19
UNIT 3.4 MUTASI

Nota 140415

Embed Size (px)

DESCRIPTION

as

Citation preview

UNIT 3.4 MUTASI

UNIT 3.4 MUTASISoalanApakah ciri-ciri persamaan pada watak-watak ini?Apakah proses yang telah menyebabkan watak-watak ini menjadi Superhero ?

Mereka ialah Superhero yang mempunyai kuasa ajaib atau luar biasa.Mutasi/Perubahan gen.

Sebelum bermulaPilih seorang ketua dalam kumpulan semeja anda. Berbincang dengan rakan-rakan di sebelah, buatkan hipotesis kepada soalan-soalan berikut:i) Apakah maksud mutasi?ii) Apakah faktor kepada mutasi?

Hasil PembelajaranPada akhir pembelajaran, anda perlu memahami:i) Maksud mutasiii) Jenis mutasi dan contoh mutasiiii) Faktor yang menyebabkan mutasiiv) Kesan mutasi kebaikan dan keburukan

Apakah maksud mutasi?Perubahan yang berlaku secara spontan kepada kandungan genetikMenyebabkan perubahan sifat pada anak.

Jenis & Contoh MutasiMutasi Gen Buta warnaGangguan baka yang dikawal oleh gen resesif pada kromosom X.Tidak boleh membezakan warna seperti merah dan hijau.

Ujian Buta Warnahttp://colorvisiontesting.com/ishihara.htm

Mutasi Gen - AlbinismeGangguan baka yang disebabkan oleh perubahan dalam gen yang mengawal warna kulit.Kulit dan rambut berwarna putih.

Mutasi Gen - TalasemiaSejenis gangguan yang melibatkan pewarisan sel darah merah.Berpunca daripada ketaknormalan genetik yang menyebabkan anemia kronik pada lelaki dan perempuan.Pembawa mempunyai gen globin resesif yang tidak normal.Perkahwinan dielakkan dalam kalangan pembawa untuk menghalang pewarisan ini.

Mutasi Gen - HemofiliaSekumpulan gangguan genetik kebakaan yang mengurangkan kebolehan badan untuk mengawal pembekuan darah atau penggumpalan.Tidak berkeupayaan untuk menghentikan perdarahan apabila pembuluh darah pecah.

Mutasi kromosom Sindrom DownGangguan baka yang disebabkan kehadiran satu kromosom tambahan pada pasangan kromosom ke 21.Berlaku apabila pemisahan kromosom tidak lengkap semasa meiosis, menyebabkan ovum yang dihasilkan mempunyai 24 kromosom.Semasa persenyawaan, bayi mempunyai 47 kromosom.Sindrom: mata sepet, jari pendek, kerencatan akal, keimunan rendah terhadap jangkitan penyakit.

Mutasi kromosom Sindrom KlinefelterGangguan baka yang berlaku pada lelaki, disebabkan tambahan satu kromosom X.Kromosom seks adalah XXY.Lelaki ini tidak dapat menghasilkan sperma dan menunjukkan ciri-ciri perempuan.

Mutasi kromosom Sindrom TurnerGangguan baka pada perempuan akibat kekurangan satu kromosom seks.Kromosom seks adalah XO, bukan gabungan normal XX.Ciri-ciri: tidak mengalami kitar haid, kekurangan ciri seks sekunder perempuan, mandul

Tugasan kumpulan!!!Daripada sumber maklumat yang dibekalkan, carikan isi-isi penting tentang KESAN MUTASI (Kebaikan / Keburukan), dan lukis satu peta minda mengikut kreativiti anda! (i-THINK)Reka ciptakan satu watak yang mempunyai kuasa ajaib yang memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui proses mutasi. Jelaskan kuasa ajaib serta kegunaannya.Contoh: Spiderman Boleh pergi ke mana-mana dengan serta-merta melalui jaring labah. Dapat selamatkan orang.

RUMUSAN