8
PENULISAN AKADEMIK KONSEP KEIBUBAPAAN DAN CARA UNTUK MEWUJUDKAN HUBUNGAN MESRA DAN KERJASAMA YANG ERAT DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak- anak mereka. Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-anak di bawah jagaan mereka. Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep ‘melentur buluh biar dari rebungnya‘ perlu diberi penekanan . Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan. Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan yang

no 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jjokkj

Citation preview

Page 1: no 3

PENULISAN AKADEMIK

KONSEP KEIBUBAPAAN DAN CARA UNTUK MEWUJUDKAN HUBUNGAN MESRA

DAN KERJASAMA YANG ERAT DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka.

Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong

perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif

dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran

spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-anak di bawah

jagaan mereka.

Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat penting

dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang

dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat

penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Selain

daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha

mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep ‘melentur buluh biar

dari rebungnya‘ perlu diberi penekanan . Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu

menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan.

Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu

bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran

keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang

mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan yang berkesan dan

telah mencadangkan latihan dalam kemahiran keibubapaan untuk para ibu bapa.

Banyak keluarga hendak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka.

Ahli profesional pendidikan awal kanak-kanak mengakui nilai dan kepentingan

mewujudkan kerjasama berkesan dan bermakna dengan ibu bapa dan keluarga.

Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada

konteks. Epstein mencadangkan 6 jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein

menghuraikan kerjasama yang perlu wujud di antara pihak sekolah, keluarga dan

masyarakat. Jenis penglibatan tersebut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan

suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesional

pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein

Page 2: no 3

merupakan keibubapaan, komunikasi, kesukarelawan, pembelajaran di rumah dan

membuat keputusan. Yang berikut merupakan sedikit sebanyak penerangan yang

ringkas bagi 6 jenis penglibatan ibubapa.

Bagi keibubapaan, pihak prasekolah membantu keluarga menguasai kemahiran

keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya kemahiran

keibubapaan, ibu bapa akan bertambah mahir dalam mengasuh dan mendidik anak –

anak mereka. Selain itu, mereka akan dapat memahami perkembangan anak – anak

mereka bukan sahaja dari segi perkembangan fizikal tetapi juga dalam perkembangan

mental dan dipercayai bahawa ibu bapa akan bertindak mengikut perkembangan anak –

anak mereka dengan meningkatkan lagi kelebihan anak – anak mereka dan membaiki

kelemahan dalam diri anak – anak mereka.

Bagi komunikasi pula, pihak sekolah mengamalkan pelbagai cara komunikasi

yang berkesan di antara sekolah dan keluarga. Dengan adanya komunikasi secara

formal ataupun tidak formal, para ibu bapa boleh menukarkan idea masing – masing

kepada guru dan dapat memperoleh nasihat – nasihat daripada guru untuk

meningkatkan lagi kecemerlangan anak – anak mereka. Tambahan pula,

sememangnya, komunikasi dapat mengeratkan hubungan antara dua pihak dan mereka

dapat saling memahami dan hubungan akan bertambah mesra selepas berkomunikasi.

Kalau dilihat dari sudut kesukarelawan, pihak prasekolah boleh menggalakkan

keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai cara. Dalam proses berkhidmat

secara sukarela, silaturahim antara pihak prasekolah dengan ibubapa dapat dieratkan.

Kemesraan antara dua pihak boleh dibina sepanjang proses tugasan sukarela sedang

dijalankan.

Jenis penglibatan ibubapa yang seterusnya merupakan pembelajaran di rumah

dimana ia melibatkan keluarga yang menyokong aktiviti pembelajaran di rumah. Apabila

kanak – kanak mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah, tetapi, kalau mereka tidak

mengulangkajinya di rumah, maka, lama kelamaan mereka akan melupakan ilmu

tersebut. Dengan itu, keluarga yang menyokong aktiviti pembelajaran di rumah dapat

meningkatkan penguasaan kanak – kanak terhadap sesuatu pengetahuan dengan amat

berkesan. Kanak – kanak boleh memahami sesuatu pengetahuan dengan lebih

mendalam dan harap – harap asuhan tambahan aktiviti pembelajaran di rumah dapat

meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran kanak – kanak.

Page 3: no 3

Jenis penglibatan ibubapa yang seterusnya merupakan membuat keputusan

bersama keluarga dalam pengurusan prasekolah dan organisasi berkaitan. Hal ini amat

penting kerana dengan adanya permuafakatan daripada pelbagai pihak, ia akan

melicinkan lagi proses pengurusan sekolah dan ia dapat memenuhi kehendak pelbagai

pihak. Sesuatu hasil perbincangan yang dibina oleh pihak prasekolah dan ibubapa pasti

akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk kanak – kanak.

Jenis penglibatan ibubapa yang terakhir merupakan kolaborasi dengan

masyarakat dengan menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.

Perkhidmatan masyarakat dapat mengeratkan silaturahim pihak pengurusan prasekolah

dengan ibu bapa semasa dalam proses pelaksanaan sesuatu aktiviti komuniti atau

perkhidmatan yang diberi. Selain itu, komuniti masyarakat juga boleh menyumbang

kepada penambahbaikan dan pertingkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran

prasekolah.

Proses keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran

keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait dengan

kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama.

. Soalnya, apakah cara – caranya untuk mewujudkan hubungan mesra dan

kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti?

Cara yang pertama merupakan aktiviti gotong royong bersama komuniti dan

ibubapa. Aktiviti gotong royong boleh dilaksanakan dua kali setahun supaya para ibu

bapa boleh melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Aktiviti gotong royong dapat

mengeratkan hubungan guru dan ibubapa serta komuniti masyarakat dengan menjadi

lebih erat dengan adanya komunikasi yang berlaku dan semangat tolong menolong dan

saling memahami apabila aktiviti gotong royong sedang dijalankan. Guru sedikit

sebanyak dapat memahami latar belakang seseorang pelajar secara lebih mendalam

melalui proses pelaksanaan gotong royong. Penukaran idea – idea dan pemikiran dapat

berlaku sepanjang aktiviti gotong royong. Selain mengeratkan hubungan antara guru

dengan ibubapa, aktiviti gotong royong juga boleh mengeratkan lagi hubungan yang

mesra antara ibubapa – ibubapa para pelajar. Ibu bapa boleh menukar idea tentang

cara meningkatkan lagi kecemerlangan anak – anak dan bagaimana cara untuk

menjadikan proses pembelajaran anak – anak mereka menjadi lebih berkesan dan

Page 4: no 3

bermakna. Selain itu, gotong royong dapat mengelakkan perpaduan antara pelbagai

kaum dengan adanya penglibatan ibu bapa atau komuniti yang terdiri daripada kaum –

kaum lain. Dalam proses bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugasan,

silaturahim antara pelbagai kaum dapat dieratkan dan mereka juga akan saling

memahami dari segi agama, budaya dan adat resam sepanjang aktiviti gotong royong

dijalankan. Dengan itu, ia bukan sahaja dapat mengalakkan perpaduan tetapi juga dapat

meningkatkan dan melahirkan hubungan mesra antara pihak prasekolah, ibu bapa dan

juga komuniti.

Cara yang kedua merupakan karnival sukan. Pihak prasekolah boleh melibatkan

para ibu bapa dalam proses perancangan. Semua pihak akan menyumbang idea untuk

menyediakan kertas kerja yang dapat menepati kehendak semua. Kesemua kehendak

ini dapat memberi makna yang begitu mendalam dan berkesan kepada pelajar – pelajar

prasekolah. Dengan adanya perbincangan dalam penyediaan pelaksanaan karnival

sukan, hubungan mesra antara ibu bapa dengan guru dapat dieratkan dengan

berkesannya dengan bermesyuarat berkali – kali, bertoleransi dalam memberikan

pandangan dan menerima padangan serta berkongsi satu matlamat iaitu menjayakan

karnival sukan ini. Selain itu, dalam karnival sukan, boleh melibatkan komuniti seperti

mencari tajaan daripada komuniti – komuniti untuk menajakan karnival sukan ini seperti

menaja air mineral, 100 plus, makanan, hadiah dan sebagainya. Sehubungan itu, bukan

sahaja ibu bapa yang memberi tenaga untuk menjayakan karnival sukan ini, tetapi,

komuniti juga mencuba sedaya upaya untuk sama – sama menyumbangkan tenaga

menjayakannya. Dengan ini, hubungan yang mesra antara ibu bapa dan komuniti dapat

dipupuk dengan berkesan. Selain itu, dalam penyediaan karnival sukan, pihak

prasekolah, ibu bapa dan komuniti boleh bekerjasama untuk mendiri khemah dan dalam

proses bekerja bersama, amat yakin bahawa silaturahim antara pihak prasekolah, ibu

bapa dan komuniti dapat dieratkan dan akan melahirkan hubungan yang mesra antara

semua pihak. Tambahan pula, pihak sekolah boleh menjemput prasekolah – prasekolah

lain untuk melibatkan diri dalam cara sukan di karnival sukan dan komuniti – komuniti

luar adalah dijemput untuk menyaksikan perjalanan karnival sukan. Ini dipercayai dapat

mengeratkan hubungan yang mesra antara semua pihak dengan berkesan. Apabila

karnival sukan sedang dijalankan, para ibu bapa boleh menolong pihak sekolah untuk

mengelolakan karnival sukan dan pihak komuniti boleh juga menolong dari segi

pertolongan cemas, pengawalan keselamatan dan sebagainya. Dengan itu, sudah

Page 5: no 3

terang lagi bersuluh, karnival sukan dapat mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama

yang erat dengan ibu bapa dan komuniti dengan berkesan.

Cara yang seterusnya merupakan meraikan harijadi bagi setiap bulan atau

meraikan hari kanak – kanak atau hari kasih ibu bapa dengan melibatkan para ibu bapa.

Cara ini dapat mewujudkan hubungan yang mesra antara ibu bapa dengan berkesan.

Hal ini demikian kerana, dengan adanya penglibatan ibu bapa dalam penyediaan majlis

– majlis, silaturahim antara ibu bapa dan pihak sekolah akan dapat dieratkan dengan

amat berkesan. Ibu bapa akan saling menyumbang idea dan bertukar – tukar fikiran

untuk menyediakan satu majlis hari jadi, hari kanak – kanak atau hari kasih ibu bapa

yang sempurna dan bermakna kepada semua. Selain itu, dalam proses pelaksanaan

pula, ikatan antara para ibu bapa dapat menjadi amat erat apabila dengan hasrat yang

sama untuk menjayakan majlis – majlis tersebut. Sikap bekerjasama dan bertoleransi

serta bertolak ansur akan dapat diserlahkan dalam pelaksanaan majlis tersebut.

Tambahan pula, bagi majlis yang besar – besaran seperti hari kanak – kanak atau hari

kasih ibu bapa, pihak prasekolah boleh juga menjemput orang awam untuk melibatkan

diri dalam aktiviti – aktiviti yang disediakan dalam majlis – majlis tersebut. Pihak

prasekolah, ibubapa – ibubapa dan orang awam yang hadir ke majlis – majlis itu akan

kenal – mengenali dan secara langsung, hubungan yang mesra antara pihak

prasekolah, ibu bapa dan komuniti dapat diwujudkan dengan begitu mudah sahaja.

Cara yang seterusnya merupakan menganjurkan pertandingan yang melibatkan

anak dengan ibu bapa, guru dengan ibu bapa, orang awam dengan ibu bapa atau

antara prasekolah dengan prasekolah. Banyak pertandingan boleh dianjurkan. Sebagai

contoh, pertandingan memasak, pertandingan bola sepak, pertandingan menghasilkan

wau atau sebagainya.

-teknologi (fb emel whatsapp)

-kem perkemahan (alam sekitar)

-mesyuarat ibubapa guru (akadmik, sukan apa yg harus dipertingkatkan)

-secara sukarela membuat bbm, mengecat, membina taman permainan