20
ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah – masalah yang dihadapi oleh murid – murid Tahun 5BIJAK di dalam menyelesaikan soalan – soalan yang melibatkan operasi darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. Seramai 22 oang murid Tahun 5BIJAK Sekolah Kebangsaan Gedangsa dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab empat nombor dengan dua nombor kerana mereka amat lemah dalam mengingati sifir dan kesilapan juga berlaku dalam penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi darab. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah dan berkesan dengan menggunakan KAEDAH MAYAN iaitu menggunakan garisan sebagai ganti kepada nombor. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid – murid dalam menyelesaikan masalah operasi darab. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid – murid bertambah yakin dalam menyelesaikan operasi darab yang panjang........ 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Murid Tahun 5BIJAK keseluruhannya agak lemah dalam menguasai pembelajaran semasa proses P&P dijalankan di kelas. Kebanyakan daripada mereka agak kurang motivasi untuk belajar. Hanya sebahagian kecil murid sahaja yang nampaknya ada minat dan ada potensi untuk maju dalam pelajaran Matematik. Semasa murid – murid mempelajari topik – topik awal seperti Nombor Bulat, Operasi Tambah dan Operasi Tolak proses pembelajaran agak memberangsangkan. Begitu juga dengan keputusan ujian sumatif agak memuaskan sesuai dengan tahap murid. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk Operasi Darab momentum murid - murid merudum. Murid gagal menguasai kemahiran operasi darab yang diajar. Keputusan ujian pra amat mendukacitakan. 45.45% murid mendapat markah di bawah 40%. Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu proses P&P gagal untuk menarik minat murid menghafal sifir. Perkara ini berlaku adalah disebabkan tiada rangsangan positif yang boleh menggerakkan murid – murid menghafal sifir. Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan dari awal, akan mendatangkan masalah kepada murid – murid ini untuk meneruskan pembelajaran di dalam topic – topik lain yang melibatkan operasi darab. 2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Fokus kajian adalah menjurus kepada masalah menyelesaikan masalah mendarab lebih dua digit dengan dua digit. Setelah diselidik, didapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah mendarab lebih dua digit dengan dua digit adalah kerana, mereka gagal menghafal sifir dan melakukan kesilapan dalam menyusun

Mt Pemulihan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kaedah melaksanakan pemulihan

Citation preview

ABSTRAKKajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah masalah yang dihadapi oleh murid murid Tahun 5BIJAK di dalam menyelesaikan soalan soalan yang melibatkan operasi darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. Seramai 22 oang murid Tahun 5BIJAK Sekolah Kebangsaan Gedangsa dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab empat nombor dengan dua nombor kerana mereka amat lemah dalam mengingati sifir dan kesilapan juga berlaku dalam penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi darab. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah dan berkesan dengan menggunakan KAEDAH MAYAN iaitu menggunakan garisan sebagai ganti kepada nombor. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid murid dalam menyelesaikan masalah operasi darab. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid murid bertambah yakin dalam menyelesaikan operasi darab yang panjang........1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUMurid Tahun 5BIJAK keseluruhannya agak lemah dalam menguasai pembelajaran semasa proses P&P dijalankan di kelas. Kebanyakan daripada mereka agak kurang motivasi untuk belajar. Hanya sebahagian kecil murid sahaja yang nampaknya ada minat dan ada potensi untuk maju dalam pelajaran Matematik.Semasa murid murid mempelajari topik topik awal seperti Nombor Bulat, Operasi Tambah dan Operasi Tolak proses pembelajaran agak memberangsangkan. Begitu juga dengan keputusan ujian sumatif agak memuaskan sesuai dengan tahap murid. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk Operasi Darab momentum murid - murid merudum. Murid gagal menguasai kemahiran operasi darab yang diajar. Keputusan ujian pra amat mendukacitakan. 45.45% murid mendapat markah di bawah 40%.Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu proses P&P gagal untuk menarik minat murid menghafal sifir. Perkara ini berlaku adalah disebabkan tiada rangsangan positif yang boleh menggerakkan murid murid menghafal sifir.Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan dari awal, akan mendatangkan masalah kepada murid murid ini untuk meneruskan pembelajaran di dalam topic topik lain yang melibatkan operasi darab.2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIANFokus kajian adalah menjurus kepada masalah menyelesaikan masalah mendarab lebih dua digit dengan dua digit.Setelah diselidik, didapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah mendarab lebih dua digit dengan dua digit adalah kerana, mereka gagal menghafal sifir dan melakukan kesilapan dalam menyusun nombor.Berpandukan soal selidik ini kami cuba mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan KAEDAH MAYAN dan MUZIK BIJAK SIFIR. Dua kaedah ini diguna pakai kerana secara psikologi, muzik dan lukisan dapat merangsang fikiran kreatif murid dan dua bidang ini adalah bidang yang disukai oleh murid murid.3.0 OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini selesai dijalankan diharap murid murid akan mencapai objektif berikut:Objektif umumMeningkatkan peratus kelulusan Matematik Tahun 5BObjektif KhususMurid dapat menguasai operasi darab dengan menggunakan KAEDAH MAYAN dan KAEDAH MUZIK BIJAK SIFIR;- murid dapat menyelesaikan semua soalah lembaran kerja yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Murid lulus ujian pos yang melibatkan operasi darab panjang.

4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 22 orang murid Tahun 5BIJAK yang terdiri daripada 19 orang murid Melayu dan 3 orang murid India.5.0 PELAKSANAAN KAJIAN5.1 TINJAUAN MASALAHDalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian, soal selidik awal, ujian pra, ujian pos, soal selidik akhir dan memberi bintang dan ganjaran.5.1.1 PemerhatianKami telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid murid kurang memberi perhatian kepada soalan yang dikemukakan dan tidak berminat untuk menjawab soalan yang diberikan dengan bersungguh sungguh terutama murid murid yang agak lemah. Sebaliknya setelah melaksanakan kajian murid- murid lebih berminat dan berusaha menjawab soalan latihan yang diberikan.5.1.2 Soal selidikBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid murid untuk mendapatkan maklumbalas daripada murid murid berkenaan pandangan mereka terhadap subjek matematik, kemahiran operasi darab dan sifir darab. Borang soal selidik ini diedarkan sebanyak 2 kali iaitu pada awal kajian dan di akhir kajian.5.1.3 Ujian Pra dan PosSet ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kemahiran penyelesaian soalan operasi darab dan secara tidak langsung dapat mengesan kelemahan penguasaan sifir darab di kalangan murid murid. Item ujian pra ini mengandungi 10 soalan berkaitan fakta asas darab yang melibatkan soalan darab empat nombor dengan dua nombor. Masa yang diberikan adalah 30 minit.Dapatan daripada ujian pos:

Jumlah kesalahan Jumlah murid Peratus (%)1 3 13.642 5 22.723 2 9.094 1 4.545 0 06 0 07 1 4.548 3 13.649 0 010 6 27.27

Peratus murid yang mendapat kurang daripada 40% markah adalah seramai 45.45%Dapatan ujian pos:Peratus murid yang mendapat markah 70% ke atas adalah seramai 90.9%5.2.3 Analisis Soal SelidikMurid murid telah memberikan respon yang positif terhadap kaedah ini. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid murid.

Skala Likert: Ya TidakSoalan Ya Tidak1. Saya suka dan minat mata pelajaran Matematik1842. Saya faham apabila guru mengajar Matematik dalam B.Inggeris2

20

3. Saya boleh menghafal dan mengingati sifir dengan baik1394. Saya suka membuat latihan dalam operasi darab2025. Saya suka dengan Kaedah MAYAN2026. Saya suka lagu bijak sifir2117. Saya dapat menguasai operasi darab dengan adanya Kaedah MAYAN yang diajar guru saya

20

28. Saya suka menghafal menggunalan lagu bijak sifir

20

25.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN1. Setelah murid murid menjalani Ujian Pra, murid murid telah diberikan motivasi untuk menguasai sifir dengan menggunakan Kaedah LAGU BIJAK SIFIR.2. Murid murid telah dibimbing untuk melukis garisan Mayan yang mewakili setiap angka dalam soalan darab.3. Murid murid juga dibimbing dalam menggunakan Kaedah MAYAN dalam penyelesaian operasi darab.4. Murid murid diberikan latih tubi dalam operasi darab menggunakan KAEDAH MAYAN.5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIANKajian Tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu. Setiap kali waktu mata pelajaran Matematik, murid murid telah dibimbing untuk melukis garisan dengan betul dan cara pengiraan di dalam KAEDAH MAYAN dan setiap kali sesi P&P akan dimulakan dengan memperdengarkan Lagu Bijak Sifir.Murid murid telah menjalani ujian pos 1 seminggu setelah diperkenalkan dengan KAEDAH MAYAN. Ujian pos 2 pula telah dijalankan sebulan selepas itu. Selepas ujian pos 2, murid murid telah dikehendaki mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kaedah ini. Tuuan mengedarkan boring soalselidik ini ialah supaya murid murid lebih selesa dan bebas untuk menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.Berdasarkan pemerhatian, didapati murid murid lebih mudah untuk mengingati sifir dan mereka telah menunjukkan prestasi yang baik untuk menguasai sifir ini.5.5 REFLEKSI KAJIANPencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 telah menunjukkan peningkatan yang baik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini telah membantu murid murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang telah dipelajari serta menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan ceria. Murid murid juga telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Matematik terutamanya di dalam operasi darab.6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYABeberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:a) Kaedah ini akan dikembangkan kepada kelas yang lain.b) Teknik atau kaedah ini haruslah digunakan apabila memasuki tajuk operasi darab.c) Guru sentiasa melatih murid menggunakan kaedah ini agar tahap kecekapan murid dalam kaedah ini dapat dipertingkatkan.d) Murid murid perlu diberikan dengan latihtubi untuk membantu mereka mengingat dengan baik.Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati, murid murid dapat menerima sesuatu yang baru yang dapat membantu mereka mengingati sifir dan melaksanakan operasi darab. Di samping itu juga ia dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.([email protected])cepoi69Labels:tip belajar

Penilaian dignostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid (Mohd Shukri Saad, 2008). Kajian Halim, Subahan Meerah & Lilia Halim (2009) menjelaskan penilaian diagnostik bertujuan untuk mendignosis salah konsep murid dan menggunakan hasil ujian untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran. Stiggins (1994) menyatakan bahawa penilaian diagnostik adalah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti pencapaian murid. Kesimpulannya, penilaian dignostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengenalpasti punca kesilapan murid dengan terperinci untuk meningkatkan pencapaian murid melalui penambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalam pembelajaran Matematik, penilaian dignostik adalah penting untuk mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid dalam pembelajaran, membantu murid menjalani program pemulihan dengan berkesan dan sebagai motivasi intrinsik kepada murid untuk meneruskan pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid

Kepentingan utama penilaian diagnostik adalah membantu pembelajaran murid melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid. Ini kerana, menurut Ronis (1999) penilaian melalui pemerhatian dan bertulis mampu membantu guru mengenalpasti tahap pencapaian murid. Berdasarkan pengalaman lalu, saya telah melaksanakan ujian diagnostik yang merangkumi beberapa topik dalam Matematik tahun 4 bagi mengenalpasti salah anggapan, kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan punca murid lemah Matematik.

Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati murid saya mengalami masalah dalam melakukan pendaraban dengan betul. Walaupun sebelum ini saya beranggapan murid gagal dalam Matematik disebabkan oleh kurang faham tajuk tertentu namun, punca utama masalah ini berlaku disebabkan oleh murid tidak menguasai kemahiran asas dalam Matematik. Ini jelas membuktikan kajian Seah (2004) yang menyatakan ramai murid bermasalah dalam Matematik disebabkan oleh mereka mempunyai kefahaman yang terhad dalam konsep asas.

Selain itu, keputusan ujian diagnostik membantu mengenalpasti kelemahan murid dalam menyelesaikan soalan Matematik. Saya bersetuju dengan Cockburn (1999), yang menyatakan kadang kala ramai murid mendapat markah rendah dalam ujian Matematik disebabkan oleh kecuaian semasa menjawab. Pengalaman selepas melaksanakan ujian saringan, saya dapati hampir separuh murid mendapat markah rendah. Namun begitu, setelah disemak dengan teliti saya mendapati ia berpunca daripada kecuaian semasa menjawab. Setelah melakukan analisis ujian diagnostik, saya mendapati hanya segelintir murid gagal menjawab dengan betul disebabkan oleh keliru dalam memahami soalan, salah anggap tentang nilai tempat, gagal memilih algoritma sesuai, lemah dalam memahami soalan bentuk berayat dan kecuaian semasa menulis jawapan.

Walaupun penilaian dignostik membantu mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid, namun ia tidak membantu sekiranya guru gagal menentukan objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak menguji individu atau kumpulan dan kumpulan sasaran (Mohd Shukri Saad, 2008). Pengalaman semasa awal praktikum, saya telah cuba melaksanakan ujian dignostik untuk murid tahun 4 kelas sederhana namun tidak berjaya. Ini berpunca daripada kelemahan saya dalam menyediakan soalan ujian yang sesuai dengan objektif, tahap perkembangan kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid. Kesan ujian tersebut menunjukkan saya gagal mengenalpasti murid yang lemah kerana prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi. Hasil daripada itu, saya menguji soalan tersebut dengan mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, ternyata soalan tersebut adalah buruk, tidak diterima dan perlu dibuang.

Kesimpulannya, ujian dignostik dapat membantu pembelajaran murid melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid. Namun begitu, guru harus bijak dalam menentukan objektif ujian dan mahir menyediakan soalan yang sesuai dengan murid. Justeru, setiap guru haruslah merancang dengan teliti kerana mengenalpasti kelemahan murid memerlukan guru bertindak lebih banyak daripada bercakap. (Peterson, 2011).

Membantu murid menjalani program pemulihan berkesan

Penilaian diagnostik penting untuk membantu murid menjalani program pemulihan berkesan. Melalui ujian tersebut, guru akan memilih murid yang berjaya pada akhir pembelajaran dan membantu melaksanakan program pemulihan untuk murid yang lemah (Motkhtar Ismail, 2009). Hasil penilaian diagnostik membantu memulihkan murid melalui penggunaan model hubungkait sebagai rujukan sebelum membuat rancangan mengajar, memilih algoritma yang sesuai dengan murid dan menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif.

Menurut Tighe (1997), sekiranya guru ingin meningkatkan pencapaian murid, guru haruslah bijak merancang pengajaran menerusi penggunaan model hubungkait seperti dalam rajah 1. Penggunaan model ini membantu guru membuat hubungkait dengan jelas akan keperluan murid, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid. Hubungkait yang tepat dapat menghasilkan program pemulihan yang berkesan untuk murid. Berdasarkan pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya telah merancang pengajaran dengan menggunakan model tersebut. Hasilnya, saya dapat perhatikan murid dapat memahami konsep darab dengan lebih jelas menggunakan bahan konkrit yang ada di persekitarannya.

Selain itu, hasil penilaian diagnostik membantu mengenalpasti teknik penyelesaian yang digunakan oleh murid. Umumnya, hampir kesemua murid menggunakan penyelesaian standard untuk masalah darab. Saya membuat penelitian dengan memilih teknik penyelesaian lain untuk masalah darab seperti dalam Rajah 2. Ini kerana, merujuk Gardner (1983) untuk mengatasi masalah pembelajaran, guru haruslah memilih teknik yang sesuai dengan murid di samping peka dengan kecerdasan pelbagai yang mereka miliki.

Tambahan lagi, hasil penilaian diagnostik membantu membantu murid yang lemah melalui penggunaan alat bantu mengajar yang efektif (Meor Ibrahim Kamaruddin & Afidah Ngadalan 2010). Merujuk kepada pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya menggunakan bahan konkrit untuk memberi penerangan yang lebih jelas tentang asas pendaraban. Menggunakan sarang telur dan beberapa biji guli, saya menerangkan konsep penambahan berulang yang menjadi asas kepada pendaraban dan makna ganda. Kesannya, murid tersebut diperhatikan dapat memahami konsep asas pendaraban dan makna ganda dengan lebih mudah dan cepat. Morris (2009) menyatakan bahawa murid akan belajar dengan mudah dan cepat melalui aktiviti yang membolehkan mereka menggunakan sendiri bahan tersebut.

Walaupun penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program pemulihan yang berkesan namun begitu, masalah akan timbul sekiranya guru gagal mengenalpasti potensi murid semasa membuat perancangan. Berdasarkan Bloom (1956), proses pengajaran tidak akan berkesan sekiranya guru gagal mengetahui tahap perkembangan minda murid. Ini pernah saya alami semasa praktikum di mana murid darjah 2 sukar memahami cara melakukan pembahagian menggunakan algoritma standard. Saya sedar bahawa saya seharusnya menggunakan bahan konkrit terlebih dahulu sebelum menggunakan algoritma standard.

Kesimpulannya, penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program pemulihan berkesan. Akan tetapi, guru harus bijak membuat perancangan di samping peka dengan perkembangan murid. Untuk memantapkan aktiviti pemulihan, guru harus sentiasa peka dengan keperluan murid (Noriati A. Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009).

Merangsang motivasi intrinsik murid

Penilaian diagnostik dapat membantu merangsang motivasi intrinsik murid melalui aktiviti pemulihan yang menggalakkan penglibatan aktif seperti pernyataan masalah, penggunaan strategi bermain sambil belajar dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan murid. Motivasi intrinsik juga dapat dibina melalui pengalaman yang diperoleh semasa belajar (Caine & Caine, 1994).

Berdasarkan pengalaman semasa praktikum, hasil penilaian diagnostik membantu saya merangsang motivasi murid untuk belajar melalui pelaksanaan aktiviti pemulihan. Ternyata murid pemulihan melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti menggunakan bahan konkrit yang berkait rapat dengan persekitaran mereka. Tambahan lagi, murid dapat menjawab dengan tepat apabila ditanya. Merujuk kepada Silberman (1996), strategi pernyataan masalah dan menggunakan bahan konkrit adalah antara aktiviti yang sesuai untuk menggalakkan pembelajaran aktif di samping merangsang motivasi intrinsik murid untuk belajar.

Saya bersetuju dengan Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan, and Teh (2005) bahawa strategi pernyataan masalah dengan teknik yang betul membantu guru mengenalpasti punca kesalahan murid. Imbas kembali pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya mengajukan murid beberapa soalan sebelum memberi mereka bahan konkrit untuk membantu meningkatkan pemahaman mereka. Amat mengejutkan saya apabila murid tersebut ternyata keliru dengan operasi sebenar yang perlu dilakukan. Murid tersebut keliru mengenai perkataan kali dan darab. Baginya, kali bermaksud darab manakala darab bermaksud bahagi sedangkan kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Setelah membuat penelitian, saya mengenalpasti salah satu punca murid tersebut lemah matematik disebabkan oleh tidak faham kehendak soalan. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya menerangkan semula makna perkataan tersebut dan mengulangnya beberapa kali sehingga murid tersebut benar-benar faham maknanya. Ternyata, setelah faham maknanya, murid tersebut berasa seronok untuk belajar pendaraban.

Selain itu, menurut Noriati A. Rashid et al., (2009) penilaian dignostik membantu guru memahami keperluan murid dengan lebih mendalam untuk membolehkan guru memberi rangsangan motivasi kepadanya. Berdasarkan pengalaman saya semasa praktikum, seorang murid saya kelihatan tidak bersemangat untuk belajar. Selepas melaksanakan ujian diagnostik, saya mendapati dia lemah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas terutamanya pendaraban. Dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, dia adalah individu yang pendiam dan sukar memberi respon apabila ditanya berbanding kawan-kawannya yang lain. Jadi saya mendekatinya secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran, dan menggalakkannya bertanya jika dia mahu berjaya. Hasilnya, dia sering mengangkat tangan untuk bertanya apa sahaja persoalan yang muncul di fikirannya. Sekarang saya lihat dia semakin berminat untuk belajar.

Daripada sudut pandangan negatif, motivasi intrinsik tidak dapat dibina sekiranya pengajaran guru tidak berkualiti kerana tiada unsur-unsur kemanusiaan (Noran Fauziah Yaakob & Ahmad Mahzan Ayob, 1990). Ini saya alami sewaktu sekolah rendah, ketika itu, saya langsung tidak meminati Matematik kerana guru Matematik saya terlalu serius semasa mengajar di samping tiada hubungan mesra dengan murid.

Hakikatnya penilaian dignostik mampu merangsang motivasi intrinsik murid melalui aktiviti pemulihan yang berkesan. Namun begitu, masalah akan timbul sekiranya pengajaran guru tidak berkualiti dengan tiada unsur-unsur kemanusiaan. Oleh itu, untuk memastikan penilaian diagnostik mampu merangsang motivasi intrinsik murid guru harus meningkatkan kualiti pengajaran di samping bijak dalam melaksanakan aktiviti pemulihan kerana sekiranya guru gagal melaksana, murid juga akan gagal dalam pembelajarannya (Slavin, 1981).

Kesimpulan

Keseluruhannya, penilaian dignostik mampu membantu pembelajaran murid melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kelemahan murid dalam Matematik di samping membantu murid menjalani program pemulihan berkesan dan merangsang motivasi intrinsik murid. Akan tetapi, guru haruslah bijak mengatasi segala halangan yang ada dengan meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memilih strategi dan teknik pengajaran sesuai serta sentiasa peka dengan keperluan, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid (Johnson, Johnson & Holubec 1988). Sebagai bakal guru, saya sedar bahawa penilaian diagnostik penting untuk membantu murid lemah menguasai Matematik. Oleh itu, saya harus berusaha untuk memantapkan ilmu yang ada dan cakna mengenai murid supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.

(1 599 Patah Perkataan)

Rujukan

Bloom, B. (1956).Taxonomy of educational objectives. New York: David McKay.

Caine, R.N. & Caine, G. (1994).Making connections: teaching the human brain. Don Mills, ON: Addison.

Cockburn, A. D. (1999).Teaching mathematics with insight: the identification, diagnosis dan demediation of young childrens mathematical errors. London: Falmer Press.

Gardner, H. (1983).Frames of mind: the theory of multiple intelligences. New York: Basic Books

Halim, A., Subahan Meerah & Lilia Halim. (2009).Pembinaan dan penggunaan ujian dignostik ke arah mengenal pasti salah konsep pelajar dalam kursus fizik kuantum. Diakses pada Ogos 8, 2011, daripadahttp://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-38-4-2009/15%20Abdul%20Halim.pdf

Johnson, D.W., Johnson, R.T. & Holubec, E. (1988).Cooperative in classroom. Edina, MN: Interaction.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011).Linus: diagnostik numerasi. Diakses pada Ogos 20, 2011, daripadahttp://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CDEQFjAB&url=http%3A%2F%2Fpemulihankhas.blogspot.com%2F2008%2F01%2Fujian-diagnostik.html&ei=Z551TtiUCMyJrAeWwfi_Aw&usg=AFQjCNFWW45ljNoZA4ubUcRwSy54yR5-2g

Meor Ibrahim Kamaruddin & Afidah Ngadalan. (2010).Diagnosis kesalahan lazim dalam tajuk bentuk piawai di kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah johor bharu. Diakses pada Ogos 18, 2011, daripadahttp://eprints.utm.my/11644/1/Diagnosis_Kesalahan_Lazim_Dalam_Tajuk_Bentuk_Piawai_Di_Kalangan_Pelajar_Tingkatan_Empat_Sekolah_Menengah_Johor_Bahru.pdf

Mohd Shukri Saad. (2008).Program pemulihan khas: ujian diagnostik. Diakses pada September 3, 2011, daripadahttp://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/ujian-diagnostik.html

Mokhtar Ismail. (2009). 2ndedition.Pentaksiran pendidikan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd..

Morris, D. (2009, June 3).Dreambox Learning. Retrived fromhttp://www.dreambox.com/blog/learning-math-through-play-from-guest-blogger-dawn-morris

Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan & Teh, Soo Choon. (2005).ELT Methodology principles and practise. (2nded.). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Noran Fauziah Yaakob & Ahmad Mahzan Ayob. (1990).Guru dan perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A.Rashid, Boon, Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Murid dan Alam Belajar. Selangor, Malaysia: Laser Press Sdn. Bhd.

Peterson, S. (2011).Effective communication tips for the classroom. Diakses pada Mac 14 daripadahttp://www.ehow.com/way_5171235_effective-communication-tips-classroom.html

Ronis, D. (1999).Brain compatible mathematics. United States of America: Skylight Training and Publishing Inc.

Seah, T. K. R. (2004).An investigation of the depth and breadth of students' knowledge of multiplication as a basis for the development of multiplicative thinking. Unpublished M Ed. thesis, Griffith niversity.

Silberman, M. (1996).Active learning: 101 strategies to teach any subject. United State: Allyn & Bacon.

Slavin, R. (1981).Synthesis of research on cooperative learning. Diakses pada September, 14 daripadahttp://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_199102_slavin.pdf

Stiggins, R.J. (1994).Student-centered classroom assessment. New York: Macmillan.

Tighe, M.J. (1997).Performance-based instruction: teaching and assessing for understanding. Orlando: Association for supervision and curriculum development.

3. PENERANGAN MENGENAI PROGRAM PEMULIHAN

Program Pemulihan adalah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak keperluan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Konsep program ini ialah untuk mengatasi masalah murid-murid dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang diserapkan ke dalam program pemulihan perlu dibantu menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M dalam tempoh masa yang ditentukan. Antara objektif program ini ialah menguasai kemahiran asas 3M, meneruskan pembelajaran di kelas biasa (perdana) agar tidak ketinggalan dengan murid-murid yang lain serta meningkatkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

1. MENGENALPASTI MURID PEMULIHAN

Seperti yang kita sedia maklum, tahap kecerdasan murid-murid di dalam sesebuah kelas itu adalah berbeza-beza. Oleh itu, penting bagi Guru Kelas atau guru mata pelajaran untuk mengenalpasti murid-murid yang perlu dimasukkan ke dalam program pemulihan agar mereka tidak ketinggalan dengan murid-murid yang lain.

3.1.1. PemerhatianGuru perlu membuat pemerhatian yang teliti terhadap murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah berbanding murid-murid lain. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan dapat mengenalpasti murid tersebut sekiranya murid tersebut lambat dalam memberikan jawapan pada soalan yang diberikan walaupun soalan tersebut adalah mudah. Malah, murid juga tidak dapat mengingati konsep operasi asas (dalam matematik) apabila ditanya sedangkan konsep tersebut sudah diajar dan sudah dipelajari. Pemerhatian yang teliti perlu juga agar guru dapat membezakan murid tersebut benar-benar lemah dan bukannya malas tetapi kecerdasannya baik.

3.1.2. Temubual / Soal selidikMelalui teknik ini, guru bukan sahaja dapat mengetahui masalah pembelajaran murid, malah dapat berinteraksi dan berkomunikasi terus dengan murid yang mempunyai kecerdasan merangkumi soalan mengenai topik yang diajar dan pengetahuan sedia ada murid. Guru perlu melakukan teknik ini sama ada secara berkumpulan ataupun secara individu.3. Hasil kerja muridPemerhatian dan pemeriksaan terhadap hasil kerja murid perlu dilakukan oleh guru secara kerap. Ini kerana, hasil kerja murid adalah eviden yang menunjukkan tahap kecerdasan murid sama ada perlu mengikuti kelas pemulihan atau tidak. Pemerhatian terhadap tulisan tangan, jawapan yang diberikan dan kekemasan kerja murid pemulihan dapat dibezakan dengan murid yang lain yang mempunyai tahap kecerdasan yang baik.

3. Buku Rekod kemajuan muridPencapaian murid juga dapat menunjukkan perbezaan antara murid pemulihan dan murid biasa. Pencapaian pada pertengahan tahun dan akhir tahun tidak banyak berubah. Melalui laporan kemajuan yang terdapat pada Buku Rekod kemajuan murid juga guru boleh mengenalpasti murid yang perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan.

3. Ujian Diagnostik / Ujian SaringanUjian ini merupakan ujian yang dilakukan secara spesifik menggunakan alat tertentu dalam mengukur tahap kecerdasan dan penguasaan murid terhadap satu-satu topik yang telah dipelajari. Keputusan ujian ini mampu membantu guru menentukan murid yang perlu mengikuti kelas pemulihan.

Apabila murid-murid tertentu telah dikenalpasti untuk dimasukkan ke dalam kelas pemulihan maka guru pemulihan perlu merancang aktiviti yang perlu, selaras dengan keperluan murid tersebut. Perancangan yang teliti perlu dilakukan sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid tersebut, seperti kesediaan mereka untuk belajar.

2. PERANCANGAN

Sekiranya aktiviti untuk Program Pemulihan dirancang mengikut urutan perancangan yang teliti dan sistematik, maka objektif pemulihan itu pasti akan dapat dicapai malah, perancangan yang teliti juga turut membantu mengatasi masalah murid.Program pemulihan perlumemfokuskan pada kelemahan yang telah dikenalpasti. Sekiranya murid yang telah dikenalpasti untuk dimasukkan ke dalam kelas pemulihan, maka guru perlu mengenalpasti apa kelemahan murid tersebut. Contohnya, lemah di dalam operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Oleh itu, guru perlu menumpukan sepenuhnya untuk mengajar murid tersebut dalam operasi-operasi asas tersebut, tanpa menyentuh topik lain terlebih dahulu, sebelum murid tersebut menguasai operasi asas yang diajar. Sebelum beralih ke topik seterusnya, bagi menentukan sama ada murid tersebut sudah memahami atau mengingati konsep dan boleh menyelesaikan operasi-operasi asas yang tidak dikuasainya maka guru perlu membuat ujian terlebih dahulu sebagai langkah untuk memastikan bahawa murid menguasai operasi asas yang telah diajar.Pengajaran dan pembelajaran oleh guru pula perlu bermula dengan dari yangsenang kepada yang susah atau dari yang konkrit kepada abstrak. Contoh-contoh yang diberikan ketika mengajar perlulah menggunakan contoh yang konkrit, agar konsep dapat difahami oleh murid serta senang untuk diingati tetapi berdasarkan kemampuan dan juga kebolehan murid. Guru perlu bijak mengaitkan dengan situasi sebenar dalam kehidupan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar tidak wujud situasi menghafal, iaitu lebih kepada hafalan tetapi tidak memahami konsep sepenuhnya.Penggunaanpelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)yang menarik adalah perlu dalam mengekalkan minat murid untuk terus belajar. Bermula dari set induksi yang meyakinkan sehinggalah kepada penggunaan BBM yang menarik serta penggunaan benda maujud dalam memudahkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari.Dalam mata pelajaran Matematik, pemulihan khasnya,penggunaan simbol dan termamatematikyang mempunyai kesinambungan atau hubungan dengan pengalaman sedia ada murid adalah sangat penting. Pengalaman sedia ada murid tadi dikaitkan pula dengan pengalaman baru yang baru diajarkan akan memudahkan murid mengenalpasti seterusnya mengatasi kelemahan mereka.Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, guru pemulihan wajib memberikan muridlembaran kerjasama ada latih tubi atau latihan berkaitan isi pelajaran mahupun pertanyaan secara oral sangat penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid terhadap isi pelajaran. Pada peringkat awal sesi pengajaran dan pembelajaran, mungkin guru boleh dan perlu membenarkan murid menggunakan BBM yang disediakan dalam menyelesaikan masalah berkaitan topik yang dipelajari namun, pada akhir pembelajaran, guru perlu mengelakkan murid daripada menggunakan BBM dalam menyelesaikan masalah berkaitan soalan yang diberikan oleh guru kerana murid perlu memahami konsep dari konkrit kepada abstrak.

3. PELAKSANAAN

Melalui beberapa langkah yang penting dalam Program Pemulihan Matematik, bermula dengan proses mengenalpasti murid dengan beberapa kaedah oleh Guru Kelas, murid yang telah dikenalpasti akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan dan akan mendapat bimbingan daripada Guru Pemulihan sepenuhnya. Terlebih dahulu, Guru Pemulihan perlu mempunyai perancangan yang berkesan terutamanya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang mencabar bagi membantu murid memahami seterusnya menguasai konsep asas Matematik. Melalui perancangan tertentu yang telah dirancang agar pelaksanaan Kelas Pemulihan oleh guru tersebut berjalan dengan efisyen, maka pelaksanaan Kelas Pemulihan akan dilakukan oleh Guru Pemulihan.Berdasarkan perancangan awal yang telah dibuat, pelaksanaan kelas pemulihan adalah selama 1, 020 minit, di mana pembahagian masa mengajar adalah sebanyak 900 minit dan persediaan sebanyak 120 minit. Guru pemulihan akan membuat Ujian Saringan bagi murid-murid pemulihan pada suatu tempoh masa untuk mengetahui sejauh mana tahap penguasaan mereka, sama ada murd pemulihan tersebut sudah boleh diserapkan ke dalam kelas perdana atau perlu meneruskan kelas pemulihan.

4. REFLEKSI DAN CADANGAN UNTUK PROGRAM PEMULIHAN

1. RefleksiTidak dinafikan bahawa penguasaan asas seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di kalangan murid-murid pemulihan adalah sangat rendah kerana tidak memahami konsep. Murid-murid pemulihan perlu belajar menguasai operasi-operasi asas tersebut melalui kebijaksanaan guru pemulihan dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang pelbagai dan maujud bagi memudahkan lagi mereka mempelajari dan memahami konsep. Setiap isi pelajaran akan dikaitkan dengan situasi sebenar dalam kehidupan mereka seperti penggunaan wang syiling dalam operasi tambah dan tolak ketika membeli di kantin. Proses yang sama akan diulang-ulang bagi mewujudkan kefahaman yang kukuh serta bermula daripada konsep yang konkrit kepada konsep yang lebih abstrak. Penggunaan konsep yang berkaitan dengan situasi sebenar di dalam kehidupan murid adalah sangat penting dalam membantu mereka lebih memahami dan menguasai operasi asas matematik. Selain itu, penggunaan BBM yang pelbagai juga adalah untuk mewujudkan minat dan kesediaan mereka untuk belajar selain membantu dalam memahami konsep yang diajar. Malah, kepelbagaian penggunaan BBM ini akan menimbulkan suasana sesi pengajaran dan pembelajaran yang eksplist dan mampu membantu hasil pembelajaran.

2. Cadangan memperbaiki / Mempertingkatkan Program PemulihanPihak berkenaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu memberikan peruntukan yang secukupnya dalam Program Pemulihan, terutama sekali dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau pihak KPM sendiri menyediakan BBM bersesuaian yang banyak membantu dalam pelaksanaan kelas pemulihan. BBM juga penting dalam membantu guru mengajar murid agar dapat menguasai mata pelajaran yang diajar. BBM yang perlu disediakan oleh KPM perlu sama rata kepada semua sekolah tidak kira sekolah tersebut di bandar atau di luar bandar. Sesetengah sekolah akan memperuntukkan APC dalam pembelian peralatan atau BBM. Namun, KPM perlu peka akan keperluan guru pemulihan yang mana BBM yang berkesan mempunyai nilai yang tinggi dan harga yang mahal. Oleh itu, penting bagi KPM dalam menyediakan peruntukan atau peralatan untuk BBM dalam program pemulihan agar masalah 3M dapat dikurangkan.Keperluan guru-guru pemulihan dalam latihan dan kursus adalah penting dan perlu diutamakan, apatah lagi kadar 3M di kalangan sekolah di luar bandar adalah sangat tinggi. Pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Jabatan Pelajaran Negeri perlu memberikan kursus dan latihan agar guru pemulihan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tugas mereka. Pihak bertanggungjawab perlu bekerjasama dengan pihak lain yang mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam mengatasi masalah 3M. Ini penting agar guru pemulihan dapat membantu mengurangkan kadar murid-murid yang tidak menguasai 3M seterusnya meningkatkan tahap pendidikan negara.Disamping itu, pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh pihak berkenaan agar kualiti program pemulihan dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun dan bukannya hanya bergantung kepada keputusan ujian saringan semata-mata. Pihak berkenaan perlu turun padang bersama-sama guru pemulihan dalam mengatasi masalah murid-murid pemulihan. Adalah lebih baik sekiranya pegawai yang dilantik dalam pemantauan guru-guru pemulihan adalah bekas guru pemulihan yang mempunyai prestasi kerja yang bagus dalam bidang pemulihan itu sendiri bagi memudahkan guru pemulihan itu sendiri berkomunikasi seterusnya mungkin mengemukakan beberapa cadangan yang sukar untuk diatasi, malah pegawai tersebut juga boleh bertemu empat mata dengan murid-murid pemulihan itu sendiri.

5. PENUTUP

Pemulihan merupakan salah satu komponen penting dalam kurikulum sekolah. Program pemulihan yang dilaksanakan di sekolah melalui Guru Pemulihan, merupakan satu-satunya program yang hanya memfokuskan kepada penguasaan asas terlebih dahulu, sehingga penguasaan tersebut dapat dikukuhkan kemudian barulah belajar ke peringkat seterusnya, berbeza dengan konsep kelas perdana. Kejayaan kelas pemulihan itu selain bergantung pada pelaksanaan oleh guru pemulihannya tetapi juga oleh elemen-elemen lain seperti perancangan dan pelaksanaannya yang efisyen dan sistematik berasaskan garis panduan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, perancangan yang baik perlu difikirkan oleh guru pemulihan melalui beberapa kaedah sebelum memulakan pelaksanaan kelas pemulihan terlebih dahulu. Kewujudan beberapa kelemahan di dalam pelaksanaan program pemulihan bukan halangan dalam melaksanakan dan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pemulihan, namun pihak-pihak tertentu perlu mengambil langkah-langkah penyelesaian dalam menangani cabaran guru pemulihan menjalankan program pemulihan di sekolah. Langkah-langkah yang perlu oleh pihak-pihak berkenaan adalah penting agar dapat mengurangkan lagi kadar 3M di kalangan murid-murid sekolah rendah dan dalam mata pelajaran Matematik khususnya. Melalui cadangan-cadangan yang perlu dalam mempertingkatkan lagi kualiti program pemulihan, pihak berkenaan perlu memandang serius dan mengambil perhatian setiap cadangan yang dikemukan agar program pemulihan di semua sekolah dapat dijayakan dan paling utama, dapat mengurangkan murid yang tidak menguasai 3M.