hatiku tetap berbunga kerana aku dapat mengajar di tanah air ku..Walaupun keadaan di sini amat berbeza dengan kehidupan di bandar raya yang dilengkapi pelbagai kemudahan ,namun aku berasa tenang dengan keindahan dan kedamaian di sini . Aku dapat menikmati keindahan bukit-bukau yang diselubungi pepohon yang menghijau, deretan pohon ru ditepian pantai dan merasa kedinginan air perigi. Hampir semua murid di sini berbangsa Iban dan berasal daripada keluarga yang miskin .Penduduk di sini majority bekerja sebagai petani untuk menyara hidup. Pelbagai tanaman yang ditanam seperti sayur-mayur dan pokok buah- buahan seperti rambutan dan durian . Ada juga dikalangan mereka yang menjadi pemburu. Murid di sini bukan sahaja kurang faham bahasa Melayu ,malah adat resam di sini juga begitu asing bagiku. Namun aku sedar perkara ini merupakan tanggungjawabku untuk memantapkan penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid- murid di sini. Minat dan kesungguhan mereka untuk belajar Bahasa Melayu menjadikan aku bersemangat untuk mengajar walaupun tiada teknologi canggih.Tak kenal maka tak cinta satu ungkapan yang mempunyai kebenarannya. Walaupun tidak biasa tinggal di tempat seperti ini yang tiada kemudahan seperti pasar raya, bank, jalan raya yang moden namun di sini aku memperoleh satu ketenangan. Jauh daripada bunyi hiruk-pikuk seperti di Bandar raya Hanya bunyi desiran angin dan beburung berkicau sering ku dengari. Tambahan pula guru besar,guru-guru dan masyarakat di sini hidup aman- damai kerana sentiasa mengamalkan sikap hormat menghomati , bersopan-santun dan berkerjasama.Sekarang semua hanya menjadi satu kenangan manis. Aku telah ditukarkan berkhidmad di bandar. Aku sedar tugas sebagi guru bukanlah semudah yang ku sangka. Jika diberi pilihan siapa yang sanggup mengajar di kawasan pedalaman yang serba kekurangan . Namun bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Segala cabaran yang mendatang kekadang menitipkan satu kekuatan dalam diri tanpa kita sedari. Sesungguhnya secebis pengalaman sungguh berharga untuk menjadikan aku seorang yang tabah menggalas tanggungjawab ku sebagai seorang guru. ( 355 Patah Perkataan)3.2 Analisis Penggunaan Perkataan dan Bentuk Perkataan Bahasa Melayu dalam cereka Harga Secebis Pengalaman

Penghasilan karangan berbentuk cereka ini mengandungi pelbagai bentuk kata yang terdapat dalam bahasa Melayu . Tajuk karangan cereka yang berjaya saya hasilkan ialah Harga Secebis Pengalaman . Karangan cereka ini mengandungi pelbagai bentuk kata bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

3.2.1 Bentuk Kata tunggal Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan atau pemajmukan. Kata tunggal mungkin terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih. Rajah di bawah menunjukkan penggunaan kata tunggal yang boleh dikenalpasti dalam cereka yang dihasilkan.

Bil. Suku KataPola Suku KataContoh Perkataan

Satu Suku KataKVru

KVKK bank

V +KVKadat

.KV + KVguru

KV + VKbuah

KV +KVKtanah, murid,

Tiga Suku KataKV+ KV+KVbahasa

KV+KV+KVKsekolah

V+KV+KVKamanah

.KVK+KV+KVKrambutan

Empat Suku KataKV+KV+VK+KVkeluarga

KVK+KV+KV+KV teknologi

3.2.2 Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan . Bentuk kata dasar atau kata tunggal akan digandingkan dengan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan atau imbuhan apitan. Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri malah perlu dicantumkan dengan dengan kata tunggal atau kata dasar untuk menghasilkan maksid yang lebih bermakna. Proses pengimbuhan akan menghasilkan 4 bentuk kata terbitan iaitu Kata terbitan berawalan ,Kata terbitan berakhiran,Kata terbitan berapitan dan Kata terbitan bersisipan.

Contoh-contoh bentuk kata terbitan yang boleh didapati daripada cereka :

Jenisbentuk kata terbitanContoh perkataan

Kata terbitan awalan kata namaPetani, pemburu

Kata terbitan awalan kata kerjaMengajar, memandang

Kata terbitan awalan kata adjektifMenghijau, menginjak

Kata terbitan akhiran kata namaDurian, tanaman

Kata terbitan akhiran kata kerjaJejaki

Kata terbitan apitan kata namaPedalaman

Kata terbitan apitan kata kerjaMengamalkan

Kata terbitan apitan kata adjektifKeindahan,ketenangan

Kata terbitan sisipan kata namaPerigi

3.2.3 Kata Nama MajmukBentuk kata majmukboleh ditakrifkan sebagai bentuk kata yang mengalami proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih . Pembentukan kata majmuk akan membawa makna yang baru jika dibandingkan dengan makna asal kata dasarnya. Ciri-ciri yang ada pada kata majmuk ialah perkataan ini dieja terpisah tetapi berfungsi senagai satu unit. Kata majmuk juga tidak boleh menerima sebarang imbuhan sisipan atau unsur-unsur lain. Pembentukan kata majmuk terbahagi kepada3 kelompok iaitu rangkaian kata bebas , istilah khusus dan kiasan yang meliputi simpulan bahasaBeberapa kata majmuk ada digunakan di dalam cereka Harga Secebis Pengalaman . Contoh Kata majmuk yang terdapat dalah cereka ialah ;

Bandar rayaJalan rayaTanggungjawabPasar rayaGuru besar

3.2.4 Kata GandaKata nama boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna tertentu. Kesemua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk boleh digandakan. Ada tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar nama, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Berdasarkan cereka yang dihasilkan ketiga-tiga jenis ada digunakan. Contoh penggandaan dalam cereka ialah seperti berikut:

Penggandaan PenuhPenggandaan SeparaPengggandaan berentak

Murid-muridPokok-pokokGuru-guru

BeburungPepohonBuah-buahan

Bukit-bukauSayur-mayur

4.0 KESIMPULAN Karangan cereka yang telah dihasilkan mengandungi semua bentuk kata bahasa Melayu iaitu penggunaan kata tunggal, kata terbitan , kata majmuk dan kata ganda. Penghasilan cereka ini banyak menggunakan kata tunggal dan kata terbitan. Walaupun penggunaan kata majmuk dan kata ganda kurang digunakan namun penggunaan kata majuk dan kata ganda menjadikan hasil penulisan cereka ini lebih menarik dan gramatis. Pemilihan bentuk kata yang dipilih menjadikan cereka ini menarik dan mudah difahami oleh semua lapisan pembaca. Kesimpulannya , mempelajari subjek Morfologi Bahasa Melayu ini, saya dapati bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik kerana mempunyai unit-unit bahasa yang pelbagai. Melalui analisis yang dibuat, saya lebih memahami jenis-jenis kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan (termasuk imbuhan-imbuhan yang digunakan), kata nama majmuk, dan kata nama gandaan serta struktur binaannya

5.0 BAHAGIAN C : PENULISAN REFLEKSI

Morfologi merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh pelajar PPG BM pada semester 5 ini. Sehubungan dengan itu tugasan kerja kursus BMM3109 lebih tertumpu kepada aspek morfologi iaitu merangkumi Golongan Kata Bahasa Melayu dan Perkataan dan Bentuk-bentuk Perkataan Bahasa Melayu.Tugasan kerja kursus projek pada kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A , mengklasifikasikan golongan kata dalam bentuk grafik, Bahagian B , menghasilkan karangan cereka seterusnya mengelompokkan jenis dan bentuk perkataan bahasa Melayu. Tugasan Bahagian C ialah penulisan refleksi kendiri yang merangkumi pengalaman melakukan tugasan.Pengorbanan masa sememangnya amat dituntut dalam penghasilan tugasan yang baik dan menepati kehendak soalan . Oleh itu, banyak masa diperlukan untuk mencari maklumat berkaitan aspek morfologi bagi menyiapkan tugasan ini . Selain melayari internet , saya juga membeli beberapa buah buku rujukan dan majalah keluaran Dewan Bahasa Pustaka iaitu majalah Dewan Bahasa, Pelita Bahasa dan Dewan Siswa. Kamus Tatabahasa Dewan yang dipinjam daripada perpustakaan merupakan buku panduan yang digunakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini selain ibuku rujukan tatabahasa Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam juga turut digunakan untuk memantapkan lagi pemahaman.Merujuk kepada tugasan yang diberi, saya dapati tugasan Bahagian A agak mencabar di mana saya perlu perlu membaca beberapa artikel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka . Lantaran itu ,saya telah memilih artikel yang berjudul Guru Bahasa Melayu Cabaran dan Penyelesaian .Tugasan ini memfokuskan kepada mengklasifikasikan golongan kata iaitu kata kerja, kata nama ,kata adjektif dan kata tugas dalam bentuk grafik. Tugasan ini agak memakan masa kerana saya harus membaca beberapa kali artikel yang telah dipilih untuk mengenalpasti semua golongan kata yang digunakan dalam artikel tersebut. Saya juga menghadapi masalah dalam menyediakan pengurusan grafik untuk semua golongan kata yang telah saya kenalpasti daripada artikel.Sebagai langkah menangani masalah yang dihadapi , saya merujuki buku Peta MInda Tatabahasa Tingkatan 5 Saya mendapat idea dalam menghasilkan grafik setelah merujuk buku tersebut .Walaupun menghadapi sedikit kesukaran untuk menyiapkan tugasan Bahagian A ini, namun berkat kegigihan dan kesabaran saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya amat berpuas hati dengan hasil tugasan saya. Tugasan bahagian ini telah memberi saya ruang untuk mengkaji tentang penggunaan golongan kata dalam sesebuah artikel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengalaman ini secara tidak langsung menyegarkan semula pengetahuan sedia ada dan banyak memberi input yang berguna untuk diaplikasikan semasa pengajaran.Setelah menyiapkan tugasan Bahagian A, beralih pula kepada tugasan Bahagian B. Saya tidak banyak menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan ini .Sebelum menghasilkan karangan cereka ini , terlebih dahulu saya membuat rujukan tentang perkataan dan bentuk bentuk perkataan bahasa Melayu. Kamus Tatabahasa Dewan menjadi pedoman saya selain buku- buku ilmiah lain .Karangan cereka yang saya hasilkan berkisarkan sedikit pengalaman saya sebagai guru. Pemilihan perkataan yang dipilih saya sesuaikan dengan karangan cereka yang saya akan hasilkan . Langkah ini dapat memudahkan saya mengelompokkan jenis perkataan dan bentuk perkataan yang terdapat dalam cereka yang saya hasilkan. Melalui penghasilan tugasan yang dibuat, saya lebih memahami jenis-jenis kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan (termasuk imbuhan-imbuhan yang digunakan), kata nama majmuk, dan kata nama gandaan serta struktur binaannya Tugasan bahagian ini juga secara tidak langsung membuka peluang kepada saya untuk lebih memahami dan mendalami penggunaan pelbagai bentuk kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setelah selesai menyiapkan tugasan Subjek Morfologi (BMM3109) saya mendapati banyak ilmu yang saya peroleh.Tugasan ini secara tidak langsung memberi saya peluang untuk mendalami aspek morfologi bahasa Melayu khususnya golongan kata dan jenis perkataan dan bentuk bentuk perkataan bahasa Melayu. Bukan semudah yang difikirkan untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya menghadapi masalah pada peringkat permulaan untuk menyiapkan tugasan ini , namun dengan bimbingan pensyarah subjek ini iaitu Puan Noor Liza bt Abdullah masalah tersebut dapat diatasi . Kolaborasi dengan beberapa orang rakan sekuliah juga banyak membantu dalam merungkai masalah yang dihadapiMenerusi tugasan ini, saya dapat membina banyak kefahaman berkenaan konsep pembentukan kata serta proses pembentukan kata yang terdapat dalam bahasa Melayuyang belum saya kuasai sebelum ini. Walaupun masih tidak dapat menguasai sepenuhnya, namun saya akui tugasan ini banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Pada masa sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang telah saya pelajari demi menambahbaik serta meningkatkat ilmu pengetahuan saya.Selain itu,melalui tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek yang dipelajari serta lebih rajin untuk membuat latihan agar penguasaan dalam bidang morfologi dapat dikukuhkan. Saya akan cuba memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa Melayu ini. Kesimpulannya, tugasan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari dan mendalami lebih banyak pengetahuan tentang bidang morfologi . Segala ilmu yang diperoleh mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di mana menjadi tanggungjawab saya mendukung citi-citi negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.

19