Nota Pentaksiran Psv

Embed Size (px)

DESCRIPTION

abcd

Citation preview

Rajah 1: Ciri-ciri pentaksiran yang baik

Menurut Naapie Mat (2006), kesahan merupakan satu konsep pengukuran yang merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat kebolehan dan keupayaan calon-calon yang diuji. Merujuk kepada manual am pentadbiran instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia, Kesahan ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Oleh yang demikian item-item yang dikemukakan hendaklah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian itu beberapa kali. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian. Antaranya ialah keadaan emosi, tempat ujian, suasana persekitaran dan kesihatan. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi calon memberi jawapan yang berlainan. Kebolehpercayaan skor sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Dengan ini, calon benar-benar dapat diuji dengan cara yang boleh dipercayai.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon. Sesuatu ujian dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi sekiranya pemeriksa memberi markah skim pemarkahan yang ditentukan. Dengan kata lain ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi adalah ujian yang mempunyai skema pemarkahan yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipengaruhi oleh emosi pemeriksa. Ini bermaksud skrip jawapan yang sama akan menunjukkan markah yang sama walaupun diperiksa oleh beberapa orang pemeriksa.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakann di dalam bilik atau dewan peperiksaan. Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek penyediaan bilik peperiksaan, masa yang singkat, ujian dimulakan tepat pada masa, arahan yang jelas, pengawasan yang rapi dan pengutipan skrip jawapan yang terurus. Selain itu, bilangan soalan yang disediakan mestilah berpatutan dengan masa yang diperuntukkan agar calon dapat menjawap semua soalan-soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kebolehtafsiran sesuatu ujian dapat merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian. Hasil penilaian daripada proses tafsiran, dapat memberi gambaran jelas mengenai pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P), kesesuaian item ujian dan pencapai objektif P&P di dalam kelas. Oleh yang demikian, adalah amat penting markah pencapaian calon dikumpul dan ditafsir dengan tepat dan jelas dalam bentuk angka statistik, jadual dan graf supaya kebolehtafsirannya tinggi."Susah melaksanakan pentaksiran, lebih susah lagi merancang pentaksiran"

1.0 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian merupakan ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur pencapaian murid iaitu sejauh mana seseorang murid dapat menguasai tajuk-tajuk ataupun kemahiran yang telah diajarkan oleh guru. Ujian pencapaian bertujuan untuk menentukan kesediaan murid-murid untuk memulakan tajuk baru dan mengenalpasti masalah yang dihadapi mereka bagi tajuk-tajuk yang diuji. Sekiranya murid-murid belum lagi menguasai tajuk-tajuk yang diuji, maka guru boleh merancang tindakan susulan seperti pemulihan. Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

1.1 Ujian Rujukan Norma

Ujian rujukan norma secara umumnya merupakan ujian perbandingan yang membandingkan keputusan yang diperolehi oleh seseorang pelajar dengan keputusan pelajar yang lain. Ujian ini dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, tahap kesukaran ujian perlu dikawal dengan nisbah soalan mudah, sederhana dan sukar ialah 2.5 : 5 : 2.5. Ujian rujukan norma biasanya menggunakan markah min sebagai rujukan. Ini bermaksud, sekiranya ramai pelajar mendapat skor rendah, maka markah lulus akan rendah juga dan sebaliknya.

Contohnya, merujuk jadual 1 di bawah, terdapat 20 orang calon yang menduduki sesuatu ujian. Didapati ramai murid yang gagal iaitu mendapat markah kurang daripada 50%. Oleh yang demikian, markah lulus akan dikurangkan supaya lebih ramai murid yang lulus. Sekiranya guru inginkan 70% daripada calon tersebut lulus maka markah lulus akan dikurangkan kepada 40%

Markah(%)10-1920-2930-3940-4950-5960-69

Bilangan Murid132752

Jadual 1: Keputusan ujian

1.2 Ujian Rujukan KriteriaUjian rujukan kriteria bertujuan membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan tidak bermaksud kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai pelajar, tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru.Ujian rujukan kriteria menentukan status pencapaian yang harus dicapai oleh seseorang murid supaya dikira sebagai lulus. Ujian ini adalah terperinci dan mendalam dan tidak semestinya mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi. Berbeza dengan ujian rujukan norma, kriterian tertentu akan ditetapkan terlebih dahulu. Contohnya sekiranya 50% adalah markah lulus, markah lulus ini akan kekal walaupun ramai murid yang mendapat markah kurang daripada 50%.Jadual 2di bawah menunjukkan perbezaan antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

PerkaraUjian Rujukan NormaUjian Rujukan Kriteria

KonsepUjian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/ kumpulan pelajar lain.Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan

TujuanMembandingkan pencapaian antara pelajar/ kumpulan pelajarMenentukan pencapaian sama ada lulus/gagal, lemah/sederhana/cemerlang.Memilih pelajar untuk tujuan pengiktirafan- memberi sijilMenentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelejari menghikut kriteria yang ditetapkanMemperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasar keputusan ujian

Ciri-ciri soalanBermula dengan soalan mudah kepada sederhana dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggiSoalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria/ objektif pengajaran tertentu.

Ciri-ciri ujianPenentuan gred bagi menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai peringkatTiada gred, tetapi memadai dengan pernyataan lulus/ gagal sahaja

Jadual 2: Perbezaan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria

2.0 Ujian Kecerdasan

Menurut Azizi Yahaya (2005), Ujian kecerdasan ialah ujian yang cuba mengukur perbezaan antara individu. Butir-butir ujian ini umumnya tertumpu pada kebolehan individu bagi memanipulasikan perkataan dan nombor. Ujian kecerdasan juga dikenali sebagai ujian metal kerana ujian ini juga digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan individu. Contoh ujian kecerdasan adalah ujian IQ, Skala Stanford- Binet dan Ujian Lorge Thorndike.

3.0 Ujian Prestasi

Menurut Azizi Ahmad (2009), Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan atau kecekapan murid melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit. Ujian ini memerlukan murid-murid membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan. Biasanya, ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas, yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertas pensel.

Ujian prestasi ini sangat penting terutamanya apabila sebahagian kemahiran pembelajaran murid adalah sukar ditaksir dan diukur dengan menggunakan ujian berasaskan kertas dan pensil. Oleh yang demikian, sebahagian kemahiran khususnya yang melibatkan pertimbangan, pemikiran kritikal dan analitikal serta pembuatan keputusan adalah sesuai ditaksir dengan menggunakan ujian prestasi yang mengukur dan mentaksir kemahiran berkenaan dengan menggunakan teknik dan cara penilaian yang lebih autentik.

Contoh ujian prestasi adalah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta murid-murid untuk membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberikan kepada mereka. Contoh yang lain adalah mereka bentuk geometri daripada blok-blok yang diberikan.

4.0 Ujian Diagnostik

Menurut Zulkifley Hamid (2006), Ujian diagnostik merupakan ujian yang dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah-masalah khusus atau yang tertentu yang besar kemungkinan bakal dihadapi oleh murid-murid yang dikategorikan sebagai murid kumpulan pemulihan. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid, tindakan susulan seperti kelas pemulihan boleh dilaksanakan. Ujian yang berterusan akan terus diberi sepanjang kelas pemulihan dilaksanakan untuk mengenal pasti perubahan dan pencapaian murid-murid yang sedang menjalani pendidikan pemulihan. Untuk ujian diagnostik, tiada skor atau gred diberikan kepada murid-murid.

5.0 Ujian Bakat

Merujuk kepada blog Himpunan Kertas Kerja yang ditulis oleh Prof. Abdullah Hassan (2009), Ujian bakat dalam Bahasa Melayu ialah ujian yang dibentuk bagi mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh murid dalam Bahasa Melayu. Bukan semua orang khusunya orang bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari Bahasa Melayu. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat dirancang untuk menguji kemahiran-kemahiran khusus yang ingin diuji, umpamanya kemahiran bertutur.

6.0 Ujian Personaliti Menurut Shertzer dan Linden (Sidek, 1998) dipetik dari Malek Muhamat Said (2006), ujian personaliti ialah alat bagi menentukan sejauh mana orang itu mempunyai trait-trait atau ciri-ciri lain dengan mengukur sejauh mana samanya gerak balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai trait-trait atau ciri-ciri berkenaan.

Ujian personaliti ini digunakan bagi mengukur aspek-aspek yang berkaitan dengan kriteria personal, pemikiran, perasaan dan tingkah laku iaitu yang berkaitan dengan pelarasan dan pembawaan. Aspek-aspek ini diukur melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Terdapat tiga alat yang dapat digunakan untuk mengukur personaliti pelajar iaitu inventori laporan kendiri (apa pelajar kata tentang dirinya); inventori sosiomerik (apa yang pelajar lain/ orang lain kata tentang seseorang pelajar); dan teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu. Contoh ujian personaliti adalah seperti Rajah 2 di bawah:

Rajah 2: Contoh ujian personaliti

Tidak ada jawapan yang betul ataupun salah dalam ujian personaliti, calon yang menjawap ujian personaliti dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan dengan sejujurnya agar keputusan ujian tersebut dapat menggambarkan setepatnya tentang personaliti calon tersebut.

7.0 Ujian Kefasihan

Ujian kefasihan merupakan satu ujian yang dirancang bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian kefasihan secara umumnya digunakan untuk menempatkan seseorang dlam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. Ini adalah sangat penting supaya pengajaran Bahasa Melayu dapat dijalankan mengikut tahap kebolehan dan kefasihan murid. Misalnya, mengajar kemahiran menulis kepada murid yang tidak membaca adalah sia-sia. Oleh yang demikian, mereka perlu diajar dengan kaedah dan strategi yang berbeza.

"Pengetahuan tentang pedagogi semata-mata adalah satu pembaziran sekiranya tidak diaplikasikan dalam pengajaran"~Great Teacher tan~ Posted by Tommy Tan at 11:55 PM Labels: jenis-jenis ujian, ujian bakat, ujian diagnostik, ujian kecerdasan, ujian kefasihan, ujian pencapaian, ujian personaliti, ujian prestasiBahan Bantu Mengajar (BBM) dalam PSV?"Saya demonstrasikan penghasilan poster di dalam kelas supaya murid-murid faham tentang cara penghasilan poster yang berkualiti"~Great Teacher tan~

Poster "Ke Puncak Kegemilangan"

Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran.

Bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Seni Visual tidak lain tidak bukan ialah contoh karya seni yang bakal dihasilkan oleh murid-murid. Contoh karya seni ini bertujuan untuk memberikan gambaran dan idea kepada murid-murid bahawa "Beginilah rupa karya seni yang harus saya hasilkan".

Contoh karya seni ini memainkan peranan yang lebih penting lagi dalam seni menggambar. Contohnya menggambar sebuah poster bertemakan "kemerdekaan". Semua murid berupaya untuk menghasilkan poster yang bertemakan "kemerdekaan". Namun begitu, bukan semua murid mampu menghasilkan karya seni yang berkualiti (yang mempunyai elemen-elemen seperti ton warna, ruang, perspektif dan sebagainya).

Oleh yang demikian, sekiranya satu contoh karya seni yang mempunyai elemen-elemen ini ditunjukkan kepada murid-murid, sekurang-kurangnya mereka mengetahui dan memahami kepentingan elemen-elemen ini di dalam hasil karya mereka.Poster "Malaysia Boleh"

Adalah lebih baik lagi sekiranya guru boleh menunjukkan proses penghasilkan sesebuah karya seni yang berkualiti ini di dalam kelas PSV iaitu ketika murid-murid menghasilkan karya seni masing-masing. Pertama, murid-murid dapat melihat sendiri bagaimana guru menghasilkan sesuatu elemen (seperti ton warna, perspektif) di dalam karya seni yang dihasilkannya. Kedua, guru dapat menerangkan kepentingan sesuatu elemen (seperti ton warna, ruang, perspektif dan sebagainya dalam sesebuah karya seni).

Kesimpulannya, bahan bantu mengajar juga sama pentingnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual.

"Kalau diterangkan, murid kabur. Kalau ditunjukkan, murid tahu. Kalau didemonstrasikan, murid faham"~Great Teacher Tan~Kaedah-kaedah Pentaksiran

Rajah 1: Kaedah pentaksiran

Secara umumnya terdapat 3 kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Pemerhatian merupakan kaedah pentaksiran yang paling subjektif kerana kaedah ini bergantung kepada sikap peribadi dan emosi seseorang penilai. Sesuatu yang dirasakan baik oleh seseorang penilai tidak semestinya baik bagi seorang penilai yang lain. Oleh yang demikian, kaedah pemerhatian dikatakan merupakan kaedah pentaksiran yang paling tidak adil. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini boleh dilakukan melalui tingkah laku murid ataupun sahsiahnya, kemahiran-kemahiran murid dan juga hasil kerja murid seperti lukisan dan buku skrap murid.

Kaedah pentaksiran yang seterusnya adalah kaedah lisan. Pentaksiran secara lisan ini hendaklah dijalankan berdasarkan satu rubrik yang standard supaya keobjektifan kaedah ini dapat dipertingkatkan. Contohnya, rujuksituasi 1di bawah.Situasi 2Rubrik

Azmi menduduki ujian lisan di Miri pada 5 oktober 2010. Azmi hanya berjaya mendapat gred B. Azmi tidak berpuas hati dengan keputusan ujian tersebut kerana berpendapat bahawa penilai tersebut bersikap pilih kasih.

Oleh yang demikian, Azmi mengambil keputusan untuk mengambil ujian tersebut sekali lagi di Miri. Setelah menduduki ujian tersebut, Azmi masih mendapat gred yang sama iaitu B.GredSpesifikasi

ACalon dapat menerangkan sesuatu dengan jelas dan tepat serta menggunakan gaya badan dan intonasi yang baik dan sesuai.

BCalon dapat menerangkan sesuatu dengan jelas dan tepat.

CCalon dapat menerangkan sesuatu dengan jelas tetapi kurang tepat.

Daripadasituasi 1di atas, dapat disimpulkan bahawa ujian lisan yang diduduki oleh Azmi ini mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana ujian tersebut ditadbir berdasarkan kepada rubrik yang telah ditetapkan.

Pentaksiran secara lisan ini boleh ditadbir dengan beberapa cara. Antaranya ialah antara murid dengan guru di mana guru akan mengemukakan soalan dan murid menjawab soalan tersebut atau guru memberikan satu tajuk kemudian murid menceritakan tentang tajuk tersebut. Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir antara murid dengan murid. Ini dijalankan dengan memberi sesuatu tajuk perbincangan kepada murid-murid kemudian murid-murid yang terlibat membincangkan tajuk tersebut. Cara pentaksiran secara lisan yang terakhir adalah murid dengan bahan pembelajaran di mana guru memberikan sesuatu bahan pembelajaran kepada murid contohnya sekeping gambar bersiri dan murid dikehendaki untuk menceritakan gambar tersebut. Kaedah pentaksiran yang ketiga ialah kaedah penulisan. Kaedah penulisan merupakan kaedah pentaksiran yang sering digunakan dan ditadbirkan sebagai peperiksaan di sekolah. Ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah ditadbir dan diuruskan. Selain itu, satu jumlah calon yang besar dapat diuji pada satu-satu masa tertentu."Tidak kira apakah kaedah pentaksiran yang digunakan, yang penting tindakan susulan dilakukan berdasarkan skor pentaksiran"Konsep PentaksiranMenurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.

Rajah 1: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

Daripadarajah 1di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian adalah di dalam pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep pentaksiran, pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian adalah amat penting sekali.

Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan guru membuat keputusan tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajarannya.

Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas sepertirajah 2berikut.

Rajah 2: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepadarajah 2di atas,pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah, sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.Menurut Azizi Ahmad (2009), Pengukuran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan suatu instrumen.Hasil pengukuran hanya merupakan penentuan status atau tahap yang tidak mempunyai nilai. Contohnya, Ali mendapat 70 peratus dalam ujjian Kajian Tempatan, kita tidak menyatakan sama ada prestasi Ali ini baik atau tidak. Pengukuran ini dilaksanakan tanpa nilai seperti yang diterangkan dalamrajah 3di bawah.

Rajah 3: Konsep pengukuranPengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang adalah sukar dan tidak dapat dilakukan dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti pembaris. Oleh yang demikian, kita tidak boleh menganggap murid yang mendapat skor 90 itu adalah dua kali ganda lebih pandai daripada murid yang hanya mendapat skor 45. Sementara seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui.Antara keempat-empat istilah, pengujian boleh dikatakan mendukung maksud yang labih sempit atau khusus. Menurut Cronbach, ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.Ini dikukuhkan lagi oleh Azizi Ahmad Mohd Isha Awang (2008) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.(Azizi, 2008; 4).

Proses pengujian lazimnya bermula dengan perancangan ujian, diikuti oleh pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan murid seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4 di bawah. Melalui proses pengujian ini, guru boleh mengetahui kedudukan dan prestasi serta penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk yang diuji. Ini membolehkan guru menempatkan murid-murid mengikut kumpulan dalam bilik darjah untuk memudahkan pengajaran.

Rajah 3: Proses pengujian

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan dan perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan dan memberi skor (Pengukuran) dan menterjemah maklumat atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan."Guru tidak akan tahu kejayaannya dalam menyampaikan isi pelajaran, melainkan dia membuat pentaksiran"