21
Pendahuluan Istilah morfologi berasal daripada perkataan morphology dalam bahasa Inggeris. Istilah morphology terbentuk daripada morph yang membawa maksud bentuk, logy pula bermaksud ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud pengetahuan tentang bentuk kata. 1.1 Pengenalan Menurut Buku Bahasa Melayu I, oleh Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, 1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bunyi ujaran atau lambing yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. 1.2 Objektif Kajian Tugasan ini menggariskan objektif – objektif tertentu iaitu: Menjelaskan secara teliti tentang jenis-jenis kata kerja dalam Bahasa Melayu. Menganalisis serta mengelaskan jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam rencana terpilih.

Tugasan Bmm3109 Sem 5

Embed Size (px)

Citation preview

Pendahuluan

Istilah morfologi berasal daripada perkataan morphology dalam bahasa Inggeris. Istilah morphology terbentuk daripada morph yang membawa maksud bentuk, logy pula bermaksud ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud pengetahuan tentang bentuk kata.

1.1 PengenalanMenurut Buku Bahasa Melayu I, oleh Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, 1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bunyi ujaran atau lambing yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

1.2 Objektif KajianTugasan ini menggariskan objektif objektif tertentu iaitu: Menjelaskan secara teliti tentang jenis-jenis kata kerja dalam Bahasa Melayu. Menganalisis serta mengelaskan jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam rencana terpilih. 1.3 Kaedah Kajian Kaedah yang digunakan ialah membuat analisis penggunaan kata kerja bahasa Melayu dalam sebuah rencana. 1.4 Batasan Kajian Tugasan ini mensasarkan dan membuat penelitian perbincangan dan kupasan daripada rencana yang dipetik dari Dewan Masyarakat muka surat bertajuk1.5 Definisi OperasionalPetikan Majalah Dewan Masyarakat ini merupakan pilihan kajian bagi membuat analisis penggunaan kata kerja bahasa Melayu.2.0 Konsep Kata KerjaMenurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya, kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.Menurut Asraf dalam buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu ( 2007 ), kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya ang berjudul Bahasa Melayu I, Edisi Kedua, kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja, manakala unsur lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan.2.1 Penggolongan Kata KerjaKata kerja dapat digolongkan kepada dua kumpulan utama iaitu:( i ) Kata kerja aktif( ii ) Kata kerja pasif2.1.1 Kata Kerja AktifKata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada:( i ) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini dibahagikan pula kepada : ( a ) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap Merupakan kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut seperti contoh berikut: Rumput tumbuh menghijau Noni suka menyanyi. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ini juga boleh ditambah unsur keterangan seperti contoh di bawah:1.( a ) Rumput tumbuh menghijau di padang. 2.( a ) Noni suka menyanyi lagu asli. ( b ) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap Merupakan kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menjadikan ayat itu sempurna. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Contoh ayat adalah seperti berikut: Salma tinggal di Taman Sena. Anis menjadi doktor. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya: ( a ) Salma tinggal ( a ) Anis menjadi Ayat-ayat di atas juga tidak boleh dipasifkan seperti contoh di bawah: ( b ) Di Taman Sena ditinggal oleh Salma. ( b ) Doktor dijadikan oleh Anis. ( ii ) Kata Kerja Aktif Transitif Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh kata kerja aktif transitif dalam ayat : Fadli pandai memukul gendang. Cikgu Hadi menendang bola. 2.1.2 Kata Kerja Pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh ayat di bawah telah dipasifkan: Halaman rumah sedang dibersihkan oleh datuk. Pakaian itu telah dijahit oleh Yanti.Kesimpulan tentang penggolongan kata kerja seperti yang dibincangkan di atas ialah:

2.2 Pembentukan Kata KerjaKata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk, iaitu:2.2.1 Kata Kerja Tunggal- kata yang terbentuk tanpa imbuhan .- bersifat tak transitif-Contoh ayat:1. Devi lahir di Parit Buntar, Perak.2. Sekawan burung terbang di angkasa.2.2.2 Kata Kerja TerbitanKata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

2.2.2.1 Awalan Kata KerjaAwalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu terdiri daripada meN-, beR- , teR- , di , mempeR- dan dipeR- Awalan beR-a) Bentuk Awalan beR-Mempunyai dua bentuk bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu ber- dan be-Contoh perkataan : berburu, berasap, berjiran, belajar, berenang.( i ) Awalan beR- menjadi ber- jika bercantum dengan semua kata dasar, kecuali dengan perkataan yang huruf pertamanya ialah r. Contohnya:beR + angkat berangkat beR + ekor berekorbeR + guna berguna( ii ) Awalan beR- menjadi be- apabila bercantum dengan semua kata dasar yang bermula dengan huruf r Contohnya:beR + runding berundingbeR + rantai berantai

b ) Fungsi Awalan beR-Awalan beR- berfungsi untuk membentuk kata kerja. Awalan beR- boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:beR + kebun ( KN ) berkebun ( KK ) beR + oleh ( KT ) beroleh ( KK )beR + murah ( KA ) bermurah ( KK ) beR + suruh ( KK ) bersuruh ( KK)

c ) Makna Awalan beR-Awalan beR- membawa pengertian: mempunyai. Contohnya:beratap, beristeri bersuara menggunakan. Contohnya:bermotosikal, berbedak, berbasikal mengeluarkan. Contohnya:berbunyi, beranak, bertelur memakai sesuatu. Contohnya:bertali leher, berkasut, berbaju ada sesuatu seperti pada kata dasar. Contohnya:berbahaya ada bahayanyaberwarna ada warnanya melakukan perbuatan pada diri sendiri ( refleksif ). Contohnya:bercukur, berdandan, berjemur pasif seperti awalan di-. Contohnya:tidak berjahit = tidak dijahitsudah berlipat = sudah dilipatbelum berbasuh = belum dibasuh

Awalan teR- Bentuk Awalan teR-Mempunyai dua bentuk, iaitu ter- dan te-. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan semua huruf, kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

Seperti awalan ber-, bagi kata dasar yangbermula dengan huruf r yang bergabung dengan ter-, satu daripada r gugur hasil daripada proses peleburan bunyi. Contoh:rasa - terasaringkas - teringkas Golongan kata yang bergabung dengan awalan teR-Awalan teR- digabungkan dengan kata dasar daripada golongan kata kerja, baik kata kerja transitif mahupun tak transitif, dan kata nama. Contohnya:

Kata kerja transitifjual - terjualmakan - termakan

Kata kerja tak transitifjatuh - terjatuhduduk - terduduk

Kata namapaku - terpakunama - ternama

Jenis kata kerja berawalan teR-Kata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu:( i ) Kata kerja aktif( ii ) Kata kerja pasif

( I ) Kata Kerja Aktif Kata kerja aktif terbahagi kepada dua, iaitu : Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif ( a ) Kata kerja transitif Kata kerja yang diikuti oleh objek atau penyambut, contohnya:makan - termakan ( Saleh termakan lauk ayam yang telah basi itu.)beli - terbeli ( Ali tidak terbeli kasut yang mahal itu.)

( b ) Kata kerja tak transitif Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti oleh unsur keterangan. Contohnya: jatuh - terjatuh ( Amir terjatuh dari atas pokok.) diam - terdiam ( Ujang terdiam apabila ditengking oleh ayahnya.)

( II ) Kata Kerja Pasif Sejumlah kata kerja yang terbit hasil gabungan kata dasar dengan imbuhan teR- berfungsi sebagai kata kerja pasif. Contohnya: angkat - terangkat ( Batu yang berat itu terangkat oleh Badang.) pijak - terpijak ( Kulit pisang itu terpijak oleh Kamil.) ( d ) Makna Awalan teR- Awalan teR- membawa pengertian: tak sengaja Syawal terpijak paku ketika bermain. ( kata kerja aktif transitif) Kucung Amin terlanggar oleh kereta. ( kata kerja pasif ) Keupayaan Cikgu Azizah tidak terbaca tulisan yang buruk itu. Keadaan tersedia Lemang dan ketupat terhidang di atas meja. ( 3 ) Awalan meN- Bentuk awalan meN-Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya , iaitu me-, mem-, men-, dan meng-. Bentuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut:

(I ) meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w,dan y. Contohnya: masak - memasak nanti - menanti nyala - menyala nganga - menganga rayu - merayu lawan - melawan wangi - mewangi yakin - meyakinkan( II ) meN- menjadi mem apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p, dan v, dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contohnya: beri - memberi bantu - mmbantu bilas - membilas Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertama. Contohnya: veto - memveto fitnah - memfitnahTerdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang meneria awalan mem- dan dianggap kecualian. Contohnya: pelawa - mempelawa percaya - mempercayai( III ) meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s dan perkataan yang mengandungi gugusan konsonan yang bermula dengan huruf t dan s. Contohnya: dayung - mendayung cuci - mencuci syukur - mensyukuri tadbir - mentadbir ( contoh kata pinjaman ) Dua perkataan yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran. Contohnya: ternak - menternak tertawa - mentertawa( IV ) meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh, dan h ( bunyi konsonan ), dan a, e, i, o dan u ( bunyi vokal ). Seperti peng-, meng- juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf k, termasuk gugus konsonan yang bermula dengan huruf k. Contohnya: ghairah - mengghairahkan ikat - mengikat khayal - mengkhayalkan olah - mengolah heret - mengheret ulit - mengulit ambil - mengambilContoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya. Contohnya: kabul - mengkabulkan kritik - mengkritik Terdapat satu bentuk kecualian, iaitu kata dasar kaji yang huruf pertamanya tidak berubah menjadi bentuk sengau apabila bergabung dengan awalan meng-, iaitu mengkaji. Bentuk ini berbeza daripada bentuk mengaji.Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman. Contohnya: cat - mengecat lap - mengelapKecualian juga timbul pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan, iaitu awalan meng- tidak berubah menjadi menge-. Contohnya: stor - menstor brek - membrek klip - mengklip Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan meN-Awalan meN- boleh digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada berbagai-bagai golongan kata, iaitu kata nama, kata adjektif, dan kata kerja. Contohnya:

Kata namadayung - mendayung kail - mengail Kata adjektiftebal - menebal besar - membesar Kata kerja ( transitif )jual - menjualbaca - membaca Kata kerja ( tak transitif )tangis - menangisbangun - membangun

Jenis kata kerja berawalan meN-Terdapat tiga jenis kata kerja berawalan meN-, iaitu:( I ) Kata kerja aktif transitif tanpa akhiranKata kerja ini terdiri daripada kata kerja yang hanya menerima awalan meN- tanpa apa-apa akhiran, tetapi diikuti lansung oleh objek, contoh boleh dilihat dalam ayat-ayat berikut:

Rani sedang membaca buku di anjung rumah. Ibu membeli nasi lemak di gerai.( II ) Kata kerja aktif transitif berakhiranKata kerja berawalan meN- boleh juga hadir dalam ayat aktif transitif dengan akhiran, iaitu akhiran kan dan i. Berikut adalah contoh perkataan berimbuhan meN-kan dan meN--i menjalankan - menjalani memasukkan - memasuki( III ) Kata kerja aktif tak transitifKata kerja jenis ini tidak memerlukan penyambut atau objek. Contoh ayat boleh dilihat seperti di bawah: Budak perempuan itu menangis. Padi di sawah sedang menguning.( d ) Aspek makna awalan meN-Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan.( I ) Bagi makna melakukan perbuatan, dapat dipecahkan kepada maksud tertentu seperti yang berikut:( a ) melakukan sesuatuContoh dalam ayat: Mak Munah sedang menggoreng pisang di warungnya. ( b ) mengeluarkan suaraContoh dalam ayat: Kucing betina mengiau meminta makanan. ( c ) membuang, mencari, atau mengumpulkan sesuatu. Contoh dalam ayat; Pak Abu merumput di ladangnya.( d ) menuju sasaran Contoh dalam ayat Helikopter itu mendarat di padang sekolah. ( I ) Bagi menyatakan keadaan, terdapat dua pecahan iaitu:( a ) hidup sebagai Contoh dalam ayat: Sejak menduda Cikgu Amran menumpukan perhatian pada kelas pengajian agama.( b ) menjadi Contoh dalam ayat: Ombak memutih di pantai. Timun itu dipotong memanjang untuk dijadikan hiasan.( 4 ) Awalan di-Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga.

( a ) Bentuk awalan di-Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif mempunyai hanya satu bentuk, iaitu di-, contohnya: sapu - disapu tulis - ditulis ambil - diambil( b ) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan di-Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama.Kata kerja tulis - ditulis panjat - dipanjat tarik - ditarikKata nama gulai - digulai jerat - dijerat hukum - dihukum( c ) Jenis kata kerja berawalan di-Kata kerja yang dibentuk dengan awalan di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contohnya: Surat itu ditulis oleh abang saya. Ikan kembung digulai oleh kakak.Kata kerja pasif yang berawalan di- di atas mempunyai bentuk aktif yang menerima awalan meN-, seperti contoh yang berikut:Aktif Pasif menulis ditulis d memanjat dipanjat menarik ditarik( d ) Aspek makna awalan di- Tidak terdapat makna khusus pada awalan di- selain pembentuk kata kerja pasif untuk orang ketiga.( 5 ) Awalan mempeR-( a ) Bentuk awalan mempeR-Awaln mempeR- merupakan awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu mempeR-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian , dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini boleh berubah menjadi dipeR- dalam ayat pasif. Contohnya: Memper + alat - memperalat Memper + isteri - memperisteri Memper + cepat - mempercepat( b ) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan mempeR-Awalan mempeR- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas.Awalan mempeR-

Kata namaKata AdjektifKata tugas

alat - memperalatcepat - mempercepatoleh - memperoleh

( c ) Jenis kata kerja berawalan mempeR-Perkataan yang dibentuk dengan awalan mempeR- ialah kata kerja aktif transitif. Contoh perkataan dan ayat: Majikan itu memperalat pekerjanya.Aspek makna awalan mempeR-

Bergabung dengan kata dasar daripada kata namaBergabung dengan kata dasar daripada kata adjektifBergabung dengan kata dasar daripada kata tugas

Ketua pengedar dadah memperalat pemuda- pemuda kampong.Pak Hamid memperbesar dapur rumahnya.Tuan Haji Saleh memperoleh hadiah pertama dalam pertandingan rumah tercantik.

( 6 ) Awalan dipeR-( a ) Bentuk awalan dipeR-Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif yang wujud dalam satu bentuk seperti contoh berikut:diper + alat - diperalatdiper + isteri - diperisteri( b ) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan dipeR-Gabungan awalan dipeR-

Kata kerjaKata adjektifKata tugas

daya - diperdayacepat - dipercepatoleh - diperoleh

Isteri - diperisteritinggi - dipertinggi

2.2.2.2 Akhiran Kata KerjaTerdapat dua bentuk akhiran kata kerja, iaitu:( a ) -i ( ikut + i ) = ikuti , ( jalan + i ) = jalani( b ) -kan ( serah + kan ) = serahkan , ( lurus + kan ) = luruskan2.2.2.3 Apitan Kata KerjaApitan yang membentuk kata kerja terbitan adalah seperti berikut:ber-, -anberjatuhan, berguguran

ber-, -kanberbantalkan, bertilamkan

di-, -ididahului, dihargai

di-, -kandiserahkan, dipendamkan

diper-,-kandiperdagangkan, diperdengarkan

diper-,-idipersetujui

me-,-imerasai, melukai

me-,-kanmelakarkan, melakukan

mem-,-imembaiki, memberkati

mem-,-kanmemberikan, membukakan

memper-,-imemperingati

memper-,-kanmempertahankan, memperlakukan

men-,-imenderhakai, menzalimi

men-,-kanmenjatuhkan, mendalamkan

meng-,-imenghargai, menghormati

meng-,-kanmenghapuskan, menghidupkan

menge-,-kanmengelapkan, mengeposkan

ke-,-ankehujanan, kebasahan

2.2.2.4 Sisipan Kata KerjaSebenarnya, tidak ada sisipan yang membentuk kata kerja. Namun demikian, bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contohnya:Sisipan Kata Kerja

Sisipan el-Sisipan er-Sisipan em-

gelabah - menggelabahserabut - berserabutgemuruh - bergemuruh

jelajah - menjelajahgerodak - menggerodaksemerbak - bersemerbak

Kata Kerja MajmukKata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Di bawah diberikan beberapa contoh kata majmuk yang tergolong sebagai kata kerja.kenal pasti ambil alih campur aduk lipat ganda

Kata Kerja GandaKata kerja juga diterbitkan melalui proses penggandaan, iaitu proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Terdapat tiga jenis penggandaan untuk membentuk kata kerja. Contoh seperti berikut:Bentuk Kata Kerja Ganda

Penggandaan penuhPenggandaan separaPenggandaan berentak

-proses menggandakan seluruh kata dasar.-proses menggandakan sebahagian daripada kata dasar.-proses menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi dalam kata dasar.

-contoh perkataan:gelak - gelak-gelak-pusing pusing-pusing-contoh perkataan:Berlari-lari, tersenyum-senyum, dirisik-risik, doa-doakan, bersalam-salaman-contoh perkataan:Mandi-manda, bolak-balik, mundar-mandir, gotong-royong, ulang-alik