Nilai Murni Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

DADA

Citation preview

BAB 7 NILAI MURNI GURU

BAB 7NILAI MURNI GURU PENGENALAN

Nilai murni didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, adab dan tatasusila individu dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Dalam bidang pendidikan, penerapan nilai murni diberi penekanan secara rasmi melalui Laporan KabinetNilai murni merangkumi semua nilai baik yang diterima oleh masyarakat dan ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan agama yang menjadi pegangan untuk setiap individu.

Nilai murni merangkumi nilai moral dan nilai bukan moral (seperti ekonomi dan politik)KONSEP NILAI

Nilai adalah sesuatu yang kompleks. Ianya merangkumi semua perkara yang patut, betul, sempurna, disukai dan diterima oleh agama dan masyarakat di dalam sesebuah negara.Nilai merupakan perkara yang subjektif yakni sesuatu yang tidak boleh diukur, tetapi menjadi pegangan kepada kelompok masyarakat sama ada nilai itu dikatakan baik atau burukNilai terhasil daripada keinginan individu untuk mendapatkan sesuatu yang baik untuk dirinya dan tidak bertentangan dengan kehendak dan keinginan masyarakat. Nilai berkaitrapat dengan peraturan yang patut, wajar, mesti dilalui dan dilakukan untuk mencapai matlamat yang diinginkan.Nilai tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan manusia. Hal ini berlaku kerana nilai merupakan tenaga pendorong bagi membentuk kelompok yang dipandang tinggi dan disanjungi.Nilai juga dikaitkan dengan aspek afektif atau perasaan. Individu itu dikatakan baik, bagus, berbudi pekerti kerana tindakannya dilihat bersesuaian dengan perasaan orang lain iaitu tidak menimbulkan kemarahan, rasa tidak selesa dan kecil hati.Nilai murni boleh dipecahkan kepada beberapa kelas mengikut kumpulan, keperluan kepada manusia dan hubungan antara nilai. Keadaan ini wujud kerana perbezaan kumpulan atau kelompok memberi kesan kepada nilai. Nilai seseorang individu bermula daripada nilai yang diterapkan dalam institusi keluarga. Nilai keluarga merupakan kumpulan besar jika dibandingkan dengan nilai peribadi.Dalam kehidupan, nilai sangat dititikberatkan kerana setiap nilai mempunyai makna yang tersendiri. Antaranya, nilai kebendaan, ekonomi, moral, sosial, politik, estetika, agama, intelek, profesional, sentimental (kasih sayang). Dalam melihat nilai dalam diri seseorang individu, setiap nilai mempunyai hubungan dengan nilai yang lain.Konsep nilai murni meliputi semua perkara yang baik, wajar, dan patut dilakukan oleh setiap individu. Sebagai seorang guru, nilai murni yang unggul mesti ditanam dan diamalkan di dalam kehidupan bagi menjamin pembentukan sahsiah diri pelajar dapat dibina dengan cemerlang dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai masyarakatPERUBAHAN NILAI

Nilai boleh berubah daripada satu generasi kepada generasi.Perubahan nilai berlaku melalui perkembangan pengetahuan dan perubahan maklumat yang mempengaruhi individu, kumpulan, masyarakat dan persekitaran.Perubahan ideologi juga menyebab nilai patriotism menjadi lemah tidak seperti di zaman penjajahan Jepun, British dan Bintang Tiga. Perubahan terhadap situasi politik menyebabkan masyarakat bosan dan menganggap politik kotor dan tidak mempunyai nilai-nilai murniDalam konteks pendidikan, guru perlulah mengadaptasikan nilai-nilai murni bersesuaian dengan perubahan semasa.Nescaya guru tersebut disenangi dan menjadi teladan kepada guru-guru lain dan juga murid-murid disekolah, serta ibu bapa dan masyarakat sekitarnyaNILAI-NILAI MURNI SEJAGAT

Setiap kelompok masyarakat mempunyai nilai yang menjadi pegangan dan asas kehidupan mereka. Kepercayaan dan pegangan nilai ini pada asasnya adalah sama pada setiap bangsa, agama dan warna kulit kerana ia membawa kebaikan untuk semua. Pegangan nilai yang sama yang tidak mengenal bangsa, agama dan warna kulit serta sempadan negara ini disebut sebagai nilai-nilai murni sejagatKEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI SEJAGAT

Nilai-nilai murni sejagat yang menjadi pegangan dan amalan masyarakat seluruh dunia seperti menghormati orang lain, penerimaan, dan keselamatan telah menyumbang kepada keamanan dan keharmonian. Tanpa adanya nilai murni yang sejagat, rasuah, perjudian, rompakan, masalah sosial, jenayah kolar putih dan sifat kebendaan akan berleluasa.Dengan adanya nilai sejagat yang dipersetujui bersama, maka garis panduan untuk bertingkah laku akan diperoleh. Dalam konteks Malaysia, nilai murni ditekankan dan difahami mengikut rumpun bangsa masing-masing. Nilai-nilai tradisional Melayu luar bandar masih kukuh dipertahankan. Mengikut Miller (1965) Orang Melayu merupakan masyarakat yang paling bersopan dalam dunia. Enam Belas Nilai SejagatPENDEKATAN NILAI BITARA Apa Itu Nilai Bitara? Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan enam nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajar UPSI

ENAM NILAI BITARA

NILAI BITARA INTEGRITIIntegriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten. Nilai Bitara UPSI 1: IntegritiNILAI BITARA PROFESIONALProfesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini bermaksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Guru juga harus memahirkan diri dengan teknik pengajaran berkesanNilai Bitara UPSI 2.Profesional

NILAI BITARA SEMANGAT BERPASUKANSemangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lainNilai Bitara UPSI 3.Semangat Berpasukan

NILAI BITARA BERORIENTASIKAN PELANGGANSeorang pelajar universiti dan bakal guru yang akan mendidik anak bangsa perlu menyedari bahawa guru merupakan aset yang sangat bernilai kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Setiap perkhidmatan yang diberikan perlulah sentiasa berorientasikan kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan siapa guru akan berjumpa atau berhadapan.Nilai Bitara UPSI 4.Berorientasikan Pelanggan

NILAI BITARA PRIHATIAN KEBAJIKAN ANGGOTAPrihatin kebajikan anggota merupakan satu eleman penting di dalam tugas sebagai seorang guru. Ia membawa maksud mengambil berat tentang orang lain yang berada di sekitar kita. Seseorang guru itu perlu mengambil berat tentang murid-muridnya, rakan sejawat dan hal-hal yang berkaitan dengan sekolahnya.Nilai Bitara UPSI 5.Prihatin Kebajikan Anggota

NILAI BITARA KREATIF DAN INOVATIFKreatif dimaksudkan dengan kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli serta berkebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam suatu kaedah, sistem, adat dan sebagainya. Manakala inovatif pula bermaksud keupayaan seseorang membuat perubahan, menambah nilai, meningkatkan penggunaan dan keboleh pasaran sesuatu idea yang telah ada kepada yang lebih baik dan bermutu.Nilai Bitara UPSI 6.Kreatif Dan Inovatif

NILAI MURNI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPendidikan telah menggariskan nilai-nilai yang mesti didokong semua warega pendidik di Malaysia. Nilai ini perlu disemai, dipupuk dan diamalkan bagi menjamin profesion perguruan sentiasa dipandang tinggi.NILAI MURNI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NILAI ETIKA KERJA KPM

RUMUSANNilai murni merupakan nilai yang sangat signifikan terutamanya kepada para guru. Tindakan dan perlakuan yang dinilai sebagai baik merupakan nilai yang boleh diterima oleh masyarakat, tidak bercanggah dengan etika perguruan yang digariskan serta tidak bertentangan dengan ajaran agama. Oleh itu, para guru seharusnya mengamalkan semua nilai yang sejajar dengan jangkaan masyarakat, etika perguruan, kemahiran insaniah digariskan serta lunas agama