obesiti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

obesiti

Citation preview

  • 8 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

    PREVALENS LEBIHAN BERAT BADAN DAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI KELANTAN.

    Zaini, H., Noor Hidayah, I. & Osman, A.* ABSTRAK

    Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor risiko yang banyak di hubung kait dengan masalah kesihatan. Gaya hidup yang pasif masa kini menjadikan individu lebih cenderung menjadi obes. Kajian irisan lintang telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar menengah di Kelantan bagi mengenal pasti prevalens lebihan berat badan dan lebihan berat badan dan obesiti serta faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut. Seramai 600 orang pelajar di kalangan pelajar tingkatan IV dan V di kawasan bandar dan luar bandar telah dipilih sebagai sampel dengan menggunakan kaedah pensampelan berbilang tahap. Dari jumlah itu 89.0% (534 orang) telah memberi kerjasama untuk menjayakan kajian tersebut. Dengan mengambil indeks jisim badan, BMI > 25.00 sebagai titik potong, kajian mendapati prevalens lebihan berat badan dan lebihan berat badan dan obesiti adalah 7.3% dan tidak ada perbezaan yang signifikan antara prevalens penyakit ini dengan jantina dan lokasi sekolah. Faktor yang memberi signifikan pada peringkat univariat adalah amalan senaman, penglibatan dalam aktiviti sukan sekolah, ibu mempunyai persepsi yang betul terhadap tubuh pelajar yang mempunyai masalah tersebut. Pada peringkat multivariat amalan senaman dan persepsi ibu sahaja yang signifikan pada paras 0.05. Kata-kunci : Lebihan berat badan, lebihan berat badan dan obesiti, prevalens,

    pelajar sekolah menengah. ABSTRACT Overweight and obesity is a common risk factor associated with health problems. A passive life style makes an individual more prone to this problem. A cross sectional study was carried out on secondary school students in Kelantan to determine the prevalence of overweight and obesity and its contribution factors. Six hundred respondents amongst form IV & V students from a rural and an urban area were selected as sample through stratified sampling of whom the 89.0% (534 students) participated in the study. The cut off point used for this study was body mass index > 25.0 Kg/m2. The study found that the prevalence of overweight and obesity was 7.3 % and there was no significant difference between the prevalence with gender * Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM, and school location. From univariate analysis the significant factors were exercise, involvement in school sport activity and mothers perception of obesity.

  • Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 9

    From multivariate analysis exercise and mothers perception were found to be significant at p

  • 10 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

    METODOLOGI Kajian ini telah dijalankan antara bulan Januari hingga April 1997 di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan bukan berasrama penuh di Daerah Jeli dan Kota Bharu, Kelantan. Pemilihan daerah dan sekolah dibuat secara rawak pelbagai tahap. Dari 600 sampel yang dipilih seramai 534 pelajar telah memberi respons terhadap kajian ini. Borang soal-selidik Borang soal-selidik dalam Bahasa Malaysia diedar pada hari lawatan. Borang ini meliputi maklumat berkaitan dengan data peribadi, maklumat keluarga, aktiviti fizikal, persepsi pelajar terhadap lebihan berat badan dan obesiti, persepsi ibu pelajar terhadap lebihan berat badan dan obesiti. Maklumat ini dijawab pada masa yang sama oleh pelajar kecuali maklumat persepsi ibu pelajar terhadap lebihan berat badan dan obesiti yang perlu dijawab dirumah. Borang yang telah dijawab akan dikutip seminggu selepas tarikh lawatan pertama melalui guru kesihatan sekolah masing-masing. Sekiranya pelajar tidak menyerahkan borang tersebut lawatan susulan dua hari selepas itu dibuat dan sekiranya pelajar gagal untuk menyerahnya maka pelajar itu dianggap tidak berminat dan digugurkan dari sampel. Pengukuran Ketinggian diukur menggunkan alat pengukur tinggi SECA yang di ambil bacaan pada 0.1 m yang hampir. Sampel diminta menanggalkan alas kaki ketika pengukuran dibuat. Penimbang berat badan SECA digunakan untuk menimbang berat badan sampel. Penimbang dikalibrasi pada setiap hari lawatan sebelum penimbangan dibuat. Bacaan dicatat pada 0.01 kg yang hampir. Pengukuran ini dilakukan dengan bantuan dua orang jururawat terlatih yang sama pada setiap lawatan. Status lebihan berat badan dan obesiti Status lebihan berat badan dan obesiti diukur dengan menggunakan indeks jisim tubuh (Body mass index, BMI). Kriteria yang digunakan adalah berdasarkan kriteria modifikasi Garrow 1981 dan Health Welfare Canada 1988. Nilai yang digunakan adalah :

    Kurang berat badan (underweight) = BMI < 19.0 Berat badan unggul = BMI 19.0 - 24.9 Lebihan berat badan = BMI 25.0 - 29.9 Obes = BMI > 30.0

  • Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 11

    Paras BMI > 25.00 di guna sebagai titik potong di dalam kajian ini untuk menunjukkan lebihan berat badan dan obes sedangkan BMI < 25.00 adalah sebaliknya. ANALISA DATA Data mentah yang telah dikumpulkan melalui borang soal-selidik, diari pengambilan diet serta pengukuran dimasukkan didalam komputer dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 7.0 KEPUTUSAN Prevalens lebihan berat badan dan obesiti Status berat badan 534 orang pelajar telah dianalisis. Seramai 39 (7.3%) pelajar didapati mempunyai masalah lebihan berat badan dan obes manakala selebihnya di bawah paras ini. Taburan mengikut ciri-ciri demografi pula menunjukkan seramai 22 (7.6%) pelajar perempuan dan 17 (7.0%) pelajar lelaki mengalami masalah tersebut. Perbezaan jantina ini tidak menunjukkan nilai yang signifikan dengan nilai p > 0.05 ( Jadual 1 ). Dari jumlah sampel yang mengalami lebihan berat badan dan obes dalam kajian ini kawasan bandar mendapati 20 (8.5%) pelajar mengalami lebihan berat badan dan obesiti sementara di kawasan luar bandar pula seramai 19 (6.4%).. Perbezaan ini walau bagaimana pun tidak signifikan secara statistik (Jadual 1 ).

    Jadual 1: Taburan responden mengikut ciri demografi

    Faktor n Status Pemakanan p Tiada

    LBBO LBBO*

    Lokasi Bandar 236 216 (91.5%) 20 (8.5%) 0.355 Luar Bandar 298 279 (93.6%) 19 (6.4%) Jantina Lelaki 243 226 (93.0%) 17(7.0%) 0.803 Perempuan 291 269 (92.4%) 22(7.6%)

    * LBBO= Lebihan berat badan dan obes Aktiviti fizikal. Amalan senaman mempunyai hubungan dengan masalah lebihan berat badan dan obesiti. Hanya 18 orang (4.6%) yang mempunyai masalah LBBO, menjadikan senaman sebagai amalan. Amalan ini memberi sumbangan yang signifikan terhadap lebihan berat badan (p=0.009) dan orang yang melakukan senaman mempunyai

  • 12 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

    risiko seperempat untuk mengalami lebihan berat badan dan obesiti berbanding orang yang tidak melakukannya (kesan pelindungan). Walau bagaimanapun kekerapan menjalani senaman ini tidak signifikans (p=0.44). Selain dari itu, mereka yang mempunyai lebihan berat badan dan obes didapati tidak aktif dalam sukan yang dianjurkan oleh sekolah mereka (p

  • Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 13

    Faktor n Status Pemakanan p Nisbah ods Tiada

    LBBO LBBO (95% SK)

    Cara ke sekolah

    Berjalan kaki 174 163 (93.7%) 11 (6.3%) Basikal 67 63 (94.1%) 4 ( 5.9%) Motokar / bas 239 223 (93.4%) 16 (6.6%) 0.62 Lain-lain 44 41 ( 93.2%) 3 (6.8%) Amalan Senaman

    Ya 386 368 (95.4%) 18 (4.6%) 0.009*

    0.4(0.2,0.9)

    Tidak 137 122 (89.1%) 15 (10.9%)

    Kekerapan senaman

    3 kali seminggu

    290 275 (94.8%) 15 (5.2%) 0.442 0.75(0.34,1.67)

    Penglibatan aktiviti sukan sekolah

    Tidak 129 106(82.2%) 23 (66.7%)

    Ya 386 375(97.2%) 11 (33.3%)

    0.000 7.4(3.3,16.8)

    p< 0.05 adalah signifikan LBBO = Lebihan berat badan dan obes

    Jadual 3: Persepsi ibu terhadap lebihan berat badan dan obesiti responden

    Faktor n Status Pemakanan p Nisbah ods

    Tiada LBBO

    LBBO (95% SK)

    Persepsi ibu terhadap anak

    Mengalami 74 53(71.6%) 21(28.4%)

  • 14 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

    LBBO Tidak obes 411 400(97.3%) 11( 2.7%) 0.000 14.4(6.2,34.0) Penyebab LBBO

    Kuat makan 202 194(96.0%) 84(4.0%) Banyak tidur 43 38(88.3%)

    5(11.7%)

    Kurang senaman 149 138(92.6%) 11(7.4%) 0.87 Keturunan 42 36(85.7%) 6(14.3%) Lain-lain 03 3(100%) 0 Mempunyai keturunan obes

    Ada 211 193(91.5%) 18(8.5%) 0.11 0.88(0.4,1.9) Tiada 197 182(92.4%) 15(7.6%) p< 0.05 adalah signifikan LBBO = Lebihan berat badan PERBINCANGAN Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa prevalens lebihan berat badan keseluruhan di kalangan pelajar menengah Kelantan adalah 7.3%. Perbandingan prevalens di kalangan pelajar lelaki pula adalah 7.0% berbanding dengan pelajar perempuan iaitu 7.6%. Perbezaan prevalens jantina ini tidak signifikan dari segi statistik ( p > 0.05). Hasil ini adalah tidak banyak beza dengan hasil yang diperoleh dalam kajian yang dilakukan oleh Wan Mohamad (Wan Mohamad et al., 1996) terhadap masyarakat setempat di Kelantan iaitu 4.5%. Walau bagaimana pun dalam kajian yang sama prevalens lebihan berat badan dan obesiti di kalangan perempuan adalah tiga kali (20.1%) lebih tinggi berbanding lelaki (5.7%). Di Thailand prevalens lebihan berat badan dan obesiti dengan menggunakan berat-untuk-tinggi (weight-for-height) bagi kanak-kanak sekolah adalah 12.2% pada tahun 1991 dan meningkat 13.5% dan 15.6% pada 1992 serta 1993 masing-masing (Mo-suwan et al.,1993). Di Singapura kajian terhadap pelajar pra-sekolah di republik itu menunjukkan prevalens obesiti adalah di tahap 3.9%. Prevalens obesiti mempunyai perbezaan yang signifikan antara lelaki (55.4%) dengan perempuan (52.2%) dengan nilai p

  • Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 15

    pelajar. Ini menunjukkan terdapat Keputusan ini tidak konsisten dengan penemuan yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang di ambil sebagai anak angkat. Dalam kajian ini ia mendapati bahawa indeks jisim badan anak lelaki mempunyai hubungan yang signifikan dengan ibu sebenar mereka (p=0.001). Tetapi hubungan ini tidak wujud antara anak perempuan dan ibu sebenar. Hubungan ini juga tidak wujud antara anak lelaki dengan anak perempuan (Stunkard et al., 1986). Dari keputusan ini walaupun terdapat pengaruh genetik tetapi ia sukar diramal dan pengaruhnya mungkin berbeza-beza. Aktiviti fizikal adalah antara faktor yang signifikan dalam mengawal lebihan berat badan dan obesiti. Salah satu penyebab utama lebihan berat badan dan obesiti adalah kekurangan aktiviti fizikal. Penurunan berat badan melalui latihan jasmani dan diet adalah yang paling berkesan untuk lebihan berat badan dan obesiti (Darus, 1996). Latihan fizikal mempengaruhi pengurangan berat badan. Kehilangan lemak adalah antara 47-49% dalam kajian yang telah dijalankan. Kehilangan lemak tersebut adalah ketara dan bentuk badan dikekalkan sepanjang kajian tersebut (Belko et al., 1984). Dalam kajian yang lain lelaki yang menjalani latihan fizikal atau meningkatkan aktiviti kehilangan berat badan 5.66 kg berbanding peningkatan berat badan 0.43 kg bagi mereka yang tidak menjalani latihan fizikal (p

  • 16 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

    Simic (1983) mendapati bahawa ibu bapa yang menganggap lebihan berat badan dan obesiti adalah masalah kesihatan akan lebih konsisten dalam menjaga pemakanan anak mereka dan mencapai tahap berat badan yang lebih baik dan kekal. Wadden et al. (1990) pula cuba menghubungkan sokongan ibu terhadap rawatan penurunan berat badan anak mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu yang memberi sokongan kepada anaknya untuk menurunkan berat badan (dengan menghadirkan diri dalam sesi rawatan) berjaya menurunkan berat badan anak mereka dengan ketara. Perbezaan ini menghampiri nilai signifikan (p=0.07) jika berbanding dengan ibu yang kurang atau tidak memberi sokongan. Kajian yang dijalankan terhadap pelajar di Kelantan ini menyokong hubungan persepsi positif ibu dengan keobesan anak mereka (p

  • Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 17

    total cholesterol, high density lipoprotein, and body mass index after 2 years of intervention in Jerusalem schoolchildren Age 7-9 Years. Preventive Medicine. 19 : 31-39.

    Vijayalakshmi, K. & Lam, S.L. 1995. Obesity among preschool children. Singapore Pediatric Journal. 37 (2) : 79-84.

    Wadden, T.A., Stunkard, A.J., Rich, L., Rubin, C.J., Sweidel, G. & McKinney, S. 1990. Obesity in black adolescent girls: A controlled clinical trial of treatment by diet, behavior modification, and parental support. Pediatrics 85 (3) : 345-351.

    Wan Mohamad, W.B., Moktar, N., Mafauzy, M., Mustaffa, B.E. & Musalmah, M. 1996. Obesity: The extend of problem in Malaysia. Malaysian Society For The Study Of Obesity 1 : 51-58.

    WHO. Diet, nutrition, and the prevention of chronic diseases. Report of a WHO study Group. Geneva1990.

    Wong, M.L., Koh, D., Lee, M.H. & Fong, Y.T. Two-yaer follow-up of a behavioral weight control programme for adolescents in Singapore: Predictor of long-term weight loss. Annals Academy of Medicine 1997; 26 (2) : 147-153.

    ABSTRAK ABSTRACT PENDAHULUAN METODOLOGI ANALISA DATA KEPUTUSAN

    Jadual 1: Taburan responden mengikut ciri demografi Jadual 2: Hubungan aktiviti fizikal dengan lebihan berat badan dan obesiti responden Jadual 3: Persepsi ibu terhadap lebihan berat badan dan obesiti responden PERBINCANGAN

    RUJUKAN