Upload
joe-khc
View
215
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Muzik esaimen
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Asas Pendidikan Muzik lebih menekankan mengenai pandangan ahli falsafah
dan kepentingannya dalam Pendidikan Muzik sama ada melalui kuliah, pembacaan
dan penerangan dengan kelas. Di samping itu, Asas Pendidikan Muzik juga
membincangkan mengenai matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan di mana
kepentingan muzik itu diberi sedikit penekanan. Turut didedahkan dalam Asas
Pendidikan Muzik ini juga adalah mengenai perihal implikasi falsafah. Hal ini kerana
faktor-faktor dari segi sosiologi dan psikologi sedikit sebanyak mempengaruhi
tingkah laku muzikal tersebut. Domain-domain pengajaran dan pembelajaran muzik
juga dijelaskan dengan lebih teliti lagi.
Dalam situasi bilik darjah bagi pembelajaran dan pengajaran Pendidikan
Muzik, seseorang guru perlu memahami dengan lebih lanjut mengenai asas falsafah
tersebut. Hal ini kerana perkara sedemikian banyak membantu dalam menjayakan
proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat
murid. Apabila pemahaman mengenai falsafah tersebut dapat dikuasai, seseorang
guru akan mendapat lebih input mengenai isu asas sama ada di dalam mahupun di
luar bilik darjah. Dengan adanya falsafah dalam pendidikan muzik ini juga akan
membantu seseorang guru tersebut mencapai tahap keyakinan yang tinggi dan
menjadikan falsafah itu sebagai bahan rujukan dalam memhami situasi murid dan
sebrang pembaharuan di dalam kelas.
Melalui falsafah dalam pendidikan muzik ini juga dapat membantu seseorang
guru itu terutama guru Pendidikan Muzik dalam membuat sebarang keputusan. Hal
ini kerana mereka perlu bertindak dan berfikir secara mendalam bagi mengelak
sebarang kesan terhadap murid mereka di masa hadapan.
1
EMILIE
JACQUES
DALCROZE
CARL ORFF SUZUKI
EDWIN
GORDON
JOHAN
HENRICH
PESTALOZZI
PANDANGAN
AHLI
FALSAFAH
2.0 NOTA GRAFIK
2
3
4
Implikasi Sosiologi Implikasi Psikologi
Memberi keyakinan kepada murid untuk
berhadapan dengan khalayak ramai. Cth :
nyanyian, drama
Bahan pembelajaran haruslah sesuai
dengan tahap pemikiran murid. Mengikut
tahap.
Murid senang untuk bekerjasama dengan
orang lain. Cth: lakonan
Gunakan penilaian formatif kepada murid
untuk menilai kemajuan. Supaya murid
tidak tertekan dan dapat bersedia dengan
lebih baik. Cth: bt ujian penilaian kibod
secara formatif.
5
Dapat meningkatkan taraf ekonomi dalam
tingkah laku muzikal. Cth: mengajar alat
muzik
Guru menggunakan alam belajar yang
kondusif untuk situasi inkuiri dan
penerokaan. Cth: bunyi-bunyi not dan cara
memainkannya.
Dapat melakukan aktiviti sosiobudaya.
Cth: tarian makyong
Guru menekankan aspek berdikari supaya
murid dapat meneroka tingkah laku
muzikal itu.
Murid yang lebih maju akan membantu
murid yang kurang maju. Guru guna teknik
pemusatan pelajar.
Guru mengaitkan pengalaman sedia ada
dengan pengalaman baru. Cth: murid tahu
bunyi kord C, maka guru guna kord C
sebagai asas lagu.
Pengajaran berasaskan kepada kebolehan
murid.
Guru memupuk motivasi intrinsik. Cth:
murid melibatkan diri secara aktif dalam
tingkah laku muzikal tanpa bantuan guru.
Muzik memberi saluran yang dapat
meluahkan perasaan.
Pembelajaran konsep-konsep muzik
dengan penggunaan otot-otot kecil.
6
Muzik memberi keseronokan dan
pengalaman
Kebolehan kanak-kanak bertutur tentang
sesuatu pengalaman.
Muzik sentiasa digunakan untuk
mengiringi aktiviti fizikal atau psikomotor.
Faktor urutan diperkenalkan terlebih
dahulu seperti tempo, elemen masa dan
sebagainya.
3.0 KEPENTINGAN FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN MUZIK
3.1 Pandangan ahli falsafah:
Antara tokoh yang berperanan besar dalam perkaitan mengenai falsafah
dalam Pendidikan Muzik ini ialah Johann Henrich Pestalozzi. Beliau
merupakan seorang berbangsa Swiss yang mempengaruhi banyak rasional
dan prinsip asas dalam Pendidikan Muzik di seluruh dunia. ‘Principle of The
Pestalozzi System in Music’ merupakan prinsip beliau yang telah
diperkenalkan di seluruh dunia pada tahun 1809. Terdapat enam prinsip yang
telah dinyatakan sendiri oleh Pestalozzi. Antaranya, beliau menyatakan
bahawa bunyi perlu diajar sebelum tanda atau simbol diperkenalkan. Hal ini
dapat dilihat di mana murid-murid diajar menyanyi terlebih dahulu sebelum
mempelajari segala notasi muzik.
Selain itu, Pestalozzi juga menyatakan bahawa kaedah penemuan
kendiri perlu dipraktikkan. Hal ini di mana murid diberi peluang untuk
meneroka sendiri bunyi-bunyi. Murid juga diberi peluang untuk meniru bunyi
7
dalam proses pembelajaran mereka. Apabila hal ini dapat dikuasai, murid
dapat membuat kesimpulan berhubung bunyi yang didengar sama ada bunyi
tersebut merupakan bunyi sekeliling atau bunyi yang telah diciptakan.
Seterusnya, Pestalozzi juga menyatakan bahawa pembelajaran perlulah
mengikut peringkat sistematik di mana murid diajar satu unsur muzik sahaja
dalam satu ketika. Hal ini kerana murid perlu menguasai satu unsur muzik
tertentu sebelum beralih kepada unsur yang lain. Sebagai contoh, murid
mempelajari hal yang berkaitan dengan irama. Setelah mereka menguasai
unsur ini, mereka bertukar pembelajaran mereka kepada unsur melodi dan
yang seterusnya mengikut peringkat tertentu.
Pestalozzi juga menekankan bahawa murid perlu diberi pembelajaran
secara praktikal atau amali. Hal ini kerana segala aspek mengenai teori
mahupun prinsip dapat mereka kuasai. Di samping itu, murid digalakkan
menghubungkaitkan segala aktiviti amali ini dengan aspek teori atau prinsip.
Secara tidak langsung, murid akan terlibat dengan pembelajaran secara
heuristik. Selain itu, Pestalozzi juga menyarankan agar murid ini diberi
peluang untuk berlatih dan membuat kajian yang berkaitan dengan elemen
muzik secara kendiri. Hal ini berkait rapat dengan satu pengajaran yang
menerapkan pendekatan berkonsep. Di samping itu juga, Pestalozzi
menyatakan bahawa nyanyian solfa adalah tidak digalakkan. Seterusnya,
segala nama not untuk nyanyian mahupun muzik instrumental hendaklah
diselaraskan.
Terdapat juga pandangan dari ahli falsafah yang lain mengenai
Pendidikan Muzik ini. Bagi pandangan mengenai kaedah-kaedah pengajaran
dan pembelajaran muzik, Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi
keutamaan kerana menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
8
secara berperingkat atau ‘sequential’. Gordon mengutamakan prinsip
‘sound before symbol’ di mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran
permainan muzik tanpa notasi terlebih dahulu sebelum simbol-simbol muzik
diperkenalkan. Antaranya ialah Jalinan Monofoni di mana muzik itu hanya
pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai
satu bunyi sahaja. Terdapat juga Jalinan Homofoni di mana melodi
diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Begitu juga
dengan Jalinan Polifoni di mana satu atau dua melodi dibunyikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan. Selain itu, Emilie Jaques Dalcroze turut
menyatakan bahawa gerak geri tubuh badan hendaklah digunakan bagi
menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap
aspek-aspek muzik. Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze
adalah mengutamakan perasaan dan pergerakan fizikal sewaktu menikmati
muzik. Beliau berpendapat murid perlu bertindak secara fizikal melalui
pergerakan badan apabila menghayati melodi muzik. Justeru, Dalcroze
memberi penekanan terhadap memperkembangkan potensi individu
untuk mengekspresikan perasaan dan diri melalui muzik. Kebolehan
mendengar, memahami dan menikmati muzik melalui pergerakan secara
tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada individu untuk
memperkembangkan daya imaginasi dan idea. Dalcroze berpegang kepada
beberapa prinsip bagi menguatkan teori pembelajaran yang diperkenalkan.
Antaranya, secara semula jadi, setiap kanak-kanak mempunyai emosi dan
perasaan. Oleh yang demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah
tertumpu tentang strategi bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik kepada
bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik yang
9
diperdengarkan. Selain itu, anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi
kanak-kanak untuk menggambarkan atau meluahkan emosi mereka.
Seterusnya, kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya
dan pergerakan tertentu bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik yang
didengari. Di samping itu juga, sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak
harus berlatih terlebih dahulu. Apresiasi muzik di kalangan kanak-kanak tidak
dapat diterapkan dengan hanya latihan-latihan aural atau penerangan lisan
mengenai tonaliti, pic dan harmoni. Kefahaman tentang elemen-elemen
utama dalam muzik dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang mengaitkan
pembelajaran muzik dengan pergerakan manusia seperti berlari,
berjalan,berdiri, duduk dan sebagainya. Sebagai contoh; konsep cepat
(allegro) atau sederhana (moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan
berlari atau berjalan yang berkait terus dengan pengalaman kehidupan
seharian mereka.
Di samping itu, Carl Orff turut memperkenalkan satu pendekatan di
mana penekanan perlu diberikan kepada pelbagai jenis pengalaman muzikal.
Antaranya ialah melalui imitasi iaitu murid mengajuk balik elemen muzik yang
di alami. Begitu juga dengan eksplorasi iaitu murid mencari sendiri
pengetahuan tentang muzik. Seterusnya, improvisasi iaitu murid belajar dari
asas ton di mana murid mengetahui skel pentatonik merupakan skel yang
mempunyai lima ton. Selain itu, Carl Orff turut memperkenalkan pendekatan
creation iaitu murid diberi peluang untuk mencipta dengan menggunakan
bahan asas dari fasa-fasa. Begitu juga dengan literasi iaitu murid menulis
dan membaca nota muzik. Bagi pandangan ahli falsafah dari Jepun iaitu
Suzuki pula, beliau turut membuat satu kaedah iaitu pendekatan bakat atau
talent education. Bagi Reimer pula, terdapat empat cabang falsafah yang
dapat dihuraikan. Cabang falsafah tersebut ialah ekspressionalisme,
10
referentialisme, formalisme dan naturalisme. Naturalisme merupakan cabang
falsafah yang paling tua digunakan sebelum terciptanya cabang yang baru.
Setiap cabang falsafah ini mempunyai pendapat dan prinsip masing-masing
yang berbeza.
3.2 Matlamat dan fungsi dalam pendidikan:
3.2.1 Matlamat ;
Muzik mempunyai matlamatnya yang tersendiri dalam
pendidikan. Antara matlamat muzik dalam pendidikan ialah murid
mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pendidikan
muzik. Hal ini kerana muzik merupakan subjek teras yang diajar di
sekolah rendah. Setiap pengajaran yang diberikan mestilah
inginkan murid menguasai apa yang di ajar agar objektif dan
matlamat tercapai. Selain itu, matlamatnya juga menginginkan
murid menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya
yang berkaitan dengannya. Muzik yang diajar dalam pendidikan
bagi murid sekolah rendah merangkumi jenis muzik yang ringkas
dan didedahkan dengan jenis muzik di Malaysia. Matlamat muzik
dalam pendidikan juga ingin memperkembangkan kemahiran
menyanyi dengan amalan teknik yang betul. Dalam subjek muzik,
murid akan diajar menyanyi selain menguasai teori-teori muzik
yang diajar. Guru akan mengajar murid menyanyi dengan teknik
yang betul. Matlamat pendidikan muzik juga menginginkan murid
membaca dan menulis notasi muzik yang diajar. Murid akan diajar
dengan teori-teori asas muzik di peringkat yang rendah sebelum
bergerak kepada peringkat yang tinggi. Notasi-notasi mudah diajar
11
dan murid dipastikan dapt menguasai dan membaca notasi-notasi
tersebut. Muzik dalam pendidikan juga ingin melahirkan murid yang
menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan
nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian sama ada berada di
sekolah ataupun di luar kawasan sekolah.
3.2.2 Fungsi ;
Muzik berfungsi meluahkan perasaan. Apabila murid diberikan
pendedahan tentang pendidikan muzik ini, guru dapat mengetahui
tingkah laku dan perasaan yang dialami oleh murid tersebut. Selain
itu, apabila murid gemar menyanyi, mereka boleh
menggunakannya sebagai satu cara mengekspresikan perasaan
dan idea.
Muzik dalam pendidikan juga berfungsi untuk mencungkil
bakat, potensi dan kebolehan murid dalam bidang muzik seperti
bermain alat muzik, nyanyian dan sebagainya. Bakat murid dalam
muzik juga akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain
dan alam sekeliling. Hal ini kerana, apabila berlaku interaksi antara
murid dan guru, contohnya pendapat dan kritikan yang membina
dari guru yang berpengalaman dapat membantu murid
memperbaiki bakat yang ada agar bakat mereka terus digilap. Bagi
murid yang berbakat besar, bakat mereka tidak terus terkubur jika
dilatih dan dicungkil. Oleh itu, guru berperanan untuk memberikan
galakan dan bimbingan kepada murid-murid tersebut.
Muzik dalam pendidikan juga berfungsi meningkatkan
penghayatan muzik dalam kalangan murid secara kompleks dan
12
canggih. Contohnya, nyanyian sesebuah lagu yang bertemakan
patriotik. Apabila murid pandai dan tahu cara untuk menghayati
lagu, mereka dapat menyampaikan lagu tersebut dengan penuh
perasaan dan penghayatan tentang lagu patriotik tersebut.
Terdapat sesetengah murid yang mudah menhayati sesebuah lagu
sehingga memberi kesan dalam diri dan kehidupannya. Sesebuah
muzik yang disertakan dengan penghayatan yang ditinggi dapat
disampaikan dengan berkesan.
Muzik dalam pendidikan juga dapat menerapkan nilai-nilai
murni yang berkesan. Terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang
dimasukkan di dalam lagu. Nilai-nilai tersebut boleh dijadikan
pegangan hidup dan diamalkan di dalam kehidupan seharian.
Contohnya lagu yang berunsurkan kasih sayang kepada ibu bapa
dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang
pengorbanan ibu bapa kepda anak-anaknya. Oleh itu, murid–murid
akan merasa insaf dan tidak akan menderhakai ibu bapa mereka.
Muzik juga dapat membantu murid mendapatkan hiburan
semasa belajar. Kemungkinan murid mengalami sedikit tekanan
semasa belajar dan mereka memerlukan hiburan untuk mengatasi
tekanan tersebut. Selain itu, muzik juga dapat memberikan hiburan
keseronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku.
Muzik dalam pendidikan juga dapat membantu memahami sifat
manusia dari aspek perhubungan antara manusia. Hal ini kerana
muzik juga memerlukan interaksi antara seseorang individu dengan
13
pihak lain. Seseorang yang amat meminati muzik dapat dikesan
melalui interaksi dan komunikasi mereka.
Muzik dalam pendidikan juga berfungsi dalam kemahiran
muzikal. Fungsi dalam kemahiran muzikal dapat dibahagikan
kepada tiga cabang iaitu kemahiran, pemahaman dan sikap. Dari
segi kemahiran, muzik diajar agar muzik itu dapat dihayati secara
rasional kerana dalam muzik itu sendiri mempunyai
keistimewaannya sendiri. Tujuan muzik diajar juga ialah agar murid
dapat mendengar dan memahami muzik tersebut. Selain itu juga,
murid dapat belajar kemahiran menyanyi, bermain alat muzik serta
memahami notasi muzik.
Dari segi pemahaman pula, murid dapat mengetahu bentuk-
bentuk muzik yang digunakan dalam sesuatu muzikal tersebut.
Contohnya, sesuatu lagu itu terdapat pelbagai alat muzik yang
digunakan seperti kibod, gitar dan sebagainya. Muzik juga dapat
menyepadukan pengetahuan muzikal secara ilmiah dan murid
dapat memahami fungsi muzik dan kedudukan muzik dalam
masyarakat sekeliling.
Dari segi sikap pula, murid dapat menghargai muzik sebagai
saluran yang sihat untuk meluahkan perasaan. Selain itu,
pembelajaran muzik ini dapat melanjutkan pengalaman muzik
seseorang seperti menghadiri konsert, pertunjukkan teater dan
sebagainya. Murid juga dapat menilai muzik dengan bijaksana
yang mempunyai citarasa yang berteraskan mutu iaitu murid
mengetahui muzik itu mempunyai nilai dan kualiti.
14
Huraian di atas menunjukkan muzik mempunyai fungsinya yang
tersendiri dalam bidang pendidikan dan sangat membantu untuk
melahirkan murid-murid yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri
mereka.
3.3 Implikasi Faktor Sosiologi Dan Psikologi:
Menurut Campbell 1995, muzik adalah satu kesenian yang tertumpu pada
aspek aural atau pendengaran. Oleh itu, muzik boleh diperkenalkan kepada
bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. Manakala,
muzikal pula terdiri daripada nyanyian, perkusi dan pergerakan.
Sosiologi mengikut Pitirim Sorokin, adalah ilmu yang mempelajari
hubungan dan pengaruh timbal balik antara aneka macam gejala sosial
(misalnya gejala ekonomi, gejala keluarga, dan gejala moral), sosiologi
adalah ilmu yang mempelajari hubungan dan pengaruh timbal balik antara
gejala sosial dengan gejala bukan sosial, dan yang terakhir, sosiologi
adalah ilmu yang mempelajari ciri-ciri umum semua jenis gejala-gejala sosial
lain.
Implikasi faktor sosiologi dalam tingkah laku muzikal ialah, murid dapat
meningkatkan keyakinan diri di hadapan khalayak ramai. Setiap murid
memerlukan keyakinan kerana keyakinan dapat digunakan terutamanya
15
dalam aspek tingkah laku muzikal. Murid perlulah mempunyai keyakinan
kerana dalam tingkah laku muzikal seperti aspek nyanyian, perkusi dan
pergerakan, murid harus berinteraksi sama ada dengan diri sendiri, pasangan
mahu pun masyarakat. Guru haruslah menggunakan teknik pemusatan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru haruslah
memberi satu lirik terlebih dahulu kepada murid dan barulah guru menyuruh
murid menyanyi. Nyanyian tersebut haruslah dilakukan dihadapan kelas bagi
memberi keyakinan kepada murid. Nyanyian tersebut harus dinilai kerana
guru dapat mengesan di mana, kelebihan dan kekurangan murid tersebut.
Implikasi sosiologi yang seterusnya ialah, murid dapat bekerjasama
dengan orang lain. Apabila seseorang murid itu mempelajari tingkah laku
muzikal, maka murid tahu bahawa mereka perlu bekerjasama dengan orang
lain supaya suatu tingkah laku muzikal itu dapat dilakukan dengan baik.
Sebagai contoh, guru memberi satu topik lakonan. Oleh itu, murid haruslah
melakonkan watak tersebut dengan baik. Murid haruslah dapat meluahkan
perasaan dan emosi dalam watak yang telah diberikan. Aktiviti yang
dilakonkan memerlukan kerjasama dengan orang lain dan murid haruslah
pandai bagaimana melontarkan intonasi serta nada dalam watak tersebut.
Oleh itu, apabila murid terlibat secara langsung dalam aktiviti muzikal ini,
maka murid dapat menenangkan perasaan mereka.
Implikasi sosiologi yang ketiga ialah, murid yang lebih maju akan
membantu murid yang lemah. Dalam aspek ini, murid yang lemah sering kali
berasa kerdil apabila berhadapan dengan murid yang maju. Oleh itu, guru
hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan murid yang mana memerlukan
perhatian yang lebih terutamanya daripada kawan-kawan dan guru. Guru
haruslah menekankan aspek pemusatan pelajar iaitu murid menjadi guru
16
kepada murid yang lain. Murid itu akan menjadi tutor dan secara tidak
langsung akan mengajar rakan yang lemah dengan cara yang lebih baik.
Sebagai contoh, jika guru hendak mengambil kira faktor ini dalam pengajaran
dan pembelajaran, guru harus menyusun meja dengan kaedah ‘cluster’.
‘Cluster’ iaitu kaedah berkelompok, dimana, murid yang lebih maju perlu ada
dalam setiap kumpulan tersebut. Murid yang maju mungkin dapat mengajar
murid yang lemah tentang cara nyanyian yang baik mahu pun tentang not-not
lagu. Kesimpulannya, kaedah murid menjadi guru akan lebih mudah
dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran tingkah laku muzikal.
Faktor sosiologi yang seterusnya ialah, muzik memberi keseronokan
kepada murid. Apabila seseorang murid belajar, dan berasa seronok, sudah
tentu mereka akan tertarik untuk belajar dengan lebih lagi. Muzik sangat
memberi keseronokan kerana murid dapat meluahkan apa yang ingin mereka
sampaikan. Sebagai contoh, murid dapat meluahkan perasaan marah
dengan melakonkan satu babak lakonan, jadi jika murid dapat memahami
apa yang ingin disampaikan melalui lakonan tersebut. Selain itu, apabila
murid berasa tenang, mereka akan mendengar lagu yang mempunyai nada
yang perlahan dan membuatkan mereka menikmati setiap saat lagu tersebut
dengan perasaan yang sayu dan segar. Maka, tidak hairanlah jika muzik
dapat memberi keseronokan kepada murid.
Individu yang mempunyai nilai sosiologi dalam kehidupan dapat
mempengaruhi tingkah laku muzikal kerana, setiap individu dapat
mengurangkan rasa malu dalam diri. Muzikal ialah satu seni yang mana
mementingkan faktor nyanyian, lakonan dan seni itu sendiri Seperti yang
sedia maklum, muzikal memerlukan keyakinan dalam setiap tingkah laku
kerana muzikal mementingkan aspek pergaulan dalam perhubungan.
Pergaulan dalam perhubungan yang dimaksudkan ialah, individu harus
17
berinteraksi dengan baik bagi meningkatkan nilai keyakinan dalam diri. Aspek
interpersonal dan intrapersonal perlu digunakan bagi menilai sejauhmana
sosiologi mempengaruhi tingkah laku muzikal. Interaksi tersebut haruslah
melibatkan diri sendiri mahupun dengan orang lain.. Oleh itu, jika individu
tidak berkeyakinan untuk menyanyi mahupun berdiri di hadapan khalayak, ini
bermakna, individu itu tidak mempunyai daya keyakinan yang tinggi terhadap
diri sendiri.
Manakala, psikologi pula berasal daripada perkataan Yunani iaitu
‘psyche’ bererti jiwa dan ‘ogos’ bererti ilmu. Jadi secara zahirnya, psikologi
bererti jiwa ilmu. Di zaman yunani kuno, Plato menyebut jiwa sebagai idea
manakala Aristotle menyebut jiwa sebagai fungsi mengingat.
Keseluruhannya, psikologi didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan dan
rangsangan jiwa yang datang dari otak pemikiran dan terjadinya pergerakan-
pergerakan.
Implikasi faktor psikologi yang boleh mempengaruhi tingkah laku muzikal
ialah, bahan pembelajaran haruslah sesuai dengan tahap murid.
Pembelajaran yang menarik ialah satu pembelajaran yang boleh merangsang
minda dan kognitif murid. Contohnya, guru perlu memberi satu not muzik dan
menyuruh muzik memainkan not tersebut dengan menggunakan alat muzik
yang mereka mahir. Selepas itu, guru boleh menggabungkan kemahiran
muzik mereka dengan menambahkan unsur nyanyian yang betul supaya
muzik tersebut menjadi muzik yang bermakna. Maka, secara tidak langsung,
psikologi telah mempengaruhi tingkah laku muzikal murid itu sendiri.
Implikasi faktor psikologi yang kedua ialah, penggunaan ujian formatif
kepada murid untuk menilai kemajuan. Ujian formatif ialah ujian tidak formal
18
yang boleh dilakukan pada bila masa sahaja kecuali pada akhir tahun atau
pertengahan tahun. Ujian ini harus dilakukan bertujuan supaya murid
sentiasa bersedia dalam melakukan aktiviti dan mudah ingat tentang apa
yang telah dipelajari. Guru boleh melakukan ujian amali kibod dan rekoder
supaya murid mudah mengingat not dan juga kord lagu. Murid juga akan
mudah teransang daya pemikirannya, kerana guru kerap kali membuat ujian
dan akan membuat mereka mudah ingat tentang apa yang telah dipelajari.
Oleh itu, penggunaan ujian formatif amat penting supaya murid dapat
menguasai pembelajarn sekali gus meningkatkan daya psikologi mereka.
Implikasi faktor yang seterusnya ialah, faktor urutan diperkenalkan terlebih
dahulu seperti tempo, elemen masa dan sebagainya. Faktor ini dilihat
bersesuaian dengan implikasi dalam tingkah laku muzikal kerana murid
belajar daripada senang kepada kompleks. Jadi, pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran juga haruslah daripada permulaan hingga penghabisan.
Oleh itu, murid akan cepat faham tentang pembelajaran tersebut.
Implikasi faktor psikologi yang terakhir ialah, guru memupuk motivasi
intrinsik kepada murid. Motivasi intrinsik ialah motivasi secara dalaman yang
dipupuk oleh murid itu sendiri. Guru perlu memupuk motivasi ini kepada
murid agar murid lebih senang berdikari dalam melaksanakan kemahiran
muzikal ini. Seperti sedia maklum, kemahiran muzikal memerlukan aspek
kemahiran murid itu sendiri dan bukannya berdasarkan teori. Kemahiran
inilah yang dapat membentuk jati diri murid menjadi seniman yang berjaya
pada masa hadapan. Kemahiran muzikal ialah suatu kemahiran yang
memerlukan ketahanan daya pemikiran yang baik kerana , tanpa motivasi
yang baik, murid tidak akan dapat mencapai kejayaan pada masa akan
datang. Guru ialah pendukung peranan utama dalam memastikan murid
19
berjaya dalam kemahiran tingkah laku muzikal ini. Setiap motivasi yang
diberikan akan meningkatkan minda murid bahawa mereka perlu berdikari
tanpa dibantu oleh guru. Maka, motivasi yang dipupuk oleh guru akan
menyerlahkan lagi tingkah laku ekmahiran muzikal murid itu sendiri.
Secara tuntasnya, psikologi dan sosiologi merupakan satu falsafah yang
penting dalam menghasilkan tingkah laku muzikal yang positif. Implikasi dan
faktor yang telah dinyatakan di atas menunjukkan peri pentingnya, kemahiran
muzikal dalam setiap individu. Dengan kemahiran yang dapat ditonjolkan,
menyerlahkan lagi bakat murid itu sendiri dan menjadikan setiap murid itu
istimewa dengan mempunyai kelebihan muzik yang tiada daripada orang lain.
Kemahiran muzikal ini membuktikan bahawa muzik bukannya songsang
seperti yang digembar-gemburkan kerana muzik merupakan mainan jiwa
yang sangat penting dan baik jika kita pandai mengubah dan membentuk
suatu muzik itu sendiri.
20
4.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana segala limpahan nikmat-
Nya kepada saya telah dapat menyiapkan tugasan KKBI ini. Asas Pendidikan Muzik
merupakan satu subjek yang menarik dan mampu memberikan satu perubahan
buat dimensi dan perspektif konsep dan teori dalam kehidupan kanak-kanak
mempelajari muzik. Melalui tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan dan
meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digabungjalinkan
dalam mata pelajaran pengkhususan. Di samping itu juga, saya dapat memahami
tentang kepentingan falsafah dalam pendidikan muzik. Hal ini kerana saya telah
mendapat banyak input mengenai pandangan ahli falsafah barat terhadap
pendidikan muzik.
Di samping itu, segala pandangan, pendekatan mahupun kaedah yang telah
dinyatakan oleh ahli falsafah seperti Pestalozzi, Gordon, Carl, dan juga Dalcroze
amat penting bagi melancarkan serta menjayakan proses pembelajaran dan
pengajaran dengan lebih berkesan. Justeru menjadikan Pendidikan Muzik satu
subjek yang amat diminati murid sekolah terutamanya murid sekolah rendah. Selain
itu, saya juga sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan mengenai matlamat
atau tujuan falsafah tersebut serta mengetahui segala fungsi falsafah tersebut
21
diwujudkan. Hal ini akan membantu perkembangan Pendidikan Muzik di negara
kita.
Sebagai seorang bakal pendidik suatu hari nanti, kepentingan falsafah dalam
Pendidikan Muzik dapat membantu secara tidak langsung dengan adanya
maklumat- maklumat tentang implikasi falsafah tersebut sama ada dari segi
sosiologi mahupun psikologi. Hal ini dapat mengurangkan kesukaran terhadap kita
dalam mengaplikasikan sesuatu pendekatan mengenai Pendidikan Muzik. Di
samping itu, segala fakta sejarah tentang Pendidikan Muzik dapat saya ketahui
dengan adanya subjek Asas Pendidikan Muzik ini. Apabila berada di sekolah nanti,
saya akan dapat mengetahui seterusnya mencungkil bakat murid yang sekian lama
terpendam tanpa pengetahuan sesiapa.
Kesimpulannya, Pendidikan Muzik dapat memberi kesan yang positif dalam
arus pendidikan Negara. Hal ini kerana aspek ini menjadikan setiap pembelajaran
atau pengajaran di sekolah lebih berkesan dan efektif. Di samping itu, tugasan ini
member saya satu pengalaman yang amat berguna pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
MUHAMMAD LOKMAN HAKIM BIN NASIR 890101-11-6035
PISMP BM/PJ/MUZIK
Semester 3
Ambilan Januari 2010
22
Alhamdulillah..
Pertama dan selamanya saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat
Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahNya dapat saya selesaikan tugasan KKBI
Pendidikan Muzik ini bersama kumpulan dengan jayanya.
Tugasan kali ini amat memberikan peluag kepada kami untuk mendapatkan
pelbagai maklumat secara khusus terutamanya berkaiatan dengan Falsafah Pendidikan
Muzik yang dipelopori oleh tokoh – tokoh dari barat seperti Edwin Gordon , Pestalozzi
dan Carl orff yanag mana mereka membawa falsafag fahaman mereka tersendiri yang
didasarkan kepada fahaman falsafah yang diguna pakai pada masa itu seperti
ekspressionalisme, referentialisme, formalisme dan naturalisme .
Tugasan ini guna mendedahkan saya tentang tujuan sebenar pendidikan muzik
diperkenalkan dalam kurikulum sekolah secara bersepadu . Jika dulu saya hanya
mengetahu bahawa pendidikan muzik disekolah hanya bertujuan untuk memenuhi
sukatan pembelajaran semata – mata tetapi kini saya mula memahami tujuan asal dan
matlamat ataupun falsafah disebalik matapelajaran Pendidikan Muzik diserapkan
kedalam Kurikulum sekolah . Saya mula meyedari bahawa Matapelajaran seni sebegini
amat penting bagi melahirakan Modal insan kelas pertama yang dicita – citakan oleh
Negara dan juga memenuhi pelajar yang segaris dengan matlmat Falsafah Pendidikan
Negara iaitu pelajar yang seimbang dari segi JERIS .
23
Dalam menyelesaikan tugasan ini juga kami meminta bantuan daripada pelajar
PISMP Muzik Semester 5 dalam mendapatkan nota dan tunjuk ajar dalam mengatur
pendokumentasian tugasan. Pensyarah pembimbing juga iaitu Puan Hajah Rokiah Bt
Ahmad dan Encik Kamaruddin B Yusof juga banyak membantu dalam proses
mendapatkan maklumat dan pengurusan tugasan yang lebih teratur . Tidak kurang juga
bantuan daripada rakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi maklumat dan
memberikan pandangan serta kritikan membina . dengan kehadiran mereka – mereka
inilah semua permasalahan yang datang dapat diselesaikan terutamanya apabila kami
gagal mendapatkan maklumat yang tepat di Laman Sesawang tetpai Alhamdulillah
berkat pertolongan dari mereka kami berjaya memperolehiya daripada buku – buku dan
nota yang dikongsi bersama.
Akhir kata , pendidikan muzik perlu diserapkan kedalam kurikulum sekolah secra
menyeluruh ini kerana aspek muzuk penting dalam melahirkan insan yang lebih
seimbang dan ianya amat penting dalam pengabungjalinan disiplin ilmu yang berbeza
dalam proses P&P selain itu ianya mampu menjadikan proses penyerah ilmu kepada
pelajar terjadi dalam keadaan menyeronokkan.
Sekian Terima Kasih
Disediakan oleh :
MOHD RIDZWAN BIN CHE HARUN
881106035731
PISMP BM/PJ/MUZIK SEMESTER 3
24
Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat
saya dan rakan kumpulan yang lain menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi
subjek MZU 3104 yang merupakan Asas Pendidikan Muzik. Bagi subjek ini, lebih
menekankan tentang falsafah pendidikan muzik, kepentingannya, matlamat dan
fungsi yang menekankan kepentingan muzik itu sendiri serta implikasinya.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya mendapat pendedahan tentang
ahli-ahli falasafah muzik yang terlibat. Antaranya ialah Pestalozzi dan Reimer.
Pestalozzi menekankan pendidikan diperoleh melalui pancaindera. Selain itu,
pelajar juga perlu dididik mengikut perkembangan semulajadi. Pestalozzi juga
menyatakan bahawa pembelajaran haruslah berlaku secara langsung. Mengikut
prinsip sistem Pestalozzi, bunyi dia di ajar sebelum simbol notasi. Guru juga harus
menggalakkan murid meniru, membuat pemerhatian, mendengar dan membezakan
bunyi-bunyi bagi menentukan pengalaman yang diterima oleh murid sama ada sana
atau berbeza. Kaedah ini dinamakan dengan nama kaedah penemuan sendiri.
Penggunaan solfa dalam nyanyian tidak digalakkan dalam prinsip ini.
Tugasan ini juga memerlukan saya dan rakan mencari maklumat dan
menghuraikan matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan. Matlamat muzik dalam
25
pendidikan secara ringkasnya menginginkan murid menguasai kemahiran dan
pengetahuan asas muzik, mengamalkan nilai murni serta mempunyai kemahiran
minimum dalam penghasilan muzik. Matlamat ini penting untuk membentuk murid
yang sentiasa mempunyai pengetahuan tentang muzik walaupun secara asas dan
sebagai guru, saya harus menitikberatkan matlamat ini agar tercapai.
Muzik berfungsi sebagai medium yang sihat untuk menyalurkan luahan
perasaan. Selain itu, bakat dan potensi murid dapat ditonjolkan seperti kebolehan
murid dalam bidang muzik seperti bermain alat muzik, nyanyian dan sebagainya.
Bakat murid dalam muzik juga akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang
lain dan alam sekeliling. Hal ini kerana, apabila berlaku interaksi antara murid dan
guru, contohnya pendapat dan kritikan yang membina dari guru yang
berpengalaman dapat membantu murid memperbaiki bakat yang ada agar bakat
mereka terus digilap. Bagi murid yang berbakat besar, bakat mereka tidak terus
terkubur jika dilatih dan dicungkil. Oleh itu, guru berperanan untuk memberikan
galakan dan bimbingan kepada murid-murid tersebut.
Implikasi dari faktor sosiologi juga telah dikesan daripada beberapa sumber.
Antaranya ialah pengaplikasian tingkah laku muzikal dalam pengajaran dan
pembelajarn dapat memberi keyakinan kepada murid untuk berhadapan dengan
khalayak ramai. Selain itu murid senang untuk bekerjasama dengan orang lain serta
dapat meningkatkan taraf ekonomi dalam tingkah laku muzikal.
Manakala implikasi dari faktor psikologi pula ialah bahan pembelajaran haruslah
sesuai dengan tahap pemikiran murid. Selain itu guru boleh menggunakan penilaian
formatif kepada murid untuk menilai kemajuan. Supaya murid tidak tertekan dan
dapat bersedia dengan lebih baik. Bagi memastikan murid sentiasa berminat
dengan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslan sentiasa melakukan aktiviti
26
yang dapat memupuk motivasi intrinsik di mana murid akan melakukan sesuatu
aktiviti dengan kehendak sendiri.Oleh yang demikian, muzik dalam pendidikan
memberikan seribu satu manfaat kepada semua yang terlibat dalam pendidikan.
Selain itu dapat membentuk generasi muda yang sentiasa cintakan hasil seni tanah
air di samping mengharumkan nama negara.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang
falsafah muzik dan kepentingan muzik itu sendiri. Terbukti bahawa muzik itu penting
kepada individu, masyarakat, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
NOOR AFIFAH BINTI ABD WAHAB 900728-02-5694
PISMP BM/PJ/MUZIK
Semester 3
Ambilan Januari 2010
27
Bismillahhirrahmanirrahim…
Dengan ini, saya ingin memanjatkan sepenuhnya rasa syukur kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan izin-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan kerja khusus
ini. Tugasan ini memerlukan kami mencari maklumat tentang pandangan tokoh,
fungsi dan matlamat, dan implikasi faktor sosiologi dan psikologi.
Apa yang saya peroleh sepanjang melakukan tugasan ini ialah, ilmu
pengetahuan tentang pandangan tokoh yang menyatakan kepentingan falsafah
dalam pendidikan. Tokoh tersebut ialah Reimer. Reimer ialah seorang ahli falsafah
yang percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu dan nilai-nilai estetika
muzik. Reimer juga mempunyai empat falsafah iaitu ekspressionalisme,
referentialisme, formalisme dan naturalisme. Apabila empat falsafah ini
dirungkaikan, saya dapati bahawa keempat-empat falsafah ini mempunyai konsep
yang berbeza.
Ekspressionalisme mementingkan nilai yang boleh ditafsir, referentialisme
memfokuskan kepada rujukan sesuatu seni, formalisme pula tentang seni itu
sesuatu yang formal dan naturalisme menekankan tentang mengaitkan bunyi dan
seni dengan alam semula jadi. Saya juga dapati bahawa tokoh seperti Pestalozzi
turut memberi pandangan tentang muzik iaitu, nama-nama dalam nyanyian dan
28
muzik instrumental diselaraskan mengikut Pestalozzi dan penggunaan solfa tidak
digalakkan.
Pestalozzi juga menekankan prinsip mengajar bunyi sebelum simbol atau
kaedah hafalan sebelum catatan. Ini bermakna Pestalozzi menekankan aspek aural
terlebih dahulu kerana pemahaman lebih penting daripada hafalan. Pestalozzi juga
menggalakkan pelajar membuat pemerhatian melalui mendengar, meniru dan
membezakan bunyi bagi menentukan pengalaman yang diterima sama ada sama,
atau berbeza. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah penemuan sendiri. Pestalozzi
juga lebih gemar mengajar satu aspek pengajaran sahaja dalam satu ketika.
Selain itu, saya juga dapati bahawa apabila saya menyiapkan tugasan ini, saya
mempunyai lebih banyak maklumat tentang fungsi dan matlamat dalam pendidikan.
Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan
kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam
penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai
dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.
Matlamat inilah yang memberi kesan kepada saya untuk membentuk generasi
yang mendatang. Saya juga dapati bahawa muzik mempunyai banyak fungsi,
antaranya ialah, muzik merupakan salah satu aktiviti utama yang membolehkan kita
menyalurkan sumber tenaga kreatif yang semula jadi manakala muzik juga dapat
meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia serta meningkatkan
keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.
Saya juga dapati bahawa muzik berfungsi meningkatkan celik huruf dalam
perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan
kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang
berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf.
29
Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca
huruf.
Muzik juga merangsang keyakinan dan harga diri anak anda dan ia menjadi
faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Muzik boleh
memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan
matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual
kanak-kanak. Dalam pendidikan muzik juga dapat memberikan peluang kepada
setiap individu untuk meluahkan perasaannya secara sihat.
Muzik juga membolehkan setiap individu, malah setiap bangsa
mempertunjukkan atau memperlihatkan identiti masing-masing. Pembelajaran
muzik dapat membantu kita untuk lebih memahami sifat manusia dari aspek
perhubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan juga
tentang ibadah dan kerohanian manusia. Kita juga dapat mempelajari tentang
beraneka jenis kebudayaan lain di dunia dengan lebih mendalam melalui saluran
muzik. Begitulah antara kefahaman yang saya peroleh daripada matlamat dan
fungsi muzik.
Selain itu, saya juga memperoleh maklumat tentang implikasi faktor sosiologi
dan psikologi dalam mempengaruhi tingkah laku. Faktor sosiologi yang saya
peroleh ialah, murid dapat meningkatkan keyakinan dalam diri terutama apabila
berhadapan dengan khalayak ramai. Selain itu, murid juga mudah untuk
bekerjasama dengan orang lain dalam melakukan sesuatu tingkah laku muzikal.
Manakala, muzik juga dapat meningkatkan taraf ekonomi seperti mengajar teknik
nyanyian mahupun alat muzik. Implikasi sosiologi juga bermakna, murid dapat
melakukan aktiviti sosiobudaya dengan aktif.
30
Bagi implikasi faktor psikologi pula, guru dapat menggunakan penilaian secara
formatif dalam melakukan ujian amali menggunakan kibod. Bahan pembelajaran
juga haruslah sesuai dengan tahap murid supaya murid tidak merasa tertekan
dengan subjek yang diajar. Guru juga menggunakan alam belajar yang kondusif
untuk situasi inkuiri dan penerokaan. Oleh itu, saya dapati bahawa pendidikan
muzikal memberi implikasi yang positif dalam sistem pendidikan negara kita.
Tuntasnya, saya ingin menyatakan bahawa, ilmu yang saya peroleh daripada
tugasan ini akan saya gunakan pada masa hadapan supaya dapat menjadikan saya
seorang insan dan guru yang baik dan adil.
Sekian, wassalam.
Disediakan oleh:
NURUL FATIHAH BINTI ABD HAMID 901105-03-5794
PISMP BM/PJ/MUZIK
Semester 3
Ambilan Januari 2010
31
5.0 BIBILIOGRAFI
Buku:
Abdullah, J. (1993). Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka
Abdullah, J. (2002) Music Education in Malaysia: The Current Reality: Paper
presented at the 1st Malaysian National Conference for Music Education PWTC,
Kuala Lumpur, Malaysia, July, 2002.
Johami Abdullah. (1990). “Music education in Malaysia: An overview.”The Quarterly
Journal Of Music Teaching And Learning. 1(4): 44-53.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1983). Sukatan pelajaran sekolah rendah: muzik
(1983). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Sukatan pelajaran sekolah rendah:
pendidikan muzik (1995). Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Reimer, B. (1989). A philosophy of music education. 2nd ed. Englewood Cliffs, NJ:
Apprentice-Hall.
32
33