Nota Induksi - Perintah Am Bab F

Embed Size (px)

Citation preview

  • PERINTAH AM BAB F(PERUBATAN)

  • TAFSIRANDoktor prevet(swasta) seseorang doktor perubatan/pergigian berdaftar tetapi tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

    Keluarga Pegawai bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak yang ditanggung sepenuhnya di bawah 18 tahun, jika bersekolah di bawah 21 tahun. Walau bagaimanapun anak-anak daif disebabkan kelemahan otak had umur tidak dikira. Anak termasuk juga anak tiri dan anak angkat yang diambil secara sah. Balu juga dikira sebagai keluarga ini selagi tidak berkahwin semula

  • Panel doktor doktor swasta yang dilantik oleh sesebuah syarikat/organisasi- untuk keluarkan sijil cuti sakit

  • RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI PEGAWAI Rawatan Percuma di Hospital/Klinik Pesakit LuarPegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau pergigian secara percuma yang ada pada kerajaan termasuk alat-alat ortoprdik dan anggota palsu (kecuali gigi palsu). Jika tiada dalam stor ubat kerajaan hendaklah dibeli.

  • Rawatan di Hospital Berhampiran Pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka di hospital atau klinik kerajaan yang berhampiran dengan stesen mereka. Sekiranya pegawai perubatan mengesahkan bahawa pegawai dan keluarganya perlu mendapatkan rawatan di tempat lain maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun seperti dalam perintah Am Bab B (tugas rasmi), tetapi sekiranya pegawai tersebut tidak mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan, maka elaun tersebut tidak boleh dituntut.

  • Rawatan Prevet Bayar SendiriSeseorang pegawai yang mendapatkan rawatan dari seorang doktor prevet akan menanggung segala kos tersebut termasuk juga kos rundingan

  • Pegawai Perlu Mendapatkan Sijil SakitPegawai yang jatuh sakit dan tidak boleh hadir ke pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai perubatan atau panel doktor dan menghantarkan dengan segeraSijil tersebut kepada Ketua Jabatan dengan segera

  • Rawatan di Luar NegeriApabila seorang pegawai atau keluarganya disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas yang tidak diperolehi di Malaysia dengan perakuan darpada Ketua Pengarah Kesihatan, maka ianya dibenarkan mendapat rawatan di luar negara dengan perbelanjaan kerajaan termasuklah perbelanjaan seorang pengiring.

  • Kemudahan Rawatan Perubatan Bagi Ibubapa/PesaraMendapatkan rawatan perubatan bagi ibu bapa yang sahPerlu mendapatkan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai dan dikemukakan kepada hospital apabila ingin mendapatkan rawatan.

  • Kemudahan yang Sama Bagi Pesara/KeluargaSeseorang pesara atau keluarganya akan berkelayakan mendapatakan kemudahan rawatan dan perubatan seperti seorang pegawai kerajaan. Kelayakan seorang pesara atau keluarganya yang dimasukkan ke dalam wad mengikut kelayakan akhir pesara sebelu bersara. Bagai pesara yang menerima pencen tidak melebihi RM180.00 sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad untuk diri dan keluargana.

  • Kemudahan Rawatan untuk Keluarga Pegawai Selepas Kematian Mana-mana keluarga seseorang pegawai(yang memilih pencen) berkelayakan menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu (tidak kira samada semasa berkhidmat atau bersara). Kelayakan wad dibayar mengikut kelayakan pegawai semasa masih hidup

  • LEMBAGA PERUBATANAhli-Ahli Lembaga PerubatanSesebuah Lembaga Perubatan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka ialah ahli di dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut.

  • Bila Lembaga boleh DipanggilApabila seseorang pegawai masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanyaApabila seseorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi untuk bertugasApaila tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih

  • Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragu-ragukanApabila pegawai telah tercedera semasa bertugasApabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barahApabila pegawai atau keluarganya diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di dalam negeri

  • LAPORAN LEMBAGALaporan mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus kepada Ketua Jabatan atau kuasa tertentu yang telah memohon dijalankan pemeriksaan tersebut.

  • BAYARAN DAN PERATURAN WADPegawai dan keluarga mereka dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke dalam wad mengikut kelayakan masing-masing, melainkan bagi penyakit tibi, kusta dan barah adalah percuma.Seseorang pegawai yang jatuh sakit atau menerima kecederaan semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabat akan dikecualikan daripada membayar wad apabila terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya.

  • Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad kelas yang sama seperti pegawai tersebut.Seseorang pegawai dan keluarganya boleh dimasukkan ke wad yang lebih tinggi daripada kelayakannya dan bayaran akan dikenakanSetiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dikehendaki mengemukakan satu surat dariada Ketua Jabatannya yang menegsahkan butir-butir peribadi pegawai dan kebenaran memotong gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital.

  • Kelayakan dan Kadar Bayaran di Hospital kerajaanGred Kelas Wad Bayaran SehariGred Khas dan ke atasBergaji RM3,138.00 ke atas Kelas 1 bilik seorang RM10.00

    Kategori III bergaji RM3,137Dan ke bawah hingga kategori VI Kelas 1 bilik berdua RM8.00

    Kategori VII hingga VIII Kelas 1 bilik bertiga RM6.00

    Kategori IX hingga XI Kelas Dua RM3.00

    Kelas Tiga Percuma

  • Pelbagai

    Seseorang calon yang telah berjaya mendapat jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan dan dikehendaki diperiksa kesihatannya sebelum boleh memegang jawatan tersebut, akan diperiksa kesihatannya dengan percuma di mana-mana hospitalSeseorang pegawai yang dipilih untuk mana-mana kursus yang diluluskan oleh kerajaan akan diperiksa kesihatannya dengan percuma apabila disyaratkan oleh Universiti, Yayasan, Penganjur atau Negeri tempat berkursus.

  • Rawatan di Klinik Panel KUIMPihak Pengurusan KUIM telah bersetuju menaikan kadar bayaran untuk rawatan perubatan di klinik panel daripada RM30.00 kepada RM40.00 untuk sekali rawatan. Manakala lebihan bayaran hendaklah dibayar oleh pegawai itu sendiri.

    Ibu bapa pegawai tidak ditanggung oleh Universiti sekiranya mendapatkan rawatan di klinik panel. Semua kos ditanggung oleh pegawai itu sendiri

  • Rawatan PergigianPihak Pengurusan Universiti telah bersetuju menaikan kadar bayaran rawatan pergigian daripada RM150.00 kepada RM200.00 untuk pegawai dan keluarga (Isteri dan anak) bagi setahun.Rawatan pergigian boleh di buat di mana-mana klinik gigi.

  • SEKIAN TERIMA KASIH