13
UNIT1:IDENTITI DIRI Pengenalan 1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin dicapainya. 2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain. 3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam dirinya. Potensi Diri 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan. 3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri. 4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri. 5. Bagaimana potensi diri dapat dikembangkan? Lihat rajah yang berikut. 6. Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga. Intelek Intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat aspek, iaitu:- (a) kemahiran asas: i. membaca; ii. menulis; iii. mengira. (b) berfikir secara kreatif dan kritis; (c) meningkatkan ilmu pengetahuan; (d) memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Rohani 1. Aspek rohani dalam potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa Tuhan itu wujud. 2. Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan mensyukuri pemberian Tuhan dan berusaha menjadi manusia yang berakhlak mulia. 3. Kuat bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhluk merupakan satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan. Emosi Aspek emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandai mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar. Jasmani 1. Aspek jasmani menekankan perkara- perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badan yang sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari, dan sebagainya. 2. Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kita berupaya mengembangkan potensi diri. 3. Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan. 1 Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

NOTA PSK T1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota ringkas

Citation preview

Page 1: NOTA PSK T1

UNIT1:IDENTITI DIRIPengenalan 1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin dicapainya.2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam dirinya.

Potensi Diri1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri.2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.5. Bagaimana potensi diri dapat dikembangkan? Lihat rajah yang berikut.6. Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga.

Intelek Intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat aspek, iaitu:-

(a) kemahiran asas:i. membaca;ii. menulis;iii. mengira.

(b) berfikir secara kreatif dan kritis;(c) meningkatkan ilmu pengetahuan;(d) memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

Rohani 1. Aspek rohani dalam potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa Tuhan itu wujud.2. Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan mensyukuri pemberian Tuhan dan berusaha menjadi manusia yang berakhlak mulia.3. Kuat bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhluk merupakan satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.

Emosi Aspek emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandai mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.

Jasmani1. Aspek jasmani menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badan yang sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari, dan sebagainya.2. Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kita berupaya mengembangkan potensi diri.3. Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.4. Jadilah murid yang mempunyai identiti diri yang positif kerana murid yang beridentiti positif mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan senantiasa mengembangkan potensi diri ke tahap yang cemerlang.

1Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Potensi Diri Boleh Dikembangkan Melalui Empat AspekRohaniEmosiJasmaniIntelek

Page 2: NOTA PSK T1

UNIT 2:Penyelesaian KonflikKonflik1. Konflik ialah perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atau antara individu dengan individu lain, dan sebagainya.2. Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang penting, konflik memerlukan penyelesaian.

Penyelesaian Konflik1. Penyelesaian konflik ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah.2. Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan pertimbangan yang wajar dan positif supaya konflik dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan membawa kebaikan kepada pihakyang berkonflik.3. Salah satu teknik penyelesaian konflik ialah teknik awan. Teknik awan ialah teknik berfikir tentang sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan diselesaikan dengan cara penyelesaian win-win atau menang-menang.4. Maksud Penyelesaian Win-win ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang menyelesaikan sesuatu konflik secara koperatif.5. Untuk menyelesaikan konflik adalah penting juga kita mengenal pasti punca berlakunya konflik.6. Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konflik tersebut.7. Andaikan rakan kamu mempunyai konflik, bantulah rakan menyelesaikan konflik tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya1. Rakan sebaya merupakan antara orang yang paling rapat dengan kita selain ahli keluarga sendiri.2. Kebiasaannya, mereka menjadi tempat untuk kita berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah, dan harapan.

3. Namun, kita perlu bijak memilih rakan sebaya kerana mereka dapat mempengaruhi nilai, emosi, dan cara pergaulan kita.4. Rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat yang positif akan mendorong kita menjadi orang yang baik, berakhlak mulia, dan berjaya.5. Manakala rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif mampu mempengaruhi kita melakukan aktiviti negatif.6. Contoh sikap yang positif: -

(a) bersopan santun;(b) menghormati rakan, guru, keluarga, dan masyarakat;(c) tidak melepak;(d) tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral;(e) tidak merokok;(f) rajin;(g) saling menasihati;(h) taat ajaran agama dan sebagainya.

7. Contoh kegiatan negatif remaja(a) melepak;(b) bulI;(c) perasugut;(d) ponteng;(e) merokok;(f) melakukan vandalisme.

8. Rakan sebaya yang terlibat dengan kegiatan negatif di atas perlulah dijauhi.9. Kamu perlu bersikap asertif jika kamu mempunyai rakan-rakan yang cuba mempengaruhi kamu melakukan perkara-perkara negatif.10. Sikap asertif merupakan perlakuan menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau negatif dengan tidak menyakiti hati orang.11. Kesimpulannya, kenalilah diri sebenar rakan-rakan sebaya kamu kerana rakan membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan kamu dan kamu tidak rugi sekiranya kamu kehilangan rakan-rakan yang tidak baik.

2Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Page 3: NOTA PSK T1

UNIT 3: Keluarga BahagiaMembina Keluarga Bahagia1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahteradan harmoni.3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh anggota keluarga.4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia;-

(a) setiap anggota keluarga periu saiing menyayangi;(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;(c) menjaiinkan hubungan yang mesra dan akrab;(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahii keluarga;(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli keluarga;(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.

5. Kita juga hendaklah menghargai setiap ahli keluarga kita. Antara cara-cara menghargai ahli keiuarga termasuklah:-

(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi,ulang tahun perkahwinan, dan

sebagainya.Cara-cara meraikan hari istimewa mereka:

i. mengingati hari-hari istimewa mereka dengan memberikan ucapan;ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya seperti mengadakan majlis hari jadi;iii. memberi hadiah atau kad ucapan selamat.

(b) mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia hanyalah adik kita;(c) memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.

6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang.7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:-

(a) menghormati mereka;(b) mentaati ibu bapa;(c) belajar bersungguh-sungguh;(d) melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan bagi ibu bapa.(e) menjaga mereka apabila mereka telah tua;(f) menjaga maruah diri dan keluarga.

9. Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Orang yang menghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, ahli keluarga yang muda perlu menghormati ahli keluarga yang tua.

3Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Page 4: NOTA PSK T1

UNIT4: BANGGA TERHADAP SEKOLAHPengenalan1. Sekolah kita merupakan tempat kita mendapat ilmu dan mengenali rakan-rakan. Oleh itu kita perlu berbangga dengan sekolah kita.2. Bagaimanakah cara kita menunjukkan perasaan sayang dan bangga terhadap sekolah kita?Antara cara-caranya:

(a) mengetahui sejarah dan identiti sekolah;(b) mematuhi peraturan sekolah;(c) mewujudkan semangat berpasukan;(d) mewujudkan budaya sekolah positif.

4. Adakah penting untuk kita mengetahui misi dan visi sekolah? Sudah tentu kerana untuk menjayakan misi dan visi sekolah, penglibatan seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.

Mematuhi Peraturan Sekolah1. Peraturan sekolah adalah ketetapan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap murid.2. Mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menyayangi sekolah kita.3. Murid-murid yang berdisiplin adalah murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah.

Mengetahui Sejarah dan Mengenali Identiti Sekolah1. Kita perlulah mengetahui sejarah sekolah.Antara perkara yang kita perlu tahu termasuklah:

(a) tahun ditubuhkan;(b) latar belakang sekolah;(c) peristiwa penting;(d) kejayaan sekolah dan sebagainya.

2. Selain itu kita juga perlu mengenali identiti sekolah. Contoh identiti sekolah termasuklah:

(a) lagu sekolah;(b) visi sekolah;(c) lambang sekolah;(d) bendera sekolah dan sebagainya.

3. Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid mengenali identiti sekolah mereka supaya mereka akan berasa bangga terhadap sekolah mereka.4. Adakah penting untuk kita mengetahui misi dan visi sekolah? Sudah tentu kerana untuk menjayakan misi dan visi sekolah, penglibatan seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.

Mematuhi Peraturan Sekolah1. Peraturan sekolah adalah ketetapan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap murid.2. Mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menyayangi sekolah kita.3. Murid-murid yang berdisiplin adalah murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah.Setiap tempat di sekolah mempunyai peraturan.Patuhilah peraturan demi kebaikan seluruh warga sekolah.4. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan dirujuk pada pihak yang bertanggungjawab menjaga disiplin.5. Setiap guru adalah merupakan guru disiplin, meskipun terdapat guru yang khusus menjaga disiplin murid.6. Kepentingan mematuhi peraturan sekolah:

(a) mendisiplinkan pelajar;(b) memelihara imej baik sekolah;(c) pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan selesa;(d) menjamin keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;(e) mewujudkan keharmonian di sekolah.

Mewujudkan Semangat Berpasukan1. Semangat berpasukan adalah kerjasama yang dibentuk dalam sesuatu pasukan.2. Untuk menjayakan aktiviti sekolah, kerjasama seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.3. Oleh itu amatlah penting setiap murid memupuk semangat berpasukan dalam diri.4. Faedah semangat berpasukan antara para pelajar:

(a) memudahkan perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah,(b) mewujudkan hubungan baik antara pelajar sesama pelajar, dan antara pelajar dengan guru serta warga sekolah yang lain;(d) memupuk perpaduan dan menjamin kejayaan sesebuah pasukan.

Budaya Sekolah1. Budaya sekolah ialah sesuatu perlakuan yang menjadikelaziman di sesebuah sekolah.2. Antara contoh budaya sekolah ialah:

(a) budaya sekolah dalam taman;(b) budaya sekolah berdisiplin;(c) budaya sekolah penyayang;(d) budaya sekolah cemerlang kokurikulum, dan sebagainya.

4Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Page 5: NOTA PSK T1

3. Sumbangan tenaga seluruh warga sekolah samaada dari segi tenaga atau idea amatlah penting

untukmenghidupkan budaya sekolah positif yang diimpikan.

UNIT 5: PENJAGAAN & PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH

Pengenalan1. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah merupakantanggungjawab setiap pelajar.2. Cara-cara menjaga dan meningkatkan imej sekolahtermasuklah:

(a) Menampilkan sahsiah dan imej yang positif;(b) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah;(c) Mewujudkan keceriaan sekolah.

Menampilkan Sahsiah dan Imej yang Positif1. Warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan imej yangpositif akan memberikan imej yang baik kepada sekolah.2. Ciri-ciri pelajar yang bersahsiah dan berimej positif:

(a) berdisiplin, iaitu senantiasa mematuhi peraturan sekolah seperti datang awal ke sekolah, tidak ponteng kelas atau sekolah, tidak membuli rakan, dan sebagainya;(b) mengamalkan kesopanan dalam pergaulan seperti beradab sopan dengan guru, rakan-rakan, dan kakitangan sekolah,(c) menjalinkan hubungan yang baik dengan guru, rakan, dan kakitangan sekolah;(d) menjaga kekemasan diri dan sebagainya.

3. Kebaikan mengamalkan sahsiah dan imej yang positif:-

(a) dapat beiajar dengan selesa dan selamat kerana tiada gangguan daripada pelajar yang tidak berdisiplin;(b) sekolah menjadi pusat kecemerlangan murid;(c) dapat memupuk budaya penyayang;(d) sekolah diyakini dan mendapat sokongan ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah.

Melibatkan Diri dalam Pelbagai Aktiviti Sekolah1. Aktiviti sekolah adalah program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk kepentingan pelajar dan sekolah.2. Cara-cara menjayakan aktiviti di sekolah. Contohnya:

(a) Hari Sukan:i. melibatkan diri dalam acara sukan;ii. membantu menghias rumah sukan;iii. bersorak kepada peserta untuk memberikan sokongan.

(b) Hari Guru:i. melibatkan diri dalam acara persembahan;ii. membantu menghias pentas;iii. datang memberikan sokongan kepada pelajar yang terlibat dalam persembahan.

3. Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah banyak faedahnya. Antaranya:

(a) melahirkan pelajar yang sihat, cergas, minda yang sihat, dan berdaya saing;(b) memupuk bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar;(c) dapat mengasah bakat dan potensi diri;(d) merapatkan hubungan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dan mewujudkan perpaduan;(e) menanamkan sikap bangga terhadap sekolah.

Mewujudkan Keceriaan Sekolah1. Sekolah yang bersih dan ceria akan memberikan imej yang baik kepada sekolah.2. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar agar menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.3. Antara cara-cara mewujudkan keceriaan sekolah:

(a) tidak membuang sampah merata;(b) menjaga kemudahan sekolah dengan baik;(c) tidak melakukan vandalisme dan sebagainya;(d) membantu mengecat sekolah;(e) melukis mural di dinding sekolah.

5Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Page 6: NOTA PSK T1

UNIT 6: CERITA RAKYAT PELBAGAIKAUM

Pelbagai Cerita Rakyat1. Cerita rakyat adalah sastera rakyat dan menjadikebanggaan sesuatu masyarakat dan negara.2. Ciri-ciri cerita rakyat:-

(a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat;(b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut;(c) selalunya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat;(d) Penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam cerita tersebut;(e) pada waktu dahulu, cerita rakyat ini diceritakan pada masa terluang, contohnya pada waktu malam sebagai hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang;(f) disampaikan oleh penglipur lara. Sambil bercerita, penglipura lara ini juga akan bernyanyi dan bermain muzik;

3. Ada terdapat beberapa jenis cerita rakyat. Antaranya:

(a) cerita asal usul;(b) cerita jenaka;(c) cerita legenda;(d) cerita kepahlawanan;(e) cerita binatang;

(f) cerita mitos.4. Faedah menghayati cerita rakyat:-

(a) mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum;(b) memahami budaya masyarakat zaman dahulu;(c) memberikan hiburan kepada pendengar;(d) dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut;(e) dapat mengekalkan warisan budaya.

5. Cerita rakyat perlu dikekalkan dan dipelihara supaya generasi muda dapat menghayatinya.6. Antara cara mengekalkan cerita rakyat:

(a) diterbitkan dalam bentuk buku atau video supaya dapat dibaca dan ditonton;(b) menggalakkan pelajar membaca cerita-cerita ini;(c) menceritakan cerita rakyat kepada pelajar;(d) mengadakan pertandingan bercerita tentang cerita rakyat;(e) mengadakan sudut cerita rakyat di dalam kelas.

7. Antara cerita rakyat yang popular:-(a) Nakhoda Tanggang - Cerita kaum Melayu;(b) Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil - Cerita kaum Cina;(c) Ahli Sihir yang Angkuh - Cerita kaum India;(d) Kura-kura yang Pintar-Cerita kaum Iban;(e) Burung layang-layang - Cerita kaum Kadazan.

6Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Page 7: NOTA PSK T1

7. KERAJAAN DEMOKRASI

Pengenalan1. Demokrasi bermaksud sistem pemerintahan negara oleh rakyat menerusi wakil-wakil yang dipilih menerusi pilihan raya.2. Kata demokrasi berasal daripada bahasa Yunani ‘demo’ yang bermaksud rakyat dan ‘kratos’ yang bermaksud kekuasaan.3. Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.4. Prinsip-prinsip dalam pembentukan kerajaan demokrasi:-(a) pemerintahan kerajaan dipilih oleh rakyat melalui

proses pilihan raya;(b) kerajaan bertanggungjawab membentuk dan

melak- sanakan dasar-dasar negara demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara;

(c) hak asasi setiap rakyat termaktub dalam perlem- bagaan negara;

(d) persamaan dan keadilan dalam aspek politik, ekonomi, sosial, dan undang-undang;

(e) warga yang patriotik;(f) amalan kepelbagaian budaya;(g) ketelusan pemerintahan.

Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia1. Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan.2. Kerajaan demokrasi berparlimen adalah kerajaan yang dipiiih oleh rakyat untuk rakyat.3. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.4. Rakyat berkuasa untuk menyokong, mengekal, dan menukar kerajaan menerusi pilihan raya.

5. Raja berperlembagaan pula ditakrifkan sebagai sistem beraja mengikut peraturan Perlembagaan Malaysia.6. Di Malaysia, Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.7. Ketua kerajaan pula ialah Perdana Menteri.8. Setiap warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan yang sudah layak mengundi, perlulah mengundi pemimpin negara dengan bijaksana dan penuh tanggungjawab kerana pilihan anda penentu masa hadapan negara.

Cara Rakyat Menghargai Amalan Demokrasi di Malaysia1. Amalan demokrasi membenarkan rakyat bebas bersuara dan melakukan sebarang aktiviti asal sahaja aktiviti tersebut tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain dan menyebabkan huru-hara.2. Antara cara yang perlu rakyat lakukan sebagai menghargai amalan demokrasi di Malaysia termasuklah(a) tidak

menghina agama dan budaya kaum-kaum lain sama ada melalui perkataan mahupun melalui tindakan;

(b) tidak melakukan rusuhan;(c) tidak terlibat dalam aktiviti yang menyebabkan

negara huru-hara;(d)berbaik-baik dengan semua kaum.

7Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Page 8: NOTA PSK T1

8.KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Tarikh Patut Siap:24.09.2012Pengenalan1. Kesejahteraan rakyat merujuk kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama hidup bersama dengan aman dan harmoni untuk memajukan negara.2. Demi mengekalkan kesinambungan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, kita haruslah:

(a) memiliki kesedaran sivik dan jati diri untuk menghadapi cabaran dan halangan;(b) mempunyai daya empati terhadap golongan kurang bernasib baik dan golongan kurang upaya;(c) mengamalkan dan meneruskan perpaduan kaum;(d) menghargai dan menyayangi alam sekitar (kelestarian alam sekitar).

Kesedaran Sivik1. Individu yang mempunyai kesedaran sivik mempunyaiperlakuan yang membantu mengekalkan norma-normamasyarakat dan mematuhi undang-undang.2. Antara sikap orang yang mempunyai kesedaran sivik:

(a) menjaga dan bertanggungjawab ke atas kemudahan yang disediakan;(b) mematuhi peraturan dan undang-undang;(c) memikirkan kepentingan kemudahan untuk faedah bersama.

3. Contoh individu yang tiada kesedaran sivik:(a) membuang sampah merata;(b) merosakkan kemudahan awam;(c) meludah merata di tempat awam;(d) bertolak-tolak ketika menaiki komuter dan sebagainya.

Perasaan Empati1. Perasaan empati ialah kebolehan memahami perasaan orang lain.2. Sikap keprihatinan ini penting dalam setiap individu.

Perpaduan Kaum1. Perpaduan kaum penting dalam situasi kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia.2. Perpaduan kaum dapat membentuk identiti negara yang positif serta menyumbang ke arah kemajuan negara.

Jati DiriJati diri yang kukuh penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran dalaman dan luaran yang boleh mengancam kesejahteraan diri, masyarakat, dan negara.Cara-cara jati diri dibina:(a) melalui pendidikan agama dan moral;(b) tindakan yang wajar serta bijak;(c) jalinan hubungan kemanusiaan yang baik;(d) aktiviti yang berfaedah.Remaja yang rapuh jati dirinya mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat seperti meragut, merokok, menghisap dadah, terlibat dalam jenayah siber dan sebagainya.

Kelestarian Alam Sekitar1. Lestari bermaksud mengekalkan alam semula jadi ciptaan Tuhan untuk manusia.2. Setiap individu bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar.3. Sebarang aktiviti yang mengganggu dan mencemarkan alam sekitar, mestilah dielakkan.

8Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com