Nelumbo nucifera (Kump. 1)

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUK : Nelumbo nucifera (BUNGA SEROJA)Prof Madya Dr. Ahmad bin Ismail

AHLI KUMPULAN 1:

Ahmad Fikri bin Mastor Nurul Ain Aqilah Mohd Zin Sharifah Zakiah Syed Sulaiman Nurul Huda Mohamad Ikbal

A 133071 A 133855 A 133925 A 133655

0

ISI KANDUNGAN Pendahuluan Pengelasan dan Taksonomi Taburan Geografi dan Habitat Penghuraian Spesies Nilai Ekonomi (Positif dan Negatif) Rujukan 2 3 5 8 11 13

1

PENDAHULUAN

Nelumbo nucifera dikenali dengan pelbagai nama. Antaranya seperti Indian Lotus, Sacred Lotus, Bean of India, atau lebih mudah disebut sebagai seroja (Rajah 1). Seroja adalah tumbuhan yang dikategorikan sebagai famili Nelumbonaceae. Salah satu tempat di dunia di mana tumbuhan ini membiak dan berkembang dengan banyaknya adalah di Republik Surinam iaitu salah sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Pada zaman Mesir kuno, tumbuhan seroja banyak tumbuh di pinggir Sungai Nil. Di negara- negara Asia Tropika dan Queensland di Australia, pokok seroja ini biasanya ditanam di taman air. Pokok seroja ini turut menjadi bunga kebangsaan bagi negara India dan Vietnam. Biji seroja mampu kekal subur meskipun sudah beberapa tahun bergantung kepada keadaan yang sesuai. Rekod yang berjaya dicapai adalah sekitar 1,300 tahun. Hal ini telah membuktikan bahawa biji seroja ini boleh bercambah setelah dibiarkan di kawasan kering di timur laut China. Dari segi warna bunga, spesies seroja mempunyai bunga yang berwarna merah jambu dan putih. Seroja juga mempunyai tangkai bunga yang tegak dan bunganya tidak terapung di atas permukaan air. Keadaan tangkai yang tebal bagi spesies Nelumbo nucifera menyokong kepada pertumbuhan spesies tersebut di atas permukaan air.

Rajah 1: Nelumbo nucifera.

2

PENGELASAN DAN TAKSONOMI

Alam Sub-Alam Divisi Kelas Sub-Kelas Order Famili Genus Spesies

Tumbuhan Tracheobionta Magnoliophyta Magnoliopsida Magnoliidae Proteales Nelumbonaceae Nelumbo Nelumbo nucifera Jadual 1: Pengelasan dan taksonomi Nelumbo nucifera.

1. Alam: Tumbuhan Alam tumbuhan, Plantae (atau Viridaeplantae) adalah kumpulan monofiletik yang mengandungi organisma eukariotik (organisma dalam sel bernukleus). Kumpulan ini melakukan fotosintesis menggunakan klorofil a dan b, menyimpan hasil fotosintesis sebagai kanji dalam kloroplas tempat ia dihasilkan, mempunyai kloroplas yang diikat oleh selaput berkembar, dan mempunyai dinding sel yang diperbuat daripada selulosa. 2. Sub-alam: Tracheobionta Sub-alam Tracheobionta bermaksud tumbuhan berpembuluh yang mempunyai sel tersendiri bagi pengaliran air dan sap ke tisu-tisu tumbuhan. 3. Divisi: Magnoliophyta Tumbuhan berbunga biasanya dianggap sebagai divisi, dahulunya dikenali sebagai Angiospermatofita atau Antofita, tetapi sekarang dikenali sebagai Magnoliophyta menurut jenis genus Magnolia. 4. Kelas: Magnoliopsida Magnoliopsida adalah nama botani untuk sebuah kelas tumbuhan. Nama ini dibentukkan dengan menggantikan akhiran aceae dalam nama Magnoliaceae dengan akhiran opsida. Kelas Magnoliopsida termasuk famili Magnoliaceae, tetapi skop untuk kelas ini tidak ditetapkan. 5. Sub-Kelas: Magnoliidae Sub-Kelas Magnoliidae merupakan sub-kelas yang mengandungi semua tumbuhan angiosperma (tumbuhan berbunga).

3

6. Order: Proteales Tumbuhan dalam order ini biasanya dikenali sebagai seroja dan hidup di kawasan air tawar zon beriklim sederhana dan beriklim tropika di seluruh dunia. Terdapat tiga famili bagi order ini iaitu Nelumbonaceae, Platanaceae dan Proteaceae. 7. Famili: Nelumbonaceae Nelumbonaceae adalah famili seroja dari Order Proteales. Famili ini mempunyai dua spesies tumbuhan akuatik. Satu daripada spesies ini ialah American lotus (N. lutea atau N. pentapetala) yang boleh didapati di timur Amerika Syarikat dan selatan Colombia. Satu lagi spesies ialah Nelumbo nucifera yang boleh didapati di Asia. 8. Genus: Nelumbo Nelumbo ialah satu genus tumbuhan akuatik yang mempunyai bunga yang besar. Nama ini dihasilkan daripada perkataan Sinhala Nelum, yang bermaksud seroja. Terdapat hanya dua spesies dalam genus ini. 9. Spesies: Nelumbo nucifera Seroja adalah spesies tumbuhan air dari genus Nelumbo yang berasal dari India. Di Malaysia dan Indonesia, tanaman ini sering kali disebut teratai walaupun sebenarnya kedua-duanya tidak sama.

4

TABURAN GEOGRAFI DAN HABITAT

Nelumbo nucifera membiak di dataran banjir sungai, kolam, tasik dan air takungan. Spesies ini boleh tumbuh di kawasan berkedalaman sehingga 2.5 meter tetapi biasanya tumbuh di kawasan berkedalaman 0.5 hingga dua meter. Pertumbuhan awal adalah di kawasan air yang cetek dengan pengembangan berlaku di kawasan air yang dalam. Spesies ini ditanam di banyak negara sebagai sumber makanan. Nelumbo nucifera terdapat di beberapa kawasan di benua Amerika Utara, Eropah, Asia dan Australia. Jadual dibawah menunjukkan taburan geografi Nelumbo nucifera di seluruh dunia. Asia Iran Azerbaijan Rusia China Jepun Korea Taiwan India Myanmar Thailand Vietnam Indonesia Malaysia Papua New Guinea Filipina

Australia Eropah Amerika Syarikat

Queensland bahagian selatan dan timur Eropah Alaska, Alabama, Arkansas, Arizona, California, Colorado, Connecticut, Delaware, Florida, Georgia, Hawaii, Iowa, Idaho, Illinois, Indiana, Kansas, Kentucky, Louisiana, Massachusetts, Maryland, Maine, Michigan, Minnesota, Missouri, Mississippi, Montana, Nebraska, North Carolina, North Dakota, New Hampshire, New Jersey, New Mexico, Nevada, New York, Ohio, Oklahoma, Oregon, Pennsylvania, Rhode Island, South Carolina, South Dakota,5

Tennessee, Texas, U.S. Virgin Islands, Utah, Vermont, Washington, Wisconsin, West Virginia, Wyoming Kanada British Columbia, Newfoundland and Labrador, Nova Scotia, Ontario, Prince Edward Island, Quebec Jadual 2: Taburan Nelumbo nucifera di seluruh dunia.

Rajah 2: Taburan Nelumbo nucifera di seluruh dunia.

Rajah 3: Taburan Nelumbo nucifera di Asia.

6

Rajah 4: Taburan Nelumbo nucifera di Amerika Syarikat dan Kanada.

Rajah 5: Taburan Nelumbo nucifera di Australia.

7

PENGHURAIAN SPESIES

Rajah 6: Lakaran gambar Nelumbo nucifera. Seroja atau Nelumbo nucifera dikenali sebagai spesies tumbuhan air atau akuatik (Rajah 6). Tumbuhan ini diklasifikasikan sebagai sebahagian famili Nelumbonaceae dan mempunyai ketinggian yang boleh mencecah sehingga 6 meter bergantung kepada kedalaman paya atau kolam yang didiami. Namun kebiasaannya, tumbuhan ini membesar pada ketinggian kira-kira 1.5 meter dan mempunyai kelebaran sehingga 3 meter. Namun begitu, ada sesetengah tempat di mana tumbuhan ini membesar sehingga lebih dari 5 meter. Daunnya boleh melebar sehingga 0.6 meter luas manakala bunganya boleh mekar sehingga diameternya lebih dari 0.20 meter. Tumbuhan ini boleh dijumpai di kawasan-kawasan berair seperti kolam, tasik dan sungai dan ia tumbuh secara liar. Lazimnya, tumbuhan ini mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20. Ini adalah kerana bahang matahari yang terlampau panas boleh menyebabkan tumbuhan ini layu. Namun, tumbuhan ini juga tidak boleh membesar di kawasan teduh. Ramai dalam kalangan kita masih tidak dapat mengenal pasti jenis tumbuhan ini atau sering menyalah anggap tumbuhan ini sebagai teratai. Secara saintifiknya, terdapat perbezaan antara seroja dan teratai (Rajah 7). Teratai berada dalam kalangan famili Nymphaeaceae manakala seroja pula terdiri dalam kalangan famili Nelumbonaceae. Dari segi persamaan, teratai dan8

seroja adalah hidupan air yang tumbuh di tanah berlumpur. Namun, apa yang berbeza adalah seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak terapung di permukaan air manakala daun dan bunga teratai bergenang di permukaan air. Daunnya yang berbentuk bulat serta bunganya yang cantik mekar akan berada di atas permukaan air manakala bahagian akar tumbuhan ini akan berada pada dasar kolam. Selain itu, perbezaan yang lebih jelas antara spesies teratai dan seroja boleh dilihat pada tangkai bunga, bilangan stamen, bilangan kotiledon, dan bilangan petal.

(a) Nymphaea odorata (teratai)

(b) Nelumbo nucifera (seroja)

Rajah 7: Perbezaan antara teratai, Nymphaea odorata dan seroja, Nelumbo nucifera. Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak terapung di permukaan air manakala daun dan bunga teratai bergenang di permukaan air. Tumbuhan seroja mempunyai bunga yang cantik dan besar. Seroja disokong oleh batang yang halus dan panjang di mana bunga ini tingginya terletak beberapa sentimeter dari daun. Bunga tumbuhan ini terdiri dalam pelbagai warna seperti merah, putih, dan sebagainya dan bunga ini mengeluarkan bau. Bunga ini akan berputik secara berpasangan dan tidak akan berputik secara solo. Bunganya akan berkembang pada seawal 9 pagi dan boleh melebar sehingga sembilan inci iaitu kira-kira 0.2 meter. Ia akan menguncup pada waktu petang mengikut terik matahari dan berkembang sebelum kelopaknya gugur dalam tempoh tiga hingga empat hari. Selain itu, seroja juga menghasilkan buah berbentuk kon. Buah ini mempunyai biji yang terletak di dalam lubang-lubang di mana biji-biji ini seakan-akan kacang serta boleh dimakan. Selain itu, tumbuhan seroja ini juga merupakan tumbuhan perenial akuatik atau tahan lama iaitu ia akan hidup selama lebih daripada dua tahun. Ia akan berbunga sekali setahun iaitu pada bulan Julai hingga Ogos. Tumbuhan ini adalah tumbuhan hermafrodit iaitu mempunyai9

kedua-dua organ pembiakan bagi jantan dan betina. Kaedah pembiakannya adalah dengan membebaskan biji benih yang telah matang oleh buah apabila ia membongkok ke dalam air. Selain itu, biji benih yang telah matang bagi tumbuhan ini juga akan disebarkan oleh serangga untuk tujuan pembiakan. Menurut kajian pakar penyelidik, seroja mempunyai kebolehan yang luar biasa di mana ia boleh mengawal suhu bunganya pada julat yang kecil sebagaimana manusia dan haiwan berdarah panas yang lain. Kajian Dr. Roger S. Seymour and Dr. Paul Schultze-Motel (1997), ahli fisiologi Universiti Adelaide, Australia telah melakukan penemuan di mana bunga seroja yang mekar di Taman Botani Adelaide kekal pada suhu sekitar 30 hingga 35 C walaupun suhu udara menurun sehingga 10C. Mereka beranggapan bahawa bunga tumbuhan ini berkemungkinan melakukannya untuk menarik perhatian serangga pendebunga yang berdarah sejuk. Kajian saintifik ini telah diterbitkan dalam Jurnal Nature di mana ia merupakan penemuan kajian terbaru dalam bidang tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan haba. Dua spesies lain yang dapat dikenal pasti boleh mengawal suhu mereka adalah Symplocarpus foetidus dan Philodendron selloum. Tumbuhan seroja tradisional adalah berhubungan jauh dengan Nymphaea caerulea dan mengandungi bahan kimia yang sama. Kedua-dua spesies Nymphaea caerulea and Nelumbo nucifera ini mengandungi alkaloid nusiferin dan aforfin.

10

KEPENTINGAN EKONOMI Positif Seroja (Nelumbo nucifera) telah lama dikenali dan digunakan oleh masyarakat Mesir, Timur Tengah, India, dan China. Seroja dijadikan sebagai sumber makanan dan turut membantu dalam sistem penghadaman serta masalah yang berkaitan dengan pendarahan. Pelbagai bahagian seroja seperti bunga, biji, daun, dan rizom boleh dimakan. Di Asia, kelopak bunga digunakan sebagai pembalut makanan. Nelumbo nucifera mempunyai banyak manfaat serta kegunaan kepada manusia mahupun haiwan. Seroja yang secara kasarnya hidup di permukaan air, menjadi sumber makanan kepada hidupan di air seperti ikan. Selain itu, tumbuhan ini juga mampu menjadi tempat persembunyian bagi spesies ikan dan serangga serta secara tidak langsung menjadi tempat perlindungan kepada spesies hidupan air. Substrat yang terhasil pada tumbuhan ini juga adalah aset yang sangat penting untuk pergabungan dan perlekatan kepada organisma seperti alga epifit dan haiwan melekap. Seroja memerlukan sumber bukan organik daripada air dan sedimen yang dihuni, namun terdapat sebatian penting yang mampu seroja sumbangkan kepada ekonomi tasik. Di samping itu, seroja juga bertanggungjawab dalam memerangkap dan menstabilkan sedimen di dasar tasik selain membantu dalam membaiki kejernihan air. Selain itu, seroja juga menjadi pilihan alternatif kepada masyarakat dunia umumnya manusia. Manusia juga turut menjadikan seroja sebagai sumber makanan. Buktinya, pada zaman Mesir kuno, seroja telah ditemui hidup dan tumbuh di pinggiran sungai Nil. Pelbagai khasiat tersendiri ada pada seroja di setiap bahagian daun, bunga, rizom, dan bijinya. Di bahagian timur, masyarakat Jepun dan China telah mengamalkan pemakanan ubi seroja sebagai sup malah boleh diamalkan mengikut cita rasa tersendiri sama ada mahu digoreng, diperap masam, dan sebagainya. Kandungan yang ada pada biji seroja sangat berkhasiat kerana pati yang ada dalam biji tersebut mampu memelihara kesihatan jantung, menguatkan ginjal serta limpa. Kandungan tersebut merangkumi protein, lemak, karbohidrat, kalsium dan fosforus. Masalah-masalah seperti kesukaran untuk tidur, lesu tidak bermaya, gangguan penyerapan makanan, merasa sakit ketika membuang air dapat diatasi dengan pati yang wujud pada biji seroja. Kanser nasofarinks dapat dirawat dengan menggunakan pati biji seroja. Nasofarinks adalah penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan. Kuih bulan yang popular dalam masyarakat cina turut menggunakan unsur seroja. Biji seroja tersebut dijadikan tepung bagi menghasilkan isi kuih bulan. Kebiasaannya, kuih bulan ini digemari ketika Festival Kek Bulan. Di negara China juga, biji seroja turut dijadikan sebagai minuman dalam menggantikan teh. Biji yang digunakan selalunya adalah yang masih muda. Bahagian tangkai seroja mampu dijadikan sebagai ubat. Masalah penyakit seperti strok, pengsan, muntah, dan keputihan dapat diatasi dengan penggunaan tangkai seroja. Khasiat lain pada bahagian rizom seroja adalah pada sudut meredakan kepanasan suhu badan. Rizom ini juga mampu menambah selera, menguatkan limpa, menambah darah, dan menguatkan otot.11

Permasalahan yang sering timbul dalam kalangan lelaki adalah ejakulasi pramatang. Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan bunga seroja. Bunga seroja juga digunakan untuk mencegah jangkitan bakteria pada permukaan kulit.

Negatif Nelumbo nucifera juga membawa kesan yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi. Tumbuhan ini merupakan salah satu kategori rumpai. Kehadiran tumbuhan ini secara banyak mampu menghalang pelbagai aktiviti manusia atau hidupan lain. Walaupun tumbuhan ini terkenal dengan pelbagai khasiat dalam mengubati penyakit, namun, jumlah penggunaan tumbuhan ini harus dikawal. Sekiranya terdapat lebihan dos dalam pengambilannya, ianya boleh menyebabkan beberapa kesan yang negatif seperti alergi. Seroja juga mampu menyumbang kepada wujudnya pelbagai jenis penyakit. Kewujudan penyakit ini adalah berpunca dari persekitaran serta habitat yang kondusif kepada penularan penyakit tersebut. Hal ini memberi laluan mudah kepada sesuatu vektor pembawa penyakit untuk terus hidup dengan selamat. Vektor tersebut antaranya adalah siput dan nyamuk. Pertumbuhan seroja pada permukaan air menyukarkan pergerakan sampan dan bot nelayan yang merentasi tasik. Tumbuhan timbul ini turut menghalang aktiviti riadah seperti berenang dan juga memancing. Persekitaran yang dipenuhi seroja mampu mengurangkan paras air dalam sesebuah tasik akibat daripada kadar penyejatan yang tinggi serta proses transpirasi yang pantas. Apabila diteliti secara telus, perbelanjaan yang tinggi sangat diperlukan dalam menangani tumbuhan ini.

12

RUJUKAN 1. Ahmad Anwar Ismail. 1986. Nelumbo nucifera [article]. Kuala Lumpur: MARDI. 2. Ahmad Ismail & Asmida Ismail. 2008. Ekologi Air Tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Christopher, Cook D.K., Gut B.J., Rix E.M. & Marta Seitz. 1974. Water plants of the world: a manual for the identification of the genera of freshwater macrophytes. The Hague: W. Junk 4. Cronk J.K. & Fennessy M.S. 2001. Wetland plants: biology and ecology. Florida: Lewis. 5. Ridley Henry Nicholas. 1855-1956. The flora of the Malay Peninsular. London: L. Reeve and Co. 6. Whigham D.F., Dykyjova D. & Hejny S. 1992. Wetlands of the world inventory, ecology and management. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers. 7. Perry F. 2003. Aquatic plants: Nelumbo nucifera. http://en.wikipedia.org/wiki/Nelumbo_nucifera [8 Mac 2012] 8. Crane K. 2007. Sacred Lotus- Nelumbo nucifera. http://www.tropilab.com/nelum.html [7 Mac 2012] 9. Gaertn J. 2005. Sacred Water Lotus. http://www.pfaf.org/user/Plant.aspx?LatinName=Nelumbo+nucifera [3 Mac 2012] 10. David E.L. 2001. Organic Sacred Lotus. http://tryptamind.com/nelumbo_nucifera.html. [2 Mac 2012]

13